TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan

Ahad, 16 Oktober 2016

Kedudukan Kanak-kanak Dalam Saf

Kedudukan Kanak-kanak Dalam Saf

Soalan:

Sekarang ni di masjid-masjid timbul isu berkaitan kedudukan anak-anak dalam saf ketika solat berjemaah.

Boleh bantu beri pandangan?

Jawapan :

بسم الله وبه نستعين

1. Asalnya masyarakat telah pun sedia mengikut apa yang telah diajarkan oleh para ulama kita mazhab Syafii, mengikut sepertimana yang telah dihuraikan dalam kitab-kitab besar fiqh Syafii. Namun, lama kelamaan apabila setengah kita makin jauh dari mendalami ilmu & mempelajari kitab-kitab besar mazhab Syafii ini, kita mula keliru apabila ada golongan yang datang kemudian gemar mengatakan “ini sunnah”, “ini bidaah”. Sedangkan di dalam kitab2 itu telah pun diterangkan secara terperinci hukum hakamnya, mana yang sah, mana yang batal, mana yang sunnah, mana yang makruh, mana yang harus, mana yang afdhal/terlebih sempurna, mana yang syarat dan bukan syarat dan sebagainya.

2. Perbincangan dalam kitab-kitab fiqh sebenarnya lebih harmoni dan halus, tidak sekadar “ini sunnah”, “ini bidaah”. Golongan tersebut sebenarnya keliru & mengelirukan. Lebih merumitkan apabila mereka mengambil fatwa itu daripada ulama negara lain yang boleh menerima pandangan itu menurut usul mazhab mereka barangkali, lalu dibawa ke negara kita yang sudah sedia ada ulamanya yang mengikut usul mazhab sendiri. Barangkali tidak ada apa-apa jika fatwa yang datang dari luar itu sekadar diamal oleh pembawanya, namun yang meresahkan ialah apabila si pembawa itu kurang ilmu lalu menyalah-nyalahkan pandangan mazhab tempatan yang sudah sedia lama diamalkan. Golongan keliru ini hanya tahu menghukum “ini sunnah”, “ini bidaah”.

3. Dalam mazhab Syafii, sunnah kedudukan saf yang sempurna ketika solat berjemaah ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi (w. 676H) dalam al-Minhaj: "Hendaklah berdiri di belakang imam, kaum lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian perempuan”. Pernyataan ini umum dan jika ada masalah-masalah yang datang kemudian perlulah dihuraikan sesuai mengikut situasinya. (Dalam setengah kitab seperti Asna al-Matalib oleh Syeikhul Islam Zakariya al-Ansari (w. 926H) dinyatakan; yang berdiri di belakang imam, kaum lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa, kemudian perempuan)

4. Semua ulama yang mensyarahkan kata-kata tersebut tidak pun menafikannya dengan mengatakan "kanak-kanak tidak perlu dipisahkan dengan orang dewasa” dan sebagainya. Boleh rujuk seperti Tuhfah al-Muhtaj oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami (w. 974H), Hasyiah Qalyubi (w. 1069H) & Umairah (w. 957H), Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib as-Syirbini (w. 977H), Nihayah al-Muhtaj oleh Imam ar-Ramli (w. 1004H), dan lain-lain.

.5. Dalil mereka adalah hadis sahih:

لِيَلِيَنِّي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ. (أخرجه مسلم وأبو داود والنسائي في الكبرى وابن ماجه)

"Hendaklah berdiri di belakangku dari kalangan kamu orang-orang yang matang/baligh dan faham/berakal, kemudian orang-orang yang hampir dengan mereka,  kemudian orang-orang yang hampir dengan mereka”.

6. Bahkan ada diriwayatkan hadis dengan sanad hasan yang menyebut secara jelas susunan saf tersebut iaitu:

عَن أبي مَالك الْأَشْعَرِيّ قَالَ: أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِصَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَقَامَ الصَّلَاةَ، وَصَفَّ الرِّجَالَ وَصَفَّ خَلْفَهُمُ الْغِلْمَانَ، ثُمَّ صَلَّى بِهِمْ. (رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالْبَيْهَقِيّ بِإِسْنَاد حسن، قاله النووي في خلاصة الأحكام)

Daripada Abu Malik al-Asya‘ri RA katanya: “Mahukah aku khabarkan kamu tentang solat Nabi SAW, iaitu baginda mendirikan solat dan menyusun saf kaum lelaki dan menyusun di belakang mereka saf kanak-kanak, kemudian baru baginda mengimami mereka”. Dalam versi lain:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلِيهِ فِي الصَّلَاةِ الرِّجَالُ، ثُمَّ الصِّبْيَانُ، ثُمَّ النِّسَاءُ. (رَوَاه الْبَيْهَقِيُّ في السنن الكبرى وضَعَّفَهُ)

"Telah berdiri di belakang Rasulullah SAW di dalam solat, kaum lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian perempuan”. Sanad hadis ini daif, namun dikuatkan dengan hadis-hadis di atas.

7. Hadis-hadis ini tidaklah menunjukkan hukum wajib dan hanya menunjukkan kesempurnaan serta yang afdhal. Jika ada kanak-kanak yang berdiri di dalam saf orang dewasa dan tidak bermain-main, tidaklah perlu dihalang dan ditegah.

8. Kata Syeikhul Islam Zakariya al-Ansari dalam Asna al-Matalib: "Kata al-Azra‘i: Dikemudiankan saf kanak-kamak daripada kaum lelaki adalah jika sudah tidak muat saf kaum lelaki. Jika tidak (yakni masih ada ruang), dipenuhkan saf itu dengan kanak-kanak, tiada masalah. Semuanya ini adalah mustahab, bukannya syarat. Sekiranya mereka menyalahi (susunan ini), sah solat mereka itu berserta makruh.” Katanya lagi: "Dan jangan ditukarkan kanak2 yang hadir dahulu untuk kaum lelaki yang hadir kemudian...”. Ini kerana mereka lebih berhak berdiri di situ, walaupun pada saf pertama, sepertimana yang disebut dlm al-Minhaj al-Qawim, Mughni al-Muhtaj dan lain-lain.

9. Disebut dalam I'anah at-Talibin oleh Syekh Abu Bakr Syata (w. 1310H): "Disunatkan jika ada berbagai-bagai peringkat makmum, hendaklah berdiri di belakang imam, kaum lelaki, walaupun hamba sahaya, kemudian sesudahnya - jika telah penuh saf mereka - kanak-kanak, kemudian sesudah mereka– walaupun tidak penuh saf mereka – kaum perempuan”. Kata beliau lagi: "Apabila susunan tersebut disalahi, ianya makruh”. Rujuk juga perinciannya di dalam Tuhfah al-Muhtaj & al-Minhaj al-Qawim oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami (w. 974H), Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib as-Syirbini (w. 977H), Nihayah al-Muhtaj oleh Imam ar-Ramli (w. 1004H), dan laun-lain.

10. Pandangan yang mengatakan kanak-kanak tidak perlu dipisahkan dengan org dewasa dengan erti kata diselang selikan atau setiap kanak-kanak mesti berdiri di sebelah bapanya adalah pandangan yang janggal dan mengelirukan. Lebih parah lagi didakwa itu adalah sunnah dan selainnya adalah bidaah! Kita tidak tahu ada ulama-ulamak muktabar terdahulu yang mengeluarkan fatwa sedemikian.

Wallahu a'lam.

Oleh Ustaz Mohd Khafidz

Sabtu, 27 Ogos 2016

FATWA DARUL IFTA’ MESIR MENGENAI HUKUM BERZIKIR KUAT DAN BERDOA DIANTARA SOLAT SUNAT TARAWIKH

FATWA DARUL IFTA’ MESIR MENGENAI HUKUM BERZIKIR KUAT DAN BERDOA DIANTARA SOLAT SUNAT TARAWIKH

دار الإفتاء: يجوز الذكر بين الركعات في التراويح سرًّا وجهرًا

Darul Ifta’ – Harus Berzikir Diantara Rakaat Dalam Solat Tarawikh Samaada Secara Senyap Atau Kuat

أجازت دار الإفتاء المصرية أن يقوم المصلون بالذكر بين الركعات في صلاة التراويح في رمضان، مشيرة إلى أنه من المقرر شرعًا أن أمر الذكر والدعاء على السعة. وأضافت الدار في فتوى لها أن التسبيح بخصوصه مستحب عقب الفراغ من الصلاة وعقب قيام الليل؛ فقد أمر الله تعالى به في قوله: ﴿فَإِذَا قَضَيْتُمْ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً﴾النساء 103

Darul Ifta` Mesir membolehkan jemaah solat berzikir di antara rakaat solat tarawikh dalam bulan Ramadhan. Darul Ifta` menerangkan bahawa sebahagian hal yang berlaku dalam syara’ adalah bahawa perkara berzikir dan berdoa merupakan perkara yang luas. Darul Ifta` menambahkan dalam fatwanya bahawa tasbih secara khusus disunatkan setelah solat dan setelah Qiyamullail. Allah telah memerintahkannya dalam firmannya [yang ertinya]; Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa aman, Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman (Q.S. an-Nisa` 103)

وأوضحت الفتوى أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم كان يذكر الله عقب الوتر ويرفـع به صوته الشريف؛ فقد روى النسائي في سننه بإسناد صحيح: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم كان يقرأ في الوتر بسبح اسم ربك الأعلى وقل يا أيها الكافرون وقل هو الله أحد، فإذا سلّم قال: (سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ) ثلاثَ مرات، زاد عبد الرحمن في حديثه: يرفع بها صوته

Dijelaskan dalam fatwa tersebut bahawa Nabi SAW berzikir kepada Allah setelah solat witir dan meninggikan suara beliau yang mulia. Diriwayatkan oleh Imam Nasai’ dalam sunan beliau dengan sanad yang sahih; bahawa Nabi SAW membaca dalam

 سبح اسم ربك الأعلى

Dan

 قل يا أيها الكافرون

serta

 قل هو الله أحد .

Bila beliau (Rasulullah) salam beliau membaca سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  sebanyak tiga kali. Abdurrahman dalam hadisnya menambahkan "Nabi meninggikan suaranya".

وأشارت الفتوى إلى أنه من جهر بالتسبيح والدعاء فقد أصاب السُّنَّة، ومن أسَرَّ أيضًا فقد أصاب السُّنَّة؛ فالكل فعله رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، ولا ينبغي أن نحجِّر واسعًا، بل الصواب ترك الناس على سجاياهم؛ فأيما جماعة في مسجد رأت أن تجهر فلها ذلك، وأيما جماعة أخرى تعودت على الإسرار فلها ذلك، والعبرة في ذلك حيث يجد المسلم قلبه، وليس لأحد أن ينكر على أخيه في ذلك ما دام الأمر واسعًا. وأوضحت الفتوى أن الأمر المطلق يستلزم عموم الأشخاص والأحوال والأزمنة والأمكنة؛ فإذا شرع الله تعالى أمرًا على جهة الإطلاق وكان يحتمل في فعله وكيفية أدائه أكثر من وجه، فإنه يؤخذ على إطلاقه وسعته، ولا يصح تقييده بوجه دون وجه إلا بدليل، وإلا كان ذلك بابًا من الابتداع في الدين بتضييق ما وسَّعَه الله ورسوله صلى الله عليه وآله وسلم

Fatwa juga memberikan isyarat bahawa orang yang menjaharkan tasbih dan doa sungguh ia telah melakukan hal yang sesuai dengan sunnah Nabi, dan orang yang men-sirnya juga sesuai dengan sunnah. Kerana semuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Tidak sepatutnya kita melarang satu kelonggaran [yang mendapat keizinan syara'] tetapi yang benar adalah meninggalkannya bagi manusia [kaum muslim] sesuai dengan tab'iat mereka sendiri. Dimana saja jemaah mesjid yang ingin menjaharnya, maka boleh saja mereka melakukannya. Dan mana saja jemaah lain yang telah terbiasa dengan sir maka boleh saja mereka melakukannya. Yang menjadi pegangan dalam hal ini adalah menurut yang ditemukan seorang muslim akan hatinya. Tidak boleh bagi seorangpun mengingkari saudaranya dalam hal demikian selama perkara tersebut merupakan perkara yang longgar. Fatwa juga menerangkan bahawa perintah yang mutlaq melazimi kepada umum setiap manusia, keadaan, waktu dan tempat. Apabila Allah mensyariatkan satu perintah secara mutlaq dan dalam hal mengerjakannya dan tatacara menunaikannya ada kemungkinan lebih dari satu cara, maka perintah tersebut dipahami atas ithlaq dan kelonggarannya. Tidak sah mengaitkannya dengan satu cara saja, tidak boleh dengan cara yang lain kecuali dengan adanya dalil. Jika tidak maka hal demikian [mengaitkan perintah yang umum tanpa dalil] merupakan satu perbuatan bid'ah dalam agama dengan menyempitkan apa yang Allah dan RasulNya telah memberi keluasan.

وشددت الفتوى على أنه يجب على المسلمين ألا يجعلوا ذلك مثار فرقة وخلاف بينهم؛ فإنه لا إنكار في مسائل الخلاف، والصواب في ذلك أيضًا ترك الناس على سجاياهم فمن شاء جهر ومن شاء أسر؛ لأن أمر الذكر على السعة، والعبرة فيه حيث يجد المسلم قلبه
المركز الإعلامي بدار الإفتاء المصرية 13/7/2014م

Fatwa menguatkan bahawa wajib atas kaum muslimin untuk tidak menjadikan hal ini sebagai sumber perpecahan dan perbezaan di antara mereka, kerana tidak boleh mengingkari masalah khilafiyah. Yang benar dalam hal ini adalah membiarkan kaum muslim atas tabi'at mereka. Siapa yang ingin jahar, silakan jahar! dan siapa yang ingin sir, silakan sir!, kerana perkara zikir merupakan hal yang mendapat kelonggaran dan yang menjadi pegangan dalam hal ini adalah menurut bagaimana yang ditemukan hatinya.

Dar Ifta` Mesir 13-07-2014
Alamat ‘: http://www.dar-alifta.org

Sumber Asal :
http://m.dar-alifta.org/Viewstatement.aspx?ID=3033&type=1

ABU SUNNAH
TMG

Sila Like

https://m.facebook.com/sunnahrasulullah12/photos/a.990309187716714.1073741827.990303737717259/1039408429473456/?type=3&source=48

Kedudukan Kanak-kanak Dalam Saf

Kedudukan Kanak-kanak Dalam Saf

S: Sekarang ni di masjid-masjid timbul isu berkaitan kedudukan anak-anak dalam saf ketika solat berjemaah.

Boleh bantu beri pandangan?

Jawapan :

بسم الله وبه نستعين

1. Asalnya masyarakat telah pun sedia mengikut apa yang telah diajarkan oleh para ulama kita mazhab Syafii, mengikut sepertimana yang telah dihuraikan dalam kitab-kitab besar fiqh Syafii. Namun, lama kelamaan apabila setengah kita makin jauh dari mendalami ilmu & mempelajari kitab-kitab besar mazhab Syafii ini, kita mula keliru apabila ada golongan yang datang kemudian gemar mengatakan “ini sunnah”, “ini bidaah”. Sedangkan di dalam kitab2 itu telah pun diterangkan secara terperinci hukum hakamnya, mana yang sah, mana yang batal, mana yang sunnah, mana yang makruh, mana yang harus, mana yang afdhal/terlebih sempurna, mana yang syarat dan bukan syarat dan sebagainya.

2. Perbincangan dalam kitab-kitab fiqh sebenarnya lebih harmoni dan halus, tidak sekadar “ini sunnah”, “ini bidaah”. Golongan tersebut sebenarnya keliru & mengelirukan. Lebih merumitkan apabila mereka mengambil fatwa itu daripada ulama negara lain yang boleh menerima pandangan itu menurut usul mazhab mereka barangkali, lalu dibawa ke negara kita yang sudah sedia ada ulamanya yang mengikut usul mazhab sendiri. Barangkali tidak ada apa-apa jika fatwa yang datang dari luar itu sekadar diamal oleh pembawanya, namun yang meresahkan ialah apabila si pembawa itu kurang ilmu lalu menyalah-nyalahkan pandangan mazhab tempatan yang sudah sedia lama diamalkan. Golongan keliru ini hanya tahu menghukum “ini sunnah”, “ini bidaah”.

3. Dalam mazhab Syafii, sunnah kedudukan saf yang sempurna ketika solat berjemaah ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi (w. 676H) dalam al-Minhaj: "Hendaklah berdiri di belakang imam, kaum lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian perempuan”. Pernyataan ini umum dan jika ada masalah-masalah yang datang kemudian perlulah dihuraikan sesuai mengikut situasinya. (Dalam setengah kitab seperti Asna al-Matalib oleh Syeikhul Islam Zakariya al-Ansari (w. 926H) dinyatakan; yang berdiri di belakang imam, kaum lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa, kemudian perempuan)

4. Semua ulama yang mensyarahkan kata-kata tersebut tidak pun menafikannya dengan mengatakan "kanak-kanak tidak perlu dipisahkan dengan orang dewasa” dan sebagainya. Boleh rujuk seperti Tuhfah al-Muhtaj oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami (w. 974H), Hasyiah Qalyubi (w. 1069H) & Umairah (w. 957H), Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib as-Syirbini (w. 977H), Nihayah al-Muhtaj oleh Imam ar-Ramli (w. 1004H), dan lain-lain.

.5. Dalil mereka adalah hadis sahih:

لِيَلِيَنِّي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ. (أخرجه مسلم وأبو داود والنسائي في الكبرى وابن ماجه)

"Hendaklah berdiri di belakangku dari kalangan kamu orang-orang yang matang/baligh dan faham/berakal, kemudian orang-orang yang hampir dengan mereka,  kemudian orang-orang yang hampir dengan mereka”.

6. Bahkan ada diriwayatkan hadis dengan sanad hasan yang menyebut secara jelas susunan saf tersebut iaitu:

عَن أبي مَالك الْأَشْعَرِيّ قَالَ: أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِصَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَقَامَ الصَّلَاةَ، وَصَفَّ الرِّجَالَ وَصَفَّ خَلْفَهُمُ الْغِلْمَانَ، ثُمَّ صَلَّى بِهِمْ. (رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالْبَيْهَقِيّ بِإِسْنَاد حسن، قاله النووي في خلاصة الأحكام)

Daripada Abu Malik al-Asya‘ri RA katanya: “Mahukah aku khabarkan kamu tentang solat Nabi SAW, iaitu baginda mendirikan solat dan menyusun saf kaum lelaki dan menyusun di belakang mereka saf kanak-kanak, kemudian baru baginda mengimami mereka”. Dalam versi lain:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلِيهِ فِي الصَّلَاةِ الرِّجَالُ، ثُمَّ الصِّبْيَانُ، ثُمَّ النِّسَاءُ. (رَوَاه الْبَيْهَقِيُّ في السنن الكبرى وضَعَّفَهُ)

"Telah berdiri di belakang Rasulullah SAW di dalam solat, kaum lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian perempuan”. Sanad hadis ini daif, namun dikuatkan dengan hadis-hadis di atas.

7. Hadis-hadis ini tidaklah menunjukkan hukum wajib dan hanya menunjukkan kesempurnaan serta yang afdhal. Jika ada kanak-kanak yang berdiri di dalam saf orang dewasa dan tidak bermain-main, tidaklah perlu dihalang dan ditegah.

8. Kata Syeikhul Islam Zakariya al-Ansari dalam Asna al-Matalib: "Kata al-Azra‘i: Dikemudiankan saf kanak-kamak daripada kaum lelaki adalah jika sudah tidak muat saf kaum lelaki. Jika tidak (yakni masih ada ruang), dipenuhkan saf itu dengan kanak-kanak, tiada masalah. Semuanya ini adalah mustahab, bukannya syarat. Sekiranya mereka menyalahi (susunan ini), sah solat mereka itu berserta makruh.” Katanya lagi: "Dan jangan ditukarkan kanak2 yang hadir dahulu untuk kaum lelaki yang hadir kemudian...”. Ini kerana mereka lebih berhak berdiri di situ, walaupun pada saf pertama, sepertimana yang disebut dlm al-Minhaj al-Qawim, Mughni al-Muhtaj dan lain-lain.

9. Disebut dalam I'anah at-Talibin oleh Syekh Abu Bakr Syata (w. 1310H): "Disunatkan jika ada berbagai-bagai peringkat makmum, hendaklah berdiri di belakang imam, kaum lelaki, walaupun hamba sahaya, kemudian sesudahnya - jika telah penuh saf mereka - kanak-kanak, kemudian sesudah mereka– walaupun tidak penuh saf mereka – kaum perempuan”. Kata beliau lagi: "Apabila susunan tersebut disalahi, ianya makruh”. Rujuk juga perinciannya di dalam Tuhfah al-Muhtaj & al-Minhaj al-Qawim oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami (w. 974H), Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib as-Syirbini (w. 977H), Nihayah al-Muhtaj oleh Imam ar-Ramli (w. 1004H), dan laun-lain.

10. Pandangan yang mengatakan kanak-kanak tidak perlu dipisahkan dengan org dewasa dengan erti kata diselang selikan atau setiap kanak-kanak mesti berdiri di sebelah bapanya adalah pandangan yang janggal dan mengelirukan. Lebih parah lagi didakwa itu adalah sunnah dan selainnya adalah bidaah! Kita tidak tahu ada ulama-ulamak muktabar terdahulu yang mengeluarkan fatwa sedemikian.

Wallahu a'lam.

Oleh Ustaz Mohd Khafidz

Ahad, 22 September 2013

HUKUM - BERPINDAH TEMPAT UNTUK SOLAT SUNAT

sumber :  Facebook

  • HUKUM :: BERPINDAH TEMPAT UNTUK SOLAT SUNAT

    Oleh Ust Syed Shahridzan 

    "SOALAN:...

    Kita biasa melihat di masjid atau di surau, orang-orang yang sudah menunaikan solat fardhu akan berpindah ke tempat lain untuk solat sunat. Antara sebab yang pernah saya dengar dari ustaz-ustaz dahulu bahawa tempat-tempat yang pernah kita solat nanti akan menjadi saksi di akhirat kelak. Adakah fakta ini benar? Dan wujudkah hadith-hadith yang menunjukkan amalan dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w? (versi suntingan kepada bahasa lebih formal)

    JAWAPAN:
    Amalan menukar dari tempat solat fardu ke tempat yang baru untuk bersolat sunat adalah sabit di dalam sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Terdapat banyak dalil dari hadith-hadith yang diriwayat daripada Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, antaranya:

    عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُصَلِّ الْإِمَامُ فِي الْمَوْضِعِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ حَتَّى يَتَحَوَّلَ. رواه أبو داؤد, كتاب الصلاة, باب الإمام يتطوع في مكانه.

    Mughirah bin al-Syu’bah Radiyallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Seseorang imam tidak bersolat(sunat) pada tempat yang dirikannya solat(fardu) sehingga lah dia bertukar(berpindah tempat).” Hadith riwayat Imam Abu Daud.

    Hadith di atas ini kelihatan mengkhususkan kepada orang yang menjadi imam solat, namun terdapat hadith yang lain lebih bersifat umum iaitu tidak khusus pada imam solat sahaja malah para makmum dan individu yang bersolat sendirian. Antaranya hadith yang diriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam:

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ إِذَا صَلَّى أَنْ يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ أَوْ عَنْ يَمِينِهِ أَوْ عَنْ شِمَالِهِ يَعْنِي السُّبْحَةَ. رواه ابن ماجه, في باب إقامة الصلاة والسنة فيها, باب ما جاء في صلاة النافلة حيث تصلى المكتوبة

    Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu meriwayatkan dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang bersabda: “Apakah kamu rasa keberatan apabila kamu telah solat(fardu) untuk gerak sedikit di hadapan atau mundur, atau pindah ke bahagian kanan atau ke bahagian kiri?, iaitu dalam solat sunat." Hadith riwayat Imam Ibnu Majah.

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : " إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَتَطَوَّعَ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ فَلْيَتَقَدَّمْ أَوْ لِيَتَأَخَّرْ ، أَوْ عَنْ يَمِينِهِ ، أَوْ عَنْ شِمَالِهِ. رواه البيهقي في السنن الكبرى, كتاب الصلاة, جماع أبواب صفة الصلاة, باب الإمام يتحول عن مكانه إذا أراد أن يتطوع في المسجد.

    Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Jika di antara kamu ingin mengerjakan solat sunat selepas solat fardu, maka bergerak lah ke hadapan, atau ke belakang, atau ke kanan, atau ke kiri.” Hadith riwayat Imam al-Baihaqi.

    Imam Ibnu Hajar telah menukilkan riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, bahawa Ali bin Abu Talib Radiyallahu ‘anhu berkata:
    مِنَ السُّنَّةِ أَنْ لَا يَتَطَوَّعَ الْإِمَامُ حَتَّى يَتَحَوَّلَ مِنْ مَكَانِهِ. رواه ابن أبي شيبة (راجع: فتح الباري, في شرح الحديث 812) 

    Maksudnya: “Perkara yang termasuk daripada sunnah ialah seseorang imam solat tidak bersolat sunat sehingga lah dia berpindah dari tempatnya(solat fardu).” Fathul Bari, syarah hadith 812.

    ADAKAH TEMPAT YANG DIDIRIKAN SOLAT AKAN MENJADI SAKSI DI AKHIRAT KELAK?

    Menurut Imam al-Syaukani di dalam Nail al-Autar:

    والعلة في ذلك تكثير مواضع العبادة كما قال البخاري والبغوي لأن مواضع السجود تشهد له كما في قوله تعالى: { يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا } أي تخبر بما عمل عليها

    Maksudnya: Dan ‘illah(sebab) mengenai itu(pindah tempat solat) untuk memperbanyakkan tempat-tempat ibadah sepertimana yang dikatakan oleh al-Bukhari dan al-Baghawi, ini kerana tempat-tempat sujud(solat) akan menjadi saksi untuknya. Sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala(surah al-Zalzalah, ayat 4, maksudnya), “Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya”, iaitu bumi mengkhabar tentang apa yang dia amalkan ke atasnya(bumi).

    Menurut beliau lagi:

    وورد في تفسير قوله تعالى: { فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمْ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ } " إن المؤمن إذا مات بكى عليه مصلاه من الأرض ومصعد عمله من السماء " وهذه العلة تقتضي أيضا أن ينتقل إلى الفرض من موضع نفله

    Maksudnya: dan terdapat di dalam tafsir firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala(surah al-Dukhan, ayat 29, maksudnya) “Mereka itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi”. Sesungguhnya orang mukmin apabila mati, maka dia akan ditangisi oleh tempat solatnya dari bumi dan tempat naik amalannya di langit, dan ini juga adalah sebab(illah) perpindahannya kepada perlaksanaan solat fardu dari tempat solat sunatnya.

    Iaitu disyariatkan juga berpindah dari tempat solat sunat untuk melaksanakan solat fardu. 

    Wallahu A'lam.

    Abu Ruqayyah Ba 'Alawi. 14/8/13."

    Jazakallah Khairan Ustaz Ahmad Syarief Abu Umar kerana berkongsikan ilmu ini..

Jumaat, 30 November 2012

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=490306760992471&set=a.443526182337196.96770.268033199886496&type=1&theater

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan 
terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wuduk Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”

(Muslim )

Huraian
Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam….

Khamis, 4 Oktober 2012

Didik Jiwa Melalui Solat




Didik jiwa melalui solat

JIKA semua umat Islam mengetahui fadilat dan kelebihan melaksanakan solat, pasti tiada siapa yang akan meninggalkan perintah Allah SWT itu dengan sengaja.

Malah, masjid atau surau yang menjadi pusat mendirikan ibadah rukun Islam kedua itu juga pasti sentiasa akan dipenuhi setiap kali masuk waktu solat.

Kelebihan solat memang tidak dapat disangkal lagi. Ia bukan sahaja dijelaskan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan perantara Rasulullah SAW di dalam hadis, tetapi hasil dapatan melalui kajian saintifik juga membuktikan kelebihan orang yang menunaikan ibadah itu.

Namun malangnya, hakikat yang berlaku kepada umat Islam masa kini dilihat kurang menitikberatkan solat yang difardukan sebanyak lima waktu sehari semalam itu dalam kehidupan harian kita.

Hal inilah antara pendorong kepada berlakunya pelbagai gejala negatif dan dilihat semakin berleluasa dan membimbangkan dalam kalangan umat Islam.

Penulis dan Perunding Motivasi, Zul Ramli Mohamed Razali berkata, oleh itu solat penting dalam mendidik jiwa agar sentiasa mengingati Allah SWT dan sentiasa takut untuk melakukan perkara yang negatif.

Ini kerana katanya, melalui amalan solat yang dilakukan dengan sempurna dapat membuka mata hati secara langsung membimbing manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara mungkar.

"Solat adalah satu bentuk motivasi kepada manusia untuk berbuat baik kepada makhluk sama ada manusia, malaikat, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

"Pergerakan solat yang kita lakukan iaitu bermula dengan takbir dan diakhiri dengan salam adalah merupakan simbolik jalinan antara hubungan antara tuhan dan makhluk yang lain.

"Apabila kita mengangkat takbir bermakna kita meninggalkan segala urusan dunia di belakang kita untuk memberi sepenuh perhatian kepada Allah SWT sehinggalah membaca tahiyat akhir.

"Manakala apabila kita memberi salam pula bermakna, bermulalah hubungan kita bersama makhluk iaitu malaikat dan manusia dengan lafaz salam tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Tahsin as-Solat' pada bengkel 'Kuasa Minda: Ubah Sikap Melalui Solat' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, baru-baru ini.

Turut membentangkan kertas kerja, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Fatimah Ibrahim dengan kertas kerja bertajuk 'Kebaikan dari Perspektif Sains' pada modul kedua.

Fungsi solat
Dalam pada itu, Zul Ramli berkata, solat yang dilakukan oleh seseorang itu masih belum sempurna jika ia tidak dapat mencegahnya daripada meninggalkan maksiat dan tetap melakukan perbuatan mungkar.

Ini kerana menurutnya, antara fungsi solat adalah untuk mendidik jiwa supaya mencegah daripada melakukan sebarang perbuatan mungkar memperbanyakkan amal kebaikan.

Ia sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya: Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 45)

"Apa yang kita lihat sekarang ini ramai yang solatnya bagus dan tidak tinggal solat, tetapi malangnya dalam masa sama dia sentiasa melakukan kemungkaran dan tidak dapat berhenti melakukan maksiat.

"Ini berlaku berkemungkinan kerana solatnya yang kurang sempurna atau terdapat kesalahan ketika menjalani ibadah tersebut. Solat yang sempurna beserta hati yang khusyuk dapat mengawal seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar," ujarnya.

Oleh itu katanya, untuk memperoleh solat yang sempurna, umat Islam hendaklah mempelajari dan mendalami solat sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Tambahnya, solat juga merupakan fitrah kepada kejadian manusia yang tidak boleh ditinggalkan dengan sengaja.

"Sebagaimana kita memerlukan makanan dan minuman untuk hidup, begitu juga kita memerlukan solat. Solat adalah fitrah dan keperluan roh bagi setiap manusia yang diciptakan dengan sifat yang suka meminta dengan berdoa.

"Solatlah yang menjadi medium kepada manusia untuk meminta atau memenuhi fitrah tersebut," katanya.

Senaman terbaik
Mungkin kita pernah tertanya, mengapa solat memerlukan pergerakan dan apakah maksud di sebalik pergerakan tersebut?

Dr. Fatimah dalam kajian yang dilakukan mendapati setiap pergerakan yang dilakukan dalam solat merupakan satu kaedah senaman yang bermanfaat kepada kesihatan manusia.

Antara hasil kajian tersebut adalah kesan pergerakan solat terhadap komposisi badan yang didapati mampu merawat denyutan jantung, terapi mati pucuk dan diet seimbang untuk menguruskan tubuh manusia.

Beliau berkata, kajian kesan pergerakan solat terhadap komposisi badan yang dilakukan kepada 120 peserta mendapati keputusan yang berbeza. Ia diukur mengikut lima kaedah tabiat lazim solat sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kaedah tersebut adalah kekerapan bersolat, tahap memahami bacaan dalam solat, solat berjemaah, posisi ketika rukuk dan ketika sujud serta duduk tahiyat.

Kelima-lima kaedah tersebut katanya jika dilakukan dengan sempurna mampu memberi kesan positif kepada tubuh seperti menenangkan fikiran, menyihatkan badan, menambah tenaga dan mengurangkan kolestrol dalam tubuh.

"Dalam kajian yang dilakukan ke atas peserta yang berumur antara 19 hingga 48 tahun dengan menggunakan alat khas iaitu BIA itu, ia dapat mengesan tahap kesihatan dan tenaga tubuh peserta secara menyeluruh dengan mengukur komposisi badan peserta.

"Peserta yang memahami bacaan dalam solat, duduk di posisi yang betul ketika rukuk dan sujud serta duduk tahiyat menunjukkan tahap kesihatan yang terbaik berbanding peserta yang salah melakukannya.

"Malah fikiran orang yang bersolat juga akan menjadi tenang dan wajahnya akan menjadi cantik serta kemerah-merahan," katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumaat, 18 Februari 2011

Bab Hakikat Kiblat Solat

by Sangbogoroyo Khuzariry on Friday, 18 February 2011 at 08:43
::BAB HAKIKAT KIBLAT SOLAT::

Bismillahir Rohmaanir Rohiim.

Ini fasal menyatakan Kiblat atas orang sembahyang itu tiga perkara. Pertama Kiblat Tubuh, kedua Kiblat Hati dan ketiganya Kiblat Roh. Adapun Kiblat Tubuh kepada Ka’bah Allah, maka hendaklah segala orang Islam yang sembahyang itu menghadapkan kiblat ini, jikalau tidak maka tiada sah sembahyangnya. Maka hendaklah dihadapkan dadanya dan segala urat dan daging darahnya dan tulangnya dan segala anggotanya kepada Ka’bah Allah ini sebab difardhukan oleh Allah Ta’ala segala orang Islam menghadapkan ke arahnya, maka sahlah sembahyangnya.

Adapun Kiblat Hati itu kepada Tuhan Ka’bah Allah, bahawasanya hendaklah kita ‘itiqadkan Allah Ta’ala itu tiada ia di kanan dan di kiri dan tiada di hadapan dan tiada di belakang. Tiada ia di bawah dan tiada ditentukan suatu tempat ia jua meliputi alam sekalian Ahadus Shomad seperti firman Allah Ta’ala “Wallohu Muhiitun ‘Anil ‘Aalamin” artinya “Allah Ta’ala jua meliputi alam sekalian. Firman Allah Ta’ala lagi “Wa Huwa Ma’akum Aina Maa Kuntum” artinya Allah jua serta kamu barang di mana kamu ada”. Jikalau demikian itu nyatalah bahawa Allah Ta’ala itu tiada ditentukan tempat padanya suatu tempat ia hadir jua. Keadaan demikian itu i’tiqad kita maka inilah dikehendaki kepada hati kita.

Adapun Kiblat Roh itu sentiasa ia tidak bercerai dengan Tuhannya kerana yang dianugerahi Tuhannya tujuh sifat yaitu Hayat itu dihantar kepada roh kita maka jadi hidup dengan yang hidup. Maka dihantarkan sifat Ilmu pada hati kita maka jadi tahu kita dengan yang tahunya. Maka dihantarkan sifat Kudrat pada anggota kita maka jadi kuasa dengan yang kuasanya. Maka dihantar sifat Iradat kepada nafsu kita maka jadi berkehendak dengan yang berkehendaknya. Maka dihantar sifat Sama’ kepada telinga kita maka jadi mendengar dengan yang mendengarnya. Maka dihantarkan sifat Bashor kepada mata kita maka jadi melihat dengan yang melihatnya. Maka dihantar sifat Kalam kepada lidah kita maka jadi berkata-kata dengan yang berkata-katanya. Maka dita’yinkan pada i’tiqad kita yang berkata-kata inilah Allah Ta’ala.

Apabila engkau mengetahui akan hal yang demikian, maka hendaklah fanakan dirimu itu dan segala perbuatanmu di dalam Af’al Allah semata-mata. Maka hendaklah hapuskan, karamkan sifat hamba itu di dalam sifat Allah semata-mata, maka tiada sifat kita lagi. Maka hendaklah sifat zat kita di dalam Zat Allah, maka tinggallah Zat Allah, Sifat Allah, Af’al Allah semata-mata adanya kerana kita telah kembali kepada Adam sediakala. Maka tatkala itu kata olehmu Allahu Akbar, inilah bernama sembahyang orang yang Khoshul Khos namanya. Maka memperoleh maqam munajat, maqam tabdul Kalamullah, jikalau tiada demikian itu tiada sah sembahyangnya.

Maka ditilik sembahyangnya tetaplah menyembah huruf dan suaranya dan menyembah bayang-bayang itu ESA, sempurnalah ibadatmu dan amalmu kepada ALLAH Ta’ala kerana inilah dinamai sembahyang itu saudaraku. Ketahui olehmu akan sempurna sembahyang, tiada sah sembahyang itu tiada Niat dan Ikhlas melainkan dengan Hati dan tiada bernama Hati melainkan Ilmu dan Ta’yin. Adapun artinya Hati itu dan Ikhlas dan Ilmu dan Ma’rifat itu Rohani. Maka ketahui olehmu bahawasanya sekalian perbuatan itu dengan Niat dan Tertib. Tertib itu terbit daripada Hati yang Latif yaitu Rohani. Adapun Cita-Cita itu terdahulu daripada Niat.

Adapun Qosad itu tiga bahagi, pertama Qosad Nafsu, kedua Qosad Tabliyat dan ketiga Qosad Roh. Adapun Qosad Roh di dalam Rahsia, adapun tatkala berdiri sembahyang itu maka hapuskanlah dan lenyapkan perbuatan kita di dalam Af’al ALLAH. Maka tinggallah Af’al ALLAH semata-mata dan QudratNya, maka katalah olehmu ALLAHU AKBAR. Inilah maqam munajat dan maqam mi’raj dan maqam tabdul dan maqam Islam, maka beroleh lazat dan cintarasa baginya. Wabillahit Taufiq Wal Hidaya