TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi Islam. Papar semua catatan

Selasa, 10 Jun 2014

Car Boot Sale di Bandar Seri Putra, Bangi.

Assalamu'alaikum,

Pada 27 April 2014 yang lalu, hamba menghadiri Car Boot Sale di Bandar Seri Putra, Bangi.  Caranya untuk ke sini tidaklah susah.  Ambil Lebuhraya PLUS ke Seremban dari Sg Besi. Selepas Tol Bangi, ada tol Bukit Mahkota. Masuk tol Bukit Mahkota, terus ke depan, dalam 150m-250m, ada papan tanda ke kiri, lokasi Car Boot Sale dijalankan.  Car Boot Sale diuruskan oleh sekumpulan penduduk dan dana yang dikutip dari Car Boot Sale dimasukkan dalam tabung sebuah Sekolah Agama di sini selain digunakan untuk tujuan iklan dan promosi.    Car Boot Sale  adalah satu 'budaya' di luar negara. Ia tempat barang-barang dikitar semula, dijual semula. Pakaian anak-anak yang sudah kecil boleh dijual semula dengan harga yang lebih murah. Barang dan peralatan di rumah yang sudah tidak dikehendaki boleh dijual semula dengan harga yang murah/lebih rendah.  

Perbezaan Car Boot Sale  dengan pasar malam, pasar tani, uptown dan pasar sehari adalah ia menjual barang kitar semula/terpakai, ia tidak menjual makanan, tidak menjual barang basah, tidak menjual barang baru yang murah. Itu perbezaan penting supaya Car Boot Sale  kekal sebagai Car Boot Sale.  Dari segi sistem ekonomi Islam, Car Boot Sale  boleh dimasukkan di bawah sektor ijtimaie, iaitu sektor sosial, kemasyarakatan dan kebajikan.  Car Boot Sale  memang baik untuk masyarakat kerana mengelakkan pembaziran apabila pakaian sebagai contoh dibuang begitu sahaja, menggalakkan barang yang kita tidak mahu dijual dengan harga lebih murah, menggalakkan barang digunakan dengan optimum, membantu ahli masyarakat yang kurang berada mendapatkan barang keperluan asas dengan harga yang murah dan mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin dengan konsep kitaran semula.  Pembaca boleh lihat sendiri gambar-gambar yang disertakan. Car Boot Sale  di  Bandar Seri Putra, Bangi diadakan pada hari Ahad terakhir setiap bulan.  Ada beberapa Car Boot Sale di sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Baru Bangi, tetapi hamba kira ini yang paling popular dalam kalangan pengunjung.

Hamba baru kembali dari luar negara atas urusan umrah dan urusan kerja. Nantikan artikel seterusnya. Wassalam.


















Selasa, 21 Mei 2013

Peluang Memiliki Rumah

Assalamu'alaikum,

Hamba ke pejabat peguam baru-baru ini dan ternampak risalah ini. Ia merupakan satu peluang baik untuk orang Islam memiliki rumah dengan harga yang berpatutan. Transaksi jualan berasaskan Jual Salam, bukannya al-Bai Bithaman Ajil (BBA) yang biasa digunakan oleh institusi kewangan. Hamba teringin nak beli juga tapi poket dah kosong sedikit sebab .... Siapa yang berminat, sila hubungi individu terbabit sendiri. Satu yang menarik adalah bagaimana Jual Salam digunakan untuk membolehkan umat Islam memiliki rumah dengan kos lebih murah berbanding perumahan yang disediakan oleh pemaju swasta yang rata-ratanya bukan Islam dan mahal.


Isnin, 5 Mac 2012

Sokong Produk Halal dan Pengusaha Muslim

Assalamu'alaikum,

Hamba tiada saham dan kepentingan dalam Mydin...Gambar di bawah merupakan gambar CEO Mydin sedang membentangkan pandangannya dalam Persidangan Francais Malaysia pada tahun lepas.  Beliau seorang pemotivasi yang hebat.  Kalau anda berpeluang mendengar kata-katanya, jangan lepaskan peluang itu. 30 minit tidak cukup baginya. Sekurang-kurangnya berikan Datuk Ameer Ali Mydin satu jam untuk berucap. Anda pasti tidak jemu dan teruja mendengar 'rasa hati beliau' . Malaysia memerlukan lebih ramai usahawan Muslim sepertinya.

Sebagai seorang Muslim, adalah wajar kiranya kita menyokong produk halal dan pengusaha Muslim di Malaysia ini. Bolehkah anda jihad ekonomi dalam kemampuan kita? Baca kembali tulisan lama hamba di sini.  Hamba kira di sebalik membuat keuntungan yang sememangnya diharuskan dalam Islam, Mydin telah mengisi kelompangan dalam Fardhu Kifayah dalam kalangan umat Islam di Malaysia dengan membuka berpuluh-puluh pasaraya, pasaraya besar, pasar mini dan sebagainya.  Satu yang anda perlu tahu adalah Mydin mendapatkan sebahagian besar barangnya daripada pengusaha Muslim. Jika anda membeli di Mydin, bermakna anda menyokong pengusaha Muslim yang lain yang 'bernaung' di bawah Mydin. 

Walaupun memang Mydin 'membantu pihak kerajaan' dalam membangunkan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), buangkan soal politik dalam pemikiran, hati dan jiwa anda. Begitu teruknya umat Islam di Malaysia bergaduh hal politik sampai semua perkara hendak dipolitikkan, dijadikan isu politik, bangun politik, makan politik, minum politik, tidur politik...tak habis-habis politik.  Orang bukan Islam 'ketawa sendirian' melihat kita, umat Islam bergaduh hal politik. Begitulah kebanyakan ahli politik Muslim di Malaysia, mereka 'tidak boleh hidup' tanpa politik. Jangan sampai hal politik meranapkan ekonomi umat Islam. Sepengalaman hamba di luar negara pun, tidaklah teruk orang putih bergaduh hal politik. Hal politik adalah urusan di Parlimen, selain itu urusan masyarakat, membantu masyarakat. Parti yang bertentangan boleh bersatu hal masyarakat.   Di Malaysia, malangnya bagi mereka yang bergelar 'ahli politik', semua perkara hendak dipolitikkan.

Marilah sama-sama kita berjuang dalam bab ekonomi. Empat dari Rukun Islam memerlukan ekonomi untuk disempurnakan. Solat memerlukan pakaian yang bersih, tempat solat yang bersih/elok, puasa memerlukan sahur dan berbuka yang memerlukan wang untuk membeli makanan. Zakat bukan setakat zakat fitrah. Pesan arwah Mursyid hamba, 'berusaha agar dapat membayar pelbagai jenis zakat yang ada', bukannya cukup dengan bayar zakat fitrah sahaja. Contohnya, simpan duit gaji agar cukup syaratnya dan melayakkan kita bayar zakat wang simpanan, bukan 'lari daripada bayar zakat'.  Kalau menternak binatang, ternak sampai cukup syarat untuk keluarkan zakat ternakan....begitulah seterusnya. Begitu juga dengan ibadat haji yang memerlukan ekonomi yang paling besar untuk mengerjakannya. Alhamdulillah, syariatnya hamba dah sempurnakan pada awal tahun 2004. Jangan tunggu usia tua untuk buat haji.  Kalau ekonomi OK, kerjakan umrah dahulu sebelum mengerjakan haji.

Cukuplah setakat ini di pagi Isnin ini (5 Mac 2012/ 12 Rabiulakhir 1433). Jangan jadikan politik sebagai cara hidup anda. Jangan biarkan politik mempengaruhi hidup anda. Jangan celarukan pemikiran dan pandangan anda dengan mereka-mereka yang bergelar ahli politik. Jangan pecah-belahkan masyarakat dengan politik anda kerana masyarakat Islam di Malaysia sudah teruk berpecah akibat politik dan ahli politik. Baca kembali tulisan hamba yang lalu tentang matlamat akhir kita mendalami dan mengamalkan tasawuf.  Pokok pangkal ahli tasawuf adalah Allah Taala (Kitabullah) dan Junjungan Nabi SAW (Sunnah). Selain kita tidak lari daripada Al-Quran dan As-Sunnah, yang penting adalah kita sentiasa 'merujuk kepada-NYA' dalam pelbagai perkara kerana hanya DIA yang maha mengetahui segala-galanya, maha bijaksana atas segala sesuatu. Wassalam.















Rabu, 2 Februari 2011

Tidak cukup kalau berniaga dengan status sebagai pengusaha Muslim

Assalamu'alaikum,

Semalam, 1 Februari 2011 bersamaan 27 Safar 1443, sedikit kekecewaan terasa di hati, walaupun tidak lama. Hamba berkunjung ke sebuah kedai aksesori Bumiputera (mengikut papan tandanya), yang bermakna kedai aksesori kereta milik pengusaha Muslim. Kunjungan selepas waktu pejabat dilakukan untuk mengetahui perkembangan barang yang hamba tempah kira-kira sebulan lalu, iaitu di penghujung Disember 2010. Sebenarnya hamba tempah cermin belakang, yang biasanya dipasang di belakang MPV untuk melihat bahagian belakang kereta, agak konvensional berbanding meerka yang menggunakan kamera. Kadang-kadang yang konvensional itu pun OK, citarasa manusia tidak sama.

Memandangkan hamba dah tempah lebih sebulan lalu, dalam tempoh ini hamba selalu terfikir, dah sampai ke belum, dah sampai ke belum. Mengikut kata stafnya, dua minggu sudah cukup, boleh bawa kereta dan pasang. Deposit RM50 pun sudah dibayar. Selepas dua minggu, hamba masih  menunggu panggilan telefon, namun tidak kedengaran. Namun selepas sebulan, hamba pun pergi sendiri ke kedai tersebut untuk bertanya sendiri.

Masalah pertama adalah hamba terlupa bawa resit. Jadi staf kedai dok belek resit2 kedainya untuk cari tempahan hamba tu.  10 minit dok belek tak jumpa-jumpa, hamba kata mai hamba tengokkan. Tak sampai seminit hamba dah jumpa, tak jumpa atau sengaja buat tak nampak. Jelas tempahan dilakukan pada penghujung Disember 2010, no. telefon hamba pun ada beserta maklumat lain.  Jadi tanyalah hamba, dah ada ke belum....tak terjawab stafnya, dia telefon pengedar dan kata lepas Tahun Baru Cina baru boleh dapat dan pasang.

Terkecewa sedikit hati hamba dengan sikap dan perangai pengusaha Bumiputera/Muslim sebegini. Kita sanggup ke kedai mereka, dan sanggup menunggu berminggu-minggu, akhirnya ini habuannya. Tidak sensitif dengan kehendak pelanggan, tidak serius dalam bekerja, sikap ambil mudah rungutan pelanggan, ambil mudah banyak perkara antara masalah-masalah perniagaan milik Muslim.  Di situlah terdetik hati hamba untuk menulis artikel ini. Tidak cukup orang Islam berniaga dan mengharapkan orang Islam lain datang kerana mereka pengusaha Muslim. Tidak cukup dengan status halal kerana restoran bukan Muslim pun dapatkan status halal juga. 

Memang kita digalakkan membantu ekonomi Islam dengan membeli-belah di kedai Muslim sepertimana dalam artikel hamba sebelumnya tentang Ekonomi Islam.  Namun orang Islam yang menjadi pengusaha, usahawannya tidak boleh ambil mudah galakan dan suruhan ini. Apatah lagi umat Islam tidak dilarang berniaga dengan bukan Muslim asalkan dalam 'konteksnya'.  Maksudnya kita tidak boleh menghalang orang Islam yang ingin berjual-beli dengan orang bukan Islam asalkan sempurna rukun jual-beli, syarat-syarat sah jual-beli, majlis akad dan sebagainya.  Dan inilah yang berlaku dalam dunia hari ini dimana ramai orang Islam yang berjual-beli dengan orang bukan Islam.

Pokoknya, mengapa orang Islam berjual-beli dengan orang bukan Islam. Antaranya kerana :
  • Mereka pandai ambil hati kita
  • Mereka suka layan kita, kalau budak2 depa suka bagi gula2 contohnya
  • Cakap kita depa dengar, tak membantah, pelanggan sentiasa betul
  • Janji ditepati, bukan nak kena tangguh2kan.
  • Barang mereka lebih berkualiti
  • Harga barang mereka lebih murah
  • Mereka 'tahan lasak' dalam berniaga
  • Kadang-kadang mereka tidak berkira dengan kita sebab org Melayu suka tawar-menawar...
pasti banyak lagi...Adakah pengusaha Muslim berbuat sepertimana di atas? Berapa ramai? Yg pastinya, peniaga, pengusaha, usahawan Muslim tidak boleh bergantung kepada sentimen 'Islam' semata2. Banyak yg perlu dilakukan untuk berjaya, untuk menarik perhatian org Islam berjual-beli dengan mereka, apatah lagi utk menarik orang bukan Islam berjual-beli dengan pengusaha Muslim. Kita harus ingat, Islam itu sempurna, dan hanya dalam Islam ada kesempurnaan, bukannya di Harvard Business School, MIT, Stanford dan lain2 tempat.  
Kesempurnaan 'berniaga' dalam Islam itu wajib kita zahirkan kerana ini juga dakwah kita dalam menarik orang bukan Islam terhadap Islam.  Kita perlu zahirkan peradaban dalam berniaga, akhlak dalam berniaga, maka akan terpancarlah keelokan berniaga menurut Islam. Realitinya, pengusaha Islam di Malaysia masih jauh dalam mempraktis Islam yang sebenar dalam kegiatan perniagaan mereka.

Namun, kekecewaan sedikit bukan bermakna kekecewaan hakiki. Moga kita sama-asma berjuang untuk memartabatkan ekonomi Islam. 

Wassalam.


Rabu, 19 Januari 2011

Jihad Ekonomi : Bolehkah Kita?

Assalamu'alaikum,

Satu perkara yang penting dalam dunia hari ini adalah ekonomi. Satu perkara yang antaranya kita, umat Islam masih ketinggalan adalah bidang ekonomi. Perubahan geopolitik dan sekitaran masa kini menuntut kita memperhebatkan jihad ekonomi. Tanpa memperkatakan sesuatu yang lebih besar, bolehlah kita, sanggupkah kita?
  • Membeli barangan runcit harian di kedai umat Islam berbanding bukan Islam walaupun harganya sedikit tinggi
  • Membeli barangan di pasar malam dari peniaga Muslim berbanding bukan Muslim walaupun kuantitinya kurang sedikit.
  • Servis kereta di bengkel Muslim berbanding bengkel bukan Muslim walaupun bengkel Muslim masih ketinggalan dan kekadang mengenakan harga yang sedikit tinggi. Bagaimana bengkel Muslim ingin maju jika kita sendiri tidak menyokongnya? Jika bengkel Muslim bermasalah, bolehkah kita yang menasihati mereka, memberikan teguran berguna ke atas mereka?
  • Rugi seringgit dua, sepuluh dua ataupun dalam lingkungan kadar yang masih boleh ditanggung oleh kita dengan  berbelanja di premis milik Muslim berbanding di premis milik bukan Muslim.
  • Membeli baju, menempah baju daripada peniaga Muslim berbanding peniaga bukan Muslim.
  • Membeli ubat gigi yang halal dan dikeluarkan oleh pengusaha Muslim.
  • Menukar cermin mata di premis milik Muslim berbanding milik bukan Muslim. Sudah banyak kedai optometri milik umat Islam di pasaran, kenapa kita masih tidak mahu menyokong.
  • Menggunakan agen takaful orang Islam berbanding agen bukan Musliim
  • Menggunakan takaful berbanding insurans sedangkan sudah ada banyak pilihan takaful di Malaysia. Tahukah kita insurans haram antaranya kerana ia mempunyai unsur 'gharar', iaitu tidak dapat dipastikan ke mana duit caruman kita itu dilaburkan sama ada halal atau haram.
  • Mengajak dan menasihati rakan seagama menggunakan takaful berbanding insurans
  • Menggunakan sistem perbankan Islam berbanding perbankan konvensional. Kenapa masih ada 1001 alasan menggunakan perbankan konvensional sedangkan alternatif sistem Islam sudah ada.
  • Mengajak dan menasihati rakan seagama menggunakan perbankan Islam berbanding perbankan konvensional
  • Tidak terlalu menitikberatkan bayaran yang sedikit peringkat awal dalam perbankan konvensional tetapi menitikberatkan keberkatan dalam menggunakan sistem perbankan Islam
  • Membeli makanan yang berstatus halal sahaja dari mana-mana kedai/premis perniagaan.
  • Mengajak dan menasihati rakan seagama agar lebih prihatin dalam memilih makanan supaya jelas halalnya.
  • Membeli makanan yang berstatus halal dan diketahui dihasilkan oleh orang Islam berbanding makanan berstatus halal yang dihasilkan oleh pengeluar bukan Muslim.
  • Bersama-sama mengajak rakan seagama berbelanja di premis milik Muslim berbanding bukan Muslim.
  • Ke Klinik Panel dimiliki Doktor Islam berbanding klinik panel bukan Muslim. RM30 yang dibayar oleh majikan kita, jika seratus pekerja berapa jumlahnya, jika sebulan berapa jumlahnya, jika setahun berapa banyak wang yang masuk ke dalam tangan orang Islam berbanding bukan Islam.
  • Mendapatkan rawatan di hospital swasta milik Muslim berbanding hospital swasta dimiliki bukan Muslim. Walaupun bayaran itu biasanya dikeluarkan oleh majikan kita, bukan duit kita, sekurang2nya ia membantu ekonomi Islam.
  • Tidur di hotel Muslim walaupun 'kurang selesa' berbanding hotel bukan Muslim yang mungkin lebih selesa.
  • Menggunakan kad  Bank Islam, Kad Bank Rakyat, kad Debit berbanding kad kredit konvensional. Dosa riba amat besar tetapi kita 'tak nampak' berbanding dosa lain dan ini menyebabkan kita 'leka berbuat dosa riba'.
  • Memboikot dan mengajak rakan seagama memboikot restoran, kedai makan, hotel yang tidak jelas status halalnya atau pernah diketahui 'mempermainkan status halal'.
  • Memboikot dan mengajak orang islam lain turut memboikot  kedai bukan Muslim yang turut menjual barangan yang tidak halal seperti arak. Ini kerana mereka ini turut menjual arak ini kepada pembeli Muslim.
  • Kerugian sedikit kerana tidak mengambil peluang promosi oleh syarikat bukan Muslim.
  • Berurusan dengan syarikat-syarikat yang lebih banyak memberi manfaat kepada orang Islam.
  • Beli barang dari Multi-Level Marketing yang dipelopori oleh orang Islam berbanding MLM yang dikuasai oleh bukan Muslim. RM1000 yang kita jual untuk syarikat MLM bukan Muslim, RM750 mungkin masuk ke kantung bukan Muslim. RM1000 yang kita jual untuk  syarikat MLM Muslim, RM950 mungkin masuk ke kantung Muslim.
  • Membeli kereta dari agen Muslim berbanding bukan Muslim. RM1000-RM2000 komisen yang agen terima, ke mana masuknya jika kita memilih agen bukan Muslim. Sedarkah kita bahawa betapa susah dan jarang-jarang agen Muslim mendapatkan jualan daripada orang bukan Muslim sedangkan kita orang Islam, senang-senang pilih agen bukan Islam untuk membeli kereta.
  • Belilah kereta terpakai daripada pengusaha Muslim. Kereta terpakai banyak di pasaran, harganya tidak banyak berbeza, siapa lagi yang akan menolong rakan seagama kita kalau bukan kita?
  • Menggunakan tenaga kerja umat Islam, dari Indonesia contohnya untuk kerja-kerja renovasi rumah. Kalau kita ambil tokey yang bukan Islam pun, mereka pakai/guna tenaga buruh yang sama juga tetapi duit kita lebih banyak masuk poket bukan Islam berbanding poket orang Islam.
  • Bersama-sama menyemarakkan sumbangan kita ke atas ekonomi Islam, setakat mana yang kita mampu.
  • Sambunglah sendiri senarai ini......
Sedarkah kita bahawa kebiasaannya rangkaian peniaga/pemborong bukan Muslim mengenakan 'harga yang berbeza' untuk peniaga Muslim berbanding peniaga bukan Muslim. Contohnya kedai yang menjual peralatan membuat kek yang bahan dan peralatannya diperolehi dari pembekal bukan Muslim. Pembekal ini akan mengenakan harga yang berbeza kepada peniaga Muslim berbanding bukan Muslim. Itu antara sebabnya peniaga Muslim 'terpaksa' mengenakan harga yang sedikit tinggi berbanding harga di kedai bukan Muslim. Begitu juga dengan sewa kedai di lot-lot perniagaan contohnya. Adalah biasa peniaga bukan Muslim mengenakan sewa yang lebih tinggi daripada biasa kepada peniaga Muslim yang ingin menyewa lot mereka.

Hanya umat Islam yang boleh membantu umat Islam berjaya dalam dunia perniagaan dan bidang ekonomi. Tolonglah saudara kita, bantulah mereka, tegurlah mereka, nasihatilah mereka agar mereka berjaya kerana kejayaan mereka adalah kejayaan kita.

Seringgit yang kita sumbangkan untuk ekonomi Islam, kesan terkumpulnya akan menjadi lebih besar jika semakin ramai umat Islam bertindak serupa.

Kiralah sendiri, dalam sebulan gaji dan pendapatan kita, berapa yang kita sumbangkan untuk ekonomi Islam? Yang mana lebih banyak, untuk ekonomi Islam atau untuk ekonomi bukan Islam?

Hamba pun mungkin belum mampu membuat semuanya. Namun sedikit demi sedikit yang kita lakukan, insya-Allah kesan terkumpulnya, umat Islam akan berjaya. Sanggupkah anda mengedarkan/copy and paste/masukkan dlm blog, risalah ini kepada saudara seagama yang lain?