Assalamu'alaikum,
Setelah selesai urusan di Menara KL, kami ke Istana Negara (lama). Hamba termasuk jalan belakang, lalu sebelah rumah Panglima Angkata Tentera, rumah penyimpan mohor besar Raja-Raja Melayu dan parkir belakang istana. Dalam Istana Negara, gambar tidak boleh ambil. Jadi tengok sajalah. Tidaklah besar mana Istana Negara, cukuplah untuk sebuah keluarga. Rumah bilionwan Malaysia jauh lebih besar dari Istana Negara. Ada kenduri kahwin di pekarangan Istana lama. Selepas habis meninjau dalam Istana Negara (lama), kami ke Balairong Seri untuk Pameran Raja Melayu. Malang sedikit sebab gambar pun tak banyak mana nak tengok, bahan-bahan pun sedikit. Tak kreatif dalam menonjolkan sejarah, peranan dan sumbangan Raja-Raja Melayu dari zaman dahulu.
Pengantin
SPB YDA Pertama - Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan
Permaisuri Agong pertama memakai tudung
Permaisuri Agong kedua memakai tudung- apa maksudnya itu?
Permaisuri Agong sekarang pun dah memakai tudung walaupun pada mulanya tidak...apa maknanya itu?
Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu
Ini Balairong Seri - tempat angkat sumpah, pengurniaan Bintang-Bintang dan pelbagai aktiviti rasmi SPB YDA
Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu - Raja-Raja Melayu masih ingat lagi wasiat nenda mereka?