TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Ibnu Taimiyyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibnu Taimiyyah. Papar semua catatan

Rabu, 25 Januari 2017

HAKIKAT IBN TAIMIYYAH DAN IBNUL-QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERSUMBERKAN KITAB-KITAB ULAMA NUSANTARA


HAKIKAT IBN TAIMIYYAH DAN IBNUL-QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERSUMBERKAN KITAB-KITAB ULAMA NUSANTARA (4)⚠️*


Al-Syaikh Tengku Mahmud Zuhdi ibn ^Abdir-Rahman al-Fatoni (Syaikhul-Islam Selangor, Guru di al-Masjidil-Haram dan Madrasah al-Saulatiyyah) ketika memperihalkan Majalah al-Manar beliau berkata:

_*".. Majalah al-Manar yang ialah satu jaridah [surat khabar] yang dipindahkan dia dengan beberapa bagai-bagai yang menyesatkan awam al-muslimin dan ialah karangan setengah daripada kaum yang mubtadi^in [golongan menyeleweng] yang ialah mereka itu tentera bagi Syaikh Abi Murrah yang memerangkan akan Islam dan muslimin dan menamai mereka itu akan diri mereka itu dengan Muslihin [golongan yang mendatangkan kebaikan] dan pada hal mereka itu ahlul-jahl wal-fasad a^du'us-solah wal-islah was-sadad [ golongan yang jahil dan mendatangkan kerosakan musuh kepada kebaikan dan kebenaran] yang masuk oleh mereka itu di bawah umum firman Allah ta^ala:*_

*ﻭﺇﺫﺍ ﻗﻴﻞ ﻟﻬﻢ ﻻ ﺗﻔﺴﺪﻭﺍ ﻓﻲ ﺍﻷﺭﺽ ﻗﺎﻟﻮﺍ ﺇﻧﻤﺎ ﻧﺤﻦ ﻣﺼﻠﺤﻮﻥ ﺃﻻ ﺇﻧﻬﻢ ﻫﻢ ﺍﻟﻤﻔﺴﺪﻭﻥ ﻭﻟﻜﻦ ﻻ ﻳﺸﻌﺮﻭﻥ*

_*yang ghalib mustanid [yang biasanya bersandar] mereka itu daripada perkataan Ibnul-Qayyim yang nyata sesatnya dan sesat gurunya [iaitu] Ibn Taimiyyah..."*_

_*"...amalannya [diikut oleh] Wahhabi yang dibangsakan kepada mazhab Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi yang maujudnya [yang ada] pada tengah kurun yang ketiga belas yang iktikadnya menyalahi bagi Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan me[ng]i^tiradnya [membantah] akan Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan me[ng]kafir ia akan mereka itu dan akan orang Islam yang menziarah kubur Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam dan menyalahi ijmak a'immatid-din [para ulama ikutan dalam agama] pada beberapa masa'il [beberapa perkara]...".*_ Intaha.


🌿🍂🌿🍂🌿🍂🌿

*📗Rujukan:* _Tazkiyatul-Anzor wa Tasfiyatul-Afkar; Menolak Beberapa Faham Syubhah Yang Bersalahan Dengan Pendapat Ulama Muktabar_, al-Syaikh Tengku Mahmud Zuhdi ibn ^Abdir-Rahman al-Fatoni, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/ 2003 R, hlm. 10.

🔸Kitab ini diiktiraf oleh;

1. Al-Syaikh Muhammad Mukhtar ibn ^Atorid al-Bughuri
2. Al-Syaikh ^Abdul-Qadir ibn Sobir al-Mandili
3. Al-Syaikh Muhammad Nur ibn Muhammad Dawud al-Fatoni
4. Al-Syaikh Muhammad ibn ^Abdil-Qadir al-Fatoni
5. Al-Syaikh Yahya Langkat al-Rummani
6. Al-Syaikh Isma^il ibn ^Abdil-Qadir al-Fatoni
7. Al-Syaikh Muhammad Nasir al-Fatoni
8. Al-Syaikh ^Abdul-Haqq Rafaqat ^Ali al-Madani

🔹Kitab ini siap ditulis pada tahun 1341 Hijri/ 1922 - 1923 Rumi.


🖋 Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis Sunnah (KIAS)*

HAKIKAT IBN TAIMIYYAH DAN IBNUL-QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERSUMBERKAN KITAB-KITAB ULAMA NUSANTARA


HAKIKAT IBN TAIMIYYAH DAN IBNUL-QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERSUMBERKAN KITAB-KITAB ULAMA NUSANTARA (2)⚠️*


Al-Syaikh Hasanud-Din ibn Muhammad Ma^sum ibn Abi Bakr al-Dali berkata:

_*"Telah banyak ulama mazhab kita dan lainnya telah me[ng]hukumkan akan dia [ibn Qayyim al Jawziyyah] dengan sesat perpegangannya* [pegangannya] *dengan beberapa dalil daripada iktikadnya* [keyakinannya] *dan perkataannya yang zahir ia pada kitabnya dan pada fatwa-fatwanya* [Ibn Qayyim al-Jawziyyah adalah seorang yang sesat sama ada pada keyakinan dan perkataannya berdasarkan pendapat-pendapatnya sendiri di dalam kitab-kitabnya walaupun dia mempunyai ilmu], *maka dengan sebab itu tiadalah boleh kita percayai akan dia pada mazhab dan jika didatangkannya akan syubhahnya* [penyelewengannya] *sekalipun... istimewa lagi* [lebih-lebih lagi] *perkataannya itu telah nyata bersalahannya* [percanggahannya] *dengan perkataan kebanyakan ulama mazhab kita yang Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah.*_

_*Maka janganlah semata-mata sampai kepada kita perkataannya kita terima dengan ikhlas saja tetapi hendaklah periksalah dahulu kepada ulama-ulama mazhab kita dan mana-mana yang telah menfatwakan oleh mereka itu ialah yang kita pakai karena mereka itu lebih tahu daripada kita pada perkara ugama"*_. Intaha.


🌿🔹🌿🔹🌿🔹🌿🔹🌿

📘 *Rujukan:* _Al-Qutufatus-Saniyyah li-Man^i Ba^di Ma fil-Fawa'idil-^Aliyyah_, Khazanah al-Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1427 H/ 2006, hlm. 17 - 18.

📝️Risalah ini ditulis oleh al-Syaikh Hasanud-Din al-Dali pada penghujung *Muharram 1333 H/ 1914 R*.

📝️Al-Syaikh Ahmad Khatib ibn ^Abdil-Latif imam, khatib dan guru di al-Masjidil-Haram dan al-Syaikh ^Abdul-Qadir ibn Sobir Mandilin turut memberi taqriz [sanjungan dan pujian] ke atas risalah ini.

📝Al-Syaikh Hasanud-Din dilahirkan di Labuhan Deli, Sumatera Utara pada tahun 1300 H/ 1882 R dan meninggal dunia di Medan pada 24 Syawal 1355 H/ 7 Januari 1937 R.


✒Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah*

*BATASAN HAD TIDAK BOLEH DISANDARKAN KEPADA ALLAH TA^ALA*


*BATASAN HAD TIDAK BOLEH DISANDARKAN KEPADA ALLAH TA^ALA*


Antara pegangan pelik yang dibawa oleh Ibn Taimiyyah al-Harrani adalah keyakinan Allah ta^ala mempunyai batasan had.

Ibn Taimiyyah al-Harrani menukilkan daripada Abu Sa^id al-Darimi al-Mujassim dalam kitabnya yang berjudul _Minhaj al-Sunnatin-Nabawiyyah_ (jil. 2, hlm. 29) dengan katanya:

والله تعالى له حد لا يعلمه أحد غيره، ولا يجوز لأحد أن يتوهم لحده غاية في نفسه، ولكن يؤمن بالحد ويكل علم ذلك إلى الله، ولمكانه أيضًا حد وهو على عرشه فوق سماواته، فهذان حدان اثنان » اهـ،

_“Allah ta^ala mempunyai suatu batasan had yang tidak diketahui sesiapapun selain-Nya. Dan tidak harus bagi sesorangpun menggambarkan suatu kemuncak pada diri-Nya bagi had-Nya itu. Tetapi hendaklah dia beriman dengan adanya batasan had pada Allah dan hendaklah dia menyerahkan ilmu tentang itu kepada Allah. Tempat Allah juga ada batasan had iaitu Dia berada di atas Arasy melepasi segala lapisan langit. Maka ini adalah dua batasan had”._ Intaha.

Seterusnya dia berkata lagi:

فهذا كله وما أشبهه شواهد ودلائل على الحد, ومن لم يعترف به فقد كفر بتنزيل الله وجحد ءايات الله  اهـ

_“Ini seluruhnya dan seumpamanya adalah bukti-bukti dan dalil-dalil menunjukkan adanya batasan had (bagi Allah). Sesiapa yang tidak mengakuinya maka dia telahpun kafir dengan perkara yang diturunkan oleh Allah dan mengingkari ayat-ayat Allah”_ Intaha.

Apa yang sangat mengecewakan ialah Ibn Taymiyyah bersetuju dengan kata-kata Abu Sa^id al-Darimi al-Mujassim tersebut.

Ibn Taimiyyah al-Harrani berkata dan menukilkan lagi daripada Abu Sa^id al-Darimi al-Mujassim dalam kitabnya yang berjudul _Minhaj al-Sunnatin-Nabawiyyah_ ( jil. 2, hlm. 29 - 30):

 وقد اتفقت الكلمة من المسلمين والكافرين أن الله في السماء وحدُّوه بذلك إلا المريسي الضال وأصحابه حتى الصبيان الذين لم يبلغوا الحنث قد عرفوا ذلك إذا أحزن الصبي شيء يرفع يده إلى ربه ويدعوه في السماء دون ما سواها وكل أحد بالله وبمكانه أعلم من الجهمية  اهـ

_”Sesungguhnya telah ada kata sepakat di antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir bahawa Allah ta^ala di langit dan mereka menghadkan atau membataskan-Nya dengan perkara tersebut melainkan al-Marisi yang sesat dan sahabat-sahabatnya. Hinggakan kanak-kanak yang belum baligh telah mengetahui perkara tersebut iaitu apabila kanak-kanak menangis dia akan angkat tangannya kepada Tuhannya dan mereka menyeru-Nya di langit bukan selain langit. Setiap orang amat mengetahui tentang Allah dan tempat-Nya berbanding golongan Jahmiyyah”._

Telah thabit bahawa Ibn Taimiyyah mencedok akidah tajsim daripada kitab-kitab ^Uthman al-Darimi al-Mujassim sebagaimana yang disebut oleh muridnya iaitu Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya yang berjudul _Ijtima^ul-Juyusyil-Islamiyyah_ (hlm. 88):

كتابا الدارمي- أي النقض على بشر المريسي والرد على الجهمية-من أجل الكتب المصنفة في السنة وأنفعها

_" Dua buah kitab karangan al-Darimi iaitu al-Naqd ^ala Bisyr al-Marisi dan al-Radd ^ala al-Jahmiyyah adalah antara kitab-kitab yang paling mulia dikarang tentang al-Sunnah dan paling bermanfaat"._ Intaha.

Kata Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah lagi :

وكان شيخ الاسلام ابن تيمية يوصي بهما أشد الوصية ويعظمهما جدا

_" Syaikhul-Islam Ibn Taimiyyah pernah mewasiatkan dua kitab itu dengan wasiat yang sungguh-sungguh dan memuliakan kedua-dua kitab ini sungguh-sungguh"._ Intaha.

Ibn Taimiyyah berkata dalam kitabnya _Bayan Talbis al-Jahmiyyah_ (jil. 1, hlm. 433):

 قد دل الكتاب والسنة على معنى ذلك كما تقدم احتجاج الإمام احمد بالقرآن مما يدل على ان الله له حد يتميز به عن المخلوقات اهـ

_“Al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan makna tersebut sebagaimana yang telah lalu bahawa al-Imam Ahmad berhujah dengan al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah ta^ala mempunyai batasan had yang berbeza ia daripada makhluk-makhluk”_ Intaha.

Katanya lagi di halaman yang sama:

وذلك لا ينافي ما تقدم من إثبات أنه في نفسه له حدُّ يعلمه هو لا يعلمه غيره   اهـ

_“ Dan demikian itu tidak menafikan perkara yang telah disebut sebelum ini bahawa bagi-Nya ada batasan had yang Dia sahaja yang tahu dan yang lain tidak mengetahuinya”._ Intaha.

Ibn Taimiyyah memang meyakini Allah ta^ala berada di arah atas alam. Padahal Allah ta^ala maha suci dari perkara tersebut.

Ibn Taimiyyah menyebutkan dalam kitabnya _Bayan Talbis al-Jahmiyyah_ (jil. 1, hlm. 111):

والبارىء سبحانه وتعالى فوق العالم فوقية حقيقية ليست فوقية الرتبة   اهـ

_“ Allah subhanahu wa ta^ala Yang Pencipta itu berada di atas alam secara atas yang hakiki (bukan secara majaz atau metafora bagaimana kesepakatan ulama Ahlis-Sunnah) bukan juga atas dengan erti status”._ Intaha.

Al-Syaikh Muhammad Zahid Kauthari dalam ta^liqnya ke atas kitab _al-Saifus-Soqil_ (hlm.  40) ada menyebutkan:

قال ابن تيمية في التأسيس في رد أساس التقديس المحفوظ في ظاهرية دمشق في ضمن المجلد رقم 25 من الكواكب الدراري – وهذا الكتاب مخبأة ووكر لكتبهم في التجسيم وقد بينت ذلك فيما علقته علي المصعد الأحمد (ص 31): (فمن المعلوم أن الكتاب والسنة والاجماع لن ينطق بأن الأجسام كلها محدثة وأن الله ليس بجسم، ولا قال ذلك امام من أئمة المسلمين، فليس في تركي لهذا القول خروج عن الفطرة ولا عن الشريعة

_"Ibn Taimiyyah menyebutkan dalam kitabnya al-Ta’sis fi Radd Asasit-Taqdis yang tersimpan di Zohiriyyah, Damsyiq dalam jilid no. 25 daripada al-Kawkab al-Durari, - Kitab ini disembunyikan dan dipenuhkan dalam kitab mereka dengan aqidah tajsim (akidah menjisimkan Allah). Aku telah menjelaskan perkara tersebut berhubung ta^liq yang telah aku buat ke atas al-Mas^ad al Ahmad (hlm. 31) [Ibn Taimiyyah berkata]: "Adalah maklum bahawa al- Quran dan al-Sunnah serta ijmak tidak menyebutkan bahawa jisim-jisim semuanya baharu dan Allah bukan berjisim. Perkara tersebut juga tidak juga disebut oleh imam dalam kalangan imam-imam umat Islam. Bukanlah sikapku pada meninggalkan pendapat ini keluar daripada fitrah dan syariat"._ Intaha

Di tempat yang lain Ibn Taimiyyah menyebut lagi:

قلتم ليس هو بجسم، و لاجوهر و لا متحيز و لا في جهة و لا يشار اليه بحس و لا يتميز منه شئ و عبرتم عن ذلك بأنه تعالي ليس بمنقسم و لا مركب و أنه لا حد له و لا غاية، تريدون بذلك أنه يمتنع عليه أن يكون له حد و قدر أو يكون له قدر لا يتناهي… فكيف ساغ لكم هذا النفي بلا كتاب و لا سنة اهـ

_" Kalian mengatakan Dia tidak berjisim, bukan jauhar, tidak berpihak, tidak berada di suatu arah, tidak diisyaratkan kepada-Nya dengan rasa, dan tidak membezakan daripada-Nya sesuatu, kamu telah mengungkapkan perkara tersebut bahawa Allah ta^ala tidak dibelah bahagi, bukan bersusun, *tiada batasan had bagi-Nya*, tiada kemuncak. Dengan ungkapan tersebut kamu bermaksud bahawa Allah tertegah kepada-Nya mempunyai batasan had dan qadar atau ada bagi-Nya qadar yang tidak ada penghujung... Bagaimana mungkin harus bagi kamu penafian ini tanpa al Quran dan al-Sunnah??!_  Intaha.

Lalu al-Kauthari berkata:

  و في ذلك عبر للمعتبر، و هل يتصور لمارق أن يكون أصرح من هذا بين قوم مسلمين؟ اهـ

_”Dalam perkara tersebut ada iktibar bagi orang yang  mengambil pengajaran. Adakah boleh digambarkan tentang orang yang terkeluar dari umat Islam (orang yang syaz) untuk menjadi lebih jelas dari perkara ini tergolong dalam kalangan kaum muslimin??!"_ Intaha.

Sangat pelik dan ganjil Ibn Taimiyyah ini terutama bila kita melihat dakwaan palsunya bahawa umat Islam dan kuffar bersepakat dan berijmak bahawa Allah itu ada had (batasan). Lebih parah lagi dia berani berdusta ke atas al-Imam Ahmad ibn Hanbal secara terang-terang.

1. Abul-Fadl al-Tamimi (w. 410 H) - ketua ulama mazhab Hanbali - menukilkan daripada al-Imam Ahmad dalam kitabnya _I^tiqad al-Imam Ahmad ibn Hanbal_ (hlm.  41) berkata:

والله تعالى لا يلحقه تغير ولا تبدل ولا تلحقه الحدود قبل خلق العرش ولا بعد خلق العرش ، وكان ينكر- الإمام أحمد – على من يقول إن الله في كل مكان بذاته لأن الأمكنة كلها محدودة اهـ

_“Allah ta^ala tidak berlaku kepada-Nya perubahan dan pertukaran  sebelum diciptakan Arasy dan setelah diciptakan Arasy. Al-Imam Ahmad mengingkari kepada sesiapa yang berkata Allah berada di semua tempat dengan zat-Nya kerana tempat-tempat itu semuanya suatu yang mahdud (yang ada batasan)”_intaha

2. Sayyidina ^Ali ibn Abi Tolib radiyaLlahu ^anhu berkata seperti yang diriwayatkan oleh Abu Nu^aim (w 430 H) dalam kitabnya _Hilyatul-Auliya’_ (j. 1, hlm 72):

"من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود" اهـ

Maksudnya, _"Barangsiapa beranggapan (berkeyakinan) bahawa Tuhan kita berukuran (ada batasan had) maka dia tidak mengetahui Tuhan Pencipta yang disembah (tidak beriman kepada-Nya)"_ Intaha.

3. Al- Imam al-Sajjad ^Ali Zainul-^Abidin ibn al-Husain ibn ^Ali ibn Abi Tolib (w. 94 H) berkata seperti yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Zabidi dalam kitabnya _Ithafus-Sadatil-Muttaqin_ dengan rangkaian sanad-sanad yang bersambung kesemua perawinya kepada Sayyiduna ^Ali Zainul-^Abidin:

"أنت الله الذي لايحويك مكان" اهـ

_“Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat_intaha

 Katanya lagi :

"أنت الله الذي لا تحد فتكون محدودا" اهـ

 _“Engkaulah Allah yang maha suci dari batasan had (benda, bentuk dan ukuran)”_

Beliau juga berkata :

"سبحانك لاتحس ولاتجس ولاتمس" اهـ

_“Maha suci Engkau yang tidak boleh diraba dan tidak pun disentuh”_ Intaha.

Allah tidak menyentuh sesuatupun dari makhluk-Nya dan Dia tidak disentuh oleh sesuatupun dari makhluk-Nya kerana Allah bukan benda. Allah maha suci dari sifat berkumpul, menempel, berpisah dan tidak berlaku jarak antara Allah dan makhluk-Nya kerana Allah bukan benda dan Allah ada tanpa tempat dan arah.

Kata-kata Sayyiduna ^Ali Zainul-^Abidin radiyalahu ^anhu di atas amat jelas menunjukkan bahawa Allah ta^ala tidak harus dibataskan dengan had, tiada bagi-Nya batasan had pada ilmu-Nya dan tiada pada ilmu makhluk-Nya. Persoalannya, dimana kononnya  dakwaan dusta ibn Taymiyyah yang mengatakan bahawa telah ada kata sepakat umat Islam dalam mengithbatkan batasan had bagi Allah ta^ala??! Bahkan yang jelas ialah ijmak para ulama menafikan adanya batasan had pada Allah ta^ala.

4. Al-Imam Abu Mansur al-Baghdadi ketika menyenaraikan perkara yang diijmakkan oleh Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah di dalam kitabnya _al-Farq bainal-Firaq_ (hlm. 320) menukilkan ijmak ulama dalam menafikan adanya had dan tempat pada Allah ta^ala:

و قالوا – أي أهل السنة و الجماعة – بنفي النهاية و الحد عن صانع العالم

_“Mereka (Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah) bersepakat tentang penafian adanya penghujung, dan batasan had pada Pencipta alam (Allah)”_ Intaha.

5. Al-Imam al-Faqih Abu Ja^far al-Tahawi radiyaLlahu ^anhu (w. 321 H) dalam risalahnya _al-^Aqidatut-Tohawiyyah_:

"وتعالى – أي الله – عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء والأدوات لا تحويه الجهاتُ السِتُّ كسائر المبتَدَعات". اهـ

Maksudnya: _"Allah maha suci dari batasan, kemuncak, sudut, anggota besar dan anggota kecil dan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk"._ Intaha.

Ulama Salaf menafikan adanya batasan had pada Allah ta^ala berdasarkan dalil kata-kata al-Imam al-Tohawi ini. Al-Tohawi mendatangkan perkara tersebut berdasarkan mazhab Salaf. Namun beliau menyebut nama al-Imam Abu Hanifah dan dua sahabatnya (al-Imam Yusuf al-Ya^qub ibn Ibrahim al-Qadi dan al-Imam Muhammad ibn Hasan al-Syaibani) secara khusus hanya dari sudut kemasyhuran mereka dan kerana dia telah menelusuri cara susun kata dalam mengungkapkan aqidah mengikut uslub mereka. Walhal itu adalah keyakinan seluruh mazhab Salaf sebagaimana difahami daripada kata-katanya dalam muqaddimah kitabnya: _“Ini adalah suatu penjelasan aqidah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah..”_ Intaha.

6. Al-Imam Abu Hanifah radiyaLlahu ^anhu (w. 150 H) dalam _al-Fiqhul-Akbar_ berkata:

و لا حد له و لا ضد له اهـ

_“ Tiada batasan had bagi Allah ta^ala dan tiada sekutu bagi-Nya”_ Intaha.

7. Al-Hafiz al-Baihaqi dalam kitabnya _al-Asma’ was –Sifat_ (hlm. 157) berkata:

"وما تفرد به الكلبي و أمثاله يوجب الحد، و الحد يوجب الحدث لحاجة الحد الي حاد خصه به، و البارئ قديم لم يزل" اهـ

_”Perkara yang hanya disebut oleh al-Kalbi dan seumpamanya mewajibkan adanya batasan (bagi Allah). Dan batasan had itu mewajibkan kebaharuan kerana batasan had itu berhajat kepada pencipta batasan had yang menentukan kebaharuan itu dengan batas tersebut. Sedangkan Tuhan Yang Maha Pencipta itu qadim yang tidak binasa”._ Intaha.

8. Al-^Allamah al-Muhaddith Abu Hafs Najmud-Din ^Umar ibn Ahmad ibn Luqman al-Nasafi al-Hanafi menyebutkan dalam _al-^Aqidah al-Nasafiyyah_:

المحدث للعالم هو الله تعالى الواحد القديم الحي القادر العليم السميع البصير الشائي المريد ليس بعرض، ولا جسم، ولا جوهر ولا مصور ولا محدود...اھ

_”Yang menciptakan alam adalah Allah taala yang maha Esa, Qadim, Maha hidup, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkehendak, bukan ^arad, bukan jisim, bukan jauhar, bukan yang boleh digambarkan, bukan mahdud (dibataskan dengan had)..."_ Intaha.

9. Al-^Allamah al-Hafiz al-Muhaddith al-Faqih al-Syaikh ^Abdullah al-Harari al-Syafi^i al-Asy^ari al-Habasyi berkata dalam kitabnya _al-Matolibul-Wafiyyah Syarhul-^Aqidatin-Nasafiyyah_ (hlm. 63 – 65):

إن الله سبحانه وتعالى منزه عن أن يكون ذا حد ونهاية كسائر الأجسام لأنها محدودة فالعرش الذي هو أكبر الأجرام محدود. وكذا الذرة محدودة, لأن الفرق بينهما من حيث كثرة الأجزاء وقلتها, والذرة عند أهل اللغة و المتكلمين تطلق على النملة الصغيرة الحمراء, قال الحافظ اللغوي محمد مرتضى الزبيدي ما نصه الذر صغار النمل مائة منهما زنة حبة شعير, وقيل الذرة ما ليس لها وزن, ويراد بها ما يرى في شعاع الشمس الداخل في النافذة, قالوا الذر النمل الأحمر الصغير الواحدة ذرة  اهـ

فالعرش أجزاؤه كثيرة، والذرة أجزاؤها قليلة، فلا يتوهم متوهم غافل عن تنزيه الله تعالي أن مرادهم بنفي المحدودية عن الله أنه شئ لا تحصي أجزاؤه كالعرش، و أنه ليس صغيرا قليل الأجزاء بحيث يدخل تحت الحصر، فينبغي الاهتمام ببيان هذه العبارة لطلاب العلم علي الوجه الذي ينفي عنهم توهم المعني الفاسد المذكور، لأنه قد يتوهم بعض الجهال اذا قيل الله ليس له حد أو ليس بمحدود أن معناه جرم كبير، و اعتقاد الجرم في الله كفر، فمن اعتقده جرما صغيرا أو اعتقده جرما كبيرا كالعرش أو أوسع منه فهو غير عارف بربه فالله تعالي منزه عن الحدود، أي: لا يجوز عليه عقلا و لا شرعا أن يكون له حد، و لا يجوز أن يقال ان له حدا لا نعلمه بل هو يعلمه كما قال بعض المجسمة من الحنابلة من أسلاف ابن تيمية، و ذلك لأن المحدود يحتاج الي من حده، و المحتاج الي غيره فهو محدث، و المحدث لا يكون الها لأن الاله من شرطه الأزلية و القدم

و يكفي لنفي الحد و الحجم عن الله تعالي من حيث النص الشرعي قوله تعالي: (ليس كمثله شي ء) لأنه لو كان حجما لكان له أمثال لا تحصي و هذا من الأوليات في مفهوم هذه الأية، لأن الشئ ذكر في الآية في معرض النفي فيشمل كل ما سواه من حجم كثيف و حجم لطيف، فقول مشبهة العصر (الوهابية): ان معني الآية ليس له مثل فيما نعرفه، زيغ من القول لا يلتفت إليه

_“Sesungguhnya Allah ta^ala maha suci daripada mempunyai batasan had dan nihayah (penghujung) sepertimana sekalian jisim-jisim kerana jisim-jisim itu mahdud (dibataskan dengan saiz atau had). Justeru, Arasy yang merupakan jirim yang paling besar suatu yang terbatas(dibataskan dengan had).  Demikian juga zarrah ada batasan had kerana beza di antara kedua-duanya adalah dari sudut banyaknya bahagian-bahagian dan sedikitnya sahaja._

_Al-Zarrah di sisi pakar bahasa Arab dan golongan al-mutakallimin disebut untuk semut yang kecil berwarna merah. Al-Hafiz al-Lughawi Muhammad Murtadha al-Zabidi menyebutkan:_

_”Al-Zarr adalah semut-semut yang kecil, 100 ekor darinya seberat satu biji barli. Ada pendapat yang mengatakan al-zarrah adalah sesuatu yang tiada timbangan berat. Yang dimaksudkan dengan al-zarrah adalah sesuatu yang dilihat pada pancaran matahari yang masuk melalui jendela (iaitu habuk). Mereka mengatakan bahawa al-zharr adalah semut merah yang saiznya kecil. Seekor semut merah itu disebut zarrah”._

_Arasy bahagian-bahagiannya banyak,manakala zarrah pula bahagian-bahagiannya sedikit. Jangan seseorang itu keliru dan lupa tentang penyucian Allah ta^ala bahawa maksud mereka dengan menafikan sifat-sifat had daripada Allah ta^ala itu ia adalah sesuatu yang bilangan bahagian-bahagiannya tidak terhingga seperti Arasy dan Dia bukan sesuatu yang kecil yang sedikit bahagian-bahagiannya sekira-kira masuk dalam lingkungan bilangan tertentu._

_Justeru, sewajarnya hendaklah mengambil berat dengan memberi penjelasan ungkapan ini kepada penuntut-penuntut ilmu mengikut cara yang boleh menafikan kekeliruan makna rosak yang telah disebutkan.  Ini kerana mungkin sahaja sebahagian golongan jahil keliru jika dikatakan Allah tidak mempunyai had atau tidak dibataskan dengan had bahawa maknanya Allah itu suatu jirim yang sangat besar. Padahal keyakinan bahawa Allah ta^ala berjirim itu adalah suatu kekufuran. Sesiapa yang meyakini Allah itu suatu jirim kecil atau meyakini-Nya suatu jirim besar seperti Arasy atau lebih luas daripada Arasy maka dia seorang yang jahil tentang Allah dan tidak mengenali Tuhannya._

_Justeru, Allah ta^ala maha suci dari dibataskan dengan had iaitu tidak harus pada akal dan syarak bahawa Allah ta^ala itu mempunyai batasan had. Tidak boleh dikatakan bahawa Allah mempunyai batasan had yang kita tidak mengetahuinya bahkan Dia sahaja yang mengetahuinya sebagaimana disebut oleh sebahagian golongan al-Mujassimah dalam kalangan al-Hanabilah yang menjadi para salaf kepada Ibn  Taimiyyah. Hal tersebut kerana mahdud (sesuatu yang dibataskan dengan had) berhajat kepada sesuatu yang membataskannya. Yang berhajat kepada yang selainnya pula adalah baharu. Sedangkan suatu yang baharu itu tidak layak menjadi Tuhan kerana Tuhan antara syaratnya adalah azaliyyah dan qidam (tiada permulaan pada kewujudan-Nya)._

_Ayat 11 surah al-Syura memadai dalam menafikan batasan had dan saiz daripada Allah ta^ala dari sudut nas syar^i iaitu firman Allah ta^ala:_

ليس كمثله شيء

_Mafhumnya : "Allah ta^ala tidak sama dengan sesuatupun dalam apa jua sudut sekalipun"._

_Ini kerana jika Allah itu suatu yang bersaiz sudah tentu Dia mempunyai sesuatu yang sama seperti-Nya yang tidak terhingga banyaknya. Inilah antara perkara utama dalam kefahaman ayat ini. Kerana شيء yang disebut di dalam ayat tersebut dalam bentuk naïf. Justeru penafian tersebut merangkumi setiap sesuatu yang selain-Nya seperti jisim kathif (jisim yang boleh disentuh dengan tangan) dan jisim latif (jisim yang tidak boleh disentuh dengan tangan). Maka pendapat Musyabbihah zaman kini (Wahhabiyyah) bahawa makna ayat ini ialah tiada suatu yang sama dengan-Nya dalam perkara yang kita tahu, adalah ucapan yang menyimpang dan tidak perlu berpaling kepadanya "_ Intaha.

10. Al-Imam Abul-Qasim al-Ansori al-Naisaburi, seorang yang mensyarahkan kitab _al-Irsyād_ karangan Imamul-Haramain dengan membuat fasal khas menolak fahaman yang mengatakan Allah mempunyai batasan had dan penghujung  iaitu dengan tajuk _Bāb Fī Nafyil-Hadd wan-Nihāyah_ (manuskrip, hlm. 59).

Adapun apa yang dinukilkan oleh Ibn Taimiyyah mengenai sebahagian Salaf yang mengatakan ada batasan had bagi Allah ta^ala maka periwayatannya tidak thabit. Jika sahih pun maka ia adalah nukilan seorang daripada pengikut Tabi^in dan ia bukanlah hujah kerana hujah adalah dengan kalam Allah dan kalam rasul-Nya yang thabit lagi sahih daripada baginda dengan sanad-sanad yang sunyi daripada perbezaan pendapat padanya “مختلف فيه” sebagaimana disyaratkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani dan selainnya mengenai hadith-hadith berkaitan dengan sifat-sifat Allah.

Adapun pengistidlalannya dengan perkara yang warid bahawa Rasulullah berkata kepada ayah ^Imran ibn Husain: "Wahai Husain, Berapa Tuhan yang engkau sembah hari ini?! Jawabnya: “Tujuh tuhan, enam di bumi dan satu di langit”.  Sabda baginda lagi: “Maka yang mana antara mereka kamu gemari dan menakutkan kamu?!” Katanya: “ Yang berada di langit”. Hadith ini tidak warid dengan sanad-sanad yang boleh menyebabkan hadith tersebut dikira thabit berkaitan dengan sifat-sifat Allah. Justeru tiada hujjah pada perkara tersebut.

Begitu juga pengistidlalannya untuk mengithbatkan batasan had di langit dengan perbuatan mengangkat tangan ke arah langit bagi tujuan berdoa. Sesungguhnya ia tidak menunjukkan bahawa Allah ta^ala berpihak pada arah atas sebagaimana juga hadith Muslim menyebutkan Rasulullah ketika meminta hujan baginda menghadapkan tangannya ke arah bawah maka ia tidak menunjukkan bahawa Allah berada di arah bawah. Tidak ada sebarang  hujjah pada hadith-hadith ini untuk mengthabitkan arah atas dan arah bawah bagi Allah ta^ala.

Lafaz hadith dalam Sohih Muslim daripada Anas ibn Malik:_

إن النبي صلى الله عليه وسلم استسقى فأشار بظهر كفيه إلى السماء
_"Sesungguhnya Nabi ﷺ pernah meminta hujan kemudian baginda mengisyaratkan belakang telapak tangannya ke langit (dengan ini bermakna telapaknya pula ke bumi)._

Diriwayatkan Abu Dawud dan Ibn Hibban dalam kitabnya Sohih Ibn Hibban:

أن رسول الله استسقي عند أحجار الزيت قريبا من الزوراء قائما يدعو يستسقي رافعا كفيه قبل و جهه لا يجاوز بهما رأسه..

_“Sesungguhnya Rasulullah telah meminta hujan di sebelah Ahjār al-Zayyit  dekat dengan al-Zaurā’ dalam keadaan berdiri, baginda berdoa ketika meminta hujan dalam keadaan mengangkat kedua pergelangan tangannya sebelum wajahnya tetapi tidak melepasi kepala keduanya”_. Intaha.

11. Al-Imam al-Hafiz Muhammad ibn Hibban Abu Hatim al-Basti menafikan batasan had daripada Allah ta^ala sebagaimana dinukilkan perkara tersebut oleh al-Hafiz Hajar al-^Asqalani dalam kitabnya _al-Mizan_  (jil. 5, hlm. 114). al-Syaikh Tajud-Din  al-Subki berkata dalam _Rabi^ul Masa'il Fi ^Ilmil Hadith_ (hlm. 36 - 37):

ومن ذلك قول بعض المجسمة في أبي حاتم بن حبان: "لم يكن كبير دين، نحن أخرجناه من سجستان لأنه أنكر الحد لله"، فيا ليت شعري من أحق بالاخراج؟ من يجعل ربه محدودا أو من ينزهه عن الجسمية؟

_“Antara perkara tersebut adalah perkataan sebahagian golongan al-Mujassimah mengenai Abi Hatim ibn Hibban: "Dia bukan seorang yang hebat dalam agama. Kami telah keluarkan dia daripada Sajistan kerana dia telah mengingkari batasan had bagi Allah". Pelik siapa yang sepatutnya dikeluarkan? Orang yang menjadikan Tuhannya mahdud (dibataskan dengan had) atau orang yang mensucikan-Nya daripada sifat jisim??!”_ Intaha.

Nukilan ini seakan-akan sama dengan apa yang disebut oleh al-Muhaddith al-Syaikh al-Sayyid ^Abdullah al-Ghumari dalam kitabnya _Itqānuş-Şun^ah_ (hlm. 30 - 31):

قال التاج السبكي في طبقات الشافعية: أن أبا اسماعيل عبد الله بن محمد الهروي الذي تسميه المجسمة شيخ الإسلام، قال: سألت يحيى بن عمار عن ابن حبان، قلت: رأيته؟ قال: وكيف لم أره؟ ونحن أخرجناه من سجستان. كان له علم كثير، ولم يكن له كبير دين. قدم علينا فأنكر الحد لله، فأخرجناه من سجستان. قال السبكي: انظر ما أجهل هذا الجارح! وليت شعري من المجروح؟ مثبت الحد لله؟ أو نافيه!

_“Al-Taj al-Subki menyebut dalam kitab Tobaqāt al-Syafi^iyyah: “Abu Isma^il Abdullah ibn Muhammad al-Harawi yang digelar oleh golongan Mujassimah sebagai Syaikhul-Islam pernah berkata:_

_"Aku bertanya kepada Yahya ibn ^Ammar tentang Ibn Hibban. Tanyaku kepadanya: Pernahkah kamu melihatnya (Ibn Hibban)? Yahya menjawab: Apa tidaknya, kami yang mengusirnya dari Sajistan. Dia mempunyai ilmu yang banyak, tetapi tidak mempunyai agama yang besar. Dia datang kepada kami dan membantah adanya batasan had bagi Allah, kerana itulah kami mengusirnya keluar daripada Sajistan"._

_Al-Subki berkata:_

_"Lihatlah betapa dangkalnya si pengkritik ini. Siapakah yang sepatutnya dikritik? Orang yang mengatakan Allah mempunyai batasan had atau orang yang menafikannya?”_ Intaha.

Al-Syaikh Nurud-Din ibn ^Ali al-Raniri yang merupakan Mufti Acheh yang terdahulu dalam kitabnya _Durarul-Fara’id bi-Syarhil-^Aqa’id_ (manuskrip simpanan Khazanah Fathaniah, hlm. 10) berkata:

_”...Yakni kita iktikadkan bahawasanya Allah ta^ala tiada serupa pada zat-Nya dan sifat-Nya dan af^al-Nya dengan segala makhluk; bahawa Al-Haq [Allah] ta^ala itu tiada seperti sesuatu jua pun... ((ولا جسم)) ertinya tiada bersusun... ((ولا مصور)) ertinya tiada dapat dirupakan ((ومحدود)) ertinya tiada dapat dihinggakan...”_. Intaha.

Dengan penjelasan ini maka telah terang kepada kita penipuan dan terbongkarlah pendustaan demi pendustaan Ibn Taimiyyah. Inilah caranya, apa sahaja pendapat yang dia rasakan suka dalam hal keyakinan dan takjub, dia tanpa segan silu menyandarkannya secara dusta kepada ulama salaf untuk mengelirukan orang yang lemah akalnya dan lemah pemahamannya bahawa apa yang dia bawa itu adalah salaf.. padahal...هيهات هيهات (teramat jauh).


✒️ Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)*

Lihat khazanah ilmu di sini:

Sabtu, 29 Oktober 2016

PELIK ATAU GANJIL PEGANGAN YANG MENGAKU SALAFIYYAH DAN AL-WAHABIYYAH


SESIAPA YANG BELAJAR ILMU USULUDDIN DAN AQIDAH YANG BENAR IAITU ASYAIRAH DAN MATURIDIYYAH, AKAN MERASA PELIK ATAU GANJIL PEGANGAN YANG MENGAKU SALAFIYYAH DAN AL-WAHABIYYAH

KESESATAN

Ini merupakan beberapa pandangan Ibn Taimiyyah dan ulama’ al-wahabiyyah yang berpegang bahawa Allah duduk di atas Arasy (terjemahan kitab Ulin Nuha oleh Dr. Salim ‘Alwan).

وقد نقل المفسر النحوي أبو حيان الأندلوسي في النهر الماد, في تفسير آية الكرسي, ما نصه: وقرأت في كتاب لأحمد ابن تيمية هذا الذي عاصرنا وهو بخطة سماه كتاب العرش: إن الله تعالى يجلس على الكرسي وقد أخلى منه مكانا يقعد فيه معه رسول الله صلى الله عليه وسلم تحيل عليه التاج محمد بن علي بن عبد الحق البارنباري وكان أظهر أنه داعية له حتى أخذه منه وقرأنا ذلك فيه اهـ.
Dan sesungguhnya dinukilkan oleh Mufassir Ahli Nahwu Abu Hayyan al-Andalusi di dalam kitab al-Nahr al-Mad pada mentafsirkan Ayat Kursi, iaitu nasnya: “dan aku telah  membaca di dalam kitab Ahmad Ibn Taimiyyah yang kami hidup bersama pada zaman ini. Dan dia (Ahmad Ibn Taimiyyah) yang telah menulis kitabnya yang bernama Kitab al-‘Arasy: Sesungguhnya Allah Taala duduk di atas kerusi dan telah  mengosongkan tempat yang akan diduduki bersamanya Rasulullah s.a.w. Pandangan ini telah dibantah oleh al-Taj Muhammad bin Ali bin Abdul Haq al-Baranbari, mendorong dia kepadanya itu dakwah mengenai kesesatan ini sehingga diambil olehnya (perkataan Ibn Taimiyyah) pada kitabnya sehingga kita membaca semua itu di dalamya itu...”

 بل وقال الحافظ ابن حجر العسقلاني في الدرر الكامنة: فذكروا أنه (ابن تيمية) ذكر حديث النزول, فنزل عن المنبر درجتين, فقال: كنزولي هذا, فنُسب إلى التجسيم اهـ.
Bahkan, berkata al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam kitab al-Dar al-Kaminah: Maka dia telah menceritakan bahawa sesungguhnya dia (Ibn Taimiyyah) merujuk kepada hadis al-Nuzul, dimana pada suatu ketika, turunlah dia (Ibn Taimiyyah) dari mimbar dua anak tangga dan berkatalah dia, “seperti turunnya aku ini (Turunnya Allah)”. Maka dengan sebab ini Ibn Taimiyyah telah dinisbah kepada Tajsim (menjisimkan Allah)…

 وقال الشيخ ابن حجر الهيتمي في كتابه الفتاوى الحديثية ناقلا المسائل التي خالف فيها ابن تيمية إجماع المسلمين ما نصه: وقوله بالجسمية, والجهة والانتقال, وأنه بقدر العرش لا أصغر ولا أكبر تعالى الله عن هذا الافتراء الشنيع القبيح, والكفر البراح الصريح, وخذل متّبعية وشتت شمل معتقدية اهـ.
Dan berkata syeikh Ibn Hajar Al-Haitami di dalam kitabnya al-Fatawa al-Hadithah menukilkan masalah-masalah yang khilaf (bertentangan) oleh Ibn Taimiyyah daripada Ijma’ Ulama’ muslimin, apa yang telah dinaskan daripadanya iaitu katanya mengenai menjisimkan Allah, meletakkan pihak/ arah (bagi Allah) dan menetapkan adanya pindahan/ bergerak (bagi Allah). Dan dia telah menentukan kadar ‘Arasy itu tidak kecil dan tidak besar, yang mana Maha suci Allah daripada fitnah yang keji lagi hodoh itu, dan barah kekufuran yang terang-terangan. Dan biarlah mereka yang lain mengikuti beliau dan bercerai-berailah aqidahnya…

 وذكر الحافظ مرتضى الزبيدي في شرح الإحياء ما نصه: قال التقي السبكي: وكتاب العرش من أقبح كتبه (أي لابن تيمية) ولما وقف عليه الشيخ أبو حيان ما زال يلعنه حتى مات بعد أن كان يعظمه اهـ.
Dan al-Hafiz Murtadha al-Zabidi telah menyebut di dalam Syarah al-Ihya’, apa yang dinaskannya bahawa “berkata  al-Taqi al-Subki: Kitab al-‘Arasy merupakan seburuk-buruk kitabnya (Ibn Taimiyyah) dan pendirian Syeikh Abu Hayyan sentiasa melaknatnya (Ibn Taimiyyah) sehingga beliau meninggal dunia. Yang mana, sebelum itu beliau (Abu Hayyan) mengaguminya…”

 فلينظر العقلاء إلى تخبط ابن تيمية حيث يقول مرة إنه جالس على العرش, ومرة إنه جالس على الكرسي, وقد ثبت في الحديث أن الكرسي بالنسبة للعرش كحلقة في أرض فلاة فكيف ساغ لعقله.
Maka hendaklah orang-orang yang berakal melihat kejelekan pemikiran dan i’tiqad Ibn Taimiyyah, sekali pada sekali waktu, dia mengatakan  bahawa Dia (Allah) duduk di atas al-Kursi dan pada ketika lain pula mengatakan bahawa Allah duduk di atas ‘Arasy. Dan sesungguhnya telah sabit di dalam hadis bahawa nisbah al-Kursi kepada ‘Arasy adalah seperti lingkaran di bumi yang gersang, maka lihatlah bagaimana rosaknya akalnya.

 وهذا ابن قيم الجوزية تلميذ ابن تيمية يقول في كتابه ((بدائع الفوائد)): ولا تنكروا أنه قاعد ولا تنكروا أنه يقعده اهـ. ويقول ابن قيم الجوزية أيضا في كتابه المسمى الصواعق المرسلة: ((استوى على عرشه بذاته أي  ذاته فوق العرش عالية عليه)) اهـ.
Dan Ibn Qayyim al-Jauzi yang merupakan murid Ibn Taimiyyah berkata di dalam kitabnya Badai’ al-Fawaid bahwa jangan kamu mengingkari bahawa dia (Allah)  dalam keadaan duduk dan jangan kamu menafikan dia (Allah) sedang duduk… Dan berkata Ibn Qayyim al-Jauziyyah juga di dalam kitabnya yang dinamakan al-Sawaiq al-Mursalah: “bahawasanya Allah bersemayam di atas ‘Arasynya dengan zatNya iaitu zat Allah di atas ‘Arasy yang tinggi...”

 وقال سليمان بن سحمان النجدي الوهابي |1349 هـ| في تعليقه على كتاب ((لوامع الأنوار البهية)) نقلا عن ابن تيمية المجسم مقرا وموافقا له – الذي نقل عن المجسم عثمان بن سعيد الدرامي – مقرا وموفقا له ما نصه: ((الحي القيوم يفعل ما يشاء ويتحرك إذا شاء ويقبض ويبسط ويقوم ويجلس إذا شاء لأن أمارة ما بين الحي والميت التحرك)) اهـ.
Dan berkata Sulaiman bin Sahman al-Najdi al-Wahabi (1349 H), di dalam ulasannya pada kitab Lawami’ al-Anwar al-Bahiyyah yang dinukilkan daripada Ibn Taimiyyah al-Mujassimah (yang dia menetapkan dan bersetuju dengan Ibn Taimiyyah), serta yang dinukilkan daripada Mujassim Othman bin Sa’id al-Darami (yang dia menetapkan dan bersetuju dengan Ibn Taimiyyah) apa yang dinaskan bahawa Allah  yang Maha Hidup lagi Maha Kekal melakukan apa yang Dia mahu  dan Dia bergerak jika Ia berkehendak dan Dia menyusahkan dan yang memudahkan, dan Dia berdiri dan Dia duduk sekiranya Dia mahu kerana tanda antara hidup dan mati itu adalah bergerak”...

 وقال أيضا – أي سليمان بن سحمان – في كتابه الضياء الشارق في رد شبهات الماذق المارق: ((فأما كون الوهابية أبت إلا جعل استوائه سبحانه ثبوتا على عرشه, واستقرارا وعلوا وفوقه: فنعم)) اهـ. بحروفه
Dan berkata juga Sulaiman bin Sahman di dalam kitabnya al-Dhiya’ al-Syariq fi Rad Shubhat al-Madziq al-Mariq: “Maka adapun yang sebenarnya mengenai Wahabiyyah bahawa mereka berpegang teguh menyatakan Allah s.w.t. bersemayam di atas ‘Arasy , dan duduk diatasnya dan baginya berpihak di atas (bertempat)”…. (perkataan beliau)

Isnin, 24 Oktober 2016

INDIKATOR WAHHABI


INDIKATOR WAHHABI

Dari sudut aqidah, golongan Wahabi terpengaruh dengan fahaman Syeikh Ibnu Taimiyah dan mereka menyerang mazhab-mazhab ASAS Ahlul Sunnah Wal Jama'ah sejak berzaman, iaitu mazhab Imam Al-Asy’ari  (mazhab aqidah mazhabul mufti Malaysia) dan mazhab Imam Al-Maturidiyah.
.
Golongan utama yang menjadi sasaran Wahabi dan para pengikutnya ( pemuja Ibnu Taimiyah dan sefaham ) ialah golongan SUFI dan TARIQAT yang giat mengembangkan ilmu akhlak dan adab dalam bermu’amalah kepada Allah dan makhluk. Mereka menuduh golongan sufi dan tariqat menyembah kubur para wali dan meminta pertolongan dari para wali, dan seterusnya membuktikan golongan sufi ialah golongan yang SYIRIK.
.
Wahabi turut menyerang mazhab-mazhab fiqh termasuklah mazhab As-Syafi'i (mazhabul mufti Malaysia) dan mereka menganggap hanya merekalah yang benar dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah (ikutan di gariskan oleh Ibnu Taimiyah dan sefaham dengannya), sedangkan perbezaan pendapat yang bercanggah dengan mazhab mereka dianggap sesat bid'ah dan salah, bahkan sampai ke tahap membid’ahkan pendapat mazhab yang kontra dengan mereka. Berbeza pendapat dan berlapang dada oleh tokoh-tokoh Wahabi tempatan ini cuma mainan WAYANG (taqiah) mereka seolah-olah mengamalkan toleransi dalam pandangan beragama, awas jangan terjerat dengan perangkap si Wahabi Salafi ini susah dibendung apabila mereka ramai dan berkuasa. Pihak authoriti agama seperti JAKIM dan Majlis Agama Negeri-negeri mesti 'allert' sebelum terlambat.
.
Wahabi membakar kitab 'Dalail al-Khairat' dan 'Syawariq al-Anwar' yang mengandungi pelbagai selawat dan kisah Nabi s.a.w. bukan kerana bencikan Nabi s.a.w. (sedangkan beliau mewajibkan selawat ke atas Nabi di dalam Tasyahhud), sebaliknya untuk menghapuskan pujian-pujian yang MELAMPAU terhadap Nabi, yang tidak diajarkan serta kisah-kisah palsu tentang Nabi s.a.w. Inilah perangai Wahabi Salafi kalau diperhatikan kelompok inilah yang kehadapan menentang memperingati  malam cinta rasul atau sinonim dengan qasidah "Yahanana". Ini lah indikator watak front line Wahabi Salafi tempatan.
.
Bukan itu saja majlis musabaqah tilawah al Quran pun mereka agak SUKAR menerimanya, kalau menghadiripun  atas sebab-sebab tertentu bukan ikhlas taqiah saja. Slogan zikir penentangannya "al Quran bukan untuk di pertandingkan" akhir katanya tidak lain musabaqah BID'AH tiada DALIL?, betul tak? jawab sendiri.............
.
Golongan Wahabi Salafi ini cuba menegaskan bahawa, perbezaan pendapat tidak dibenarkan dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah, dan hanya ada satu sahaja kefahaman yang benar dan perlu diikut, sedangkan kefahaman yang lain adalah sesat atau bid’ah.
.
Contohnya, dalam isu doa qunut dalam solat subuh.Golongan Wahabi Salafi menegah daripada membacanya sedangkan itu merupakan masalah khilafiyah (masalah yang para ulama berselisihan pendapat mengenainya), dan mazhab Imam Syafi’i khususnya menyatakan bahawa membaca qunut pada solat subuh itu hukumnya sunat.
.
Bukan itu sahaja, bahaya yang paling besar yang dibawa oleh Salafi Wahabi ini ialah, At-Takfir (mengkafirkan orang lain). Golongan Wahabi Salafi terlalu mudah mengkafirkan orang lain khususnya mereka yang mengikut golongan sufi ataupun golongan yang tidak sependapat dengan mereka. Inilah PINTU  perpecahan umat Islam yang paling utama. Disamping itu juga, mereka terlalu cepat membid’ahkan orang lain dan menganggap setiap perkara baru dalam agama adalah bid’ah yang sesat, sedangkan kebanyakkan para ulama’ menegaskan bahawa, bid’ah terbahagi kepada bid’ah yang menyesatkan dan bid’ah yang dibenarkan.
.
Oleh kerana itulah, kebanyakkan ulama-ulama muktabar di serata dunia, menolak fahaman Wahabi Salafi ini, kerana golongan Wahabi membawa kepada perpecahan didalam umat Islam dan membawa kepada ta’asub dan fanatik terhadap satu pendapat sahaja dan tidak membenarkan perbezaan pendapat. Inilah pintu perpecahan yang perlu ditutup rapat dalam masyarakat Islam. Caranya menguatkuasakan dengan membasmi mereka dari berceramah dan mengelirukan orang awam.
.
Persoalan yang lain ialah, adakah fahaman Wahabi Salafi ini merupakan suatu fahaman yang bersesuaian dengan Ahul Sunnah wal Jama'ah atau pun tidak? ataupun, persoalannya, adakah Salafi Wahabi ini merupakan mazhab dalam Islam, ataupun ianya merupakan sebuah ideologi?
.
Para ulama di Mesir khususnya telah memdedahkan banyak kesalahan para Wahabi dalam masalah memahami al-Quran dan As-Sunnah khususnya dalam masalah aqidah.
.
Golongan Wahabi mempercayai bahawa Allah s.w.t. duduk di atas 'Arash dan Allah s.w.t. sedang berada di atas langit. Mereka juga percaya bahwa Allah s.w.t. mempunyai rupa paras dan berjasad (mujassimah). Mereka berpandukan ayat-ayat al-Quran Mutasyabihat (kesamaran maknanya), yang mana ianya tidaklah bermaksud seperti yang mereka sangkakan itu.
.
Ahlul Sunnah Wal Jama'ah secara mutlak menafikan Allah s.w.t. bertempat dan berjasad. Ini kerana, ianya menyebabkan Allah s.w.t. berhajat kepada tempat sedangkan Allah s.w.t. tidak memerlukan apa-apa pun.
.
Namun, di Malaysia, segelintir golongan yang terpengaruh dengan kefahaman Wahabi Salafi hanyalah berkaitan dengan masalah fiqh, tidak bersangkutan dengan masalah aqidah. Golongan Salafi Wahabi di Malaysia nampaknya hanya menyebarkan fahaman Wahabi Salafu dari sudut hukum-hakam semata-mata, seperti berkaitan dengan ibadah dan pergaulan. Mereka membid’ahkan qunut, membid’ahkan tariqat sufi, membid’ahkan majlis sambutan maulid Rasulullah s.a.w. sedangkan perkara-perkara tersebut tidaklah bid’ah yang sesat seperti sangkaan mereka itu.
.
Golongan Wahabi Salafi di Malaysia berkemungkinan tidak sepenuhnya memahami apa itu Wahabi Salafi, mazhab yang mereka pegang secara mendalam. Ini kerana, buku-buku yang mendokong fahaman Wahabi dalam Bahasa Malaysia kebanyakkannya menyebarkan fahaman Wahhabi dari sudut ibadat, tidak dari sudut aqidah mereka. Betul tak ? Jawab sendiri...............tetapi bila sampai kepuncak fahaman aqidah takfiri bilamana mereka berfahaman darah dan harta halal kerana tidak sefaham dengan mereka, berkemungkinan menjadi pengganas yang boleh membunuh siapa saja, seperti yang kita lihat sekarang.
.
Walaupun hanya masalah ibadah dan fiqh, yang disebarkan oleh golongan Wahabi Salafi di Malaysia, namun bahayanya ialah, pendirian mereka dalam membid’ahkan dan menyesatkan golongan yang tidak sehaluan dengan mereka khususnya golongan sufi dan golongan yang bermazhab asy-Syafi’i di Malaysia perlu diberi perhatian.
.
Sebenarnya, golongan Wahabi Salafi tidak mempedulikan dengan menyebarkan fahaman  Wahabi Salafi dalam masyarakat awam di Malaysia, oleh itu masyarakat awam wajib berpegang dengan mazhabul mufti Malaysia aliran Asya'irah bermazhab Syafi'i.
.
Apakah golongan Salafi Wahabi menganggap mereka golongan mujaddid (pembaharu) yang membawa arus reformasi dalam masyarakat Islam, khususnya dalam bidang agama ?
.
Jawapannya, TIDAK. Ini kerana, masyarakat awam Islam di Malaysia hanya perlu mengikut mufti dan mazhab mereka. Maka, fahaman-fahaman yang bertentangan dengan mazhabul mufti pada masyarakat seharusnya tidak boleh didedahkan dan diperbincangkan di khalayak awam agar mengelakkan perpecahan dalam masyarakat awam dan mengelakkan kekeliruan dalam umat Islam.
.
JAKIM dan badan berauthoriti agama seperti Majlis agama Islam negeri-negeri sekali lagi mohon buatlah disiplin kerja yang exellance sedikit, janganlah tidor dalam menangani isu Wahabi Salafi ini sebelum keadaan menjadi parah.
.
Maka, seruan kepada para pendokong Salafi Wahabi Salafi di Malaysia agar tidak memecahbelahkan masyarakat dengan kefahaman Wahabi dengan membid’ahkan sesuatu perkara sewenang-wenangnya. Boleh jadi, sesuatu yang kita anggap ia merupakan bid’ah ada dalilnya dalam Islam, Cuma kita sahaja yang tidak mengetahuinya. Bukankah lebih baik agar kita tidak memecahkan perpaduan masyarakat Islam di Malaysia yang seharusnya berpegang dengan mazhabul mufti mereka selagi mana para mufti masih berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah ijma' dan qias.
.
Majoriti keldai beragama kelompok Wahabi Salafi tempatan akan berhujjah di media sosial menyatakan kedua-dua belah pihak pun serupa memecah-belahkan umat dengan penuh keyakinan. Disinilah pengkeldai berjaya mengkeldaikan pengikutnya. Mereka lupa SEJARAH sebelum kaum muda masuk ke Malaya, kehidupan beragama kita sempurna tiada berlaku perpecahan dengan pandangan dan fatwa yang berbeza, keadaan beragama masa itu tidak tersasar. Kesungguhan ulama-ulama Wahabi Salafi untuk merekrutkan dan mengkeldaikan orang awam supaya mengikut fahaman mereka dinegara ini perlu di sekat segera tanpa tolak ansur!
.
Semoga Allah membantu kita dalam menghadapi mengembalikan kedaulatan Islam dan menegakkan perpaduan pada majoriti umat Islam dinegara ini satelah diporak perandakan oleh ulama-ulama Wahabi Salafi tempatan supaya hidup beragama selama ini tersasar.
.
Sekian wassalam.

Hakikat Ibn Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah tidak boleh dijadikan rujukan.


Hakikat Ibn Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah tidak boleh dijadikan rujukan.

Al-Syaikh Ahmad Khatib ibn ^Abdil-Latif al-Minankabawi (imam, khatib dan guru di al-Masjidil-Haram) berkata:

"Maka Ibn Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim dan segala yang mengikut mereka itu ialah firqah yang telah keluar daripada Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah yang memerangi mereka itu akan Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan menkafirkan akan mereka itu dan dinamai mereka itu firqah al-Wahhabiyyah.

Dan mereka itu telah banyak pada masa kita ini pada negeri Hindi dan Syam dan Syarqi dan Mesir. Dan telah pula sampai kepada negeri kita ini mula-mula lalu padanya pada masalah melafazkan dengan niat dan sedikit lagi apabila sampai pula kitab-kitab Ibn Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim yang padanya syubhah-syubhah dan segala iktikad mereka itu yang batil yang telah lalu kenyataannya kepada mereka yang mengikut mereka itu barangkali menjadi pula daripada to'ifah Wahhabiyyah". Intaha

📔Rujukan: Risalah al-Khittotil-Mardiyyah fi Raddi Syuhbati Man Qala Bid^ah al-Talaffuz bin-Niyyah, Khazanah al-Fathaniah, Kuala Lumpur, 1427 H/ 2006 R, hlm. 24.

✒Risalah ini ditulis oleh al-Syaikh Ahmad Khatib pada tahun 1326 Hijri/ 1908 Rumi.

Ibn Taymiyyah Mencela Sahabat Rasulullah ﷺ ; Abdullah Bin Umar

*Ibn Taymiyyah Mencela Sahabat Rasulullah ﷺ ; Abdullah Bin Umar 

Ibn Taymiyyah al-Harrani mengatakan dalam kitabnya Iqtidha’ Sirath al-Mustaqeem, halaman 389-390, Dar al-Makrifah, Beirut-Lubnan :

فأما قصد الصلاة في تلك البقاع التي وصلى فيها اتفاقا فهذا لم ينقل عن غير ابن عمر من الصحابة بل كان أبو بكر وعمر وعثمان وعلي وسائر السابقين الأولين من المهاجرين والأنصار يذهبون من المدينة إلى مكة حجاجا وعمارا أو مسافرين ولم ينقل عن أحد منهم أنه تحرى الصلاة في مصليات النبي صلى الله عليه و سلم

 ومعلوم أن هذا لو كان عندهم مستحبا لكانوا إليه أسبق فإنهم أعلم بسنته وأتبع لها من غيرهم وقد قال صلى الله عليه و سلم عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة

وتحري هذا ليس من سنة الخلفاء الراشدين بل هو مما ابتدع وقول الصحابي وفعله إذا خالفه نظيره ليس بحجة فكيف إذا انفرد به عن جماهير الصحابة

 وأيضا فإن تحري الصلاة فيها ذريعة إلى اتخاذها مساجد والتشبه بأهل الكتاب مما نهينا عن التشبه بهم فيه وذلك ذريعة إلى الشرك بالله

 “  Adapun melakukan solat di tempat yang disolatkan oleh Baginda di situ secara kesepakatan, maka ini tidak dinukilkan oleh sesiapapun melainkan ibn Umar dalam kalangan sahabat. Bahkan Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman dan seluruh golongan terawal dari kalangan al-Muhajirin dan al-Ansar yang pergi dari Madinah ke Makkah dalam keadaan melakukan haji, umrah atau dalam pemusafiran, tiada dinukilkan daripada mereka bahawa mereka mencari-cari tempat-tempat solat yang dilakukan oleh nabi di situ. Maka maklumnya, jika perkara ini digalakkan, sudah tentu mereka akan berlumba-lumba melakukannya kerana mereka lebih mengetahui tentang sunnah Rasulullah dan merekalah yang paling mengikut sunnah baginda berbanding orang lain. Rasulullah ﷺ bersabda mafhumnya, “ Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidin yang telah diberi petunjuk. Gigitlah dengan geraham kamu sekuat-kuatnya. Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid^ah dan setiap yang bid^ah itu sesat.

*Mencari cari tempat solat seperti ini bukanlah daripada sunnah para Khulafa al-Rashidin bahkan ia adalah perkara baharu yang bid^ah.  Maka pendapat sahabat dan perbuatannya jika bercanggah dengan neraca ini maka ia bukanlah hujah. Bagaimana pula jika sahabat tersebut (Abdullah Bin Umar) bersendirian dalam melakukan perkara ini berbanding mejoriti para sahabat yang lain?!!*

Begitu juga jika seseorang itu mencari-cari tempat tersebut untuk bersolat sebagai wasilah untuk menjadikannya masjid (tempat solatnya) dan menyerupai ahlul kitab di mana kita ditegah menyerupai mereka. *Maka perkara yang dilakukannya tersebut adalah salah satu jalan kesyirikan*.”

*Ulasan :*

Rasulullah memuji ibn ^Umar dan menyifatkan beliau sebagai lelaki yang soleh dalam sebuah hadith yang thabit, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepada Hafshah :

إن عبد الله رجل صالح

Mafhumnya : *“Sesungguhnya Abdullah adalah lelaki yang soleh”*. HR al-Bukhari. Makna lelaki yang soleh adalah dia adalah wali daripada wali-wali Allah taala. Setiap orang muslim mengetahui bahawa wali adalah orang yang diredhai Allah taala. Dan wali adalah maksum daripada kekufuran setelah mana thabit baginya kewalian tersebut, maka dia jadi kekasih Allah taala dengan dalil hadith qudsi :

 مَن عاد لي وليا فقد آذنته بالحرب

Mafhumnya, _“Sesiapa yang memusuhkan wali maka Aku isytiharkan perang kepadanya (Aku akan membinasakannya)”_intaha.

al-Hafiz ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Baari, jilid 2 halaman  235, setelah menyebut hadith lain dengan tema yang sama, kemudian beliau berkata:

وَمُحَصِّلُ ذَلِكَ أَنَّ اِبْن عُمَر كَانَ يَتَبَرَّكُ بِتِلْكَ الْأَمَاكِنِ ، وَتَشَدُّدُهُ فِي الِاتِّبَاعِ مَشْهُور

_“Kesimpulannya daripada perkara tersebut bahawa ibn ^Umar pernah bertabarruk dengan tempat-tempat tersebut dan ketegasannya dalam mengikut Rasulullah adalah sangat masyhur”_intaha.

Kemudian kata al-Hafiz ibn Hajar :

فَهُوَ حُجَّةٌ فِي التَّبَرُّكِ بِآثَارِ الصَّالِحِينَ

_"Maka hal tersebut menjadi hujjah (dalil) boleh bertabarruk dengan peninggalan orang-orang yang soleh"._intaha

Wahai pengikut ibn Taymiyyah, adakah kalian boleh redha dengan pembid^ahan dan penyesatan ibn Taymiyyah terhadap sahabat nabi Abdullah bin Umar al-Khattab radhiAllahu Anhuma??!

Faedah :

Sabda Rasulullah ﷺ :

لا تسبوا أصحابي فلو أن أحدكم أنفق مثل أحد ذهبا ما بلغ مد أحدهم ولا نصيفه

_“Jangan kamu mencela sahabat-sahabatku. Sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebanyak gunung uhud pun, tetap juga tidak menyamai satu cupak atau setengah cupak sedekah yang dibelanjakan sahabat-sahabat Nabi (kerana keikhlasan mereka)”._ HR al-Bukhari.

Disediakan oleh:
Kajian Ilmiah Ahlis Sunnah (KIAS)

PELIK ATAU GANJIL PEGANGAN YANG MENGAKU SALAFIYYAH DAN AL-WAHABIYYAH


SESIAPA YANG BELAJAR ILMU USULUDDIN DAN AQIDAH YANG BENAR IAITU ASYAIRAH DAN MATURIDIYYAH, AKAN MERASA PELIK ATAU GANJIL PEGANGAN YANG MENGAKU SALAFIYYAH DAN AL-WAHABIYYAH


KESESATAN

Ini merupakan beberapa pandangan Ibn Taimiyyah dan ulama’ al-wahabiyyah yang berpegang bahawa Allah duduk di atas Arasy (terjemahan kitab Ulin Nuha oleh Dr. Salim ‘Alwan).

وقد نقل المفسر النحوي أبو حيان الأندلوسي في النهر الماد, في تفسير آية الكرسي, ما نصه: وقرأت في كتاب لأحمد ابن تيمية هذا الذي عاصرنا وهو بخطة سماه كتاب العرش: إن الله تعالى يجلس على الكرسي وقد أخلى منه مكانا يقعد فيه معه رسول الله صلى الله عليه وسلم تحيل عليه التاج محمد بن علي بن عبد الحق البارنباري وكان أظهر أنه داعية له حتى أخذه منه وقرأنا ذلك فيه اهـ.
Dan sesungguhnya dinukilkan oleh Mufassir Ahli Nahwu Abu Hayyan al-Andalusi di dalam kitab al-Nahr al-Mad pada mentafsirkan Ayat Kursi, iaitu nasnya: “dan aku telah  membaca di dalam kitab Ahmad Ibn Taimiyyah yang kami hidup bersama pada zaman ini. Dan dia (Ahmad Ibn Taimiyyah) yang telah menulis kitabnya yang bernama Kitab al-‘Arasy: Sesungguhnya Allah Taala duduk di atas kerusi dan telah  mengosongkan tempat yang akan diduduki bersamanya Rasulullah s.a.w. Pandangan ini telah dibantah oleh al-Taj Muhammad bin Ali bin Abdul Haq al-Baranbari, mendorong dia kepadanya itu dakwah mengenai kesesatan ini sehingga diambil olehnya (perkataan Ibn Taimiyyah) pada kitabnya sehingga kita membaca semua itu di dalamya itu...”

 بل وقال الحافظ ابن حجر العسقلاني في الدرر الكامنة: فذكروا أنه (ابن تيمية) ذكر حديث النزول, فنزل عن المنبر درجتين, فقال: كنزولي هذا, فنُسب إلى التجسيم اهـ.

Bahkan, berkata al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam kitab al-Dar al-Kaminah: Maka dia telah menceritakan bahawa sesungguhnya dia (Ibn Taimiyyah) merujuk kepada hadis al-Nuzul, dimana pada suatu ketika, turunlah dia (Ibn Taimiyyah) dari mimbar dua anak tangga dan berkatalah dia, “seperti turunnya aku ini (Turunnya Allah)”. Maka dengan sebab ini Ibn Taimiyyah telah dinisbah kepada Tajsim (menjisimkan Allah)…

 وقال الشيخ ابن حجر الهيتمي في كتابه الفتاوى الحديثية ناقلا المسائل التي خالف فيها ابن تيمية إجماع المسلمين ما نصه: وقوله بالجسمية, والجهة والانتقال, وأنه بقدر العرش لا أصغر ولا أكبر تعالى الله عن هذا الافتراء الشنيع القبيح, والكفر البراح الصريح, وخذل متّبعية وشتت شمل معتقدية اهـ.

Dan berkata syeikh Ibn Hajar Al-Haitami di dalam kitabnya al-Fatawa al-Hadithah menukilkan masalah-masalah yang khilaf (bertentangan) oleh Ibn Taimiyyah daripada Ijma’ Ulama’ muslimin, apa yang telah dinaskan daripadanya iaitu katanya mengenai menjisimkan Allah, meletakkan pihak/ arah (bagi Allah) dan menetapkan adanya pindahan/ bergerak (bagi Allah). Dan dia telah menentukan kadar ‘Arasy itu tidak kecil dan tidak besar, yang mana Maha suci Allah daripada fitnah yang keji lagi hodoh itu, dan barah kekufuran yang terang-terangan. Dan biarlah mereka yang lain mengikuti beliau dan bercerai-berailah aqidahnya…

 وذكر الحافظ مرتضى الزبيدي في شرح الإحياء ما نصه: قال التقي السبكي: وكتاب العرش من أقبح كتبه (أي لابن تيمية) ولما وقف عليه الشيخ أبو حيان ما زال يلعنه حتى مات بعد أن كان يعظمه اهـ.

Dan al-Hafiz Murtadha al-Zabidi telah menyebut di dalam Syarah al-Ihya’, apa yang dinaskannya bahawa “berkata  al-Taqi al-Subki: Kitab al-‘Arasy merupakan seburuk-buruk kitabnya (Ibn Taimiyyah) dan pendirian Syeikh Abu Hayyan sentiasa melaknatnya (Ibn Taimiyyah) sehingga beliau meninggal dunia. Yang mana, sebelum itu beliau (Abu Hayyan) mengaguminya…”

 فلينظر العقلاء إلى تخبط ابن تيمية حيث يقول مرة إنه جالس على العرش, ومرة إنه جالس على الكرسي, وقد ثبت في الحديث أن الكرسي بالنسبة للعرش كحلقة في أرض فلاة فكيف ساغ لعقله.

Maka hendaklah orang-orang yang berakal melihat kejelekan pemikiran dan i’tiqad Ibn Taimiyyah, sekali pada sekali waktu, dia mengatakan  bahawa Dia (Allah) duduk di atas al-Kursi dan pada ketika lain pula mengatakan bahawa Allah duduk di atas ‘Arasy. Dan sesungguhnya telah sabit di dalam hadis bahawa nisbah al-Kursi kepada ‘Arasy adalah seperti lingkaran di bumi yang gersang, maka lihatlah bagaimana rosaknya akalnya.

 وهذا ابن قيم الجوزية تلميذ ابن تيمية يقول في كتابه ((بدائع الفوائد)): ولا تنكروا أنه قاعد ولا تنكروا أنه يقعده اهـ. ويقول ابن قيم الجوزية أيضا في كتابه المسمى الصواعق المرسلة: ((استوى على عرشه بذاته أي  ذاته فوق العرش عالية عليه)) اهـ.

Dan Ibn Qayyim al-Jauzi yang merupakan murid Ibn Taimiyyah berkata di dalam kitabnya Badai’ al-Fawaid bahwa jangan kamu mengingkari bahawa dia (Allah)  dalam keadaan duduk dan jangan kamu menafikan dia (Allah) sedang duduk… Dan berkata Ibn Qayyim al-Jauziyyah juga di dalam kitabnya yang dinamakan al-Sawaiq al-Mursalah: “bahawasanya Allah bersemayam di atas ‘Arasynya dengan zatNya iaitu zat Allah di atas ‘Arasy yang tinggi...”

 وقال سليمان بن سحمان النجدي الوهابي |1349 هـ| في تعليقه على كتاب ((لوامع الأنوار البهية)) نقلا عن ابن تيمية المجسم مقرا وموافقا له – الذي نقل عن المجسم عثمان بن سعيد الدرامي – مقرا وموفقا له ما نصه: ((الحي القيوم يفعل ما يشاء ويتحرك إذا شاء ويقبض ويبسط ويقوم ويجلس إذا شاء لأن أمارة ما بين الحي والميت التحرك)) اهـ.

Dan berkata Sulaiman bin Sahman al-Najdi al-Wahabi (1349 H), di dalam ulasannya pada kitab Lawami’ al-Anwar al-Bahiyyah yang dinukilkan daripada Ibn Taimiyyah al-Mujassimah (yang dia menetapkan dan bersetuju dengan Ibn Taimiyyah), serta yang dinukilkan daripada Mujassim Othman bin Sa’id al-Darami (yang dia menetapkan dan bersetuju dengan Ibn Taimiyyah) apa yang dinaskan bahawa Allah  yang Maha Hidup lagi Maha Kekal melakukan apa yang Dia mahu  dan Dia bergerak jika Ia berkehendak dan Dia menyusahkan dan yang memudahkan, dan Dia berdiri dan Dia duduk sekiranya Dia mahu kerana tanda antara hidup dan mati itu adalah bergerak”...

 وقال أيضا – أي سليمان بن سحمان – في كتابه الضياء الشارق في رد شبهات الماذق المارق: ((فأما كون الوهابية أبت إلا جعل استوائه سبحانه ثبوتا على عرشه, واستقرارا وعلوا وفوقه: فنعم)) اهـ. بحروفه

Dan berkata juga Sulaiman bin Sahman di dalam kitabnya al-Dhiya’ al-Syariq fi Rad Shubhat al-Madziq al-Mariq: “Maka adapun yang sebenarnya mengenai Wahabiyyah bahawa mereka berpegang teguh menyatakan Allah s.w.t. bersemayam di atas ‘Arasy , dan duduk diatasnya dan baginya berpihak di atas (bertempat)”…. (perkataan beliau)