Tahun di cipta: 1988
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara
Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Tebrau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.
Di Johor,
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.
Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan,
Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.
Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.
Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan.
Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.
Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.
...Perkongsian ilmu, perkongsian pengalaman, perkongsian perasaan, perkongsian rasa, perkongsian cerita, perkongsian kelana-kembara, hamba dan keluarga... Perkongsian dan penyebaran ilmu, pengetahuan dan maklumat tasawuf, tauhid, fiqh, ibadat dan muamalat...
TOPIK
Aidil Fitri
(1)
Air Kolah
(9)
Akhir Zaman
(3)
Aktiviti Ilmiah
(1)
Al-Quran
(4)
Alam
(13)
Alam Ghaib
(5)
Aldil Fitri
(1)
Allah wujud tanpa bertempat
(15)
Amal Soleh
(3)
Anti Hadis
(1)
Aqidah
(17)
ASWJ
(63)
Bab Munakahat
(4)
Bab Sihir
(3)
Bab Tauhid
(9)
Bahasa Melayu
(6)
Bahaya Syiah
(7)
Bertabarruk
(2)
Bid'ah
(8)
Bidaah Hasanah
(7)
Bulan Ramadhan
(18)
Bulan Rejab
(1)
Bulan Zulhijjah
(1)
Cintai DIA
(1)
Cuti-Cuti Malaysia
(89)
Doa
(1)
Dosa Besar
(1)
Ekonomi Islam
(5)
Fadilat Al-Quran
(4)
Fiqh
(3)
Futuhul Ghaib
(1)
Futuhul Makkiyyah
(3)
guru
(2)
Guru Mursyid
(6)
Guru Tariqat
(6)
Hadis Dhaif
(6)
Hadis Maudhu'
(1)
Hadis Nabi
(14)
Hakikat
(1)
Hari Kemudian
(1)
Hotel Islam
(1)
Hukum Berkaitan Zikir
(9)
Ibadat Haji
(6)
Ibnu Taimiyyah
(16)
ilmu kebatinan
(5)
Ilmu Laduni
(1)
ilmu persilatan
(2)
Imam Malik
(1)
Insan Kamil
(1)
Israk Mikraj
(10)
Istanbul
(17)
Isu Halal
(2)
Isu Kalimah Allah
(4)
Isu Khilaf
(25)
Isu Khilafiah
(29)
Isu Semasa
(4)
Isu Wahhabi
(97)
Jalan-Jalan
(128)
Jihad Ekonomi
(34)
Jom Makan
(16)
Karamah
(2)
kebenaran
(5)
Kesultanan Melayu
(7)
Kewangan dan Perbankan Islam
(1)
Khatamun Nubuwwah
(2)
Kisah Mualaf
(28)
Kisah Nabi
(2)
Koleksi
(2)
Kosong
(2)
Kurma
(1)
Lagu
(1)
Lailatul Qadar
(14)
Makam Sultan
(5)
Makam Sultan/Raja Melayu
(7)
Makam Wali Allah
(43)
Makhluk Halus
(1)
Makrifat
(1)
Masjid
(41)
Masjid Lama
(24)
Masjid Utama
(29)
Maulidur Rasul
(23)
Mekah
(2)
Melayu
(14)
Merdeka
(1)
Misteri
(10)
motivasi
(1)
Mukasyafah
(2)
Mutasyabihat
(7)
Nabi Ibrahim A.S.
(1)
Nabi Khidir A.S.
(14)
Nabi Musa A.S.
(1)
Neraka
(1)
Nisfu Syaaban
(17)
nostalgia
(1)
Nur Muhammad
(6)
Nuzul Quran
(3)
Pahlawan Islam
(2)
Pahlawan Melayu
(10)
Pelancongan Tanah Tinggi
(4)
pengumuman
(7)
Penyakit
(1)
Perubatan Islam
(2)
Perubatan tradisional
(1)
Petua
(2)
Puasa Ramadhan
(18)
Puasa Sunat
(2)
Pulau Besar
(18)
Putrajaya
(3)
Rabitah
(1)
Rahmat Allah
(1)
Rawatan Islam
(1)
rekreasi
(21)
Rezeki
(1)
RSAW
(11)
Rumahku Syurgaku
(4)
Sajak
(6)
Sedekah
(1)
Sejarah Melayu
(6)
Selawat
(7)
Senibina Islam
(8)
Sifat 20
(2)
Solat
(8)
Solat Sunat
(9)
Sumpah
(1)
Sunnah RSAW
(9)
Tamadun Islam
(8)
Tariqat
(7)
Tasawuf
(23)
Tawassul
(5)
Tulisanku
(311)
Ulamak Islam
(7)
Ulamak Nusantara
(20)
Ulamak Tanah Melayu
(16)
Universiti
(3)
Usahawan Muslim
(9)
Usuluddin
(1)
Wahhabi dan Keganasan
(9)
Wali Allah
(50)
Wali Melayu
(22)
Wali Songo
(10)
Youtube
(1)
Zakat
(13)
Zakat Fitrah
(4)
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Khamis, 26 Mei 2016
Selasa, 6 September 2011
Aku lebih rela...
Assalamu'alaikum,
Aku lebih rela susah daripada aku mementingkan diri sendiri.
Aku lebih rela susah daripada aku menyusahkan mereka yang memang susah.
Aku lebih rela susah asalkan perjuanganku berjaya.
Aku lebih rela susah asalkan ada orang lain yang akan mendapat kesenangan itu.
Aku lebih rela tidak merebut suatu peluang agar orang lain yang lebih memerlukan diberikan peluang itu.
Aku lebih rela dikutuk dan dihina rakan-rakan daripada melakukan perbuatan yang melanggar prinsip diriku.
Aku lebih rela diumpat dan difitnah oleh mereka yang memusuhi diriku asalkan natijah baik itu diperolehi oleh mereka yang aku sayangi.
Aku lebih rela 'menentang arus' daripada aku dibawa arus kerosakan dan kemudaratan.
Aku lebih rela tidak disenangi rakan dan taulan asalkan kebenaran dapat aku sampaikan.
Aku lebih rela menanggung segala akibat buruk asalkan amanah Tuhan itu dapat aku jayakan.
Aku lebih rela 'dikorbankan' asalkan perjuanganku tidak 'dikorbankan' .
Aku lebih rela mati untuk Islam asalkan ianya mendapat redha Ilahi.
Aku lebih rela kehilangan segala dunia dan isinya asalkan aku mendapat DIA yang kekal abadi...
Jumaat, 27 Mei 2011
Tanah Ini....Kepulauan Ini...Keris Di Sini...
Assalamu'alaikum,
Tanah ini, tanah penuh rahsia, tanah penuh misteri, tanah penuh tandatanya...
Tanah ini dan pulau-pulau di sekitarannya, Kepulauan Melayu namanya...
Tanah ini, dahulunya penuh misteri...
Tanah ini, sekarang, masih misteri...
Tanah ini, masa depan, bakal mengungkap misteri, bakal mengubah 'history'
Tanah ini, tanah leluhurku, tanah tumpah darahku...
Tanah ini, kepulauan ini, berakhir tamadun misteri umat terdahulu...
Tanah ini, hujung Benua Asia...
Tanah ini, jantung dunia kata guruku di hujung benua...
Mengapa jantung dunia?
Kajilah sejarah, tanyalah para pertapa...
Tanah ini, tanah yang amat subur...
Tanamlah apa saja, boleh hidup dengan mudahnya...
Cuma perlukan ilmu dan teknologi saja...
Untuk menjadikan ia lebih enak, lebih manis, sesedap rasa
Tanah ini, banyak sangat khazanahnya...
Begitu ramai yang mencuba...
Disangka mereka itu mereka yang punya...
Disangka mereka itu mereka yang berhak memilikinya...
Disangka mereka itu ilmu setinggi gunung mampu menzahirkan cita-cita...
Yang dapat hanya sepitis-dua...
Tanda kasihan dan belas ihsan mencuba 1001 cara...
Sebenarnya terlupa mereka akan pesanan Baginda...
Tentang umat akhir zaman itulah bahagiannya...
Tanah ini, kepulauan ini,...
Tiada musykil, tiada keraguan...
Itulah kebangkitan akhir zaman...
Itulah bermulanya kegemilangan Islam...
Sebelum diserah amanah pada yang dimaksudkan...
Tanah ini, kepulauan ini,
Kata-kata Dato Laksamana Hang Tuah...
Takkan Melayu Hilang Di Dunia...
Walau nampak seperti berkelam-kelam...
Akan menjadi kenyataan jua akhirnya...
Kalau mahu dikaji dan ditahkiq akan maksudnya...
Kalau mahu direnung siapa yang berbicara...
Tanah ini, kepulauan ini, keris di sini,
Apakah misteri, apakah yang dicari...
Sedangkan ribuan mencari dan berusaha merungkai misteri...
Takkan dijumpa dan ditemui...
Kalau bukan dengan petunjuk Ilahi...
Tanah ini, kepulauan ini, keris di sini,
Senjata unik, milik Melayu asli,
Senjata hebat, lambang kepahlawanan Melayu sejati...
Senjata ampuh, hanya untuk Melayu yang berani...
Bukan untuk gandingan di majlis perkahwinan...
Bukan untuk santapan dalam almari hiasan...
Senjata pelik, senjata misteri...
Sekali dihunus, perang boleh terhenti...
Sekali dilibas, 1000 musuh boleh mati...
Sekali dibelah, gunung boleh terbelah...
Tanah ini, kepulauan ini, keris di sini,
Jangan menyibukkan diri mencari-cari...
Kelak bertemu yang bukan asli...
Lebih banyak padah dan bahaya menanti...
Biarkan ia, usah fikirkan, usah risaukan...
Kerana itu Rahsia Ilahi...
Kerana itu Amanah Ilahi...
Hanya pada yang layak akan diberi...
Dari DIA sendiri melalui mereka di sepanjang tali...
*Nukilan hasil ..... Malam Jumaat 23 Jamadilakhir 1432..
Tanah ini, tanah penuh rahsia, tanah penuh misteri, tanah penuh tandatanya...
Tanah ini dan pulau-pulau di sekitarannya, Kepulauan Melayu namanya...
Tanah ini, dahulunya penuh misteri...
Tanah ini, sekarang, masih misteri...
Tanah ini, masa depan, bakal mengungkap misteri, bakal mengubah 'history'
Tanah ini, tanah leluhurku, tanah tumpah darahku...
Tanah ini, kepulauan ini, berakhir tamadun misteri umat terdahulu...
Tanah ini, hujung Benua Asia...
Tanah ini, jantung dunia kata guruku di hujung benua...
Mengapa jantung dunia?
Kajilah sejarah, tanyalah para pertapa...
Tanah ini, tanah yang amat subur...
Tanamlah apa saja, boleh hidup dengan mudahnya...
Cuma perlukan ilmu dan teknologi saja...
Untuk menjadikan ia lebih enak, lebih manis, sesedap rasa
Tanah ini, banyak sangat khazanahnya...
Begitu ramai yang mencuba...
Disangka mereka itu mereka yang punya...
Disangka mereka itu mereka yang berhak memilikinya...
Disangka mereka itu ilmu setinggi gunung mampu menzahirkan cita-cita...
Yang dapat hanya sepitis-dua...
Tanda kasihan dan belas ihsan mencuba 1001 cara...
Sebenarnya terlupa mereka akan pesanan Baginda...
Tentang umat akhir zaman itulah bahagiannya...
Tanah ini, kepulauan ini,...
Tiada musykil, tiada keraguan...
Itulah kebangkitan akhir zaman...
Itulah bermulanya kegemilangan Islam...
Sebelum diserah amanah pada yang dimaksudkan...
Tanah ini, kepulauan ini,
Kata-kata Dato Laksamana Hang Tuah...
Takkan Melayu Hilang Di Dunia...
Walau nampak seperti berkelam-kelam...
Akan menjadi kenyataan jua akhirnya...
Kalau mahu dikaji dan ditahkiq akan maksudnya...
Kalau mahu direnung siapa yang berbicara...
Tanah ini, kepulauan ini, keris di sini,
Apakah misteri, apakah yang dicari...
Sedangkan ribuan mencari dan berusaha merungkai misteri...
Takkan dijumpa dan ditemui...
Kalau bukan dengan petunjuk Ilahi...
Tanah ini, kepulauan ini, keris di sini,
Senjata unik, milik Melayu asli,
Senjata hebat, lambang kepahlawanan Melayu sejati...
Senjata ampuh, hanya untuk Melayu yang berani...
Bukan untuk gandingan di majlis perkahwinan...
Bukan untuk santapan dalam almari hiasan...
Senjata pelik, senjata misteri...
Sekali dihunus, perang boleh terhenti...
Sekali dilibas, 1000 musuh boleh mati...
Sekali dibelah, gunung boleh terbelah...
Tanah ini, kepulauan ini, keris di sini,
Jangan menyibukkan diri mencari-cari...
Kelak bertemu yang bukan asli...
Lebih banyak padah dan bahaya menanti...
Biarkan ia, usah fikirkan, usah risaukan...
Kerana itu Rahsia Ilahi...
Kerana itu Amanah Ilahi...
Hanya pada yang layak akan diberi...
Dari DIA sendiri melalui mereka di sepanjang tali...
*Nukilan hasil ..... Malam Jumaat 23 Jamadilakhir 1432..
Rabu, 4 Mei 2011
Rintihan Penghuni Usang
Assalamu'alaikum,
Rintihan Penghuni Usang
Aku...
Menghadapi gelombang bencana semalam
ditelan arus kemodenan
dihempap aliran kapitalisme
terlangkap silap, undur hanya untuk maut
memeriahkan suasana metropolitan
sebagai penghuni usang
Rumahku beribu
tapi sayangnya tiada pintu
Pakaianku satu
hanya untuk mengelakkan malu
Kasut bukan sepatu
tapi kaki yang sudah kematu
Makanan pun bukan untuk kenyang
tapi sesuai untuk binatang
Metropolitan ini,
walaupun dulu miliknya murni
Kini berbau teja dan bercalit merah
Berdekad hentinya air mata
Kini,
Aku penghuni usang
mesti terus mara
Tanamkan matlamat, suburkan semangat
Biarpun merah memang berharga
Tapi hanya untuk warisan tercinta
Moga yang harum, miliknya murni jua...
Masih dengan buku catatan lama, 17-19 tahun dulu kiranya. Ketika hamba masih di menara gading, sekali-sekala turun ke Kuala Lumpur untuk aktiviti-aktiviti pembangunan diri, ketika diri masih dibelenggu nafsu dan gelora politik, ketika darah masih muda, ketika gelisah rasa tidak dapat dikata, ketika sedih dari hati meresap ke dalam diri, hamba mengarang sebuah sajak yang bertajuk Rintihan Penghuni Usang...yang sebenarnya ketika itu hamba cuba menerobos masa, menyelami jiwa, memahami rasa penghuni-penghuni usang metropolitan ini, dan sebenarnya akhirnya membangkitkan gelodak rasa yang dizahirkan dalam bentuk bait-bait sajak tentang kota metropolitan yang bernama Kuala Lumpur.
Rintihan Penghuni Usang
Aku...
Menghadapi gelombang bencana semalam
ditelan arus kemodenan
dihempap aliran kapitalisme
terlangkap silap, undur hanya untuk maut
memeriahkan suasana metropolitan
sebagai penghuni usang
Rumahku beribu
tapi sayangnya tiada pintu
Pakaianku satu
hanya untuk mengelakkan malu
Kasut bukan sepatu
tapi kaki yang sudah kematu
Makanan pun bukan untuk kenyang
tapi sesuai untuk binatang
Metropolitan ini,
walaupun dulu miliknya murni
Kini berbau teja dan bercalit merah
Berdekad hentinya air mata
Kini,
Aku penghuni usang
mesti terus mara
Tanamkan matlamat, suburkan semangat
Biarpun merah memang berharga
Tapi hanya untuk warisan tercinta
Moga yang harum, miliknya murni jua...
Aku Seorang Anak Miskin
Assalamu'alaikum,
Masih dengan buku catatan lama....Terjumpa satu sajak lama yang hamba karang ketika di tahun pertama melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan. Itu cerita lebih 18 tahun dulu...Hamba memang jarang mengarang sajak. Hamba lihat balik sajak ini, suatu suara hati yang hamba kira masih relevan sehingga hari ini. Walaupun zahirnya hamba sekarang tidak tergolong dalam golongan miskin, hamba kira kita sebagai hamba Allah sememangnya miskin, kerana semua yang ada pada kita bukan milik kita, semuanya milik Allah. Kita dilahirkan dengan tidak punya apa2, diazan, diqamat, dibalut dengan kain, dimandi, maka apabila kita balik kelak, kita akan melalui proses yang hakikatnya sama. Dan hamba bersyukur ke hadrat Allah kerana membesar sebagai seorang anak yang miskin, yang tidak pernah mengungkit tentang baju baru sehingga menjejak masuk universiti, yang baju raya hamba ketika di universiti pun, abang hamba (yang ketika itu bergelar kerani) yang membelinya, kerana diketahuinya adiknya itu tidak pernah risau dan memikirkan tentang baju baru. Dan ketika itu, menerima baju atau seluar yang orang lain tak mahu pakai pun dah amat bersyukur kerana dapat juga 'pakaian baru'...
Hamba bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dibesarkan dalam suasana kemiskinan, yang kenderaan kami sekeluarga hanyalah sebuah basikal sehingga tahun 1991/1992, yang dengan sebuah basikal itulah kami sama-sama menggunakannya ke sana-sini, kekadang berebut untuk menggunakannya, dengan basikal itu kami mengenali erti kehidupan di kampung, mandi sungai, tangkap ikan, masuk bendang dan sebagainya. Yang dengan sebuah basikal Raleigh milik arwah bapa saudara kami itulah, kami jaga baik2 kerana ia adalah permata paling berharga dalam keluarga kami. Dengan Raleigh itulah, kami ke sekolah, beli ikan dan sayur di pasar, pi ngaji Al-Quran, hantar mak ke sana-sini dan sebagainya.
Hamba bersyukur ke hadrat Allah 'Azza Wajalla kerana kemiskinan itu begitu banyak mempengaruhi pembentukan jati diri, harga diri, integriti diri hamba. Anak sekarang mungkin tidak memahami bagaimana seekor ikan kembung dimakan sebelahnya ramai-ramai untuk makan tengahari dan dimakan sebelah lagi ramai-ramai untuk makan malam kerana mereka boleh makan seekor ikan seorang. Anak-anak bandar yang agak senang (mungkin anak hamba juga) tidak memahami bagaimana kehidupan di kampung tanpa PSP, Nintendo, computer game, tanpa sebarang alat mainan tetapi kami masih boleh bermain riang dengan kreativiti sendiri mencipta pelbagai alat mainan dan permainan.
Kemiskinan mengajar erti kesyukuran. Walaupun rumah kami antara yang terakhir di kampung 'buat rumah bawah', hamba bersyukur atas ketentuan-Nya. Hamba teringat lagi, sekitar tahun 1992/1993 rasanya, kami sekeluarga baru dapat membeli (abang dan adik hamba yang membelinya; hamba tak beli sebab masih belajar) sebuah kipas, radio minicassette, dan beberapa peralatan elektrik, kami poskan gambar mak dengan peralatan elektrik ini kepada abang di luar negara (sambung ngaji)....nak bagitau adalah sikit tambah barang di rumah...
Banyak lagi nak dicerita tentang erti dan makna sebuah kesusahan, suatu kemiskinan...insya-Allah di lain kali....Hamba sertakan sajak lama 'Aku Seorang Anak Miskin'....
Aku Seorang Anak Miskin
Manusia,
Kaya, miskin, papa dan sederhana
Tapi aku anak seorang miskin
Yang kaya terus kaya
Yang miskin menjadi papa
Yang papa dianggap hina
Hidup di daerah sepi ini
Yang kaya mengejar harta
Yang miskin ditelan gelombang dunia
Yang papa hampir ke Batu Dua
Yang kaya dengan lagaknya
Baju YSL, kereta Ferrari, harta berhektar
Yang miskin sekangkang kera
Yang papa melata-lata
Aku seorang anak miskin
Cemburukan orang kaya
Kerana...
Hidup mereka hanya untuk mereka
Makanku ala kadar
Bukan untuk sarapan tong sampah
Baju baru???
Tidak pernah kuungkitkan
Kerana aku seorang anak miskin
Namun,
Aku bersyukur jadi seorang anak miskin
Hidupku tenang dan jiwaku bahagia
Dan...
Aku punya aspirasi keluarga dan bangsa
Bukan aspirasi harta.
Rabu, 3 November 2010
Melayu - Usman Awang
Assalamu'alaikum,
Ku lampirkan karya Usman Awang, 'Melayu', yang kukira begitu luas dan mendalam makna dan maksudnya...
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)
Langgan:
Catatan (Atom)