TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Makam Wali Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makam Wali Allah. Papar semua catatan

Selasa, 30 Disember 2014

Makam Habib Noh bin Muhammad al-Habsyi di Singapura (Habib Noh's Shrine In Singapore)

Assalamu'alaikum,

Akan kedatangan utama hamba ke Singapura bulan Oktober yang lalu adalah untuk menziarahi Makam Habib Noh al-Habsyi. Dipermudahkan Allah SWT, maka hamba dapat 'bernaung' di bawah satu urusan kerja untuk sampai ke Makan beliau pada kali ini. Kali pertama hamba ziarah makam ini pada tahun bulan September 2002, ketika anak masih dua orang. Terdapat sebuah makam lagi di tempat ini iaitu Habib Abdul Rahman al-Habsyi. Hamba menyelesaikan urusan di sini dan kemudiannya balik bergerak ke hotel. Agak sukar juga mendapatkan teksi sebelah petang. Antara banyak karomah Habib Noh, antara yang hamba ingati adalah beliau dan Sheikh Muhammad Said Linggi mewakili umat sebelah sini dalah mesyuarat para Wali Allah. Wassalam.



































sumber: https://ahlussunahwaljamaah.wordpress.com/manakib/al-habib-nuh-bin-muhammad-al-habsyi/

Al-Habib Nuh bin Muhammad Al Habsyi

Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid Junjungan Nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun berpulang ke rahmatUllah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Nabi s.a.w.: “Ya RasulAllah, marilah kita ziarah rumah kawan saya Muhammad Suhaimi.” Tetapi Junjungan Nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: “Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada Baginda Nabi s.a.w.: “Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni.” Setelah itu baharulah Junjungan Nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, hatta dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.
Ini cerita mimpi, percaya atau tidak terpulanglah, kuceritakan kisah ini sebagai pengenalan kepada ketinggian maqam seorang waliyUllah yang bermakam di Singapura. Beliau yang kumaksudkan dan kuharapkan keberkatannya bagi diriku dan ahli keluargaku serta sekalian muslimin adalah Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866M. Makam beliau terletak di Palmer Road, Tanjong Pagar, Singapura. Keistimewaan Habib Nuh al-Habsyi makin tersohor apabila kerajaan Singapura sewaktu pembinaan lebuh raya cuba untuk memindahkan makam beliau tetapi gagal. Akhirnya, makam beliau dibiarkan dan sehingga kini terus di bawah penjagaan Majlis Ugama Islam Singapura.
Habib Nuh al-Habsyi meninggalkan dunia yang fana ini pada hari Jumaat, 14 Rabi`ul Awwal 1283H. Sebelum meninggal, beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang ganjil kerana tempat yang ditunjukkannya itu adalah terpencil daripada perkuburan orang Islam dan berada di tepi laut yang terdedah kepada pukulan ombak dan hakisan laut. Maka ahli keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya dimakamkan sahaja di tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan jenazah dan ketika hendak dibawa ke tanah perkuburan biasa, jenazah beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang hendak membawanya. Diceritakan puluhan orang cuba untuk mengangkat jenazah tersebut, semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi sahaja wasiat Habib Nuh berhubung tempat pengkebumiannya. Maka apabila jenazahnya hendak dibawa ke tempat menurut wasiatnya tersebut, maka orang-orang yang membawanya merasa jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka mengusungnya. Tahun 1962, kerajaan Singapura telah menambak dan menebus guna laut sekitar makam Habib Nuh, dan sekarang makam tersebut berada di tengah daratan dan bukan lagi tepi laut. Makam beliau tetap terpelihara sehingga sekarang dan menjadi tempat ziarah bagi mereka-mereka yang mencari keberkahan seorang sholih lagi wali.
Karamah Habib Nuh al-Habsyi zahir sewaktu hayatnya lagi. Diceritakan bahawa pernah beliau dipenjarakan oleh penjajah orang putih. Anehnya, Habib Nuh boleh berada di luar penjara pada bila-bila masa sahaja yang dia kehendaki, walaupun dalam penjara kaki dan tangannya dirantai. Walaupun ditangkap semula, beliau tetap dapat keluar dari penjara, sehingga penjajah tidak betah lagi untuk memenjarakan beliau kerana penjara tidak lagi mempunyai apa-apa arti buat beliau.
Diceritakan lagi bahawa pada satu ketika ada seorang saudagar yang sedang dalam pelayaran ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Alhamdulillah, dia dan dagangannya diselamatkan Allah dari keganasan ribut tersebut. Setibanya di Singapura, dia hairan kerana Habib Nuh telah sedia menunggu kedatangannya di pelabuhan dan memintanya melaksanakan nazar yang telah dibuatnya di tengah laut itu.
Diceritakan lagi bahawa seorang yang hendak belayar membawa dagangan yang mahal mengikut sebuah kapal telah menghadap Habib Nuh memohon doa agar pelayarannya selamat. Habib Nuh dengan keras melarang dia membawa dagangannya tersebut. Memandangkan ketegasan Habib Nuh tersebut, maka saudagar tersebut tidaklah jadi membawa dagangannya dengan kapal tersebut. Tidak berapa lama selepas kapal tersebut berlepas, penduduk Singapura dimaklumkan bahawa kapal tersebut telah terbakar dan tenggelam.
Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang sholeh yang taat kepada ajaran Islam. Apa yang kita citakan ialah agar dapat mencontohi jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan para leluhurnya sambung-menyambung sehingga ke hadhrat Junjungan Nabi s.a.w. Mahabbah kepada para sholihin adalah dituntut dan ingat seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya. Sesungguhnya istiqamah atas agama itu lebih baik daripada 1000 kekeramatan mencarik adat. Karamah maknawi itu lebih bermakna dari karamah hissi. Mudah-mudahan keberkatan Habib Nuh al-Habsyi mengalir terus kepada kita dan anak keturunan kita, keberkatan yang dengan sebabnya diharap Allah memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNya. Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada wali Allah Kota Singa ini…..al-Fatihah.



sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Makam_Habib_Noh
Makam Habib Noh or Keramat Habib Noh is a Muslim mausoleum in Singapore located on the hill between Palmer Road and East Coast Parkway. Today the mausoleum and its adjacent Haji Muhammad Salleh Mosque are owned by Islamic Religious Council of Singapore (MUIS).

History[edit]

The makam originally sat at the bottom of Mount Palmer, but following an 1890 refurbishment by Syed Mohamad bin Ahmad Alsagoff, it was rebuilt at the top of a flight of 52 stairs.[1]

Habib Noh[edit]

Sayyid Habib Noh bin Muhamad Al-Habshi (1788 – 27 July 1866 [14 Rabiulawal 1283 AH])[2] was an Islamic sufi and one of the seven Islamic saints (wali) of Singapore. Born in 1788 into a family of four brothers onboard ship en-route from Penang to Palembang, sources suggest that he arrived in Singapore around 1819,[2] just prior to Sir Thomas Stamford Raffles, the founder of the island colony.[3] Habib was a direct descendant of the Prophet Muhammad[2] and was named after the Prophet Nuh (Noah).[4] He came to be held in high regard by the Muslim community and seafarers as well as renowned for distributing cash to local children.[5] According to some sources Habib Noh's father, Syed Mohamad Al Habsyi (also spelled as Al Habshee) worked as a palace official under Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. The seat of the Kedah government then was at Kota Kuala Muda. When his wife died Syed Mohamad married Ku Pahmah, widow of Syed Yassin Al Anggawi who was killed at Limbong Kapal when Siam attacked Kedah in 1821. After the marriage, the family moved to Penang. Habib Noh also has a sister by the name of Sharifah Aloyah whose descendants still reside in Penang.[citation needed]
After Habib died, folklore tells of how on his body's journey to the traditional place of burial in Bidadari Cemetery, the pallbearers could no longer bear the weight of the coffin. When the mourners remembered Habib had wanted to be interred on Mount Palmer, they could once more lift the coffin.[1] According to the Straits Times, after Habib's death a kramat or shrine was built over the grave, which became a place of Muslim pilgrimage and attracted Hajj visitors from afar afield as the Dutch East Indies and China on their way toMecca.[5]

Death Anniversary (Haul)[edit]

Habib's death anniversary ceremony (or haul) is often held on the last day of the month Rabiul Akhir. It starts about 'Asr with various invited 'ulamas or religious scholars from within Singapore and overseas giving lectures.
Maulid and tahlil are read after Maghrib. Generous food is then served to the hundreds of guests regardless of race or religion, after Isya' prayers.

Offspring[edit]

Habib fathered four children:[4]
  • Habib Noh
  • Habib Ariffin
  • Habib Ahmad Salikin
  • Habib Zainal Abidin

Administration[edit]

Habib Noh's family at first administered the makam through a trust fund, with responsibility for the tomb's upkeep later transferred to the Muslims and Hindus Endowment Board in 1936, and finally in 1968 to the Islamic Religious Council of Singapore (MUIS).[1]

    See also[edit]




    Jumaat, 28 November 2014

    Makam Tok Pelam, Kuala Terengganu

    Assalamu'alaikum,

    Alhamdulillah, kami sampai di Kuala Terengganu tanpa banyak masalah, dengan mengikuti jalan pesisir pantai. Selepas berhenti sekejap di Pasar Payang untuk membeli sedikit barang, kami ke sebuah masjid, Masjid Al Muktafibillah untuk solat Zohor. Setelah selesai solat, hamba ambil kesempatan ziarah sebuah makam lama, ulamak dari Hadramaut, Yaman yang bersemadi di Kampung Ladang Tok Pelam, sebelah masjid sahaja Makam beliau di koordinat 5.328640, 103.147258.    Hamba selesaikan urusan di sini. Masih ada beberapa makam di Kuala Terengganu yang belum sempat singgah, Insya-Allah lain kali. Selepas ini, kami singgah sekejap di rumah Tuan Kanjeng Sunan di Kerteh. Sempat jugalah makan Nasi Arab di rumah beliau. Isteri beliau lulusan Al-Azhar, pandailah bab-bab Nasi Arab ni. Terima kasih Tuan Kanjeng Sunan atas Nasi Arab yang power... Selepas itu meneruskan perjalanan sehingga sampai dengan selamat di rumah di BBBangi. Wassalam.



    Pintu Makam dikunci untuk mengelakkan perkara2 khurafat











    Kawasan Makam daru masjid



    sumber :  http://trg3m-makam-ulama.blogspot.com/2009/10/makam-tok-pelam-syeikh-abdullah-bin.html

    Nama sebenar beliau ialah Syeikh Abdullah Bin Abdul Aziz. Berasal dari Hadramaut, beliau telah berpindah ke Pattani. Pada tahun 1785, beliau telah berpindah ke Terengganu dan menetap di Kampung Pelam, Hulu Terengganu. Kemudian dari Kampung Pelam, beliau telah berpindah ke Kampung Ladang Titian sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1819. Jenazah beliau dimakamkan di dalam bangunan yang dibina untuk berkhalwat dan mengajar agama.


    Gambar berikut dari Google Image


    Ini makamnya yang diselubungi Kain Kuning






    Ahad, 12 Oktober 2014

    Makam Tok Tanjung Tuan, Tanjung Tuan, Melaka

    Assalamu'alaikum,

    Ini tujuan sebenar hamba ke Tanjung Tuan, iaitu menziarahi Makam Tok Tanjung Tuan, Melaka. Dari segi lokasinya, apabila anda lihat peta, Tanjung Tuan seperti di dalam Negeri Sembilan, apatah lagi selepas Tanjung Tuan, anda masih di dalam Negeri Sembilan (dari Port Dickson ke Melaka) kalau anda memandu kereta. Hanya Tanjung Tuan terletak bawah kerajaan negeri Melaka, walaupun lokasinya 'seperti di dalam Negeri Sembilan'.  Banyak versi dan cerita mengenai Makam ini. Banyak persoalan yang tidak terjawab tentang tempat ini. Siapakah Tuan kepada Tanjung itu? Mengapa dipanggil Tuan? Apakah darjat Tuan tersebut? Mengapa dimakamkan di situ? Apakah misteri Tanjung Tuan? Mengapakah Tanjung Tuan menjadi lokasi popular pengamal tariqat tasawuf, di samping mereka di jalan persilatan, kerohanian dan juga kebatinan?  

    Akan sebab sebenar hamba ke sini sudah pasti ia menjadi rahsia bagi hamba. Akan siapa Tok Tuan pada pandangan hamba, biarlah ia kekal rahsia. Kalau anda baca di internet, ada mengatakan ia Makam Parameswara, ada kata Makam Sultan Iskandar Shah, ada menyatakan Parameswara apabila memeluk Islam menukar nama kepada Sultan Iskandar Shah (yakni orang sama bukan dua individu berbeza). Ada versi menyatakan ia Makam seorang nelayan yang berjaya mengharungi pusaran air bertentangan dengan Tanjung Tuan yang digeruni nelayan sekitar. Pusaran air ini dikatakan hebat seperti Segitiga Bermuda juga.  Versi dulu menyatakan Parameswara memerintah Melaka 1400-1414 dan Sultan Iskandar Shah selepas itu. Kajian sejarah terkini oleh Prof. Syed Naquib menunjukkan Melaka dibuka 1262, telah berusia 750 tahun pada tahun 2012.  Hamba menerima versi Prof. Syed Naquib kerana amanah, ketelitian dan integriti beliau dalam kajian sejarah Melayu. Apatah lagi penemuan terkini ini merujuk kepada "cross reference" dari pelbagai bahan dan bukti sejarah di Kepulauan Melayu, bukan bersandarkan versi Barat.  Sebagai Sarjana Melayu Islam yang terkenal, hamba yakin beliau 'tahu dan akan bertanggungjawab di depan Allah kelak' jika kajiannya salah dan sebagainya.

    Mengapa versi Barat boleh ditolak? Yang pertamanya sejarah menyatakan Melaka dibuka 1400 dirujuk kepada Tom Pires dari Portugis.  Sumber ini tidak boleh diterima kerana Portugis sampai ke Melaka awal 1500 atau penghujung 1400. Bagaimanakah kita mahu menerima rekod sejarah mereka yang sampai begitu lewat. Yang keduanya sejarah mengikut versi Barat amat mudah terbuka kepada tokok-tambah, ubahsuai. Ini yang terjadi kepada kitab Taurat dan Injil yang ditokok-tambah dan diubahsuai sesuka hati oleh golongan pemerintah, paderi  dan ilmuan Barat, apatah lagi Al-Quran (yakni Kalam Allah) mengesahkan perangai, kelakuan orang Barat ini yang suka pinda, tokok-tambah, ubah sana-sini ikut selera mereka. Lihatlah bagaimana orang Barat memperihalkan "Orang Melayu Malas" kerana tidak mahu bekerja di lombong bijih dan sebagai penoreh getah sedangkan jiwa orang Melayu ketika itu memang bukan ke situ. Lihatlah bagaimana British memperihalkan tentang agama Hindu/Buddha yang berbeza dengan amalan sebenar agama tersebut. Selain itu, sejarah ditulis untuk tujuan dan kepentingan tersendiri.  Lihatlah bagaimana orang Barat mengakui menjumpai Benua Amerika (Christopher Columbus), sedangkan sudah lama pedagang Islam berdagang dengan orang Red Indian di Amerika.  Bacalah sejarah bagaimana orang Barat menipu dalam sejarah, menyorok 1001 keburukan mereka agar tidak diketahui dalam sejarah iaitu apabila mereka menyerang, merompak, merampas, berbohong/menipu dalam perjanjian. membunuh beribu-ribu orang, 'menghalalkan hamba abdi', membawa pulang pelbagai khazanah milik pribumi ke negara mereka, menyimpan beribu-ribu manuskrip sejarah orang lain di negara mereka dan 1001 penipuan/pembohongan/manipulasi yang sudah menjadi sifat mereka. 

    Apatah lagi sejarah 'biasanya' ditulis oleh mereka 'yang menang'. Maka hakikat, dan perkara sebenar dihilangkan, disembunyikan sehingga sejarah sebenar hilang begitu sahaja.  Ini yang juga dikatakan terjadi pada sejarah kerajaan Dinasti Islam di China yang berdagang dengan Kesultanan Melayu Melaka. Rekod 'Kerajaan Islam di China' dimusnahkan, dihapuskan oleh Dinasti seterusnya untuk kepentingan mereka. Tapi, Alhamdulillah, rekod Kerajaan Melayu Melaka ada di pelbagai negara. Sejarah dan kehebatan Hang Tuan meliputi separuh dunia. Orang Amerika Syarikat yang tiada Adiwira sejati mereka mencipta Adiwira Palsu seperti Superman, Spiderman, Captain America, Rambo dan pelbagai lagi. Kita orang Melayu, yang sudah punya Adiwira Sejati (Dato Laksamana Hang Tuah) tidak berbangga dengan Hang Tuah, tidak belajar dan berbangga dengan ilmu persilatan Melayu. Malang lagi ada dalam kalangan orang Melayu yang tidak percayakan kewujudan Hang Tuah dan lebih malang lagi ada yang mempercayai pula Hang Tuah dari China.

    Sebagai orang Islam, kita ada banyak kaedah lain dalam menentukan kebenaran sejarah lalu. Apa yang berlalu sudah tertulis di Kitab Yang Nyata, sudah direkod Yang Maha Kuasa. Time Tunnel atau Pengembaraan Ke Masa Lalu adalah 'suatu ilmu' bagi pengamal tasawuf.  Jika dengan izin-NYA, kita akan dapat melihat balik apa yang sudah berlaku sepertimana melihat di kaca televisyen. Ini belum lagi dibincangkan (dan hamba tidak akan bincangkan) jika merujuk kepada 'sumber-sumber ghaib' yang hak. Ia adalah bukan perkara pelik bagi mereka di jalan ketuhanan cuma lazimnya perkara-perkara sebegini dirahsiakan sahaja untuk tujuan tertentu dan bagi mengelak fitnah. Apatah lagi manusia hari ini ramai benar yang tidak amanah, tidak dapat menjaga amanah, tidak dapat menjaga rahsia.  Menziarahi Makam seseorang pada 31 Ogos 2014 adalah suatu yang jarang-jarang hamba lakukan. Hamba pun masih mengkaji mengapa pada ketika Malaysia 57 tahun? Tanggal 31 Ogos 2007, 50 tahun Malaysia bebas dari cengkaman British, hamba di negara China, menghadiri satu persidangan di Shanghai ketika menyambung pengajian di United Kingdom. Waktu itu, hamba pun terfikir apakah hikmahnya Allah 'membawa hamba ke Shanghai' dalam usia Malaysia 50 tahun, berseorangan di negara asing dalam misi menimba ilmu.

    Moga ada manfaat artikel ini untuk para pembaca. Wassalam.

    Kawasan  bawah

    Ini makamnya yang dibaikpulih

    Hamba sukakan Batu Nisan ini...Nama yang dicatat cukup mudah "Tok Tanjung Tuan"

    Biarlah Tok Tanjung Tuan menjadi rahsia dan kekal rahsia

    Al-Fatihah untuk Tok Tanjung Tuan

    Yang merosakkan Makam sebegini adalah kegiatan khurafat dalam kalangan orang Islam dan penganut Hindu /Buddha yang suka menyembah macam2.

    Jalan turun ke bawah

    Selamat Tinggal Tok Tanjung Tuan....