TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengumuman. Papar semua catatan

Selasa, 10 April 2012

Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (13-15 April 2012)




Assalamu'alaikum,

Hamba tolong promosi iklan yang diusahakan oleh Kamarul Izzad Alkajangi di Facebook.  Semoga sesiapa yang berkelapangan dapat hadir.


Sabtu, 10 Disember 2011

Bertemu kembali selepas sebulan menyepi

Assalamu'alaikum para pembaca,

Alhamdulillah, hari ini, 10 Disember 2011, 14 Muharam 1433, selepas lebih sebulan, ringan sedikit kepala hamba, terasa lapang sedikit di dalam dada, berkurang gundah gulana, semakin diuji-NYA kita oleh DIA, maka seharusnya kita semakin dekat dengan DIA, bukan semakin menjauhi-NYA. Yakinlah dengan Kalam-NYA dalam kitab yang mulia, tidak diuji hamba-NYA akan ujian yang tidak mampu ditempuhi kita. Akan hamba sendiri, memang agak besar ujian ini, walaupun pernah menempuhi ujian lain yang lebih besar dari segi hakikatnya, ujian kini memang cukup  besar dan hebat. Itulah Maha Kaya dan Maha Bijaksana Allah Taala yang mengatur ujian-ujian kepada hamba-hamba-NYA.  Banyak benar yang hamba belajar dalam ujian sekarang. Maha Hebat Allah Taala dalam 'membimbing' hamba-NYA agar jangan terus leka dengan dunia, jangan lupa akan amanah-amanah dari-NYA, agar pelayaran sesebuah kapal itu akan menemui destinasinya. Sudah pasti nakhoda itulah tonggaknya kerana pincang nakhoda, maka pincanglah perjalanan kapal tersebut, lambatlah sampai ke tempat yang dituju,  banyaklah pula angin taufan dan ribut datang melanda, yang merencatkan arah tuju kapal tersebut. Walaupun sebenarnya angin taufan dan ribut itu adalah untuk menyedarkan nakhoda akan destinasinya, berhati-hati dalam pelayaran, jangan sampai menempuh lautan api, jangan sampai bertempur dengan garuda, jangan sampai diusik jembalang di lautan, kerana pelayaran menuju destinasi sebenarnya adalah mudah, hanya berada di atas jalan yang lurus, tetap di jalan yang lurus, istiqamah di jalan yang lurus. Walaupun banyak pulau yang indah di kiri dan kanan pelayaran, walaupun banyak harta karun di tengah perjalanan, walaupun banyak tawaran raja di sekitaran agar singgah semalaman, maka niat dan arah tuju harus jelas, agar selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan sempurna.   



Sebulan ini dan sehingga beberapa bulan akan datang merupakan satu tempoh yang amat penting buat hamba dalam berhadapan dengan siri ujian dari-NYA. Dalam ujian-NYA juga, ada siri-siri ujian yang kecil dan ada juga 'peperiksaan akhir' yang besar yang harus ditempuhi dalam satu 'kursus' atau 'pelajaran' atau 'silibus' yang perlu ditempuhi oleh ahli tasawuf dalam berjalan menuju Allah Taala. Sama ada silibus itu berorientasikan peningkatan martabat nafsu, bersandarkan latihan zikrullah, berteraskan penghayatan dan pengamalan tauhid sifat, maka 'kuiz, pop kuiz, ujian pertengahan tahun, peperiksaan akhir, ujian lisan, ujian zahir dan batin, ujian pancaindera'  dan lain-lain jenis ujian, maka ahli tasawuf tidak harus leka akan ujian yang ditempuhi mereka. Contohnya, bagi mereka yang 'bersuluk', ujian Allah bukan di dalam suluk semata2, tetapi juga di luar suluk. Bagaimana melaksanakan mujahadah, muraqabah dan lain2 dapatan di dalam kehidupan 24 jam.  Sememangnya kita tidak tahu, tetapi disisi-NYA, disisi malaikat yang mengawasi kita, ada 'siri-siri ujian' yang disediakan untuk kita. Bukanlah menjadi wali Allah matlamat kita, bukanlah diangkat sebagai kekasih-NYA arah tuju kita, bukanlah kekeramatan yang dicari, bukanlah kehebatan dunia yang dipinta, bukanlah gelaran, kepopularan, sanjungan manusia yang kita kehendaki. Kita hanya mahu menjadi hamba-NYA yang diredhai-NYA. Cukuplah setakat itu matlamat kita, tidak perlu pening-pening kepala dengan macam2 istilah dan haluan, tetapkan dalam hati, kuatkan dalam minda, ikrar pada diri sendiri, kita hanya ingin menjadi hamba-NYA, hanya ingin menjadi hamba-NYA, hanya ingin menjadi hamba-NYA yang diredhai-NYA.

Jadikanlah Saidina Uwaisy al-Qarny r.a.sebagai contoh yang nyata. Tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit. Tidak mahukan sanjungan dunia, hanya mahukan 'perhatian Ilahi'. Tidak perlukan dunia untuk dirinya tetapi 'dunia' memerlukan dirinya untuk terus 'dilimpahi rahmat-NYA'. Jadikanlah sahabat paling rapat kepada Junjungan Nabi SAW, Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. sebagai contoh. Seluruh hartanya dan apa miliknya diserahkannya kepada agama, tidak ada apa yang tinggal pada dirinya, kecuali Allah dan Rasul.



Satu dunia dan isinya ini tiada nilai bagi seorang yang menjadi hamba-NYA yang diredhai-NYA. Kepada mereka yang dalam perjalanan menuju Allah, itulah matlamat kita. Mengapa masih mencari ilmu-ilmu yang tidak membawa kita semakin dekat dengan-NYA? Mengapa masih berhajat pada hikmah-hikmah dalam amalan? Mengapa masih 'berdamping' dengan makluk kita tidak tahu ia membawa kita kepada kesyirikan dan kesesatan yang nyata? Mengapa masih suka dengan amalan-amalan yang 'cepat jadi', 'mujarabnya jelas sekali' sedangkan ia menjauhkan kita dari Ilahi?  Adakah contoh dalam sirah dan sunnah RSAW, habuan dunia seperti wang ringgit boleh ditukarkan dengan 'ilmu yang menjadi', 'amalan yang mujarab', 'kesaktian yang nyata', 'kehebatan yang diakui'? Sedarlah kita, insaflah kita, semua itu menyesatkan kita, tidak langsung membawa kita menjadi hamba-NYA, jauh sekali mendapat keredhaan-NYA.

Tahun baru hijrah baru setengah purnama berlalu. Moga kita terus melipatgandakan amalan-amalan kita, khususnya dalam mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta. Semua yang hamba tulis adalah nasihat pada diri hamba sendiri, lantaran masih banyak maksiat pada diri, masih banyak kejahilan pada diri, masih banyak 'keakuan' pada diri', masih belum menyerahkan 'diri sepenuhnya kepada ketentuan Ilahi', sedangkan DIA yang bersifat maha mengetahui, sedangkan hamba sendiri  masih ' bersifat nafsu-nafsi', hanya memikirkan diri sendiri.  Moga kita sama-sama berusaha 'menyerahkan sepenuhnya diri kita di dalam takluk-NYA', mencapai hakikat penyerahan yang selalu dilafazkan kekasih-NYA yang Agung, junjungan Nabi SAW tercinta, 'Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan dengan bantuan dari Allah Taala yang Maha Agung'. 



Hakikat penyerahan bukanlah sekadar dilafazkan di mulut, bukan sekadar sedetik penerimaan di dalam hati, tetapi, penyerahan sepenuhnya atas prasangka baik kita dengan Allah A.W.J., sentiasa 24 jam berprasangka baik kita dengan ujian Allah, sama ada baik atau buruk ujian itu untuk kita, maka kita sentiasa berparasangka baik dengan DIA, walau sebesar mana ujian itu, walau seteruk mana kita menghadapi satu-satu ujian itu, kita yakin bahawa semua itu ketentuan DIA, semua itu baik disisi-NYA, baik juga disisi kita pada hakikatnya. Kita menyerahkan sepenuhnya apa yang kita usahakan di dalam kuasa-NYA yang menentukan hasil usaha kita itu, bukan kita yang menentukan hasil kepada sesuatu usaha kita. Kita hanya hamba-NYA, tanggungjawab hamba  adalah buat kerja, ikut perintah 'Tuan' kepada hamba, jangan buat apa yang 'Tuan' larang, buat kerana DIA, lillahi taala. Bukan mengharapkan walau sezarah balasan, bukan berkehendak walau sekecil habuan. Ikhlaskah kita sebagai hamba-NYA kalau masih mengharap sesuatu daripada-NYA? Tidak tahukah DIA apa yang baik untuk kita? Tidak adilkah DIA jika tidak mengganjari apa yang kita kehendaki?

Bukalah dada kita sepenuhnya, sepenuh-penuhnya....Kosongkan dan lapangkan dada kita daripada hajat, kehendak dan habuan dunia, daripada hambatan-hambatan dunia. Kosongkan akal dan minda kita daripada 1001 masalah dunia dan kongkongan-kongkongannya. Duduklah kita pada sisi kita ini hamba-NYA, atau ingin menjadi hamba-NYA.  Setelah lapang dan kosong akal dan dada, maka duduklah pada menerima sepenuhnya apa sahaja yang datang sebagai ketentuan dari-NYA...Sinarilah cahaya zikrullah dari dalam hati ke seluruh jiwa dan raga, ke seluruh anggota dan pancaindera, ke segenap penjuru dalam alam dunia pada diri kita, ke segenap rasa dan rahsia pada diri kita. Kekalkanlah kita dalam sentiasa menyerah diri kita sepenuhnya pada ketentuan-NYA....Moga kita sama-sama berjaya.

Wassalam.



    





Rabu, 9 November 2011

Pengumuman 9 November 2011 / 13 Zulhijjah 1432

Assalamu'alaikum,

Atas sebab tertentu, hamba tidak akan mengemaskini blog ini buat sementara waktu. Insya-Allah, hamba akan mengemaskini blog ini semula apabila hamba telah menyelesaikan suatu perkara. Semoga para pembaca sentiasa berada dalam rahmat Allah taala.

Wassalam.

Jumaat, 15 Julai 2011

Pengumuman 15 Julai 2011 / 14 Syaaban 1432

Assalamu'alaikum,

Hamba telah 'deactivate' akaun facebook buat sementara waktu atas suatu urusan tertentu. Insya-Allah moga-moga ia adalah sementara dan hamba akan 'activate' semula apabila 'selesai urusan itu'.  Sebarang soalan, maklumbalas, komen,cadangan dan urusan boleh diemelkan kepada qulamirulhakim@gmail.com.

Sama-samalah kita memanfaatkan Nisfu Syaaban yang akan menjelma esok.

Wassalam.

Selasa, 14 Jun 2011

Pengemaskinian Terbaru - Laman Sesawang dan Blog Rawatan Islam

Assalamu'alaikum,

Hamba dah tambah satu senarai blog di sebelah kanan blog hamba ni yang bertajuk "Rawatan Islam". Hamba ada tinjau dalam blog-blog dan internet tentang laman sesawang dan blog tentang rawatan Islam dan ini antara yang hamba dapat kutip dan tampal di blog hamba.  Justeru itu, laman Darul Syifa telah hamba pindahkan ke sini. Antara yang popular dalam senarai blog ini adalah Darul Saka, Terapi Islam Al-Fatah, Rawatan Islam Darul Manzil, Pusat Rawatan Islam al-Manarah, Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah SyariyyahPersatuan Pengubatan Islam Darul AnsarHj. Lokman A. Hamid, dan  Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan

Asas hamba menyenaraikan laman sesawang dan blog ini adalah perawat menggunakan metodologi yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, yakni berdasarkan maklumat yang disertakan dalam laman sesawang dan blog berkenaan. Hamba sendiri tidaklah mengkaji pada hakikatnya sama ada ada antara perawat ini yang syirik besar, munafik dan sebagainya kerana ia memerlukan 'asbab yang kuat' untuk berbuat demikian dan hamba sendiri 'tiada masa' untuk berbuat demikian, kecuali datang petunjuk-Nya yang jelas dan nyata. Tujuan hamba adalah mudah, mengajak orang Islam mendapatkan rawatan mengikut kaedah Islam dengan menawarkan alternatifnya di samping sama-sama berusaha agar orang Islam tidak terjerumus ke lembah kesyirikan dengan mengunjungi dan berubat dengan 1001 tok bomoh, dukun, pawang yang diragui, sesat, lagi menyesatkan. Kedapatan juga beberapa blog yang memperlihatkan antara pengamal perubatan Islam ini boleh berbekam, iaitu salah satu Sunnah RSAW.

Kerisauan utama  hamba adalah kebiasaan, keselaluan, keseronokan umat Islam, orang Melayu berjumpa dan berubat dengan tok bomoh. Apatah lagi tok-tok bomoh ini mengiklan di pelbagai surat khabar dan media tentang 'kepandaian dan kehebatan mereka'.  Apatah lagi kalau ada testimoni pesakit mereka yang baik/sembuh, heboh satu Malaysia. Macam-macam gelaran mereka pakai, 'maharaja bomoh' lah, 'Bomoh sedunia' lah dan 1001 gelaran lagi.  Alternatif utama setakat ini adalah mengalihkan pandangan masyarakat ke arah rawatan dan pengubatan secara Islam, terutamanya bagi penyakit-penyakit bersangkutan dengan jin, syaitan dan iblis.

Hamba mendoakan perawat-perawat Islam ini betul dan lurus niat mereka dalam merawat para pesakit, semata-mata kerana Allah Taala dan tidak bermotifkan keuntungan dan keduniaan. Moga-moga usaha dan ikhtiar mereka akan membolehkan bidang rawatan Islam ini dikembangkan dan menjadi satu alternatif kepada perubatan moden dan perubatan alternatif.  Jika anda meneliti laman sesawang dan blog ini, kesedaran umat Islam terhadap rawatan Islam semakin meningkat dengan sambutan yang diberikan terhadap penganjuran pelbagai kursus dan seminar dan bertambahnya mereka yang boleh merawat secara Islam. Sama-sama kita mendoakan agar ia menjadi satu gelombang yang besar, apatah lagi dalam menghadapi cabaran dunia akhir zaman, cabaran fitnah akhir zaman, dan cabaran2 lain.

Sebenarnya ramai lagi perawat Islam yang boleh merawat secara Islam, cuma tidak menghebahkannya dalam internet. Bagi mereka ini yang dihebahkan aktiviti mereka, hamba berprasangka baik akan tujuan mereka apatah lagi bersesuaian dengan tuntutan dan keadaan masa kini. Kalau anda dalam jemaah tariqat tasawuf, guru mursyid 'wajib' tahu dan arif dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan jin, syaitan dan kuncu-kuncu mereka.  Akan hamba sendiri, 'kurang masa' untuk hal-hal sebegini, kerana 'banyak masa' untuk amanah dan perkara2 lain, sekadar tahu cara menyelesaikan masalah yang timbul dari gangguan sebegini ke atas diri sendiri, isteri dan anak-anak kira dah cukup...Bagi ahli tasawuf hakiki, pesanan hamba, jangan terlalu 'ghalit', leka, asyik dengan rawatan dan perubatan Islam sedangkan DIA adalah matlamat dan tujuan hakiki...Maksudnya, harus mengubat dan lain-lain seumpamanya itu tetapi jangan itu melambatkan perjalanan kita sampai kepada-NYA, jangan itu menjadi satu hijab kita dengan-NYA, jangan itu menyebabkan kita tidak dapat 'bersatu dengan-NYA'...

Jika pembaca mengetahui lagi alamat laman sesawang dan blog rawatan Islam, sila maklumkan kepada hamba melalui emel hamba - qulamirulhakim@gmail.com atau tulis dalam komen di bawah tajuk ini. Begitu juga jika pembaca mempunyai bukti bahawa ada di antara perawat Islam ini 'bukan perawat secara Islam' atau 'bertindak melebihi atau keluar dari tuntutan syariat dalam menjadi perawat Islam', atau 'termasuk dalam golongan yang mensyirikkan Allah', sila maklumkan kepada hamba melalui qulamirulhakim@gmail.com atau tulis dalam komen di bawah tajuk ini. Insya-Allah, hamba akan meneliti, mengkajinya dan mengambil tindakan yang sepatutnya dalam kerangka apa yang boleh hamba laksanakan dalam blog ini. Ingatlah kita bertanggungjawab di akhirat akan atas apa yang kita perbuat.



Khamis, 2 Jun 2011

Berehat Sebentar - Insya-Allah akan bersambung selepas bercuti

Assalamu'alaikum,

Dengan izin Allah, Hamba sekeluarga akan ke Kelantan dan Terengganu antara Jumaat-Selasa (3 Jun - 7 Jun 2011) ini. Semoga perjalanan hamba sekeluarga berada dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah Taala dan dipermudahkan oleh Allah Taala segala urusan sepanjang perjalanan ini. Dengan itu blog ini tidak akan dikemaskini dalam jangkamasa tersebut dan beberapa hari selepasnya.  Wassalam.

Rabu, 23 Februari 2011

Kerja-Kerja Penyelenggaraan

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, hamba baru selesai menyelenggara blog ini. Dalam masa sebulan dua ni, terdapat beberapa artikel yang kehilangan gambar akibat kesilapan hamba sendiri yang tidak disengajakan. Kini, setelah menambah jumlah Gb di blog ini, Insya-Allah hamba tak ada masalah nak upload gambar-gambar lain. Tambahan byte baru membolehkan hampir 10,000 keping gambar dimasukkan (kamera 5mp), kalau kamera yang lebih berkualiti mungkin bilangannya kurang sedikit.

Dan hamba tidaklah masukkan gambar dan cerita ini dengan suka-suka. Moga-moga ada manfaatnya bagi mereka yang membaca, mungkin bukan sekarang, tetapi apabila masa anda telah tiba. Pembaca digalakkan menggunakan ruang komen jika ingin bertanya apa-apa atau email sendiri kepada hamba qulamirulhakim@gmail.com. Dua cerita ke masjid akan menyusul dalam masa terdekat, Insya-Allah.


wassalam.