TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label guru. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Ogos 2016

KEPENTINGAN TAREKAT DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL

KEPENTINGAN TAREKAT DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL

Oleh: TUAN GURU DR HJ JAHID HJ SIDEK, Mantan Profesor Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)

Istilah Tarekat (Tariqah) digunakan dalam tasawwuf dengan berbagai makna dan konsep mengikut berlainan aspek yang dihubungkan dengannya. Bagaimanapun tarekat yang dimaksudkan dalam kertas kerja ini adalah yang dikonsepkan oleh Rasulullah (s. ’a. w.) dalam sabda baginda sebagai jawapan terhadap pertanyaan ‘Ali bin Abi Talib (r.’a). ‘Ali bertanya:

يا رسول الله دلني على اقرب الطرق إلى الله وأسهلها على عباده وأفضلها عنده تعالى
Maksudnya :

“Ya Rasulullah tunjukkan atau ajarkan kepadaku satu tarekat dari berbagai tarekat yang paling dekat (untuk sampai kepada keredaan Allah dan mengenal-Nya) dan yang paling mudah (untuk diamalkan) oleh para hamba Allah dan paling afdal atau baik di sisi Allah”

Rasulullah (s. ‘a. w.) memberikan jawapan dengan sabdanya:

يا على عليك بمداومة ذكر الله سرا وجهرا

Maksud:

“Ya ‘Ali (jika engkau mahu tarekat yang engkau maksudkan itu) maka wajiblah engkau sentiasa kekal berdhikru-‘lLah secara sirr (dalam hati, tanpa suara) dan secara kuat (bersuara).”

Akhirnya ‘Ali (r. ‘a.) diajarkan zikir tahlil lisan  لا اله الا الله oleh baginda.[1]

Konsep tarekat yang disebutkan dalam sabda Rasulullah (s.a.w) itulah yang menjadi amalan khusus bagi golongan ulul albab seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, ayat 190-191 surah Al ‘Imran:

  [2]

Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pertukaran (waktu) malam dan siang adalah sebagai ayat-ayat (tanda-tanda yang membuktikan keagungan dan kesempurnaan Allah) bagi golongan orang ulul-albab. Iaitu orang-orang yang (sentiasa) berdhikru-‘lLah (dalam apa juga keadaan), ketika berdiri, duduk dan berbaring, dan (sambil mereka berdhikru-‘lLah itu) mereka tafakkurkan (ayat-ayat Allah) yang ada di langit dan bumi itu. (Mereka berkata, setelah lama mereka berdhikru-‘lLah dan tafakkur itu) : Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan (seluruh langit dan bumi ini) sia-sia (tapi penuh hikmah) Mahasuci Engkau, maka peliharalah diri kami dari seksa neraka.”

Tarekat yang dimaksudkan di atas dianggap menjadi salah satu asas tasawwuf yang sangat penting Sheikh Abu Qasim al-Junaydi al-Baghdadi (w. 297H) pernah menegaskan:

ذكر الله ركن قوى في هذا العلم بل لا يصل أحد إلى الله إلا بدوام الذكر

Maksudnya :

“Dhikru-‘lLah adalah rukun atau asas yang penting dalam ilmu ini (tasawwuf). Bahkan seseorang tidak akan sampai kepada (mengenal dan keredhaan) Allah kecuali dengan kekal berdhikru-‘lLah.” [3]

Nabi (s.’a.w.) sentiasa kekal berdhikru-‘lLah sepanjang siang dan malam, kerana amalan tarekat diwajibkan ke atas diri baginda. Allah berfirman:

  [4]

Maksudnya :
“Dan ingatkanlah (Ya Muhammad) nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (terhadap keagungan-Nya) dan dengan tidak bersuara di waktu pagi (siang) dan petang (malam) dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf: 205)

Dengan perintah Allah tersebut di atas maka hati Nabi (s. ‘a. w.) sentiasa berdhikru-‘lLah sepanjang masa siang dan malam, sehingga semasa baginda tidur pun hatinya terus berdhikru-‘lLah. Baginda pernah menyebutkan :

“Sesungguhnya kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur.”[5]

Dari fakta-fakta yang dijelaskan dapat kita simpulkan bahawa amalan sentiasa kekal berdhikru-‘lLah itu adalah menjadi amalan tetap Rasulullah (s. ‘a. w.) dan juga para sahabat (r.’a.h.). Golongan ulul albab yang sentiasa berdhikru-‘lLah seperti yang disebut dalam Ali Imran, ayat 191 itu adalah terdiri dari para sahabat. Mereka boleh berdhikru-‘lLah dan tafakkur itu, kerana telah diajar oleh baginda Rasulullah (s.’a.w.)

Golongan Ashabu’s-Suffah adalah merupakan golongan sahabat yang sentiasa beribadat dan berdhikru-‘lLah. Kedudukan mereka begitu istimewa di sisi Allah. Nabi (s.’a.w.) diperintahkan supaya sentiasa mendampingi mereka dan jangan membiarkan mereka kerana desakan pemimpin-pemimpin Yahudi. Allah berfirman:

   [6]

Maksudnya:

“Dan bersabarlah engkau (ya Muhammad) bersama-sama dengan o
rang-orang yang menyeru Tuhan mereka itu pada setiap pagi dan petang (sepanjang masa) kerana mengharap keredaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah engkau mengikuti (kemahuan) orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah urusan mereka ini melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi: 28)

Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib (r.’a.) sendiri pemah menceritakan keadaan sahabat-sahabat yang menjadi ahli suffah tersebut sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh ‘Arikah r.a. Antara lain riwayat tersebut menegaskan:

“Telah berkata ‘Arikah (r.‘a.): Aku telah bersembahyang subuh bersama-sama ‘Ali. Selepas ia (‘Ali) memalingkan muka ke kanan (memberi salam) maka iapun diam, seolah-olah ia bersedih, sehingga terbit matahari di atas tembok masjid setinggi satu galah. lapun sembahyang dua rakaat. Kemudian iapun menadah kedua tangannya sambil berkata: Demi Allah, sesungguhnya telah aku lihat sahabat-sahabat Muhammad (s. ‘a. w.), tidak pemah aku lihat pada hari ini orang lain yang menyerupai mereka sedikitpun. Sesungguhnya mereka itu berpagi-pagi dengan keadaan rambut kusut masai dan pakaian mereka berdebu, wajah mereka pucat. Sesungguhnya mereka itu telah berjaga malam dengan sujud dan berdiri di hadapan Allah dan membaca kitab-Nya. Apabila tiba waktu pagi pula, mereka segera berdhikru-‘lLah dengan menggerak-gerakkan badan mereka seperti bergoyangnya pokok pada masa ribut. Demi Allah, telah mengalir air mata mereka sehingga membasahi baju mereka”.[7]

Berbagai tarekat yang terdapat seperti Ahmadiyyah, Naqshabandiyyah, Qadiriyyah, Samaniyyah, Idrisiyyah, Rifa’iyyah, Shadhaziliyyah dan sebagainya lagi adalah didasarkan kepada asas ajaran dhikru-‘lLah seperti yang terdapat dalam al-Qur’an dan Sunnah. Dapat kita simpulkan bahawa tarekat-tarekat yang mu’tabarah itu adalah sunnah mut’taba’ah.

Tarekat sebagai salah satu institusi amalan Islam yang wujud bersama lahirnya Islam mempunyai asas-asas atau prinsip-prinsipnya sendiri. Antara prinsipnya yang penting ialah:

1) Taqwa.
2) Taubat.
3) Dhikru-‘lLah dan Tafakkur.
4) Uzlah dan khalwat.
5) Himmah yang kuat.
6) Sentiasa dipimpin guru.
7) Tujuan hidup hanya Allah dan keredhaan-Nya.
8) Sentiasa menjaga adab.
9) Mencari Ilmu khasnya Tauhid, Feqah dan Tasawwuf.
10) Muhasabah diri.

Nota Kaki:
[1] ‘Abdul al-Qadir ‘Isa, Haqaiq ‘an al-Tasawwuf, Diwan Press, U.K. T. Tarikh, hlm. 84
[2] Al-Qur’an, al-‘Imran, 190-191
[3] Abd al-Samad Al-Falimbangi, Hidayatus’-Salikin, Pulau Pinang: Dar al-Ma’arif, 1353 H.) hlm. 36
[4] Al-Qur’an, al-A’raf, 205
[5] Abd al-Samad Al-Falimbangi, Hidayatus’-Salikin, hlm. 36
[6] Al-Qur’an, al-Kahfi, 28
[7] Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, Jld VIII (Cairo: Kurdistan al-‘Ilmiyyah, 1348 H.), 6

Isnin, 24 September 2012

Beberapa Petua Menziarahi Guru Mursyid

Asssalamu'alaikum,

Ini merupakan beberapa petua hamba sendiri dalam menziarahi guru-guru mursyid dan alim-ulamak. Yang pertamanya, betulkan niat kita dalam menziarahi iaitu bukan untuk mencari kesalahan dan kelemahan guru yang ingin kita ziarah. Di sini, hendaklah kita berprasangka baik dengan guru mursyid yang ingin kita ziarah.  Kedapatan sebahagian guru mursyid yang sengaja 'menguji' mereka yang ziarah dengan perkara-perkara yang pelik, atau berkelakuan yang pelik-pelik. Ada guru mursyid yang sekadar menerima dan melayan tetamunya di beranda rumah, maka terimalah itu caranya. Ada guru yang menerima anak murid dan makan sekali bersama tetamu/anak muridnya, bersyukurlah  kalau begitu. Ada anak murid yang tidak dilayan pada kali pertama, redha atas ketentuan begitu, jangan putus ada untuk ziarah lagi. Ada guru yang menerima tetamu dan menyediakan kemudahan penginapan untuk tetamunya, bersyukur juga. Banyak kaedah guru mursyid menerima tetamu, bersyukurlah dengan apa yang kita tempuhi. Ada yang dimarahi pada kali pertama bertemu, bersyukurlah juga atas 'marah' itu kerana kita ini memang banyak salah-silapnya. Yang penting betulkan niat kita menziarahi. Susah nak dapat niat ziarah lillahi taala, kalau niat sekadar menghubungkan silaturrahim sesama Muslim pun baik juga.

Keduanya, jangan kita terhijab dengan isteri, anak-anak guru atau anak-anak muridnya yang lain, jangan terhijab dengan rumahnya, cantiknya atau buruknya, jangan terhijab dengan perhiasan atau bukan perhiasan yang ada di dalam rumahnya, jangan terhijab dengan harta-hartanya. Bukan itu yang kita cari dari seorang guru mursyid, bukan isteri, anak-anak, rumah, hartanya. Bacalah dan kajilah bagaimana Baginda Nabi SAW mengembangkan Islam pada awal-awalnya. Bacalah dan hayatilah kisah Nabi-Nabi yang lain dan suruhan-suruhan Allah Taala yang ada di dalam kitab Al-Quran.  Ada ilmu yang benar yang Allah Taala 'letakkan' pada mereka-mereka yang 'terasing', 'pelik' dan 'ganjil'. 

Ketiganya, jika berada dekat dengannya, berusahalah seberapa dekat dengannya, sama ada bersebelahan atau duduk bertentangan dengannya. Moga-moga limpahan nur dan rahmat Ilahi yang ada pada dirinya itu 'melimpah' dan dapat kita sama-sama merasainya.  Jagalah adab, kata-kata dan perbuatan sepanjang berada  di sampingnya.  Bertanya jika diminta bertanya, jangan potong cakapnya, jangan tunjuk pandai di hadapannya, apa-apapun lakukanlah dengan penuh adab dan sopan selayaknya sebagai seorang Muslim.

Keempat, fokus kepada kebenaran ilmu dan kata-katanya, pasti tidak  lari dari Al-Quran dan As-Sunnah.  Ilmu yang benar, itulah yang kita cari. Sudahkan anda membaca kisah-kisah Wali-Wali Allah dahulu yang diuji macam-macam sebelum mengenali seseorang guru itu mursyid. Pernahkah anda membaca kisah Wak Kandar di Johor? Pernahkah anda belek kisah Tok Peramu di Kuantan? Fahamkah anda kisah Nabi Khidir A.S. dan Nabi Musa A.S. di dalam Al-Quran?  Jangan terhijab ilmu anda dengan 'ilmu yang anda miliki' sahaja. Anda akan 'menyempitkan' ilmu Allah Taala kemudiannya.

Kelimanya, kalau ada masa dan kelapangan, sebelum sampai bertemu dengannya pada kali pertama dan kali-kali seterusnya, mohonlah kepada Allah Taala, sama ada melalui doa ataupun solat hajat, jika ada apa-apa ilmu, amalan, petua  disisi guru itu yang baik disisi Allah untuk diri sendiri, isteri, dan anak-anak, mohon Allah Taala membukakannya kepada kita. Kalau tak dapat apa-apa pun redha atas kehendak dan ketentuan-NYA.

Itulah sepintas lalu petua-petua hamba dalam menziarahi guru mursyid dan alim-ulamak.  Moga-moga ada manfaatnya.  Wassalam.