TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Ulamak Tanah Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulamak Tanah Melayu. Papar semua catatan

Ahad, 16 Oktober 2016

Biodata Pengasas KHAZANAH FATHANIYAH dan PENGKAJI


Biodata Pengasas KHAZANAH FATHANIYAH dan PENGKAJI

Nama :
Jalur (sebelah ayah)

Haji Wan Mohd. Shaghir bin Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Abdur Rahman bin Haji Wan Abu Bakar bin Wan Ma'aris bin Cik Wan Taksim al-Qumari  al-Juhuri al-Fathani.

Jalur (sebelah ibu)

Haji Wan Mohd. Shaghir, ibu bernama Hajah Wan Zainab binti Al-'Alim Al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal 'Abidin bin Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad Faqih bin Muhammad Zainal 'Abidin@Faqih Wan  Musa bin Wan Muhammad Shalih al-Laqihi al-Fathani


Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah adalah cucu waris kepada Syeikh Wan Ahmad al-Fathani  seorang ulama yang tersohor pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20, lahir pada tahun 1856 dan wafat 1908. Syeikh Wan Ahmad al-Fathani yang terkenal dengan kitab Faridatul Faraid bab aqidah ahlus sunah wal jamaah telah dimaqamkan di Tanah Perkuburan Ma’la, Makkah iaitu dihujung kaki Syaidatina Khadijah al-Kubra.

Dalam era setelah kebangkitan Syeikh Wan Ahmad al-Fathani di Makkah, muncul murid-murid atau kader beliau dan ulama-ulama Makkah di Malaysia seperti Syeikh Muhammad Yusuf bin Ahmad atau Tok Kenali, Dato Paduka Nik Mahmud Ismail, Kelantan, Tuan Husein Nasir, Wan Sulaiman Wan Shiddiq, Kedah, Syeikh 'Utsman Sarawak, Mufti Pulau Pinang Haji 'Abdullah Fahim, Syeikh Muhammad Sa'id Linggi, Qadhi Haji Abu Bakar bin Haji Hasan  Muar, Syeikh Fadhil Banten, Lenga, Johor, Syeikh Abdul Lathif Thambi al-Malakawi, Syeikh al-Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin 'Abdur Rahman al-Fathani, Syeikhul Islam Perak, Syeikh Muhammad Shalleh bin Abdullah al-Minangkabauwi, Qadhi Kuala Lumpur pertama Syeikh Uthman bin Abdullah al-Minangkabauwi, Sultan Zainal Abidin II, Terengganu dan ramai lagi. Murid-murid Syeikh Wan Ahmad al-Fathani termasuk di seluruh dunia Melayu seperti Sambas, Kalimantan Barat, Fathani, Kemboja, Madura, Jawa, Kepulauan Riau, Lampung, Jambi, Langkat, Deli, Minangkabau, Aceh Sumatera dan banyak lagi.

Bidang Kerja :

Penulis, khas penyelidikan sejarah ulama dunia Melayu dari semua zaman tentang biografi, karya, pemikiran, perjuangan dll.  menyentuh seluruh aspek mengenai ulama-ulama Asia Tenggara/alam Melayu yang tersebut. Menerima wasiat dari ibunya untuk meneruskan kerja-kerja datuknya 100 tahun yang lampau iaitu Syeikh Wan  Ahmad al-Fathani. Penulisan beliau merujuk kepada bahan asli hasil pengembaraan selama 48 tahun melalui manuskrip, cetakan lama, litografi hasil karya yang ditulis oleh ulama Melayu. Tidak mengambil rujukan dari Inggeris, hanya sebagai perbandingan dan bukan menjadi rujukan utama.

Organisasi :

a). Mengasaskan Khazanah Fathaniyah yang berfungsi sebagai penerbit hasil penulisan sendiri dan menerbitkan kembali karya-karya ulama silam dunia Melayu.

b). Mengasaskan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia dengan singkatan PENGKAJI dengan tujuan memberi pendedahan tentang betapa besarnya peranan dan sumbangan ulama terdahulu dalam penyebaran ilmu di dunia Melayu melalui pameran, seminar dan sebagainya.


Maqam :

Al-Fatihah

Kelahiran Johor Riau,

Lahir pada hari Jumaat,  9 Ramadhan 1364 H bersamaan 17 Ogos 1945 M.

Kembali kerahmatullah pada hari Khamis, 24 Rabi’ul Awwal 1428 H bersamaan 12 April 2007 M dalam usia 62 tahun

Dimaqamkan di tanah Perkuburan Islam Gajah Mati, Pendang, Kedah berdekatan dengan Syeikh Wan Ibrahim bin Wan Abdur Qadir atau Pak Cu Him dan maqam Syeikh Wan Ismail bin wan Musthafa atau Ismail Che Doi.

*GAMBAR : ziarah Tuan Guru Baba Wan Abdul Aziz asy-Shafie al-Fathani ke maqam Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah bersama waris dan ahli Pengkaji

Sheikh Abdullah Fahim - Ulamak mahir ilmu falak memilih tarikh hari kebangsaan.


Sheikh Abdullah Fahim - Ulamak mahir ilmu falak memilih tarikh hari kebangsaan.

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

ABDULLAH bin Ibrahim bin Tahir dipanggil dengan nama Haji Abdullah Pak Him. Pak Him ialah singkatan nama ayahnya, Ibrahim. Nama atau gelaran yang diketahui umum ialah Syeikh Abdullah Fahim.

Fahim yang dimaksudkan di sini ialah `Fahim' yang berasal daripada bahasa Arab, yang bererti `orang yang faham'.

Beliau lahir di Mekah pada tahun 1286 Hijrah/1869 Masihi, dan wafat pada tanggal 12 Zulkaedah 1380 Hijrah/ 27 April 1961 Masihi di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Abdullah Fahim mendapat pendidikan asas tradisional daripada ayahnya sendiri, Haji Ibrahim bin Tahir di Mekah.

Ayahnya seorang yang alim mengenai bacaan al-Quran. Datuknya pula, Haji Tahir berasal dari Patani. Dikatakan juga bahawa beliau memahami ilmu-ilmu Islam tradisional cara Patani.

Ilmu yang dikuatkan adalah tiga jenis; ilmu yang berkaitan dengan fardu ain, iaitu menurut akidah Ahli Sunnah wal Jamaah, berimamkan Imam Abu Hasan al-Asy`ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

Kedua, ilmu fikah mengikut Mazhab Syafie, dan ketiga, ilmu tasawuf berimamkan Syeikh Junaid al-Baghdadi.

Selanjutnya Abdullah Fahim mendapat pendidikan pelbagai bidang ilmu juga di Mekah. Beliau menuntut ilmu daripada kira-kira 50 orang ulama.

Di antara gurunya yang berbangsa Arab ialah Syeikh Muhammad Said Babsail (Mufti Mazhab Syafie), Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Sayed Abu Bakri Syatha (penyusun kitab I'anah at-Thalibin)

Ulama dari dunia Melayu yang menjadi gurunya yang paling berpengaruh baginya ialah Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al- Fathani (penyusun kitab Mathla' al-Badrain), Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan, al-Kalantani (penyusun Al-Jauhar al-Mauhub dan Lum'ah al-Aurad) dan Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (pengasas pengkaderan ulama dunia Melayu di Mekah yang dikatakan mempunyai kemahiran sekurang-kurangnya 47 disiplin ilmu).

Sewaktu menuntut ilmu di Mekah, Abdullah Fahim bersahabat dengan beberapa orang yang berasal dari dunia Melayu, yang kemudian menjadi ulama dan tokoh-tokoh yang cukup terkenal.

Di antara mereka ialah: Tuan Guru Haji Umar, Sungai Keladi Kelantan (1284 H/1867 M -1366 H/1947 M), Syeikh Tahir Jalaluddin, Minangkabau (1286 H/1869 M-1376 H/1956 M), K.H. Hasyim Asy'ari, Jawa Timur (1287 H/1871 M-1366 H/1947 M), Tok Kenali, Kelantan (1287 H/1871 M-1352 H/1933 M) dan ramai lagi.

Abdullah Fahim seorang yang gigih mengajar kepada masyarakat dan menyebarkan ilmu-ilmu keIslaman, sama ada ketika menjawat jawatan Mufti Pulau Pinang atau sebelumnya.

Beliau pernah mengajar di beberapa tempat di Kedah, Kuala Kangsar, Perak dan Pulau Pinang. Selanjutnya beliau berhasil mendirikan sekolah agama di Seberang Perai Utara.

Kepakaran ilmunya:
Abdullah Fahim termasuk salah seorang ulama yang mahir dalam ilmu falak. Oleh kerana itu pendapatnya telah diminta untuk menentukan waktu yang sesuai bagi kemerdekaan Malaya.

Berdasarkan hisab dan falak Syeikh Abdullah Fahim, ditentukanlah bahawa hari kemerdekaan Malaya jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957.

Mengenai ilmu hisab dan falak, beliau mempelajarinya daripada Syeikh Ahmad al-Fathani dan kemudian memahirkannya daripada Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Muhammad/ Syeikh Nik Mat Kecik bin Ismail Daudi al-Fathani, sahabatnya.

Ulama dunia Melayu yang seangkatan dengannya yang mahir dalam ilmu hisab dan falak tidak begitu ramai. Di antaranya yang berasal dari Malaysia ialah: Haji umar, Sungai Keladi Kelantan, Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, Qadhi Muar, Johor.

Sementara mereka yang berasal dari Indonesia pula ialah Syeikh Jamil Jambek dan Syeikh Tahir Jalaluddin.

Mereka yang berasal dari Patani ialah Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani dan Syeikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani.

Ilmu langka, selain ilmu hisab dan falak yang dikuasai oleh Abdullah Fahim, ialah ilmu sastera Arab, yang dinamakan juga ilmu `arudh dan qawafi.

Termasuk juga di dalamnya ialah ilmu isti`arah dan ilmu balaghah. Pengkaderan ilmu yang tersebut juga dimulai dengan kebangkitan Syeikh Ahmad al-Fathani.

Kader dan murid Syeikh Ahmad al-Fathani yang mahir menggubah syair dalam bahasa Arab secara profesional hanya beberapa orang, di antara mereka ialah: Syeikh Abdullah Fahim, Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani dan Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh al-Islam Selangor.

Karya dan pemikirannya:
Karya-karya hasil tulisan Abdullah Fahim yang paling dapat ditonjolkan hanyalah melalui syair-syairnya dalam bahasa Arab, yang ditulis di dalam beberapa buah kitab yang diterbitkan oleh Persama Press Pulau Pinang, terutama sekali di dalam kitab-kitab mengenai ilmu hadis.

Di antaranya dalam kitab al-Hadiqah an-Nadiyah fi al-Hadits an-Nabawiyah yang disusun oleh Abi Abdil Hay Muhammad Isa bin Ibrahim ar-Rawa al-Filfulani (Rabiulakhir 1352 H).

Ada yang mengatakan bahawa Abdullah Fahim pernah menyusun sebuah kitab tafsir dan kitab mengenai ilmu falak tetapi tidak sempat diselesaikannya.

Walau bagaimanapun di atas selembar kertas dapat disemak jalan pemikirannya, di antaranya beliau beliau menulis:

``Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang-orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada Mazhab Syafie ... ``

Abdullah Fahim menyebut nama kitab-kitab Arab yang dipegang di dalam Mazhab Syafie ialah, ``Ambil mereka itu hukum fikah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya ... ``

Walaupun ilmu pengetahuan Arabiyahnya luas melaut, namun beliau juga merujuk kitab-kitab bahasa Melayu yang dikarang oleh ulama-ulama dunia Melayu yang terkenal.

Kitab-kitab yang beliau sebut ialah, ``Dan terjemahannya kepada bahasa Melayu, seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah at-Thullab, Mathla' al-Badrain dan lainnya''

Mengenai pegangan akidahnya, Abdullah Fahim menulis, ``Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah ... ``

Pegangan akidah dalam bahasa Melayu pula beliau sebut, ``Dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu''.

Yang dimaksudkan di sini semua kitab Melayu/Jawi yang membicarakan akidah yang dikarang oleh ulama-ulama dunia Melayu muktabar.

Beliau pernah belajar dan mengajar kitab berkenaan, di antaranya Faridah al-Faraid oleh guru beliau, Syeikh Ahmad al-Fathani, Aqidah an-Najin juga oleh guru beliau yang bernama Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dan ad-Durr ats-Tasamin oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan kitab-kitab akidah lainnya.

Mengenai pegangannya di dalam tasawuf, beliau menulis, ``Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumid Din ...''

Di dalam tasawuf beliau juga memartabatkan pengkaryaan ulama Melayu. Katanya, ``Dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Siyar as-Salikin''.

Abdullah Fahim menegaskan, ``Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih dari seribu tahun dan terjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.''

Keturunannya:
Di antara anak Syeikh Abdullah Fahim ialah Datuk Haji Ahmad Badawi. Beliau adalah seorang alim yang bertanggungjawab menangani sekolah agama yang didirikan oleh ayahnya.

Di antara anak Datuk Haji Ahmad Badawi pula ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat, 31 Oktober 2003 Masihi bersamaan 5 Ramadan 1424 Hijrah oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAAN MALAYSIA.

Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ



اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،



اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،



اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،



اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.



Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.



Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

Sabtu, 27 Ogos 2016

BANGSA MELAYU ADALAH BERFAHAMAN AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH


BANGSA MELAYU ADALAH BERFAHAMAN AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH

Sumber dari alim-ulama silam Alam Melayu

Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Abdullah Fahim. Tokoh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang ulama tersohor. Perhatikan apa yang beliau katakan.

*بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه* .
*اما بعد*

Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafie (يحرم خرق الاجماع).

Ambil mereka itu hukum-hukum feqah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari Syuruh dan Hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.

Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumiddin dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Sair as-Salikin. Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.'

[Dirumikan dari tulisan tangan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim yang disiarkan di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 39]

Antara pesanan al-Marhum Tuan Guru lagi.

“(Nasihat) supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab ahli al-Sunnah wal Jamaah [yang beliau maksudkan adalah *GOLONGAN KAUM MUDA @ WAHHABI*]

[1]. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang sejati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. Hukum-hukum mereka itu diambil dari kitab Huda al-Rasul yang mukhasar daripada kitab Huda al-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnu Qayyim al-Khariji, maka Ibnu al-Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama' ahl as-Sunnah wa al-Jamaah.

Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

Bahkan pesanan beliau lebih keras lagi:

“Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu, maka bunuhlah akan dia...”

*[Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 37 dan 38]*

Notakaki:

Menurut Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar ibn Sayyid ‘Abdul al-‘Aziz ibn Sayyid Ahmad ibn Sayyid ‘Abdurrahim ibn Sayyid Najmuddīn ibn Sayyid Muhammad Shalahuddīn atau lebih dikenali sebagai ‘ Imam Ibn ‘Abidin asy-Syami [wafat 1252H/1836M] menyebut didalam kitabnya Raddul Muhtar ‘ala ad-Durrul Mukhtar:

Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Dalam Zaman Kita.

…Sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka bermazhab dengan mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka dan askar Muslim berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H.

[Terjemahan ini dan gambar kitab dan helaiannya berkenaan diambil dari blog al-ashairah]

Al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad bin Haji Wan Idris Bermin al-Fathani atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Bermin (1290H/1873M - Khamis 29 Zulkaedah 1376H/27 Jun 1957M). Beliau merupakan shahabat kepada Tok Kenali dan Tok Kelaba.

Di dalam sebuah manuskrip tulisan tangan Tok Bermin yang dimiliki oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir, dimana didalam kitab tersebut Tok Bermin meriwayatkan peristiwa *kedatangan dua orang dari Minangkabau ke Legor menyebarkan ajaran Kaum Muda [Wahabi]*. Mukadimah tulisan Tok Bermin adalah sebagai berikut:

Dan adalah pada hari Sabtu, 26 Syawal, dan hari Isnin, 28 Syawal juga, pada tahun [atau] sanah 1347 [Hijrah], perhamba al-Haji Wan Muhammad Bermin, Jambu, periksa dan tanya akan ‘Abdullah dan Burhan orang Minangkabau. Yang keduanya [itu adalah] setengah daripada Kaum Muda [Wahabi] yang duduk berjalan menyesatkan orang-orang. Di dalam negeri Legor diperiksa di dalam Masjid al-Haji Mat, Kampung Baru. Dan di dalam Masjid al-Haji Mahmud di hadapan Imam Shiddiq, dan Penghulu Hamzah, dan al-Haji Mat sendiri dan al-Haji Mahmud, dan beberapa banyak daripada manusia.

*[Tarikh kejadian yang disebut oleh Tok Bermin iaitu 26 dan 28 Syawal 1347H itu adalah bersamaan dengan 6 dan 8 April 1929M*. Memperhatikan tarikh ini bererti masih dalam lingkungan tahun-tahun yang sama dengan pertentangan Kaum Tua dan Kaum Muda di Sumatera. Tok Bermin lahir pada tahun 1290H/1873M, bererti dia lebih tua sekitar enam tahun daripada *Syeikh Abdul Karim Amrullah, pelopor Kaum Muda di Minangkabau yang lahir pada 1296H/ 1879M*. Kemungkinan *Abdullah dan Burhan yang berasal dari Minangkabau yang disebut oleh Tok Bermin pada petikan di atas adalah termasuk murid Syeikh Abdul Karim Amrullah. Tidak dapat dinafikan bahawa Tok Bermin dan Syeikh Abdul Karim Amrullah telah kenal sejak di Mekah kerana kedua-duanya adalah belajar dengan para ulama Mekah yang sama.]*

Selanjutnya Tok Bermin menulis:

Maka telah nyata bahawasanya ‘Abdullah dan Burhan bukan daripada orang yang mengikut Imam Syafie. Bahkan bukan daripada mazhab yang empat. Dan keduanya bawa bercakap dengan kitab bagi Imam Syafie itu kerana menipu dan supaya menyangka orang yang mendengar akan kedua-duanya itu orang yang mengikut Syafie, padahal bukan Syafie.Dan jika tiada keduanya bawa bercakap-cakap dengan ‘Kitab Umm’ itu, nescaya tiada seorang pun mengikut akan keduanya daripada permulaan masuk Abdullah dan Burhan ke dalam negeri Legor.

Tulis Tok Bermin selanjutnya:
Dan sebab keluar keduanya dari mazhab itu, kerana menafi oleh keduanya akan ijmak dan qiyas. Dan keduanya ikut nas al-Quran dan hadits sahaja. Dan padahal ijmak dan qias itu, keduanya adalah setengah daripada dalil-dalil yang buat menghukum ‘ulama’ dengan dia.

Tok Bermin membahaskan perkara tersebut dengan panjang lebar dan mendalam menggunakan hujah-hujah yang mantap ditinjau daripada pelbagai ilmu sebagaimana yang digunakan oleh jumhur ulama. Oleh sebab Tok Bermin memang pakar dalam banyak bidang ilmu, terutama ilmu alat, iaitu nahu dan sharaf. Abdullah dan Burhan kurang mengetahui tentang kedua-dua ilmu itu terpaksa diam saja.

[Tulisan ini adalah merupakan petikan dari tulisan al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah didalam akhbar Utusan Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, Tok Bermin al-Fathani. Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA kepada kedua orang ulama' ini.]

Jelas Tok Burmin menolak fahaman kaum muda atau Wahabi ini. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.

Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881M/1299H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

Antara guru-guru beliau di Mekah ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga. [kepada ulama ini, beliau mendalami kitab hadits Bukhari], Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri, iaitu ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman itu. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani [mendalami ilmu falak], Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid Bogor dan Syeikh Umar bin Abdur Rasyid as-Sumbawi.

Dalam mempertahankan kaum tua [yang berpegang kepada ‘asya’irah dalami ilmu tauhid dan bermazhab Syafie dalam fiqih] Haji Abu Bakar Qadhi mengarang beberapa risalah menolak pendapat *Hasan Bandung dan Shaikh Thahir Jalaluddin, yang merupakan ulama kaum muda dan sebuah karya di dalam bahasa Arab untuk menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir yang merupakan, tokoh reformis yang sangat terkenal.

Antara kitabnya itu bertajuk Taman Persuraian Membatalkan Perkataan asy-Syaikh MuhammadThahir Jalaluddin al-Minankabawi …, Mustika ‘Ajaaib Pada Menyatakan Hukum dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi Kita صلى الله عليه وسلم, Cogan Perikatan Pada Menyatakan Sunat Berlafadz Usolli, Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minankabawi dan lain-lain*.

Tuan Guru Haji Abdul Qadir Sekam atau Ayah Dir Sekam atau nama penuhnya ialah Syaikh 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin Utsman. Tokoh mutakhir Fathani Darussalam [sehingga penghujung abad 20] yang paling banyak menulis. Lahir pada 1340H/1921M di Kampung Sekam. Di dalam kitab beliau Irsyadul Jawiyyin ila Sabilil Ulama-il ‘Amilin mengandungi bahasan mengenai kesesatan dan kesilapan Wahhabi dan Muhammad Abdul Wahab.

Tuan Guru Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al-Indonisi al-Mandili. Seorang ulama yang terkenal mengajar di Masjidil Haram di Mekah. Merupakan mahaguru ulama seNusantara disekitar tahun 50an.

Beliau menulis beberapa kitab untuk menolak fahaman kaum Muda [Wahabi] antaranya kitab bertajuk Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-‘Asy’ari [pelopor fahaman kaum muda @ wahabi di negeri Perlis Indera Kayangan]. Kitab tersebut ditulis di Makkah al-Mukarramah dan selesai penulisannya pada hari Sabtu 4 Syawal 1378H.

Sebuah lagi kitab yang beliau tulis, bertajuk al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab. Kitab ini beliau tulis untuk memenuhi permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad al-Fathani bagi menjawab sebuah kitab tulisan seorang pemuka kaum muda @ Wahabi bernama Hasan Ahmad Bandung bertajuk al-Mazhab, Wajibkan atau Haramkah Bermazhab?

Selain itu beliau juga mentahqiqkan kitab karangan murid beliau, Ismail bin Ahmad bin Muhammad Salleh at-Fathani al-Langgoori bertajuk Minhaaj al-Saalimin fi Thoriqah al-Mutaqaddimin Maka jelas menunjukkan beliau menolak akan fahaman Wahabi yang mengeliru dan menyesatkan itu.

Jelas bahawa ulama-ulama diatas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.

Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif bin Abdullah al-Minankabawi lahir pada hari Isnin, 6 Zulhijjah 1276H/26 Jun 1860M di Sumatera dan pada wafat 9 Jumadilawwal 1334H/13 Mac 1916M di Mekah. Salah seorang ulama melayu yang telah mengangkat martabat ulama melayu kerana beliau pernah menjadi imam dan khatib dalam Mazhab Syafie di Masjidilharam Mekah.

 Antara guru-guru beliau adalah Sayid Bakri Syatha, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Antara muridnya pula adalah Syaikh Hasan Ma’sum dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ayahanda kepada Buya HAMKA].

Seketika berlaku polemik diantara kedua murid beliau iaitu Syaikh Hassan Ma’sum yang beraliran ‘kaum tua’ dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ dikenali juga dengan Haji Rasul Amrullah, wafat 2 Jun 1945 - gambar sebelah] yang beraliran ‘kaum muda’, Syaikh Ahmad Khatib telah menyebelahi muridnya Syaikh Hassan Ma’sum dan dengan tegas menulis Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Wahabiyah yang diikuti oleh anak murid beliau [Syaikh Abdul Karim Amrullah] adalah sesat.

Menurut Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau, golongan tersebut sesat kerana keluar daripada fahaman Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah dan menyalahi pegangan mazhab yang empat. Antara tulisannya ialah al-Khiththah al-Mardhiyah fi Raddi fi Syubhati man qala Bid’ah at-Talaffuzh bian-Niyah, Nur al-Syam’at fi Ahkam al-Jum’ah dan lain-lain.

Diantara nasihatnya: “Maka betapakah akan batal dengan fikiran orang yang muqallid yang semata-mata dengan faham yang salah dengan taqlid kepada Ibnu al-Qaiyim yang tiada terpakai qaulnya pada Mazhab Syafie.

"Maka wajiblah atas orang yang hendak selamat pada agamanya bahawa ia berpegang dengan segala hukum yang telah tetap pada mazhab kita. Dan janganlah ia membenarkan akan yang menyalahi demikian itu daripada fatwa yang palsu.”

Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301H/7 Ogos 1884M dan beliau wafat pada pada 17 Jumadilakhir 1382H bersamaan14 November 1962M. Dilantik menjadi Mufti Johor sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1934 – 1941 dan 1947 - 1961.

Antara guru-guru beliau ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas, Habib Thahir bin Umar al-Haddad, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad, Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, Habib Thahir bin Abi Bakri al-Haddad dan al-Mu'ammar Sirajuddin Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari.

Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan hukum syarak menurut aliran ‘kaum tua’. Beliau sangat menyanggah pendapat dan pegangan Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung, bahkan Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor demi untuk membendung menularnya fahaman kaum muda @ wahabi. [Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan A. Hassan Bandung – wafat pada 10 November 1958 - adalah merupakan ulama ‘kaum muda’]

Didalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang telah difatwakan oleh Allahyarham al-‘Allamah Dato’ Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor 1936 – 1961M = 1356 – 1381H, dikumpul dan diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, halaman 397 – 399:



Jumaat, 28 November 2014

Makam Tok Pelam, Kuala Terengganu

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, kami sampai di Kuala Terengganu tanpa banyak masalah, dengan mengikuti jalan pesisir pantai. Selepas berhenti sekejap di Pasar Payang untuk membeli sedikit barang, kami ke sebuah masjid, Masjid Al Muktafibillah untuk solat Zohor. Setelah selesai solat, hamba ambil kesempatan ziarah sebuah makam lama, ulamak dari Hadramaut, Yaman yang bersemadi di Kampung Ladang Tok Pelam, sebelah masjid sahaja Makam beliau di koordinat 5.328640, 103.147258.    Hamba selesaikan urusan di sini. Masih ada beberapa makam di Kuala Terengganu yang belum sempat singgah, Insya-Allah lain kali. Selepas ini, kami singgah sekejap di rumah Tuan Kanjeng Sunan di Kerteh. Sempat jugalah makan Nasi Arab di rumah beliau. Isteri beliau lulusan Al-Azhar, pandailah bab-bab Nasi Arab ni. Terima kasih Tuan Kanjeng Sunan atas Nasi Arab yang power... Selepas itu meneruskan perjalanan sehingga sampai dengan selamat di rumah di BBBangi. Wassalam.



Pintu Makam dikunci untuk mengelakkan perkara2 khurafat











Kawasan Makam daru masjid



sumber :  http://trg3m-makam-ulama.blogspot.com/2009/10/makam-tok-pelam-syeikh-abdullah-bin.html

Nama sebenar beliau ialah Syeikh Abdullah Bin Abdul Aziz. Berasal dari Hadramaut, beliau telah berpindah ke Pattani. Pada tahun 1785, beliau telah berpindah ke Terengganu dan menetap di Kampung Pelam, Hulu Terengganu. Kemudian dari Kampung Pelam, beliau telah berpindah ke Kampung Ladang Titian sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1819. Jenazah beliau dimakamkan di dalam bangunan yang dibina untuk berkhalwat dan mengajar agama.


Gambar berikut dari Google Image


Ini makamnya yang diselubungi Kain Kuning






Jumaat, 11 April 2014

Makam Sheikh Omar Basheer, Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang

Assalamu'alaikum,

Selepas masjid Negeri, masih pada 27 Mac 2014, kami ke Kampung Melayu, Air Itam di Pulau Pinang. Taklah jauh sangat dari Masjid Negeri. Hamba ada senarai beberapa makam di Pulau Pinang yang hendak diziarahi, tapi masih mencari masa. Alhamdulillah kami sampai juga ke Makam Sheikh Omar Basheer, pengembang Tariqat Naqsyabandi Khalidi yang berasal dari Yaman. Anak-anak beliau merupakan Mufti dan Qadi bagi Pulau Pinang dan beliau meningal pada tahun 1881. Al-Fatihah untuk Sheikh Omar Basheer. Wassalam.

Ada dua makam di dalam, yang mana? Yang ini

atau yang ini?







Ada kuburan lain di sekitar Makam

Salah satu Makam dalam kawasan berpagar


Ni pusara suami-isteri tersebut


Tulisan dah tak jelas




sumber : internet

I am sorry for not updating much info or my backdate travelogue on this blog at the moment. For such lame reason, I would probably say I am too busy. Here we go with the late one!

One of the few maqam of Awliyah in Penang that is prominent Shaykh Omar Basheer from Iraq while there was a narration indicated hes from Hadramawt, Yemen.The reliable source claim its Hadramawt. It was also written he was the Awliyah whom brought the Tariqah Naqshbandi Khalidi to Penang and introduced Suluk through the teaching of the Tariqah. He did his seclusion in a complete covered wooden house which still remain intact today. He was from the Naqshbandi Khalidi thus he got the title al Khalidi too. (Most of the Naqshbandi Tariqah is the Khalidiyah which came from the Spiritual Lineage of Mawlana Shaykh Khalid al Bahgdadi whom maqam is in Damascus, Syria). I'm not too sure if most of the Naqshbandi Khalidi in this region is from his spread. I guess when we read the book Naqshbandi in Nusantara by Professor Martin van Bruinessen we will get the clear understanding. I am dont know about his birth date but it was written he died at 1881.

He live during the period of British colonization and was like by the British government. He was also very well known among the ruling elites who were indebted to him for his ability to mediate during the Penang riots of 1867. In fact, the British build a house for him which he lived till he died. After his death, his son Shaykh Zakaria took over his post and continue his works for dakwah and other religious duty for the society. Thus he became the first Mufti for Penang. His another son Shaykh Yahya pursuit on the same journey and became the first Qadi in Penang. His house in 1917 evolved into a madrasah for Quranic Studies.

His maqam is s located at Kampung Melayu, Ayer Hitam, Penang, underneath a 35-foot white tower. It was said the maqam was built by the Muslim laborers from India. Its one of the most beautiful place I ever visited, reminded me as if I am in Middle east. Beautiful design of architecture and surrounded with tranquility atmosphere. Many visitors as far as from Middle east from the Tariqah of Naqshbandi or any other Tariqah will always pay visit to Shaykh Umar Maqam. may Allah bless him.

p/s: When I was there, I did told my wife this maqam reminded us of our beloved Shaykh Zakaria Bagharib. The father is Shaykh Omar and the son name is Shaykh Zakaria and they were descendant from Hadramawt, Yemen. May Allah bless his lovers and the inheritors of Prophet Muhammad s.a.w. 

Rabu, 19 Disember 2012

SYEIKH IMAM ISHAK BIN MUHAMAD ARIF AL-KHALIDI AN-NAQSYABANDI AR-RAWI


sumber : http://orangrawa.blogspot.com/2009/06/biografi-syeikh-imam-ishak-bin-muhamad.html

BIOGRAFI SYEIKH IMAM ISHAK BIN MUHAMAD ARIF AL-KHALIDI AN-NAQSYABANDI AR-RAWI


BIOGRAFI SYEIKH IMAM ISHAK BIN MUHAMAD ARIF AL-KHALIDI AN-NAQSYABANDI AR-RAWI

Nasab Keturunan

Dilahirkan di Kg Chemor, Ipoh, Perak pada 1908 Masehi bersamaan 1234 Hijrah. Bapanya bernama Muhamad Arif bin Tujuan Saka. Ibunya pula bernama Hindun @ Nujmah binti Tengku Nahmad.
Bapa Tujuan Saka bernama Merah Laut Silingkar Alam @ Limbang Laut. Ibu Merah Laut Selingkar Alam @ Limbang Laut adalah anak kepada Merah Mas (Tengku Muda Tanjung Alai, Padang Unang). Nama isteri Tujuan Saka ialah Siti Umai.

Manakala, bapa Hindun @ Nujmah ialah Tengku Nahmad, berketurunan suku kaum Siak di Kuantan. Nama ibu Hindun @ Nujmah pula ialah Maryam, orang Kg Teluk Pulai, Kelang, Selangor.

Dewasa Di Pahang

Bersama adik-beradiknya seramai 6 orang, beliau telah berhijrah dari Perak ke Kg Temau, Raub, Pahang pada sekitar tahun 1915. Disinilah beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Dong.

Setelah tamat sekolah Melayu, beliau telah mendalami pelbagai ilmu agama dari ramai ulama’ tersohor. Dan atas kefaqihan (kearifan) beliau dalam ilmu agama, maka Almarhum Sultan Abu Bakar (Pahang) telah memberi tauliah imam kepada beliau di Masjid Kariah Lechar, Raub, Pahang pada tahun 1932. Maka tak hairanlah, beliau lebih dikenali dengan nama Imam Ishak.

Beliau telah berkahwin dengan Rabiah bt Ludin, orang Kg Bukit Kemuning, Raub. Setelah isterinya kembali ke rahmatullah pada tahun 1976 kerana sakit tua, maka beliau telah berkahwin pula dengan Fatimah binti Mat Yasin, orang Kg Ulu Gali, Raub, Pahang. Kedua-dua perkahwinan tidak dikurniakan sebarang zuriat, namun beliau mempunyai ramai anak angkat.

Kefaqihan Dalam Bidang Agama

Beliau berimamkan Syeikh Abu Hasan al-Asy`ari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi dalam bidang usuluddin/tauhid (IMAN). Manakala dalam bidang feqah/syariat (ISLAM) pula, beliau berpandukan kepada Mazhab Imam Yang Empat. Sementara dalam bidang tasauf (IKHSAN), beliau berimamkan kepada Syeikh Junaid al-Baghdadi.

”Sesiapa yang hanya bertasauf tanpa feqah, maka zindik lah akan dia. Sesiapa yang hanya berfeqah tanpa tasauf, maka fasiq lah akan dia. Maka, sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya; maka sesungguhnya tahkik lah akan dia”.[1]

Beliau berguru dengan ramai ulama’ dan masyaeikh yang tahkik dalam bidang ilmu masing-masing. Antara yang tersohor ialah Tuan Syeikh Kasyfal Anwar, seorang ulama’ berketurunan Syed dari Kalimantan, Indonesia yang amat arif dalam kitab-kitab arab tua dan ilmu alat (Nahu, Saraf, Bayan, Mantiq, Balaghah, Badi’ dan sebagainya). Maka tidak hairanlah, beliau telah mengarang banyak kalam puitis yang amat mengagumkan.

Dalam bidang tafsir al-Quran, beliau berpegang kepada Kitab Tafsir Ibn Abbas (Tanwirul Miqbas), Kitab Lathaif al-Isyarat karangan Syeikh Abu Qasim Abdul Karim Ibn Hawazan al-Qusyairi, Kitab Tafsir Imam Fakhru ar-Radzi, Kitab Tafsir Ibn Kathir dan sebagainya

Dalam bidang hadith, beliau merujuk kepada Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab Sahih Muslim, Kitab Fathu al-Bari karangan Imam Ahmad bin Ali bin Hajar al-‘Asqolani, Kitab Bahrul Mazi karangan Dr. Muhammad bin Abdul Rauf al-Marbawi dan sebagainya.

Manakala, kitab-kitab usuluddin/tauhid yang menjadi rujukan beliau ialah Kitab ’Aqidah an-Najin karangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, Kitab Matan Jauharah at-Tauhid karangan Imam Syeikh Ibrahim al-Liqani, Kitab ad-Darr as-Samin karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan sebagainya.

Dalam bidang feqah/syariat, beliau telah berguru dengan seorang ulama’ Batu Pahat, Johor yang bernama Tuan Syeikh Muhammad Salih b Syeikh Hj Umar. Kitab-kitab yang menjadi rujukan beliau adalah Kitab Sabilal Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Kitab Furu’ al-Masail karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Kitab al-Iqna’ karangan Syeikh Abi Sujak dan sebagainya.

Kitab-kitab tasauf yang menjadi sandaran beliau ialah Kitab ar-Riayat Lihuquq Allah karangan Syeikh Abu Abdullah al-Harith ibn Asad al-Muhasabi, Kitab Kasyf al-Mahjub karangan Syeikh Abu Hasan Ali Ibn Osman Ibn Ali al-Jalabi, Kitab ar-Risalat al-Qusyairiyah oleh Syeikh Abu Qasim Abdul Karim Ibn Hawazan al-Qusyairi dan sebagainya.

“Kemudian sukalah (Rasulullah saw) kepada al-Khola’ yang bermaksud bertekun atau bersungguh-sungguh bersemadi seorang diri”. Perkataan al-Khola’ di dalam lafaz hadith ini ialah al-Khalwat yang mempunyai makna tersembunyi, iaitu bersungguh-sungguh mengosongkan hati selain berhadap kepada al-Khaliq semata-mata.[2]

Berpegang teguh kepada kata-kata Amirul Mukminin al-Hadith sepertimana di atas, maka beliau pada usia semuda 18 tahun, telah menjalani amalan suluk (khalwat) yang pertama di Kg Kubu, Durian Sebatang, Raub, Pahang selama 40 hari di bawah pimpinan Tuan Syeikh Hj Umar bin Hj Muhammad dari Batu Pahat, Johor seorang ulama’ tersohor dalam Tareqat Naqsybandiah Khalidiah.

Beliau kemudian telah diberi ijazah oleh gurunya untuk mengajar dan mengembangkan ilmu tasauf/tareqat ini; di samping memimpin amalan suluk di Kg Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang.

`Tiap-tiap syariat yang tidak dikuatkan dengan hakikat, maka ia tidak diterima. Dan setiap hakikat yang tidak dikuatkan dengan syariat, maka sia-sia’[3]

Sepanjang 18 tahun menjadi khadam Tareqat Naqsyabandiah Khalidiah; beliau telah menganjurkan 120 amalan bersuluk di Surau Ehyaul Qulub, Kg Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang; di samping menghasilkan banyak tulisan yang berkaitan dengan amalan tareqat. Khalifah yang diangkat di zaman hayatnya ialah seramai 350 orang.


Kembali ke Rahmatullah

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada malam Sabtu, 21 Februari 1992 bersamaan 18 Sya’ban 1412 Hijrah. Beliau telah dimakamkan di Kg Bukit Kemuning, Dong, Raub, Pahang.


________________________________________
[1] Kata-kata Imam Malik ra yang dipetik daripada Kitab Ain Al-Ilmu Wa Zain Al-Hilm karangan oleh Al-Imam Ali Al-Qari (Vol. I), Hlmn. 33.
[2] Dipetik daripada Kitab Fathu al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari karangan Amirul Mukminin Hadith, Al-Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Al-‘Asqolani Asy-Syafii (772H–852H), (Vol. 1), Hlmn. 22-23. Inilah asal khalwat yang disebut orang zaman sekarang ini sebagai suluk.
[3] Dipetik daripada Kitab Risalah al-Qusyairiyah karangan Al-Imam Al-’Alim Abu Qasim Abdul Karim bin Hawazan Al-Qusyairy, Hlmn. 43

Sabtu, 15 Disember 2012

Ziarah Makam Habib Ali Habib Jaafar Al-Idrus di Batu Pahat

Assalamu'alaikum,

26 Zulhijah 1433 bersamaan 11 November 2012, hari Ahad, hari kedua ekspedisi, kami bertolak keluar dari rumah kawan di Parit Raja selepas bersarapan pagi. Kami menuju ke Batu Pahat... dalam perjalanan terlihat kampus Universiti Tun Hussein Onn, hamba belum pernah singgah. Destinasi seterusnya adalah Makam Habib Ali Habib Jaafar Al-Idrus di Batu Pahat. Hamba pernah mendapat isyarat yang kuat untuk ziarah Allahyarham semasa pulang sebentar ke Malaysia pada tahun 2008 (2006-2010 hamba di luar negara). Atas kelemahan hamba sendiri, hamba cuai dan alpa, maka ziarah ini tidak menjadi kenyataan.  Semasa masih di luar negara, hamba membaca berita sedih, iaitu pulangnya Habib Ali Habib Jaafar Al-Idrus ke hadrat Allah Taala. Sedih juga di hati, tetapi salah sendiri...., nak buek camno, apo nak dikato...

Setelah kembali ke Tanah Air tercinta, tanah leluhur, bumi bertuah, bumi penuh khazanah pada Julai 2010, ziarah Makam Habib memang menjadi salah satu tujuan dalam kalendar peribadi. Alhamdulillah, selepas melepaskan rindu dendam ziarah Sang Guru di hujung benua paad 10 November 2012, kami ke Batu Pahat. Petua yang hamba ada adalah, rumah Pak Habib dulunya di belakang BP Mall...Hamba ke BP Mall dan ke kampung belakang. Lihat banyak rumah dah diratakan 'atas nama pembangunan'. Banyak tanah orang kampung diambil untuk dibuat 'kemajuan a.ka. pemodenan',  orang Melayu hanya dapat kuahnya saja, isinya dapat kat orang luar. Jangan salahkan orang luar, mereka memang hidup untuk dunia sahaja, kita sendiri yang mengorbankan tanah dan lain-lain milik kita untuk orang luar. Masuk kampung, tanya orang mana rumah Pak Habib, dulu-dulu dengar cerita Allahyarham tinggal dengan cucunya. Tanya beberapa orang, dapat tahu rumah cucunya...cucunya pula tak ada di rumah. Masih tak putus asa, bertanya dan terus bertanya, akhirnya dapat tahu seorang cucunya menyewa sebuah rumah di kampung tersebut kerana menunggu rumahnya yang di dalam pembinaan.

Akhirnya, tanya punya tanya, cari punya cari, berjumpa juga dengan salah seorang cucunya di rumah sewanya itu. Beliau agak keletihan kerana asma yang dihidapinya. Namun beliau katakan, beliau tak dapat bawa hamba ziarah kerana perlu selesaikan urusan di rumahnya yang sedang dibina itu. Beliau berusaha memberi petua bagaimana ke kawasan perkuburan Islam yang dimaksudkan, tetapi hamba 'pening kepala' untuk memahaminya kerana kurang biasa dengan Batu Pahat.  Hamba dalam urusan ziarah ini, mudah saja, jika baik disisi Allah kami ziarah makam Habib, mohon Allah Taala permudahkan. Dalam setengah jam juga mencari dan bertanya di sana-sini.  Alhamdulillah, kebetulan isteri cucunya itu sanggup "menemankan hamba sekeluarga" untuk ziarah makam Habib Ali. Kata isteri cucunya lagi, beliau pun sudah lama tidak ziarah makam tersebut dan makam ibu/bapanya juga terletak berhampiran. Isteri cucunya itu bersama seorang anak perempuannya pun menemankan hamba, isteri dan anak-anak (naik kereta hamba) ke kawasan perkuburan tersebut.

Alhamdulillah, kami sampai tak lama selepas itu dan hamba pun menghabiskan sekitar 25-30 minit di Kawasan Makam Habib Ali Habib Jaafar Al-Idrus. Bersyukur ke hadrat Allah jua kerana cuaca baik, tak hujan walaupun beberapa kawasan di Batu Pahat dilanda banjir. Bersyukur ke hadrat Ilahi, 4 tahun menanti, dapat juga ziarah makamnya walaupun tidak bersua dengan dirinya yang zahir. Selepas menghabiskan urusan ziarah hamba, hamba ambil gambar di kawasan perkuburan dan kemudian menghantar isteri cucu Pak Habib dan anak perempuannya ke rumah mereka. Selepas itu, kami menuju ke Iskandar Malaysia...Alhamdulillah, dapat juga ziarah Makam Habib Ali Habib Jaafar Al-Idrus. Al-Fatihah untuk Habib Ali Habib Jaafar Al-Idrus, Al-Fatihah.






al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H / 13 Mei 2010.



 Makam Habib Ali yang berkain hijau itu...


Ada makam kaum kerabat bersebelahan...hamba dah lupa sebab dah sebulan baru menulis 









Kalau anda nak ziarah, carilah Tanah Perkuburan Islam Bukit Cermai, Batu Pahat 








sumber : http://arnabsepang.blogspot.com/2010/05/s-elamat-jalan-tokoh-rujukan-para-wali.html

Selamat Jalan Tokoh rujukan para Wali Allah 
Dengan suasana masih gundah dan berkabung atas Mangkatnnya Al Arif Billah Al Qutb Alhabib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf rahimahullah di Jeddah, maka kamis sore 13 Mei 2010 menyusul pula teman seperguruan beliau, Al Arif Billah Alhabib Ali bin Jakfar Alaydrus rahimahullah. 

Beliau sudah dianggap guru rujukan bagi para ulama besar dan para ahli makrifah billah khususnya para habaib terkemuka di dunia, sebagaimana Al Arif Billah Alhabib Hasan bin Abdullah Assyatiri rahimahullah, Al Allamah Al Musnid Alhabib Muhammad bin Alwi Al Malikiy Rahimahullah, juga para Tokoh ulama habaib saat ini seperti Al Allamah Al Musnid Alhabib Umar bin Hafidh, Al Allamah Al Musnid Alhabib Salim bin Abdullah Assyatiri, Al Allamah Almusnid Alhabib Zein bin Ibrahim bin Smeith, dan banyak lagi para tokoh Makrifah billah dan para Musnid Hadits berkunjung silaturahmi pd beliau, tiadalah satu dari mereka kunjung ke Malaysia mestilah bersilaturahmi pada beliau.

Beliau orang yg sangat sederhana, dengan rumah yg sangat kecil, sempit dan tergolong rumah dari rakyat jelata kalangan fuqara, ruang tamunya tak pernah kosong dari ratusan botol air aqua dari para tamu yg meminta air doa dari beliau, beliau sangat santun pada para tamu dari segala kalangan, kalangan kaya, miskin, ulama, awam, dan siapapun, jika mereka kunjung pada jam makan, maka tak mungkin tamunya diizinkan pulang sebelum makan bersama beliau, dan salah satu sifat rendah hati yg sangat mengagumkan pada pribadi beliau adalah selalu meminta doa dari tamunya, tak pernah mau beliau berdoa kecuali tamunya yg berdoa, jika tamunya tak mau berdoa maka tak diizinkan pulang, demikian santun budi pekerti beliau.

Ayah beliau Adalah Al Arif Billah Al Musnid Al Allamah Alhabib Jakfar Alaydrus, seorang yg sangat memanjakan Guru Mulia Al Musnid Alhabib Umar bin Hafidh ketika masih bocah. Dan ayah beliau ini terkenal sekali dan masyhur dikalangan para wali Allah swt, ayah beliau dimakamkan di pekuburan Zanbal, di samping Makam Qutbinnufuus Al imam Abdullah Alaydrus Akbar bin Imam Abdurrahman Assegaf, di kota tarim Hadramaut Yaman.

Al habib Ali bin Jakfar alaydrus ini pernah lama tinggal di Subang Jawa barat, Indonesia dimasa kecilnya,

suatu pengalaman, bahwa saya sering kunjung pada beliau jika kunjung ke Malaysia, beliau sangat memanjakan saya jika pendosa ini datang, beliau selalu tersenyum gembira, lalu saya minta doa beliau maka beliau berdoa, berbeda dengan tamu lain yg selalu beliau menolak untuk berdoa kecuali tamunya yg mesti berdoa, namun permintaan saya tak ditolak oleh beliau, seraya mengangkat tangannya setinggi tingginya hingga keatas kepala, kedua telapak tangannya dipadukan, dan wajah beliau menunduk.., lalu suara rintih keluar dari bibirnya tak bisa saya pastikan apa yg diucap, benar benar gerakan doa yg menggambarkan posisi yg sedang sangat mengemis pd Yang Maha Luhur…, belum pernah saya lihat orang berdoa dg posisi sekhusyu dan seperti ini dalam merendahkan diri pada Allah swt..

Setelah itu saya pamitan, padahal saya tahu kebiasaan beliau yg saya dengar dari semua orang yg mengunjungi beliau, jika waktu makan tak akan diizinkan pergi, saya berkata lembut : “saya pamit wahai habib..”, beliau menunduk dan berkata lembut pula : “tidak makan dulu kah?”, saya menjawab : “saya pamit jika habib ridho”, beliaupun berdiri mengizinkan kepergian kami, lalu terbersit dihati saya : “aku terbebani hutang sangat besar karena masalah perluasan dakwah di Indonesia, mudah mudahan kedatanganku kesini bisa membuat Allah menyelesaikan masalah hutang2ku.., beban beratku ini kutumpahkan pada habib Ali, semoga Allah swt meringankanku”, demikian renungan saya sambil melangkah keluar kediaman beliau..

Saat itu saya tidak sendiri, ada beberapa orang yg bersama kami, mereka kagum dan berkata : “kami sering kunjung kesini, belum pernah habib Ali mau berdoa kecuali saat kamu yg memintanya, belum pernah habib Ali izinkan kami pamitan diwaktu makan kecuali saat kamu yg minta izin pulang..”, dan salah satu diantaranya adalah seorang pengusaha sukses, maka saat kami sudah keluar rumah, beliau memanggil orang itu, dan membisikinya sesuatu, lalu beliau masuk rumah..

Orang tsb mendatangi saya, dan berkata : “Habib Ali berkata pada saya, kamu punya hutang dakwah yg besar dan berat yg harus dibayarkan, saya diperintah habib ali untuk melunasi semua hutangmu”

Saya kaget dan berpaling pd beliau, ternyata beliau sudah masuk rumah menutup pintu.., subhanallah..

Beliau selalu memanjakan saya jika pendosa ini datang, sekali waktu saya datang silaturahmi, kepala ini penuh dengan permasalahan dakwah yg bagai gunung menindih, kesibukan, masalah perluasan, pengaturan dll, maka saya datang dg lemah, duduk dihadapan beliau, maka beliau diam, diam, lalu menggeleng2kan kepala beliau, lalu menangis, dan berkata : Berat… berat.., sambil mengipasi dirinya dg kipas ditangannya dan mengipasi saya pula.., tak lama saya pamit begitu saja, beliau berdoa lagi, belum sampai saya di Jakarta kecuali seluruh masalah dakwah telah selesai.

Pernah suatu kali Al Allamah Almusnid Al Habib Muhammad bin Alwi Al Malikiy rahimahullah kunjung pada beliau, sepanjang jalan Alhabib berbicara tentang rindunya pd Rasulullah saw, maka ketika sampai dikediaman beliau, maka semua tamu tidak diperkenankan masuk, kecuali Al Allamah Alhabib Muhammad Al Malikiy, mereka masuk berdua cukup lama, lalu keluarlah Al Allamah Alhabib Muhammad Al Malikiy rahimahullah dg airmata yg bercucuran.., seraya berkata : hajat saya sudah terkabul… terkabul.. terkabul.., sambil menutup wajah beliau tanpa berkata kata pada siapapun atas apa yg terjadi didalam
Kamis sore dinihari 13 mei Al Arif billah Alhabib Ali bin Jakfar Alaydrus rahimahullah menghembuskan nafas yg terakhir… khususnya seluruh para habaib di Malaysia gempar, dan dunia para habaib sepuh pun gempar terkena kabar duka ini..

Rasul saw bersabda : “Para shalihin wafat satu demi satu, tersisalah sisa sisa sampah tak berarti dimata Allah, dan Allah swt tak perduli lagi dg keadaan mereka” (Shahih Bukhari).

Maksud hadits ini adalah keberadaan para shalihin menguntungkan bumi, mereka terus berdoa untuk keselamatan ummat, pengampunan untuk para pendosa, terus beribadah pada Allah swt hingga Allah swt banyak menyingkirkan musibah sebab doa dan rintihan mereka, maka jika mereka tiada, Allah swt tak lagi melihat sisa penduduk dunia karena mereka tak perduli dg Allah swt, maka Allah swt tak perduli lagi musibah musibah yg akan diturunkan pada mereka, entah musibah atau kenikmatan, entah cobaan atau kekacauan..

Rabbiy,, bangkitkan para pengganti dari para shalihin kami yg terus wafat dan wafat, munculkan kembali generasi para shalihin yg menjadi paku penahan musibah bagi ummat, muliakan Guru tercinta yg mulia ini dipangkuan Kelembutan dan Keridhoan Mu, dan sertakan kami dalam pembagian waris dari keluhuran beliau disisi Mu, amiin..



Teladan dalam Kezuhudan 

Dikirim: [22/07/2010] 

Belum hilang rasa sedih di hati atas wafatnya Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf, Jeddah, tersiarlah berita duka dari negeri jiran Malaysia. Kamis, 13 Mei 2010/28 Jumadil Ula 1431 H, sore menjelang maghrib, atau tepat 40 hari setelah Habib Abdul Qadir wafat, satu lagi pilar Bani Alawi, Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad Alaydrus, atau yang sering disebut 'Habib Ali Batu Pahat', pergi menuju haribaan mulia Sang Pencipta.

Umat Islam kembali ditinggalkan seorang kekasih Allah yang mengajarkan kepada siapa pun bahwa di zaman yang sudah amat maju ini orang masih bisa hidup zuhud dan tawadhu. Dalam kesederhanaannya, ia mengarungi hidup dengan tegar.

Banyak di antara pecintanya ingin membangunkan rumah mewah sebagai kediaman yang layak bagi orang sebesar dirinya. Namun semuanya ia tolak secara halus. Demikianlah, setiap harinya dia mandi dan mengambil wudhu di kamar mandi yang bersatu dengan sumur tua dalam bangunan yang sangat sederhana.

Tanda keutamaan dalam dirinya sangat jelas. la adalah orang yang ketika wajahnya dipandang, dapat mengingatkan hati yang memandangnya kepada Allah SWT. Akhlaqnya amat luhur dan mulia, sebagai bias dari akhlaq datuknya, Baginda Rasulullah SAW.

Sikap zuhud terhadap dunia adalah hiasan terindah dalam kesehariannya. Begitu pula sifatnya yang teramat wara'.
Salah seorang kerabatnya dari Indonesia, yang masih terhitung cucunya, suatu saat mengunjunginya. Saat berada di sana, lewat jendela rumah sederhana itu, sang cucu memandangi buah kelapa yang menggantung di pohon kelapa di sisi rumahnya.

Memperhatikan hal itu, Habib Ali mendekat dan mengatakan kepadanya, "Kamu mau buah kelapa itu? Sebentar. Saya mintakan izin dulu sama si empunya tanah. Sebab, saya hanya menyewa rumahnya, tanahnya tidak ikut saya sewa." Subhanallah. Rumah sederhana yang ia tempati itu pun ternyata rumah sewaan, bukan rumah miliknya.
Sangat Memuliakan Tamu

Hatinya begitu lembut. la tak ingin ada sedikit pun rasa kecewa tumbuh di hati orang yang mengunjunginya. Di rumahnya yang amat sederhana, kecil, dan sempit itu, sedemikian rupa ia muliakan setiap tamu yang datang. Semua ia terima dengan penerimaan yang menyenangkan hati, tak peduli rupa apalagi harta. Berjumpa dengan sosok bersahaja itu, hati pun serasa menjadi lapang seketika.

Ruang tamunya pun tak pernah kosong dari ratusan botol kemasan air mineral para tamu yang berharap keberkahan dari doa-doa yang ia lafalkan. Meski amat banyak untuk ukuran seorang yang sudah sesepuh Habib Ali Batu Pahat, ia mendoai satu per satu air itu dengan penuh kekhusyu'an.

la amat santun kepada setiap tamunya. Kaya, miskin, ulama, ataupun awam. Siapa pun.
Meski hidup sederhana, ia bahkan hampir selalu memberikan uang kepada para tamunya. Jumlahnya terkadang tidak kecil. Jika mereka berkunjung pada jam makan, tak mungkin tamunya diizinkan pulang sebelum mereka makan bersamanya.

Sifat rendah hatinya kepada setiap tamunya amat mengagumkan. Sebelum sang tamu pulang, orang semulia dirinya ini justru selalu meminta doa dari mereka.

Kelahiran Purwakarta
Ayah Habib Ali, Habib Ja'far bin Ahmad Alaydrus, datang ke Singapura dari Purwarkarta dan menetap di Negeri Singa itu selama beberapa tahun pada dekade tahun 1930-an dan tinggal di Lorong 30 Geylang. Habib Ja'far kembali ke Hadhramaut pada tahun 1938.

la wafat pada tahun 1976 di kota Tarim. Jenazahnya dimakamkan di Pemakaman Zanbal, berdekatan dengan makam datuknya, Habib Abdullah Alaydrus.

Berdasarkan kisah yang disampaikan Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf Jeddah, ketika ayah Habib Ali ini masih dalam kandungan ibunya, kakeknya, Habib Abdul Qadir bin Salim, berkata kepada istrinya, Hababah Aisyah Assegaf, jika putranya Ahmad dikaruniai anak laki-laki, akan ia namai "Salim", mengikut nama orangtua Habib Abdul Qadir sendiri. Namun istrinya, Hababah Aisyah, tidak setuju dengan usulan itu dan ia ingin menamainya Ja'far, mengikuti nama datuk sang istri, Habib Ja'far bin Ahmad bin Ali bin Abdullah Assegaf.

Mendengar usulan sang istri, Habib Abdul Qadir mengatakan, ia bersedia menamainya "Ja'far" sekiranya tampak nyata kelebihan yang ada pada diri anak itu kelak.
"Baik, kamu akan lihat kelebihannya, giginya akan tumbuh sebelum waktunya," kata. Hababah Aisyah saat itu.

Habib Abdul Qadir menimpali kembali, "Kalau memang demikian, aku akan sembelih tujuh ekor kambing."

Pada saatnya, benar saja, yang terlahir adalah seorang anak laki-laki. Dan tiba hari ketujuh, hari untuk menyelenggarakan aqiqah sekaligus untuk memberikan nama pada sang anak, nyatalah apa yang dikatakan Hababah Aisyah. Gigi si cucu mulai terlihat. Maka, sang cucu pun dinamai "Ja'far".

Habib Ja'far kemudian tumbuh dewasa dalam lingkungan keluarga yang shalih dan alim. la juga kemudian dikenal sebagai seorang alim pada masanya. Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf, Jeddah termasuk yang ber-istifadah (mengambil faidah ilmu) darinya.

Di antara karyanya, Habib Ja'far meninggalkan sebuah diwan (kumpulan qashidah) yang kini telah dicetak oleh penerbit Darul Ushul, Yaman.
Habib Ja'far bin Ahmad mempunyai 10 putra, yakni Abdullah, Abdul Qadir, Ali, Salim, ldrus, Thaha, Ahmad, Abubakar, Thahir, dan Alwi, serta beberapa putri. Di antara putri Habib Ja'far yang masih hidup pada saat ini adalah adik Habib Ali yang bernama Syarifah Gamar
Mungkin tak banyak orang yang tahu bahwa Habib Ali Batu Pahat ini kelahiran Nusantara, tepatnya di Purwakarta, Jawa Barat, pada tahun 1919. Sebagian keluarganya saat ini juga masih berada di sana.

Tahun 1926, yaitu saat berumur tujuh tahun, ia tiba di Singapura. Tapi hanya sebentar, lalu ia kembali lagi ke Indonesia. Tahun 1929, untuk kedua kalinya ia datang ke Singapura dan kemudian menetap di sana hingga tahun 1942.

Di Singapura, ia tinggal bersama ayah dan kakaknya, Habib Abdul Qadir bin Ja'far Alaydrus, di sebuah rumah di Arab Street. Ketika itu sang kakak barn datang dari Hadhramaut. Berdasarkan cerita yang pernah disampaikan Habib Ali sendiri, kedatangan sang kakak mendapat sambutan yang amat hangat dari penduduk Singapura pada saat itu. Habib Abdul Qadir sendiri wafat di Purwakarta dan dimakamkan di sana.

Tahun 1942, Habib Ali hijrah ke Batu Pahat, Johor, Malaysia. Semasa hidupnya di negeri rantaunya yang baru ini, Habib Ali menjadi tempat mengadu berbagai permasalahan banyak orang
Tempat Ziarah para Ulama

Semasa hidupnya, Habib Ali menjadi tempat mengadu berbagai permasalahan banyak orang. Mereka yang berasal dari Nusantara dan negara-negara Arab, apabila berkunjung ke Malaysia, akan meluangkan waktu untuk mengunjunginya, demi mendapatkan mutiara nasihat dan keberkahan dari sosok yang jiwa dan raganya ini senantiasa bergantung kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Di antara petuah yang pernah ia sampaikan, "Allah SWT adalah Sang Khaliq. Manusia hanyalah makhluk. Maka, manusia harus mematuhi apa pun perintah Sang Maha Pencipta. Bukan Sang Maha Pencipta yang mematuhi perintah manusia."

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki, bila berkunjung ke Malaysia, pun kerap menziarahi Habib Ali di Batu Pahat. Pada perjumpaan terakhirnya dengan Habib Ali, Al-Maliki mengatakan, ia meyakini bahwa Habib Ali adalah seorang yang diberi anugerah besar dari sisi Allah di negeri rantaunya ini. Sebelum pulang, Sayyid Muhammad Al-Maliki pun mengarang sebuah qashidah untuknya yang menggambarkan sifat-sifat mulia Habib Ali bin Ja'far Alaydrus.

Pernah suatu kali Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki rahimahullah berkunjung pada beliau, sepanjang jalan Sayyid Muhammad berbicara tentang rindunya pada Rasulullah saw, maka ketika sampai di kediaman beliau, maka semua tamu tidak diperkenankan masuk, kecuali Sayyid Muhammad Al Maliki, mereka masuk berdua cukup lama, lalu keluarlah Sayyid Muhammad Al Maliki dengan airmata yg bercucuran.., seraya berkata : hajat saya sudah terkabul… terkabul.., sambil menutup wajah beliau dengan linangan air mata.

Diantara Ulama yang pernah mengunjungi dan bersilaturrahmi kepada beliau antara lain, Al Habib Zein bin Ibrahim bin Semith dari Madinah, Al Habib Salim bin Abdullah Asy Syatiri (Hadramaut), Al Habib Umar bin Hafidh (Hadramaut), Al Habib Anis bin Alwi Al Habsyi dari Solo dan tokoh habaib dan ulama lainnya.

Tenggelamnya sebuah Bintang

Habib Ali wafat sekitar pukul 17.10 atau 17.15 petang waktu setempat. Syed Ibrahim dan Syed Ja'far, keduanya cucu Habib Ali, dari putranya yang bemama Syed Husein, di sampingnya ketika itu. Hari wafatnya ini menjelang lima hari sebelum haul ayahandanya, Habib Ja'far bin Ahmad, yaitu pada 3 Jumadil Akhirah.
Dari saat Habib Ali wafat waktu dimandikan keesokan harinya, jenazahnya tak putus-putus dikunjungi ribuan manusia dari segala penjuru dan lapisan masyarakat, terutama dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Di antara yang hadir menyampaikan ta'ziyahnya pada saat itu adalah Syed Hamid bin Ja'far Al-Bar, mantan menteri luar negeri dan menteri dalam negeri Malaysia.

Begitu juga bacaan Al-Quran, Yaasin, dan tahlil tak putus-putusnya dibacakan hingga jenazahnya usai dimandikan oleh keluarga sekitar pukul 09.30, Jum'at pagi. 
Karena begitu banyaknya penta'ziyah yang datang untuk dapat menghadiri prosesi shalat Jenazah, akhirnya jenazah Habib Ali dishalatkan sebanyak dua kali. Pertama, sebagaimana wasiatnya, dishalatkan di dalam rumah, yang diimami oleh Habib Abdullah bin Alwi bin Muhammad Alaydrus, dan kedua di luar rumah, dengan imam Habib Hasan bin Muhammad bin Salim Al-Attas.

Jenazahnya kemudian dimakamkan sebelum shalat Jum'at, 29 Jumadil Ula 1431 H/14 Mei 2010, di Tanah Pekuburan Islam Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Habib Umar bin Hamid AI-Jilani dari Makkah yang membacakan talqin pada saat itu.
Habib Ali bin Ja'far Alaydrus meninggalkan seorang putri bernama Syarifah Khadijah dan tiga orang putra, yaitu Syed Muhammad, Syed Umar, dan Syed Husein. Semoga ketabahan dan ketawakalan mengiringi hati keluarga dan para pecintanya atas kepergian sosok yang amat mereka cintai dan muliakan ini.

Ulama adalah pewaris para nabi. Kepada para pewarisnya itu, Nabi SAW tidak mewariskan harta, tetapi beliau mewariskan ilmu kepada mereka, yang nilainya melebihi bilangan harta, seberapa pun besarnya. Siapa yang mengambil ilmu mereka, dia telah mengambil harta yang amat bernilai.
Oleh karenanya, wafatnya seorang ulama adalah musibah yang sulit tergantikan dan satu kelemahan yang susah ditutupi. Wafatnya seorang ulama ibarat sirnanya sebuah bintang di antara gugusan bintang-bintang lainnya. Rasulullah SAW mengatakan, "Sesungguhnya wafatnya satu kabilah lebih ringan musibahnya dibandingkan atas wafatnya seorang yang alim." (HR Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibn Majah, dan Al-Bayhaqi).

Kini Habib Ali telah tiada. Dengan segala kemuliaannya, ia telah berada di sisi Sang Khaliq. Tinggal kita semua yang saat ini telah ditinggalkannya. Kita yang masih banyak bergelimang dengan dosa. Semoga Allah SWT senantiasa memberikan hidayah di atas jalan hidup kita, mengampuni kita atas dosa-dosa kita, dan mengumpulkan kita kelak di surga-Nya bersama orang-orang yang kita cintai.




Wasiat Hb Ali bin Ja'far Al-Idrus *BATU PAHAT* - JOHOR

Antara Johor dan Kuala lumpur, terdapat sebuah desa terpencil yaitu "Batu pahat" yanggdi wilayah tersebut tinggallah seorang shalih yang Doanya tak pernah ditolak oleh Allah swt, Al Habib Ali bin Ja'far Alaydrus, seorang lanjut usia yang waktunya habis untuk menemui tamunya siang dan malam, dengan rumah yang sangat sempit dan sederhana, namun para Habaib dan Ulama ulama Dunia bila berkunjung ke kualalumpur, pastilah harus berkunjung untuk mendatangi beliau, telah banyak para habaib besar yang mengunjungi beliau, diantaranya 

Al Habib Umar bin Hafidh Hadramaut, Al habib Muhammad bin Alwi Al Maliki Makkah, Al Habib Zein bin Ibrahim bin Smeith Madinah, Al Habib Hasan bin Abdullah As Syathiri Hadramaut, Al Habib Salim bin Abdullah As Syathiri Hadramaut, Al Habib Abdulqadir bin Ahmad Assegaf dan banyak lagi para Habaib besar yang selalu mengunjungi beliau, dan ayah beliau adalah salah seorang yang Luhur dan Agung disisi Allah, Al Habib Ja'far Alaiydrus yang termasyhur dihampir seluruh Dunia sebagai orang yang shalih dan telah dikelompokkan dalam kumpulan ahli Shiddiqiyyatil Kubra, dan putranya Alhabib Ali bin Ja'far yang tampak tak memiliki apa-apa, dan selalu menunduk dan dipenuhi kerendahan diri dan kesopanan pada para tamu tamunya ini, bersuara lembut dan penuh kasih sayang ini.. ah..beliau bagaikan Intan berlian yang bersinar ditengah-tengah gelapnya suasana malam.

nasihat-nasihat beliau :

Nasihat pertama:
Bacalah Al-Quran. Ikutilah Al-Quran. Al-Quran itu adalah karangan Pencipta kita. Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan Al-Quran.

Nasihat kedua:
Jangan bergaduh antara satu sama lain. Yakni antara adik beradik, ahli keluarga, sahabat2, saudara-mara dan sebagainya. Jika ada pergaduhan, cepat2lah berbaik2 antara satu sama lain.

Nasihat ketiga:
Bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu. Di sini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda2 besar Kiamat.

Nasihat keempat:
Allah swt itu adalah Khalik iaitu sang Pencipta. Manusia hanyalah Makhluk iaiatu yang dicipta. Maka manusia itu patut mematuhi apa sahaja perintah2 Pencipta bukan Pencipta mematuhi perintah manusia. Takutlah pada Allah swt dengan bertaqwa pada Allah swt. Jika manusia tidak taku pada Allah siapa yang dia takutkan? Akibat tidak takut pada Allah swt, banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri. Turutilah semua perintah2 Allah swt dan juga Nabi Muhammad s.a.w yakni Rasul dan Nabi yang terakhir. Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah solollah alahi wassalam.

Nasihat kelima:
Solat lima waktu mesti di laksanakan di mana jua, tanpa mengenal masa. Allah swt telah meringankan solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu sahaja maka itu jangan sekali2 tinggalkan Solat2 fardhu.

Nasihat keenam:
Anak2 kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun selambat2nya.


Kisah Ziarah Habib Ali Batupahat

Ramadhan 2009,aku buat khidmat memasak untuk berbuka & sahur jemaah Madrasah Pulau Besar.

Pertama kali mendengar kisah Habib Ali lepas tarawikh,perbualan antara jemaah.Aku tertarik sangat & berkata pada rakan yang aku nak ziarah beliau & dapatkan maklumat asas ke Batu Pahat.

Esoknya aku bersendiri ambil bot 8.30am Pulau Besar ke Anjung Batu & ambil bus ke Muar.Di Stesen bus aku ambil bus ke Batu Pahat.Sampai pukul 1.30pm,lepas solat di Stesen bus Batu Pahat,aku ke perhentian teksi berdekatan.”Saya mahu pergi rumah Habib Ali”,kata ku!”OK,sapuluh linggit”,kata apek dalam lingungan 50an.”Apa had lu mau pigi lumpa itu olang?”Saya dengar dia banyak baik punya orang & dia sekarang kurang sihat,jadi itu pasal saya mau jumpa sama dia”balas ku.”Simalam ala 5 keleta Singapore mali,satu olang pun talak lapat jumpa sama lia,lu bus mali,lagi lia punya lumah pun lu tak tau,lagi lu ingat cenang mau lumpa ka?”jerit apek sambil menjeling pada ku.”

Tatak lapat lumpa pun tak apa,kalau tuan Alla mau kasi lumpa,mesti lapat lumpa punya,itu tatak had”kata ku lembut pada Apek.”Butut lu cakap,saya tau manyak olang busat mau lumpa sama lia pun talak lapat,tapi lia manyak baik punya olang,sini semua olang ala tau sama lia”balas Apek lembut pada ku.

Sesampai di rumah usang Habib,cucunya Ibrahim keluar dari pintu belakang dan berkata pada ku supaya datang kembali selepas Asar.”Apek aa,sini mana ala masjid,lu kasi hantar sama saya”Apek menghantar ku ke Masjid Kg.Istana,tak jauh dari rumah Habib.

Lepas Asar aku berjalan ke rumah Habib,Ibrahim menjemput aku masuk ke ruang depan rumah berlantaikan semen dan bertikar.Beliau menerangkan yang datuknya tidak sihat dan tak tentu boleh berjumpa setiap pengunjung.

Ada pengunjung dari jauh dan tunggu sehari suntuk pun tidak dapat ketemuan.Saya berkata tujuan saya hanya untuk ziarah dan semua atas kehendak Allah.Semasa kami berbual,terdengar bunyi seolah seseorang cuba bangun dari katil,Ibrahim meminta diri masuk ke ruang dalam yang dipisahkan oleh plywood,tiba2 aku melihat Tuan Habib di pimpin oleh Ibrahim.aku bergegas bangun dan bersalam dengan Tuan Habib,dia menisyaratkan supaya aku salam dengan lembut,kerana mungkin beliau tak sihat.

Tangamnya ku salam,sunguh nyaman rasa ku,beliau mempersilakan aku duduk.Dengan meletakan kedua tangan dimatanya seolah2 meneropong muka ku,beliau berkata sebanyak 3 kali”Pintu taubat masih terbuka”pada ku.Tanpa kusedari air mata ku bergenang.Pesannya lagi Islam berkembang di seluruh dunia,bantu semampu kita.Sembahyang itu segalanya.

Lepas 5 minit beliau meminta diri kembali ke kamar ku.Al fatihah untun Tuan Habib Ali!
Penulis : Ismail Sheikh