...Perkongsian ilmu, perkongsian pengalaman, perkongsian perasaan, perkongsian rasa, perkongsian cerita, perkongsian kelana-kembara, hamba dan keluarga... Perkongsian dan penyebaran ilmu, pengetahuan dan maklumat tasawuf, tauhid, fiqh, ibadat dan muamalat...
TOPIK
Aidil Fitri
(1)
Air Kolah
(9)
Akhir Zaman
(3)
Aktiviti Ilmiah
(1)
Al-Quran
(4)
Alam
(13)
Alam Ghaib
(5)
Aldil Fitri
(1)
Allah wujud tanpa bertempat
(15)
Amal Soleh
(3)
Anti Hadis
(1)
Aqidah
(17)
ASWJ
(63)
Bab Munakahat
(4)
Bab Sihir
(3)
Bab Tauhid
(9)
Bahasa Melayu
(6)
Bahaya Syiah
(7)
Bertabarruk
(2)
Bid'ah
(8)
Bidaah Hasanah
(7)
Bulan Ramadhan
(18)
Bulan Rejab
(1)
Bulan Zulhijjah
(1)
Cintai DIA
(1)
Cuti-Cuti Malaysia
(89)
Doa
(1)
Dosa Besar
(1)
Ekonomi Islam
(5)
Fadilat Al-Quran
(4)
Fiqh
(3)
Futuhul Ghaib
(1)
Futuhul Makkiyyah
(3)
guru
(2)
Guru Mursyid
(6)
Guru Tariqat
(6)
Hadis Dhaif
(6)
Hadis Maudhu'
(1)
Hadis Nabi
(14)
Hakikat
(1)
Hari Kemudian
(1)
Hotel Islam
(1)
Hukum Berkaitan Zikir
(9)
Ibadat Haji
(6)
Ibnu Taimiyyah
(16)
ilmu kebatinan
(5)
Ilmu Laduni
(1)
ilmu persilatan
(2)
Imam Malik
(1)
Insan Kamil
(1)
Israk Mikraj
(10)
Istanbul
(17)
Isu Halal
(2)
Isu Kalimah Allah
(4)
Isu Khilaf
(25)
Isu Khilafiah
(29)
Isu Semasa
(4)
Isu Wahhabi
(97)
Jalan-Jalan
(128)
Jihad Ekonomi
(34)
Jom Makan
(16)
Karamah
(2)
kebenaran
(5)
Kesultanan Melayu
(7)
Kewangan dan Perbankan Islam
(1)
Khatamun Nubuwwah
(2)
Kisah Mualaf
(28)
Kisah Nabi
(2)
Koleksi
(2)
Kosong
(2)
Kurma
(1)
Lagu
(1)
Lailatul Qadar
(14)
Makam Sultan
(5)
Makam Sultan/Raja Melayu
(7)
Makam Wali Allah
(43)
Makhluk Halus
(1)
Makrifat
(1)
Masjid
(41)
Masjid Lama
(24)
Masjid Utama
(29)
Maulidur Rasul
(23)
Mekah
(2)
Melayu
(14)
Merdeka
(1)
Misteri
(10)
motivasi
(1)
Mukasyafah
(2)
Mutasyabihat
(7)
Nabi Ibrahim A.S.
(1)
Nabi Khidir A.S.
(14)
Nabi Musa A.S.
(1)
Neraka
(1)
Nisfu Syaaban
(17)
nostalgia
(1)
Nur Muhammad
(6)
Nuzul Quran
(3)
Pahlawan Islam
(2)
Pahlawan Melayu
(10)
Pelancongan Tanah Tinggi
(4)
pengumuman
(7)
Penyakit
(1)
Perubatan Islam
(2)
Perubatan tradisional
(1)
Petua
(2)
Puasa Ramadhan
(18)
Puasa Sunat
(2)
Pulau Besar
(18)
Putrajaya
(3)
Rabitah
(1)
Rahmat Allah
(1)
Rawatan Islam
(1)
rekreasi
(21)
Rezeki
(1)
RSAW
(11)
Rumahku Syurgaku
(4)
Sajak
(6)
Sedekah
(1)
Sejarah Melayu
(6)
Selawat
(7)
Senibina Islam
(8)
Sifat 20
(2)
Solat
(8)
Solat Sunat
(9)
Sumpah
(1)
Sunnah RSAW
(9)
Tamadun Islam
(8)
Tariqat
(7)
Tasawuf
(23)
Tawassul
(5)
Tulisanku
(311)
Ulamak Islam
(7)
Ulamak Nusantara
(20)
Ulamak Tanah Melayu
(16)
Universiti
(3)
Usahawan Muslim
(9)
Usuluddin
(1)
Wahhabi dan Keganasan
(9)
Wali Allah
(50)
Wali Melayu
(22)
Wali Songo
(10)
Youtube
(1)
Zakat
(13)
Zakat Fitrah
(4)
Memaparkan catatan dengan label Lailatul Qadar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lailatul Qadar. Papar semua catatan
Rabu, 23 Julai 2014
Khamis, 1 Ogos 2013
10 malam terakhir Ramadan kemuncak ibadah
10 malam terakhir Ramadan kemuncak ibadah
Perbanyak beriktikaf dalam masjid mencari lailatulqadar
Ramadan adalah antara rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang beriman. Malah, Allah menyediakan malam-malam kemuncak yang disebut al-‘Asyar al-Awahir iaitu 10 malam terakhir Ramadan.
Malam ini untuk manusia tunduk memperhambakan diri kepada Allah SWT dengan melakukan qiyam Ramadan. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka telah diampunkan baginya dosa-dosa yang lampau.” (Hadis Muttafaqun ‘Alaih)
Teladan terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ialah dengan menjadikan 10 malam terakhir Ramadan sebagai kemuncak ibadah berbanding malam lain. Nabi SAW akan menghidupkan malam itu dengan ibadah iktikaf, solat dan berzikir kepada Allah SWT.
Saidatina ‘Aisyah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila tibanya 10 Ramadan terakhir Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengetatkan ikatan kainnya.” (Riwayat Muslim)
Ketatkan ikatan kain
Maksud mengetatkan ikatan kain pada pandangan ulama ialah meninggalkan tempat tidur dengan tidak bersama isteri-isteri Baginda. Manakala pandangan yang lain menyatakan, Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadah dan beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadan.
Hadis ini juga jelas menceritakan kelebihan 10 malam terakhir Ramadan. Nabi SAW bukan saja menghidupkan malamnya secara berseorangan, tetapi Baginda mengajak ahli keluarga untuk tidak terlepas mengecapi kemanisan ibadah pada malam itu.
Sesungguhnya 10 malam terakhir Ramadan adalah malam mulia, manakala sepuluh hari terawal Zulhijjah adalah sepuluh waktu siang termulia bagi umat Islam.
Dr Yusuf al-Qardhawi menerangkan, 10 malam terakhir Ramadan dianggap mula kerana dua sebab, Nabi SAW akan sentiasa mengharapkan kebaikan pada setiap penghujung sesuatu perkara mahupun urusan.
Nabi SAW bersabda: “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada pengakhirannya, sebaik-baik amalanku pada penghujungnya dan sebaik-baik hari apabila aku bertemu dengan-Mu.” (Riwayat al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid)
Pengajaran daripada hadis ini ialah sesuatu amalan yang kita lakukan perlulah diakhiri dengan kesempurnaan. Begitulah juga ibadah dilakukan pada malam Ramadan terutama apabila telah memasuki 10 malam terakhir.
Adalah sedikit mendukacitakan apabila seorang hamba memulakan ibadah hanya pada malam awal dan pertengahan Ramadan, tetapi meninggalkan amal ibadah kemuncak pada malam 10 terakhir.
Kemuncak ibadah waktu malam
Perlulah diketahui bahawa inilah kemuncak ibadah pada waktu malam dalam sepanjang tahun yang Allah telah sediakan kepada kita untuk merasai kelazatan beribadah kepada-Nya.
Allah SWT menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam lailatulqadar. Adakah kamu mengetahui apakah malam lailatulqadar? Malam lailatulqadar itu lebih baik berbanding seribu bulan. Turunnya malaikat dan juga Jibril padanya dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala urusan. Sejahteralah padanya (malam lailatulqadar) sehingga terbitnya fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 1-5)
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan pengharapan maka diampunkan segala dosanya yang lampau.” (Riwayat Bukhari)
Ulama termasuk salaf al-soleh berbeza pendapat dalam meletakkan malam tertentu bagi lailatulqadar. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaniy menjelaskan dalam karyanya Fath al-Bari bahawa terdapat 39 pandangan dalam memperkatakan penetapan malam lailatulqadar.
Sebahagian kecil ulama berpendapat malam lailatulqadar boleh berlaku pada mana-mana malam dalam bulan Ramadan. Namun jumhur ulama Mazhab Maliki, Syafi’i dan Hanbali berpendapat, malam lailatulqadar berlaku pada salah satu malam dalam sepuluh malam terakhir Ramadan.
Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW: “Carilah ia (malam lailatulqadar) pada sepuluh terakhir Ramadan.” (Riwayat Muslim)
Imam al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya malam lailatulqadar itu terdapat pada mana-mana malam pada sepuluh terakhir yang tidak jelas waktunya bagi kita. Walaupun begitu ia berada hanya pada satu malam tertentu saja yang telah ditetapkan sehinggalah ke hari Kiamat. Namun malam-malam ganjil adalah yang paling diutamakan dan yang paling hampir dalam malam-malam ganjil itu pada pandangan Imam al-Syafi’i ialah pada malam ke-21.” (Dinukilkan dalam kitab al-Majmu’)
Sebahagian besar ulama berpendapat malam lailatulqadar berlaku pada malam ke-27. Pandangan ini dinyatakan oleh Ibn Abbas dan sebahagian besar sahabat bersandarkan hadis diriwayatkan oleh Mu’awiyah bin Abi Sufya, Nabi SAW bersabda mengenai malam lailatulqadar: “Ianya pada malam ke-27 (Ramadan).” (Riwayat Abu Daud)
Namun terdapat hadis lain juga menerangkan malam lailatulqadar berlaku pada malam ganjil iaitu malam 23, 25 dan 29.
Kesimpulannya malam lailatulqadar tidaklah diketahui bilakah waktunya namun kita disuruh oleh Nabi SAW untuk mencarinya dengan melakukan ibadah pada 10 malam yang terakhir Ramadan. Hal ini bertepatan sunnah Nabi SAW yang memperbanyakkan amal ibadat pada sepuluh malam terakhir.
Selasa, 17 Julai 2012
Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
sumber : http://www.islam.gov.my/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar
Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu me
Tarikh : Oktober 3, 2006 - 3:01pm
Editor : projakim
Editor : projakim
- Hits : 2798
Khamis, 22 Disember 2011
Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihiasi dari tahun ke tahun...
sumber : http://berkatayahnda.blogspot.com/2011_09_01_archive.html
Hazdrat Ibnu ‘Abbas r.a.huma berkata bahwa sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda , “Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadhan.
Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, satu angin akan bertiup dari bawah ‘Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok-pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaran dari yang demikian itu satu bunyian merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian..…..
….. Apabila tiba waktu berbuka puasa pada setiap hari dari bulan Ramadhan, Allah s.w.t. akan membebaskan sejuta (1,000,000) jiwa dari neraka yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka.
Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah s.w.t. akan membebaskan pada hari itu sebanyak mana yang Dia telah bebaskan dari awal bulan sehingga ke akhirnya.
Apabila berlaku Lailatul Qadr, Allah s.w.t. akan memerintahkan Jibrail a.s. supaya turun bersama satu kumpulan malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Dia akan memacak bendera itu di atas Ka’bah. Jibrail a.s. mempunyai seratus sayap. Di antaranya terdapat dua sayap yang tidak dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu dia membuka keduanya pada malam itu sehingga keduanya akan menutup dari timur ke barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s. akan mendorong malaikat-malaikat sehingga mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. Malaikat-malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar.
Apabila terbit fajar Jibrail a.s. akan menyeru segala malaikat, “Sekarang berangkatlah!” Malaikat-malaikat itu pun akan bertanya, “Wahai Jibrail apakah yang Allah s.w.t. telah lakukan terhadap keperluan-keperluan ornag-orang yang beriman dari ummat Muhammad s.a.w.” Dia akan manjawab, “Allah s.w.t. telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka kecuali empat jenis manusia.” Maka kami pun bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Baginda bersabda, “lelaki yang berterusan meminum arak, dia yang mendurhakai kedua ibu bapanya, dia yang memutuskan silaturrahim dan musyahin.” Kami telah berkata, “Ya Rasulullah! Siapakah itu musyahin?” Baginda menjawab, “Dia adalah orang yang memutuskan perhubungan keluarga.”
Apabila tiba malam hari raya idil-fitri – malam itu dinamakan (di sisi penduduk langit) Lailatul Jaizah. Pada pagi hari raya itu Allah s.w.t. menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua apa yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t. kecuali jin dan manusia. Mereka berkata, “Wahai ummmat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan memaafkan dosa-dosa besar.”
Apabila mereka tiba ditempat sembahyang raya, Allah s.w.t. akan berkata kepada para malaikat, “Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melakukan kerjanya?” Baginda s.a.w. bersabda, “Para malaikat akan berkata, “Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.” Lalu Allah s.w.t. berfirman, “Kerana itu Aku telah menjadikan kamu sebagai saksi. Wahai malaikatKu! Sesungguhnya Aku telah jadikan balasan kepada mereka kerana puasa mereka di bulan Ramadhan dan berdirinya mereka (beribadat kepadaKu di dalam Tarawih) ialah keredhaanKu dan keampunanKu.” Allah s.w.t. akan berfirman lagi, “Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah dariKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah kamu memohon sesuatu pun dari Ku pada hari ini di dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhiratmu kecuali Aku akan menunaikannya dan tidak juga untuk kepentingan duniamu kecuali Aku akan memandang untuk kebaikanmu. Demi kemuliaanKu, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengambil berat terhadapKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir) kembalilah kamu di dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan Daku dan Aku juga telah meredhakan kamu.” Para malaikat pun bergembira dan bersuka ria dengan apa yang Allah s.w.t. telah berikan pada ummat ini apabila mereka telah selesai dari puasa di bulan Ramadhan.
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban).
Rabu, 24 Ogos 2011
Memburu al-Qadar
Memburu al-Qadar
Oleh DR. MASHITAH IBRAHIM

KITA perlu meningkatkan ibadat pada 10 terakhir Ramadan kerana di dalamnya terkandung malam al-Qadr.
SUDAH dua pertiga bulan Ramadan berlalu. Masih tersisa hanya beberapa hari. Dalam masa yang masih berbaki ini kita disunat mempertingkatkan amal ibadat seperti berjaga di waktu malam, beriktikaf dan mengejutkan anggota keluarga melaksanakan ibadah sunat, di samping membanyakkan sedekah.
Bulan Ramadan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan setiap Muslim. Dalam tempoh 10 malam terakhir Ramadan, kita dijanjikan akan adanya malam al-Qadar, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.
Allah SWT sengaja merahsiakan kemunculan sebenar lailatulqadar. Kerahsian itu mempunyai kaitan dengan kesengajaan Allah SWT untuk menguji setiap umat Islam agar lebih serius dan dedikasi dalam mencari jalan bagi mendapatkan rahmat dan kasih sayang-Nya.
Maka di situlah terletaknya tahap keimanan setiap orang Islam dan akan membezakan ketakwaan, kerana kemuliaan seseorang Islam di sisi Allah adalah darjah ketakwaan dan keimanannya.
Usaha mencari malam al-Qadar, turut dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW melalui sabdanya: Carilah Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari)
Dalam satu riwayat lain, Rasulullah SAW dilaporkan melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.
Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.
Teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sepanjang bulan Ramadan telah menjadi contoh yang terbaik bagi setiap umat Islam untuk mendapat kerahmatan Allah SWT.
Maka, teladan itulah juga mungkin memberikan ilham kepada seorang pelajar Malaysia yang dirompak dan tercedera dalam rusuhan di London pada awal Ramadan lalu berupaya membaiki imej buruk Islam dalam pandangan masyarakat Barat.
Mohamed Asyraf Haziq Rossli yang dibelasah dan dirompak tidak sedikit pun menyimpan dendam kepada remaja yang mencerobohnya. Dia bukan sahaja menjadi ikon terbaru remaja Islam malah membantu menghapuskan imej buruk terhadap Islam.
Asyraf akan menderma wang yang bakal diterimanya setelah pelbagai pihak mengumpul dana bagi membantunya. Malah Perdana Menteri Britain, David Cameron terasa dimalukan oleh rakyatnya sendiri.
Pengajaran ini jelas membuktikan semangat melakukan kebajikan dan keberkatan Ramadan telah berupaya menghakis pandangan buruk barat terhadap Islam.
Ia juga mungkin dibantu oleh amukan seorang pemuda di Norway beberapa hari menjelangnya Ramadan, bahawa tindakan melampau itu bukanlah hak mutlak umat Islam.
Setiap manusia, setiap penganut agama tetap ada semangat yang berbelah bahagi sama ada melakukan kebaikan atau bertindak ganas.
Ia adalah sifat semula jadi semua manusia dan agama sebenarnya tidak pernah mengajar penganutnya melakukan keganasan.
Inilah kekuatan terbesar yang telah berlaku sepanjang bulan Ramadan tahun ini berbanding pada tahun lalu. Bulan Ramadan penuh kontroversi apabila seorang paderi gereja kecil di Florida membuat kecoh membakar al-Quran sebagai memperingati ulang tahun kesembilan runtuhnya Pusat Dagangan Dunia di New York.
Tahun lalu, tarikh ulang tahun itu jatuh dalam bulan Syawal.
Tahun ini, kerana Ramadan bermula sama dengan hari pertama bulan Ogos, maka itulah mungkin sesuatu yang tidak kita fahami secara lahiriah, ia adalah petunjuk bahawa Allah SWT sedang menunjuk arah bahawa imej buruk yang selama ini ditakuti oleh orang barat terhadap Islam semakin terhapus dan tenggelam.
Ramadan tahun ini turut membongkarkan banyak rahsia, antaranya percubaan untuk memurtadkan orang Islam melalui malam rakaman kasih, thanksgiving di Damansara Utama Methodist Church dan kegiatan sebuah pusat tuisyen di Jalan Kelang Lama, cuba mengindoktrinasikan pemikiran kanak-kanak dengan ajaran Kristian terdedah dengan jelas.
Ramadan kali ini juga memberi kesedaran kepada umat Islam, bahawa sebenarnya orang yang setiap hari bercakap dan mendakwa dirinya Islam, sebenarnya tidaklah bertindak secara Islamik.
Di sebalik memburu lailatulqadar, Ramadan mengingatkan kita sebagai umat Islam, banyak peristiwa yang perlu kita jadikan teladan.
Maka, secara tidak langsungnya Allah SWT telah memberikan kita kekuatan, atas kesabaran dan niat yang ikhlas kita mampu mengerjakan perintah-Nya.
Lailatul Qadar rangsangan untuk lipat ganda ibadat
sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lailatulqadarrangsanganuntuklipatgandaibadat/Article
Oleh Ibrahim Abdullah
MALAM lailatul qadar turut dikaitkan dengan beberapa riwayat menceritakan sebab diturunkan surah al-Qadr yang menjadi rujukan setiap Ramadan untuk mengingatkan umat Islam anugerah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Daripada Ibnu Umar: “Bahawa beberapa sahabat Nabi melihat lailatul qadar dalam mimpi tujuh malam terakhir, maka barang siapa mencarinya hendaklah ia mencari pada tujuh malam terakhir.” (Muttafaq Alaih)
Ibnu Abbas menyatakan bahawa Nabi bersabda bermaksud: “Carilah lailatul qadar pada malam 10 yang terakhir dari (bulan) Ramadan. Lailatul qadar itu pada sembilan hari yang masih tersisa, tujuh yang masih tersisa dan lima yang masih tersisa.” (Hadis riwayat Bukhari)
Tanda-tanda malam lailatul qadar seperti diriwayatkan daripada Ubay, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Pagi hari malam lailatul qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (Hadis riwayat Muslim)
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, dan keesokan harinya cahaya sinar matahari melemah kemerah-merahan.” (Hadis riwayat Tayalisi, Ibnu Khuzaimah, Bazzar)
Mengisi malam lailatul qadar, Nabi Muhammad SAW beriktikaf di masjid, Baginda bersolat wajib dan sunat, membaca al-Quran, berzikir serta berdoa.
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan (solat malam/tarawih) kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)
Adapun ciri-ciri orang yang mendapat malam lailatul qadar adalah dia beribadah lebih rajin daripada sebelumnya.
Oleh Ibrahim Abdullah
MALAM lailatul qadar turut dikaitkan dengan beberapa riwayat menceritakan sebab diturunkan surah al-Qadr yang menjadi rujukan setiap Ramadan untuk mengingatkan umat Islam anugerah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Dikisahkan dalam satu riwayat oleh Ibn Hatim dan al-Wahidi, Rasulullah SAW pernah menyebut seorang Bani Israel yang berjuang fisabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Kaum Muslimin mengagumi perjuangan orang itu. Maka Allah menurunkan surah al-Qadar, ayat 1-3.
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa dalam kalangan Bani Israel terdapat seorang lelaki yang suka beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang harinya. Perbuatan itu dilakukan selama seribu bulan.
Sahabat kagum dan iri hati dengan lelaki Bani Israel yang beribadah dan berjihad selama seribu bulan sedangkan ajaran Islam baru disebarkan Nabi, ramai yang masuk Islam pada umur 40 tahun atau lebih. Sehingga sisa waktu mereka hanya 20-30 tahun saja.
Justeru itulah, turun ayat mengenai lailatul qadar untuk direbut kelebihannya yang menyamai beribadat selama seribu bulan. Maka, digalakkan kita memperbanyakkan solat, zikir, doa, bertadarus, membaca al-Quran, bersedekah, dan berjihad di jalan Allah pada malam lailatul qadar.
Malam lailatul qadar terjadi pada malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan (malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29).
Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan dan Baginda bersabda yang bermaksud: Carilah malam qadar pada malam ganjil dari 10 malam terakhir dari Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Justeru itulah, turun ayat mengenai lailatul qadar untuk direbut kelebihannya yang menyamai beribadat selama seribu bulan. Maka, digalakkan kita memperbanyakkan solat, zikir, doa, bertadarus, membaca al-Quran, bersedekah, dan berjihad di jalan Allah pada malam lailatul qadar.
Malam lailatul qadar terjadi pada malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan (malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29).
Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan dan Baginda bersabda yang bermaksud: Carilah malam qadar pada malam ganjil dari 10 malam terakhir dari Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Ibnu Umar: “Bahawa beberapa sahabat Nabi melihat lailatul qadar dalam mimpi tujuh malam terakhir, maka barang siapa mencarinya hendaklah ia mencari pada tujuh malam terakhir.” (Muttafaq Alaih)
Ibnu Abbas menyatakan bahawa Nabi bersabda bermaksud: “Carilah lailatul qadar pada malam 10 yang terakhir dari (bulan) Ramadan. Lailatul qadar itu pada sembilan hari yang masih tersisa, tujuh yang masih tersisa dan lima yang masih tersisa.” (Hadis riwayat Bukhari)
Tanda-tanda malam lailatul qadar seperti diriwayatkan daripada Ubay, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Pagi hari malam lailatul qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (Hadis riwayat Muslim)
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, dan keesokan harinya cahaya sinar matahari melemah kemerah-merahan.” (Hadis riwayat Tayalisi, Ibnu Khuzaimah, Bazzar)
Mengisi malam lailatul qadar, Nabi Muhammad SAW beriktikaf di masjid, Baginda bersolat wajib dan sunat, membaca al-Quran, berzikir serta berdoa.
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan (solat malam/tarawih) kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)
Adapun ciri-ciri orang yang mendapat malam lailatul qadar adalah dia beribadah lebih rajin daripada sebelumnya.
Jumaat, 19 Ogos 2011
Siapa layak dapat al-qadr?
Siapa layak dapat al-qadr?
Oleh ANZARUDDIN AHMAD

Umat islam perlu mencari malam al-qadr melalui pengisian berqiamullail dan ibadat yang lain.
UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan di mana kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ini ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadr dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim).
Para ulama bersepakat bahawa malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka hanya berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa.
Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan al-Qadr, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 (riwayat Ahmad).”
Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam ganjil 10 hari terakhir. Apa pun harinya, yang penting pada malam itu, Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan ibadat dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah.
Kelebihan malam al-Qadr tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberi kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam-malam tertentu sahaja.
Fadilat malam itu akan menyinari mereka yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam beribadat. Hadirnya malam penuh berkat itu sangat dinantikan dan disambut dengan penuh keimanannya.
Kata al-Imam al-Qurtubiy, Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka baginda merasa bahawa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti mana yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya lebih panjang.
Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah SAW. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadr yang mempunyai nilai 1,000 bulan kepada Rasulullah SAW dan umatnya.
Justeru itu, malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama 1,000 bulan atau 83 tahun tiga bulan.
Kerana keutamaan ini, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadr. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.
Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, witir, terawih, bertadarus al-Quran, berzikir dan seumpamanya.
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering baginda baca adalah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah.
Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang dosa yang lalu. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah (riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah).”
Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu.
Perlu diinsafi bahawa taubat tidak sepatutnya ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bila-bila masa. Maka peluang keemasan yang disediakan Allah sepanjang Ramadan wajar direbut agar tidak menyesal kemudian hari.
Khutbah Jumaat: Lailatul qadar titik tingkat takwa, ibadat
sumber :
Khutbah Jumaat: Lailatul qadar titik tingkat takwa, ibadat
HARI berlalu begitu cepat, tanpa disedari kini kita sudah berada pada hari ke-19 Ramadan. Maka 10 terakhir Ramadan ini adalah masa berharga yang perlu direbut semua insan beriman kepada Allah SWT.
Masa terakhir inilah akan menentukan sama ada puasa kita mendapat keberkatan, menjadi penebus segala kesalahan dan dosa dilakukan selama ini. Masanya Allah SWT janjikan kepada kita semua jika kita benar-benar beriman kepada-Nya.
Ramadan mempunyai satu malam dinamakan lailatul qadar dan pahala beribadat pada malam itu menyamai pahala seribu bulan. Allah SWT menganugerahkan pahala besar itu sempena penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Dari Baitul Izzaah al-Quran beransur-ansur diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui Jibril.
Berdasarkan hadis yang memetik penerangan Saidatina Aisyah, antara pengkhususan ibadat dilakukan Rasulullah SAW ialah Baginda mandi antara waktu Maghrib dan Isyak, berpakaian indah serta sentiasa berharuman sepanjang 10 malam terakhir
Jelaslah lailatul qadar mempunyai kelebihan besar, maka seharusnya kita tidak mensia-siakan peluang malam dijanjikan itu. Bagi orang beriman mereka berazam mencari peluang disediakan dengan berlumba-lumba bangun di malam hening dan mengharapkan pahala Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Carilah lailatul qadar pada malam ganjil pada sepuluh hari terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Berdasarkan hadis yang memetik penerangan Saidatina Aisyah, antara pengkhususan ibadat dilakukan Rasulullah SAW ialah Baginda mandi antara waktu Maghrib dan Isyak, berpakaian indah serta sentiasa berharuman sepanjang 10 malam terakhir.
Rasulullah SAW juga melakukan iktikaf di masjid. Baginda memasuki masjid sebelum Maghrib, solat berjemaah di samping membaca al-Quran dan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Carilah lailatul qadar pada malam ganjil pada sepuluh hari terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Berdasarkan hadis yang memetik penerangan Saidatina Aisyah, antara pengkhususan ibadat dilakukan Rasulullah SAW ialah Baginda mandi antara waktu Maghrib dan Isyak, berpakaian indah serta sentiasa berharuman sepanjang 10 malam terakhir.
Rasulullah SAW juga melakukan iktikaf di masjid. Baginda memasuki masjid sebelum Maghrib, solat berjemaah di samping membaca al-Quran dan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT.
Pada waktu beriktikaf, Rasulullah SAW memutuskan hubungan dengan manusia dan aktiviti lain bagi bermunajat kepada Allah SWT. Rasulullah SAW tidur berasingan dengan isteri pada 10 malam terakhir untuk memberi tumpuan beribadat kepada Allah SWT.
Memasuki fasa ketiga bulan penuh keberkatan ini mimbar menyeru, marilah kita menggunakan peluang berharga ini menambah bekalan akhirat lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir yang banyak kelebihannya.
Lailatul qadar adalah malam ditunggu-tunggu mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku satu malam saja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa memperolehnya dan rugilah siapa melepaskannya.
Dalam fasa ketiga ini kita dituntut mempertingkatkan amal salih dan kebajikan seperti beriktikaf di masjid, bertadarus al-Quran, memperbanyak zikir, solat sunat dan sedekah selain dituntut memperbanyakkan doa khusus untuk lailatul qadar.
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa patut saya doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa berikut: “Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan sentiasa memberi keampunan di atas kesalahan hamba-Mu, oleh itu maafkanlah segala kesalahanku.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Namun terdapat sebilangan umat Islam tidak memberi perhatian sebaliknya lalai dengan kesibukan urusan lain seperti membuat persediaan menyambut hari raya. Kebiasaannya pada malam 10 terakhir, masjid lengang dan sepi, jemaah tarawih semakin berkurangan.
Sebaliknya, pasar raya menjadi tumpuan, suri rumah sibuk membuat persiapan raya sehinggakan ada yang berpuasa kerana keletihan. Bahkan peniaga bazar Ramadan ghairah meraih keuntungan pada saat akhir.
Mimbar ingin menyatakan, suasana begini tidak sepatutnya berlaku di saat kita sepatutnya melipatgandakan ibadat, kerana kita belum pasti lagi sama ada berpeluang untuk menikmati Ramadan akan datang.
Ramadan kita tempuhi tahun ini sepatutnya menjadi titik perubahan dalam diri untuk menjadi insan bertakwa dan diredai Allah SWT di dunia dan akhirat.
Hayati firman Allah SWT bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jumaat, 12 Ogos 2011
Malam Lailatul Qadar dan Bilakah Lailatul Qadar itu ?
Malam Lailatul Qodar dan Kapan Lailatul Qadar itu ?
Malam Lailatul Qodar dan Kapan Lailatul Qadar itu ?
Published by Syafii on September 9, 2009 under Ramadhan 1430 H
Published by Syafii on September 9, 2009 under Ramadhan 1430 H
Sudah sering kita dengar istilah Lailatul Qadar, bahkan selalu lekat dalam ingatan. Namun demikian, nyatanya kita tidak akan pernah mengenal hakikat Lailatul Qadar itu sendiri, lantaran masalahnya amat ghaib. Pengetahuan kita terbatas hanya pada apa yang telah ditunjukkan di dalam berbagai nash, baik Al-Qur’an maupun As-Sunnah serta interpretasinya.
Secara etimologis, “lailah” artinya malam, dan “al-qadar” artinya takdir atau kekuasaan. Adapun secara terminologis, dapat kita coba dengan cara mengamati ayat berikut ini :
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malm kemuliaan (Lailatul Qadar)” (QS Al-Qadar (97):1)
Dari pernyataan bahwa Al-Qur’an tersebut diturunkan pada saat Lailatul Qadar, dapat kita tangkap pengertian, yakni; pertama , Lailatul Qadar merupakan dari suatu malam, saat diturunkan Al-Qur’an secara keseluruhan. Walhasil, Lailatul Qadar itu terjadi hanya satu kali, tidak sebelum dan sesudahnya. Akan tetapi keagungan dan keutamaannya itu diabadikan oleh Allah SWT untuk tahun-tahun berikutnya. Tegasnya, Lailatul Qadar yang ada sekarang ini, hanyalah semacam hari peringatan yang memiliki berbagai keistimewaan yang sangat luar biasa.
Kedua, Lailatul Qadar merupakan sebutan dari suatu malam pada setiap bulan Ramadhan, yang dahulu kala pernah bersamaan dengan peristiwa diturunkannya Al Qur’an secara keseluruhan.
Kedua pengertian tersebut di atas, merupakan hasil analisa yang boleh jadi dapat diterima oleh semua pihak, lantaran sama sekali tidak mengingkari keutamaan Lailatul Qadar. Sedangkan hakikatnya hanyalah Allah SWT yang mengetahui. Sementara lailatul Qadar itu sendiri, dalam sebuah ayat dinyatakan sebagai Lailah Mubarakah (ةalam kebaikan).
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi.”(Q.S Ad Dukhaan (44):3)
Dalam masalah ini, para Muffasir menjelaskan bahwa Lailatul Qadar itu adalah saat diturunkannya Al-Qur’an secara keseluruhan dari Lauhul Mahfuzhke Baitul’Izzah, sebelum diwahyukan kepada Rasulullah SAW secara berangsur. Olah sebab itu, tidaklah dapat disamakan antara Lailatul Qadar dengan Nuzulul Qur’an atau turunnya ayat pertama Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW.
Betapa mulia dan begitu istimewanya Lailatul qadar itu, sebagai rahmat dan nikmat Allah SWY bagi seluruh ummat Muhammad. Sehingga tak satupun dari kita yang tak suka jika mampu meraihnya. Dan wajar pula, jika malam jatuhnya Lailatul Qadar itupun selau dipertanyakan, bahkan nyaris selalu menimbulkan perselisihan pendapat.
Kapan Lailatul Qadar?
Menurut suatu pendapat ; Lailatul Qadar itu jatuh pada malam ke 27 setiap bulan Ramadhan. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ كَانَ مُتَحَرِّيْهَا، فَلْيَتَحَرِّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ
“Siapapaun mengintainya maka hendaklah mengntainya pada malam ke dua puluh tujuh.” (HR. Ahmad dari Ibnu ‘Umar)
Sementara menurut pendapat yang lain; perintah Rasulullah SAW untuk mengintai pada malam ke 27 itu, bukan merupakan suatu kepastian bahwa Lailatul Qadar akan terjadi pada malam itu. Akan tetapi hanya sebagai petunjuk, bahwa pada malam itu memang kemungkinan besar akan terjadi. Terbukti dengan permyataan Rasulullah SAW sendiri dalam hadist yang lain.
أخْبَرَنَا رسول الله صلى الله عليه و سلم عن لَيْلَةِ الْقَدْرِقال : هي في رمضان في العشر الأواخر ، في إحدى و عشرين أو ثلاث و عشرين
أو خمس و عشرين أو سبع و عشرين أو تسع و عشرين أو في آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ
“Rasulullah SAW telah memberitakan kepadaku tentang Lailatul Qadar. Beliau bersabda: “Lailatul Qadar terjadi pada Ramadhan; dalam sepuluh hari terakhir. Malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dua puluh sembilan atau ,malam terakhir.”
Adapun yang dimaksud dengan malam terakhir dalam hadts di atas, tentunya jika sebulan Ramadhan itu hanya 29 hari. Sehingga malam yang ke 29 otomatis merupakan malam terakhir.
Dengan demikian, menurut kami pendapat yang kedua ini jauh lebih dasarnya ketimbang pendapat pertama. Sehingga dapat diambil kesimpulan bahwa; jatuhnya Lailatul Qadar itu sama sekali tak dapat ditentukan secara pasti. Lantaran perupakan rahasia Allah SWT.
Lailatul Qadar yang agung itu—sebagaimana jawaban terdahulu sangantlah ghaib malam jatuhnya. Namun demikian, Rasulullah SAW telah memberi petunjuk kepada ummatnya bahwa jatuhnya itu di antara malam-malam ganjil pada sepuluh hari Ramadhan terakhir. Maka tidak mustahil, jika diantara hari-hari itu setiap tahunnya akan berubah-ubah, sebagaimana dapat dicerna pula dari berbagai hadits yang berbeda-beda penjelasannya.
Kemungkinan berubah-ubah tersebut, jika dimaksudkan bahwa Lailatul Qadar itu merupakan sebutan dari suatu malam pada setiap bulan Ramadhan yang dahulu kala pernah bersamaan dengan peristiwa diturunkannya Al-Qur’an secara keseluruhan. Adapun jika dimaksudkan bahwa, Lailatul Qadar hanya semacam hari peringatan, maka tidak mungkin jatuhnya Lailatul Qadar itu akan berubah, bahkan sampai kiamat nanti.
Selain itu, nampaknya perlu kita sadari pula, bahwa tidak adanya kepastian pada malam tertentu tentang jatuhnya Lailatul Qadar ini, justru banyak membawa hikmah yang antara lain, untuk mandapatkan keutamaan dan berkah dari saat turunnya Lailatul Qadar itu, kaum Muslimin tidak hanya dengan bertekun ibadah semalam saja. Akan tetapi harus selama 10 malam terakhir bulan Ramadhan, sebagaimana dicontohkan Rasulullah SAW beserta keluarganya.
KH Arwani Faishal
sumber : http://blog.its.ac.id/syafii/
Pencarian Lailatul Qadar
Pencarian lailatul qadar
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadan yang menandakan Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.
Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada.
Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya.
Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba.
Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadan dan Aidil Fitri yang belum selesai.
Jika tidak berwaspada, sinar hari-hari terakhir Ramadan ini mudah pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan sepertiga terakhir Ramadan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadan yang sedang kita lalui ini.
Keutamaan lailatul qadar
Keutamaan utama hari-hari terakhir Ramadan ini berputar sekitar pemburuan mendapatkan keutamaan lailatul qadar.
Satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah al-Qadr.
Bagi mereka yang sentiasa menjadikan urusan amal ibadah sebagai tumpuan perhatian dan kebimbangan mereka, inilah satu tawaran istimewa daripada Allah SWT yang ‘haram’ dilepaskan.
Sangat malanglah bagi seorang hamba yang dikurniakan hadiah begitu berharga daripada Tuhannya sendiri tetapi tidak mengendahkannya atau tidak menerimanya dengan baik.
Benarlah pesan Rasulullah SAW bahawa, “Sesiapa yang diharamkan mendapat kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah diharamkan. (daripada mendapat segala kebaikan)”.
Memang lailatul qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana lailatul qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu.
Dengan beramal-ibadah pada malam ini barulah boleh kita menyaingi kuantiti ibadah umat-umat yang dikurniakan umur yang jauh lebih panjang.
Harus diinsafi bahawa sebagai suatu urusan ibadah, kelebihan utama lailatul qadar bukan terbatas kepada sifir 1,000 bulan yang begitu sinonim dengan malam tersebut.
Dalam mana-mana urusan ibadah nilai utama sesuatu amalan tetap tergantung kepada rahmat dan kasih Tuhan yang menjadi tumpuan sesuatu amalan tersebut.
Oleh itu memburu lailatul qadar bukan bererti kita sekadar mengejar gandaan seribu bulan itu tetapi yang lebih penting, berusaha mencarinya bererti kita bersungguh-sungguh untuk menyambut dan meraikan suatu bukti kasih dan rahmat Allah SWT kepada kita.
Mendapatkan lailatul qadar
Sesuai sebagai anugerah yang begitu bernilai dan berharga, lailatul qadar tidaklah sampai begitu mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja tanpa perlu berusaha.
Walaupun kita mewarisi pelbagai panduan dan petua daripada Rasulullah SAW sendiri dan para ulama pewaris Baginda SAW tentang mengenalpasti malam lailatul qadar, masih tidak ada satu kesepakatan tentang bilakah sebenarnya jatuhnya malam itu.
Akhirnya, bolehlah disimpulkan bahawa peluang untuk mendapatkannya adalah lebih cerah bagi mereka yang menghidupkan malam-malam yang ganjil dari 10 malam yang terakhir, sangat cerah bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam terakhir dan paling terjamin bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam-malam Ramadan.
Juga harus diingat, para ulama turut berpandangan bahawa siangnya lailatul qadar juga perlu diisi dengan amal ibadah sama seperti malamnya.
Sesuai sebagai tanda rahmat dan pemberian Tuhan, lailatul qadar tidaklah pula terlalu sukar dan terlalu jauh dari capaian kita. Ia ditentukan jatuh di dalam bulan Ramadan.
Bulan Ramadan adalah bulan ibadah umat ini yang mana rata-ratanya malam-malam Ramadan adalah malam-malam yang lebih baik pengisian ibadahnya bagi kita semua.
Walaupun sebahagian ulama berpandangan bahawa kelebihan lailatul qadar dicapai dengan menghidupkan sebahagian besar malam itu, sebahagian ulama meriwayatkan bahawa untuk syarat minimum untuk mendapatkan sebahagian laba malam ini bukannya terlalu sukar.
Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto’ misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa, “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam lailatul qadar secara berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat laba / bahagian daripadanya (lailatul qadar)”.
Pandangan-pandangan yang lebih ringan ini meletakkan syarat mendapatkan lailatul qadar pada menjaga solat-solat fardu pada malam tersebut.
Jika pandangan ini yang kita ambil nescaya mendapatkan lailatul qadar bukannya terlalu sukar dan boleh diusahakan oleh semua orang. Tetapi Tuhan itu Maha Adil, hakikatnya, mereka yang biasa lalai tetap akan lalai dan gagal hatta untuk menjaga solat-solat fardu ini walaupun di malam-malam akhir Ramadan.
Semoga Allah menjauhkan diri kita dan mereka yang bersama kita daripada tergolong dalam golongan yang lalai.
Zikir dan doa yang diajarkan oleh nabi SAW untuk lailatul qadar juga cukup pendek mampu diamalkan oleh semua orang. Maka marilah kita memperbanyakkan doa ini di hari-hari ini, Allahumma innaka ‘Afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘nniy yang maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , sukakan keampunan maka ampunilah aku”.
Walaupun pintu untuk kita menghayati lailatul qadar melalui ibadah khusus lebih terbuka di bulan Ramadan dengan budaya dan suasananya yang tersendiri, ini tidak menafikan hakikat luasnya makna dan bentuk ibadah dalam Islam.
Mereka yang terpaksa menyelesaikan tugasan dan kerja mereka yang tidak bercanggah dengan agama dan dalam kadar yang sesuai dengan bulan Ramadan ini, tetap boleh meniatkan kerja-kerja mereka sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan dan menghayati lailatul qadar.
Menghantar Pulang Tetamu Agung
Ramadan, tetamu agung yang setia datang berkunjung setiap tahun tetap akan pergi meninggalkan kita sedikit masa lagi.
Mereka yang benar-benar menghayati dan mendapat faedah dari kedatangan Ramadan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa yang datang bersamanya sudah tentu menghadapi saat-saat perpisahan ini dengan penuh kesedihan berbaur kebimbangan dan pengharapan.
Sedih mengenangkan perpisahan dengan bulan yang dikasihi ini. Bimbang adakah amalan diterima dengan tahap penghayatan yang tidak seberapa. Berharap agar dosa-dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah serta berharap agar bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Inilah sikap yang diriwayatkan daripada sebahagian para salaf. Mereka berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadan. Setelah itu mereka berdoa pula selam enam bulan berikutnya agar Allah SWT menerima amalan mereka di bulan Ramadan yang berlalu.
Semoga Allah mengurniakan kita himmah yang tinggi dalam beragama seumpama mereka. Marilah kita menghantar pulang Ramadan kali ini hingga ke ‘hujung desa’. Ibarat menjamah juadah yang paling kita gemari, janganlah kita tinggalkan Ramadan kali ini bersisa sedikitpun.
Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai, apalah gunanya kita hebat di peringkat awal larian hanya untuk lemah-lesu ketika menuju garisan penamat. Marilah kita rebut setiap ketika yang berbaki di bulan Ramadan kali ini dan mengisinya dengan sebaik mungkin.
Sesungguhnya La hawla wala quwwata illa billah al-’Aliyyil ‘Adzim yang maksudnya, “Tiada daya (menghindari maksiat) dan tiada kekuatan (melakukan ketaatan) melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”.
Langgan:
Catatan (Atom)