TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 21 November 2012

Restoran Seri Melayu, Palembang

Assalamu'alaikum,

Masih pada 17 Oktober 2012, selepas solat Maghrib (dan jamak dengan Isyak) di hotel yang disediakan oleh agensi pelancongan yang membawa rombongan hamba, kami menuju ke Restoran Seri Melayu di Palembang untuk makan malam. Teruja juga sebab orang Palembang 'tidak malu' dengan 'istilah Melayu'. Maklumlah, semangat kebangsaan/keIndonesiaan yang melampau telah menyebabkan rakyatnya terlalu memuja 'Indonesia' sehingga lupa saudara seagama dan serumpun dengan mereka. Kalau kes polis yang dituduh merogol warga Indonesia, mereka sanggup 'bakar bendera Malaysia' sedangkan ketiga-tiga polis itu telah dihadapkan ke mahkamah. Orang Indonesia seperti tidak dapat membezakan antara salah dasar negara dengan salah rakyat dalam sesuatu negara. Itulah kata orang, orang jahil mudah dipergunakan oleh orang bijak. Orang yang bertindak berdasarkan emosi/perasaan mudah dipergunakan oleh mereka yang bertindak menggunakan kebijaksaan akal. "Bakar bendera' merupakan satu perkara besar dalam hubungan diplomatik antara dua negara. Malang sekali pemerintah Indonesia seperti membiarkan rakyatnya membakar bendera Malaysia. Baca dan kaji sejarah bagaimana para sahabat Nabi SAW mati syahid dalam mempertahankan bendera dalam peperangan.

Nasib baik rakyat kita tidak bertindak balas, sama ada mereka matang kerana tahu 'permainan di sebalik tabir', yakni percaturan dan agenda jahat Yahudi, Cina Singapura dan puak Kristian di Indonesia  di belakang media-media Indonesia ataupun mereka tak kisah. Alhamdulillah, menu di Restoran Seri Melayu memang menarik. Sambal belacan pun ada di samping pelbagai ulam. Jantung pisang yang direbus pun ada, dicicah dengan sambal belacan, memang pergghh...Hamba memang suka masakan tradisional Melayu. Kalau kita tak suka, lama-lama masakan Melayu tradisional akan luput ditelan zaman. Dalam masa yang sama, hamba makan juga makanan-makanan moden seperti piza dan spagheti. Seimbangkan antara tradisi dan kemodenan, itu cara hamba.

Setakat inilah dulu untuk tajuk ini. Lihatlah gambar-gambar yang hamba sempat ambil di Restoran ini. Kalau ada yang nak buka Restoran di Malaysia, boleh ambil senibina dan reka bentuknya sebagai contoh. Wassalam.












5 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    Salam Perkenalan Encik...

    Kami orang Palembang tak pernah malu mengaku kalau kami orang Melayu...tapi yang mungkin membedakan Melayu kami di Indonesia dan Malaysia adalah kalau di Malaysia, Melayu itu bangsa, sedangkan kami disini etnis...

    Encik suka Pindang ikan Patin dan berengkes tempoyaknya??? hehehehe :-)

    BalasPadam
  2. Salam Ahmad Karim.... Sajak Sasterawan negara, Usman Awang tentang Melayu adalah jelas dalam mengungkap siapa Melayu...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Usman Awang dalam sajaknya:

    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu,
    Bugis itu Melayu,
    Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu,
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
    Malah muallaf bertakrif Melayu
    (Setelah disunat anunya itu)

    itu melayu di Semenanjung (Malaysia) dan mengambarkan Bangsa...

    sedangkan Melayu (Muslim) di Indonesia itu etnis yaitu:
    Melayu Tamiang
    Melayu Palembang
    Melayu Bangka-Belitung
    Melayu Deli
    Melayu Riau
    Melayu Jambi
    Melayu Bengkulu
    Melayu Pontianak

    BalasPadam
  5. Dalam istilah, etnik adalah subset kepada bangsa..jadi tiada bezanya kalau memahami asasnya... kenapa perlu disibukkan dengan etnis atau bangsa sedangkan ia hakikatnya sama...

    BalasPadam