Assalamu'alaikum,
Setelah tiba di kawasan bas ekspress, kami mencari tempat untuk bersolat. Sebenarnya tiada stesen bas, cuma kawasan sebelah jalan yang digunakan oleh bas ekspress berhenti untuk mengambil penumpang. Alhamdulillah 'ada surau' untuk kami bersolat... Rakan sekerja wanita pula tak ada tempat bersolat. Kebanyakan surau/masjid di Bangladesh dikhaskan untuk kaum lelaki sahaja bersolat....ehmmm. fikir punya fikir, kami minta pegawai dari Bangladesh yang mengiringi kami untuk 'mengiringi dan menemani' rakan sekerja wanita bersolat. Kalau tak berteman, mahu dihalau oleh orang di situ... Dari Dhaka, kami bertolak ke Rajshahi.
Surau tempat kami bersolat
Sungai di sini memang luas, lebarnya sampai 3-4 kilometer
Bas berhenti rehat setengah jam di sebuah R&R...
Kami tak makan apa, cuma minum sedikit, tak boleh minum lebih-lebih sebab tiada bilik air dalam bas ekspress
Kedatangan orang luar seperti kami menjadi tumpuan pekerja di situ...Firasat hamba, tak ramai pelancong luar ke Bangladesh dan 'mengembara di dalamnya'...
Kami sampai di Rajshahi jam 1030 malam jam Bangladesh, 1230 malam jam Malaysia. Sekitar 18 jam hamba dalam perjalanan hari ini. Perjalanan dengan bas ekspres tidak menyukarkan sangat kerana kami naik Executive Coach, (3 tempat duduk satu baris, jadi kerusi memang lebar dan lapang)... Letih memang letih apatah lagi di usia kami semua yang melebihi 40-an...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan