Assalamu'alaikum,
Hamba ke Bangladesh atas urusan kerja antara 28 Jun - 2 Julai 2013. Sementara menunggu di Terminal Satelit, hamba ambil beberapa keping gambar bagi pengetahuan mereka yang belum pernah ke sini atau akan ke sini kelak. Tujuan hamba paparkan di dalam blog hamba adalah sebagai pengetahuan kepada para pembaca dan untuk sama-sama kita renungkan dan fikirkan. Dari berpuluh atau beratus outlet di Kompleks Satelit, berapa saja jenama Malaysia yang ada di sini dan berapa saja jenama Islam yang ada di sini. Negara kia menuju ke negara maju tetapi pemkiran kita masih dijajah, malang sekali. Kita mementingkan jenama yang hebat, jenama antarabangsa, kita 'membeli status' dengan memakai pakaian berjenama antarabangsa, jatidiri kita lemah, kita kurang identiti, kita mengikut Barat. Kita membina lapangan terbang yang canggih, tetapi membiarkan orang luar mengambil isinya, kita ambil kuahnya. Mengapa kita kurang berusaha mengenengahkan jenama Malaysia dan jenama Muslim ke peringkat antarabangsa? Kita tidak boleh berikan kadar sewa yang sama antara jenama tempatan dan antarabangsa, kerana jenama antarabangsa sudah begitu terkenal, begitu luas saiz pasarannya. Masakan jenama tempatan dapat bersaing jika pihak kerajaan tidak membantu. Jangan semata-mata harapkan pengusaha tempatan boleh berdaya saing jika pihak kerajaan tidak membantu. Semua syarikat antarabangsa ini dibantu oleh kerajaa masing-masing sebelum mereka berjaya. KLIA mungkin mencerminkan kejayaan Malaysia mengurus lapangan terbang bertaraf dunia tetapi KLIA tidak mencerminkan Malaysia sebuah negara Islam, tetapi..... (anda sambung sendiri)...wassalam.
Ini mungkin jenama Malaysia
Tempat 'autotrain' mendarat'
Perkhidmatan kenderaan sebegini ada di KLIA...tanya kaunter
Bagi perokok tegar, harga sekatun rokok di sini memang relatifnya murah...
Kaunter pertukaran wang...money changer
MontBlanc... gunung ini tidak jauh dari Geneva
ehmmm, jenama Malaysia
Kalau dahaga sangat, yang ini percuma
Telefon syiling pun ada
Mat Saleh tidoq-tidoq menunggu penerbangan mereka
Restoran masakan Jepun pun ada
Atas pengalaman hidup di luar negara selama beberapa tahun, anak-anak hamba memang 'sukakan' makanan Barat seperti burger....tetapi hamba kurangkan pengambilanya sedikit demi sedikit kerana ia tidak baik untuk kesihatan... Ada makanan Barat yang baik untu kesihatan seperti salad...
Setahu hamba Starbucks tidak mendapat status 'Halal' oleh JAKIM.....tetapi ramai juga orang Islam yang berpusu-pusu makan-minum di sini. Apabila apa yang kita makan dan minum kita tidak ambil berat, maka fikirkan lah sama ada amal-ibadat kita diangkat atau tidak.
Biasanya untuk pelanggan Kelas Perniagaan dan Kelas Satu
Kaunter perkhidmatan pelanggan disediakan
Jenama Malaysia rasanya
Mungkin jenama Malaysia
Habib Jewels - Jenama Malaysia, pengusaha Muslim. Ada juga jenama Malaysia yang mampu bersaing dengan jenama antarabangsa di lokasi sebegini yang sewanya memang mahal.
Royal Selangor - jenama Malaysia milik bukan Islam
Jenama Malaysia tetapi barangnya hamba belum pasti majoriti keluaran Malaysia atau negara luar
Jenama dari United Kingdom. Yakinlah bahawa anak tempatan berkemampuan menubuhkan dan mengembangkan perniagaan seperti The Body Shop. Kita perlu berikan peluang dan galakan kepada graduan-graduan tempatan. Malaysia kaya dengan khazanah alam yang masih belum diteroka sepenuhnya
AgroBazaar, jenama Malaysia yang kelihatannya lemas dihimpit jenama antarabangsa. Jumlah barang dan dekorasi pelu ditambahbaik
Aalah satu jenama Malaysia
Farmasi pun jenama antarabangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan