Assalamu'alaikum,
Selepas melawat kilang sutera, kami ke 'atasnya' untuk sedikit membelil-belah. Kawasan ini dianggap kawasan eksklusif juga, sebab orang-orang biasa di Rajshahi tidak membeli-belah di sini, Yang pertamanya, orang Bangladesh tidak segan untuk diambil gambar, mereka 'suka saja'... Hamba tidaklah membeli-belah, sekadar sedikit 'buah tangan' untuk isteri dan anak-anak. Tengok harganya pun tidak mahal, kalau dinilai dalam RM. Beli buah tangan untuk keluarga yang ditinggalkan semasa bermusafir merupakan Sunnah Nabi SAW. Jadi jangan kata ikut Barat/Yahudi/Nasrani pulak... Di samping menggembirakan anak-isteri apabila dapat buah tangan masing-masing, dapat pahala pula sebab ikut Sunnah Nabi SAW. Isteri hamba dulu2 selalu pesan tak payah beli apa-apa untuk dia apabila hamba bermusafir, apabila hamba ceritakan bahawa ia merupakan Sunnah Nabi SAW, maka dia tak pesan dah jangan beli apa-apa... Antara Sunnah lain semasa bermusafir adalah Niat yang betul/baik, solat sunat dua rakaat sebelum meninggalkan rumah, berdoa sebelum memulakan perjalanan dan solat sunat dua rakaat selepas sampai di rumah sesudah habis bermusafir. Banyak lagi Sunnah lain dalam bermusafir, yang mana boleh/mampu ikut, buatlah. Ini kerana amalan Sunnat itu mampu menampung kecacatan amalan fardhu yang kita lakukan. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan