Assalamu'alaikum,
Masih lagi dengan kisah di Bangladesh. Tuan Mangkuk tanya apa cerita hamba ziarah Pak Guru, Tuan Guru Hj Mohd Zuki As-Sujjak di Kuala Nerang pada Hari Raya Aidil Fitri tempohari. Hamba jawab, nantilah cerita dalam blog. Sebelum cerita dalam blog, kena habiskan cerita yang menunggu slot untuk disiarkan....:-)
Selain makam sufi, kawasan pelancongan, hamba juga ziarah universiti di sini, iaitu Universiti Rajshahi. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1953, jauh lebih awal dari semua universiti di Malaysia kecuali Universiti Malaya. Namun, kemajuan dalam 40 tahun kebelakangan ini menjadikan universiti di Malaysia jauhh lebih maju berbanding universiti lain di negara-negara membangun. Sebagai contoh, kalau anda biasa ke Indonesia, mereka punyai lebih banyak universiti yang ditubuhkan sebelum 1970 berbanding Malaysia. Pada awal 1970-an, ramai tenaga akademik dari Indonesia menbur jasa dan budi di universiti-universiti awam di Malaysia. Satu perkara yang perlu dalam realiti semasa adalah kita perlu meningkatkan standard/piawai kita dari semasa ke semasa. Kita tidak boleh berpuashati dengan pencapaian semasa, perlu terus menambahbaik kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan. Ingatlah konsep penambahbaikan dalam Islam, hadis Nabi SAW yang bermaksud hari ini lebih baik berbanding semalam dan hari esok lebih bak berbanding hari ini. Inilah konsep kualiti dan penambahbaikan yang dianjurkan Nabi SAW lebih 1400 tahun yang lalu. Janganlah bila belajar tentang kaizen, baru nak faham konsep penambahbaikan dan sibuk melihat ke Jepun. Selidikilah khazanah Al-Quran dan Al-Hadis, tidak habis mutiara ilmu yang ada di dalam kedua-duanya.
Bangunan utama
Perpustakaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan