Assalamu'alaikum,
Kanak-kanak balik sekolah
Mangga - buah-buahan popular di Rajshahi
Salah satu kuarters pensyarah di dalam universiti
Buah nangka merupakan buah kebangsaan bagi Bangladesh
Bukuh digunakan sebagai 'tiang/tangga' untuk membina bangunan
Kasut-kasut dari Burma
Ada juga bangunan canggih
Mat Bangla ni suka saja hamba klik gambar mereka
Kedai gunting rambut
Stadium
Stesen minyak
Universiti lain di Rajshahi
Apartmen tempat kami menginap
Ketika kami ke sebuah kampung, ramai orang kampung datang nak tengok rombongan kami
Kolam ini digunakan untuk mandi-manda
Serombong tu sebenarnya kilang buat bata
Kami solat berjemaah di sebuah surau di sana
Kawasan hadapan surau ini sudah berbata dan berkipas, hasil sumbangan seorang Profesor dari Malaysia
Dahulunya surau tersebut seperti di bahagian belakangnya, hanya berlantaikan pasir dan berbumbungkan atap zink
Surau ini antara yang paling menyentuh hati hamba...Dalam masyarakat mereka, asalkan ada duit, mereka akan tambah baik surau sikit sikit....
Ini merupakan kisah terakhir di Rajshahi. Gambar-gambar ini hamba ambil pada 29 Jun dan 30 Jun 2013. Pada 1 Julai 2013, kami bertolak ke Dhaka. Hamba tidak mahu bercerita panjang tentang Rajshahi, gambar itu sendirikan menceritakan 1001 perkara dan makna. Hamba pernah pusing Pulau Jawa 2 kali, tahun 2003 dan 2006. Hamba pernah ke Pontianak, Kalimantan Barat tahun 1993, pernah ke Palembang tahun 2012. Sebelum itu pernah ke Bengkulu sekitar tahun 2004/2005 rasanya. Gaji pensyarah universiti di Rajshahi sekitar USD$200 iaitu sekitar RM600 di Malaysia. Gaji kerani di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding gaji tenaga akademik universiti di Rajshahi. Tidak hairanlah warga Bangladesh menunggu peluang untuk berhijrah ke Malaysia, hatta sebagai pekerja pengeluaran kerana dengan gaji RM900 (gaji minimum sekarang), mereka sudah jauh lebih kaya daripada sebahagian besar warga Bangladesh. Satu yang hamba lihat adalah mereka gigih bekerja dari pagi sampai ke malam. Kalau jam 1000 malam, Bandar Rajshahi ini masih hidup dengan pelbagai urusan kehidupan. Warga di sini melakukan 1001 kerja, agar dapat mencari terus hidup. Kata orang, kalau anda berjaya hidup di Bangladesh dan India, anda akan berjaya hidup di tempat lain...Wallahu'alam.
Kanak-kanak balik sekolah
Mangga - buah-buahan popular di Rajshahi
Salah satu kuarters pensyarah di dalam universiti
Buah nangka merupakan buah kebangsaan bagi Bangladesh
Bukuh digunakan sebagai 'tiang/tangga' untuk membina bangunan
Kasut-kasut dari Burma
Ada juga bangunan canggih
Mat Bangla ni suka saja hamba klik gambar mereka
Kedai gunting rambut
Stadium
Stesen minyak
Universiti lain di Rajshahi
Apartmen tempat kami menginap
Ketika kami ke sebuah kampung, ramai orang kampung datang nak tengok rombongan kami
Kolam ini digunakan untuk mandi-manda
Serombong tu sebenarnya kilang buat bata
Kami solat berjemaah di sebuah surau di sana
Kawasan hadapan surau ini sudah berbata dan berkipas, hasil sumbangan seorang Profesor dari Malaysia
Dahulunya surau tersebut seperti di bahagian belakangnya, hanya berlantaikan pasir dan berbumbungkan atap zink
Surau ini antara yang paling menyentuh hati hamba...Dalam masyarakat mereka, asalkan ada duit, mereka akan tambah baik surau sikit sikit....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan