Isnin, 20 Januari 2014

Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Assalamu'alaikum,

Selepas Solat di Masjid Zahir, kami ke tempat wajib di Alor Setar iaitu Pekan Rabu.  Beli sikit barang, yang pertamanya kuih-muih Melayu. Yang keduanya barang-barang yang tidak ada di sekitar Lembah Klang. Banyak jenis kopiah, jadi beli juga untuk anak lelaki, ada sulam tertulis Kedah Sejahtera dalam Tulisan Jawi. Barang utama di Pekan Rabu terdiri daripada:
  • Kuih-muih tradisional Melayu
  • Pakaian - Baju Melayu, kain ela, songkok, kopiah, telekung, tudung dll.
  • Barang keperluan rumah - Periuk, kuali, tudung saji dll.
  • Kitab-kitab agama
  • Permainan budak-budak
  • Barangan kesihatan dan herba
  • Gerai makan-minum 

Hamba pernah terlibat dengan 'pembangunan Pekan Rabu' sewaku menuntut di Utara Tanahair. Kami terlibat membantu satu institut untuk melatih peniaga-peniaga di Pekan Rabu dalam bidang pengurusan, pemasaran dan sebagainya. Ada bajet khas dari Jabatan Perdana Menteri untuk melatih peniaga-peniaga Melayu di Pekan Rabu.  Kami juga bawa rombongan peniaga ini ke Kuala Lumpur untuk melihat bagaimana usahawan di kotaraya berniaga. Itu semua menjadi satu pengalaman dan kenangan manis bagaimana mengubah sikap peniaga di Pekan Rabu. Setelah lebih 20 tahun, hamba kira peniaga-peniaga di Pekan Rabu perlu berubah. Pekan Rabu perlu berubah dan para peniaganya perlu berubah. Contohnya kedai buku, perlu diubahsuai rekabentuk dalaman dan ditambah buku-buku yang terkini. Kita perlu berfikir untuk berubah dan bertindak untuk berubah. Dalam perniagaan, tiada istilah kekal statik kecuali untuk sebahagian kecil perniagaan yang berkaitan dengan barang antik, barang unik dan beberapa barang lain. Setelah menghabiskan sedikit masa ke sini, kami ke Kuala Kangsar, Perak. wassalam.






















Pekan Rabu
"Pekan Rabu" which literally means Wednesday Market which is located in the middle of Alor Setar is well known among the local population and tourists from outside Kedah. The business complex is not only the pride of Malay entreprenuers in Kedah but also the pride of all Malay's in Kedah. Moreover the fourth Malaysian Prime Minister, Tun Dr. Mahathir, once was a trader in Pekan Rabu. Most tourists visiting Alor Setar make it a point to shop around at the Pekan Rabu Complex.

The complex costing RM 3.2 millions and was built in 1975 and renovated in 1995 with cost RM 6.5 millions. Phase 2 complex was built in 1990 with cost RM 2 millions. Pekan Rabu complex has 347 stalls with a variety of business and it has become one of the important landmarks of Alor Setar.
This shopping Complex which is situated in Jalan Tunku Ibrahim was officially opened on 25th. February 1978. Prior to the construction of this complex, the traders did their business in on open building with no walls and trading stalls were not properly arranged and scattered.

Khamis, 16 Januari 2014

Masjid Zahir, Masjid Negeri Kedah Darul Aman

Assalamu'alaikum,

Selepas ziarah Makam Sheikh Abdul Jalil al-Mahdani r.a., kami terus ke Alor Setar. Kami sampai Alor Setar pada masa yang sesuai iaitu dalam 5-10 minit sebelum waktu Zohor. 26 Disember 2013, hari Khamis, kami sampai lagi ke masjid ini. Hamba ada 'kisah tersendiri' tentang masjid ini tapi itu rahsia hamba...he3... Selepas solat Zohor, kami beransur dari Masjid Zahir ini dan menuju ke Pekan Rabu. Wassalam.







Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
Masjid Zahir merupakan mercutanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan limat rukun Islam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar LangkatSumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Binaan Bangunan[sunting | sunting sumber]

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.
Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.
Tidak jauh dari Masjid Zahir terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim , Balai Nobat, Balai Besar, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, danMenara Alor Setar.



SEJARAH  PEMBINAAN MASJID ZAHIR

   Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Ia terletak di persimpangan Jalan Kampung Perak dan Jalan Pekan Melayu. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar bertentangan dengan Balai Besar.. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
   Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira – wira  Kedah yang telah gugur semasa berjuang  mempertahankan negeri Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
   Upacara perasmian Masjid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. 

Pandangan Sisi
   Masjid Zahir merupakan masjid yang tertua di negeri Kedah dan tercantik dari aspek reka bentuk binaanya di Malaysia.

LATAR BELAKANG MASJID ZAHIR

   Masjid Zahir merupakan sebuah masjid yang diklasifikasikan sebagai sebuah masjid yang mempunyai ciri – ciri senibina yang unik serta menarik. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan daripada Masjid Azizi di Sumatera. Ini bermaksud terdapat banyak pengaruh dari Timur Tengah dan juga India terhadap seni bina dan reka bentuk Masjid Zahir kerana kedua – dua masjid ini mempunyai banyak kubah. Masjid Zahir mempunyai 5 kubah manakala Masjid Azizi mempunyai 9 kubah.



   Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan
tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh
beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. Setelah 87 tahun selepas pembinaannya, Masjid Zahir telah diperbesarkan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1960 dan pada tahun 1975.




Kubah Masjid Zahir

Mimbar Masjid Zahir
   Disebelah Masjid Zahir terdapat sebuah pejabat untuk Imam Besar, Penghulu Masjid dan juga Bilal. Ini memudahkan mereka untuk menjalankan tugas – tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Ini juga memudahkan jemaah untuk berjumpa dengan mereka jika berlaku apa – apa masalah selain mendekatkan diri mereka dengan penduduk setempat.
Pejabat
   Tugas – tugas Imam Besar dan juga Penghulu Masjid merangkumi pentadbiran berkaitan aktivti agama serta sosial. Kedua – dua mereka dibantu oleh kakitangan yang telah dilantik yang terdiri daripada imam rawathib, bilal, siak, dan juga tukang kebun

Rabu, 15 Januari 2014

Makam Sheikh Abdul Jalil Al-Mahdani R.A., Tanjung Pauh, Jitra, Kedah Darul Aman

Assalamu'alaikum,

Selepas urusan di Masjid Negeri Perlis, kami ke Jitra, mencari Kg Tanjung Pauh.  Semasa belajar di Utara tanahair awal 1990-an dahulu, hamba biasa terperasan papan tanda Makam Sheikh Abdul Jalil ini, semasa naik bas dari Alor Setar ke Changlun sebagai contoh. Alhamdulillah, tidak sukar mencari Makam Sheikh Abdul Jalil ini. Apabila sampai ia berkunci, ada Jemaah tabligh di Masjid bersebelahan.  Hamba telefon Ustaz Malik (016-2740264) dan beritahu sudah ada di depan Makam dan nak ziarah. Alhamdulillah, dalam lima minit beliau sampai dan bukakan pintu Makam. Beliau beritahu sekejap saja, tapi hamba minta sedikit masa. Alhamdulillah, dapatlah dalam 30 minit di kawasan makam.  Sultan dahulunya mempunyai Ulamak besar, hatta Wali Allah sebagai Mufti, Kadi Besar, jadi mereka sentiasa mendapat nasihat yang betul. Ada riwayat yang mengatakan Sheikh Abdul Samad al-Palembangi, ulamak Nusantara yang terkenal itu merupakan anak kepada Sheikh Abdul Jalil Al-Mahdani R.A., tetapi ada beberapa pandangan lain yang berbeza. Selesai urusan di sini, kami ke Alor Setar.


Pintu Pagar Makam dikunci

Makam Sheikh

Ini kenyataan rasmi


Itu Ustaz Malik, penjaga kunci makam



Ada dua makam lagi berdekatan

Ini Makam Sheikh Ibrahim Shah tetapi tiada info tentang siapa beliau


Ini satu lagi makam berhampiram

Kawasan ini di bawah Persatuan India Muslim Kedah

Golongan India Muslim majoritinya bekerja sendiri/berniaga

Pintu pagar makam dari luar


Kalau tak ada perkara khurafat, maka Masjlis Agama Islam Kedah (MAIK) tak perlu masuk campur. Kalau kes di Makam Sultan Arifin Pulau Besar, Melaka, banyak perkara khurafat berlaku dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terpaksa 'gazetkan'/dapatkan tanah Makam tersebut' daripada kerajaan negeri Melaka supaya penguatkuasaan boleh dijalankan tanpa pertikaian mahkamah  

Masjid bersebelahan makam




Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani - Guru agama Sultan Kedah
Oleh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah

PENGENALAN awal gerangan orang yang bernama Tuan Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani hanyalah daripada satu sumber sahaja, iaitu Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah karya Muhammad Hassan bin Kerani Muhammad Arshad dalam bentuk tulisan Melayu/Jawi, yang kemudian ditransliterasikan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1968.

Oleh sebab ulama ini dinyatakan dalam buku yang tersebut adalah ayah atau orang tua kepada Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, sedangkan dalam beberapa maklumat yang lain ayah atau orang tua Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani bernama Syeikh Abdullah, dan yang lain pula menyebut bernama Syeikh Abdur Rahman, maka penelitian dan kajian yang lebih kemas perlu dilakukan.

Namun begitu, penulis pernah membuat bahasan terawal mengenai hal ini, dan dapat diperhatikan dalam buku penulis berjudul Syeikh Abdus Shamad Palembang Ulama Shufi Dan Jihad Dunia Melayu (cetakan pertama, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur 1996, hlm: 1-5).

ASAL USUL DAN KEDATANGAN KE NUSANTARA
Nama lengkap beliau ialah Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani. Berasal dari San’a, Yaman. Nama-nama lain untuk personaliti ini ialah Syeikh Abdullah dan Syeikh Abdur Rahman belum dibicarakan di sini, selanjutnya dibahas di bawah judul Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani.
Tersebut kisah seorang Arab penyebar Islam yang berasal dari San’a, Yemen. Nama beliau ialah Tuan Syeikh Abdul Jalil bin Tuan Syeikh Abdul Wahhab bin Tuan Syeikh Ahmad al-Mahdani. Kurang jelas tahun kedatangannya ke Palembang, Indonesia namun dikatakan bahawa setelah enam bulan beliau berada di Palembang, beliau berangkat ke Tanah Jawa bersama muridnya, Tengku Muhammad Jiwa keturunan Sultan Kedah.

Beliau menyebar Islam di Pulau Jawa tidak lama, lalu berangkat pula ke India. Muridnya yang berasal dari Kedah itu juga mengikut beliau ke India. Oleh kerana Tuan Syeikh Abdul Jalil tidak mengetahui bahawa muridnya yang setia itu seorang anak raja, maka seolah-olah Tengku Muhammad Jiwa itu adalah sebagai khadamnya. Namun demikian, muridnya itu sangat pandai menyembunyikan kebangsawanannya. Bahawa dia sentiasa tawaduk kepada Syeikh Abdul Jalil itu.

Syeikh Abdul Jalil dan muridnya itu sentiasa berpindah-pindah tempat di negeri India itu, barangkali sangat banyak kota dan kampung menjadi tempat kegiatan dakwah yang beliau rintis, sehinggakan di negeri India beliau mendapat seorang murid yang setia seperti Tengku Muhammad Jiwa, nama pemuda itu Hapisap.
Setelah sekian lama Tengku Muhammad Jiwa menjadi muridnya, namun Tengku Muhammad Jiwa tetap menyembunyikan dirinya sebagai seorang putera raja Kedah.

Pada satu ketika Tengku Muhammad Jiwa menceritakan kepada gurunya Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani dan sahabatnya Hapisap bahawa Kedah satu negeri besar juga, rajanya seorang Islam bernama Sultan Abdullah. Tengku Muhammad Jiwa mengatakan bahawa adalah patut Tuan Syeikh dan Hapisap berlayar ke sebelah sana.

Ajakan Tengku Muhammad Jiwa itu tiada lain, melainkan didorong oleh kerinduan beliau kepada sanak keluarga, rasa cinta kepada tanah air dan utamanya, ingin menyebar agama Islam lebih luas lagi.
Dari segi hubungan sanak-saudara, ia teringatkan hadis-hadis tentang suatu kewajipan menghubungi silaturahim yang telah terputus, antaranya dengan sanak-saudara di Kedah itu. Ditinjau dari segi cinta kepada tanah air, ia tiada lupa bahawa, mencintai tanah air itu adalah sebahagian daripada iman (hadis Nabi Muhammad s.a.w.).

Ampuh dan kukuh
Lebih dari segala itu adalah menyebarkan Islam, bahawa ia berasaskan kewajipan menyebarkan ilmu pengetahuan Islam, kerana ilmu yang dikuasainya sangat banyak dan mendalam yang diterimanya dari Syeikh Abdul Jalil Mahdani itu. Bahawa ia bercita-cita membina Islam di Kedah yang telah kuat berpegang dengan dasar-dasar Islam sejak lama itu lebih ampuh dan kukuh asas Islamnya pada masanya, dan masa-masa mendatang kemudian daripadanya.

Pada tahun itu juga (1122 H bersamaan 1710 M), Syeikh Abdul Jalil Mahdani berkenan memenuhi ajakan muridnya itu, maka berangkatlah mereka bertiga dengan sebuah kapal yang berasal dari sebuah pelabuhan Arab (berbangsa Maskat) yang kebetulan singgah di India untuk menuju ke Tenggara. Dalam pelayaran itu mereka singgah di pelabuhan Murgi/Murgui di negeri Burma.

Kejadian di Negeri Kedah pula pada masa keberangkatan Tengku Muhammad Jiwa, bahawa ayah Tengku Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah al-Muazzam Shah mangkat pada 13 Jamadilakhir 1118 H/1706 M. Baginda diganti oleh puteranya, Tengku Ahmad Tajuddin Halim Syah. Baginda mangkat pula. Oleh kerana Tengku Ahmad Tajuddin tidak meninggalkan putera mahupun puteri, maka timbullah masalah tentang pengganti baginda sebagai Sultan Kedah.

Maka, para pembesar Kedah sepakat untuk mencari Tengku Muhammad Jiwa, kerana enam tahun lamanya meninggalkan Kedah tanpa memberi berita sesuatu apa pun juga.

Dato’ Kema Jaya berangkat mencari berita ke arah jurusan Sumatera dan Jawa. Dato’ Indera Mambang menuju ke arah jurusan India dan Burma. Dato’ Seri Indera Mambang berhasil menemui Tengku Muhammad Jiwa, yang kebetulan kapal layar kedua-dua pihak itu berlabuh di pelabuhan negeri Burma.

Pada mulanya Dato’ Seri Indera Mambang tidak mengenali Tengku Muhammad Jiwa kerana pakaian yang telah berubah, mungkin kerana menurut model India tidak mengikut model pakaian Melayu Kedah dan parasnya juga telah berubah. Tetapi Tengku Muhammad Jiwa masih mengenali Dato’ Seri Indera Mambang.
Setelah diketahui oleh Tengku Muhammad Jiwa bahawa ayahandanya telah mangkat, demikian juga saudaranya Tengku Ahmad Tajuddin, lalu ia menangis. Maka barulah diketahui oleh Tuan Syeikh Abdul Jalil bahawa Tengku Muhammad Jiwa itu adalah seorang putera Sultan Kedah sendiri.
Tengku Muhammad Jiwa menjawab pertanyaan gurunya tentang dirinya semuanya menggunakan bahasa Arab, memang tidak sia-sialah dia belajar selama ini, bahawa ia fasih berkata-kata dalam bahasa Islam yang tercinta itu. Akhirnya semua mereka berangkat menuju ke Kedah.

DILANTIK SEBAGAI MUFTI
Tengku Muhammad Jiwa dilantik menjadi Sultan Kedah menggantikan saudaranya Tengku Ahmad Tajuddin. Ketika beliau ditabalkan menjadi Sultan, gurunya Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani telah membaca doa untuk baginda. Pada suatu hari, pada suatu permusyawaratan, Sultan Tengku Muhammad Jiwa berkata: “Hamba persilakan mamak-mamak dan guru hamba kerana hamba hendak bermuafakat hendak memberi pangkat kepada Hapisap iaitu menjadi kadi menggantikan kadi yang telah kembali ke rahmatullah Taala itu”. Maka dijawab sekalian menteri dan Tuan Syeikh, “Benar seperti titah itu”.

Sultan Tengku Muhammad Jiwa berkata pula, “Hamba harap guru hamba menjadi mufti di dalam negeri Kedah ini.”

Tidak berapa lama setelah pengangkatan tersebut, Tengku Muhammad Jiwa berusaha pula menjodohkan tuan gurunya, Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani dengan perempuan di lingkungan istana, bernama Wan Zainab binti Dato’ Seri Maharaja Putra Dewa.

KETURUNAN
Setelah beberapa bulan perkahwinan Tuan Syeikh Abdul Jalil Mahdani dengan Wan Zainab, tiba-tiba datang seorang muridnya dari Palembang bernama Raden Siran. Muridnya itu mengajak gurunya ziarah ke Palembang kerana murid-muridnya di Palembang sangat rindu kepada beliau.

Di Palembang, Raden Siran berusaha mencarikan isteri untuk gurunya itu, maka terjadilah perkahwinan antara Syeikh Abdul Jalil Mahdani dengan Raden Ranti/Rantai.

Hasil perkahwinan Raden Ranti dengan Tuan Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani itu, mereka memperoleh seorang anak, Abdus Shamad. Dialah yang dikenal sebagai Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani seorang ulama sufi Asia Tenggara yang terkenal dengan karyanya yang terkemuka, Hidayatus Salikin dan Siyarus Salikin yang biografinya akan diperkenalkan kemudian.

Menerusi perkahwinan Syeikh Abdul Jalil dengan Wan Zainab di Kedah pula, beliau mendapat dua orang anak iaitu Wan Abdul Qadir yang menjadi Mufti Kerajaan Kedah dan Wan Abdullah yang memangku gelaran Seri Maharaja Putera Dewa di Kedah.

Ada pun Syeikh Abdus Shamad Palembang itu, maklumat keturunannya hanya diketahui seorang anaknya bernama Fathimah. Mengenai kedua-dua anaknya yang di Kedah, keturunan selanjutnya belum dapat dikesan.

WAFAT
Makamnya terletak di Tanjung Pauh, Jitra, Daerah Kubang Pasu, Kedah. Penulis pernah sampai ke makam itu membuat penyelidikan dalam tahun 1992, memperoleh catatan bahawa Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani meninggal dunia tahun 1196 H/1782 M. Kawasan makam sangat luas, sekali-sekali ada orang datang berziarah kerana membayar nazar.

Penulis diberitahu oleh salah seorang penunggu makam bahawa orang-orang India datang ke tempat itu setahun sekali, secara beramai-ramai kerana membuat kenduri dan menyampaikan nazar.

Siapa Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani
- Ayah kepada Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
- Nama lengkapnya ialah Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani.
- Berasal dari San'a, Yemen.
- Nama-nama lainnya ialah; Syeikh Abdullah dan Syeikh Abdur Rahman.
- Berkahwin dengan Wan Zainab (Kedah) dan Raden Ranti/Rantai (Palembang).
- Meninggal dunia pada 1196 H/1782 M.
- Makamnya terletak di Tanjung Pauh, Jitra, Daerah Kubang Pasu, Kedah.
* Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah.






Isnin, 6 Januari 2014

Masjid Negeri Perlis, Bandar Diraja Arau

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, 26 Disember 2013, selepas bersiap-siap, kami meninggalkan Homestay Inai Putih. Dalam perjalanan ke Arau, kami singgah di sebuah kedai untuk sarapan pagi. Petuanya mudah saja, cari kedai yang ramai orang. Hamba dengan menu biasa nasi lemak, isteri dan anak-anak dengan roti canai.  Yang datang ambil pesanan adalah seorang budak berumur 11 tahun (nak masuk 12 tahun sebab nak masuk Tahun 6). Hamba 'bersyarah sedikit' dengan anak-anak hamba, ambil suri dan tauladan dari kisah budak ini menolong di kedai semasa cuti sekolah. Terdiam anak hamba nombor dua sebab sebaya dengan budak tu. Selepas sarapan pagi, kami ke Masjid Negeri Perlis di Arau. Ada satu masjid di Kangar (Masjid Alwi) yang hamba nak singgah, tapi kekangan masa menyebabkan hamba singgah Masjid Negeri Perlis sahaja. 

Alhamdulillah, kami sampai masih pagi. Hamba ambil banyak masa untuk 'urusan sendiri'. Hamba juga suruh anak sulung dan kedua 'buat kerja masing-masing'. Isteri hamba dengan 'kerjanya'. Anak ketiga dan keempat, biasalah, dapat masuk masjid dan kawasan lapang, berlari sana-sini, gurau tak habis-habis. Hamba tak ingat kali keberapa hamba ke sini. Sebelum hamba mengerjakan umrah kali pertama dengan isteri dan anak sulong pada tahun 2000, hamba pernah 'memandu 24 jam', dari BBBangi ke Perlis, untuk ke masjid ini atas satu urusan yang perlu diselesaikan sebelum umrah pertama. Alhamdulillah kami sampai balik ke BBBangi dalam 24 jam, hamba cuma berehat sekejap di Kawasan Rehat Ulu Bernam dalam perjalanan pulang. Selesai urusan di Masjid Negeri Perlis, kami ke Alor Setar.