Jumaat, 11 April 2014

Kompleks Haji Ismail Group (Kompleks HIG), Pulau Langkawi

Assalamu'laikum,

Memandangkan kami sampai awal di Langkawi, maka berkesempatan pusing-pusing Pulau. Hamba dapat sewa Proton Wira RM60 sehari semalam. Kalau musim cuti sekolah, dah naik ke RM100 lebih. Kami ke Pantai Pasir Hitam untuk membeli baju anak-anak. Selepas itu ke Pantai Airport, menikmati Laksa Power adn Char Keuw Teaw.  Char Keuw Teaw yang dihidangkan memang mengancam sekali...Esoknya sempat sampai ke Kompleks Haji Ismail Group, contoh sebuah pernigaaan milik Muslim yang berjaya di Pulau Langkawi.








Yang ni hamba suka, kehidupan dunia jangan dipisahkan dengan akhirat

Dalam kompleks


Kompleks tidaklah besar, dalam dua tingkat

Terdapat beberapa jenama antarabangsa dalam Kompleks HIG ini





Ini surau di luar Kompleks HIG

Satu surau lelaki dan satu surau wanita

Ini bangunan bertentangan dengan Kompleks HIG


Pembeli Muslim masih ramai ke perniagaan milik Muslim. Kalau semua pengunjung membeli-belah di premis niaga milik Muslim, kita, umat Islam tidak perlu masa yang lama untuk menguasai ekonomi Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan