Jumaat, 11 April 2014

Terminal Feri Jeti Kuala Perlis - Langkawi

Assalamu'alaikum,

Hamba memang sibuk dalam empat bulan ini. Bulan Februari dan Mac, hampir tiada tulisan hamba dalam blog ini walaupun pengunjungnya dah mencapai 10,000 pada bulan Mac. Bulan Mac, hamba ke Langkawi, atas satu urusan kerja. Kali ini, bawa isteri dan anak-anak sekali. Kami ke Langkawi melalui Jeti Kuala Perlis. Kami terlewat 15 minit, jadi kena tunggu dalam sejam lagi. Sementara menunggu, hamba ambil gambar sekitar jeti ini. Masjid ada, baru dibina, tidak jauh dari jeti ini.


Tandas ada cuma kualiti kebersihannya masih di Gred C

Banyak gerai menjual makanan kering dan lain-lain di hadapan jeti

Ni dari depan Terminal

Beberapa buah kereta boleh parkir untuk waktu yang sekejap

Ada pemuda-pemuda yang menguruskan parkir berbumbung dan tidak berbumbung di sekitar kawasan jeti. Bincang, tanya dan parkir, jangan lupa tahun 2014 ini masih RM10 sehari bagi parkir tidak berbumbung. Kadar sehari bukan dikira mengikut jam kita mula tetapi hari kita parkir.


Sama seperti Kuala Kedah, pengunjung tidak perlu berebut nak naik feri yang mana

Nak tempah kenderaan dan hotel boleh dibuat di sini. Hamba seperti biasa, memandangkan belum cuti sekolah, semua urusan dilakukan di Kuah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan