Assalamu'alaikum,
Pada 27 April 2014 yang lalu, hamba menghadiri Car Boot Sale di Bandar Seri Putra, Bangi. Caranya untuk ke sini tidaklah susah. Ambil Lebuhraya PLUS ke Seremban dari Sg Besi. Selepas Tol Bangi, ada tol Bukit Mahkota. Masuk tol Bukit Mahkota, terus ke depan, dalam 150m-250m, ada papan tanda ke kiri, lokasi Car Boot Sale dijalankan. Car Boot Sale diuruskan oleh sekumpulan penduduk dan dana yang dikutip dari Car Boot Sale dimasukkan dalam tabung sebuah Sekolah Agama di sini selain digunakan untuk tujuan iklan dan promosi. Car Boot Sale adalah satu 'budaya' di luar negara. Ia tempat barang-barang dikitar semula, dijual semula. Pakaian anak-anak yang sudah kecil boleh dijual semula dengan harga yang lebih murah. Barang dan peralatan di rumah yang sudah tidak dikehendaki boleh dijual semula dengan harga yang murah/lebih rendah.
Perbezaan Car Boot Sale dengan pasar malam, pasar tani, uptown dan pasar sehari adalah ia menjual barang kitar semula/terpakai, ia tidak menjual makanan, tidak menjual barang basah, tidak menjual barang baru yang murah. Itu perbezaan penting supaya Car Boot Sale kekal sebagai Car Boot Sale. Dari segi sistem ekonomi Islam, Car Boot Sale boleh dimasukkan di bawah sektor ijtimaie, iaitu sektor sosial, kemasyarakatan dan kebajikan. Car Boot Sale memang baik untuk masyarakat kerana mengelakkan pembaziran apabila pakaian sebagai contoh dibuang begitu sahaja, menggalakkan barang yang kita tidak mahu dijual dengan harga lebih murah, menggalakkan barang digunakan dengan optimum, membantu ahli masyarakat yang kurang berada mendapatkan barang keperluan asas dengan harga yang murah dan mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin dengan konsep kitaran semula. Pembaca boleh lihat sendiri gambar-gambar yang disertakan. Car Boot Sale di Bandar Seri Putra, Bangi diadakan pada hari Ahad terakhir setiap bulan. Ada beberapa Car Boot Sale di sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Baru Bangi, tetapi hamba kira ini yang paling popular dalam kalangan pengunjung.
Hamba baru kembali dari luar negara atas urusan umrah dan urusan kerja. Nantikan artikel seterusnya. Wassalam.
meriahnya...banyak betul barang-barang yang menarik.
BalasPadamcantik dan menarik pinggan makan bunga-bunga tu
Mcm mana nak contact admin ye.. Nak join car boot sale ni
BalasPadamCar Boot Sale terdekat akan diadakan pada ketetapan berikut:
BalasPadamTarikh: 4 Jun 2016
Hari: Sabtu
Masa: 8 pagi - 12 tgh hari
Tempat: Padang Sg Angkat, Kg Kuala Pangsun Hulu Langat
Yuran: RM10 untuk satu kereta (Promosi)
Admin: Kak Ana (013-2559791)
Mohon Viralkan kepada geng2 yang lain ye.
Terima kasih