Jumaat, 12 September 2014

Masjid Ismail Aga Khan, Istanbul, Turki

Assalamu'alaikum,

Selepas Masjid Sultan Selim Khan, hamba ke Masjid Ismail Aga Khan, yang terletak berhampiran. Ia sebuah masjid kecil tetapi 'meriah'.Hamba sempat ziarah empat makam Sheikhul Islam yang terletak bersebelahan/dalam kawasan masjid.  Empat Sheikhul Islam tersebut adalah Sheikh Ismail Efendi, Sheikh Ishak Efendi, Sheikh Muhammad As'ad Efendi dan Sheikh Mehmed Sherif Efendi. Masjid ini agak terkenal dalam kalangan pengamal tariqat tasawuf. Masjid ini tidak ada kena mengenai dengan kumpulan Ismaili dari puak Syiah.  Setahu hamba orang Turki ramai bermazhab Hanafi.  Selepas bersolat Asar di sini, hamba kembali ke pusat bandar dengan menaiki teksi dan tren. Wassalam


Jalannya lengang...



Pintu masuk







Tempat berwuduk



Tiada ulasan:

Catat Ulasan