Isnin, 8 September 2014

Pantai Tanjung Biru, Port Dickson, NSDK (Blue Lagoon Beach, Port Dickson)

Assalamu'alaikum,

Dua kali ke Pantai Tanjung Biru tahun 2014. Kali pertama ketika bulan Puasa. Kali kedua pada 31 Ogos 2014. Pada 31 Ogos 2014, hamba ke Tanjung Tuan dengan anak kedua. Isteri dan anak ketiga dan keempat bersantai di Pantai Tanjung Biru, pantai bersebelahan PNB Ilham Resort. Koleksi gambar di sini memaparkan gambar ketika kunjungan pertama dan kedua tahun ini.










Pantainya memang landai ketika air laut surut






Ketika di pantai sebegini, hamba memang biarkan saja anak buat hal mereka (pantau dari jauh)

Ini pantai bertentangan Tanjung Biru, nampak Melaka.

Ketika 31 Ogos 2014



Kayak ada untuk disewa

Tidak seramai Pantai Teluk Kemang yang padat


Pengunjung ambil kesempatan berehat2 di pantai bersama keluarga ketika Hari Kemerdekaan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan