Isnin, 29 September 2014

Menyelusuri Selat Bosporus, Istanbul, Turki (River Cruise - Bosphorus Straits, Istanbul, Turkey)

Assalamu'alaikum,

Hamba minta maaf kerana tak dapat menyiarkan kisah Muzium/Istana Topkapi sebab gambar-gambar itu ada dalam SD Card yang hilang itu. Rasanya itu artikel terakhir tentang Istanbul. Kalau Allah SWT izinkan hamba jumpa SD Card itu, hamba akan cuba buatkan artikel tentang Muzium/Istana Topkapi. Nanti Bulan Oktober, kita masuk kisah Tanjung Tuan yang terkenal dengan misteri dan 1001 cerita. Hamba berpeluang menyelusuri Selat Bosporus yang terkenal itu. Selat ini memisahkan Benua Eropah dan Asia, menjadi jalan masuk dan keluar ke Laut Hitam. Apa ada di Laut Hitam? Laut Hitam menempatkan Armada Tentera Laut Rusia dan agak luas juga. Ada pendapat ulamak, bahawa kisah akhir zaman akan bermula apabila berlakunya sesuatu sekitar Turki/Laut Hitam, Wallahu'alam. 

Menyelusuri Selat Bosporus juga dikira 'Pakej Wajib' apabila sampai ke Istanbul selain Grand Bazaar, Masjid Biru / Masjid Sultan Ahmed dan Aya Sophia. Satu yang menarik tentang Selat Bosporus adalah ia menawarkan satu produk pelancongan yang besar kepada masyarakat Turki. Berpuluh-puluh syarikat terlibat menawarkan perkhidmatan menyelusuri Selat ini, menawarkan beratus-ratus (mungkin beribu2) peluang pekerjaan kepada masyarakat dnegan harga pakejnya berbeza-beza, saiz bot, kapal pelayarannya berbeza-beza. Anda cuma perlu buat sedikit kajian dan pilih pakej yang sesuai. Pakej menyelusuri Selat ini mengambil masa dalam 3 jam.  Hamba teringat Pakej menyelusuri Sungai Melaka di Melaka. Hamba belum pernah naik bot selusuri Sungai Melaka. Kerajaan Negeri 'boleh belajar' sesuatu dari Selat Bosporus ini. Pakej mesti lengkap dan mengujakan. 

Di Istanbul, hamba tak ambil apa-apa pakej. Universiti Bigli Istanbul tempat hamba berseminar menawarkan satu pakej yang sederhana, ramai rakan seminar ambil, hamba pun ambillah. Satu tip hamba kepada pelancong, ambil pakej yang anda mampu melihat suasana siang dan malam sepanjang Selat Bosporus. Wassalam.


Kami beratur naik kapal 

Salah sebuah masjid

Tempat bersantai di atas kapal sambil menikmati pemandangan sepanjang Selat Bosporus

Jambatan yang merentasi sebuah sungai (kawasan ini masih dalam benua Eropah)




Seperti yang hamba katakan, masjid pasti ada menara

Lupa nama menara ini, hamba tak sempat pergi

Kapal ni kecil sahaja

Pelabuhan di sepanjang Selat Bosporus







Sebuah kapal pelayaran yang agak besar juga

Ramai orang

Lagi kapal pelayaran...bercerita mengenai Cruise Ship ini, hamba teringat program dakwah dengan Ustaz Kazim Elias di atas kapal mewah. Satu inovasi yang canggih dan dialu2kan. Hamba pun minat juga nak naik kapal ini, sekali seumur hidup pun OK, tapi umat Islam menghadapi kesukaran kerana isu makanan halal, maksiat di atas kapal dan 1001 cerita.  Program Ustaz Kazim Elias telah memecah kebuntuan ini. Tahniah!  Penambahbaikan boleh dilakukan dengan Kapal Mewah ini singgah di Pelabuhan-Pelabuhan yang menawarkan makanan halal dan produk yang bersesuaian dengan umat Islam seperti Langkawi dan lain-lain pelabuhan di Indonesia. 








Kapal kami singgah di satu lagi jeti untuk mengambil peserta seminar yang tidak dapat ke jeti asal kerana Jem.


Dah lupa bangunan apa ini










Sebuah universiti juga...



Ada dua buah jambatan merentasi Selat Bosporus. Jambatan pertama adalah Jambatan Bosporus









Merentasi Jambatan Bosporus



Gaya Hidup Mediteranean di sepanjang sungai


Sebuah kapal mewah sebegini harganya boleh sampai beratus-ratus juta

Bendera Turki berkibar di pelbagai tempat


Ada majlis keramaian di sini







Tenaga solar dimanfaatkan, kita di Malaysia masih 'sukakan' tenaga berasaskan karbon walaupun matahari memberikan sinanya sampai 12 jam sehari





Sebuah kota lama

Jambatan Sultan Muhammad al-Fateh dari jauh



Masih kota lama



Sekali lagi Gaya Hidup Mediteranean


Kami merentasi Jambatan Sultan Muhammad al-Fateh 






                                                        Gaya Hidup Mediteranean


Selepas beberapa jauh merentasi  Jambatan Sultan Muhammad al-Fateh, kapal kami patah balik ke 

Satu lagi bangunan/binaan ???


Gaya Hidup Mediteranean

Gaya Hidup Mediteranean

Gaya Hidup Mediteranean

Gaya Hidup Mediteranean

Gaya Hidup Mediteranean...sedangkan dunia ini sudah begitu cantik dan kita lalai dengannya, apatah lagi syurga yang jauh sekali amat cantik, indah lagi mempesonakan, lagi kekal selamanya, akan tetapi kita lalai dari berusaha untuk mencari yang kekal abadi.







Kami merentasi Jambatan Sultan Muhammad al-Fateh kali kedua


Gaya Hidup Mediteranean




Malam yang kian menghampiri, kota lama ini semakin cantik kelihatannya 






Gaya Hidup Mediteranean

Sebuah kapal bawa minyak

Jambatan dipasang lampu dengan pelbagai warna










Gaya Hidup Mediteranean


Mungkin itu sebuah masjid kerana ada menara 





Kami bertuah kerana merasai suasana siang dan malam sepanjang Selat Bosporus







Sinar neon yang pelbagai mencantikkan suasana



Bangunan kerajaan turut dihiasi dengan pelbagai lampu


Merentasi Jambatan Bosporus kali kedua

Jambatan Sultan Muhammad al-Fateh dari jauh


Masjid tu yang terang-benderang itu







Semua pemandangan sepanjang Selat Bosporus dari gambar bangunan, pelbagai senibina, masjid, jambatan, restoran, rumah, apartmen dan lain2 dengan 1001 warna memberikan pakej pelancongan yang lengkap kepada pelancong

Rakan hamba, seorang Profesor dari Amerika Syarikat. Beliau seorang Muslim yang berasal dari Palestin dan berhijrah ke Amerika Syarikat sekitar 40 tahun yang lalu. Hamba menawarkan kepada beliau Malaysia As Second Home untuk beliau berhijrah apabila pencen. Dengan pencennya, beliau mampu hidup senang di Malaysia.



Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bosporus

Bosporus atau Bosphorus (Bahasa Greek: Βόσπορος), juga dikenali sebagai Selat Istanbul (Bahasa Turki: İstanbul Boğazı), ialah sebuah selat yang memisahkan Turki pada bahagian Eropah (Thrace) dan bahagian Asia(Anatolia), menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini memiliki garis panjang 30 km, dengan lebar maksimum 3,700 meter pada bahagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisarı dan Rumelihisarı. Kedalamannya berubah antara 36 sehingga 124 meter.
Tepian selat ini berpendudukan padat, salah satu bandarnya ialah Istanbul, ibu negara Turki.
Ada dua jambatan yang menyeberangi Selat Bosporus, yang pertama adalah Jambatan Bosporus memiliki kepanjangan 1,074 meter dan pembinaannya berakhir pada 1973. Yang kedua, Jambatan Fatih Sultan Mehmet dengan kepanjangan 1,090 meter dan diselesaikan pembinaannya pada 1988 dan ia terletak sekitar 5 km sebelah utara jambatan pertama.
Satu lagi lintasan, Marmaray, sebuah terowong kereta api sepanjang 13.7 km (8.5 bt) masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap pada 2012. Sekitar 1,400 meter dari terowong ini berada di bawah selat, dengan kedalaman sekitar 55 meter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan