Ahad, 12 Oktober 2014

PNB Ilham Resort, Port Dickson

Assalamu'alaikum,

Hamba berkesempatan ke PNB Ilham Resort, dah lupa kali ke berapa... Kali ini atas urusan kerja dan berkebetulan bulan Puasa. PNB Ilham Resort dimiliki oleh PNB (Permodalan Nasional Berhad), bukan Perbadanan Nasional Berhad (PNS). PNB antara badan yang memiliki beratus bilion modal yang dilaburkan di sini-sana, berjaya mewujudkan lebih 100,000 ribu jawatan eksekutif/pegawai kepada anak Melayu di Malaysia dan jutaan pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hamba kira sumbangan PNB dari segi 'mengambilalih' kembali syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia tapi dikuasai oleh orang luar (British dan lain-lain) amatlah besar (Guthrie,  Sime Darby dan lain-lain).

Cuma agak sedikit malang, penglibatan PNB dalam bidang perhotelan amatlah rendah, teramat-amat rendah. Apabila negara Malaysia menerima pendapatan tukaran asing melebihi RM50 bilion setahun dari pelancong asing, apabila Malaysia menerima beratus-ratus ribu pelancong Islam dari negara Arab, maka orang lain yang mendapat hasilnya. Mengapa cerdik-pandai di PNB tidak nampak perkara ini? Apa yang perlu ialah membina dan mengurus Rangkaian Hotel Islam. Permintaan terhadap Rangkaian Hotel Islam amatlah tinggi, tapi tiada satu jenama Rangkaian Hotel Islam yang mantap di Malaysia dan seluruh dunia. PNB ada duit, kepakaran boleh dibina sedikit demi sedikit sepertimana kerajaan membangunkan Petronas dari kosong sehingga terkenal seantero dunia. 

Hamba amat yakin PNB perlu memasuki dan membina Rangkaian Hotel Islam. Permintaan sudah ada di pasaran, dari pelancong Muslim dalam negara dan luar negara. MAIWP pun dah masuk dengan Hotel Putra di Jalan Tun Razak. Ini satu fardhu kifayah. Hamba boleh keluarkan statistik tentang besar dan pentingnya industri perhotelan ini dan pentingnya ummah memiliki Rangkaian Hotel Islam. Moga-moga ada pengurusan kanan yang membaca artikel ini dan bertindak!!! Wassalam.

Sila ke  http://www.ilhamresort.com/    untuk maklumat terperinci.






Gelanggan tenis pun ada


Tidak perlu ada arak/minuman keras pun boleh 'hidup'


Hotel Islam perlu mengasingkan ko,am renang wanita dengan lelaki



Kawasan untuk aktiviti luar




Dah sampai ke pantai


Menu buka puasa berpadanan dengan harganya











Ini kawasan Team Building














 

Ini menu buka puasa



Kepada mereka yang ingin ke Hutan Simpan Tanjung Tuan, hutan ini terletak bersebelahan dengan PNB Ilham Resort.  Posting selepas ini berkaitan Tanjung Tuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan