Assalamu'alaikum,
Hari kedua kami di Pulau Perhentian, hamba, isteri dan anak ber 'snorkeling'. Ia merupakan satu kenangan indah untuk kami sekeluarga. Hamba sendiri walaupun sewaktu muda dan bujang terlibat dengan pelbagai kegiatan rekreasi, tapi belum pernah snorkeling. Ini merupakan pengalaman pertama melihat keindahan alam di bawah laut secara terus, realiti, bukan di kaca TV. Apatah lagi dengan isteri hamba, anak FELDA yang kalau mandi sungai atau laut, kami mesti kena jejak dasar sungai/laut. Tidak pernah berenang kalau kaki tak jejak dasar. Anak-anak hamba, yang sulung hingga ketiga, sudah tahu berenang. Yang sulong dan nombor dua, mereka belajar berenang semasa kami tinggal di UK dahulu. Anak ketiga belajar berenang di sekolah sekarang (aktiviti ko-k). Anak keempat belum tahu berenang.
Mula-mula bila nak belajar snorkeling, nampak macam susah. Kejap ja, semua dah pandai. Hamba tarik isteri hamba ke kawasan dalam, kaki tak kena dasar laut. Mula2, dia panik juga, kemudian, OK. Waktu panik tu, terus dia buka "google untuk snorkeling"....he3...Anak keempat dok terapung saja, belum pandai snorkeling. Anak sulong sehingga ketiga memang 'gaya' budak2 zaman sekarang. Dah tahu ja snorkeling, terus buat hal masing2. Snorkeling di Laguna Biru memang best, sebab airnya biru dan jernih. Macam2 ikan ada. Maklumlah kali pertama, memang amat teruja sekali hamba sekeluarga. Selain itu, ia di tepi pantai. Jadi untuk "beginners", ia tempat yang sesuai untuk biasakan diri dengan snorkeling. Hamba memang ada ambil gambar dalam air, sewa kamera dari syarikat yang bawa kami snorkeling. Kami menghabiskan dalam sejam di Laguna Biru sebelum ke Pantai Penyu.
Di Pantai Penyu, kami habiskan masa dalam 45 minit. Ada penyu dalam laut, tetapi agak kabur kerana air laut sedikit keruh. Ini kali pertama dengan jelas, anak-anak dan isteri turun dari bot, kaki dah tak kena dasar laut. Pengalaman di Laguna Biru banyak membantu. Penyu ni dalam 3-4 meter juga di dasar laut. Pantai Penyu ada jetinya sendiri dan chaletnya sendiri. Setelah habis dalam 2 jam di dua tempat ini, kami snorkeling di tempat ketiga....

Gambar seterusnya tentang Laguna Biru dari Google Image
Gambar seterusnya merupakan kawasan pantai Penyu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan