Jumaat, 7 November 2014

Snorkeling lagi di Pulau Perhentian (Snorkeling at Perhentian Island)

Assalamu'alaikum,

Setelah habis snorkeling di Pantai Penyu, kami snorkeling lagi di ??? dan kawasan Jerung. Ini merupakan pakej standard, ikut kepala. Seorang dewasa dikenakan RM40 untuk empat lokasi snorkeling selama lebih kurang empat jam. Anda juga dibekalkan dengan jaket keselamatan dan google. Kami menghabiskan masa yang agak lama di lokasi ketiga. Batu karang dalam laut memang cantik di sini berbanding dua lokasi sebelumnya. Pemandu pelancong mencadangkan kami ke Pulau Rawa jika datang lagi ke Pulau Perhentian. Pulau Rawa tidak jauh dari Pulau Perhentian Kecil dan menawarkan keajaiban alam laut ciptaan  Ilahi.  Snorkeling di kawasan jerung tak ada jerung. Tapi batu karangnya boleh tahan juga cantiknya. Ini merupakan lokasi terakhir dan tidak jauh dari Pantai Teluk Dalam. Stok makanan dan minuman yang kami bawa memang cukup-cukup. Isteri dan anak sulong pun agak keletihan. Anak kedua dan ketiga memang 'pandai bawa diri'. Tak tahu letih agaknya, bisik hati hamba...










Hamba dengan anak sulong





Tiada ulasan:

Catat Ulasan