Selasa, 4 November 2014

Malam di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian, Besut, Terengganu (Night at Teluk Dalam, Perhentian Island)

Assalamu'alaikum,

Ini malam pertama di Pulau Perhentian Besar.  Kami menunggu selepas hujan  sebelum keluar. Satu tip penting dalam mengembara atau melancong adalah baca dahulu dalam tripadvisor atau buat mana-mana bacaan dan rujukan tentang tempat yang akan dituju.  Hamba dah buat homework sikit2 sebelum sampai. Antaranya adalah makan di hotel kami sewa adalah mahal. Jadi kami tak akan makan di hotel. Makan di luar hotel/resort lebih murah, jadi mungkin kami makan di luar. Apapun, hamba sekeluaga dah bawa persediaan bekalan makanan yang mencukupi untuk 4 hari 3 malam kami di Pulau Perhentian Besar. Macam mana kami makan, apa kami makan, macam mana kami menyediakan makanan tidak boleh diceritakan, itu 'rahsia hamba sekeluarga'...he3... Berjalan di pantai dengan isteri dan anak-anak, menghirup udara malam, membiarkan diri dihembus angin dan bayu laut, dengan suasana yang aman, damai dan tenang, tanpa pesta-pesta maksiat dan kebobrokan manusia, alam yang dibiarkan hidup tanpa diganggu-gugat oleh manusia tamak, flora dan fauna yang menghijau dan menampakkan pucuknya,...ahhh semua ini hanya penting bagi orang seperti hamba....wassalam. 





Antara restoran di Pantai Teluk Dalam 



Semua menggunakan generator sendiri





Pantai Teluk Dalam merupakan pantai terpanjang di Pulau Perhentian Besar. Ia juga merupakan kawasan kependudukan pertama apabila Batin Mina membuka Pulau Perhentian pada abad ke 18/19.

Makanan Barat turut disediakan...ehmmm orang putih ramai

Antara chalet di sini

Kalau nak belajar menyelam dan dapat lesen, PADI antara yang terkenal

Latif - antara penduduk Pulau Perhentian Kecil yang setia mencari rezeki di Pulau Perhentian

Arman (kanan sekali) - dari Kelantan dan setia 8/9 bulan di Pulau Perhentian


Burger - makanan popular bila beraktiviti luar sebegini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan