Selasa, 4 November 2014

Ke Pulau Perhentian (Dari Kuala Besut, Terengganu)

Assalamu'alaikum,

Keesokannya, selepas bersarapan pagi dan check-out hotel (dah makin banyak hotel bajet/backpackers di Kuala Besut), kami ke jeti dan sampai di Pulau Perhentian Besar dalam jam 2 petang lebih juga. Ada masalah dengan tiket bot yang dibeli. Mereka suruh tunggu, tunggu punya tunggu, dah sejam botnya tak kunjung2 tiba. Hamba ke syarikat itu semula dan komplen, rupanya bot mereka tak sampai2 dari Pulau Perhentian. Selepas komplen, hamba dan keluarga dapat naik bot lain, cepat sikit walau dah lewat sejam lebih. Patut kami bertolak jam 1200 tengahari dari Kuala Besut. Bot laju ni memang laju, dalam setengah jam saja dah sampai Pulau Perhentian Besar.  Lajunya bot ini sampai nak ambil gambar pun tak boleh sebab terumbang-ambing dipukul ombak. Sempatlah ambil 3/4 keping saja. Hamba sekeluarga bermalam di Pantai Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar.  















Di kawasan pantai Teluk Dalam, Perhentian Besar

Tupai ini asyik dengan rezekinya pada hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan