Selasa, 4 November 2014

Masjid Ulul Albab aka Masjid Seberang Jerteh, Besut, Terengganu

Assalamu'alaikum,

Cuti sekolah bulan September yang lalu, hamba sekeluarga bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu. Dalam perjalanan, kami singgah di pekan Jerteh dahulu. Sebelum makan, kami singgah bersolat di masjid ini, yang hamba sendiri dah lama nak singgah, tetapi belum bertemu masa dan janji. Masjid ini ada keunikan tersendiri kerana senibina Melayu dan Islam yang menjadi asas pembinaannya. Selepas solat, kami singgah sekejap di bengkel kereta membetulkan tayar hadapan kereta yang "berbunyi-bunyi" semenjak bertolak dari BBBangi. Alhamdulillah, sikit saja masalahnya, kena RM10 saja. Kemudian makan-minum di Kawasan Lapang berbumbung yang popular di Jerteh dan seterusnya kami ke Kuala Besut mencari hotel untuk bermalam pada malamnya.  Alhamdulillah, jumpa hotelnya, kena RM59 untuk sebuah bilik  yang ada tiga buah katil. Dua orang anak bujang hamba tidur atas beg tidur yang turut dibawa, yang bongsu bersama umminya. Dulu-dulu ambil satu bilik dua katil dah cukup. Bila anak dara yang sulong ni dah besar panjang, kena bagi katil asing untuk dia. Lagipun kami hanya nak bermalam skejap sebelum ke Pulau Perhentian keesokannya. Hujan yang amat lebat menanti kami di Kuala Besut sebelum ke Pulau Perhentian. Wassalam.




































4 ulasan:

  1. ada x artikel tentang masjid ini?? artikel yg rasmi kalau boleh

    BalasPadam
  2. saya perlukannya untuk dimasukkan dlm hasil kerja kursus. harap boleh bantu

    BalasPadam
  3. saya perlukannya untuk dimasukkan dlm hasil kerja kursus. harap boleh bantu

    BalasPadam
  4. Masjid ni dah boleh derma online sekarang. Ini link nya:

    https://masjidululalbab.sujood.net/

    BalasPadam