Isnin, 17 November 2014

Masjid Negeri (Lama) Pahang (Madrasathul Firdaus) di Kuala Lipis, Pahang

Assalamu'alaikum,

Selepas ceramah motivasi di sebuah sekolah, hamba mendirikan Solat Zohor dan Asar di sebuah masjid lama di Kuala Lipis. Masjid Negeri (lama) ini dibina pada tahun 1888 semasa Daerah Kuala Lipis bertindak sebagai ibu negeri bagi Pahang. Ia merupakan bangunan paling tua di Pekan Kuala Lipis. Menurut sumber internet (http://kklw.bernama.com/news.php?id=459362):

Masjid Negeri yang juga dikenali sebagai Madrasathul Firdaus merupakan bangunan tertua di bandar Kuala Lipis dan dibina pada tahun 1888 oleh saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Reka bentuknya mempunyai identiti seni bina Melayu Nusantara dan persamaan pada pengaruh Minangkabau.

Menurut seorang penduduk, Zaki Che Rahmat, satu daripada keistimewaan Masjid Negeri itu ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Kuala Lipis beberapa kali dilanda banjir besar.

Walaupun kedudukannya di tebing Sungai Jelai, Masjid Negeri ini tidak terjejas semasa banjir besar melanda pada tahun 1971, menurut Zaki yang menetap di Kuala Lipis lebih 60 tahun. 


Hamba perasan Masjid ini beberapa tahun dahulu ketika singgap sekejap di Pekan Kuala Lipis, dalam perjalanan menuju ke Kelantan. Waktu itu, tak sempat singgah lama. Alhamdulillah, kali ini hamba sempat singgah dan buat sedikit kerja di masjid ini. Seperti tulisan di atas, pasti ada kelebihannya Masjid Lama ini, Wallahu'alam, Wassalam.






Ada Air Kolah

Tangga naik ke atas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan