Khamis, 25 Jun 2015

Taman Negara Johor Tanjung Piai, Johor DT. (Tanjung Piai National Park)

Assalamu'alaikum,

Selamat bersua kembali setelah lama hamba menyepi. Hamba memang sibuk semenjak dua menjak ini. Alhamdulillah, hamba pun baru balik dari mengerjakan umrah semasa cuti sekolah yang lalu. Sepertimana dijanjikan, posting ini berkaitan Taman Negara Johor (TNJ) Tanjung Piai. NI masih kisah Disember 2014. Menarik Taman Negara Johor ini, ada masa lalu ke sini, singgah-singgahlah. Back to Nature!  Biasalah ada sedikit bayaran untuk masuk, dan antara tarikan utama adalah Kawasan Paling Selatan Benua Asia... Cenderahati masih kurang, TNJ kena proaktif bab ini. Kalau merentasi garisan Khatulistiwa di Pontianak, ada Sijil lagi untuk siapa yang lalu di situ. Kalau waktu hamba di England, Land's End (Land's End -sumber: wikipedia : CornishPenn an Wlas or Pedn an Wlas)[1] is a headland and holiday complex in western Cornwall, England. It is themost westerly point of mainland Cornwall and England, is within the Penwith peninsula and is about eight miles (13 km) west-south-west of Penzance at the starting and finishing point of the A30 road.[2]antara destinasi popular sebagai Tanah terhujung sebelah barat di Pulau GB.  Masih banyak boleh dilakukan untuk mempopularkan destinasi ini antaranya :
  • Tambah jenis dan kepelbagaian cenderahati ttg TNJ Tanjung Piai dari segi pinggan, fridge magnet, butang, key-chain.
  • Buat Sijil utk siapa yang berminat sebagai 'tanda' sampai ke Kawasan Paling Selatan Benua Asia (Kena bayar)
  • Tambah kemudahan untuk pelancong
  • Tambah gerai untuk pengunjung
  • Tambah pakej lawatan/aktiviti di samping yang sedia ada.
  • Promosi dan maklumat di Internet amat kurang tentang TNJ Tanjung Piai. Perlu tambah info. 


Apa-apapun, hamba sekeluarga ceria dan gembira sampai ke sini. Wassalam.






 Kita akan melalui Hutan Paya Bakau


 Ada anak ketam di situ


 Hutan Paya Bakau penting dalam menahan pantai dan daratan dari hakisan

 Radar MKN dalam posting sebelumnya

 INi kiranya sebagai klimaks jika sampai ke sini



 Pulau milik Malaysia, Pulau Kukup rasanya





 Ada 'Liverpool' di sini...he3...
 Elok maklumat ini sebab hutan ada macam2 binatang berbisa...

 Pondok atas 






 Untuk panggilan alam






 Ada Tayangan Dokumentari secara percuma





Selamat Tinggal....



Taman Negara Johor Tanjung Piai yang terletak di berhampiran Tanjung Piai di mukim Serkat, daerah PontianJohor merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi yang kaya dengan hutan, hidupan paya bakau serta flora dan fauna. Dengan keluasan 926 hektar, Taman Negara Tanjung Piai menempatkan mercu tanda daratan penghujung di benua Asia, iaitu peta dunia yang dibina atas sebuah pelantar menghadap Selat Melaka. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Negara_Tanjung_Piai)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan