Khamis, 30 April 2015

Tanjung Piai Resort, Tanjung Piai, Johor Bahru.

Assalamu'alaikum,

Semasa di Johor Disember 2014, kami sempat jalan-jalan di Tanjung Piai Resort, di Tanjung Piai, Pontian, Johor.  Ini kali kedua hamba ke sini. Kali pertama di awal-awal tahun 2000 rasanya. Waktu itu, Tanjung Piai belum terkenal sebagai Kawasan Paling Selatan di Benua Asia. Dahulunya jalannya pun kecil, Resortnya kecil sahaja. Yang kekal di sini adalah radar Majlis Keselamatan Negara. Anak sulong hamba pernah berkursus di sini. Kemudahannya banyak kerana resort menyediakan asrama lelaki dan asrama perempuan, kemudahan bilik hotel yang pelbagai standard, pilih sahaja dan bayar. Pelbagai jenis aktiviti juga disediakan untuk pengunjung, khususnya pangunjung pakej. Anda boleh melihat Pelabuhan di Singapura dan Resort ini sesuai untuk kaki pancing. Artikel selepas ini adalah berkaitan Taman Negara Tanjung Piai.  Wassalam. 



























Pembaca boleh melawat     http://tanjungpiairesort.com.my/



Tiada ulasan:

Catat Ulasan