Rabu, 29 April 2015

Masjid Diraja Pasir Pelangi, (Pasir Pelangi Royal Mosque), Johor Bahru.

Assalamu'alaikum,

Dalam perjalanan ke Johor pada bulan disember lepas, kami mulanya singgah di masjid Diraja pasir Pelangi dahulu. Kami sampai pada masa yang agak tepat iaitu apabila waktu Subuh dah masuk. Hamba sekeluarga mendirikan Solat Subuh di sini. Selepas Solat Subuh, ada jamuan ringan, roti canai, teh O dan minuman lain. Jemaah masjid menjemput kami turut serta. Alhamdulillah, ada ezeki di waktu pagi yang indah. Rasanya pagi Jumaat. Mengapa hamba ziarah ke masjid ini? Dalam kunjungan terakhir ke rumah Moyang, beliau menyuruh hamba ke masjid ini. Sebenarnya, hamba tidak bertanya pun tentang masjid lama di Johor, tetapi firasat seorang guru itu mampu membaca apa yang tersirat dan berlegar di hati anak muridnya. 

اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
“Takutlah (hati- hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH. “
(HR Tirmidzi dengan sanad lemah ,dalam Al Sunan, Kitab : Tafsir, Bab : Tafsir surat Al Hijr (hadis 3127).

Bak kata hadis Nabi SAW, firasat seorang mukmin itu tidak sama dengan pandangan orang biasa. Firasat orang mukmin tidak sama dengan tilikan tok bomoh, dukun dan lain-lain. Bezanya langit dengan bumi, bezanya amat berbeza, antara yang hak dengan yang batil.  Menghormati suruhan Moyang, maka kami pun sampai ke masjid ini, Alhamdulillah. 


















sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Pasir_Pelangi_Royal_Mosque
Pasir Pelangi Royal Mosque is a Johor royal mosque located in Pasir Pelangi, near Johor BahruJohorMalaysia. It was constructed in the 1920s. The mosque bears a similar architectural design to the Sultan Abu Bakar State Mosque.[1]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan