Sabtu, 27 Ogos 2016

ADAKAH IMSAK ITU BID'AH?

ADAKAH IMSAK ITU BID'AH?

Imam Ibnu Hajar dalam Kitab Fathul Bari syarah Sahih Bukhari pada Kitabus Soum, pada bab:

باب قدر كم بين السحور وصلاة الفجر

Bab ukuran perkiraan waktu antara sahur dan solat subuh

Kemudian di bawah judul bab tersebut ada hadis:

Diriwayatkan dari Anas ra dari Zaid bin Tsabit bahawa dia pernah berkata :

"Kami pernah makan sahur bersama Nabi saw , kemudian kami berangkat solat (subuh). Maka aku (Anas) berkata : “Berapa lama jarak antara azan dan makan sahur? Ia (Zaid) menjawab : خمسين آية (kira-kira bacaan lima puluh ayat dari Al-Qur’an)”

Ibnu Hajar menjelaskan:

قوله : ( باب قدر كم بين السحور وصلاة الفجر ) أي : انتهاء السحور وابتداء الصلاة ؛ لأن المراد تقدير الزمان الذي ترك فيه الأكل ، والمراد بفعل الصلاة أول الشروع فيها قاله الزين بن المنير .

Perkataannya (Bab ukuran perkiraan waktu antara sahur dan solat subuh) iaitu waktu akhir sahur dan mulai solat ,kerana sesungguhnya maksudnya adalah perkiraan waktu berhenti makan,dan maksud dengan melakukan solat adalah permulaan mulai solat,telah menyatakan atas hal itu az-Zain bin al-Minbar

Kemudian beliau berkata lagi:

قوله : ( قال : قدر خمسين آية ) أي : متوسطة لا طويلة ولا قصيرة لا سريعة ولا بطيئة ، وقدر بالرفع على أنه خبر المبتدأ ، ويجوز النصب على أنه خبر كان المقدرة في جواب زيد لا في سؤال أنس لئلا تصير كان واسمها من قائل والخبر من آخر . قال المهلب وغيره : فيه تقدير الأوقات بأعمال البدن ، وكانت العرب تقدر الأوقات بالأعمال كقوله : قدر حلب شاة ، وقدر نحر جزور ، فعدل زيد بن ثابت عن ذلك إلى التقدير بالقراءة ؛ إشارة إلى أن ذلك الوقت كان وقت العبادة بالتلاوة ، ولو كانوا يقدرون بغير العمل لقال مثلا : قدر درجة ، أو ثلث خمس ساعة .

Perkataan (beliau berkata, ukuran 50 ayat) iaitu bacaan yang pertengahan bukan yang panjang atau yg pendek, tidak yang laju (membacanya) atau yang lambat,......(keterangan nahu)....... berkata al-Mihlab dan lainnya: disana membuat perkiraan waktu dengan perbuatan badan,dan biasanya orang arab membuat perkiraan waktu dengan amalan badan,seperti dengan ukuran memerah susu kambing...maka Zaid memindahkan perkiraan itu dengan qiraat, itu merupakan sebuah isyarat juga bahawa waktu itu adalah waktu ibadah dgn qiraat, seandainya kebiasaan orang arab tidak dengan amalan badan,maka zaid pun akan berkata misal: ukuran darjat, atau sepertiga, seperlima jam.

Dan masalah waktu Imsak ini di perkuat lagi dengan apa yang ada dalam Hadis Bukhari dalam Kitabul Mawaqit:

قُلْنَا لِأَنَسٍ كَمْ كَانَ بَيْنَ فَرَاغِهِمَا مِنْ سَحُورِهِمَا وَدُخُولِهِمَا فِي الصَّلَاةِ قَالَ قَدْرُ مَا يَقْرَأُ الرَّجُلُ خَمْسِينَ آيَةً

Kami berkata kepada Anas: berapa lama jarak selesai keduanya ( Rasul dan Zaid) dari sahurnya dan keduanya memasuki dalam solat (subuh) ? beliau berkata: ukuran pembacaan seseorang pada 50 ayat. (Fathul Bari 2/70)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan