Sabtu, 27 Ogos 2016

MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB: RAJA PENGKAFIRAN/PEMBUNUH KAUM MUSLIMIN


MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB: RAJA PENGKAFIRAN/PEMBUNUH KAUM MUSLIMIN - PENGIKUTNYA PUN HOBI MENGKAFIRKAN/MEMBUNUH KAUM MUSLIMIN

Ini adalah satu pembongkaran ilmiah bertujuan untuk menjaga kesucian Islam dan ummatnya daripada ajaran sesat yang gemar mengkafirkan dan menghalalkan darah ummat Islam untuk dibunuh.

AWAS! ANDA JUGA MUNGKIN DIKAFIRKAN OLEH WAHHABI SALAFI!

SIAPAKAH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB?

Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab (1206H) yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah mereka.

Manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin Abdul Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri. Saudara kandungnya, Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab, sering memberi peringatan kepada umat Islam dizamannya agar tidak mengikuti AJARAN BARU Muhammad bin Abdul Wahhab, kerana ajaran barunya itu menghina serta mengkafirkan ummat Islam. (Sebagai bukti silakan merujuk dua kitab karangan Syeikh Sulaiman yag berjudul : “Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan ” Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”).

Ayahnya juga, iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya, iaitu Muhammad, kerana tidak mahu mempelajari ilmu Islam. Ayahnya pernah berkata kepada para ulama: "Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini". (Sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad hal. 275).

Demikianlah. Saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.

FAKTA PARA MUFTI TERHADAP MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB

- Mufti Mazhab Hambali:
Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdi (1225 H) menyatakan dalam kitabnya "As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah”  m/s 276 : "Apabila ulama menjelaskan hujjah kepada Muhammad bin Abdul Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya, maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana beranggapan bahawa barangsiapa yang tidak sependapat dengannya, adalah KAFIR DAN HALAL DARAHNYA UNTUK DI BUNUH”.

- Mufti Mazhab Syafi’e:
Ahmad bin Zaini Dahlan (1304 H) yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid, mengatakan dalam kitabnya "Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah" m/s 42: "Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan ummat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab telah berkata: Aku membawa kepada kamu semua AGAMA YANG BARU dan manusia selain pengikutku adalah KAFIR MUSYRIK".

Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah (Ahlul Bait) serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketika mereka mula-mula memasuki Kota Taif. (Rujuk Kitab Umara’ Al-Bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).

WAHHABI MENGHUKUM SESAT DAN MEMBID'AHKAN PARA ULAMA ISLAM

Wahhabi bukan saja mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka tetapi Wahhabi turut membid’ahkan dan menghukum aqidah ulama’ Islam sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Sila lihat kenyataan Wahhabi berikut :

1- Wahhabi berpendapat bahawa akidah Imam Nawawi Dan Ibnu Hajar Al-Asqalany bukan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi iaitu Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin mengatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (Pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minin Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalany (Pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari), dia menjawab: "Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu aqidah) mereka berdua bukan dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh m/s 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.

2- Wahhabi Menghukum Al-asy'ariyah Sebagai Sesat Dan Kafir.

Tokoh Wahhabi Abdur Rahman bin Hasan Aal-As-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’irah yang merupakan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid hal. 353 cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh.

Satu lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’irah sebagai sesat aqidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam hal. 32 cetakan Riasah ‘Ammah Lil Ifta’ Riyadh.

3- Wahhabi Mengkafirkan Umat Islam Yang Mengikuti Madzhab. Dan Mereka Juga Mengkafirkan Saidatuna Hawa (Siti Hawa)

Wahhabi bukan saja menghukum ulama’ Islam sebagai sesat bahkan umat Islam yang mengikut madzhab pun turut DIKAFIRKAN dan dihukum sebagai MUSYRIK melalui kenyataannya : "TAQLID KEPADA MAZHAB ADALAH SYIRIK". Dan Wahhabi juga berani mengkafirkan Ibu bani Adam yaitu Saidatuna Hawa dengan kenyataannya: "Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawa".

Tokoh Wahhabi tersebut adalah Muhammad Al-Qanuji yang hampir satu zaman dengan Muhammad bin Abdul Wahhab. Lihat faktanya dalam kitabnya Ad-Din Al-Khalis Juz 1 m/s 140 dan 160 cetakan Darul Kutub Ilmiah.

Saudaraku dalam Islam, waspadalah dengan ajaran TAKFIR ini (mengkafirkan ummat Islam) yang dipelopori oleh golongan Wahhabi. Wahai kamu para Wahhabi dan pengikut Wahhabi, bertaubatlah kepada Allah!

KITAB MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB

Dalam kitab "Ar-Rasa’il As-Syakhsyiah li Al-Imam As-Syeikh Muhammad Abdul Wahhab” dalam bab ke 11 halaman 75 disebutkan bahawa; “Fatwaku adalah menyatakan bahwa Syamsaan beserta anak-anak mereka dan sesiapapun yang menyerupai mereka, aku menyamakan mereka dengan Thaghut (barang sembahan selain Allah)…”.

Lebih dahsyat lagi adalah apa yang dikatakannya di dalam kitab yang sama (Ar-Rasa’il as-Syakhsyiah li al-Imam as-Syeikh Muhammad Abdul Wahhab) dalam bab ke 34 halaman 232 dimana Ibn Wahhab menulis : “…kami telah menghukum kafir terhadap thaghut-thaghut para penghuni Al-Kharj dan selainnya”. Di sini, kita tahu bahawa Al-Kharj adalah nama satu daerah yang jaraknya lebih kurang 80 kilometer dari kota Riyadh. Daerah al-Kharj terdiri daripada beberapa kampung yang ramai penduduknya. Perkara itu adalah sepertimana yang telah tertulis di dalam kitab “Al-Mu’jam Al-Jughrafi lil Bilad Al-Arabiyah As-Saudiyah” jilid 1/392 atau kitab “Mu’jam Al-Yamamah” jilid 1/372. Jelas sekali bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab tanpa ragu-ragu lagi telah menghukum semua kaum Muslimin yang tidak menerima ajaran agama barunya sebagai KAFIR.

Bukan hanya pengkafiran sahaja yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, malah cacian, makian dan hinaan pun di lontarnya dari otak dan hatinya yang kotor kepada para tokoh-tokoh dan pembesar Ahlus Sunah, yang tidak setuju dengan ajarannya.

Di dalam kitab “Ar-Rasa’il As-Syakhsyiah li Al-Imam As-Syeikh Muhammad Abdul Wahhab” bab 34 halaman 232, beliau tujukan kata-kata berikut kepada seorang tokoh yang bernama Syeikh Sulaiman bin Sahim : “Akan tetapi, sang haiwan ternakan Sulaiman bin Sahim tidak memahami makna ibadah”. Ini memberi makna seakan-akan hanya Muhammad bin Abdul Wahhab sahaja yang memahami ajaran tauhid dengan sebenar-benarnya, manakala Muslimin yang di luar ajaran agama barunya diangggapnya sebagai sesat.

Di dalam kitab “Majmu’ Mu’allafaat Al-Imam As-Syeikh Muhammad Abdul Wahhab” jilid 1 halaman 90-91 disebutkan juga bahawa beliau (Muhammad bin Abdul Wahhab) memberi Syeikh Sulaiman dengan gelaran "LEMBU" melalui ungkapannya : “Orang ini seperti LEMBU yang tidak dapat membezakan antara tanah dan kurma”.

Apakah "dosa" Syeikh Sulaiman hingga diberikan gelaran sedemikian rupa? "Dosa" Syeikh Sulaiman bin Sahim hanyalah menolak dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab yang dianggap sesat dari ajaran dan ijma' Ulama Islam, khususnya Ahlus Sunnah wal Jamaah. Perkara inilah yang dinyatakan sendiri oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab di dalam lanjutan kitab tersebut dengan ungkapan: “Kerana mereka telah berusah untuk mengingkari dan berlepas tangan dari agama ini” (Kitab Ar-Rasa’il as-Syakhsyiah li Al-Imam As-Syeikh Muhammad Abdul Wahhab…5/167).

Agama manakah yang dimaksudkan oleh Muhamad bin Abdul Wahhab? Adakah yang dimaksudkan adalah agama baru yang dibawanya? Ataukah yang dimaksudkannya adalah agama Islam yang dibawa oleh Muhammad Rasulullah SAW, yang mana dalam masalah tauhid dan syirik, difahami dan disepakati oleh semua kelompok Islam termasuk pemahaman saudara kandungnya yang tergolong di dalam golongan ulama mazhab Hambali ?

Adakah orang seperti Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab al-Hambali (saudara kandungnya sendiri) atau Syeikh Al-Allamah Sulaiman bin Muhammad bin Ahmad bin Sahim (wafat tahun 1181 H) salah seorang ulama dan tokoh besar di zamannya (sebagaimana yang telah disebutkan dan diakui sendiri oleh seorang Wahhabi kontemporer Abdullah bin Abdurrahman Aali Bassam dalam kitabnya “Ulama’ an-Najd Khilala Sittata Quruun” dalam jilid ke 2 halaman 381 pada Tarjamah nomer 191, cetakan Maktabah an-Nahdhatul Haditsah di Makkah al-Mukarramah, cetakan pertama tahun 1398 H), juga tidak memahamai konsep tauhid dan syirik yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ?

Adakah layak bagi Muhammad Bin Abdul Wahhab memberi gelaran menggunakan ungkapan-ungkapan yang kotor kepada seorang ulama besar yang mana ia tidak layak diungkapkan oleh seorang muslim awam sekalipun, apatah lagi kata-kata itu diungkapkan dari Muhammad Bini Abdul Wahhab sendiri yang mengaku dirinya sebagai mujaddid (pembaharu) agama Islam? Dari itu, di manakah terletak sifat akhlak Rasulullah, akhlak Islam dan akhlak mulia agama Allah ?

Jika manusia yang mempunya akhlak yang buruk seperti ini disebut sebagai “Pembaharu Islam", maka tidak hairanlah jika Islam menjadi sebagai barang yang diperolok-olokkan oleh musuh-musuh Islam.

Jika kita hendak lebih mengetahui mengapa Syeikh Sulaiman bin Sahim mengingkari dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab, dan juga tentang perihal segala ungkapan-ungkapan bahasa yang kasar oleh Muhammad bin Abdul Wahhab (lantas menunjukkan kebaduian perilaku Muhammad bin Abdul Wahhab), boleh terdapat di dalam buku seorang penulis Wahhabi kontemporari Dr Abdullah al-Utsaimin dalam buku karyanya: “Mauqif Sulaiman bin Sahim min Dakwah as-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab” dari halaman 91 hingga 113 yang dicetak di Riyadh-Saudi tahun 1404 H.

MENULARNYA AJARAN WAHHABI SECARA PAKSAAN

Informasi tentang sejarah kejahatan Wahhabi juga boleh didapati melalui buku “Al-Fitnatul Wahhabiyah” (Fitnah Wahabi) karya Syeikhul Islam dan Mufti Besar Mazhab Syafi’i di kota suci Makkah. Syeikh Al-Allamah Ahmad bin Zaini Dahlan (wafat tahun 1304H dan dimakamkan di Madinah) hidup di zaman ajaran Wahhabi menular SECARA PAKSAAN ke segenap jazirah Arab.

Syeikhul Islam Zaini Dahlan menjelaskan bagaimana para pengikut setia Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan kaum Muslimin yang bukan hanya sekedar melalui ungkapan dan tulisan, bahkan dengan pembunuhan. Dan kini telah terbukti kebiasaan perbuatan buruk (sunnah sayyi’ah) itu masih terus dilakukan oleh para pengikut setia dan orang-orang yang taklid buta kepada Muhammad bin Abdul Wahhab.

Kini mereka menggelarkan diri mereka sebagai Salafi, bahkan tanpa segan silu mengaku sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah. Jikalau tidak kerana sokongan dana, kekuatan senjata dan perlindungan penuh dari negara kaya minyak seperti Saudi, nescaya kewujudannya sudah lama binasa seperti golongan-golongan lainnya.

Kajian ilmiah yang dapat disebutkan di atas adalah kupasan ringkas yang sempat disebutkan di dalam artikel yang sangat terbatas ini. Masih banyak bukti yang dapat kita sebutkan untuk membuktikan hobi kaum Wahhabi mengkafirkan kaum Muslimeen.

Lihat saja bagaimana perangai mereka yang suka menuduh "SYIRIK", "BID'AH", "KAFIR" pada amalan-amalan di bulan Syaaban, Rajab, Ramadhan, Syawal sedangkan amalan-amalan tersebut sememangnya tidak bercanggah dengan syara'.

PENGKAFIRAN WAHHABI TERHADAP MUSLIMEEN YANG ENGGAN MENGIKUT AJARAN MEREKA

Jika seorang ulama seperti Syeikh Sulaiman bin Sahim mudah saja dicaci-maki dan dihina oleh orang seperti Muhammad bin Abdul Wahhab, maka jangan hairan jika sekarang ini para pengikut setia dan fanatiknya (kaum Wahabi Salafi) juga turut mengikuti jejak langkah manusia tidak beradab seperti Muhammad bin Abdul Wahhab itu. Ungkapan dan tuduhan jahil (bodoh), munafik, zindik bahkan gelaran anjing atau haiwan-jaiwan lain dari kelompok Wahhabi Salafi terhadap kaum Muslimeen merupakan perkara biasa yang telah jadi darah daging cara berdakwah secara turun-temurun.

1. Pengkafiran Penduduk Makkah

Dalam perkara ini Muhamad bin Abdul Wahhab menyatakan: “Sesungguhnya agama yang dianuti penduduk Makkah (di zaman Muhammad Bin Abdul Wahhab) sebagaimana halnya agama yang kerananya Rasulullah diutus untuk memberi peringatan” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 86, dan atau pada jilid 9 halaman 291)

2. Pengkafiran Penduduk Ihsa’

Berkaitan dengan ini, Muhammad bin Abdul Wahhab menyatakan: “Sesungguhnya penduduk Ihsa’ di zaman (nya) adalah para penyembah berhala (Musyrik)” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 113)

3. Pengkafiran Penduduk ‘Anzah.

Berkaitan dengan ini, Muhammad bin Abdul Wahhab menyatakan: “Mereka telah tidak meyakini hari akhir” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 113)

4. Pengkafiran Penduduk Dhufair.

Penduduk Dhufair merasakan hal yang sama seperti yang dialami oleh penduduk wilayah ‘Anzah, dituduh sebagai “pengingkar hari akhir (kiamat)”. (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 113)

5. Pengkafiran Penduduk Uyainah dan Dar’iyah.

Perkara ini juga sebagaimana yang disebut di atas, para ulama wilayah tersebut khususnya Ibnu Sahim al-Hambali beserta para pengikutnya telah dicela, dicaci dan dikafirkan. Oleh sebab penduduk dua wilayah itu (Uyainah dan Dar’iyah) bukan hanya tidak mahu menerima doktrin ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab, malahan mereka mengkritik ajaran baru tersebut. Atas dasar ini, Muhammad bin Abdul Wahhab tidak segan-silu mengkafirkan semua penduduknya, baik ulama’nya hingga kepada kaum awamnya. (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 8 halaman 57)

6. Pengkafiran Penduduk Wasym.

Berkaitan dengan ini, Muhamad bin Abdul Wahhab telah juga mengkafirkan semua penduduk Wasym, baik di kalangan ulama’nya hingga kaum awamnya. (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 2 halaman 77)

7. Pengkafiran Penduduk Sudair.

Berkaitan dengan perkara ini, Muhammad bin Abdul Wahhab telah melakukan hal yang sama sebagaimana yang dialami oleh penduduk wilayah Wasym. (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 2 halaman 77)

Dari coretan sejarah di atas, telah jelas dan tidak mungkin dapat diingkari oleh sesiapapun (baik yang pro maupun yang kontra terhadapa ajaran Wahabi Salafi), bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab telah mengkafirkan kaum muslimeen yang tidak mahu menganut ajaran dan keyakinan-keyakinannya yang mana ini merupakan hasil ke-Bid’ah-an otaknya. Sama ada "bid’ah otaknya" tadi berkaitan dengan konsep tauhid sehingga muncul "penghukuman syirik" dari Muhammad bin Abdul Wahhab terhadap kaum muslimin yang tidak sejalan dengan fikirannya, mahupun keyakinan-keyakinan lain (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 43).

KATA-KATA "MUTIARA" MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB

Muslimeen muslimat yang dirahmati Allah. Sebagai penutup, marilah kita perhatikan ungkapan Muhammad bin Abdul Wahhab (pelopor Wahabi) berkaitan dengan kaum muslimeen di zamannya secara umum.

1) Muhammad bin Abdul Wahhab menyatakan: “Banyak dari penghuni zaman sekarang ini yang tidak mengenal Tuhan Yang seharusnya disembah melainkan Hubal, Yaghus, Ya’uq, Nasr, al-Laata, al-Uzza dan Manaat. Jika mereka memiliki pemahaman yang benar, nescaya akan mengetahui bahawa kedudukan benda-benda yang mereka sembah sekarang ini seperti manusia, pohon, batu dan sebagainya seperti matahari, rembulan, Idris, Abu Hadidah, ibarat menyembah berhala ” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 1 halaman 117).

2) Pada kesempatan lain beliau mengatakan: “Derajat kesyirikan kaum kafir Quraisy tidak jauh berbeza dengan jumhur masyarakat sekarang ini” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 1 halaman 120).

3) Dan pada kesempatan lain, dia juga mengatakan: “Sewaktu masalah ini (tauhid dan syirik) telah engkau ketahui, nescaya engkau akan mengetahui bahwa majoriti masyarakat lebih dahsyat kekafiran dan kesyirikannya dari kaum musyrik yang telah diperangi oleh Nabi” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 1 halaman 160).

Namun setelah kita menelaah dengan teliti konsep tauhid versi Muhammad bin Abdul Wahhab (dalam kitab Tauhid-nya), ternyata banyak sekali campur-aduk dan ketidak-jelasan dalam definisi dan pembahagian, apalagi dalam penghuraiaannya dan penerangannya. Bagaimanakah mungkin konsep tauhid seperti itu dapat menjadi bahan ukur keIslaman bahkan keimanan seseorang, dan dijadikan tanda ukur (bench mark) pengkafiran ?

Ya, konsep tauhid "campur-aduk" tersebut ternyata dijadikan tanda ukur oleh Muhammad bin Abdul Wahhab (yang mengaku paling memahami konsep tauhid Nabi) sebagai neraca kebenaran, keislaman dan keimanan seseorang sehingga berani menghukum kafir bahkan musyrik terhadap setiap ulama (apalagi orang awam) yang tidak sejalan dengan pemikirannya.

Sebagai bukti dari kajian tadi, Muhammad bin Abdul Wahhab pernah mengatakan: “Kami tidak mengkafirkan seseorang pun melainkan dakwah kebenaran yang sudah kami lakukan telah sampai kepadanya. Dan dia telah mendengar dalil kami sehingga hujjah kami telah sampai kepadanya. Namun jika dia tetap sombong, menentangnya dan bersikap keras dengan tetap meyakini akidahnya - sebagaimana sekarang ini kebanyakan dari mereka telah kita perangi, dimana mereka bersikap keras dalam kesyirikan dan pencegah perbuatan wajib, menunjukkan perbuatan dosa besar dan hal-hal haram…” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 1 halaman 234).

Di sini jelas sekali bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab telah menjatuhkan hukuman kafir dan syirik ke atas kepala kaum muslimeen dengan neraca campur-aduk konsep Tauhid-Syirik versinya dan justeru itu ‘memerangi’ mereka. Perbuatan Bid’ah dan sikap buruk Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi dari dahulu hinggalah saat ini ditaklidi dan dilestarikan oleh pengikut Wahabi Salafi, tidak terkecuali di negeri kita ini.

KESIMPULAN AJARAN MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB

Maka apakah bentuk kekafiran dan kesyirikan yang dimaksudkan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam ungkapan-ungkapannya?

Dengan singkat kita boleh membawa kesimpulan bahawa kesyirikan dan kekafiran yang dimaksudkan olem Muhammad Bin Abdul Wahhab adalah bila berlakunya “PENG-INGKARAN TERHADAP DAKWAH WAHHABI”.

Dan erti kata yang lebih terperinci, kesyirikan dan kekafiran akan terjadi jika seseorang itu tidak “MENYAKINI TERHADAP PERKARA-PERKARA YANG DIHUKUM SYIRIK DAN KAFIR OLEH KAUM WAHHABI SEPERTI TABARRUK, TAWASSUL, MEMBACA SELAWAT DARI KARYA SAHABAT DAN ULAMA, MAULIDUN NABI, TAHLILAN DAN LAIN-LAIN LAGI".

Semoga kita, keluarga kita dan semua muslimeen terhindar dari ajaran ini. Aameen!

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan