Sabtu, 27 Ogos 2016

CIRI-CIRI WAHHABI

Berikut adalah 15 perkara atau ciri ciri yang tidak syak bahawa orang yang memilikinya itu dikira sebagai wahhabi :

1. Bukan semua individu yang meninggalkan bacaan qunut itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengumpamakan Allah dengan makhluk dan menyifatkan-Nya dengan anggota maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

Lihat : Tanbihat Fi Rad ^Ala Man Tawwala al Sifaat, Karangan Ibn Baz, Terbitan Riasah ^ Ammah Lilifta', Riyad, hlm 19.

2. Bukan semua individu yang meninggalkan Solat Sunat Qabliyyah sebelum Jumaat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah serta menghalalkan darah mereka itu maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

Lihat kitab yang berjudul Min Masyahir al-Mujaddidin Fi Islam, terbitan Riasah ^Ammah Lilifta^, Riyadh, hlm 32.

lihat juga Fathul Majid karangan Abdul Rahman,Terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh, hlm 353.

kitab Manhaj Asya^irah fil Aqidah,karangan Dr Safar al-Hawali,hlm 5, 16 dan 29.

al-Maturidiyyah Wamauqifuhum Minal Asma^ Wa Sifaat, karangan Syamsul Salafi al-Afghani, 10,11 dan 44.

Kitab yang berjudul Tauhid, terbitan tahun 1423 H, hlm 66-67, Kata Soleh Fauzan al Wahhabi :
فهؤلاء المشركون هم سلف الجهمية والمعتزلة والأشاعرة
"Maka  golongan musyrik tersebut adalah salaf puak al-Jahmiyyah, al-Muktazilah dan al-Asya^irah".

3. Bukan semua individu yang tidak melaungkan azan sebanyak 2 kali pada hari Jumaat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan umat Islam yang bertawassul dengan Rasulullah ﷺ dan menghalalkan darah serta harta mereka maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

Lihat kitab yang berjudul al Tauhid karangan Soleh Fauzan, hlm 70

4. Bukan semua individu yang meninggalkan majlis tahlil kepada si mati itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang menyifatkan Allah taala dengan duduk bersemayam, menetap, bergerak, dan berpindah-randah maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

Lihat kitab yang berjudul Fathul Majid karangan Abdul Rahman Bin Hasan Bin Muhammad Bin Abdul Wahhab, cetakan Darul Salam, Riyadh, hlm 356.

lihat kitab yang berjudul Fatawa Aqidah,karangan ibn al-Uthaimin, hlm 742.

5. Bukan semua individu yang mendakwa dia mengikut al-Quran dan al-Sunnah itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan orang yang mengikut mazhab-mazhab yang muktabar, menghalalkan darah mereka serta menganggap taqlid kepada imam-imam mazhab itu adalah syirik maka tidak syak lagi  dia adalah wahhabi.


Lihat kitab yang berjudul al Din al-Khalish,karangan al Qanuji, jilid 1 hlm 140. Katanya :

تقليد المذاهب من الشرك

" Mengikut mazhab-mazhab yang muktabar adalah syirik".  Dengan ini, mereka telah mengkafirkan majoriti umat Islam di seluruh dunia pada hari ini dan umat Islam sebelumya yang beramal dan bertaklid kepada mazhab-mazhab yang empat.

6. Bukan semua individu yang membayar zakat fitrah dengan mengeluarkan bahan makanan seperti beras itu wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan pemusafiran dengan tujuan menziarahi maqam Rasulullah itu maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

Lihat Tahqiq Wal Idhoh Likathir Min Masail al- Haj Wa al ^Umrah, hlm 88,89, 90,dan 98.

7. Bukan semua individu yang meninggalkan ucapan “سيدنا” ketika berselawat ke atas nabi itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan sambutan Maulidurrasul dan mengkafirkan pelakunya maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

lihat kitab yang berjudul al-Tauhid, karangan Soleh Bin Fauzan, Riyadh, hlm 166 dan 120.

lihat kitab Tahzir Min al-Bid^ah karangan ibn Baz, hlm 3,4,5 dan 5

8. Bukan semua individu yang tidak membaca Surah Yasin pada malam jumaat adalah wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan bacaan al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
Lihat kitab yang berjudul Taujihaat Islamiyyah karangan Muhammad Zainu,Riyadh. Hlm 137.

9. Bukan semua individu yang meninggalkan doa dan zikir setelah solat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan amalan bertabarruk dengan Rasulullah ﷺ dan menghentam orang yang melakukannya
dengan syirik serta menghalalkan darah mereka maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.


Lihat Kitab Yang berjudul Islamiyyah La Wahhabiyyah, karangan Nashir Bin ^Abdul Kareem Al- ^Aqal, hlm 87.

lihat kitab yang berjudul Tahzir al-Sajid Min Ittikhaz al-Qubur Masaajid, hlm 68-69.

10. Bukan semua individu yang tidak melafazkan niat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengatakan bahawa Allah taala duduk di atas Arasy maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

Lihat Majalah Haji, bilangan 9 jilid 11,1415 hijriyyah,Makkah 73-74.

11. Bukan semua individu yang mengatakan bahawa pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati melainkan dengan cara berdoa itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengingkari kenabian Adam alayhissalam maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

lihat kitab yang berjudul al Iman Bil Anbiya' Jumlatan, karangan Abdullah bin Zaid, cerakan Maktabah Islami, Beirut.

lihat Syarah Thalathah al-Ushul, karangan Mohamad Bin Soleh Al- Uthaimin, Dar al Thurauyya Linnasyr, hlm 149.

12.  Bukan semua individu yang melarang pembinaan di atas kubur yang diwakafkan itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan para sufi dan menganggapkan pembunuhan terhadap golongan sufi adalah suatu perkara yang wajib maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

Lihat kitab yang berjudul Majmu^ al Mufid Min ^Aqidah al Tauhid, Maktabah Darul Fikr, Riyadh, hlm 102.

13. Bukan semua individu yang menyifatkan Allah dengan istiwa’ dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mentafsirkan istiwa’ yang warid di dalam al-Quran dengan makna duduk bersemayam (الجلوس) maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

lihat kitab Nazarot Wa Ta^aqubat ^Ala Ma Fi Kitab Al Salafiyyah, karangan Soleh Bin Fauzan, Cetakan Darul Watan Riyadh, hlm 40.

14.  Bukan semua individu yang tidak menyebut sifat 20 di dalam kitab-kitab mereka dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang menyifatkan Allah dengan anggota badan maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.


Lihat kitab Tanbihaat Fi Rod ^ Ala Man Taawwala al Sifat karangan ibn oleh Bin Baaz

Kitab yang berjudul Tanbihaat Fir Rad ^Ala man Taawwala al Sifat karangan ibn Baz, hlm 19.

15.  Bukan semua individu yang tidak menyapu muka setelah berdoa dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan ucapan (صدق الله العظيم) setelah selesai membaca al-Quran, maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

 lihat Majalah Buhuth Islamiyyah, terbitan Riyasah Buhuth Al ^Alamiyyah wa al- Ifta' bilangan 45 tahun 1416 H, Riyadh,hlm 94.

lihat Kitab yang berjudul Taujihaat al Islamiyyah karangan Muhammad Zainu, hlm 81.

lihat juga al Bahthu wa al Istiqra' Fi Bida^ al Qurra^ Karangan Dr Muhammad Musa Nasr.

Dengan 15 perkara yang telah disenaraikan di sini, kamu pasti akan dapat membezakan hakikat sebenar siapakah wahhabi dan siapakah yang bukan wahhabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan