Rabu, 25 Januari 2017

Salman Ali Menyandarkan “Al-Makan Al^Adami” Kepada Allah


Salman Ali Menyandarkan “Al-Makan Al^Adami” Kepada Allah*

Perbincangan al-Makan Al-^Adami kelihatan mula dibawa ke tanah melayu kita oleh mujassimah moden sejak mutakhir ini.

Adalah tidak boleh mengatakan Allah taala mempunyai " al-Makan al-^Adami" sebagaimana yang diyakini oleh kelompok al-Mujassimah. Maksud mereka dengan ibarat " Al Makan al-^Adami" ialah Allah taala berada pada arah atas melepasi Arasy dan di atas Arasy itu kononnya tidak ada lagi tempat.

Fahaman ini diambil dari kitab-kitab yang menyeleweng karangan ibn Taymiyyah dan Falsafah Greek Yunani yang jauh dari agama Islam, luar daripada penggunaan bahasa arab itu sendiri. Bagi menjelaskan penggunaan kalimah-kalimah ini agar difahami dengan baik berdasarkan penggunaan yang betul, maka kami datangkan beberapa perbincangan ulama mengenai definisi tempat buat faedah umum.

Memang terdapat banyak perkataan para ahli bahasa terkemuka dan para ulama dalam menyebutkan definisi tempat. Berikut ini adalah sebahagian daripadanya:

1. Ahli bahasa terkemuka (al-Lughawiy) Abul Qasim al-Husain bin Muhammad yang dikenal dengan sebutan ar-Raghib al-Ashbahani (W 502 H) dalam “al-Mufradaat Fi Gharib al-Quran”, halaman 471 berkata:

المكان عند أهل اللغة الموضع الحاوي للشىء اهـ.

_“Tempat (al-Makan) menurut ahli bahasa adalah ruang yang meliputi bagi sesuatu”._intaha

2. al-Lughawiy Majduddin Muhammad bin Ya^qub al-Fairuzabadi, penulis kitab al-Qamus (W 817 H)  menyebutkan :

المكان: الموضع، ج: أمكنة وأماكن اهـ.

_“Tempat (al-Makan) adalah tempat diletakkan sesuatu, jamaknya adalah Amkinah dan Amaakin”_intaha (lihat al-Qamus al-Muhith halaman 1594)

3. Al-^Allamah Kamaluddin Ahmad bin Hasan al-Bayyadhi al-Hanafi (W 1098 H) dalam kitabnya Isyaraat al-Maraam, halaman 197 berkata:

المكان هو الفراغ الذي يشغله الجسم اهـ

_“Tempat (al-Makan)adalah ruang yang dipenuhi oleh jisim”_intaha

4. As-Syaikh Yusuf bin Sa^id ash-Shofati al-Maliki (W 1193 H) menyebutkan dalam kitabnya Hasyiah al-Shofati, Nawaqidh al-Wudhu’, halaman 27:

 المكان هو الفراغ الذي يحُلُّ فيه الجسم اهـ.

_“Ahlussunnah berkata: “Tempat adalah ruang kosong yang menyerap ke dalamnya suatu jisim”_intaha

5. Al-Imam al-Hafizh al-Muhaddith al-Faqih al-Lughawiy; Sayyid Muhammad Murtadha az-Zabidi al-Hanafi (W 1205 H) dalam Taj al ^Arus,jilid 9, halaman 348 berkata:

المكان: الموضع الحاوي للشىء اهـ

_“Tempat (al-Makan) adalah ruang yang meliputi bagi sesuatu”_intaha

6. As-Syaikh Salamah al-Qudha^i al-^Azami as-Syafi^e (W 1376 H) menyebutkan:

المكان هو الموضع الذي يكون فيه الجوهر على قدره، والجهة هي ذلك المكان اهـ

_“Tempat (al-Makan) adalah ruang yang ada di dalamnya suatu al-Jauhar yang mengikut kadar ukurannya, dan arah (al-Jihah) adalah tempat tersebut”_intaha (Lihat Furqan al-Qur’an, halaman 62 (Di cetak bersama kitab al Asma’ Wa as-Shifat karya al-Bayhaqi)

7. Al-Hafiz Al-Muhaddith al-Faqih al-^Allamah as-Asy-Syaikh Abdullah al-Harari yang dikenal dengan sebutan al-Habasyi berkata:

المكان هو ما يأخذه الحجم من الفراغ اهـ.

_“Tempat (al-Makan) adalah suatu ruangan yang diambil oleh suatu benda yang bersaiz”._intaha_

[dinukilkan oleh al-Syaikh Khalil Daryan al-Azhari dalam kitabnya _Ghāyatul-Bayān fī Tanzīhillah ^anil-Jihah wal-Makān_ (Darul-Masyari^, Beirut, 1429 H - 2008 R, cet. 2, hlm. 11]

Nukilan yang telah disebutkan tadi dikutip daripada para ahli bahasa Arab dalam mendefinisikan tempat sekaligus ia adalah dalil menunjukkan Rasulullah ﷺ dan para sahabat baginda berkeyakinan bahawa Allah taala ada tanpa tempat, tidak tinggal di Arasy, dan tidak pula bertempat di langit.

Sesungguhnya al-Qur^an diturunkan kepada baginda dengan bahasa Arab, sebagaimana firman Allah dalam Surah As-Syu^ara, ayat 195:

بلسان عربيّ مبين

Mafhumnya :_“Dengan bahasa Arab yang jelas”_

Sudah tentu Rasulullah ﷺ adalah seorang berbangsa Arab yang paling tahu benar selok-belok dalam penggunaan bahasa Arab. Justeru, amat jelas kesesatan kaum al-Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan Makhluk ciptaanNya) al-Mujassimah ( Golongan yang menjisimkan Allah taala) yang berpegang teguh dengan teks-teks zahir ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihaat yang memberi waham seakan-akan Allah memiliki tempat. Sesungguhnya teks-teks mutasyabihat itu tidak boleh difahami dengan makna zahirnya sebagaimana kesepakatan para ulama Salaf dan Khalaf. Keseluruhan mereka berkeyakinan bahawa Allah ada tanpa tempat, kerana Dia bukan benda, sebagaimana perkara ini telah thabit di dalam al-Qur’an, hadith, ijmak ulama, pendapat para pakar bahasa, dan lain-lainnya.

Setelah penjelasan ini menjadi terang kepada kita bahawa Allah ada tanpa tempat, tidak berada di tempat atas, dan tidak berada di tempat bawah, kerana jika Allah bertempat sudah tentu tempat mengepung Allah taala, dan jika tempat mengepungNya sudah tentu Dia memiliki bentuk dan ukuran saiz, padahal jelas yang demikian itu adalah sifat jisim-jisim dan makhluk. Bersifat dengan sifat-sifat makhluk-Nya adalah mustahil ke atas Allah taala. Apa sahaja yang membawa kepada perkara mustahil maka mustahil jua. Justeru, telah tetap kebenaran akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam mensucikan Allah daripada bertempat dan berarah.

*Faedah :*

Menurut Kamus dewan, edisi 4, halaman 1643 mendefinisikan tempat sebagai :

1. Sesuatu yang digunakan untuk menaruh (menadah, menyimpan dan lain-lain), bekas

2. Ruang (kawasan)

 [ Lihat Kamus Dewan, edisi 4, halaman 74]

Ternyata menyandarkan kepada Allah al-Makan al-^Adami itu kepada Allah taala itu adalah batil kerana tempat itu sindiri makhluk diciptakan oleh Allah taala dari tiada kepada ada.

*Ibn Rusyd Al-Hafid Ahli Falsafah Yang Tidak Boleh Dipegang*

Al-Qadhi ibn Rusyd al-Jad (datuk) yang wafat pada tahun 520 H adalah termasuk dalam fuqaha Mazhab Maliki yang terkenal. Dikenali sebagai قاضي الجماعة di Qurtuba. Berbeza dengan cucu beliau (Ibn Rusyd al-Hafid) yang terkenal sebagai ahli falsafah walaupun begitu dia juga dikenali dengan nama ibn Rusyd (W 595 H) sepertimana datuknya.

Ibn Rusyd al-Hafid ini adalah pengarang kepada kitab تهافت التهافت. Beliau memenuhkan isi kitab ini dengan pandangan-pandangan golongan Falsafah Greek Yunani yang dikira sesat dan menyeleweng daripada kebenaran. Antara kekufuran  yang berat dilakukan oleh golongan falsafah adalah mereka berpendapat bahawa alam ini azali beserta Allah. Mereka mengatakan bahawa alam ini berkongsi sama dengan Allah pada keazaliannya iaitu tiada permulaan bagi kewujudan alam ini. Hal ini juga merupakan pendapat ibn Taymiyyah al-Harrani sebagaimana yang disebutkannya di dalam  7 buah kitab karangannya.

*Benarkah Dakwaan al-Musyabbihah Tiada Tempat Di Atas Arasy?*

Sebahagian orang kelompok Mujassimah di masa ini (iaitu golongan al- Wahhabiyyah) mereka menyebarkan pemahaman yang menyesatkan dengan mengatakan bahawa di atas Arasy tidak ada lagi tempat. Mereka berkata bahawa tempat hanya ada di bawah Arasy sahaja. Dengan tujuan mengkaburi orang-orang awam mereka berkata: _“Allah berada di atas Arasy, dan di atas Arasy tidak ada lagi tempat”_, kadang mereka juga berkata:

_“Allah berada di atas Arasy tanpa tempat”_. Ini adalah perkataan yang tidak memiliki dalil sama sekali, kerana tidak tercegah pada syariat dan pada akal bahawa di atas Arasy itu ada tempat.
Bukti atau dalil bahawa di atas Arasy terdapat tempat adalah hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda ﷺ : (berikut ini lafaz dalam Sahih al- Bukhari)

لَمَّا قَضَى الْخَلْقَ كَتَبَ في كتابه فهو عِنْدَهُ فَوْقَ عَرْشِهِ : إِنَّ رَحْمَتِى سَبَقَتْ غَضَبِى

Mafhumnya, _“Ketika Allah menciptakan makhluk-Nya Dia menciptakan tulisan pada kitabNya, dan kitab tersebut berada di tempat mulia di atas Arasy serta tercatat padanya: “Sesungguhnya zahirnya rahmat-Ku lebih banyak daripada azab-Ku)”._

Dalam riwayat lain dalam lafaz al-Bukhari menyebutkan:

وَهُوَ موَضوعٌ عِنْدَهُ عَلَى الْعَرْشِ : إِنَّ رَحْمَتِى تَغْلِبُ غَضَبِى

Mafhumnya, _“Dan kitab tersebut diletakkan di di tempat yang mulia atas Arasy: “Sesungguhnya zahirnya rahmat-Ku lebih banyak daripada azabKu"._

Sementara dalam riwayat Ibn Hibban dengan lafaz berikut :

وهو مرفوع فوق العرش

_“Kitab tersebut diangkat di atas Arasy”._

Dari sini kita katakan; Seandainya di atas Arasy tidak ada tempat maka sudah tentu Rasulullah tidak akan mengatakan bahawa kitab tersebut berada dan ditempatkan di atas Arasy.

Adapun takwil sebahagian manusia yang mengatakan bahawa perkataan “فوق” dalam lafaz hadith di atas adalah maknanya “دون” (di bawah) dengan alasan bahawa dalam bahasa  Arab  penggunaan kata  “فوق” terkadang untuk memberi pemahaman makna “دون”; maka pendapat ini tertolak dengan hadith riwayat Ibn Hibban yang secara jelas menetapkan bahawa kitab tersebut benar-benar di atas Arasy, lihat lafaz hadith berikut:

وهو مرفوع فوق العرش

_“Kitab tersebut diangkat di atas Arasy”.?

Dengan demikian takwilan perkataan “فوق” dengan “دون” dalam hadith ini adalah takwilan yang batil, salah dan menyesatkan. Lafaz hadith Ibn Hibban di atas yang menggunakan perkataan “marfu^’” secara jelas membantah pemahaman takwilan seperti itu. Demikian pula riwayat al-Bukhari yang telah kita sebutkan di atas dengan lafaz “مَوْضُوع” (diletakkan) juga membantah pemahaman takwilan yang menyesatkan tersebut.

Di sini kita katakan kepada mereka :

*Sesungguhnya melakukan takwilan terhadap suatu teks nas itu hanya boleh  dilakukan ketika benar-benar darurat kerana ada tuntutan dalil akal atau kerana  tuntutan dalil  naqliy  yang  sahih*  (yang  secara  zahir  bertentangan dengan  teks tersebut) sebagaimana kaedah ini telah ditetapkan oleh para ulama Ushul, mereka berkata:

تأويل النص لغير ذلك عبث والنص يصان عن العبث

_“Melakukan takwilan dengan tanpa didasarkan kepada alasan tersebut maka akan menjadikan setiap teks itu sia-sia belaka. Padahal teks-teks syariat itu harus dihindarkan dari kesia-siaan.”_

Al-Hafiz al-Faqih al-Muhaddith as-Syaikh Abdullah al-Harari dalam Sorih al-Bayan Fi ar-Radd ^Ala Man Khalaf al-Quran, hlm. 62 berkata:

وأما معنى "عنده" المذكور في الحديث فهو للتشريف كما في قوله تعالى " فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُّقْتَدِرٍ " وقد أثبت اللغويون أن "عند" تأتي لغير الحيز والمكان، فكلمة "عند" في هذا الحديث الشريف ذلك المكان الذي فيه الكتاب.اھ

_“Adapun makna perkataan “عنده” yang disebutkan dalam lafaz hadith tersebut maka itu untuk tujuan pemuliaan (Li at-tasyrif), seperti pemahaman pada firman Allah taala dalam Al Qamar, ayat 55:_

Mafhumnya,_“(Orang bertaqwa) ditempatkan di tempat yang baik (menyenangkan) iaitu ditempat yang dimuliakan oleh Allah yang maha agung (syurga)”._

_Para ahli bahasa Arab (al-Lughawiyyun) telah menetapkan bahawa perkataan “عند” (boleh digunakan bukan untuk tujuan arah dan tempat) bukan (di sini) dengan makna berpihak pada tempat dan bertempat. Justeru, perkataan  “عند” dalam hadith yang mulia ini bertujuan untuk memuliakan bagi tempat di mana kitab tersebut berada”_intaha

Al-Hafizh al-Muhaddith Waliyyuddin Abu Zur^ah Ahmad ibn Abdirrahim al ^Iraqi (w 826 H) dalam Tharh at Tathrib; Kitab al Qadha’ Wa ad Da^awa, j. 8, hlm. 84 berkata:

وقوله أي النبي " فهو عنده فوق العرش لا بد من تأويل ظاهر لفظة "عنده" لأن معناها حضرة الشيء والله تعالى منزه عن الاستقرار والتحيز والجهة ، فالعندية ليست من حضرة المكان بل من حضرة الشرف أي وضع ذلك الكتاب في محل معظم عنده. اھ

_“Sabda nabi “فهو عنده فوق العرش” mestilah ditakwilkan zahir makna perkataan “عنده”, kerana makna zahirnya untuk mengungkapkan tempat bagi sesuatu, padahal Allah taala maha suci dari bertempat dan memiliki arah. Maka perkataan “عنده” di sini bukan dalam pengertian tempat, tetapi untuk menunjukan kemuliaan,  ertinya kitab  tersebut  diletakkan  di  tempat  yang  dimuliakan oleh Allah”_intaha

Justeru, kelompok al-Musyabbihah telah menjadikan ada penyerupaan antara Allah dan kitab tersebut, kerana mereka menjadikan Allah dan kitab tersebut kedua-duanya bertempat di atas ^Arsy. Maka jelas mereka telah mendustakan firman Allah as-Syura, 11:

ليس كمثله شيء

Mafhumnya, _"Dialah Allah yang tidak ada sesuatu apapun yang menyerupai-Nya (dan Dia tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya)"_

*Kesesatan Dakwaan Allah Taala Berada Di Luar Alam*

Golongan al-Mujassimah termasuklah juga al-Wahhabiyyah hari ini mendakwa bahawa Allah tidak berada di dalam alam tetapi berada di luar alam kerana mereka mahu mengikut ibn Taymiyyah dalam perkara tersebut.

Ibn Taymiyyah menyebutkan dalam kitabnya yang berjudul “منهاج السنة النبوية” jilid 1 hlm 310 untuk menetapkan tempat dan arah bagi Allah:

وإن أريد بالجهة أمر عدمي وهو ما فوق العالم فليس هناك إلا الله وحده, فإذا قيل إنه في جهة كان معنى الكلام أنه هناك فوق العالم حيث انتهت المخلوقات فهو فوق الجميع عال عليه اهـ

_"*Jika dimaksudkan dengan arah itu sebagai perkara yang tiada dan apa yang berada di atas alam maka tiada di sana melainkan Allah sahaja*. Apabila dikatakan bahawa Dia berada di arah maka makna kalam tersebut bahawa Dia berada di sana melepasi alam sekira kira penghujung segala makhluk. Maka Dia tertinggi di atasnya melepasi semuanya"_intaha

Ibn Taymiyyah berkata lagi dalam kitab yang sama, j.1 h. 249 :

وإذا كان الخالق بائناً عن المخلوق امتنع أن يكون الخالق في المخلوق وامتنع أن يكون متحيزاً بهذا الاعتبار, وإن أراد بالحيز امراً عدمياً فالأمر العدمي لا شيء وهو سبحانه بائن عن خلقه, فإذا سمى العدم الذي فوق العالم حيزاً وقال: يمتنع أن يكون فوق العالم لئلا يكون متحيزاً فهذا معنى باطل لأنه ليس هناك موجود غيره حتى يكون فيه, وقد علم بالعقل والشرع أنه بائن عن خلقه كما قد بسط في غير هذا الموضوع

 _"Jika Pencipta itu terpisah daripada makluk maka sudah tentu dilarang untuk pencipta ada dalam makhluk dan terlarang untuk dia berpihak dengan makna ini. *Jika yang dimaksudkan dengan berpihak itu sesuatu perkara yang tiada (tempat yang tiada) maka perkara yang tiada tersebut bukan sesuatu yang ada maka Allah taala berpisahan daripada makhlukNya. Maka dinamakan ketiadaan yang berada di atas alam itu sebagai tempat*”_. Katanya lagi : _*"Tertegah untuk Allah taala berada di atas alam agar Dia tidak berpihak pada tempat maka atas makna ini adalah bathil atau ditolak kerana tiada yang wujud di sana selainnya untuk Dia berada di dalamnya*. Dan telah diketahui secara akal dan syarak (kononnya) bahawa Dia berpisah daripada makhlukNya sebagaimana telah dibicarakan secara ringkas pada tempat selain ini"._intaha

Ibn Taymiyyah dalam kitab yang sama juga j.1 h. 264 ketika menolak pendapat “jika Allah taala berada di atas Arasy sudah tentu Dia berjisim” dan menjelaskan keyakinannya yang hakiki lalu berkata :

وكذلك قوله : كل ما هو في جهة فهو محدَث » لم يذكر عليه دليلا وغايته ما تقدم من أن الله لو كان في جهة لكان جسما وكل جسم محدَث لأن الجسم لا يخلو من الحوادث وما لا يخلو من الحوادث فهو حادث وكل هذه المقدمات فيها نزاع: فمن الناس من يقول: قد يكون في الجهة ما ليس بجسم فإذا قيل له هذا خلاف المعقول قال هذا أقرب إلى العقل من قول من يقول إنه لا داخل العالم ولا خارجه فإن قبل العقل ذلك قبل هذا بطريق الأولى وإن رد هذا رد ذلك بطريق الأولى وإذا رد ذلك تعين أن يكون في الجهة فثبت أنه في الجهة على التقديرين

_"Begitu juga kata-katanya "semua yang ada pada arah maka ia adalah baharu” dan dia tidak menyebut sebarang dalil. Kemuncaknya sebagaimana yang telah lalu bahawa "jika Allah taala berada pada arah sudah tentu berjisim dan setiap yang berjisim itu baharu kerana jisim tidak sunyi daripada perkara-perkara yang baharu maka oleh itu Dia baharu. Semua muqadimah-muqadimah ini ada padanya perbincangan. Ada manusia yang mengatakan bahawa " Yang bukan berjisim juga sah berada pada arah". Jika dikatakan kepada mereka : " ini bertentangan dengan logik akal". Lalu dia menjawab : " Ini lebih dekat dengan akal berbanding orang yang berkata " Allah tidak berada di dalam alam atau tidak berada di luarnya". Jika akal menerima perkara tersebut maka ia menerima ini atas jalan yang lebih utama. Sekiranya dia menolaknya maka dia telah menolaknya dengan cara yang lebih utama. Apabila ditolaknya perkara tersebut itu sudah tentu menunjukkan Dia berada pada arah. *Maka telah thabitlah bahawa Allah barada di arah pada dua andaian tersebut*"._

Ibn Taymiyyah menyebutkan lagi dalam kitabnya ar-Risalah Tadmuriyyah, hlm 36 :

فيقال لمن نفى الجهة: أتريد بالجهة أنها شيء موجود مخلوق؟ فالله ليس داخلاً في المخلوقات، أم تريد بالجهة ما وراء العالم؟ فلا ريب أن الله فوق العالم مباين للمخلوقات" ا.هـ.

_"Maka dikatakan kepada orang yang menafikan arah (bagi Allah), adakah kamu maksudkan dengan arah tersebut bahawa ia adalah sesuatu yang ada lagi makhluk? Maka Allah bukan berada di dalam segala makhluk-makhlukNya. *Atau kamu maksudkan dengan arah tersebut sesuatu yang berada di luar alam? Maka tidak syak lagi bahawa Allah berada di atas alam berpisah dengan segala makhluk makhlukNya* ”._intaha

Ibarat seperti ini terlalu banyak dalam kitab-kitab ibn Taymiyyah jika mahu dinukilkan padahal tiada ulama dalam kalangan salafussoleh yang berkeyakinan begitu.

Bahkan Al-Jalal al Dawani dalam Syarhnya ke atas العضدية, hlm 67 menyebutkan tentang kesesatan ibn Taymiyyah:

ولابن تيمية أبي العباس أحمد وأصحابه ميل عظيم إلى إثبات الجهة, ومبالغة في القدح في نفيها, ورأيت في بعض تصانيفه أنه لا فرق عند بديهة العقل بين أن يقال هو معدوم, أو يقال طلبته في جميع الأمكنة فلم أجده, ونسب النافين إلى التعطيل

_*“Bagi ibn Taymiyyah Abi al ^Abbas  Ahmad dan sahabat-sahabatnya ada kecenderungan yang besar untuk mengithbatkan arah bagi Allah dan keterlampauan mereka dalam mencela pada penafiannya ( penafian arah bagi Allah)*. Aku melihat sendiri dalam beberapa penulisannya tiada beza pada yang memiliki badihi al-^aql (perkara yang akal mudah terima) antara perkara yang dikatakan tiada dengan apa dikatakan “aku mencarinya pada semua tempat maka aku tidak mendapatinya” serta dia menyandarkan golongan yang menafikannya sebagai taathil"_intaha

Berikut adalah perbahasan para ulama mengenai penyelewengan ini :

1. Al-Imam al-Muhaddith al Faqih as-Syafie al-Baghadiy yang disifatkan oleh ibn Hajar al Haitami sebagai "الامام الكبير إمام أصحابنا" Imam  hebat yang merupakan imam bagi ulama kita (Syafiiyyah) juga beliau antara guru kepada al-Imam al Baihaqi, beliau menyebutkan :

وأجمع أصحابنا على إحالة القول بأنه في مكان أو في كل مكان، ولم يجيزوا عليه مماسة ولا ملاقاة بوجه من الوجوه، ولكن اختلفت عباراتهم في ذلك فقال أبو الحسن الاشعري: إن الله عز وجل لا يجوز أن يقال إنه في مكان، ولا يقال إنه مباين للعالم، ولا إنه في جوف العالم، لأن قولنا إنه في العالم يقتضي أن يكون محدودًا متناهيًا، وقولنا إنه مباينٌ له وخارج عنه يقتضي أن يكون بينه وبين العالم مسافة والمسافة مكان، وقد أطلقنا القول بأنه غير مماس لمكان". اھ.

_"Sepakat ulama kita (al Asya^irah) ke atas kemustahilan ucapan bahawa Dia berada di suatu tempat atau berada di semua tempat. Mereka tidak mengharuskan kepada Allah taala ada bagiNya persentuhan, persententangan dalam apa jua segi sekalipun. Tetapi mereka berbeza dalam penggunaan ibarat-ibarat mereka pada mengungkapkan perkara tersebut. Abu al Hasan al Asyaari berkata : “Sesungguhnya Allah azza wa jalla tidak harus untuk disebut kepadanya bahawa Dia berada di semua tempat, *dan tidak dikatakan bahawa Dia saling berpisah dengan alam*, tidak juga di dalam rongga alam” kerana  ucapan kita bahawa Dia berada di dalam alam itu membawa makna Allah taala mempunyai batasan had dan ada penghujung bagiNya. *Dan ucapan kita bahawa Dia berpisah dengan alam lagi berada di luar alam membawa maksud ada jarak antara alam dan Allah taala itu. Jarak itu pula adalah tempat itu sendiri*. Sesungguhnya kita telah sebutkan pendapat bahawa Allah tidak bersentuhan dengan tempat”._ Intaha

2. Al ^Allamah Muhammad bin Ahmad yang masyhur dengan sebutan Mayyarah al-Maliki dalam kitabnya ad-Durruth Thamin, hlm 24-25 menegaskan :

مسألة: سئل الإمام العالم أبو عبد الله سيدي محمد بن جلال هل يقول: المولى تبارك وتعالى لا داخل العالم ولا خارج العالم؟ فأجاب السائل: هكذا نسمعه من بعض شيوخنا، واعترضه بعضهم بأن هذا رفع للنقيضين، وقال بعض فقهائنا في هذه المسألة هو الكل أي الذي قام به كل شيء وزعم أنه للإمام الغزالي، فأجاب بعضهم: أن هذا السؤال معضِل ولا يجوز السؤال عنه، وزعم ابن مِقلاش هكذا فأجاب عنه في شرحه على الرسالة، فأجاب: بأنّا نقول ذلك ونجزم به ونعتقد أنه لا داخل العالم ولا خارج العالم، والعجز عن الإدراك إدراك لقيام الدلائل الواضحة على ذلك عقلاً ونقلاً، أما النقل فالكتاب والسنة والإجماع، أما الكتاب فقوله تعالى: {ليسَ كمثلِهِ شيءٌ وهُوَ السميعُ البصيرُ} [سورة الشورى] فلو كان في العالم أو خارجًا عنه لكان مماثلاً، وبيان الملازمة واضح أما في الاول فلأنه إن كان فيه صار من جنسه فيجب له ما وجب له، وأما الثاني فلأنه إن كان خارجًا لزم إما اتصاله وإما انفصاله، وانفصاله إما بمسافة متناهية أو غير متناهية وذلك كله يؤدي لافتقاره إلى مخصص، وأما السنة فقوله صلى الله عليه وسلم: "كان الله ولا شيء معه".

 وأما الإجماع فأجمع أهل الحق قاطبة على أن الله تعالى لا جهة له فلا فوق له ولا تحت ولا يمين ولا شمال ولا أمام ولا خلف.

 وأما العقل فقد اتضح لك اتضاحًا كليًا مما مر في بيان الملازمة في قوله تعالى: {ليس كمثله شيء}، والاعتراض بأنه رفع للنقيضين ساقط، لأن التناقض إنما يعتبر حيث يتصف المحل بأحد النقيضين ويتواردان عليه، وأما حيث لا يصح تواردهما على المحل ولا يمكن الاتصاف بأحدهما فلا تناقض، كما يقال مثلاً: الحائط لا أعمى ولا بصير، فلا تناقض لصدق النقيضين فيه لعدم قبوله لهما على البدلية، وكما يقال في البارئ أيضًا لا فوق ولا تحت وقس على ذلك. وقول من قال إنه الكل زاعمًا أنه للغزالي فقضية تنحو منحى الفلسفة أخذ بها بعض المتصوفة وذلك بعيد من اللفظ، وما أجاب به بعضهم أنه معضل لا يجوز السؤال عنه ليس كما زعم لوضوح الدليل على ذلك، وإن صح ذلك عن ابن مقلاش فلا يلتفت إليه في هذا لعدم إتقانه طريق المتكلمين إذ كثير من الفقهاء ليس له خبرة به فضلاً عن إتقانه" ا.هـ.

_“Masalah: Al-Imam al-^Alim Abu ^Abdillah Sayyidi Muhammad ibn Jalal ditanya; *adakah boleh disebut Tuhan itu tidak berada di dalam alam dan tidak berada di luar alam?* Orang yang bertanya memberitahu [kepadanya] bahawa: Kami mendengarnya (kenyataan Allah bukan di dalam alam dan bukan diluar alam) dari sebahagian guru-guru kami, sebahagian  manusia (yang bukan Ahlus sunnah wal jamaah) pula membantahnya dengan mengatakan kenyataan ini terangkat bagi dua perkara yang berlawanan. Sebahagian fuqaha' kita berkata pada masalah ini "Dia adalah semuanya" dengan erti yang berdiri dengannya segala sesuatu dan dia menyangka itu adalah bagi al-Imam al-Ghazali ( padahal perkara ini berasal dari falsafah dan ia tidak sahih serta akan datang penolakan terhadapnya). Sebahagiannya ada menjawab bahawa soalan ini adalah rumit dan tidak harus bertanya tentangnya. Ibn Miqlasy menyangkakan begitu dan dia menjawabnya dalam syarhnya atas Ar-Risalah [Risalah ibn Abi Zaid]._

_*Maka dia (al-Imam al-^Alim Abu ^Abdillah Sayyidi Muhammad ibn Jalal) telah menjawab bahawa kita mengatakan perkara tersebut (Tuhan itu tidak berada di dalam alam dan tidak berada di luar alam) dan kita berpegang secara pasti dengannya serta kita meyakini bahawa Allah ta^ala bukan di dalam alam dan bukan juga di luar alam. Kelemahan seseorang itu daripada mengetahui hakikat zat-Nya itulah sebenar-benar iman kerana telah tertegak dalil-dalil yang jelas atas perkara tersebut secara dalil aqli dan naqli*. Adapun *dalil naqli* iaitu *al-Quran dan as-Sunnah serta Ijmak.*_

_Adapun dari *al-Quran* maka iaitu firman Allah as-Syura, 11:_

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Mafhumnya, _"Dialah Allah yang tidak ada sesuatu apapun yang menyerupai-Nya (dan Dia tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya) dan Dialah yang Maha mendengar dan Maha melihat"_

_Jika Allah ta^ala di dalam alam atau di luarnya sudah tentu ada baginya perumpamaan (yang banyak). Keterangan kelaziman/berlaku kemestian tersebut adalah jelas._

_Adapun *pertamanya : kerana jika Allah berada di dalam alam maka Ia termasuk dalam jenis alam tersebut justeru wajib baginya apa yang wajib ke atas alam*._

_*Kedua : kerana sekiranya Allah berada di luar alam maka lazim atau memestikan sama ada ada persentuhan dengen sesuatu dan berpisah dari sesuatu. Dan perpisahan sama ada dengan ada jarak yang ada penghujung atau jarak yang tiada penghujung. Maka demikian itu semuanya membawa kepada berhajatnya Allah kepada pencipta. (Jika dikatakan bahawa ada jarak maka sama ada jarak tersebut dekat atau jauh. Atas dua keadaan ini membawa kepada mesti Allah taala ada pencipta bagiNya yang menentukanNya dengan jarak yang jauh atau jarak yang dekat. Dan Allah taala tidak harus baginya ada pencipta kerana yang memerlukan pencipta itu adalah baharu)*._

_Adapun daripada *al-Hadith* iaitu sabda Nabi ﷺ:

كان الله ولا شيء معه

Mafhumnya, _"Allah taala telah ada pada azali dan tiada sesuatupun bersamanya"_(Ini adalah dalil menunjukkan Allah taala mustahil berada di dalam alam atau di luar alam).

_Adapun *ijmak*, maka *Ahlul-Haqq (Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah) keseluruhannya telah sepakat atau berijmak bahawa Allah ta^ala tiada arah bagi-Nya maka Allah tiada bagi-Nya atas, bawah, kanan, kiri, hadapan dan belakang*._

_Adapun dari sudut *dalil akal*,  maka telah jelas kepada kamu sekalian dengan sepenuhnya sebagaimana penjelasan lalu pada menjelaskan perkara-perkara yang melazimi firman Allah al-Syura, 11:_

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Mafhumnya, _"Dialah Allah yang tidak ada sesuatu apapun yang menyerupai-Nya (dan Dia tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya)"_

_Bantahan (sebahagian manusia) bahawa ia adalah terangkat dua perkara yang berlawanan adalah tertolak. Kerana percanggahan hanya dikira sekira kira perkara tersebut bersifat dengan salah satu dari keduanya dan ia berlaku secara bersilih ganti atasnya. Adapun sekira kira tidak sah untuk ia berlaku secara bersilih ganti atasnya dan tidak mungkin bersifat dengan satu dari keduanya maka (dalam hal ini) tiada percanggahan. Sebagaimana disebut misalnya: "dinding itu tidak buta dan tidak melihat" (Sebagaimana tidak disebut tentangnya “bukan alim atau bukan jahil”) maka tiada berlaku sebarang percanggahan pada kebenaran menafikan dua perkara yang bercanggah daripadanya kerana ia tidak bersifat dengan kedua-duanya secara bersilih ganti ((Berbeza dengan manusia, sesungguhnya sahih dinafikan sifat ilmu darinya dalam masa yang sama dia bersifat dengan jahil sebagaimana sah menafikan sifat jahil darinya dalam masa yang sama dia bersifat dengan ilmu. Hal tersebut kerana manusia menerima satu perkara dari dua perkara ini sebagai ganti yang lainnya. Adapun jika dikatakan "dia tidak alim dan tidak jahil” maka sudah tentu padanya terangkat 2 perkara yang berlawanan)). Begitu juga disebut kepada Tuhan Pencipta alam bahawa Dia bukan di atas, bukan di bawah dan qiyaskanlah seterusnya atas perkara ini._

_Pendapat yang mengatakan bahawa "Dia adalah semuanya" dengan menyangkakan bahawa ia dari al Ghazali (padahal ia bukan daripada al Ghazali) maka ia adalah permasalahan yang keluar daripada falsafah lalu sebahagian golongan al-Mutasawwifah mengambilnya dan ia sememangnya jauh daripada lafaz. Dan apa yang dijawab oleh sebahagian bahawa "ia rumit maka tidak harus bertanyakan tentangnya" maka ia bukan sebagaimana yang mereka sangkakan kerana amat terang sekali dalil atas perkara tersebut. Sekiranya sahih perkara tersebut daripada Ibn Miqlasy maka tidak usah lagi berpaling kepadanya pada perkara ini kerana kurang ketelitiannya dalam method golongan al-Mutakallimin. Kerana ramai para fuqaha' tiada mempunyai pengalaman tentangnya apatah lagi menelitinya dengan dalam"._ Intaha.

3. Al-Hafiz al-Nawawi al-Syafi^i berkata dalam _Raudotut-Tolibin_ (jil. 10, hlm. 64):

*"وتحصل الردة بالقول الذي هو كفر، سواء صدر عن اعتقاد أو عنادٍ أو استهزاء، هذا قول جملي، وأما التفصيل فقال المتولي: من اعتقد قدم العالم، أو حدوث الصانع، أو نفى ما هو ثابت للقديم بالإجماع ككونه عالمًا قادرًا، أو أثبت ما هو منفيٌّ عنه بالإجماع كالألوان، أو أثبت له الاتصال والانفصال كان كافرًا"*. ا.هـ.
_"Kemurtadan berlaku dengan ucapan yang kufur sama ada terbit dari keyakinannya, kedegilannya (bantahannya), menghina dan ini adalah pendapat yang tidak terperinci. Adapun secara terperinci maka berkata al-Mutawalli: " Sesiapa yang meyakini bahawa alam ini qadim, atau Pencipta itu baharu atau menafikan apa yang telah thabit bagi Tuhan yang qadim (tiada permulaan bagi kewujudanNya) dengan ijmak seperti keadaannya itu  yang maha mengetahui, Maha berkuasa atau menetapkan apa yang dinafikan daripada-Nya secara ijmak seperti warna-warna atau *menetapkan bagi Allah taala ada persentuhan (dengan alam) dan perpisahan (dari alam) maka dia dihukum kufur*"._ Intaha.

4. Antara ulama muktabar yang menafikan adanya persentuhan dengan alam dan perpisahan dari alam ini pada Allah adalah al-Imam al-Ghazali. Ibn Hajar al-Haitami as-Syafi^i dalam kitabnya _al-I^lām bi-Qawați^il-Islām_ (jil. 2, hlm. 43 - 44) menyebutkan:

*"ومن ثم قال الغزالي معناه أن مصحح الاتصال والانفصال الجسمية والتحيز وهو محالٌ –على البارئ- فانفك عن الضدين، كما أن الجماد لا هو عالم ولا جاهل لأن مُصحح العلم هو الحياة فإذا انتفتِ الحياة انتفى الضدان"*. ا.هـ.

_"Berdasarkan perkara itu al-Ghazali berkata maknanya bahawa perkara yang mengesahkan ada persentuhan dan perpisahan adalah adanya sifat-sifat jisim dan mengambil ruang atau lapang (bertempat) dan ia adalah mustahil ke atas Allah ta^ala maka terburailah dari dua perkara yang berlawanan, sebagaimana benda pepejal tidak disifatkan ia alim atau jahil kerana yang mengesahkan ada ilmu itu adalah sifat hayat apabila ternafi adanya hayat maka ternafi jua dua perkara yang berlawanan"._. Intaha.

5. Al-Syaikh Abu al-Mu^in Maimun ibn Muhammad al-Nasafi al-Hanafi antara ulama mutakallimin terkenal dalam _Tabşiratul-Adillah_ (jil. 1, hlm. 176 - 177) ketika menolak ucapan golongan al-Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk): "Sesungguhnya Allah ta^ala bila disifatkan bahawa Dia ada sama ada Dia berada di dalam alam atau berada di luar alam. Dan Dia tidak berada di dalam alam maka Dia berada di luar alam maka ini mewajibkan keberadaannya itu di arah daripada alam”, maka beliau telah berkata (al-Nasafi):

*"والجوابُ عن هذا الكلام على نحو ما اجبنا عن الشبهة المتقدمة أنّ الموصوف بالدخول والخروج هو الجسم المتبعّض المتجزئ، فأما ما لا تبعض له ولا تجزؤ فلا يُوصف بكونه داخلاً ولا خارجًا"* ا.هـ.

_“Jawapan mengenai kalam ini seumpama yang telah kami jawab tentang syubhah/penyelewengan yang dulu bahawa *yang disifatkan dengan masuk dan keluar adalah jisim yang boleh dibelah-bahagi dan menerima pembahagian. Adapun sesuatu yang tiada pembahagian bagiNya maka tidak sesekali disifatkan dengan yang masuk atau yang keluar*"._ Intaha

Katanya lagi (jil. 1 hlm. 177) ketika membantah pendapat golongan al-Musyabbihah yang mengatakan bahawa Allah ta^ala itu ada sama ada Dia bersentuhan dengan alam atau berpisah darinya dan mana-mana satu dari keduanya ada penetapan arah bagi Allah;  kerana apa yang disebutkan itu sebahagian daripada sifat-sifat jisim. Maka telah tertegak dalil atas kebatilan Allah ta^ala itu jisim. Tidakkah kamu tahu bahawa _arad_ itu tidak disifatkan dengan bersentuhan bagi _jauhar_ dan tidak pula berpisah daripadanya, kata beliau:

*"وهذا كله لبيان أن ما يزعمون ليس من لواحق الوجود بل هو من لواحق التبعض والتجزئ والتناهي وهي كلها محالٌ على القديم تعالى"* ا.هـ.

_"*Semua ini adalah untuk menjelaskan apa yang mereka dakwa, ia bukan daripada perkara perkara wujud bahkan ia daripada sifat-sifat pembahagian, berbelah bahagi, ada penghujung dan semua ini mustahil ke atas Tuhan yang Qadim (bukan semestinya menyifatkan sesuatu yang ada hendaklah juga disertakan dengan sifat-sifat ini iaitu berada di dalam atau di luar alam, bersambung atau berpisah darinya, tetapi bagi sesuatu yang berjisim maka sudah tentu ia bersifat denganya) *"_. Intaha.

Makna kata-kata beliau tersebut dijelaskan oleh al-Hafiz al-Muhaddith al-Syaikh ^Abdullah al-Harari al-Habasyi berkata dalam kitabnya _al-Matolibul-Wafiyyah Syarh al-^Aqidah al-Nasafiyyah_ (hlm. 57) seperti berikut:

*"يعني أنه ليس من شرط الموجود كونُ الوجود مماسًا له أو مباينًا أو متصلاً بغيره أو منفصلاً عنه أو داخلاً فيه أو خارجًا عنه، إنما هذا من شرط التبعض والتجزئ والتناهي وذلك كله محال على القديم تعالى"*

_*“Maksud beliau adalah bukan syarat sesuatu itu ada keadaannya itu boleh disentuh, terpisah dari sesuatu, bersambung dengan yang lain atau bercerai dari yang lain, masuk ke dalam sesuatu atau keluar dari sesuatu, tetapi ini hanya syarat pembahagian, benda boleh dibelah-bahagi dan ada penghujung dan demikian itu mustahil  ke atas Allah ta^ala*.”_intaha

6. Al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani antara ulama Nusantara yang terkenal berkata dalam kitabnya _Nuruż-Żalam Syarh Manżumah ^Aqidatil-^Awam_  (Dar al-Hawi, Jeddah, t. th., hlm. 37):

*وكل ما خطر ببالك من صفات الحوادث لا تصدق أن في الله شيئًا من ذلك وليس له مكان أصلاً فليس داخلاً في الدنيا ولا خارجًا عنها*

Maksudnya: _“…dan setiap sifat perkara baharu yang melintasi benak anda maka jangan anda mempercayai bahawa pada Allah itu ada sesuatu daripada perkara tersebut, dan tiada bagi-Nya suatu tempat dengan asal. *Maka Dia bukan di dalam dunia dan bukan juga di luarnya*”._ Intaha.

Golongan al-Musyabbihah tidak akan menerima kewujudan Allah melainkan jika Dia berada di tempat. Justeru, jika dikatakan Allah wujud tidak bertempat sebagaimana pegangan ulama salaf dan khalaf, maka bagi mereka perkara ini adalah penafian akan kewujudanNya.

Al-Hafiz al-Muhaddith al-Syaikh ^Abdullah al-Harari al-Habasyi berkata dalam kitabnya _al-Matolibul-Wafiyyah Syarh al-^Aqidah al-Nasafiyyah_ (hlm. 51) menyebutkan:

*فإذا تقرر هذا فلا يهولنَّكم قول المشبهة: إن القولَ بأن الله موجود من غير أن يكون متصلاً بالعالم ولا منفصلاً عنه ولا داخله ولا خارجه نفي لوجود الله، فيقال لهم: هذه شبهة بنيتموها على أصل غير صحيح وهو أنكم جعلتم شرط الوجود أن يكون الشيء له اتصال أو انفصال وأن يكون داخل العالم أو خارجه، فالمشبهة يعترفون أن الله كان موجودًا قبل العالم لا داخله ولا خارجه، قال أهل السنة: كذلك بعد أن خلق العالم هو موجود كما كان لا داخل العالم ولا خارجه، فبهذا تكون قد بطلت شبهتهم وتمويههم*. اھ

_"Apabila telah tetap perkara ini maka jangan sesekali kamu terpedaya dengan ucapan golongan al-Musyabbihah: “ Sesungguhnya pendapat bahawa Allah ada tanpa berlaku persentuhan dengan alam atau tidak ada perpisahan darinya, bukan di dalam alam dan bukan di luar alam maka ia menafikan kewujudan Allah taala”. *Maka katakan kepada mereka* : “Ini adalah syubhah/ penyelewengan yang kamu bina sendiri atas asal yang tidak sahih iaitu kamu menjadikan syarat sesuatu itu ada hendaklah ada bagi-Nya persentuhan, perpisahan, berada di dalam alam atau di luar alam maka golongan al-Musyabbihah mengiktiraf atau mengakui bahawa Allah telah ada sebelum adanya alam bukan Dia di dalam alam dan bukan juga di luar alam. Ahlus sunnah mengatakan : “Begitu jugalah setelah Allah taala menciptakan alam, Allah taala tetap ada sebagaimana sebelumnya bukan di dalam alam dan di luar alam. Maka dengan ini, telah terbatal subhah/penyelewengan dan tipu muslihat mereka"._ Intaha

والله أعلم وأحكم

✒Disediakan oleh:
 *Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)*

Lihat khazanah ilmu di sini :

5 ulasan:

  1. Jahat sungguh penulis artikel ni.

    Hadeeeth Bukhari tu sebut jelas عنده yakni bermaksud "bersama Allah".

    Dgn kata lain kitab tersebut berada di atas Arasy bersama Allah.

    Bermaksud Allah berada di atas Arasy mengikut hadeeth Sahih Bukhari itu.

    Bererti penulis artikel ini menipu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum Arasy diciptakan, di mana pula Allah berada tuan?

      Padam
    2. orang yang berakal dan beriman tuhan wujud tanpa tempat tidak akan tanya Tuhan ada di 'mana' sebelum arasy wujud.

      Padam
  2. Setelah Alam semesta diciptakan dimana Allah jelas di Al Qur'an.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pun ornag Yang Dalam hatinya cenderung kepada kesesatan,maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat mutasyabiha untuk menimbulkan fitnah Dan mencari-cari takwilnya,padahal tidak Ada Yang tahu takwilnya melainkan Allah Dan orang-orang Yang mendalam ilmu pengertahuan nya,Dan mereka berkata, Kami beriman kepadanya (Al Quran) semuanya Dari Sisi tuhan Kami,Dan Di Dalam Al Quran juga Allah berfirman "yalaisa khamislihi syaiun wahuwa sami'ulbasir "Dan "walamyakul lahu kufuan ahad" bagi solafusoleh mereka beriman ayat2 mutasyabiha Tanpa membahaskan nya kepada orang awam Yang bertanya Akan keadaan ayat-ayat itu Dan berimannya solafusoleh terhadap ayat2 mutasyabiha dengan memulangkan kembali makna ayat itu kepada Allah ,hanya Allah Sahaja Yang tahu Akan takwilan nya Dan Ada pun orang Yang mendalami ilmunya Yang boleh tahu takwilan ayat2 mutasyabiha itu.dan orang2 Yang cenderung Hati nya mengatakan ayat2 mutasyabiha itu adalah ayat-ayat muhkamat maka mereka menemui kesesatan .that why lah kenapa mereka menyamai Allah seperti mahkluk.dan bagi orang Yang berilmu maka mereka Akan menjumpai takwilan-takwilan Yang benar Di Sisi Allah.

      Padam