Rabu, 25 Januari 2017

Bahaya Riwayat-Riwayat Palsu Dalam Kitab-Kitab Wahhabi Yang Boleh Menjejaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


*[Bahaya Riwayat-Riwayat Palsu Dalam Kitab-Kitab Wahhabi Yang Boleh Menjejaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah]*


1. ARG Johor dimaklumkan baru-baru ini timbul isu kononnya wujud banyak riwayat palsu dalam kitab-kitab pondok. Isu ini walaupun boleh diperbincangkan secara ilmiah dan beradab, namun ia bukanlah hingga ke tahap membahayakan akidah kerana apa yang lebih kita bimbangkan disini ialah penggunaan riwayat palsu dalam kitab-kitab agama yang disebarkan oleh kelompok wahhabi dari konteks perbahasan akidah.

2. Ini kerana riwayat palsu haram digunakan dalam perbahasan akidah , apatah lagi jika menggunakannya sebagai hujjah. Gejala menggunakan riwayat palsu dalam kitab-kitab akidah yang ditulis oleh wahhabi atau pro wahhabi boleh mengancam akidah masyarakat awam yang tidak mahu bertaklid kepada majoriti ulama ahli sunnah wal jamaah.

3.Di antara riwayat palsu yang disebarluaskan oleh ulama wahhabi adalah akidah yang dinisbatkan kepada al-Imam al-Syafi’i. Ketika jamaah haji pulang dari Tanah Suci, mereka diberi hadiah kitab Akidah Imam Empat, karya al-Khumayyis, terjemahan dari kitab I’tiqad al-Aimmah al-Arba’ah, oleh Ali Mustafa Ya’qub. Di dalamnya ada akidah yang dinisbatkan kepada Imam al-Syafi’i, bahwa beliau berkata:

“Berbicara tentang Sunnah yang menjadi pegangan saya, shahib-shahib saya, begitu pula para ahli hadits yang saya lihat dan saya ambil ilmu mereka, seperti Sufyan, Malik, dan lain-lain adalah iqrar seraya bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah, serta bersaksi bahwa Allah itu di atas ‘arsy di langit, dan dekat dengan mahkluk-Nya terserah kehendak Allah, dan Allah itu turun ke langit terdekat kapan Allah berkehendak.” (Al-Khumayyis, Akidah Imam Empat, hal. 68.).

Akidah al-Imam al-Syafi’i tersebut telah disebarluaskan oleh kaum Wahabi dan pendahulu-pendahulu mereka seperti Ibnu Taimiyah dalam al-Washiyyah al-Kubra, Ibnu al-Qayyim dalam Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyyah, al-Albani dalam Mukhtashar al-‘Uluw, dan al-Khumayyis dalam bukunya Akidah Imam Empat.

4. Para ulama ahli hadits telah menjelaskan bahawa akidah al-Imam al-Syafi’i yang disebarluaskan oleh kaum Wahabi adalah palsu.

Akidah tersebut diriwayatkan melalui perawi yang bermasalah, iaitu Abu al-Hasan al-Hakkari, seorang perawi yang tidak dapat dipercaya dan pemalsu hadits. Al-Dzahabi berkata:

وَقَالَ ابْنُ عَسَاكِرَ: لَمْ يَكُنْ مُوَثَّقًا فِيْ رِوَايَتِهِ.

“Ibnu Asakir berkata: “Al-Hakkari tidak dapat dipercaya dalam riwayatnya.” (Ibnu al-Najjar, Dzail Tarikh Baghdad, juz 3, hal. 174; Al-Dzahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, juz 19 hal. 68, dan Mizan al-I’tidal, juz 3, hal. 112.)

Al-Hafizh Ibnu al-Najjar al-Baghdadi berkata:

وَكَانَ الْغَالِبُ عَلىَ حَدِيْثِهِ الْغَرَائِبَ وَالْمُنْكَرَاتِ وَلَمْ يَكُنْ حَدِيْثُهُ يُشْبِهُ حَدِيْثَ أَهْلِ الصِّدْقِ، وَفِيْ حَدِيْثِهِ مُتُوْنٌ مَوْضُوْعَةٌ مُرَكَّبَةٌ عَلىَ أَسَانِيْد َصَحِيْحَةٍ، وَرَأَيْتُ بِخَطِّ بَعْضِ أَصْحَابِ الْحَدِيْثِ أَنَّهُ كَانَ يَضَعُ الْحَدِيْثَ بِأَصْبِهَانَ، وَقَالَ أَبُوْ نَصْرٍ الْيُوْنَارْتِيُّ: لَمْ يَرْضَهُ الشَّيْخُ أَبُوْ بَكْرٍ بْنُ الْخَاضِبَةِ.

“Biasanya haditsnya al-Hakkari adalah hadits-hadits yang aneh dan munkar. Haditsnya tidak menyerupai haditsnya perawi yang jujur. Dalam haditsnya terdapat matan-matan palsu yang disusun pada sanad-sanad yang shahih. Aku melihat tulisan sebahagian ahli hadits, bahawa al-Hakkari telah memalsu hadits di Ashbihan. Abu Nashr al-Yunarti berkata: “Syaikh Abu Bakar bin al-Khadhibah tidak ridha terhadap al-Hakkari.” (Ibnu al-Najjar, Dzail Tarikh Baghdad, juz 3, hal. 173; dan Ibnu Hajar, Lisan al-Mizan, juz 4, hal. 196.)

Sumber lain yang menjadi perawi akidah al-Imam al-Syafi’i adalah Abu Thalib al-‘Asysyari, seorang perawi yang jujur tetapi lugu sehingga buku-bukunya mudah disispi riwayat-riwayat palsu oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab. Al-Dzahabi dan Ibnu Hajar berkata:

مُحَمَّدُ بْنِ عَلِيِّ بْنِ الْفَتْحِ أَبُوْ طَالِبٍ الْعَشَّارِيُّ شَيْخٌ صَدُوْقٌ مَعْرُوْفٌ لَكِنْ اَدْخَلُوْا عَلَيْهِ أَشْيَاءَ فَحَدَّثَ بِهَا بِسَلاَمَةِ بَاطِنٍ مِنْهَا حَدِيْثٌ مَوْضُوْعٌ فِيْ فَضْلِ لَيْلَةِ عَاشُوْرَاءَ وَمِنْهَا عَقِيْدَةٌ لِلشَّافِعِيِّ.

“Muhammad bin Ali bin al-Fath Abu Thalib al-‘Asysyari, seorang guru yang jujur dan dikenal. Akan tetapi orang-orang memasukkan banyak hal (riwayat-riwayat palsu) kepadanya, lalu ia menceritakannya dengan ketulusan hati, di antaranya hadits palsu tentang keutamaan malam Asyura, dan di antaranya akidah al-Syafi’i.” (Al-Dzahabi, Mizan al-I’tidal, juz 3, hal. 656 dan Ibnu Hajar, Lizan al-Mizan, juz 5 hal. 301.).

5. Pernyataan di al-Dzahabi dan Ibnu Hajar di atas menyimpulkan bahawa Abu Thalib al-‘Asysyari pada dasarnya seorang perawi yang jujur dan dikenal. Hanya sahaja orang-orang yang tidak bertanggungjawab menyisipkan riwayat-riwayat palsu ke dalam buku-bukunya tanpa ia sedari, lalu ia menyampaikan riwayat tersebut kepada orang lain dengan ketulusan hati.

Kenyataan di atas menyimpulkan bahawa akidah al-Imam al-Syafi’i yang disebarluaskan oleh kaum Salafi-Wahabi dan pendahulu mereka, adalah palsu dan diriwayatkan melalui perawi yang lemah dan pemalsu hadits atau melalui perawi jujur dan lugu yang tidak menyedari bahawa riwayatnya telah disisipi riwayat palsu oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab.”

6.  Kaum Wahabi yang mengaku mengikuti madzhab Imam Ahmad bin Hanbal, juga menyebarkan kitab palsu yang dinisbatkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal, antara lain kitab Risalah al-Ishthakhri dan kitab al-Radd ‘ala al-Jahamiyyah. Kedua kitab ini disebarluaskan oleh Salafi-Wahabi dan didakwa sebagai karangan Ahmad bin Hanbal. Padahal kitab tersebut bukan karangan Ahmad bin Hanbal, akan tetapi karangan sebahagian kaum Mujassimah dan dinisbatkan kepada Ahmad bin Hanbal. Al-Hafizh al-Dzahabi berkata:

لاَ كَرِسَالَةِ اْلاِصْطَخْرِيِّ، وَلاَ كَالرَّدِّ عَلىَ الْجَهَمِيَّةِ الْمَوْضُوْعِ عَلىَ أَبِيْ عَبْدِ اللهِ، فَإِنَّ الرَّجُلَ كَانَ تَقِيًّا وَرِعًا لاَ يَتَفَوَّهُ بِمِثْلِ ذَلِكَ.

“Tidak seperti Risalah-nya al-Ishthakhri, dan tidak seperti al-Radd ‘ala al-Jahamiyyah yang dipalsukan kepada Abu Abdillah (Ahmad bin Hanbal), kerana beliau seorang yang bertakwa, wara’ dan tidak berkata seperti itu.” (Al-Dzahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, juz 11, hal. 286.)

Pernyataan al-Dzahabi tersebut diperkuat oleh Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Wazir al-Yamani, yang mengutip pernyataan al-Dzahabi tersebut bahwa kitab Risalah al-Ishthakhri dan al-Radd ‘ala al-Jahamiyyah adalah kitab palsu yang dinisbatkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal. (Ibnu al-Wazir al-Yamani, al-‘Awashim wa al-Qawashim, juz 4, hal. 340-241) Kitab al-Radd ‘ala al-Jahamiyyah tersebut merupakan rujukan utama Syaikh Ibnu Taimiyah dalam menulis kitabnya Bayan Talbis al-Jahamiyyah, padahal isinya terdiri dari hadits-hadits palsu, lemah dan munkar.”

7.  Dr Ali bin Nashir al-Faqihi seorang ulama wahhabi juga terlibat skandal yang sama, penyebar kitab yang tidak jelas sanadnya. Al-Imam al-Daraquthni termasuk salah satu ulama ahli hadits terkemuka dan bermadzhab al-Syafi’i. Al-Daraquthni adalah yang mengarahkan al-Hafizh Abu Dzar al-Harawi untuk mengikuti madzhab al-Asy’ari. Pada tahun 1411 Hijriah, Salafi-Wahabi di jordan menerbitkan kitab al-Ru’yah yang dinisbatkan kepada al-Daraquthni.

Beberapa tahun sebelumnya Salafi-Wahabi Saudi Arabia menerbitkan kitab al-Shifat, yang dinisbatkan kepada al-Daraquthni dan di-tahqiq oleh Ali al-Faqihi. Kedua naskah tersebut diriwayatkan melalui jalur Abu al-‘Izz bin Kadisy al-‘Ukbarawi dari Abu Thalib al-‘Asysyari.

Para ulama ahli hadits menilai Abu al-‘Izz bin Kadisy termasuk perawi yang tidak dapat dipercayai dan pendusta. Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata:

أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ أَبُو الْعِزِّ بْنُ كَادِشٍ أَقَرَّ بِوَضْعِ حَدِيْثٍ وَتَابَ وَأَنَابَ انتهى قَالَ ابْنُ النَّجَّارِ: وَكَانَ مُخَلِّطًا كَذَّابًا لاَ يُحْتَجُّ بِمِثْلِهِ وَلِلأَئِمَّةِ فِيْهِ مَقَالٌ وَقَالَ أَبُوْ سَعْدٍ ابْنُ السَّمْعَانِيِّ كَانَ ابْنُ نَاصِرٍ سَيِّءَ الْقَوْلِ فِيْهِ وَقَالَ ابْنُ اْلأَنْمَاطِيِّ كَانَ مُخَلِّطًا وَقَالَ ابْنُ عَسَاكِرَ قَالَ لِيْ أَبُو الْعِزِّ بْنُ كَادِشٍ وَسَمِعَ رَجُلاً قَدْ وَضَعَ فِيْ حَقِّ عَلِيٍّ حَدِيْثًا وَوَضَعْتُ أَنَا فِيْ حَقِّ أَبِيْ بَكْرٍ حَدِيْثًا بِاللهِ أَلَيْسَ فَعَلْتُ جَيِّدًا. (الحافظ ابن حجر، لسان الميزان).

“Ahmad bin Ubaidillah Abu al-‘Izz bin Kadisy, mengaku memalsu hadits dan bertaubat.

Ibnu al-Najjar berkata: “Ia perawi yang membingungkan, pendusta, tidak dapat dijadikan hujjah, dan para imam membicarakannya.”

Abu Sa’ad bin al-Sam’ani berkata: “Ibnu Nashir berpendapat buruk tentang Ibnu Kadisy”.

Ibnu al-Anmathi berkata: “Ia perawi yang membingungkan”.

Ibnu Asakir berkata: “Abu al-‘Izz bin Kadiys berkata kepadaku, ia mendengar seseorang yang memalsu hadits tentang keutamaan Ali: “Aku juga memalsu hadits tentang keutamaan Abu Bakar. Demi Allah, apakah aku tidak berbuat baik”. (Al-Hafizh Ibn Hajar, Lisan al-Mizan (1/218).).

8. Paparan di atas menyimpulkan, bahawa kitab al-Ru’yah dan al-Shifat, yang dinisbatkan kepada al-Daraquthni sangat meragukan, kerana riwayatnya melalui perawi yang memalsu hadits. Kerana itu sebahagian ulama menilai kitab tersebut palsu, bukan karya al-Daraquthni sendiri.

9. Masih banyak lagi kitab-kitab akidah yang dinisbatkan secara palsu kepada ulama-ulama ahli sunnah wal jamaah dan juga riwayat-riwayat palsu yang digunakan dalam kitab-kitab  akidah wahhabi yang patut dibanteras kerana ia boleh menjejaskan akidah ahli sunnah wal jamaah.

10. Dengan ini ARG Johor menggesa pihak berkuasa untuk menumpukan kepada perkara pokok akidah, iaitu mmebanteras kitab-kitab akidah wahhabi yang secara dusta dinisbatkan kepada ulama ASWJ dan kitab-kitab akidah wahhabi yang menggunakan riwayat palsu berleluasa di media sosial.

11. Penulisan ini dibuat atas amanah yang diamanahkan oleh Kiyai Muhammad Idrus Ramli agar menyebarkan penulisan beliau atas platform ARG Johor.


*Disediakan Oleh:*


*Unit Penyelidikan*
*Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah*
*Johor Bahru, Johor (ARG Johor)*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan