Rabu, 25 Januari 2017

WAHHABI DAN SIFAT 20


Wahabi dan sifat 20 - kalam Ustaz Mohd Al Amin Daud Al Azhari
[WAHHABI DAN SIFAT 20]

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا وحبيبنا رسول الله
وعلى آله وأصحابه ومن والٓاه
أما بعد،

1. Wahhabi mengatakan pada zaman Nabi tidak ada akidah sifat 20 yang telah disusun secara sistematik oleh Imam Abu Hassan al-Asya'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maaturidi رضي الله عنهما.

2. Saya jawab.Jika itu alasan Wahhabi untuk menolak penyusunan sifat 20 maka wahhabi perlu juga menolak penyusunan ilmu usul fiqh dan ulum Al-Hadith kerana Imam Syafie adalah orang yang pertama menyusun keduanya. Wahhabi juga perlu menolak ulum Al-Quran, ilmu nahu, ilmu soraf, ilmu balaghah dan segala macam ilmu yang tidak pernah ada pada zaman Nabi.

3. Bahkan Wahhabi juga perlu menolak kitab-kitab hadith kerana ia disusun oleh ulama dan ia tidak ada pada zaman Nabi. Kitab sahih Bukhari disusun oleh Imam Bukhari dan beliau adalah ulama'. Penyusunan hadith Bukhari berdasarkan ijtihad beliau di dalam memilih hadith-hadith Nabi untuk dijadikan hujjah.

4. Jika Wahhabi mengatakan ilmu sifat 20 berdasarkan ilmu kalam maka saya jawab kepada mereka bahawa segala ilmu qawaid di dalam Islam termasuk ulum dan mustolah hadith juga disusun berdasarkan kepada thoriq al-Mutakallimin.

5. Mengapa Wahhabi sangat membenci pengajian sifat 20? Jawapannya kerana sesiapa yang mendalami dan menguasainya pasti akan menolak akidah mujassimah dan musyabbihah yang mereka cuba sebarkan kepada masyarakat seperti Allah mempunyai anggota tangan, kaki, dua mata, betis. Allah bertempat di langit, di arash, kedua kaki Allah di atas kursi, naik turun Allah ke langit dunia, Allah ketawa dan sebagainya daripada akidah yang tidak mentanzihkan (menyucikan) dan mentauhidkan (mengEsakan) Allah daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk.

6. Kita perlu faham segala ilmu itu telah ada pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم namun penyusunan (تدوين العلم) berlaku kemudian selepas kurun para sahabat. Tidak ada di dalam kitab tidak bermakna ilmu itu tidak wujud kerana peringkat awal ilmu diambil daripada dada ke dada dan mulut ke mulut. Maka sebab inilah pentingnya sanad ilmu yang muttasil (berhubung) sehingga kepada Nabi صلى الله عليه وسلم.

7. Teringat ketikamana guru kami Syeikh Dr Usamah as-Sayyid Al-Azhari mengsyarahkan berkaitan dengan ilmu mantiq. Kata beliau ilmu mantiq bukan wujud pada zaman Aristotle (ارسطو) tetapi ia telah wujud semenjak wujudnya manusia. Kerana manusia berfikir. Tinggal lagi Aristotle hanya menyusun secara sistematik dan menulisnya.

8. Benarlah pemikiran Wahhabi akan menghancurkan Islam kerana sedikit demi sedikit mereka cuba menghapuskan peradaban ilmu yang telah dimiliki oleh Islam. Inilah jarum Yahudi yang berusaha menghancurkan Islam daripada dalam kerana mereka sedar tamadun Islam terbina di atas ilmu dan para ulamanya.

خويدم العلم الشريف
محمد الأمين بن دأود الأزهري

Tiada ulasan:

Catat Ulasan