Selasa, 12 Jun 2018

KULIAH KITAB AL-'ILM DARI IHYA' 'ULUM AL-DIN KARYA IMAM AL-GHAZALI - CASIS UTM KL


KULIAH KITAB AL-'ILM DARI IHYA' 'ULUM AL-DIN KARYA IMAM AL-GHAZALI - CASIS UTM KL

Siri 15 (28/5/17): Enam lagi syarat dan kriteria penglibatan dalam debat yang benar (Bab 4)

Dalam siri yang lalu telah dibentang 2 syarat dan kriteria penglibatan dalam debat yang benar iaitu: 1) mengutama tuntutan Fardu Ain sebelum terlibat dalam debat Fardu Kifayah, dan 2) mengutamakan penglibatan dalam usaha dan tuntutan Fardu Kifayah yang lebih Utama berbanding yang kurang utama. Berikut adalah 6 lagi syarat dan kriteria berkenaan:

3) Syarat ketiga: Hendaklah orang yang ingin melibatkan diri dalam debat itu terdiri dari kalangan mereka yang Mujtahid (mujtahidan bi dhatihi)

Seseorang yang disifatkan sebagai Mujtahid di sini merujuk kepada mereka yang mampu berijtihad tanpa terikat dengan mana-mana mazhab. Dia mampu menilai hujah dan pandangan pelbagai mazhab lalu mentarjih atau menetapkan hukum berdasarkan apa yang kuat di sisinya, walaupun terpaksa menyalahi pandangan mazhabnya sendiri. Ini menurut Imam al-Ghazali adalah apa yang dilakukan oleh para Sabahat r.a. dan para imam-imam Mujtahidin. Ini bermakna, kualiti yang dituntut sebelum seseorang itu boleh mengganggap dirinya mujtahid adalah kualiti para Sahabat dan imam mujtahidin r.a.

Walau bagaimanapun, dalam konteks di mana seseorang itu tidak layak untuk berijtihad—situasi yang imam al-Ghazali sifatkan sebagai suatu ‘keadaan umum pada setiap zaman’ (hukm jami‘ ahl al-‘asr)—maka mereka dinasihati agar mengemukakan fatwa berdasarkan mazhabnya dan sekiranya dia dapati bahawa pandangan mazhabnya itu lemah sekalipun dia tidak patut menolak dan meninggalkannya kerana, menurut al-Ghazali, apa guna beliau berdebat dalam isu-isu fatwa sebegini kerana dia bukan seorang yang layak berijtihad yang mampu mengeluarkan fatwa sendiri. Ini di samping hakikat bahawa pandangan mazhabnya adalah pandangan yang lebih dikuasai dan diketahui (ma‘lum) di sisinya. Sekiranya terdapat kemusykilan yang dia tidak tahu, maka hendaklah dia menyebut: “Mungkin ada jawapannya bagi persoalan ini di sisi para imam kami, akan tetapi saya tidak berkelayakan untuk berijtihad secara sendirian ke atas usul syara‘ (yakni sumber-sumber asas syarak)”. Mereka juga dinasihati agar menjauhi membincangkan isu-isu khilafiyyah, iaitu isu-isu yang mempunyai pelbagai pendapat yang tidak disepakati.

Syarat ketiga amat penting dihayati oleh mereka yang gemar berdebat dalam pelbagai fatwa keagamaan. Kualiti diri sebagai seorang Mujtahid perlu difahami dan dihayati dengan baik dan penuh insaf agar seseorang itu tidak terperasan bahawa dia sudah mencapai tahap mujtahid mutlak yang boleh menolak sebarang pandangan atau mazhab yang tidak selaras dengan pandangan dia. Dia juga perlu beriltizam dan berfatwa berdasarkan mazhabnya secara jelas dan jangan mendakwa telah mencapai kedudukan Salaf al-Salih r.a. dalam berijtihad dan menjadikan dakwaan ini sebagai alasan untuk menolak pandangan mazhab-mazhab yang muktabar. 

4) Syarat keempat: Tidak berdebat dalam isu-isu yang tidak realistik, isu-isu yang diandaikan dan dikemukakan sebagai suatu masalah. Perbahasan hanya perlu dilakukan ke atas isu-isu yang memang berlaku atau besar kemungkinan akan berlaku dalam masyarakat.

Syarat ini menekankan tentang keutamaan isu yang ingin diketengah dan diperdebatkan. Tidak semua isu layak dibahaskan oleh semua orang khususnya di khalayak ramai. Ini untuk mengelakkan pelbagai fitnah yang tidak mampu menyelesaikan masalah ummah sebaliknya mengelirukan lagi. Imam al-Ghazali menyatakan kebanyakkan ahli-ahli debat lebih suka memperkatakan isu-isu yang disifatkannya sebagai isu ‘gempar dan popular’ (al-tabuliyyat – yang merujuk kepada gendang yang dipalu, iaitu isu-isu yang lebih menarik perhatian ramai, popular dan menonjol), namun tidak ramai secara serius dan ikhlas memperkatakan isu-isu dasar yang penting yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah pokok dalam masyarakat.

Ini boleh difahami kerana mengenalpasti isu-isu besar dan mendasar itu bukan mudah, apatah lagi untuk menyelesaikannya. Tambahan pula isu-isu sebegini tidak popular dan tidak akan menonjolkan mereka yang terlibat. Ini dari satu aspek jelas menunjukkan bahawa para pendebat itu sebenarnya tidak serius dalam menyelesaikan masalah, sebaliknya mereka lebih cenderung untuk mencari kemasyhuran dan mengejar populariti. Ini menurut al-Ghazali adalah suatu yang pelik kerana ia menyalahi matlamat sebenar sesuatu isu itu dibahas dan diperdebatkan. Jika debat itu adalah untuk mencari dan menegakkan kebenaran—sebagaimana yang didakwa—maka sepatutnya isu-isu yang serius dan utama inilah yang patut diketengah dan dibahaskan. Oleh itu, syarat ini penting untuk dijadikan asas menilai apakah sesuatu debat itu benar-benar penting dan perlu, dan apakah seseorang pendebat tu benar-benar ikhlas, serius dan berwibawa dalam menangani isu dasar dalam masyarakat.    

5) Syarat kelima: Hendaklah debat dilakukan secara tertutup 

Selaras dengan sifat debat yang benar dan ikhlas, iaitu untuk mencari kebenaran, dan tidak mengejar nama dan kemayhuran serta demi mengelakkan fitnah, maka disyaratkan agak debat dilakukan secara tertutup (khalwah) jauh dari khalayak termasuk dari kalangan pembesar dan pemerintah. Hikmah berbahas dalam suasana tertutup ini jelas kerana menurut imam al-Ghazali, ia akan menjadikan seseorang itu fokus, minda dan pemikirannya lebih tenang serta lebih membantu untuk mencapai kebenaran. Sebaliknya, suasana yang terbuka pula akan mendorong kepada sifat riak, ingin menang dan dilihat benar dalam berhujah. Imam al-Ghazali menempelak kaki-kaki debat yang suka berdebat di khalayak ramai ini sebagai tidak ikhlas dalam penglibatan mereka. Yang peliknya, menurut pemerhatian al-Ghazali, golongan sebegini kadang-kadang pernah bersua dengan rakan debatnya secara bersemuka tapi tidak pula berlaku perbincangan di antara mereka secara serius, akan tetapi apabila berada dalam khalayak majlis debat, masing-masing lantang menonjolkan hujah dan menzahirkan kehebatan masing-masing. Semua ini menampakkan bahawa mereka sebenarnya bukan sangat ingin mencari kebenaran dan mencapai persefahaman, akan tetapi lebih bersifat mencari peluang untuk menonjol dan menang dalam debat.

6) Syarat keenam: Hendaklah orang yang berdebat itu, dalam usahanya menuntut kebenaran, bersikap seumpama orang yang sesat jalan yang sedang mencari jalan pulang.

Dalam syarat ini Imam al-Ghazali memberikan suatu perumpamaan yang jelas bagi menggambarkan sikap sebenar yang perlu dimiliki oleh seseorang yang terlibat dalam perdebatan. Mereka ini seumpama orang yang sesat jalan dan tidak mengetahui hala tuju yang sebenar ke destinasinya. Dalam hal sebegini, apa yang penting baginya adalah mencari jalan pulang. Apabila dia berjumpa dengan seseorang yang menunjuknya jalan pulang, dia akan berterimakasih dan bergembira. Dalam konteks ini, jika diandaikan bahawa seseorang yang sesat itu berbincang (atau berdebat) dengan seseorang yang mampu menunjukkannya jalan pulang (atau kebenaran), maka dia sama sekali tidak akan memusuhi temannya itu. Sebaliknya dia akan menyanjungi rakan debatnya itu dan menghargainya.

Demikianlah sikap para Sahabat r.a. apabila ditunjukkan kebenaran. Mereka tidak mengira apakah status orang yang menegur dan menyatakan kebenaran tersebut. Sayyidina Umar r.a. pernah ditegur oleh seorang perempuan ketika dia sedang berkhutbah, lalu beliau mengakui kebenaran tersebut dengan berkata: “Benarlah perempuan [itu] dan silaplah lelaki [ini]”. Begitu juga dengan Sayyidina Ali k.w. mengakui kesilapannya apabila ditegur dengan katanya: “Saudara benar dan saya silap”. 

Sikap mengiktiraf teguran orang lain ini penting kerana ia memberikan gambaran betapa teguran dan orang yang menegur itu dihargai kerana, menurut imam al-Ghazali, sesetengah orang kini tidak merasakan perlu mengungkapkan perakuan dan pengiktirafan lisan terhadap kebenaran teguran dan orang yang menegur tersebut kerana mereka mendakwa bahawa kebenaran itu adalah suatu yang maklum dan tidak perlu diperakui secara khusus. Perhatian al-Ghazali ini penting kerana sikap sesetengah orang yang tidak sudi memperakui kebenaran orang lain dan mengakui kesilapan diri sendiri ini boleh menjadikannya lebih angkuh walaupun dia silap. Ini jelas apabila al-Ghazali mengakhiri kupasan syarat keenam ini dengan memberikan gambaran bagaimana sikap mereka yang berdebat kini yang malu merah mukanya apabila ditegur dengan kebenaran, sebaliknya ada yang tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka silap bahkan berusaha mencari hujah untuk menjawab dan mencela lawan debatnya. Lebih parah lagi, mereka ini tidak segan silu mendakwa bahawa mereka sebenarnya mengikut cara para Sahabat dan Salaf al-Salih r.a. dalam perdebatan mereka.  

7) Syarat ketujuh: Jangan menghalang seseorang itu menilai dan berpindah dari satu hujah ke hujah yang lain, dan dari suatu bentuk penjelasan ke bentuk penjelasan yang lain

Syarat ini merujuk kepada senario di mana sesetengah pendebat itu suka berdalih dan memberi pelbagai alasan untuk mengelak dari dilihat sebagai jahil dan kalah dalam perdebatan. Jika seseorang itu benar-benar mencari kebenaran dalam debat, maka dia hendaklah bersedia untuk membentang dan menelusuri segala hujah dan fakta yang berkaitan untuk mereka akhirnya sama-sama mencapai kebenaran dan mengiktiraf kebenaran tersebut. Dengan sikap sebegini, barulah setiap sesi debat itu akan membawa kepada suatu kesimpulan dan persetujuan di antara kedua pihak yang berdebat, dan yang lebih penting adalah kedua pihak mencapai dan menemui kebenaran dalam isu yang diperdebatkan, yang mana hasilnya adalah kedua-dua pihak akan akur dengan kebenaran yang sama-sama ditemui itu.

 Ini hanya akan berlaku jika kedua-dua pihak tidak berdalih dan beralasan dalam mengemukakan hujah. Al-Ghazali memberikan senario di mana, dalam kebanyakan majlis debat, apabila seseorang itu tidak berpuashati dengan penjelasan yang dikemukakan, dia cuba membangkang misalnya dengan berkata: “Apakah dalil kamu bahawa hukum ini asalnya adalah berdasarkan asas (‘illah) tersebut?” Lalu teman debatnya menjawab: “Ini adalah apa yang jelas pada fahaman saya, jika sekiranya anda mempunyai hujah yang lain yang lebih jelas, maka kemukakanlah agar saya dapat menilainya”. Di sini akan terserlah sikap sebenar orang yang berdalil dan beralasan apabila dia menjawab: “Sebenarnya ada asas lain selain daripada apa yang kamu nyatakan itu dan saya mengetahuinya, namun saya tidak akan nyatakan di sini sebab ianya tidak perlu saya nyatakan”. Dan apabila dia dipohon agar menyatakan apakah hujah-hujah lain itu, dia terus beralasan bahawa dia tidak perlu menyatakannya. Akhirnya sesi debat sebegini akan berterusan dalam keadaan tidak menyelesaikan persoalan yang diperdebatkan.
 
Dalam ulasannya, imam al-Ghazali menegaskan bahawa mereka yang berdalih dan beralasan sebegini dikira sebagai menipu terhadap syarak. Ini kerana, jika dia sememangnya tidak mengetahui hujah dan dalil yang lain, tapi mendakwa mengetahuinya, maka dia adalah penipu. Jika sebaliknya, dia benar-benar tahu, namun tidak ingin berkongsi pengetahuannya, maka dia adalah fasiq kerana menyembunyikan hujah dan dalil, sedangkan temannya ikhlas ingin mengetahui dan menilai hujah tersebut agar dapat dicapai suatu kefahaman yang benar. Tambahan lagi, dari segi syarak, kita wajib menyampaikan kebenaran dan tidak boleh menyembunyikannya. Sikap berdalih sebegini adalah menyalahi syarak dan ia hanya dilakukan oleh mereka yang tidak ikhlas dalam debat; mereka yang berdebat demi ‘menang’, bukan demi mencari kebenaran. Budaya sebegini sama sekali tidak berlaku di zaman awal Islam kerana mereka sentiasa berkongsi hujah dan dalil, dan akan sama-sama menilai dan menyemaknya demi mencapai suatu kefahaman yang benar. 

8) Syarat kelapan: Hanya berbahas dengan para ilmuwan yang boleh dimanfaatkan ilmunya

Syarat ini juga penting kerana jika misi debat itu adalah demi mencapai kebenaran, maka debat tidak layak dilakukan dengan sebarangan orang, tetapi hanya sesuai dilakukan di kalangan para ilmuwan, bahkan dengan orang yang lebih alim. Dalam konteks ini, ia bukan berdebat demi untuk menang tapi lebih bersifat berbincang demi menimba ilmu dan kefahaman dari orang yang lebih mengetahui dari kita. Malangnya menurut al-Ghazali, kaki-kaki debat umumnya mencari orang yang lebih rendah tahap ilmunya berbanding mereka agar dapat dipastikan mereka menang dalam debat. Mereka akan mengelak dari berdebat dengan para ilmuwan yang sebenar kerana apa yang mereka kejar bukanlah kebenaran tapi kemenangan dan populariti dalam berdebat.

Demikian lapan syarat debat kesemuanya yang diperkatakan oleh Imam al-Ghazali. Ia boleh dijadikan sebagai asas penilaian untuk membezakan di antara orang yang berdebat demi Allah SWT, demi kebenaran dan ikhlas, dengan orang yang berdebat demi mengalah dan menjatuhkan maruah orang lain, demi kemasyhuran dan pujian umum.

Imam al-Ghazali mengakhiri perbahasan ini dengan mengingatkan kita tentang cabaran yang lebih utama iaitu cabaran menghadapi syaitan dalam diri. Beliau ingatkan bahawa barangsiapa yang mengabaikan tanggungjawab memerangi syaitan dalam diri yang sentiasa berusaha menyesat dan menghancurkan manusia, tapi dalam masa yang sama sibuk berdebat dengan orang lain dalam hal-hal khilafiyyah secara yang tidak ikhlas, maka orang seperti ini akan menjadi bahan ketawa bagi syaitan dan contoh pengajaran (‘ibrah) bagi orang yang benar-benar ikhlas (al-mukhlisin). Semoga Allah SWT jauhi kita semua dari tergolongan dalam golongan ini.    

WalLahu a'lam

Taqlid Sesebuah Mazhab Tidak Menyalahi Falsafah “Mengikut Sunnah” Nabi SAW

#Taqlid Sesebuah #Mazhab Tidak Menyalahi Falsafah “Mengikut Sunnah” Nabi SAW

Huraian ini dibuat terhadap soalan yang diajukan pada saya mengenai pendirian beliau bahawa lebih baik kita (#baca: dia) mengikut sunnah Nabi SAW dan meninggalkan amalan orang Melayu yang tidak pernah ada pada zaman Baginda. Katanya jika amalan itu boleh dibuat sekalipun, ia tetap tidak afdhal. Maka lebih selamat adalah mengikuti Nabi SAW. Mohon pandangan saya!

Jika dibaca pendiriannya itu memang kelihatan ringkas dan “betul”, tetapi adakah kefahamannya tentang ittiba’ perkara yang dinamakan Sunnah itu Sahih seperti yang difahami oleh semua fuqaha mutaqaddimin (khususnya sebelum kemunculan #Ibn #Taymiyyah 661H)?. Rumusan pendirian seperti itu telah melompat daripada beberapa asas penting yang telah disepakati oleh fuqaha yang hampir keseluruhannya bertaqlid mazhab muktabar. Untuk menjelaskan kembali asas-asas itu bukan suatu yang mudah kerana kita terpaksa kembali menyelongkar lembaran yang telah lama tertutup, kerana perbahasannya #telah #selesai. 

Maka sebab itu, saya katakan semua orang yang mahu memahami hukum Islam secara lebih mendalam perlu mempelajari semua disiplin syariah side-by-side secara teratur. Kefahaman hukum yang holistik tidak akan sempurna jika mendalami disiplin hadis semata-mata. Hukum Islam bukan bersumberkan hadis semata-mata. Terdapat banyak lagi adillatul ahkam (dalil-dalil hukum) seperti Qiyas (meliputi istihsan), Maslahah Mursalah, Sadd al-Zara’ik, Uruf dan lain-lain yang dirumuskan fuqaha di samping hadis. Itu belum lagi melihat sejajaran hukum dengan Maqasid Syariah (umum dan khusus) dan impak perubahan zaman/tempat/sosiobudaya yang menuntut kajian terhadap illah (rasional) hukum diteliti semula. Fiqh al-Sunnah penting seperti pentingnya Fiqh al-Kitab, Fiqh al-Maqasid, Fiqh al-Waaqi’, Fiqh al-Awlawiyyat, Fiqh al-Ikhtilaf dan satu lagi Fiqh al-Nafs.

Kita mulakan dengan beberapa asas berikut :

#Pertama
Hukum syarak semua bersumberkan al-Qur'an dan Sunnah yang mana teks kedua-duanya ada yang bersifat qat’iy dan zanniyy dari segi dilalahnya (petunjuk makna). Al-Qur'an semuanya qat’iyy dari segi kesabitannya sebagai wahyu Allah, begitu juga Sunnah (hadis) yang mutawatir. Namun, banyak dilalah kedua-duanya bersifat zanniy kecuali pada tempat yang dijelaskan sendiri oleh Allah/Rasulullah mengenai bentuk dan kaifiyyat pelaksanaannya. Oleh kerana tiada dokumentasi video dan rakaman terhadap amalan pada zaman Rasulullah melainkan perkhabaran (riwayat) oleh para Sahabat yang tersebar di merata tempat, maka ketepatan dilalah dalam riwayat itu terpaksa dihukum zanniyy kerana banyak faktor. Apatah lagi every single part of petunjuknya tidak mampu diyakini 100% oleh setiap orang dalam generasi terkemudian. 

Dalam bahasa mudah, hadisnya Sahih tetapi adakah kefahaman terhadap makna hadis itu Sahih? Di sinilah para fuqaha mengkaji dan menganalisis apakah makna yang hampir tepat pada ayat al-Qur'an dan hadis untuk mengistinbat hukum. Tidak pernah ada fuqaha berani berkata pendapatnyalah tepat dengan Sunnah atau Sunnah itu adalah pendapatnya. Daripada usaha penggalian makna dalam Sunnah inilah lahirnya perbezaan pendapat dalam kalangan mujtahidin yang kemudiannya melahirkan mazhab.

#Kedua
Senario khilaf dalam penggalian makna itu hanya melibatkan pakar hukum atau mujtahidin yang diiktiraf keilmuan mereka. Satu persoalan, bagaimanakah orang awam dapat mengetahui makna dalam al-Qur'an dan Sunnah? Semua ulama bersepakat (ijmak) bahawa orang awam perlu merujuk kepada orang yang lebih berpengetahuan seperti mujtahidin dan ulama. Sebagaimana diperintahkan Allah sendiri dalam surah al-Nahl ayat 43:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 43

Maksudnya:
”Dan Kami tidak mengutuskan sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (jika kamu tidak mengetahui).

Dalam surah di atas, Allah megarahkan manusia merujuk kepada Ahl al-Zikr atau golongan pakar jika tidak tahu. Ini bermakna pengetahuan yang diperolehi daripada pakar, #tidak #akan #bernilai melainkan ia dimanfaatkan oleh orang yang bertanya. Itulah keadaan yang berlaku dalam amalan bertaklid kepada mana-mana mazhab Fiqh. Ayat ini menjadi hujah bagi kebanyakan ulama muktabar dalam mazhab empat bagi mengharuskan masyarakat awam bertaklid kepada ulama.

Juga ingin saya tegaskan bahawa tiadalah pengertian rujuk kepada Ahl al-Zikr itu melainkan bermaksud taqlid dan ittiba’. Kenapa disebut ittiba’? Kerana ia pada hakikatnya one type of taqlid. Tiada beza pun antara taqlid dan ittiba’ disebabkan motif keduanya ialah kepengikutan orang yang bukan mujtahid akan ijtihad orang lain yang menjadi mujtahid. Para ulama membahagikan manusia kepada dua kategori iaitu mujtahid dan muqallid. Istilah muttabi’ #hanya #dipopularkan oleh Sheikh al-Albani dan penyokong Salafiyyah. Walau bagaimanapun, muttabi’ walaupun bebas mazhab, tetap muqallid kepada makna dalam hadis yang diijtihadkan oleh guru-guru mereka (Al-Buthi, 2005).

#Ketiga
Taqlid mazhab bukanlah suatu yang pelik dalam tradisi perkembangan hukum Islam. Ia tidak membawa pengertian yang hina atau menjadikan para muqallid sebagai kumpulan manusia yang menyeleweng. Para usuliyyun dan fuqaha pelbagai mazhab bersepakat (ijmak) secara dasarnya, keharusan taqlid bagi orang awam dalam mengamalkan hukum fiqh. Asas persepakatan tersebut merujuk kepada amalan para Sahabat yang merujuk atau mengikut pandangan beberapa Sahabat yang faqih hukum (mujtahid). 

Ini kerana konsep taqlid juga adalah suatu yang daruri dalam erti kata semua manusia akan merujuk kepada pandangan ahli ilmu dalam pelbagai persoalan terutamanya hal ehwal agama. Majoriti ulama berpandangan orang awam wajar bertaklid dalam hukum furuk kepada para mujtahidin manakala bagi orang yang mencapai tahap mujtahid, tidak boleh bertaklid sama sekali (Al-Hafnawi, 1995). 

Antara hujah yang dikemukakan, tidak wajar memaksa orang awam berijtihad sendiri kerana ia menyalahi prinsip 'fas`alu ahla al-zikr' dalam al-Quran (Al-Nahl: 43). Masyarakat awam pada zaman Sahabat dan Tabi’in juga merujuk kepada para fuqaha’ mereka dan tidak pernah terbukti para Sahabat dan Tabiin menyuruh mereka agar berijtihad sewaktu mengemukakan persoalan (Al-Hafnawi, hlm 211). Hal ini juga telah dicatatkan oleh Ibn Khaldun (1988) seperti berikut :

إنّ الصّحابة كلّهم لم يكونوا أهل فتيا ولا كان الدّين يؤخذ عن جميعهم. وإنّما كان ذلك مختصّا بالحاملين للقرآن العارفين بناسخه ومنسوخه ومتشابهه ومحكمه وسائر دلالته بما تلقّوه من النّبيّ صلّى الله عليه وسلّم أو ممّن سمعه منهم ومن عليتهم. وكانوا يسمّون لذلك القرّاء أي الّذين يقرءون الكتاب لأنّ العرب كانوا أمّة أمّيّة، فاختصّ من كان منهم قارئا للكتاب بهذا الاسم لغرابته يومئذ. وبقي الأمر كذلك صدر الملّة

Dalam pengajian syariah, taklid seperti di atas berbeza dengan konsep taqlid yang dicela oleh para ulama khususnya dalam perkara yang batil, sesat dan menyeleweng dalam usul iktikad. Adapun taqlid sebagai amalan beriltizam dengan mazhab Hanafi, Maliki al-Syafi’i atau Hanbali adalah suatu yang baik malah turut didokong oleh ramai fuqaha dan muhaddiith terbilang.

#Keempat
Persepsi terhadap istilah taklid berbeza disebabkan jenis makna yang diberikan. Makna yang lebih 'cool' bagi taklid ialah seseorang muqallid mengikuti (ittiba’) fatwa-fatwa mazhab seseorang imam dan para ulamanya kerana percaya bahawa rumusan ijtihad mereka daripada sumber al-Qur.an dan Sunnah berdasarkan metodologi hukum yang dipercayai benar, yang mana dia (muqallid) tidak mampu mengetahuinya dengan sendiri (Al-Hafnawi, 1995). 

#Kelima
Tidak dinafikan seseorang boleh mengetahui sendiri hukum yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah jika dia menguasai ilmu-ilmu alat seperti bahasa Arab, ulum al-Quran dan tafsir ayat-ayat hukum, ulum al-hadith dan sub-sub ilmunya, maqasid syariah dan sebagainya. Itu pun jika dia mendalami disiplin pengajian Syariah daripada peringkat asas hingga peringkat pakar. 

Bagaimana dengan pelajar-pelajar disiplin falsafah, sejarah, bahasa Melayu, kejuruteraan, perubatan, ekonomi ataupun hanya bersekolah sehingga tahun enam?. Memaksa mereka ini untuk meneliti sendiri nas-nas hukum terutama hadis Nabi SAW dan amalan para sahabat, tanpa merujuk kepada pakar hukum Islam merupakan satu taklif yang membebankan. Islam bukanlah agama yang menyusahkan umatnya sehingga semua orang wajib menjadi ustaz, agamawan, pakar syariah ataupun pakar sunnah, sehingga banyak bidang ilmu pembangunan duniawi dikuasai oleh orang-orang bukan Islam. Taklid atau ittiba’ mazhab merupakan kaedah terbaik untuk mengimbangi keperluan duniawi dan ukhrawi. Solusi dalam kedua-dua keperluan ini ialah merujuk kepada ahl al-zikr (ulama/mujtahidin) seperti dalam ayat 43 surah al-Nahl.

#Keenam
Dalam persidangan Majmak Fiqh Islam kali ke-10 yang berlangsung di Mekah pada tahun 1987, suatu resolusi merumuskan khilaf antara mazhab bukanlah suatu percanggahan dalam Islam dan membenarkan umat Islam mengikut mana-mana mazhab tanpa sekatan dalam pelbagai urusan ibadat, muamalat, kekeluargaan, kehakiman dan jenayah, yang berpandukan sumber hukum syarak. Resolusi tersebut turut menyangkal pihak yang bersikap anti mazhab dan mereka yang sering mencerca mazhab-mazhab fiqh dan para Imamnya dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai keji dan menyesatkan umat Islam (Al-Qaradhawi, 1991, hlm 81-83).

Berdasarkan huraian di atas, beberapa asas penting tentang mengenai kepengikutan mazhab dapat dirumus seperti berikut :

i. Mazhab merupakan sebuah institusi Fiqh (School of Thought) yang mempermudahkan umat Islam untuk memahami syariah dengan lebih jelas dan sempurna.

ii. Bagi masyarakat awam, 'ittiba’ al-mazahib' menyediakan ruang kemudahan untuk mengamalkan rutin hukum Islam seharian tanpa diserabuti persoalan khilaf yang komplikated.

iii. Keharusan mengikut mana-mana mazhab adalah terbuka dan tidak terikat secara rigid dengan suatu mazhab tertentu. Umat Islam boleh bertukar mazhab a.k.a pandangan fuqaha’ kepada fatwa mazhab lain yang lebih kuat, releven dan bermanfaat. 

iv. Ikhtilaf pendapat tidak seharusnya membawa perpecahan dalam masyarakat.

#Ketujuh
Mengenai ikhtilaf yang menimbulkan banyak mazhab pula, Abdul Karim Zaydan (1993) menyimpulkan sekiranya ikhtilaf dalam kalangan para Sahabat pun mendatangkan kesan lebih besar kepada orang lain, apatah lagi bukan sahabat. Ikhtilaf para mujtahid tidak sewajarnya dilihat memecah-belahkan agama Islam. Sebaliknya merupakan sumbangan para fuqaha’ kepada masyarakat walaupun berlaku di sana fanatisme atau pemujaan (تقديس) terhadap individu sehingga kata-kata mereka mengatasi al-Qur'an dan Sunnah.

Sedikit tambahan lagi, apabila disebut mazhab Al-Syafi’i (sebagai contoh), ia mencakupi rumusan pemikiran imam Al-Syafi’i termasuk doktrin dan juga metodologi ijtihad beliau dalam pengkajian al-Qur'an dan Sunnah, dan aliran pemikiran fiqh yang berkembang pada zamannya. Istilah mazhab Al-Syafi’i turut meliputi segala penulisan dan pandangan hukum yang dihasilkan para murid dan pengikut Imam al-Syafi’i, berlandaskan manhaj ilmiah beliau (Izz al-Din al-Tamimi,1990). Orang yang tidak melazimi mazhab ini tidak akan faham 'nature' perbezaan pandangan antara Imam Syafie dengan fuqaha Syafi’iyyah terkemudian lalu menghukumkan kita telah melanggar pandangan Imam mazhab sendiri.

Akhir sekali, saya ingin merumuskan pentingnya kita beriltizam dengan sesebuah mazhab seperti mazhab Syafi’i di Malaysia dan begitu juga mazhab lain seperti berikut:

1) Mazhab Fiqh menjadi institusi yang menyusun secara sistematik keseluruhan syariat Islam melalui hukum-hukum Fiqh sama ada yang disepakati semua fuqaha atau yang diijtihadkan oleh fuqaha Syafi’iyyah dalam soal ibadat, mualamat, munakahat dan sebagainya. Ia secara tidak langsung menghubungkan masyarakat dengan tuntutan al-Qur'an dan Sunnah dengan cara yang wajar atas alasan, bukan semua orang mampu memahami tuntutan kedua-dua sumber tersebut. Al-Qur'an dan Sunnah mempunyai pakar yang menguasai perbahasannya. Kepakaran turut berlaku dalam semua bidang ilmu sama ada Sains Sosial mahupun Sains Tulen. Dalam hal berikut, mereka yang bukan pakar perlu merujuk kepada Ahl al-Zikr (Al-Nahl : 43). Justeru, mazhab memanifestasikan konsep rujukan Ahl al-Zikr mengikut cara yang paling baik.

2) Mazhab turut memperlihatkan proses penyusunan hukum syarak dengan penggunaan pelbagai kaedah dan metodologi ijtihad oleh para fuqahanya untuk berijtihad. Proses yang sama turut dilalui pelbagai mazhab lain seperti mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan sebagainya. Suatu hal yang menarik di sini ialah, teks al-Qur'an dan hadis tidak diamalkan secara literal dan semberono melainkan setelah dianalisis statusnya, diteliti dan dihubungkan dengan illah, hikmah dan Maqasid Syariah. Ia penting supaya tuntutan syarak tidak mendatangkan beban kepada mukallaf selain tidak menimbulkan kontradiksi suatu hukum furuk dengan prinsip umum Syariah. Penentuan hukum bukan sekadar bernoktah dengan semakan status kesahihan sesuatu hadis semata-mata. Analisis fuqaha turut bergantung kepada penguasaan bahasa Arab, pengambilkiraan sosiobudaya setempat yang baik dan perbezaan pendapat fuqaha lain.

3) Mendisiplinkan masyarakat awam dengan pengetahuan dan amalan berkaitan hukum syarak secara konsisten. Dengan itu, mereka yang bukan bertaraf mujtahid akan dapat mengetahui perkara-perkara yang menjadikan suatu hukum itu sah atau tidak sah, wajib atau sunat, haram atau makruh, dan wajar diikuti atau patut ditinggalkan. Dengan ikutan mazhab, para pengikut akan mengetahui fatwa dalam mazhabnya yang mungkin berbeza dengan mazhab lain. Ia memudahkan orang awam mengesani titik-titik perbezaan pendapat antara para fuqaha. Keharmonian berbeza pandangan dan sifat bertasamuh akan lebih terurus dalam konteks mazhab. Berbeza halnya tanpa mazhab. Ia akan merungkai konsistensi ilmu dan memporak-perandakan amalan apabila perkara sunat akan dianggap wajib dan yang halal dikatakan haram. Malah lebih teruk, jika hal-hal #khilafiyyah #turut #dihukumkan #bid’ah, sesat dan rekaan manusia yang kononnya bercanggah ajaran Islam.

Jangan kita mengabaikan satu hakikat penting iaitu ramai fuqaha terkemudian selepas zaman imam-imam mazhab yang turut memiliki syarat-syarat mujtahid, masih memilih untuk ‘bernaung’ di bawah salah satu mazhab empat. Mereka tidak menonjolkan diri sebagai pengasas mazhab baharu atau mengangkat tahap kesarjanaan mereka di luar daripada lingkungan mazhab imam-imam besar. Mereka menjadi salah seorang pendokong yang mengembangkan mazhab yang diikuti, kepada masyarakat awam. Hatta Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim yg menjadi rujukan sahabat kita daripada aliran Salafiyyah pun masih bermazhab Hanbali.

Kepada anak-anak muda, silalah belajar dengan mendalam untuk lebih faham dan janganlah dengan sedikit pendedahan ilmu dalam bidang tertentu, membuatkan anda merasakan diri itu sudah setanding dengan para imam mujtahidin.

Yang benar,
Dr. H

MELURUSKAN PENYELEWENGAN TAFSIRAN DR JOHARI MAT TERHADAP FIRMAN ALLAH TAALA “إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ”!*

*MELURUSKAN PENYELEWENGAN TAFSIRAN DR JOHARI MAT TERHADAP FIRMAN ALLAH TAALA “إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ”!*
Merujuk kepada suatu rakaman video di laman sesawang youtube di bawah tajuk _“Aqidah Asma' & Sifat Allah”_ [diterbitkan pada 25 Januari 2015 oleh penama “Kuliah Sunnah Kelantan”] diambil pada 20 Jun 2017 ketika membicarakan tentang sifat _al-uluww_ dan _al-istiwa’_, Dr Johari Bin Mat mengatakan pada minit 32:06 / 1:05:30 ketika menyandarkan perkataan ini kepada al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari secara bohong dan dusta [sambil melihat pada laptop]:
_“Kemudian dio bowok dalil ((إليه يصعد الكلم الطيب)) Surah Fatir, ayat 10, kepada Allah, jar majrur khabar muqaddam, يفيد الحصر hanya kepada-Nya lah naik ucapan-ucapan yang baik, hok oghe kecek yang baik, naik tuan-tuan, *kito kecek baghe baik dio naik jumpo dengan Allah subhanahu wataala*. Bukan kata kecek sajo-sajo abih tepi jale gitu jah..dok!. kalu gitu, kecek sebutir sepatoh selidah, hok kito kecek tu baghe betol, إليه يصعد الكلم الطيب, ko guano apabila kita kecek? Alhamdulillah...ramai kito tahu hok kito kecek sehari tengahari ni, Allah tulih, malaikat tulih, malaikat catat, kita pun tahu. Lepah kito tahu kito beraso koh? Itu masalah no 2. Kito beraso ko hok kito kecek ni wat naik pado Allah?! Haa..hok ni boleh jadi..setakat hok kita tahu sajo tu tok cukop bokali, keno pertikat lagi dalam diri kito yakin hok baghe hok kito kato ni naik pada Allah. *Dalil dio sini adalah naik. إليه يصعد naikالصعود tu naik. Naik tu pada Allah*. Jar majrur khabar muqaddam, naik kepada-Nya [sambil buat isyarat naik].* Ni ayat ni dio wat maghi dalil bahawa Allah duk alik atah. Mugo naik al-kalimuttayyib*_
_Kemudian dio wat maghi dalam surah al-Nisa’ ayat 158, بل رفعه الله إليه, ini berhubung dengan nabi Isa alayhissalam, bahkan Allah angkat nabi Isa kepada-Nya, iaitu ke langit. Semua oghe baco hadith Israk Mikraj tentu doh nabi naik ke langit. Ambo rasa sini takdok oghe nafi nabi ni naik ke langit. Naik ke langit sampai langit yang ke tujuh kemudian gi ke Sidratul Muntaha pahtuh Jibril tokgi lepah nabi gi sorang. Turun-turun tok tahu Allah duk mano jugok. Haa..ini pelik jugok ni. Ambo duk perati apabila gi situ maka tok se kato doh (saya perati ramai yang mengajar tentang kisah israk dan mikraj mereka tidak sebut Allah duduk atas Arasy atau langit). *Pasal ngajinyo duk pegeng dengan fahaman Muktazilah*. Muktazilah ngaja ko oghe ramai, tok ngaja kito. Tokleh kato ngaja kito, mereka ngaja ko masyarakat ramai: “Allah ini tidak bertempat, tidak mengambil tempat dan mengambil lapang, tidak kiri, tidak kanan, tidak di depan tidak di belake, di atah dan tidak di bawoh”_intaha.
*Sanggahan*
al-Wahhabiyyah merupakan golongan al-Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk) dan khawarij di zaman ini sebagaimana disebut oleh para ulama. Mereka ini amat berpegang kuat untuk menetapkan tempat bagi Allah taala dan menetapkan Allah tinggal di langit dengan mempergunakan firman Allah taala : ((إذ قال الله يا عيسى إني متوفيك ورافعك إليَّ)) dan beberapa ayat yang lain. Pendalilan dengan mempergunakan ayat-ayat ini adalah tertolak kerana terdapat di sana banyak dalil naqli dan ^aqli yang menunjukkan kebatilannya. Justeru, wajib dikembalikan pentafsiran ayat tersebut kepada firman Allah taala ((ليس كمثله شىء)) yang bermaksud :_“ Allah taala tidak sama dengan sesuatu pun dalam semua sudut”._
Ayat-ayat ini bukan bermakna Allah taala berada di atas Arasy atau di atas langit sebagaimana disangka-sangkakan oleh Dr Johari Mat…wal ^iyazubillah.
Penjelasan tentang kebatilan perkara ini adalah sebagaimana perbahasan berikut :
1. Al-Mufassir Abu Hayyan al-Andalusi dalam Tafsirnya menyebutkan :
((وَرَافِعُكَ إِلَىَّ)) الرفع نقل من سفل إلى علو ؛ و(( إليّ ))، إضافة تشريف. والمعنى : إلى سمائي ومقر ملائكتي. وقد علم أن البارئ تعالى ليس بمتحيز في جهة ، وقد تعلق بهذا المشبهة في ثبوت المكان له تعالى وقيل : إلى مكان لا يملك الحكم فيه في الحقيقة ولا في الظاهر إلاَّ أنا ، بخلاف الأرض ، فإنه قد يتولى المخلوقون فيها الأحكام ظاهراً وقيل : إلى محل ثوابك. قال ابن عباس : رفعه إلى السماء ، سماء الدنيا ، فهو فيها يسبح مع الملائكة.اهـ.
_“Firman Allah taala ((وَرَافِعُكَ إِلَىَّ)), “Mengangkat” adalah perpindahan daripada arah bawah ke arah atas. ((إلى)) adalah sandaran untuk memuliakan dan maknanya adalah “...ke langit-Ku dan tempat tinggal bagi malaikatku”. *Maka telah diketahui bahawa pencipta itu tidak berada pada arah. Golongan al-Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk) amat bergantung dengan perkara ini pada menetapkan tempat bagi Allah taala*. Ada ulama [Ahlus Sunnah Wal Jamaah] menyebutkan : “…Ke tempat yang tiada yang memiliki penguasaan padanya pada hakikat dan pada zahirnya melainkan Aku sahaja” berbeza dengan bumi, bumi dikuasai oleh makhluk di bumi secara zahirnya. Ada ulama mengatakan : “…ke tempat pahala kamu”. Ibn ^Abbas berkata : “Diangkatnya dia (Isa alaihissalam) ke langit yang merupakan langit dunia dan Baginda Isa di dalamnya bertasbih bersama-sama dengan para malaikat”_Intaha.
Jelas menurut ahli tafsir terkenal ini, ayat ini bukan menunjukkan Allah bertempat di langit atau dia arah atas.
Rujukan : Abu Hayyan al-Andalusi, Muhammad bin Yusuf, Tafsir al-Bahril Muhith, Percetakan Dar al-Kutub al-^lmiyyah, Cet. 1, Tahun 1422 H/ 2001 R, Beirut Lubnan, j.2, hlm. 360.
2. Dalam kitab _al-Ghunyah fi Ushuliddin_ karangan Abu Sa^id al-Mutawalli as-Syafi^e menyebutkan :
وأما قوله تعالى ((ورافعك إليَّ)) معناه إلى كرامتي ورحمتي.اهـ.
_“Adapun firman Allah taala ((ورافعك إليَّ)) maknanya “Kepada kemulian-Ku dan rahmat-Ku [iaitu langit yang merupakan tempat tinggal para malaikat]”._intaha
Rujukan : al-Mutawalli, Abu Sa^id Abdur Rahman bin Muhammad, _al-Ghunyah Fi Ushuliddin_, Percetakan Muassasah al-Khidmaat wal Abhath al-Thaqafiyyah, Cet. 1, Tahun 1987 R, Beirut-Lubnan, hlm 78
3. Seorang ahli tafsir terkenal, Fakhruddin al-Razi dalam al-Tafsir al-Kabir menyebutkan :
والمشبهة يتمسكون بهذه الآية في إثبات المكان لله تعالى وأنه في السماء، وقد دللنا في المواضع الكثيرة من هذا الكتاب أي التفسير الكبير بالدلائل القاطعة على أنه يمتنع كونه تعالى في المكان فوجب حمل اللفظ على التأويل وهو من وجوه:
الوجه الأول: أن المراد إلى محل كرامتي، وجعل ذلك رفعا إليه للتفخيم والتعظيم ومثله قوله ))إني ذاهب إلى ربي(( إنما ذهب إبراهيم صلى الله عليه وسلم من العراق إلى الشام.
الوجه الثاني: في التأويل أن يكون قوله ))ورافعك إلي(( معناه أنه يرفع إلى مكان لا يملك الحكم عليه فيه غير الله، لأن في الأرض قد يتولى الخلق أنواع الأحكام فأما السموات فلا حاكم هناك في الحقيقة وفي الظاهر إلا الله. اهـ.
_*“Golongan al-Musyabbihah sangat berpegang dengan ayat ini dalam menetapkan tempat bagi Allah dan menetapkan Allah berada di langit. Telah menunjukkan kepada kita dalam banyak tempat dari kitab ini “ al-Tafsir al-Kabir” dengan dalil-dalil yang qath^i bahawa mustahil ke atas Allah taala berada pada tempat, maka wajib menanggungkan lafaz ayat kepada pentakwilan* dan ia dilihat pada beberapa sudut :_
_*Pertama* : Ayat tersebut bermaksud “ke tempat kemuliaan-Ku” [langit]. Allah taala menjadikan perkara tersebut terangkat kepadanya [tempat kemulian-Ku iaitu langit] untuk mengagungkannya dan memuliakannya. Seperti makna ini firman Allah taala ((إني ذاهب إلى ربي)), sesungguhnya Ibrahim ﷺ yang pergi dari Iraq ke Syam [bukan maknanya Ibrahim pergi di tempat Allah taala berada di situ iaitu di Syam)._
_*Kedua* : Dalam mentakwilkan ayat tersebut, maka hendaklah firman Allah taala : ((ورافعك إلي)) maknanya diangkat ke tempat yang tidak dimiliki hukuman ke atasnya di tempat tersebut melainkan Allah taala jua. Kerana di bumi diuruskan makhluk dengan beberapa jenis hukum hakam. Adapun langit-langit maka tiada hakim di sana pada hakikat dan pada zahirnya melainkan Allah taala jua._Intaha
Rujukan : al-Razi, Muhammad bin ^Umar bin Husain, al-Tafsir al-Kabir, Dar Kutub al-^lmiyyah, Cet.1, Tahun 1421 H / 2000 R, j. 8, hlm. 61.
4. Al-Razi dalam membantah golongan al-Musyabbihah yang mempergunakan ayat ini untuk menetapkan arah bagi Allah taala menyebutkan:
المراد الرفع إلى موضع لا يجرى فيه حكم غير الله تعالى كقوله ((وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الامُورُ)) وقال تعالى ((وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِراً إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وكانت الهجرة في ذلك الوقت إلى المدينة وقال إبراهيم ((إِنّى ذَاهِبٌ إِلَى رَبّى)) اهـ.
_“Adapun firman Allah taala “بل رفعه الله إليه” yang dimaksudkannya [di angkatnya Nabi Isa] ke tempat yang tidak berlangsung sebarang hukuman di tempat tersebut selain Allah taala sahaja sepertimana firman Allah taala : ((وإلى الله ترجع الأمور)) mafhumnya, “ Kepadanya sahaja kembali segala perkara”, firman Allah taala ((ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله)) mafhumnya, “Sesiapa yang berhijrah daripada rumahnya dalam keadaan berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya [hijrah mencari keredhaan-Nya]”, penghijrahan pada masa tersebut adalah ke Madinah, dan juga firman Allah taala : ((إني ذاهب إلى ربي سيهدين)) mafhumnya, “Sesungguhnya aku pergi ke yang diperintahkan oleh Tuhanku” [ Ibrahim dari Iraq ke Syam ketika itu bukan maknanya Ibrahim pergi di tempat Allah taala berada iaitu di Syam]”._intaha
Rujukan : al-Razi, Muhammad bin ^Umar bin Husain, al-Tafsir al-Kabir, Dar Kutub al-^lmiyyah, Cet.1, Tahun 1421 H / 2000 R, j. 11, hlm. 22.
5. Sandaran golongan al-Musyabbihah bagi menetapkan tempat bagi Allah taala kepada firman Allah taala : ((يصعد إليه الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه)) adalah batil kerana terlalu banyak dalil-dalil naqli dan ^aqli yang menyucikan Allah taala dari disifatkan dengan perkara tersebut.
Ibn Jahbal berkata :
الصعود كيف يكون حقيقة في الكلام؟ مع أن الصعود في الحقيقة من صفات الأجسام فليس المراد إلا القبول.اهـ
_“Adakah sifat naik itu secara hakiki dalam ayat tersebut?! Sedangkan naik secara hakiki itu adalah daripada sifat-sifat jisim. Justeru, bukan yang dimaksudkan dengan naik itu melainkan merujuk kepada penerimaan [penerimaan amalan semata-mata]_intaha
6. Al-Baihaqi meriwayatkan dalam kitabnya al-Asma’ wa as-Shifaat dari jalan ^Ali bin Abi Thalhah daripada Ibn ^Abbas berhubung firman Allah taala : ((إليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه)) :
الْكَلَامُ الطَّيِّبُ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى، وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ أَدَاءُ فَرَائِضِهِ، فَمَنْ ذَكَرَ اللَّهَ تَعَالَى وَلَمْ يُؤَدِّ فَرَائِضَهُ رُدَّ كَلَامُهُ عَلَى عَمَلِهِ فَكَانَ أَوْلَى بِهِ
وعن مجاهد قال الْعَمَلُ الصَّالِحُ هُوَ الَّذِي يَرْفَعُ الْكَلِمَ الطَّيِّبَ.
قُلْتُ -أي البيهقي-: صُعُودُ الْكَلِمِ الطَّيِّبِ وَالصَّدَقَةِ الطَّيِّبَةِ إِلَى السَّمَاءِ عِبَارَةٌ عَنْ حُسْنِ الْقَبُولِ لَهُمَا، وَعُرُوجِ الْمَلَائِكَةِ يَكُونُ إِلَى مَقَامِهِمْ فِي السَّمَاءِ.
وَإِنَّمَا وَقَعَتِ الْعِبَارَةُ عَنْ ذَلِكَ بِالصُّعُودِ وَالْعُرُوجِ "إِلَى اللَّهِ" تَعَالَى عَلَى مَعْنَى قَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ: {أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ} [الملك: 16] وَقَدْ ذَك تْنَا أَنَّ مَعْنَاهُ: مَنْ فَوْقِ السَّمَاءِ عَلَى الْعَرْشِ، كَمَا قَالَ: {فَسِيحُوا فِي الْأَرْضِ} [التوبة: 2] أَيْ: فَوْقَ الْأَرْضِ، فَقَدْ قَالَ: {يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ} [النحل: 50] وَقَالَ: {الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى} [طه: 5 فَهُوَ عَلَى مَا تَقَدَّمَ عَنْ السَّلَف فِي التَّفْوِيض ، وَعَنْ الْأَئِمَّة بَعْدهمْ فِي التَّأْوِيل.اهـ
_“Kalimah-kalimah yang baik [seperti لا إله إلا الله] adalah zikir kepada Allah taala. Amal soleh [seperti solat, sedekah dan lain-lain] adalah melaksanakan perkara-perkara fardhu. Sesiapa yang berzikir kepada Allah taala tetapi tidak menunaikan perkara-perkara fardhu maka ditolak perkataannya berdasarkan amalannya. Itu adalah lebih utama dengannya._
_Daripada Mujahid bahawa dia berkata : “Amal soleh itu ia yang mengangkat kalimah-kalimah yang baik”._Pada pendapatku (al-Baihaqi) : naiknya kalimah-kalimah yang baik, sedekah yang baik ke langit ia adalah ibarat mengenai eloknya penerimaan bagi kedua-duanya. Naik malaikat adalah ke tempat mereka di langit.
_“Sesungguhnya ibarat mengenai perkara tersebut dikaitkan dengan naik dan mikrajnya (naik) kepada Allah taala mengikut makna firman Allah taala : ((ءأمنتم من في السماء)) kita telah menyebutkan apa yang dimaksudkan dengan ((من فوق السماء على العرش)) sebagaimana firman Allah taala ((فسيحوا في الأرض)) iaitu atas bumi, firman Allah ((يخافون ربهم من فوقهم)), firman Allah ((الرحمن على العرش استوى)) maka ia mengikut para salaf dengan menyerah maknanya kepada Allah [tanpa diterjemahkan dengan makna zahirnya] manakala ulama setelah mereka pula menelusuri jalan pentakwilan”_intaha
Rujukan :Abu Bakar al-Baihaqi, _al-Asma’ Was Shifaat_,Percetakan Maktabah as-Sawadiy, Cet 1, Tahun 1413 H/ 1993 R Jeddah-al-Mamlakah al-^Arabiyyah as-Sa^udiyyah, j.2 hlm 333-334.
Berhubung tentang perbahasan ayat ((ءأمنتم من في السماء)) telah dijawab dalam post yang lalu.
7. al-Qastolani dalam _Irsyad fi Irsyadis Saari Syarah Sahih al-Bukhari_ menyebutkan :
(باب قول الله تعالى: {تعرج الملائكة والروح إليه }) أي إلى عرشه أو إلى المكان الذي هو محلهم وهو في السماء لأنها محل بره وكرامته (وقوله جل ذكره: {إليه يصعد الكلم الطيب} [فاطر: 10]) أي إلى محل القبول والرضا وكل ما اتصف بالقبول وصف بالرفعة والصعود .اهـ
_“Bab menyatakan firman Allah taala ((تعرج الملائكة والروح إليه)) iaitu [malaikat naik} kepada arasy-Nya, kepada tempat yang merupakan tempat mereka (malaikat) iaitu di langit kerana langit adalah tempat kebajikannya, dan kemuliaannya. Firman Allah taala ((إليه يصعد الكلم الطيب)) iaitu ke tempat penerimaan dan keredhaan, dan setiap yang bersifat dengan penerimaan amalan soleh maka disifatkan dengan ketinggian dan naik ke atas”._
Rujukan : al-Qastolani, Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr, Bin ^abdul Malik, Percetakan al-Mathba^ah al-Kubra al-Amiriyyah, Cet.7, Tahun 1323 H, Mesir, j. 10 hlm. 396.
8. Al-Imam al-Bukhari telah membuat satu bab dalam kitab sahihnya lalu berkata :
بَاب قَوْل اللَّه تَعَالَى تَعْرُج الْمَلَائِكَة وَالرُّوح إِلَيْهِ ، وَقَوْله تَعَالَى : إِلَيْهِ يَصْعَد الْكَلِم الطَّيِّب
_“Bab pada membicarakan tentang firman Allah taala : ((تعرج الملائكة والروح إليه)) dan firman Allah taala : (({إليه يصعد الكلم الطيب))”_
Al-Hafiz ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari ketika menghuraikan Sahih al-Bukhari menyebutkan :
وَقَالَ الْفَرَّاء مَعْنَاهُ أَنَّ الْعَمَل الصَّالِح يَرْفَع الْكَلَام الطَّيِّب أَيْ يُتَقَبَّل الْكَلَام الطَّيِّب إِذَا كَانَ مَعَهُ عَمَل صَالِح. وَقَالَ اِبْن بَطَّال : غَرَض الْبُخَارِيّ فِي هَذَا الْبَاب الرَّدّ عَلَى الْجَهْمِيَّةِ الْمُجَسِّمَة فِي تَعَلُّقهَا بِهَذِهِ الظَّوَاهِر ، وَقَدْ تَقَرَّرَ أَنَّ اللَّه لَيْسَ بِجِسْم فَلَا يَحْتَاج إِلَى مَكَان يَسْتَقِرّ فِيهِ فَقَدْ كَانَ وَلَا مَكَان ، وَإِنَّمَا أَضَافَ الْمَعَارِج إِلَيْهِ إِضَافَة تَشْرِيف ، وَمَعْنَى الِارْتِفَاع إِلَيْهِ اِعْتِلَاؤُهُ مَعَ تَنْزِيهه عَنْ الْمَكَان.اهـ
_“Berkata al-Farra’ maknanya bahawa amalan soleh mengangkat kalimah-kalimah yang baik iaitu diterima kalimah-kalimah yang baik jika ada bersamanya amalan soleh. Ibn Battol berkata :
_“Tujuan al-Bukhari dalam membuat bab ini adalah untuk membantah kaum Jahmiyyah Mujassimah yang berpegang teguh dengan zahir nas sahaja [golongan al-Mujasimah hari ini berpegang dengan zahir ayat ini adalah al-Wahhabiyyah]. Padahal telah ditetapkan bahawa Allah ta^ala bukan jisim, Dia tidak memerlukan tempat dan arah. Dia ada tanpa ada permulaan, tanpa arah dan tanpa tempat. Adapun penyandaran “al-Ma^arij” (yang secara zahir bermakna naik untuk Mikraj) adalah penyandaran dengan erti pemuliaan kepadanya (bukan bermakna Allah ta^ala berada di arah atas). Juga makna “al-irtifa^” (yang secara zahir bermakna meninggi) adalah dengan erti tinggi Allah ta^ala yang maha suci dari tempat (tinggi dari sudut martabat dan status)”_.
Kemudian ibn Hajar berkata lagi :
الحديث الخامس حديث أبي ذر في قوله تعالى {والشمس تجري لمستقر لها} قال ابن المنير جَمِيع الْأَحَادِيث فِي هَذِهِ التَّرْجَمَة مُطَابِقَة لَهَا إِلَّا حَدِيث اِبْن عَبَّاس فَلَيْسَ فِيهِ إِلَّا قَوْله " رَبّ الْعَرْش " وَمُطَابَقَته وَاَللَّه أَعْلَم مِنْ جِهَة أَنَّهُ نَبَّهَ عَلَى بُطْلَان قَوْل مَنْ أَثْبَتَ الْجِهَة أَخْذًا مِنْ قَوْله ( ذِي الْمَعَارِج ) فَفُهِمَ أَنَّ الْعُلُوّ الْفَوْقِيّ مُضَاف إِلَى اللَّه تَعَالَى ، فَبَيَّنَ الْمُصَنِّف أَنَّ الْجِهَة الَّتِي يَصْدُق عَلَيْهَا أَنَّهَا سَمَاء وَالْجِهَة الَّتِي يَصْدُق عَلَيْهَا أَنَّهَا عَرْش كُلّ مِنْهُمَا مَخْلُوق مَرْبُوب مُحْدَث ، وَقَدْ كَانَ اللَّه قَبْل ذَلِكَ وَغَيْره ، فَحَدَثَتْ هَذِهِ الْأَمْكِنَة ، وَقِدَمه يُحِيل وَصْفه بِالتَّحَيُّزِ فِيهَا وَاللَّهُ أَعْلَم اهـ. _
_“Hadith yang kelima adalah hadith Abi Zar berhubung firman Allah taala : ((والشمس تجري لمستقر لها})). Al-Syaikh Ibnul-Munayyir al-Maliki (w. 695 H) menyebutkan tentang pegangan al-Imam al-Bukhari _Imamul-Muhaddithin_ dalam kalangan salaf:_
_“Seluruh hadith dalam tema ini memiliki keselarasan (dengan tema itu sendiri), melainkan hadith Ibn ^Abbas yang di dalamnya tidak ada melainkan lafaz “Rabb al-^Arsy”. Keselarasan hadith ini - wallahu a^lam - adalah untuk mengingatkan tentang batil atau sesatnya orang yang menetapkan arah bagi Allah kerana bersandarkan kepada firman-Nya (dalam surah al-Ma^arij, ayat 3):_ ذِى المَعَارِجِ _Lalu dia memahami dengan salah bahawa Allah berada di arah atas. Maka dengan ini pengarang (al-Imam al-Bukhari) menjelaskan bahawa arah langit dan arah Arasy keduanya adalah makhluk Allah ta^ala, dan kedua-duanya adalah baharu. Allah taala telah ada sebelum perkara tersebut (langit dan Arasy) dan selainnya yang ada. Dengan diciptakan langit dan Arasy oleh Allah maka terciptalah pula tempat dan arah. Padahal Allah telah ada tanpa permulaan, dengan demikian (qidamnya Allah) maka mustahil Dia disifatkan padanya (mustahil Allah disifatkan dengan tempat dan arah) wallahu a^lam”_. Intaha
Perkara ini dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani dan beliau menyetujuinya.
Rujukan: Al-Hafiz Abul-Fadl Ahmad ibn ^Ali ibn Ahmad ibn Hajar al-^Asqalani, _Fathul-Bari_, j. 21, hlm. 4
Justeru, ibn Hajar al-Asqalani menegaskan keyakinannya :
فَمُعْتَقَد سَلَف الْأَئِمَّة وَعُلَمَاء السُّنَّة مِنْ الْخَلَف أَنَّ اللَّه مُنَزَّه عَنْ الْحَرَكَة وَالتَّحَوُّل وَالْحُلُول لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْء" اهـ.
_“Keyakinan salaf dan ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan khalaf bahawa Allah taala maha suci daripada bergerak, berpindah, dan menyerap pada tempat. Allah taala tidak sama dengan sesuatupun dari makhluknya dalam semua sudut”._intaha
Rujukan: Al-Hafiz Abul-Fadl Ahmad ibn ^Ali ibn Ahmad ibn Hajar al-^Asqalani, _Fathul-Bari_, j. 11, hlm. 113.
*Catatan Tambahan :*
Ibn Hajar menyebutkan dalam _Fathul-Bari_, j. 21, hlm. 4 :
قَالَ الرَّاغِب : الْعُرُوج ذَهَاب فِي صُعُود ، وَقَالَ أَبُو عَلِيّ الْقَالِي فِي كِتَابه الْبَارِع : الْمَعَارِج جَمْع مَعْرَج بِفَتْحَتَيْنِ كَالْمَصَاعِدِ جَمْع مَصْعَد وَالْعُرُوج الِارْتِقَاء ، يُقَال عَرَجَ بِفَتْحِ الرَّاء يَعْرُج بِضَمِّهَا عُرُوجًا وَمَعْرَجًا وَالْمِعْرَج الْمَصْعَد ، وَالطَّرِيق الَّتِي تَعْرُج فِيهَا الْمَلَائِكَة إِلَى السَّمَاء ، وَالْمِعْرَاج شَبِيه السُّلَّم
_“Al-Raghib menyebutkan al-^Uruj ertinya pergi dalam keadaan menaik. Abu ^Ali al-Qaali dalam kitabnya al-Baari^ menyebutkan : al-Maarij jamak bagi perkataan ma^raj sama dengan perkataan al-Masa^id jamak bagi perkataan Mash^ad. Al-^Uruj maknanya naik ke atas. Disebut ^araja dengan membaris ataskan huruf ar-ra’, mudhari^nya ya^ruju dengan dibaris depankannya, ^Urujan dan makrajan. Al-Mi^raj maknanya alat untuk naik, iaitu jalan yang malaikat guna untuk naik ke langit. Al-Mi^raaj adalah sesuatu seperti tangga”_intaha
9. Al-Mufassir Fakhruddin ar-Razi ( w. 606 H) dalam kitabnya Asas al-Taqdis menyebutkan :
وأما قوله تعالى ((تعرج الملائكة والروح إليه )) فنقول ليس المراد من حرف "إلى" في قوله ((اليه )) المكان، بل المراد انتهاء الأمور إلى مراده، ونظيره قوله تعالى(( وإليه يرجع الأمر كله)) والمراد انتهاء أهل الثواب إلى منازل العز والكرامة كقول إبراهيم (( إني ذاهب إلى ربي سيهدين )) ويكون هذا إشارة إلى أن دار الثواب أعلى الأمكنة وأرفعها بالنسبة إلى أكثر المخلوقات.اهـ
_*“Adapun firman Allah taala ((تعرج الملائكة والروح إليه)) maka kita katakan bahawa bukan yang dimaksudkan dengan huruf "إلى" pada firman Allah taala ((اليه)) itu tempat*. Tetapi yang dimaksudkannya ialah penghabisan atau sampai perkara kepada matlamatnya. Perkara yang sepertinya terdapat dalam firman Allah taala ((وإليه يرجع الأمر كله)) yang dimaksudkannya ialah penghabisan orang yang layak mendapat pahala sampai ke martabat kemuliaan seperti firman Allah taala ((إني ذاهب إلى ربي سيهدين)) maka ini adalah isyarat kepada negeri pahala yang merupakan setinggi-tinggi tempat dan paling mulia berbanding dengan kebanyakan makhluk”_intaha
Rujukan : Fakhruddin ar-Razi, _Asas at-Taqdis atau Ta’sis at-Taqdis_, Percetakan Dar Nur as-Sobah, Cet.1, Tahun 2011 R, Dimasq-Syiria, hlm 206.
10. Al-Qurthubi dalam tafsirnya, _al-Jamek Li Ahkam al-Quran_, menyebutkan :
((تعرج الملائكة والروح)) أي تصعد في المعارج التي جعلها الله لهم. ((إليه)) أي إلى المكان الذي هو محلهم وهو في السماء، لأنها محل بِرّه وكرامته. وقيل: هو كقول إبراهيم ((إني ذاهب إلى ربي سيهدين)) [الصافات: 99]. أي إلى الموضع الذي أمرني به.اهـ
_“Firman Allah taala ((تعرج الملائكة والروح)) bermaksud malaikat naik ke mikraj-mikraj (seperti tangga-tangga) yang dijadikan oleh Allah taala kepada mereka. ((إليه)) bermaksud ke tempat yang merupakan tempat mereka iaitulah langit kerana langit adalah tempat dilakukan amal soleh dan tempat yang dimuliakan oleh-Nya. Ada ulama mengatakan ayat tersebut maknanya seperti kata-kata Ibrahim : ((إني ذاهب إلى ربي سيهدين)) iaitu aku pergi ke suatu tempat yang diperintahkan Allah kepadaku. [Bukan nabi Ibrahim pergi berjumpa Allah di Syam dan Allah berada di Syam pada ketika itu]_intaha.
Rujukan : Al-Qurthubi, _al-Jamek Li Ahkam al-Quran_, Percetakan darul Kutub al-Misriyyah, Cet. 1, tahun 1384 H/ 1964 R, Kaherah-Mesir, j. 18, hlm 281.
Seperti ini juga disebutkan oleh al-^Mufassir Abu Hayyan dalam tafsirnya, _al-Bahrul al-Muhith_.
11. Berkata al-^Allamah Nizomuddin al-Naisaburi (w. 850 H) dalam tafsirnya, _Gharaibul Quran Wa Raghaib al-Furqan_ :
ولا استدلال لأهل التشبيه في لفظ الْمَعارِجِ، وقوله ((إِلَيْهِ)) إلى عرشه أو حكمه أو إلى حيث تهبط أوامره أو إلى مواضع العز والكرامة.اهـ
_“Tiada sebarang hujah dan dalil bagi golongan al-Musyabbihah pada lafaz al-Ma^arij. Firman Allah taala ((إليه)) maknanya ke arasynya atau hukumnya atau ke tempat diturunnya perintah-Nya (diturunkan wahyu Allah) atau ke tempat-tempat yang mulia dan agung”_intaha
Rujukan : al-Naisaburi, Nizomuddin al-Hasan bin Muhammad bin Husain al-Qamiy,_Gharaibul Quran Wa Raghaib al-Furqan_, Percetakan Darul Kutub al-^lmiyyah, Cet. 1, tahun 1416 H, Beirut-Lubnan.
12. Al-Imam Badruddin bin Jamaah (w. 733 H) dalam kitabnya _Eidhah ad-Dalil Fi Qathi Hujaj Ahlit Ta^ thil_ :
فَإِن قيل قصَّة الْمِعْرَاج تدل على الْجِهَة والحيز قُلْنَا قصَّة الْمِعْرَاج أُرِيد بهَا وَالله أعلم أَن يرِيه الله تَعَالَى أَنْوَاع مخلوقاته وعجائب مصنوعاته فِي الْعَالم الْعلوِي والسفلي تكميلا لصفاته وتحقيقا لمشاهداته لآياته وَلذَلِك قَالَ تَعَالَى ((لنريه من آيَاتنَا)) فَإِن قيل ((إِلَيْهِ يصعد الْكَلم الطّيب)) وَهَذَا ظَاهر فِي الْجِهَة وَكَذَلِكَ قَوْله تَعَالَى ((تعرج الْمَلَائِكَة وَالروح إِلَيْهِ)) وَقَوله ((ثمَّ يعرج إِلَيْهِ)) الْآيَة. قُلْنَا لَيْسَ المُرَاد بالغاية هُنَا غَايَة الْمَكَان بل غَايَة انْتِهَاء الْأُمُور إِلَيْهِ كَقَوْلِه تَعَالَى ((أَلا إِلَى الله تصير الْأُمُور)) وَإِلَيْهِ يرجع الْأَمر كُله وَقَول إِبْرَاهِيم الْخَلِيل عَلَيْهِ السَّلَام ((إِنِّي ذَاهِب إِلَى رَبِّي سيهدين))، ((وأنيبوا إِلَى ربكُم وَأَسْلمُوا لَهُ))، ((تُوبُوا إِلَيْهِ))، وَهُوَ كثير فَالْمُرَاد الِانْتِهَاء إِلَى مَا أعده لِعِبَادِهِ وَالْمَلَائِكَة من الثَّوَاب والكرامة والمنزلة.اهـ‏
_“Jika dikatakan bahawa kisah Mikraj menunjukkan Allah ada arah dan tembat bagi-Nya, kita katakan : Kisah Mikraj yang dimaksudkan dengannya [tujuannya adalah) –wallahu A^lam- *Allah taala memperlihatkan (kepada baginda) pelbagai jenis makhluk dan pelbagai keajaiban ciptaan-Nya di alam yang berada di atas dan alam yang berada di bawah sebagai menunjukkan kesempurnaan sifat-sifat-Nya dan dapat melihat secara hakiki tanda-tanda kekuasaan-Nya* disebabkan itu Allah taala berfirman ((لنريه من ءاياتنا)) mafhumnya, “Untuk memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah”._
_Jika ada yang mengatakan ((إليه يصعد الكلم الطيب)), ini zahirnya menunjukkan bahawa Allah taala berada pada arah, begitu juga firman Allah taala ((تعرج الملائكة والروح إليه)) serta firman Allah taala : ((ثم يعرج إليه)), kita menjawabnya :_
_“Bukan yang dimaksudkan dengan kemuncak di sini kemuncak tempat bahkan kemuncak penghabisan segalan perkara adalah kepadanya sahaja seperti firman Allah taala : ((ألا إلى الله تصير الأمور)) mafhumnya, “Ketahuilah kepada Allah taala sahaja kembali segala perkara”, firman Allah taala : ((وأنيبوا إلى ربكم وأسلموا لـه)) yang mafhumnya, “Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya”, dan firman Allah taala : ((وتوبوا إليه)) mafhumnya : _Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala_. Dan banyak lagi ayat berkenaan dengannya maka maksudnya adalah sampai kemuncak perkara apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-Nya dan kepada para malaikat-Nya dari sudut pahala, kemuliaan, dan martabat yang tinggi”_intaha
Rujukan : Al-Imam Badruddin bin Jamaah,_Eidhah ad-Dalil Fi Qathi Hujaj Ahlit Ta^ thil_, Percetakan Dar Salam Lit Thiba^ah wan Nasyr, Cet. 1, tahun 1410 H/ 1990 R, Mesir, hlm 105-106.
13. al-Hafiz al-^Abdari menyebut di dalam kitab as-Sirath al-Mustaqeem, hlm. 61 dan 62 menyebutkan :
قال تعالى: ﴿إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ﴾ سورة فاطر.
أيْ أنَّ الكَلِمَ الطَّيبَ كَلا إلهَ إلا الله يصْعَدُ إلى مَحَلّ كَرَامَتِه وهُوَ السَّمَاءُ، والعَمَلُ الصَّالِحُ يرفَعُه أي الكلمُ الطيبُ يرفَعُ العملَ الصالحَ وَهذا مُنْطَبِقٌ ومُنْسَجِمٌ مَعَ الآية المحكمةِ: ﴿ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شىءٌ ﴾. فَتَفْسيرُ الآياتِ الـمُتَشابِهَةِ يَجبُ أن يُرَدَّ إلى الآياتِ الـمـُحْكَمَةِ، هذا في الـمُتَشابِه الذي يجوزُ للعُلماءِ أن يعلمُوهُ. وأما المتشابه الذي أريد بقوله ((وما يعلم تأويله إلا الله)) على قرأءة الوقف على لفظ الجلالة فهو ما كان مثل وجبة القيامة وخروج الدجال على التحديد، فليس من قبيل ءاية الاستواء
_“Allah taala berfirman :_
إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ
_Sesungguhnya kalimah-kalimah yang baik seperti kalimah “لا إلهَ إلا الله” akan naik ke tempat Kemuliaan-Nya iaitu langit, dan amalan soleh mengangkatnya. Ertinya kalimah-kalimah yang baik mengangkat amalan soleh (diterima amal soleh tersebut). Ini bertepatan dan berselari dengan ayat muhkamah :_
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شىءٌ
_Mafhumnya, “Allah taala tidak sama dengan sesuatu pun dari makhluk-Nya dalam semua sudut”. Ini termasuk dalam mutasyabih yang diketahui maknanya oleh ulama yang mantap dalam ilmunya (ar-Rasikhun). Adapun ayat mutasyabih yang dimaksudkan dengan firman Allah taala ((وما يعلم تأويله إلا الله )) mafhumnya, “ Tiada yang mengetahuinya melainkan Allah” mengikut cara bacaan wakaf di atas lafaz jalalah Allah, maka ia adalah seperti waktu yang tepat berlakunya kiamat, keluarnya dajjal secara tepat maka ia tidak seperti ayat istiwa [ kerana ayat istiwa diketahui maknanya oleh ulama yang mantap ilmunya sebagaimana mengikut bacaan ^athof atau bacaan sambung adapun mengikut bacaan wakaf atas kalimah Jalalah Allah maka ia bermaksud bilakah waktu yang tepat berlakunya kiamat, keluarnya dajjal dengan waktu yang tepat dan seumpamanya maka perkara tersebut tidak sesekali diketahui walaupun dia seorang yang mantap ilmunya melainkan Allah taala jua].”_intaha
14. Syaikh Salim al-^Ulwan al-Husaini menyebutkan :
قال تعالى: ﴿إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ﴾ سورة فاطر.
أيْ أنَّ الكَلِمَ الطَّيبَ كَلا إلهَ إلا الله يصْعَدُ إلى مَحَلّ كَرَامَتِه وهُوَ السَّمَاءُ، والعَمَلُ الصَّالِحُ يرفَعُه أي الكلمُ الطيبُ يرفَعُ العملَ الصالحَ وَهذا مُنْطَبِقٌ ومُنْسَجِمٌ مَعَ الآية المحكمةِ: ﴿ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شىءٌ ﴾. هذا من المتشابهِ الذي يعلَمُ معناُه الرَّاسخونَ، فالكلمُ الطَّيبُ هو كلا إله إلا الله والعملُ الصّالحُ يشمَلُ كلَّ عملٍ صالحٍ يُتقرَّبُ به إلى الله كنحو الصلاةِ والصدقةِ وصلة الرحمِ، فالمعنى أن كلَّ ذلك يصعدُ إلى الله أي يتقبَّلُهُ، هذا ليسَ فيه أن الله له حيّزُ يتحيزُ فيه ويسكنُهُ. فالسماءُ محلُّ كرامةِ الله أي المكان الذي هو مشرَّفٌّ عند الله، لأنها مسكنُ الملائكةِ، هذا التَّفسيرُ موافق للآية المحكمة: ﴿لَيْسَ كَمِثْلِهِ شىءٌ﴾. فَتَفْسيرُ الآياتِ الـمُتَشابِهَةِ يَجبُ أن يُرَدَّ إلى الآياتِ الـمـُحْكَمَةِ، هذا في الـمُتَشابِه الذي يجوزُ للعُلماءِ أن يعلمُوهُ أي أن من أرادَ أن يُفسّرَ المتشابهَ يجبُ أَنْ يكونَ موافقًا للآياتِ المحكماتِ كتفسيرِ الاستواءِ بالقهرِ فإنه موافقٌ للمحكماتِ، كذلك تفسيرُ: ﴿إِلَيْهِ يَصْعَدُ الكَلِمُ الطَّيِّبُ﴾ بمحلِّ كرامتِهِ وهي السَّماءُ موافقٌ للمحكمات.
_“Allah taala berfirman :_
إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ
_Sesungguhnya kalimah-kalimah yang baik seperti kalimah “لا إلهَ إلا الله” akan naik ke tempat kemuliaan-Nya iaitu langit, dan amalan soleh mengangkatnya. Ertinya kalimah-kalimah yang baik mengangkat amalan soleh (diterima amal soleh tersebut). Ini bertepatan dan berselari dengan ayat muhkamah :_
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شىءٌ
_Mafhumnya, “Allah taala tidak sama dengan sesuatu daripada makhluk-Nya dalam semua sudut”. Ini termasuk dalam mutasyabih yang diketahui maknanya oleh ulama yang mantap dalam ilmunya (ar-Rasikhun). Justeru, kalimah-kalimah yang baik adalah seperti “لا إلهَ إلا الله”, dan amal soleh merangkumi semua amalan soleh yang menjadi taat kepada Allah taala seperti solat, sedekah, dan menghubungkan silaturrahim. Justeru, makna ayat tersebut semua perkara tersebut akan naik kepada Allah dengan erti diterima oleh Allah taala. *Tiada langsung di dalam perkara ini keyakinan Allah taala bertempat di langit dan Dia tinggal di dalamnya*._
_Langit adalah tempat kemulian yang dijadikan oleh Allah taala iaitu tempat yang mulia pada Allah taala, kerana ia adalah tempat tinggal bagi malaikat. Pentafsiran seperti ini adalah bersesuaian dengan ayat muhkamah :_
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شىءٌ
_Mafhumnya, “Allah taala tidak sama dengan sesuatu daripada makhluk-Nya dalam semua sudut”._
_Justeru, pentafsiran ayat-ayat mutasyabih wajib dikembalikan pentafsirannya kepada ayat-ayat muhkamah. Ini pada mutasyabih yang harus bagi ulama mengetahuinya dengan kata lain sesiapa yang ingin mentafsirkan ayat mutasyabih maka wajib memastikan ia berselari dengan ayat-ayat muhkamah seperti mentafsirkan istiwa dengan makna memerintah, sesungguhnya ia bertepatan dengan ayat-ayat muhkamah. Begitu juga halnya pentafsiran kepada ayat : إِلَيْهِ يَصْعَدُ الكَلِمُ الطَّيِّبُ dengan erti [kalimah-kalimah yang baik naik] ke tempat yang dimuliakan oleh Allah iaitulah langit maka pentafsiran ini berselari dengan ayat-ayat muhkamah.”_intaha
*Tujuan Diisrak Dan Dimikrajkan Rasulullah ﷺ*
Rasulullah ﷺ diisrakkan adalah bertujuan untuk memperlihatkan kepada baginda tanda-tanda kekuasaan Allah. Allah taala berfirman dalam Surah al-Isra’, ayat 1 :
لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا
_Mafhumnya, “ Agar Kami memperlihatkan kepadanya [Muhammad] sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami”._
Begitu juga tujuan baginda nabi Muhammad ﷺ dimikrajkan. Allah taala berfirman dalam Surah an-Najm, ayat 18 :
لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ
_" Sesungguhnya Dia (Muhammad) telah melihat tanda-tanda yang besar bagi kekuasaan Tuhannya"._
Ayat tersebut adalah dalil menunjukkan peristiwa al-Mikraaj bertujuan memperlihatkan kepada Rasulullah tanda-tanda kekuasaan Allah. Ia bukan kerana Rasulullah sampai ke tempat yang Allah berada di situ, kerana Pencipta tempat bukan ia pada tempat. ALLAH TIDAK BERADA DI LANGIT, Dia yang menciptakan langit dan dia tidak berhajat kepada mana-mana ciptaan-Nya.
*Undang-Undang Negeri Kelantan Mesti Dipatuhi dan Dikuatkuasakan*
Dalam Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 1994 menyebutkan pada seksyen 37 (rujukan yang mesti diikuti) sebagaimana berikut:
_“(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36, Majlis atau Jamaah hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie._
_(2) Jika Majlis dan Jamaah Ulama’ berpendapat bahawa qaul yang muktamad dari mazhab Syafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, majlis atau jamaah ulama’ bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli yang Maha Mulia al Sultan mengikut qaul dari mana-mana mazahab [mazahib] Islam yang muktabar, kecuali dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah, maka qaul Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut”_. Intaha.
Di dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan menyebutkan tafsiran kepada Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah” sebagaimana berikut:
_"4.(1) "Ahlu’s Sunnah wal Jamaah" maknanya ialah mazhab Abu al-Hasan al Ash'ari dan Abu Mansoor al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya [al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah]"._ Intaha.
Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Asatizah Pondok (KIAP)*

HUKUM KUFUR Kepada Orang Yang Mengatakan Allah JISIM Tetapi Tidak Sama Dengan JISIM

HUKUM KUFUR Kepada Orang Yang Mengatakan Allah JISIM Tetapi Tidak Sama Dengan JISIM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

قَالَ اللهُ تَعَالَى: "لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ" (سُوْرَةُ الشُّوْرَى / ءاية: 11)، وَقَالَ تَعَالَى: "وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أحَدٌ " (سُوْرَةُ
الإِخْلاصِ / ءاية:4

أَقْوَالُ  الأَئِمَّةِ فِيْ تَنْـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ وَالْجِهَةِ وَالْجِسْمِيَّةِ

Ertinya: "Pendapat Imam-imam pada mentanzihkan Allah daripada tempat dan jihat (pihak yang enam) dan jisim".

نُصُوْصُ عُلَمَاءِ الْمَذَاهِبِ الأَرْبَعَةِ وَنَقْلُ الإِجْمَاعِ عَلَى تَكْفِيْرِ مَنْ يَقُوْلُ اللهَ جِسْمٌ كَالأَجَسْامِ وَعَلَى كُفْرِ مَنْ يَقُوْلُ اللهَ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ

Ertinya: "Nas-nas para ulama’ empat mazhab dan pendapat ijma` atas pengkafiran (hukum kafir) sesiapa yang mengatakan Allah adalah jisim dan kufurnya mereka yang mengatakan Allah adalah jisim yang tidak serupa seperti jisim".

الإِمَامُ الشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ بْنِ حَنْبَلٍ وَمَالِكٌ وَأَبُو حَنِيْفَةَ وَالأَوْزَاعِيُّ وَاللَّيْثُ بْنِ سَعْدٍ وَاِسْحَقٌ بْنِ رَاهَوَيْهِ وَأَبُو مَنْصُوْرُ الْبَغْدَادِيُّ وَالْبَيْهَقِيُّ وَأَبُوْ بَكْرٍ بْنِ فُوْرَك وَأَبُو الْحَسَنِ الأَشْعَرِيُّ وَأَبُوْ الْحَسَنِ الْبَاهِلِيْ وَكُلُّ عُلَمَاءِ الأُمَّةِ الإِسْلامِيَّةِ كَفَّرُوْا مَنْ يَقُوْلُ عَنِ اللهِ جِسْمٍ وَلَوْ قَالَ لا كَالأَجْسَامِ:  

Ertinya: "Al-Imam al-Syafi`e dan Ahmad bin Hanbal dan Malik dan Abu Hanifah, al-Auza`ie, al-Laith bin Sa`ad, Ishaq bin Rahawaih, Abu Mansur al-Baghdadi, al-Baihaqi, Abu Bakar bin Furak, Abu al-Hassan al-Asy`ari, Abu al-Hasan al-Bahili dan kesemua ulama’ bagi umat Islam keseluruhannya telah mengkufurkan barangsiapa yang menyatakan tentang kejisiman Allah walaupun orang tersebut menyatakan Allah adalah jisim tetapi tidak serupa dengan jisim".

Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wa al-Khalifah al-Rashid Sayyiduna `Ali Ibn Abi Talib radhiyallahu`anhu (w. 40H) berkata[1]:

"سَيَرْ جِعُ قَوْمٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ عِنْدَا قْتِرَابِ السَّاعَةِ كُفَّارً.قَالَ رَجُلٌ يَاأَمِيْرَالْمُؤْمِنِيْنَ كُفْرُهُمْ بِمَاذَا أَبِالإِحْدَاثِ أَمْ بِالإِنْكَارِ .فَقَالَ بَلْ بِالإِنْكَارِ يُنْكِرُوْنَ خَالِقَهُمْ فَيَصِفُوْنَهُ بِالْجِسْمِ وَالأَعْضَاءِ".

Ertinya: "Ketika mendekati kiamat sekelompok orang dari umat ini akan kembali menjadi orang-orang kafir, salah seorang bertanya: "Wahai Amirul Mu`minin, kekufuran mereka dengan membuat-buat perkara baru atau dengan pengingkaran?" Sayyidina Ali menjawab: "Kekufuran mereka mengingkari pencipta, mereka menyifati-Nya (Allah Ta`ala) bahawa Ia adalah jisim dan memiliki anggota-anggota badan".

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radhiyallahu`anhu (w. 203H) berkata[2]:

"مَنْ قَالَ أَوْ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ فَهُوَ كَافِرٌ".

Ertinya: "Barangsiapa berkata atau berkeyakinan bahawa Allah duduk di atas `Arasy maka ia telah kafir".

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Shafi`e radhiyallahu `anhu (w. 203H) berkata[3]:

"مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ  جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ كُفْرٌ لا صَلاة وَرَاءَهُ".

Ertinya: "Barangsiapa yang berakidah (berpegang/berkeyakinan) bahawa Allah bersemayam (duduk) di atas `Arasy, maka dia menjadi kafir dan tidak boleh solat (makmum) di belakangnya".

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah (w. 150H) radhiyallahu`anhu berkata bahawa[4]:

"مَنْ قَالَ بِحُدُوْثِ صِفَةٍ مِنْ صِفَاتِ اللهِ أَوْ شَكَّ أَوْ تَوَقَّفَ كَفَرَ".

Ertinya: “Barangsiapa berkata bahawa salah satu di antara sifat-sifat Allah adalah baharu atau ragu atau bersikap tawaqquf (tidak mengatakan baharu dan juga tidak mengatakan tidak baharu) maka ia telah kafir”.

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah (w. 150H) radhiyallahu`anhu telah mengkafirkan sesiapa yang menyandarkan tempat bagi Allah Ta`ala iaitu seperti kata-nya dalam kitab-nya al-Fiqh al-Absat[5]:

"مَنْ قَالَ لا أَعْرِفُ رَبِّيْ فِي السَّمَاءِ أَوْ فِي الأَرْضِ فَقَدْ كَفَرَ وَكَذَا مَنْ قَالَ إِنَّهُ عَلَى الْعَرْشِ وَلا أَدْرِيْ الْعَرْشُ أَفِي السَّمَاءِ أَوْ فِي الأَرْضِ".

Ertinya: “Barangsiapa berkata: “Aku tidak tahu Tuhan-ku di langit atau di bumi”, maka dia telah kafir. Demikian juga, barangsiapa berkata: “Sesungguhnya Dia di atas `Arasy, dan aku tidak tahu adakah `Arasy itu di langit atau di bumi”.  

Telah berkata al-Imam Badr'al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi (w. 794H) di dalam Tasynif al-Masami` bi Jam`ie al-Jawami` Li al-Tajjudin al-Subki pada perbahasan ketujuh pada membicarakan bab IJTIHAD, bahawa al-Imam al-Mujtahid Ahmad ibn Hanbal radhiyallahu`anhu  (w. 231H) berkata[6]: 

"وَنَقَلَ صَاحِبُ ((الْخِصَالِ)) مِنَ الْحَنَابِلَةِ عَنْ أَحْمَدَ أَنَّهُ قَالَ: مَنْ قَالَ-أَيْ الله- جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ كَفَرَ، وَنَقَلَ عَنِ الأَشْعَرِيَّةِ أَنَّهُ يُفَسَّقُ، وَهَذَا النَّقْلُ عَنِ الأَشْعَرِيَّةِ لَيْسَ بِصَحِيْحٍ".

Ertinya: "Dan telah dinaqalkan oleh pengarang kitab ((al-Khisal)) daripada para ulama' Hanabilah, daripada (al-Imam) Ahmad bahawa sesungguhnya beliau telah berkata: "Barangsiapa yang mengatakan Allah jisim tetapi tidak sama dengan semua jisim (jisim-jisim yang lain), KUFUR", dan telah dinaqalkan daripada para ulama' al-Asy`ariyyah bahawasanya (orang yang berkata Allah jisim tetapi tidak serupa jisim) dihukum FASIQ (sesat lagi mubtadi`), dan (pendapat) yang menukilkan pendapat tersebut dari para ulama' al-Asy`ariyyah (maka pendapat tersebut adalah) TIDAK SAHIH/TIDAK BENAR".

Al-Shaykh al-`Allamah Kamal al-Din ibn Human al-Bayadi Ibn al-Muhal al-Hanafi (w. 1098H) berkata[7]:

"مَنْ قَالَ اللهُ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ كَفَرَ".

Ertinya: "Barangsiapa berkata bahawa Allah adalah jisim (duduk, bersemayam, bergerak, berubah dan lain-lain) yang tidak seperti semua jisim (yang tidak sama dengan manusia dan makhluk-Nya) maka ia telah kafir".          

Berkata al-Imam ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radhiyallahu`anhu (w. 324H)[8]:

"مَنْ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جِسْمٌ فَهُوَ غَيْرُ عَارِفٍ بِرَبِّهِ وَإِنَّهُ كَافِرٌبِهِ". 

Ertinya: "Barangsiapa berkeyakinan bahawa Allah adalah jisim maka ia tidak mengenal Tuhan-nya dan sesungguhnya ia telah kafir".

Berkata al-Syeikh Nizham al-Hindi radhiyallahu`anhu[9]:

"يَكْفُرُ يِإِثْبَاتِ الْمَكَانِ لِلَّهِ تَعَالَى. وَلَوْ قَالَ: اللهُ تَعَالَى فِي السَّمَاءِ فَإِنْ قَصَدَ لَهُ حِكَايَةَ مَا جَاءَ فِيْهِ ظَاهِرُ الأَخْبَارِ لا يَكْفُرُ وَإِنْ أَرَادَبِهِ الْمَكَانَ يَكْفُرُ". 

Ertinya: "Telah kafir orang yang menetapkan tempat bagi Allah Ta`ala. Sekiranya seseorang berkata: “Allah fi al-sama`”, jika dia maksudkan untuk menceritakan apa yang zahir dari nas-nas (tanpa makna tempat), maka tidak kafir. Adapun jika dia maksudkan dengan menetapkan tempat, maka dia telah kafir".

Al-Imam Muhammad Ibn Badr al-Din Ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali radhiyallahu`anhu berkata[10]:

"فَمَنْ اعْتَقَدَ أَوْ قَالَ إِنَّ اللهَ بِذَاتِهِ فِي كُلِّ مَكّانٍ أَوْ فِي مَكَانٍ فَكَافِرٌ".

Ertinya: "Barangsiapa berkeyakinan atau berkata bahawasanya Allah dengan Dzat-Nya berada di setiap tempat atau di suatu tempat maka ia kafir".

Telah menaqalkan oleh al-Imam al-Nawawi daripada al-Imam Mutawalli al-Syafi`e radhiyallahu`anhu (w. 203H) berkata[11]:

"أَنَّ مَنْ وَصَفَ اللهَ بِالاتِّصَالِ وَالانْفِصَالِ كَانَ كَافِرًا".

Ertinya: "Sesungguhnya orang yang menyifatkan Allah dengan ittishal (menempel) dan infisal (berpisah) ia telah jatuh kafir".

Al-Syeikh Mahmud Muhammad Khaththab al-Subki radhiyallahu`anhu  berkata di dalam kitabnya "Ittihaf al-Kainat":

"وَقَدْ قَالَ جَمْعٌ مِنَ الْسَّلَفِ وَالْخَلَفِ : إِنَّ مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ فِي جِهَةٍ فَهُوَ كَافِرٌ".

Ertinya: "Ramai dikalangan ulama` salaf dan khalaf telah menegaskan bahawa orang yang menyakini Allah berada di suatu arah maka ia kufur".

Al-Mufassir Fakhr al-Din al-Razi (w. 606H) berkata dalam kitab tafsir-nya yang berjudul "al-Tafsir al-Kabir":

"إِنَّ اعْتِقَادَ أَنَّ الله َجَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ أَوْ كَائِنٌ فِي السَّمَاءِ فِيْهِ تَشْبِيْهُ اللهُ بِخَلْقِهِ وَهُوَ كُفْرٌ".

Ertinya: "Sesungguhnya keyakinan bahawa Allah duduk di atas `Arasy atau berada di langit adalah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya dan keyakinan ini (tasybih) adalah kekufuran".

Al-Mufassir Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki (W. 671 H) dalam kitabnya al-Jami` li Ahkam al-Qur'an:

"الصَّحِيْحُ تَكْفِيْرُ الْمُجَسِّمِ لأَنَّهُ لافَرْقَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ عَابِدِ الصَّنَم".

Ertinya: "Yang sahih-nya mengkafirkan Mujassimah kerana bahawasanya tidak ada beza di antaranya (al-mujassim) dan di antara penyembah berhala".

Al-Syaikhul al-Azhar Syaikh Salim al-Bisyri al-Maliki radhiyallahu`anhu berkata[12]:

"مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جِسْمٌ أَوْ أَنَّهُ مُمَاسٌّ لِلسَّطْحِ الأَعْلَى مِنَ الْعَرْشِ وَبِهِ قَالَتْ الْكَرَّامِيَّةُ وَالْيَهُوْدُ وَهؤُلاءِ لانِزَاعَ فِيْ كُفْرِهِمْ".

Ertinya: "Barangsiapa berkeyakinan bahawa Allah adalah jisim atau Ia menyentuh bahagian atas `Arasy dan ini adalah keyakinan al-Karramiyyah (Mujassimah) dan orang-orang Yahudi mereka ini tidak diragukan lagi pada kekufuran mereka." 

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radhiyallahu`anhu (w. 203H) berkata [13]:

"الْمُجَسِّمُ كَافِرٌ".

Ertinya: "Al-Mujassim (orang yang menyamakan Allah dengan jisim) kafir".

Al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din `Abd al-Rahman Ibn Abi Bakr al-Suyuti (w. 911H) berkata di dalam kitab-nya "al-Ashbah wa al-Naza’ir"[14]:

"قَالَ الشَّافِعِيُّ: لا يُكَفَّرُ أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ. وَاسْتَثْنَىْ مِنْ ذَلِكَ: الْمُجَسِّمُ وَمُنْكِرُ عِلْمِ الْجُزْئِيَّاتِ".

Ertinya: "Al-Syafi`e berkata: "Tidak ada seorang pun ahli kiblat yang kafir. Terkecuali dari hal itu ialah Mujassim (orang berakidah tajsim) dan orang yang mengingkari ilmu (Allah berkenaan) juz’iyyat".

Maksud daripada kata-kata al-Imam al-Syafi`e tersebut adalah tidak boleh dikafirkan orang Islam kecuali mereka yang Mujassim (orang yang berkeyakinan bahawa Allah mempunyai jisim) dan orang yang mengingkari ilmu Allah secara juz’iyyat iaitu orang yang berkeyakinan bahawa Allah Ta`ala hanya mengetahui sesetengah perkara sahaja tidak secara keseluruhan. Sebagai contoh, Allah Ta`ala hanya mengetahui perkara yang sudah berlaku sahaja, adapun perkara yang belum berlaku tidak diketahui. Maka keyakinan seperti ini adalah kufur.

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah (w. 150H) radhiyallahu`anhu berkata bahawa:

قَالَ أَبُو حَنِيْفَةَ: "وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِي الْبَشَرِ فَقَدْ كَفَرَ" (وَهَذَا إِجْمَاعٌ كَمَا بَيَّنَ ذَلِكَ الطَّحَاوِيُّ فِيْ عَقِيْدَتِهِ).

Ertinya: "Dan barangsiapa mensifatkan Allah dengan salah satu daripada sifat manusia, maka ia telah kafir". (ini merupakan pendapat ijma’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh at-Tahawi di dalam kitab akidah-nya). Al-Imam al-Faqih Abu Ja`far al-Tahawi radhiyallahu`anhu (w. 321H) di dalam risalah-nya "al-`Aqidah al-Tahawiyyah" berkata:

"وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِي الْبَشَر فَقَدْ كَفَرَ".

Ertinya: "Dan barangsiapa mensifatkan Allah dengan salah satu daripada sifat manusia, maka ia telah kafir". 

Di antara sifat-sifat manusia ialah bersemayam atau duduk, bertempat, mempunyai roh, berbentuk, boleh dibayang, bergerak, berubah-ubah, berjisim, berhajat kepada sesuatu untuk hidup, lemah, mempunyai perasaan,  dan banyak lagi.

Al-Shaykh Shihab al-Din Ahmad Ibn Muhammad al-Misri al-Syafi`e al-Asy`ari yang dikenali dengan nama Ibn Hajar al-Haythami (w. 974H) berkata[15]:

"وَاعْلَمْ أَنَّ الْقَرَافِيَّ وَغَيْرَهُ حَكَوْا عَنِ الشَّافِعِيِّ وَمَالِكٍ وَ أَحْمَدَ وَأَبِي حَنِيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ الْقَوْلَ بِكُفْرِ الْقَائِلِيْنَ بِالْجِهَةِ وَالتَّجْسِيْمِ وَهُمْ حَقِيْقُوْنَ بِذَلِكَ".

Ertinya: “Dan ketahuilah bahawa al-Qarafi dan selain beliau telah menceritakan daripada al-Syafi`e, Malik, Ahmad dan Abu Hanifah radhiyallahu`anhum tentang pendapat kufur-nya golongan yang berpendapat dengan arah dan tajsim (bagi Allah Ta`ala), dan mereka (para imam mazhab tersebut) pasti tentang perkara tersebut”.

Al-Shaykh al-Mulla `Ali al-Qari al-Hanafi (w. 1014H) berkata lagi[16]:

"بَلْ قَالَ جَمْعٌ مِنْهُمْ - أَيْ مِنَ السَّلَفِ - وَمِنَ الْخَلَفِ إِنَّ مُعْتَقِدَ الْجِهَةِ كَافِرٌ كَمَا صَرَّحَ بِهِ الْعِرَاقِيُّ وَقَالَ: إِنَّهُ قَوْلٌ لأَبِي حَنِيْفَةَ وَمَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ وَ الأَشْعَرِيِّ وَالْبَاقِلانِيِّ". 

Ertinya: “Bahkan sekumpulan daripada kalangan ulama salaf dan ulama khalaf telah berkata bahawa orang yang beri`tiqad dengan adanya arah bagi Allah adalah kafir seperti yang diterangkan oleh al-`Iraqi dengan jelas iaitu dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah pendapat bagi Abu Hanifah, Malik, al-Syafi`e, al-Asy`ari dan al-Baqillani”.

Al-Imam Muhammad ibn Badr al-Din ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali radhiyallahu`anhu berkata[17]:

"فَمَنْ اعْتَقَدَ أَوْ قَالَ إِنَّ اللهَ بِذَاتِهِ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ أَوْ فِيْ مَكَانٍ فَكَافِرٌ". 

Ertinya: "Barangsiapa berkeyakinan atau berkata bahawasanya Allah dengan Dzat-Nya berada di setiap tempat atau di suatu tempat maka ia telah kafir" .   

Al-Imam Muhammad Ibn Badr al-Din Ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali radhiyallahu`anhu berkata[18]:

"وَلايُشْبِهُ شَيْئًا وَلايُشْبِهُهُ شَيْءٌ, فَمَنْ شَبَّهَهُ بِشَيْءٍ مِنْ خَلْقِهِ فَقَدْ كَفَرَ كَمَنْ اعْتَقَدَهُ جِسْمًا أَوْ قَالَ إِنَّهُ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ فلا تُبْلِغُهُ سُبْحَانَهُ الأَوْهَامُ وَلا تُدْرِكُهُ الأَفْهَامُ وَلا تَضْرِبُ لَهُ الأَمْثَالُ".

Ertinya: "Allah tidak menyerupai sesuatupun dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya, maka barangsiapa menyerupakan Allah dengan sesuatu diantara makhluk-Nya, maka ia telah kafir seperti orang yang menyakini Allah sebagai jisim atau mengatakan bahawa Allah jisim yang tidak seperti jisim, Allah subhanahu wata`ala tidak dapat dicapai oleh pemikiran, tidak boleh dikecapi oleh kefahaman dan tidak boleh disamakan dengan-Nya oleh sesuatu misal".

قَالَ الْحَافِظُ السُّيُوْطِيُّ عَبْدُ الرَّحْمَنِ جَلالُ الدِّيْنَ بْنِ أَبِي بَكْرٍ: "الْمُجَسِمُ كَافِرٌ قَطْعًا" يَعْنِي بِلا خِلافٍ وَلا تَرَدُّدٍ وَلا تَوَقُّفٍ وَلا شَكٍّ جَزْمًا.

Ertinya: "Telah berkata al-Hafiz al-Suyuti `Abd al-Rahman Jalal al-Din ibn Abi Bakr: “al-Mujassim (orang yang menyamakan Allah dengan jisim) kafir dengan qat`ie” yakni tanpa khilaf dan tanpa taraddud dan tanpa tawaqquf dan tanpa syak, jazam (iaitu yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa orang menjisimkan Allah kufur)".

قَالَ أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنِ خَلَف بْنِ بَطَّال (فِيْ شَرْحِهِ عَلَى الْبُخَارِيْ الْجُزْءُ الْعَاشِرُ ص: 432) خِلافًا لِمَّا تَقُوْلُهُ الْمُجَسِّمَةُ مِنْ أَنَّهُ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ: "وَاسْتَدَلُّوْا عَلَى ذَلِكَ بِهَذِهِ الآيَاتِ كَمَا اسْتَدَلُّوْا بِالآيَاتِ الْمُتَضَمِّنَة لِمَعْنَى الْوَجِه وَالْيَدَيْن وَوَصْفِهِ لِنَفْسِهِ بِالإِتْيَان وَالْمَجِيْءِ وَالْهَرْوَلَةِ فِي حَدِيْثِ الرَّسُوْلِ وَذَلِكَ كُلُّهُ بَاطِلٌ وَكُفْرٌ مَنْ مُتَأَوِّلِهُ" وَفِيْهِ تَكْفِيْرِ لِمَنْ يَقُوْلُ اللهُ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ

Ertinya: "Telah berkata Abu al-Hasan ibn Khalaf ibn Battal (di dalam kitab syarahnya ke atas (kitab sahih) al-Bukhari (dalam) juzu’ ke sepuluh, halaman 432) …menyalahi perkataan yang diucapkan oleh golongan Mujassimah bahawasanya Allah adalah suatu jisim yang tidak serupa dengan jisim-jisim. Mereka telah mengambil dalil (untuk menyokong pendapat mereka tersebut) berdasarkan kepada ayat tersebut seperti mana mereka telah mengambil dalil daripada ayat-ayat yang mengandungi makna al-Wajh, al-Yadayh dan sifat-sifat yang disifatkan sendiri oleh Allah bagi diri-Nya dengan (seperti) mendatangi, berlari (seperti mana yang terdapat di dalam hadis Rasulullah ﷺ) dan yang demikian itu kesemuanya adalah batil dan kufur barangsiapa mentakwilkan (takwilan yang batil) dan padanya juga (ucapan di atas) pentakfiran bagi mereka yang mengatakan Allah adalah jisim yang tidak serupa dengan jisim-jisim".

وَمِثْلُ ذَلِكَ تَمَامًا قَالَ سِرَاجُ الدِّيْن اِبْنُ الْمُلَقِّنِ الشَّافِعِيُّ الْمُتَوَفَّىْ مِنَ 804هـ (فِيْ كِتَابِهِ التَّوْضِيْح الْمُجَلَّدُ 33 ص: 256): "فَإِنَّهُ يُكَفَّرُ مَنْ يَقُوْلُ عَنِ اللهِ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ"اهـ

Ertinya: "Dan pendapat yang sama seperti (pendapat di atas), telah berkata Siraj al-Din ibn al-Mulaqqin al-Syafi`e wafat pada tahun 804 hijrah (di dalam kitab-nya Al-Tawadih jilid 33, halaman 256: “Bahawasnya di hukum kufur bagi sesiapa yang mengatakan Allah adalah jisim yang tidak serupa dengan jisim-jisim". 

قَالَ الْقَاضِيُّ عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ نَصْرٍ الْبَغْدَادِيُّ الْمَالِكِيُّ الْمُتَوَفَّى سَنَةً 422هـ (فِيْ شَرْحِهِ عَلَى عَقِيْدَةِ مَالِكَ الصَّغِيْرِ ص: 28): "وَلا يَجُوْزُ أَنْ يُثْبِتَ لَهُ كَيْفِيَّةَ لأَنَّ الشَّرْعَ لَمْ يُرِدْ بِذَلِكَ، وَلا أَخْبَرَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ السَّلامُ فِيْهِ بِشَىْءٍ، وَلا سَأَلَتْهُ الصَّحَابَةُ عَنْهُ، وَلأَنَّ ذَلِكَ يَرْجِعُ إِلَى التَّنَقُّلِ وَالتَّحَوُّلِ وَإِشْغَالِ الْحَيِّزِ وَالاِفْتِقَارِ إِلَى الأَمَاكِنِ وَذَلِكَ يُؤَوِّلُ إِلَى التَّجْسِيْمِ وَإِلَى قِدَمِ الأَجْسَامِ وَهَذَا كُفْرٌ عِنْدَ كَافَةِ أَهْلِ الإِسْلامِ "اهـ

Ertinya: "Telah berkata al-Qadhi `Abd al-Wahhab ibn `Ali ibn Nasr al-Baghdadi al-Maliki wafat pada tahun 422 hijrah (di dalam (kitab) syarahnya ke atas akidah (Imam) Malik al-Saghi, halaman 28: “Dan tidak harus bahawa ditetapkan kaifiyyah bagi Allah kerana syara` tidak menyatakan yang demikian (ithbat kaifiyyah pada Dzat Allah) dan Rasulullah ﷺ tidak pernah langsung mengkhabarkan tentang hal tersebut kerana yang demikian itu membawa kepada penyandaran perpindahan, perubahan, mengambil tempat dan keberhajatan kepada tempat (pada Dzat Allah) kesemua tersebut membawa kepada penjisiman Allah dan keqidaman/kekalan jisim dan perkara tersebut adalah kufur di sisi umat Islam keseluruhannya". 

وَنَقَلَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ الْجَزِيْرِيْ (فِيْ كِتَابِهِ الْفِقْهِ عَلَى الْمَذَاهِبِ الأَرْبَعَةِ فِيْ الْمُجَلَّدِ الْخَامِسِ ص: 396) تَكْفِيْرُ الْمُجَسِّمِ، يَعْنِي أَنَّ الْمُجَسِّمَ كَافِرٌ فِي الْمَذَاهِبِ الأَرْبَعَةِ يَعْنِي الإِجْمَاعِ

Ertinya: "Dan dinaqalkan oleh `Abd al-Rahman al-Jaziri (di dalam kitab-nya “Al-Fiqh `ala al-Madhahib al-`Arba`ah" di dalam jilid lima, halaman 396: “Pengkufuran terhadap golongan Mujassim, iaitulah bahawasanya golongan Mujassim di hukum kufur di dalam mazhab yang empat iaitu (pendapat) ijma`". 

NOTA
[1] Diriwayatkan oleh Ibn al-Mu`allim al-Qurasyi (660-725H) di dalam kitab-nya "Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mu`tadi". h. 588.

[2] Diriwayatkan oleh Ibnu Mu`allim al Qurasyi dalam kitab-nya "Najm al-Muhtadi wa Rajm al Mu`tadi". h. 551.

[3] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Qadhi Najm al-Din dalam kitab-nya "Kifayah al-Nabih" dan al-Imam Ibn Mu`allim al-Qurasyi (w. 725H) di dalam kitabnya Ibn Mu`allim al-Qurasyi dalam kitab-nya "Najm al-Muhtadi Wa Rajm al-Mu`tadi".

[4] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Wasiyyah.

[5] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Fiqh al-Absat - dikumpulkan dalam Majmu` Rasa’il Abi Hanifah dengan tahqiq al-Kawthari - , h. 12.

[6] Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi, (t.t.), Tasynif al-Masami` Bi Jam`ie al- Jawami` Li al-Tajjudin al-Subki, Beirut: Dar al-Kutub al-I`lmiyyah, jilid. 2, hal. 249.. Dan juga diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Hamdan di dalam kitab "Nihayah Al-Mubtadi’in", hal. 30.

[7] Al-Shaykh al-`Allamah Kamal al-Din al-Bayadi Ibn al-Muhal al-Hanafi (t.t.), Syarh Fath al-Qadir pada bab al-Imamah, (t.t.p), j. 1. hal. 403.

[8] Diriwayatkan di dalam kitab al-Nawadir.

[9] Syeikh Nizham al-Hindi(t.t), Al-Fatawa Al-Hindiyyah, (t.tp): Cetakan Dar al-Shadir, jilid. 2, hal. 259.

[10] Al-Imam Muhammad Ibn Badruddin Ibn Balban ad-Dimasyqi al-Hanbali(t.t), Mukhtashar al Ifadaat, (t.tp): (t.p), hal. 489

[11] Diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Imam al-Nawawi di dalam kitab-nya “Raudhah al-Thalibin”, jilid. 10, hal. 15.

[12] Diriwayatkan oleh al-Syeikh Salamah al-Qodho`i al-`Azami` al-Syafi`e di dalam kitab-nya "Furqan Al-Quran, hal. 100.

[13] Al-Suyuti(t.t), al-Ashbah wan-Naza’ir fi Qawa`id wa-Furu` Fiqh al-Syafi`e, (t.tp): al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, hal. 488.

[14] Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakar (1998), al-Ashbah wa al-Naza’ir fi Qawa`id wa-Furu` Fiqh al-Syafi`e, c-4, Beirut: al-Kutub al-Arabiy, hal. 744. - lihat dalam Kitab al-Riddah -

[15] Ibn Hajar al-Haythami(t.t), al-Minhaj al-Qawim `ala al-Muqaddimah  al-Hadramiyyah, Damsyik: Mua’assasah `Ulum al-Qur’an, hal. 224.

[16] Mulla `Ali al-Qari(t.t), Mirqat al-Mafatih Sharh Mishkat al-Masabih, Beirut: Dar al-Fikr, jilid. 3, hal. 300.

[17]  Al-Imam Muhammad ibn Badr al-din Ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali(t.t), Mukhtashar al Ifadaat, (t.tp): (t.p), h. 489.
[18] Ibid, h. 490.

suntingan.AA
Kredit kepada Lebai Awie As-syam