Isnin, 22 November 2010

Masjid Kampung Hulu, Melaka

Assalamu'alaikum,


Setelah selesai urusan di Masjid Pengkalan Rama, hamba meneruskan perjalanan ke Masjid Kampung Hulu, Melaka. Perjalanan tanpa masalah trafik mengambil masa dalam 7-12 minit sahaja. Masjid Kampung Hulu boleh dikatakan masjid paling terkenal dalam kalangan mereka yang terlibat dengan perubatan tradisional, perubatan Islam di Tanah Melayu.  Air kolahnya sering diambil orang untuk tujuan perubatan, begitu juga dengan air periginya.  Akan hamba sendirinya pernah mengambil air kolahnya untuk tujuan perubatan.


Masjid ini dikatakan antara masjid paling lama di Malaysia yang berdiri di atas tapaknya yang asal dan senibina dalamannya masih dikekalkan. Sebenarnya masjid ini bukan masjid paling tua di Malaysia, ada lagi masjid lain, kena carilah kalau nak tahu.  Masjid ini dibuka 24 jam, sentiasa menerima pengunjung untuk beribadat dan lain-lain tujuan. Kawasan parkir masjid boleh memuatkan 15-20 buah kenderaan. Antara yang menarik yang menjadi perhatian kepada pengunjung amnya dan ahli tasawuf/kerohanian adalah kedapatan Makam Sheikh Abdullah al-Hadad di sekitaran masjid ini.  Berbeza dengan Makam Tuan Tulis dan Masjid Lama Jemapoh, tiada tanda peringatan untuk mereka yang 'bertujuan serong' di kawasan masjid ini.

Pengalaman hamba sekeluarga yang boleh dikongsi tentang masjid ini adalah terdapat seorang Wali Allah wanita yang kami sering berjumpa apabila berkunjung ke masjid ini. Beliau ini kategori Mazjub, dianggap 'kurang betul' oleh orang ramai dan selalu menyibukkan dirinya membasuh bilik air wanita dan membersihkan ruang solat wanita dalam masjid ini, selain bersolat apabila masuk waktunya.  'Doa Wali Allah Wanita' ini antaranya yang 'membolehkan' hamba kembali ke Malaysia selepas mengerjakan haji di Tanah Suci pada tahun 2004/2005. Kalau tak balik, 'menetap di Mekah' lah hamba.  Kekeramatan beliau terzahir apabila beliau memberitahu penyakit dan ubatnya kepada saudara-mara sebelah isteri yang mengikuti ziarah kami ke masjid ini suatu ketika dahulu. Memanglah beliau ini pelik sikit pada zahirnya, cuma jangan kita menilai manusia pada aspek zahirnya sahaja...Moga-moga hamba berjumpa lagi beliau pada masa hadapan. Dalam perjalanan hamba di atas jalan ketuhanan, beliau merupakan satu-satunya Wali Allah Wanita yang hamba temui di luar lingkungan dan rangkaian semasa...

Mimbar Masjid Kampung Hulu


Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina (http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu)

Pemandangan bumbung masjid


Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis telah, sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis adalah masjid yang pertama dibina di Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys sekarang.  (http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu)

Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, [1] ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas. 

Penjajah Belanda juga menggalakkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, dan ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan di dalam senireka Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’ (http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu)

Dari pintu masjid
Struktur bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Walaupun senireka masjid ini dipengaruhi oleh senireka Jawa, Masjid Kampung Hulu tidak dibuat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa, sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu. Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid (http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu)

Alhamdulillah, kawasan solat terang dengan lampu yang dipasang


Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat. Masjid ini adalah antara 777 bangunan bersejarah disenaraikan oleh Archnet.  (http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu)

Jubah untuk pengunjung tetapi pengunjung bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan solat utama


Pengiktirafan pihak kerajaan

Air kolah yang sering diambil pengunjung untuk pelbagai kegunaan


Tidak banyak masjid masa kini yang memiliki kolah untuk tujuan berwudhuk. Air kolah sememangnya ada kegunaan tersendiri untuk tujuan perubatan Islam. Tanyalah pada ahlinya jika hendak tahu

Kolah dari sisi yang lain

Perigi ini belum ditutup/dikambus

Hadapan masjid

Kelihatan dua buah meriam

Pintu pagar masjid

Pemandangan dari depan

Menara masjid sebegini adalah lumrah bagi masjid lama di Melaka

Masjid dari sudut yang lain

Kunjungan hamba ke masjid ini adalah kali ke sekian kalinya, dah banyak kali dah...:-)

Kawasan perkuburan lama sekitar masjid

Keterangan dan maklumat di sini perlu diperbaharui jika kita ingin menjadi destinasi pelancongan sejarah

Jumaat, 19 November 2010

Jalan Wali

Tulisan Tuan Al-Faqir101 yang dipetik dari  http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=20213

Jalan para wali tidak pernah berbeza daripada jalan para sahabat r.a. bahkan para wali dan sufi mengikuti jalan para sahabat r.a., tabi'in r.a. dan seterusnya.

Kebanyakan silsilah ilmu, amal dan hal para sufi bersambung kepada para sahabat r.a. antaranya (yang masyhur) seperti Saidina Ali r.a., Saidina Abu Bakr r.a. dan sebagainya.

Kita simpulkan manhaj tarbiah para ulama' sufi kepada tiga yang utama iaitu:

Pertama: Zikir
Kedua: Suhbah (Bersahabat dengan Murobbi)
Ketiga: Mujahadah An-Nafs

Pertama: ZIKIR

Para sahabat r.a. mengamalkan tiga bentuk zikir yang utama:-

Pertama: Mengambil daripada Rasulullah s.a.w. yang merupakan murobbi mereka.

Kedua: Mengambil zikir daripada sesama para sahabat r.a. yang lain

Ketiga: Mengamalkan zikir yang disusun sendiri berpandukan kerangka dan asas doa syar'ie.

Begitu juga, para ulama' sufi mengamalkan ketiga-tiga bentuk zikir tersebut di samping zikir lain.

Petama: Para murobbi sufi mengamalkan zikir-zikir Ma'thur (daripada Rasulullah s.a.w. dan salafus soleh).

Kedua: Para murobbi sufi mengamalkan zikir yang diambil daripada para sufi yang lain termasuklah daripada para murobbi sebelum mereka.

Ketiga: Mereka juga mengamalkan zikir yang disusun sendiri berpandukan kerangka dan asas doa syar'ie lalu mewariskannya kepada para murid mereka.

Fasal: Talqin Zikir

Saidina Ali r.a. (mewakili jalan sahabat r.a. aliran sufi) mengambil talqin zikir khusus daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hafis masyhur.

Begitulah para murobbi sufi memberi talqin zikir tersebut kepada para murid mereka.

Kedua: Suhbah (Bersahabat dengan Murobbi)

Sebagaimana para sahabat r.a. bersahabat dengan murobbi mereka iaitulah penghulu segala Murobbi, Rasulullah s.a.w., begitulah juga para sufi yang bersahabat dan mengambil tarbiah daripada para murobbi mereka yang bersambung silsilah tersebut kepada Rasulullah s.a.w..

Fasal: Bai'ah Tarbiah

Sebagaimana para sahabat r.a. mengambil bai'ah tarbiah daripada Saidina Rasulullah s.a.w., begitu juga para sufi mengambil bai'ah tarbiah daripada SAidina Rasulullah s.a.w. yang bersambung kepada Rasulullah s.a.w..

Ketiga: Mujahadah An-NAfs (Tarbiah melawan hawa nafsu)

Para sahabat r.a. adalah antara golongan manusia yang paling kuat melakukan mujahadah iaitu melawan hawa nafsu. Ahli Suffah sendiri tinggal di perkarangan masjid Nabawi lalu mengosongkan kehidupan mereka dengan menumpukan kepada ibadah semata-mata.

Bahkan, Rasulullah s.a.w. sendiri adalah simbol zuhud teragung yang meninggalkan kesenangan duniawi walaupun kesenangan duniawi tersebut tidak pernah mampu melalaikan Baginda daripada ALLAH s.w.t. Ia adalah zuhud yang teragung dan adab yang tertinggi di hadrah Ilahi.

Rasulullah s.a.w. juga meninggalkan "banyak" tidur dan makan serta minum yang mana itu merupakan antara asas mujahadah dalam ilmu tasawwuf amalan para sufi.

Keadaan-keadaan rohani Para Sahabat r.a.

Bukan sahaja dari sudut amali, bahkan dari sudut perasaan, zauqi dan ma'rifat juga, para sahabat r.a. adalah para penghulunya. Merekalah contoh tauladan para wali dan sufi dalam generasi seterusnya kerana zauq, ma'rifah dan ilmu hakikat yang sahih haruslah tidak terkeluar daripada kerangka umum yang pernah didapati dalam generasi salaf yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w., penghulu dan penghimpun segala ma'rifah.

Ilmu Hakikat

Saidina Abu Hurairah r.a. pernah memberi isyarat tentang ilmu hakikat yang mereka warisi daripada Rasulullah s.a.w. yang bersifat rahsia.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya beliau berkata: “Aku menyimpan ilmu dari Rasulullah s.a.w. pada dua wadah (bejana). Salah satunya maka aku sebarkan sedangkan yang satu lagi sekiranya aku sampaikan maka akan dipotong leher ini.” [Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dalam Kitab Al-Ilm, Bab: Hifz Al-Ilm no: 120]

Imam Mulla Ali Al-Qari pula ketika mensyarahkan hadith ini, beliau berkata:

“((Adapun yang pertama)) iaitulah ilmu zahir daripada hukum-hakam dan akhlak ((maka saya zahirkan)) iaitu saya zahirkan dengan menyampaikannya kepada kamu ((sedangkan yang kedua)) iaitulah ilmu batin ((kalau aku zahirkan)) iaitu kalau aku sebarkan atau aku sebutkan kepada kamu secara terperinci ((dipotong tengkok ini)) dengan dhommah ba’ iaitu halqum kerana rahsia hakikat tauhid yang terlalu sukar untuk diungkap mengenainya dengan maksud sebenarnya” [Rujuk Mirqat Al-Mafatih: 1/313]

Ilmu Hakikat tersebut menurut Saidina Ali r.a. perlu dibahaskan secara khusus kepada ahlinya sahaja.

Saidina Ali r.a. juga telah berkata:

حَدِّثُوا النَّاسَ بِمَا يَعْرِفُونَ أَتُحِبُّونَ أَنْ يُكَذَّبَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ

Maksudnya: “Berbicaralah dengan manusia berdasarkan apa yang mereka tahu. Adakah kamu suka ALLAH dan Rasul-Nya didustai”. [Hadith riwayat Imam Al-Bukhari (no: 127)]

Maksudnya, para sahabat r.a. sendiri tahu jenis ilmu yang perlu ditapis daripada dibincangkan kepada umum manusia kerana dikhuatiri akan didustakan ilmu tersebut.

Maqam Fana' dan Baqa'

Walaupun dua istilah tersebut tidak digunakan dengan makna kaum sufi di zaman para sahabat r.a., namun hakikat maqam dan zauq (perasaan) tersebut sudah dihayati oleh para sahabat r.a..

Antara para sahabat r.a. yang mengecapi maqam fana' tersebut adalah LAbid r.a.. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sebenar-benar perkataan yang diucapkan oleh seorang penyair adalah perkataan Labid iaitu: “Ketahuilah betapa semua selain ALLAH s.w.t. adalah batil”. [Muttafaqun ‘alaihi]

Labid dalam hadith ini adalah seorang sahabat r.a.. Nama beliau adalah Labid bin Rabi’ah. [Syarah An-Nawawi ala Sahih Muslim]

Maqam Wahdah fi Kathrah

Begitu juga, Rasulullah s.a.w. sendiri pernah mengungkapkan hakikat kesatuan makhluk yang berasal daripada ALLAH s.w.t. secara tauhid syhudi, bukan secara khayal. Sangat berbeza antara wahdah syuhud yang dikecapi oleh para wali dengan wahdah al-maujud yang didakwa oleh zindiq lalu mengaku ketuhanan diri, nauzubillah min zalik.

Antara ungkapan Baginda s.a.w. adalah:

“ALLAH berfirman: “Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang kepadanya. Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai brbanding apa yang telah Aku fardhukan (ke atasnya). Tidaklah hamba-Ku terus-menerus mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan sehinggalah Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, pandangannya yang dia memandang dengannya, tangannya yang dia menyentuh dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya. ” [Hadish Sahih riwayat Al-BUkhari]

Firasat dan Kasyaf

Rasulullah s.a.w. bersabda:

اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله

Maksudnya:

Takutlah dengan firasat orang beriman, kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH s.w.t.”

Hadith tersebut diriwayatkan oleh At-Tirmizi dalam Sunannya no: 3127, Abu Nu’aim dalam Hilyah Al-Auliya’ (4/9 dan Imam Al-Haithami dalam Majma’ Az-Zawa’id (10/271). Imam Al-Haithami meriwayatkan daripada riwayat Abu Umamah dengan sanad hasan menurut beliau. Imam As-Suyuti juga meriwayatkannya dalam Al-La’ie Al-Masnu’ah (2/329) dengan sanad hasan sahih juga.

Firasat Mu’min ini dikenali dalam kalangan para ulama’ sufi sebagai Kasyf atau penyingkapan tabir daripada ALLAH s.w.t. kepada seseorang. Ia membantu para murobbi dalam mentarbiah dan mendidik para murid kerana dapat memahami keadaan dalaman mereka.

Dalam kitab Al-Thabaqat, Imam Tajuddin al-Subki menceritakan bahawa ada seorang lelaki datang kepada Saidian Uthman r.a.. Lelaki tersebut baru bertemu dengan seorang perempuan di tengah jalan, lalu ia teringat-ingat perempuan tersebut dalam lamunannya. Saidina Uthman r.a. lalu berkata kepada lelaki tersebut: "Aku melihat ada kesan zina di matamu”. Laki-laki itu bertanya kehairanan: “Apakah wahyu masih diturunkan setelah Rasulullah Saw wafat?”. Saidina Uthman r.a. lalu menjawab: “Tidak, ini adalah firasat seorang mukmin”.

Karamah Para Sahabat r.a.

Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Abu Bakar r.a., bahawasanya ayahnya datang bersama tiga orang tetamu hendak pergi makan malam dengan Nabi s.a.w.. Kemudian mereka datang setelah lewat malam. Isteri Abu Bakar bertanya, “Apa yang boleh kau hidangkan untuk tamumu?”

Abu Bakar balik bertanya, “Apa yang kau miliki untuk menjamu makan malam mereka?” Isteri beliau menjawab: “Aku telah bersiap-siap menunggu engkau datang”.

Saidina Abu Bakar r.a. berkata, “Demi ALLAH, aku tidak akan boleh menjamu mereka selamanya”. Abu Bakar mempersilakan para tetamunya makan. Salah seorang tetamunya berkata, “Demi ALLAH, setiap kami mengambil sesuap makanan, makanan itu menjadi bertambah banyak. Kami merasa kenyang, tetapi makanan itu malah menjadi lebih banyak dari sebelumnya.”

Abu Bakar melihat makanan itu yang kekal seperti asal, bahkan jadi lebih banyak. Lalu, beliau bertanya kepada isterinya: "Wahai ukhti Bani Firas, apa yang terjadi?”. Isterinya menjawab, "Mataku tidak salah melihat, sedang makanan ini menjadi tiga kali lebih banyak dari sebelumnya”. Saidina Abu Bakar r.a. menyantap makanan itu, lalu berkata, "Ini pasti permainan syaitan".

Akhirnya Saidina Abu Bakar r.a. membawa makanan itu kepada Rasulullah s.a.w. dan meletakkannya di hadapan Baginda s.a.w.. Pada waktu itu, sedang ada pertemuan antara kelompok muslimin dengan suatu kaum. Mereka semua dibahagian menjadi dua belas kelompok, hanya ALLAH Yang Maha Tahu berapa jumlah keseluruhan hadirin. Beliau menyuruh mereka menikmati makanan itu, dan mereka semua menikmati makanan yang dibawa Abu Bakar. [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
Justeru, sangat jelas jalan para sahabat r.a. adalah jalan contoh tauladan kepada para wali dan sufi setelah mereka. Semoga ALLAH s.w.t. memberkati perjalanan tarbiah sufi sunni yang mulia lagi penuh keberkatan ini. Amiin...

Para Wali dalam Kefahaman As-Sunnah

Dipetik dari tulisan Tuan Al-faqir101  di alamat http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=20213

Konsep Wali

Daripada Abu Hurairah bahawasanya beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ALLAH berfirman: “Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang kepadanya. Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai brbanding apa yang telah Aku fardhukan (ke atasnya). Tidaklah hamba-Ku terus-menerus mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan sehinggalah Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, pandangannya yang dia memandang dengannya, tangannya yang dia menyentuh dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya....” [Sahih Al-Bukhari]

Wali Mastur (Tersembunyi) dan Karamahnya

Diriwayatkan dalam suatu hadis sahih, daripada Harithah bin Wahb bahawasanya, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَعِّفٍ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ

Maksudnya:

Mahukah kalian, agar aku memberitahu mengenai penghuni syurga? Iaitu, setiap orang yang lemah (tidak dipedulikan oleh orang) lagi ditindas, yang sekiranya dia bersumpah atas nama ALLAH, nescaya ALLAH mengabulkannya. [Sahih Al-Bukhari]



Wali Abdal

Imam Ahmad menyebutkan:

حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ ، حَدَّثَنَا صَفْوَانُ ، حَدَّثَنِي شُرَيْحٌ يَعْنِي ابْنَ عُبَيْدٍ ، قَالَ : ذُكِرَ أَهْلُ الشَّامِ عِنْدَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَهُوَ بِالْعِرَاقِ ، فَقَالُوا : الْعَنْهُمْ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ ، قَالَ : لَا ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : " الْأَبْدَالُ يَكُونُونَ بِالشَّامِ ، وَهُمْ أَرْبَعُونَ رَجُلًا ، كُلَّمَا مَاتَ رَجُلٌ أَبْدَلَ اللَّهُ مَكَانَهُ رَجُلًا ، يُسْقَى بِهِمْ الْغَيْثُ ، وَيُنْتَصَرُ بِهِمْ عَلَى الْأَعْدَاءِ ، وَيُصْرَفُ عَنْ أَهْلِ الشَّامِ بِهِمْ الْعَذَابُ "


Maksudnya:

Abu Al-Mughirah menceritakan kepada kami bahawasanya, Safwan menceritakan kepada kami bahawasanya, Syuraih -iaitu Ibn ‘Ubaid- berkata: Disebut tentang ahli Syam di sisi Ali bin Abi Thalib r.a. sedangkan beliau sedang di Iraq. Maka, mereka berkata: “Semoga ALLAH melaknati mereka (ahli Syam) wahai Amirul Mu’minin”. Kemudian, Saidina Ali r.a. berkata: “Jangan sedemikian. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Abdal berada di Syam sedangkan mereka adalah empat puluh orang. Setiap kali mati seorang daripada mereka, maka ALLAH s.w.t. akan menggantikan tempatnya dengan orang lain. Dengan merekalah diturunkan hujan, dimenangkan dengan mereka ke atas para musuh dan dipalingkan azab daripada ahli Syam. [Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (no: 898) dengan sanad yang kuat]

Masjid Pengkalan Rawa/Fathur Rahman

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, selepas solat di rumah mertua, hamba menyambung ziarah ke masjid-masjid di Malaysia dan makam-makam Wali Allah.  Destinasi pertama yang dirancang adalah Masjid Kampung Hulu di Melaka.  Perjalanan kali ini adalah secara solo memandangkan anak-isteri masih dalam mood beraya. Dalam perjalanan ke Masjid Kampung Hulu, hamba ternampak sebuah masjid lama. Maka tergerak hati untuk singgah dan buat kerja-kerja yang patut. Maka pada 10 Zulhijjah 1431 bersamaan 17 November 1410, hamba sampai kali kedua ke Masjid Pengkalan Rama ini.  Kali pertama, hamba sampai ke masjid  ini adalah pada penghujung 2005 atau  awal tahun 2006.  Kira-kira jam 3.15 petang, hamba selamat sampai ke masjid ini. Setelah mengerjakan apa yang patut, dalam jam 4.15 petang, hamba bertolak ke Masjid Kampung Hulu.


Pemandangan masjid inidari kawasan parkir


Sejarah Masjid
Sejarah Masjid Pengkalan Rama yang diberi nama “Fat’hur Rahman” telah dibina sekitar tahun 1730an dan kemudiannya telah diperbaharui oleh seorang Datuk Penghulu Yang bernama Datuk Penghulu Abdul Ghani pada tahun 1917 bersamaan dalam tahun 1324 Hijrah. Beliau telah mewakafkan sebahagian harta tanahnya sendiri untuk tujuan pembinaan masjid ini. 

Menara baru Masjid

Disebabkan kepadatan dan pertambahan penduduk yang terdiri dari 4 solok kariah iaitu Solok Pengkalan Rama Pantai, Solok Pengkalan Rama Tengah, Solok Durian Daun dan Solok Kampung Mata Kuching. Namun sehingga kini masih berdiri teguh di tengah Bandaraya Melaka “Warisan Dunia”. Oleh kerana kedudukannya terletak hampir dengan pusat rekriasi keluarga iaitu “Taman Rempah” yang juga merupakan jeti mengangkut penumpang bagi pelancong menaiki bot untuk menyusuri Sungai Melaka. 


Mimbar lama masih dibiarkan di sini walaupun telah ada mimbar baru
Pada tahun 1978, masjid ini telah diperbaharui dengan hasil kutipan derma orang ramai dan penduduk kampung. Pada tahun 2004 masjid ini sekali lagi diubahsuai untuk kerja-kerja penambahan ruang sembahyang di bahagian belakang masjid hasil daripada kutipan derma tersebut dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Pejabat Pembangunan Negeri bekerjasama dengan Pebadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah meluluskan peruntukan bagi projek penyelenggaraan serta baik pulih masjid-masjid tradisional dan lama di dalam Negeri Melaka dibawah peruntukan Projek Keagamaan Negeri Tahun 2009.

Sumber : http://jkkkprt.blogspot.com/2009/06/masjid-fathur-rahman-pengkalan-rama.html


Pembaharuan semula masjid ini pada 1324 Hijrah

Siling masjid

Peti besi yang dirantai

Ruang solat utama kawasan lama

Tempat berwudhuk, kolah tak ada

Pemandangan masjid dari sisi lain

Menara masjid

Mimbar baru di kawasan solat yang baru

Ruang solat yang baru


Rabu, 10 November 2010

GHAUST (PRESIDEN WALI ALLAH)

http://blogustazsufi.blogspot.com/search/label/presiden%20wali%20Allah


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ghaust adalah berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud pertolongan atau bantuan. Perkataan Ghaust, Qutub dan Sultan merupakan satu ungkapan yang disandang oleh salah seorang Auliya illah yang menerajui tampuk pemerintahan para-para wali.

Peranan Wali yang bergelar Ghaust
Peranan Ghaust lebih besar daripada peranan Auliyaillah yang lain kerana dengan doanya kepada ALLAH S.W.T, manusia akan mendapat bantuan dan pertolongan. Jadi perkataan Ghaust ini diambil dari satu perkataan tersebut .

Peninggalan Nubuwwah diamanahkan kepada Al-Wilayah
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dengan sanad kepada Abu Hurairah Radiallahu anhu daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Tidak sunyi bumi Allah ini daripada tiga puluh orang seperti Nabi Ibrahim Khalilurrahman kerana melalui mereka kamu diberi pertolongan dan melalui mereka kamu diberi rezeki serta melalui mereka, ALLAH S.W.T turunkan hujan kepada kamu ”.

Selepas wafatnya Rasulullah s.a.w tidak ada lagi Nabi dan juga Rasul yang diutuskan. Pintu Nubuwwah telah tertutup, yang ada hanyalah Al-wilayah (kewaliyan). Merekalah yang mewarisi tugas Nabi-nabi dan Rasul-rasul sehingga turunnya Nabi Isa Alaihissalam dari langit.

Keyakinan Sufiyyah
Kaum Sufi meyakini kewujudan kerajaan Auliyaillah. Keyakinan kaum Sufi bukanlah suatu bentuk kepercayaan yang membuta tuli tanpa dalil, bahkan pastinya keyakinan ini bersumberkan daripada Hadis Nabi dan Athar Salaf. Turut menyumbang lagi keyakinan mereka ialah pengalaman-pengalaman yang ditempuh sendiri oleh mereka yang terpilih dalam kembara menuju kepada TUHAN. Pengalaman-pengalaman yang sedemikian itu terpahat dalam kitab-kitab Tasauf sepanjang zaman dan di seluruh pelusuk dunia Islam.

Bilangan Auliyaillah yang termaktub dalam Hadis Nabi dan Athar
Oleh sebab banyak jumlah Hadis Nabi dan Athar, sehingga menjadi seolah-olah satu kebodohan untuk tidak mempercayainya, kerana Hadis Nabi dan Athar telah mencapai kepada darjah Mutawatir. Kerajaan para Auliyaillah yang diterajui oleh Ghaust mempunyai 356 ahli kabinetnya. Bilangan itu telah tersebut dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Hafiz Abu Nu-aim dengan sanad daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu anhuu, iaitu sabda Rasulullah s.a.w :

“ Sesungguhnya bagi Allah pada makhluk ciptaanNya itu ada 300 orang, hati mereka di atas hati Nabi Adam Alaihissalam dan bagi ALLAH S.W.T pada makhluk ciptaanNya itu ada 7 orang hati mereka di atas hati Nabi Ibrahim Alaihissalam dan bagi Allah pada makhluk ciptaannya itu ada 40 orang hati mereka di atas hati Nabi Musa Alaihissalam dan bagi ALLAH S.W.T pada makhluk ciptaanNya itu ada 5 orang hati mereka di atas hati Jibril Alaihissalam dan bagi ALLAH S.W.T pada makhluk ciptaanNya itu ada 3 orang hati mereka di atas hati Mikail Alaihissalam dan bagi ALLAH S.W.T pada makhluk ciptaanNya itu ada 1 orang hati mereka di atas hati Israfil Alaihissalam .”

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Kabinet Wali Allah

dari http://blogustazsufi.blogspot.com/2009/01/kabinet-wali-allah.html#comments

 

KABINET WALI ALLAH


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Susunan Ahli kabinet wali Allah
Jumlah bilangan ahli kabinet wali Allah ialah seramai 356 orang dan mereka mempunyai pangkat kedudukan masing-masing di sisi Allah. Pangkat tertinggi dalam kerajaan para wali ialah Ghaust atau Qutub, kemudian Mukhtarun, Nujaba, Akhyar atau Urafa, Abdal atau Autadul Ardi dan akhir sekali Nuqaba.

Dalil daripada riwayat Athar Sahabah
Susunan-susunan pangkat ini telah diriwayatkan oleh Al-khatib di dalam kitabnya, iaitu Tarikh Baghdad dan dalam kitab Ibnu Asakir, iaitu kitab Tarikh Syam. Kedua-duanya telah mengambil daripada Sanad Ubaidullah bin Muhammad Al-Abbasi yng menyatakan bahawa beliau telah mendengar Al-Kattani berkata :

“Bahawasanya seramai 300 orang berpangkat Nuqaba, 40 orang berpangkat Al-Abdal atau Autadul Ardi, 7 orang berpangkat Al-Akhyar atau Urafa, 5 orang berpangkat Annujaba, 3 orang berpangkat Al-mukhtarun dan yang seorang merupakan pimpinan tertinggi dalam kerajaan para wali yang berpangkat Qutbul-Alam atau Al-Ghaust.

Peranan yang lain atas seorang yang bergelar wali Allah
Antara peranan Al-ghaust dan Ahli Kabinet kerajaan para Wali yang lain, iaitu apabila berlaku musibah yang besar kepada ummat manusia ataupun hajat-hajat yang terhalang daripada orang-ramai seperti meminta diturunkan hujan pada saat kemarau yang teruk maka Annuqaba akan memohon kepada ALLAH S.W.T kemudian Al-Abdal, kemudian Al-Akhyar atau Urafa , kemudian Annujaba dan seterusnya Al-Mukhtarun lalu ALLAH S.W.T akan memperkenankan hajat mereka sekiranya tidak, maka barulah Qutub atau Ghaust berdoa kepada ALLAH S.W.T.

Al-Ghasut juga diberi mandat oleh ALLAH S.W.T membimbing sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh ALLAH S.W.T untuk melayakkan diri menyandang pangkat Waliyullah secara kerohanian dan memberi pangkat kepada mereka, iaitu pangkat Al-Mukhtarun, Annujaba, Al-Akhyar atau Urafa, Al-Abdal dan Annuqaba.

Maklumat terkini  mengatakan Kabinet wali Allah berjumlah 856 ahli, 500 berpangkat akhyar, 300 berpangkat abdal, 40 berpangkat autad, 7 nujaba, 5 nuqaba, 3 qutub dan 1 ghaus (presiden / perdana menteri).

Anda mungkin akan jumpa bilangan kabinet wali Allah yang berbeza dari kitab-kitab tasawuf. Sebenarnya komposisi kabinet wali Allah tertakluk kepada budibicara ghaust yg menentukan kerusi yang patut ada dan peranannya. Kadangkala wali abdal dikurangkan, tetapi wali akhyar ditambah. Semuanya atas rahmat Tuhan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Respon terhadap keadaan politik semasa..



Antara perkara penting yg 'dibuat oleh mereka yg arif' dan 'menyuruh arwah Tunku mengikutinya' ketika menggubal Perlembagaan Malaysia adalah menakrifkan syarat2 menjadi org Melayu itu antaranya yg terpenting adalah beragama Islam. Tidak ada bangsa lain di dunia yg definisi bangsanya diikat dengan agama Islam. 

Yg keduanya Islam 'sbg agama Persekutuan'. Kedua perkara ini sebenarnya amat penting dan 'Islam sbg agama persekutuan' sebenarnya adalah justifikasi yg jelas, keizinan perlembagaan utk pemerintah memerintah berdasarkan ajaran Islam (kalau naklah). Ini kerana Perlembagan tidak pernah menakrifkan Malaysia sbg negara sekular. 

Apa yg merepek2 ni....

Malangnya org Melayu (maksudnya wajib beragama Islam dlm konteks Malaysia) sibuk bergaduh hal politik 24 jam dan anak bangsa masih jauh ketinggalan di belakang...

Politik tidak menyatukan Melayu....
Politik merenggangkan persaudaraan Islam...
Politik adalah tempat mencari kemenangan di dunia...
Politik adalah medan maki-hamun, sumpah-seranah...
Politik adalah ruang memperkayakan diri sendiri, sanak saudara, sedare-mroni...
Politik adalah pentas untuk menambah dosa, bukannya melipatgandakan pahala...

Biar bangsaku tidak bersatu, asalkan puas hati, asalkan dendam terlaksana....
Biar anak bangsa ketinggalan, asalkan aku puas hati....padan muka depa...anak aku OK, anak hampa lantaklah...
Biar jalan tidak diturap, air ambil di kali, pandai sangat hampa sokong org lain...
Biar tak dapat biasiswa, sekolah asrama, hampa parti lain...
Biar sekolah taska dan tadika berbeza, perpaduan ummah bukan kerja aku...
Biarkan bangsa lain mengambil hak2 bangsa sendiri sedikit demi sedikit, demi politik, kami teruskan jua...
Biar bangsa lain menindas bangsa sendiri, keluarkan kenyataan akhbar yg enak telinga mendengar sedangkan hakikatnya berbeza...
Biar aqidah anak cucu letak kat belakang, undi politik lebih penting dan berharga...

Jauhnya bangsaku dengan corak yg dilaksana oleh RSAW...

Cantik seorang Isteri...



Cantik seorg wanita pada pandangan seorg lelaki itu adalah cantik si isteri yg solehah pada pandangan si suami.

Memandang si isteri menyedapkan mata...
Memandang si isteri menenangkan jiwa...
Memandang si isteri menyukakan hati...
Memandang si isteri mengurangkan amarah yg dirasa...
Memandang si isteri menghairahkan jiwa...
Memandang si isteri meruntuhkan segala pandangan terhadap wanita lainnya...
Memandang si isteri membuahkan ingin dipeluk2, dicium2, dibelairasa...
Memandang si isteri meningkatkan kasih-sayang sesama...
Memandang si isteri mengingatkan segala pahit-manis bersama...
Memandang si isteri menginsafkan kita akan pengorbanannya semasa berbadan dua...
Memandang si isteri membangkitkan sebak di dada akan sakitnya dia sewaktu melahirkan anak kita...
Memandang si isteri mengingatkan diri ini pada Yang Maha Esa kerana nur wajahnya itu adalah anugerah ALLAH Taala...

Sandaran Perbuatan Makhluk Dengan Tuhan-Tulisan Tuan Al-Faqir 101-BSC

http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?p=469203#469203

Kalau perbuatan makhluk bukan dari Tuhan, maka adakah daripada diri mereka sendiri? Kalau daripada diri mereka, dari mana mereka memiliki "kuasa" untuk melakukan perbuatan tersebut sedangkan "wujud" diri mereka sendiri bukan daripada diri mereka, apatah lagi "kuasa" yang menumpang sifat "Wujud"? Makhluk yang wujud daripada tiada bererti kewujudan dirinya bukan daripada dirinya. Jika kewujudan dirinya sendiri bukan daripada dirinya, bagaimana kuasa dan perbuatan secara hakiki daripada dirinya?

Perbuatan kembali kepada kuasa, kehendak dan ilmu. Ilmu, kuasa dan kehendak makhluk adakah daripada diri mereka atau daripada selain diri mereka? Sudah pasti ilmu, kuasa dan kehendak daripada selain diri mereka iaitulah daripada ALLAH s.w.t. yang bersifat qadim secara zat dan sifat-sifatNya.

Masalah perbuatan ALLAH s.w.t. dan makhluk kembali kepada perbahasan "kehendak" itu sendiri. Maka, alfaqir -dengan bantuan ALLAH s.w.t.- cuba menyusun perbahasan ringkas ini dengan neraca syarak bteraskan kefahaman ahlus-sunnah wal jamaah.

Ada dua jenis pilihan. Pilihan makhluk yang terikat. Pilihan ALLAH s.w.t. yang tidak terikat. Kita memilih dengan "pilihanNya". Dia memilih dengan pilihanNya.

Istilah terikat ialah Muqoyyad dan istilah tidak terikat/bebas/tersendiri/terasing ialah Mutlak. Sesuatu yang terikat adalah sesuatu yang tidak terlepas daripada pengaruh selain dirinya sedangkan sesuatu yang mutlak adalah sesuatu yang tidak dipengaruhi oleh pihak lain.

Makhluk adalah kewujudan yang terikat kerana wujudnya tidak terlepas daripada pengaruh wujud ALLAH s.w.t.. Maka, kita katakan, wujud makhluk adalah muqoyyad (terikat). Wujud yang merupakan sifat nafsi (asas bagi sesuatu) bagi makhluk itu sendiri adalah terikat dalam pengaruh wujud ALLAH s.w.t., apatah lagi juga sifat-sifat yang lain yang berdiri pada wujud yang muqoyyad tersebut, sudah pasti bersifat muqoyyad (terikat atau dipengaruhi oleh pengaruh lain).

Maka, Dialah ALLAH s.w.t., sumber sesuatu lagi yang mempengaruhi sesuatu. Tiada yang berlaku dalam kerajaanNya sesuatu yang tidak dikehendaki olehNya. Maka, hatta pilihan manusia "yang merasa memilih" juga tidak terlepas daripada kehendak dan pilihanNya. Ini adalah hakikat tauhid dan maksud La haula wa la Quwwata illa billah.

Namun, dalam berinteraksi dengan makhluk yang bernama manusia, ALLAH s.w.t. meletakkan dalam diri mereka "rasa memilih" lalu menurunkan syariat bagi tujuan "kehambaan" mereka. Konsep "kehambaan" yang dimaksudkan adalah: setiap yang dilakukan oleh manusia "dinisbahkan" oleh ALLAH s.w.t. kepada mereka sebagai tujuan dan fungsi ibadah dan kehambaan yang mana ituah tujuan manusia diciptakan.

Maka, syariat menisbahkan "pilihan" dan perbuatan kepada manusia di bawah fungsi dan tujuan kehambaan ini. Sesiapa yang cuba menafikan nisbah ini bererti biadab di hadapan ALLAH s.w.t. kerana tidak memahami fungsi dan tujuan kehambaan ini.

Maka, ahli sunnah, dengan penghayatan tauhid hakiki tadi, melihat sudut kehambaan juga, lalu menisbahkan "pilihan" dan perbuatan" kepada manusia secara adab dalam ungkapan "kasb". Mereka menolak fahaman ektrim yang menafikan pengaruh ALLAH s.w.t. dalam manusia seperti fahaman Mu'tazilah dan Qadariyyah dalam masa yang sama menafikan fahaman ektrim lain yang menafikan maksud, fungsi dan tujuan kehambaan dengan menafikan "nisbah" perbuatan dan kehendak manusia kepada mereka lalu bertindak mensia-siakan syarak.

Ahli Sunnah wal Jamaah memahami hubungan antara hakikat tauhid di mana semua kembali kepada ALLAH s.w.t. dan tidak terlepas daripada pengaruh ketuhananNya, dengan syariat yang menisbahkan kehendak dan perbuatan manusia kepada manusia sebagai tujuan "pertanggungjawaban" dalam unsur kehambaan yang menjadi tujuan syariat diturunkan kepada manusia di samping diletakkan rasa memilih dalam diri mereka lalu memilih jalan kebenaran iaitu wujudnya pilihan yang hakiki dan mutlak iaitulah pilihan ALLAH s.w.t. dengan pilihan yang majazi dan muqoyyad iaitulah pilihan manusia.

Apakah perintah ALLAH s.w.t. dalam penghayatan terhadap kedua-dua penyaksian ini (perpaduan antara hakikat dan syariat) bagi kehambaan seseorang?

Perintah (Al-Amr) kepada seseorang hamba dalam konteks kehambaan dalam masalah ini adalah: menisbahkan keburukan dan kecelaan kepada diri sendiri dan menisbahkan kebaikan dan kemuliaan kepada ALLAH s.w.t."

Maka, kita sebagai manusia selaku hamba perlu fokus terhadap perintah (Al-Amr) ini berbanding hubungan sebenar antara hakikat dengan syariat kerana hubungan ini hanya difahami dengan zauq (perasaan) dan penghayatan, bukan secara teori dan andaian.

Dalil hakikat "tauhid" iaitu: pilihan makhluk dipengaruhi (terikat) dengan pilihan ALLAH

وَمَا تَشَاؤُونَ إِلَّا أَن يَشَاء اللَّهُ

"Tiadalah kamu kehendaki melainkan apa yang ALLAH kehendaki"...Surah At-Takwir: 29 dan Surah Al-Insan: 30

Imam Fakhruddin Al-Razi menjelaskan ayat ini dalam tafsirannya:

وهذه الإرادة موقوفة الحصول على أن يريد الله أن يعطيه تلك الإرادة

Kehendak ini (makhluk) bergantung dapatannya (dalam diri manusia) kepada kehendak ALLAH s.w.t. untuk memberi kepada manusia tersebut akan kehendak itu. [Mafatih Al-Ghaib]

Dalil "syariat Muhammadiyyah" iaitu: pilihan "dinisbahkan" kepada makhluk dalam tujuan kehambaan dan pertanggungjawaban:

ALLAH s.w.t. berfirman:

فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ

Maksudnya: Sesiapa yang mahu maka berimanlah dan sesiapa yang mahu maka kufurlah... (Surah Al-Kahfi: 29)

Dalam ayat ini, ALLAH s.w.t. menisbahkan kehendak kepada manusia sebagai tujuan kehambaan.

Dalil "perpaduan antara hakikat tauhid dan syariat Muhammadiyyah" dalam rangka menunaikan kehambaan dengan sempurna:

وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ رَمَى

Maksudnya: Tidaklah kamu (Muhammad) melemparkan tatkala kamu melemparkan melainkan ALLAH-lah yang melemparkan..." (Surah Al-Anfal: 17)

Dalam ayat ini ALLAH s.w.t. menggabungkan pandangan sudut syariat di mana Rasulullah s.a.w. melaksanakan dan memilih untuk melakukan tugas syariat (dalam ayat ini melemparkan kepada orang-orang kafir) dalam masa yang sama mengingatkan hakikat tauhid dan pengaruh ketuhanan ALLAH s.w.t. dalam pilihan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. iatulah tidak terlepas daripada pengaruh ALLAH s.w.t..

Dalil "Al-Amr" (perintah) dalam "adab" syariat dalam konteks permasalahan ini, iaitu menisbahkan kebaikan dan kemuliaan kepada ALLAH s.w.t. dan menisbahkan keburukan dan kehinaan kepada manusia secara adab:-

اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Maksudnya:"Tunjukilah kami jalan yang lurus (mustaqim). Jalan orang-orang yang "Engkau" beri nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang-orang yang dibenci dan oran-orang yang sesat". (Surah Al-Fatihah: 6-7)

Dalam ayat ini, ALLAH s.w.t. mengajar ungkapan doa yang perlu kita amalkan iaitulah dengan menyebut kebaikan lalu dinisbahkan hanya kepadaNya (seperti dalam kalimah "orang-orang yang Engkau beri nikmat ke atas mereka) dan tidak menisbahkan keburukan dan kerendahan kepadaNya" (seperti kalimah orang-orang yang dibenci tanpa menyebut siapa yang membenci dan orang-orang yang sesat tanpa menyebut siapa yang menyesatkan mereka).

Namun, hakikat tauhid dan hakikat ketuhanan ALLAH s.w.t. tetap, semuanya kembali kepada ALLAH s.w.t.. Namun, ada beza bagaimana kita berinteraksi kepada ALLAH s.w.t . dan bagaimana ALLAH s.w.t. berinteraksi dengan diriNya sendiri. Kita berinteraksi kepada ALLAH s.w.t. sebagai hamba yang perlu menjaga adab kehambaan di hadrahNya bukan sebagai tuhan yang berusaha untuk bersaing denganNya dari sudut kefahaman atau menyamainya dari sudut pengetahuan terhadap hakikat sifat-sifat dan urusanNya. Na'uzubillah...

Penghayatan penyatuan antara hakikat dan syariat tidak mampu difahami oleh akal yang kosong daripada hati yang berhubungan dengan ALLAH s.w.t., tetapi hanya mampu dihayati oleh hati yang murni dalam kehambaan diri kepadaNya. Di sinilah terlimpahnya cahaya Muhammadi atau zahirnya Hakikat Muhammadiyyah dalam diri seseorang, yang mampu melihat Al-Haq dalam Al-Khalq dan Al-Khalq dalam Al-Haq secara perasaan, bukan secara andaian dan gambaran.

Wallahu a'lam...

Isnin, 8 November 2010

Demi Tujuh Sumpah



Assalamu'alaikum,
 
Demi 7 sumpah.
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi,
Demi siang hari bila menampakkan diri,
Demi malam apabila ia menutupi,
Demi langit berserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaan ciptaannya…
ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya,
Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya
dan
Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya….”

[Al-Qur an,Surah Asy-Syams: ayat : 1 – 9 ]
 
 

Andaikata Ini Ramadhan Ku Yang Terakhir

Koleksi karya dalam Bicara Sufi pada Bulan Ramadhan 1430 yang lalu....

Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, Ya ALLAH, ya Tuhanku, ampunilah segala dosa2 dan kesalahan hambamu ini, yg berlalu, kini dan akan datang, yg sengaja dan tidak sengaja, yg zahir, ghaib dan batin, dari setiap tutur kata dan perkataan, natijah dari segala perbuatan, kelakuan dan iktikad, dari setiap kali nafas hambamu ini keluar dan masuk, dari kecil sehingga nafas terakhir, dari bangun tidur sehingga bangun tidur.....


Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, telah ku maafkan segala salah dan silap, telah ku halalkan segala makan-minum, telah ku halalkan segala hutang-piutang, apa yg terambil, terguna, terpakai oleh isteri dan anak-anakku, adik-beradik dan sanak keluarga, yg jauh dan dekat, sahabat, rakan dan ...taulan, yg kenal dan tidak kenal, dari dosa yg kecil sehinggalah yg sebesar-besarnya yg diizinkan ALLAH Taala aku memaafkannya...





Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, aku mendoakan ditunjuki jalan yg lurus, dibukakan hati utk mengenal ALLAH Taala sebenar-benar kenal utk adik-beradikku, saudara-mara, sahabat handai, rakan dan taulan, yg jauh dan dekat, para pembaca dan penyumbang Bicara Sufi, kerana alangkah ruginya hidup dlm dunia ini, alangkah 'sombongnya kita' jika Sang Pencipta kita sendiri tidak kita kenali...

Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, aku mendoakan dianugerahkan Lailatul Qadar kepada adik-beradikku, saudara-mara, sahabat handai, rakan dan taulan, yg jauh dan dekat, di tanah lelulur Malaysia dan di perantauan, ...... sesungguhnya bagi mereka yang beribadat, tidak tidur malam dan menunggu2 Lailatul Qadar dan dianugerahi-NYA Lailatul Qadar sahaja yang tahu akan kebesaran, keagungan, rahmat, nikmat pada malam tersebut...

Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, aku mendoakan agar diberikan petunjuk kepada mereka yang mencari kebenaran untuk menjumpai kebenaran yg hakiki dalam Islam, dikembalikan hati-hati orang Islam yg semakin jauh dr Islam kepada Islam, dilimpahi & diteguhi nur Islam, iman yang teguh dan aqidah yg mantap kepada pejuang-pejuang Islam, dijadikan anak-anak yang lahir selepas 1417 Hijrah sbg pejuang sebenar di jalan ALLAH....

Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, telah redha akan daku segala ketentuan Ilahi terhadapku, telah redha akan daku jika Dia ingin mengambil daku, kerana sesungguhnya Dialah yg maha pengasih, maha penyayang, maha mengetahui segala yg baik dan buruk atas diriku, anak-anak isteriku dan mereka di sekeliling daku...

Aku merindui saat, detik dan ketika aku bersama Mu suatu ketika dahulu...Aku dan engkau ibarat irama dan lagu, gurindam dan pantun, syair dan seloka..kini semua itu tinggal kenangan...

Aku terkenang-kenang akan rayuan, rintihan, sayuan dalam menggapai cinta Mu, titisan dan linangan air mata yang mengalir penuh kudus dan tulus kerana Mu...

Aku teringat-ingat pengorbanan aku menjayakan amanah Mu, ke sini sana, siang malam, bergolok gadai, memerah keringat, mengempiskan saku, menghadapi 1001 ujian, kini amanah Mu masih jauh dari sasaran....


Walau di mana diriku berada, walau di lautan api, walau diikat rapi leh tali berbesi dan bercemeti, walau dibungkus 1001 kain dan renjatan, walau diriku merangkak-rangkak penuh kesusahan, aku tidak pernah putus mengharap dari Mu
Aku tahu Engkau mendengar bicara hatiku, nukilan resah dalamanku, lontaran minda sepintas lalu, golakan perasaan yg tidak menentu, bantulah aku, tolonglah aku, hanya sanya, semata-mata Engkau bagiku, awal dan akhir, zahir dan batin, cukup segalanya bagiku hanya Engkau yang satu
Aku masih ternanti-nanti, kekekalan keberadaan diriMu dan keterusan ketiadaan diriku, tapi ia suatu yg tidak pasti, lantaran usaha dan amalku yg jauh panggang dari bara api...

Oh dunia, engkau hanya sementara pada diriku, tetapi engkau sememangnya cantik, menawan, mengiurkan, menghairahkan,...tak hairanlah 99.99 peratus manusia menghabiskan masa untukmu wahai dunia, sedangkan DIA yang kekal abadi tidak dikenali. Kalau kenal pun tidak, apatah kita bisa mahu mencintai-NYA....

susah nak mengaji, redha; hidup susah kena redha; sakit datang pun redha; banyak masalah redha; rambut makin kurang redha, mata makin kabur redha; datang yg baik redha; datang yg tak baik pun redha juga... 

Aku ni banyak noda dan dosa, hidup penuh pancaroba, dunia aku suka, hikmah dan silat carian di zaman muda, kenapa juga aku..... itulah kehendak-NYA kata Dia...