Ahad, 24 Julai 2011

Khurafat di Pulau Besar Melaka - Jabatan Agama Islam Melaka Kena Bertindak

Di kawasan Makam Tujuh Beradik

Assalamu'alaikum,

Masih bersambung dari kunjungan hamba ke Pulau Besar pada 9-10 Julai 2011.  Ini artikel kelima selepas Makam Sheikh Yusuf Siddiq, Gua Yunus, Makam Sheikh Ibrahim r.a. dan Makam Syarifah Rodziah.  Banyak gambar di sini hamba ambil pada hari Sabtu, 9 Julai 2011.  Sebahagian besar gambar di sini hamba ambil di Makam Tujuh Beradik. Kelihatannya apabila kerajaan negeri mewarwarkan Pulau Besar sebagai destinasi pelancongan, maka yang jelasnya adalah kegiatan khurafat di Pulau Besar ini semakin bertambah dan menjadi-jadi.  Makam Tujuh Beradik ini memuatkan tujuh beradik yang datang ke Pulau Besar dan ingin berguru di sini tetapi diceritakan kapal/perahu mereka tenggelam dan mereka mati sebelum sempat berguru di sini. Mengenangkan niat murni mereka itu, maka jenazah mereka disemadikan di sini. Yang keduanya, jenazah tujuh beradik di sini telah 'dipindahkan' ke dalam kawasan makam sekitar Kompleks Pemakaman Sultan Arifin... ada lagi tambahan versinya tetapi hamba tidak boleh cerita di sini. Yang ketiganya, orang terakhir yang dikebumikan di Makam Tujuh Beradik adalah Maulana Abdul Rahman Kutty dan bibiknya.  Maulana Abdul Rahman Kutty dikatakan seorang ulamak besar dari Singapura dan di kawasan makam tujuh beradiklah beliau dikebumikan selain bibiknya juga.


Ni semua kerja penganut agama Hindu - Pokok pun nak disembahnya

Colok, setanggi, bunga yang diletakkan di pangkal pokok

Yg ni pun masih dalam kawasan makam tujuh

Malangnya sebahagian golongan India Muslim juga buat perkara yang sama pada zahirnya

Dalam masa yang sama, kita harus mengakui dakwah kita kepada golongan bukan Islam masih perlahan


Ni Makam Tok Puteh, lihatlah colok yang dipasang di situ. Ada lagi gambar di Makam Nenek Kebayan dan Batu Belah, lain kali Insya-Allah.


Hamba kira Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) perlu bertindak kerana itu bidang tugas dan tanggungjawab mereka. Isu aqidah adalah isu teras dalam Islam, tiada kompromi. JAIM harus bertanggungjawab untuk memastikan kubur-kubur orang Islam tidak disalahgunakan untuk tujuan yang menyalahi agama Islam. Kalau JAIM tidak bertindak, golongan bukan Islam akan mengatakan, akan menganggap 'tak apa', tak ada salahnya mereka 'mengunjung', 'menyembah', 'buat macam2' kat kubur orang Islam.  Cuba anda bayangkan kalau kubur Atuk atau Moyang anda 'disembah', dibuat sedemikian rupa??? Anda tak marah???  Mereka orang lama di Pulau Besar memang memantau. Pernah 'patung' sudah mula didirikan di Makam Nenek Kebayan oleh penganut agama Hindu tetapi telah dimusnahkan oleh orang lama di Pulau ini. 

Pernah kononnya 'Keramat Ular' disembah oleh penganut agama Hindu, ini juga telah dimusnahkan. Mengikut cerita Tok Putih (seorang tua yang sudah lebih 30 tahun ke Pulau Besar) yang hamba jumpa pada 10 Julai 2011, mulanya mereka orang-orang lama menyusun batu-batu di bukit sebelah Makam Nenek Kebayan kerana takdak kerja.  Lepas susun batu-batu ini, ia kelihatan panjang dan jadi tempat mereka melepak, duduk dan bersembang di atas batu-batu ini. Lama kemudiannya apabila Pulau Besar mula dikunjungi penganut agama Hindu, mereka ini menyembah batu-batu ini kerana menganggap ia 'Keramat Ular' , kebetulan panjang batu-batu yang disusun ini seperti menyerupai ular. Jadinya, Tok Putih dan rakan-rakannya pun memusnahkan kembali keramat ular ini dengan membuang batu-batu itu agar tidak menyerupai ular lagi. Isunya adalah orang lama dan pengunjung setia Pulau Besar Melaka seperti hamba 'tiada kuasa' untuk membuat pagar dan mengunci makam-makam Makam Tujuh Beradik, Makam Tok Putih, Makam Tok Janggut dan Makam Nenek Kebayan. Maka Jabatan Agama Islam Melaka lah yang wajib bertindak dalam membuat pagar yang sesuai.

Yang keduanya kerajaan negeri Melaka  kena bertindak. Jangan asyik fikirkan tentang manfaat ekonomi semata-mata. Pulau Besar Melaka adalah tempat pengembangan agama Islam suatu ketika dahulu. Menjadikan Pulau Besar Melaka satu destinasi pelancongan 'adalah salah' kerana ia 'merosakkan' Pulau Besar. Sepatutnya kerajaan negeri Melaka menjadikan Pulau Besar Melaka sebagai pusat kegiatan agama Islam, mengambil kira aspek sejarah dan sumbangan Pulau Besar Melaka suatu ketika dahulu.  Hamba akan ulas berkaitan perkara ini kemudiannya, Insya-Allah.

Ada jalan mudah untuk membanteras khurafat dan kesyirikan di makam-makam orang Islam di Pulau Besar Melaka. Pagarkan sahaja Makam Tujuh Beradik sepertimana Makam Sultan Arifin. Jadinya, tak ada orang boleh masuk, boleh buat macam2. Makam Tok Putih, Makam Tok Janggut dan Makam Nenek Kebayan juga sepatutnya dipagarkan dan dikunci sebagaimana Makam Syarifah Rodziah. Maka, kegiatan colok, setanggi dan seumpamanya akan dapat dikurangkan dan dihapuskan.  Yang ketiganya, pegawai penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam Melaka seharusnya berterusan memantau kegiatan khurafat dan kesyirikan di Pulau Besar Melaka. Bekas-bekas yang menempatkan colok, setanggi dan sebagainya wajar dimusnahkan secara berterusan, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Lama kelamaan, dengan izin Allah, aktiviti mengarut ini akan dapat dihapuskan. 

Rancangan terbaik untuk membenteras khurafat dan kesyirikan di Pulau Besar Melaka adalah menjadikan Pulau Besar Melaka sebagai pusat kegiatan Islam sepertimana hamba ulas sebelumnya. Satu perkara yang jelas, kita (Ahli Sunnah Wal Jamaah) kekadang dilihat lembap, perlahan, tidak bersungguh-sungguh, terlalu bertoleransi dalam membanteras kegiatan khurafat dan kesyirikan yang berlaku. Ini memberikan peluang kepada golongan Wahhabi dan sekutunya untuk 'menyerang kita balik'.  

Wallahu'alam. Wassalam

2 ulasan:

  1. I think awak kena kaji lagi...

    BalasPadam
  2. Kaji tidak habis Tanpa Nama 309 petang... Syariat harus sepadu dengan hakikat....tidak boleh dibiarkan 'perbuatan ke arah kesyirikan berleluasa' walaupun DIA lebih tahu ttg siapa yg syirik... Syariat harus ditegakkan utk menjaga keluhuran agama.

    BalasPadam