TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 21 Julai 2011

Makam Syarifah Rodziah @ Siti Sarah di Pulau Besar Melaka


Assalamu'alaikum,

10 Julai 2011, hari Ahad, bersamaan 8 Syaaban 1432, hamba ziarah Makam Syarifah Rodziah di 'muka pintu' kawasan pemakaman Sultan Arifin. Ini Makam ke -26.  Hamba ziarah dalam jam 430 pagi, memang semua orang dah tidur. Kalau nak ziarah awal, kawasan ini di tepi jalan dan bising dengan orang lalu-lalang, jadi susah hamba nak sempurnakan ziarah hamba. Ini merupakan makam kedua hamba ziarah waktu pagi, makam pertama ziarah waktu pagi (waktu tahajud) adalah Makam Sheikh Yusuf Siddiq r.a.

Ada beberapa versi tentang makam ini. Nama rasmi di sini ialah Syarifah Rodziah, juga dipanggil  Siti Sarah @ Syarifah Siti Sarah @ Syarifah Habsah. Yang mana betul, carilah sendiri. Yang hamba pasti, dalam10 tahun hamba ke Pulau Besar, beliau seorang wanita yang hampir disisi Allah. Antara buktinya yang dikatakan orang adalah tiada binaan dapat dibina di atas makamnya, sesuai dengan permintaannya sendiri. Jika ada binaan yang dibina, maka ia akan runtuh tidak lama selepas itu. Justeru itulah dikatakan makamnya dibiarkan berbumbungkan langit.

Pernah juga hamba dengar cerita seorang pembesar negeri yang mengorek makamnya kerana 'dikatakan' menyimpan harta karun. Maka pekerja-pekerja ini pun mengorek makamnya dan yang ditemui hanya kain putih yang panjang. Apabila ditarik kain putih itu ke atas, maka ia terus keluar tak berhenti-henti, selagi ditarik, selagi itu ia keluar. Dengarnya, pekerja-pekerja yang buat benda ni sama ada mati atau gila pada akhirnya. Pembesar negeri itu juga dikatakan telah menerima balasannya di dunia ini. Malah, negeri Melaka juga 'dikatakan menerima balanya' apabila Makam Syarifah Rodziah dan makam2 lain dalam kompleks pemakaman Sultan Arifin 'diganggu' dan 'dirobohkan' oleh pihak sekian-sekian. Itu cerita orang-orang lama di sini.

Cuma hamba yakin Syarifah Rodziah adalah seorang wanita yang solehah, warak lagi zuhud semasa hidupnya. Ilmunya pasti luas dan tinggi.  Ini memandangkan makam beliau merupakan satu-satunya makam wanita yang 'terpelihara' sehingga kini di Pulau Besar. Antara makam-makam wanita di Malaysia, hamba kira makam Syarifah Rodziah adalah makam wanita paling popular dikunjungi manusia. Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Melaka mengunci pintu pagar makam ini. Pengunjung hanya dapat melihat dari luar pagar. Ini dapat menghalang pemujaan dan lain-lain kerja khurafat daripada berlaku.

Gambar ini hamba ambil waktu pagi

Hanya pagar yang memagari makam ini

sumber : http://mrsmmersing.blogspot.com/2011/06/misi-islam-di-nusantara-siapa-sharifah.html

Misi Islam di Nusantara :Siapa Sharifah Rodziah serta kaitan dengan Pulau Besar

OLeh Pak Syeikh (FB)

Nama asal Syarifah Siti Rodziah ialah Syarifah Siti Sarah.Beliau di lahirkan di Samudera Pasai, pada tahun 1447 M.Bapa beliau ialah Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro/Asmaraqandi/Al Hadrami/Sunan Nggesek bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.Bonda beliau ialah Syarifah Siti Fatimah/Puteri Cempaka Biru binti Sayyid Ali Nurul Alam/Ali Nurul Siam/Pateh Aria Gajah Mada/Sultan Qumbul  bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.Ini bermakna Bapa dan Bonda nya SEPUPU.Memang Keturunan Arab, mereka banyak berkahwin keluarga.

Beliau di besarkan di Pasai, di lingkungi olih banyak Ulama Pasai.Bapa nya Syeikhul Islam Pasai.Beliau anak tertua, Maulana Sayyid Ishaq yang beribukan Syarifah Siti Fatimah.Sebelum itu Maulana Sayyid Ishaq sudah berkawin dengan Puteri Sekardadu dari Kerajaan Blambangan,Jawa Timor.

Syarifah Siti Rodziah berkahwin dengan Maulana Sayyid Ibrahim Al Jailani.Maulana ini adalah Abang kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani.Perkahwinan Mereka ialah...Abang kawin Kakak dan Adek Lelaki kawin Adek Perempuan...atau di panggil  'KAWIN SERAI SERUMPUN'.Syarifah Siti Rodziah berkawin pada tahun 1463 M, di Samudera Pasai. Dari perkhawinan ini melahirkan 3 putera dan seorang Puteri iaitu :
 1.Maulana Syeikh  Ahmad Salim/Panglima Alang Daek Hitam/Syeikh Abdul Qadir Al Jailani 2.
 2.Syeikh  Ahmad Ibrahim.
 3.Syeikh  Ahmad Hisyam.
 4.Syarifah Siti Halijah.

Dipercayai Syarifah Rodziah adalah antara keturunan Sultan Arifeen. Beliau adalah seorang wanita yang cantik dan berpegang teguh kepada ajaran Islam sehingga disaat-saat akhir hidup beliau. Beliau telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyendiri, berwirid dan berzikir. Akhirnya apabila beliau meninggal dunia, beliau telah dikebumikan di bahagian hadapan Makam Sultan Arifeen sebagai tanda penghormatan kepada beliau.

Makam Syarifah Rodziah

Wali perempuan ini sebenarnya bernama Syarifah Habsah, makam beliau terletak di pulau besar, berdekatan pintu masuk halaman menuju ke surau dan makam Sultanul Aarifeen. Syarifah Habsah adalah puteri iaitu anak perempuan Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail. Beliau sebenarnya mempunyai 3 orang anak, iaitu seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Saudari kandung Syarifah Habsah ialah Syarifah Rodziah, dan makam Syarifah Rodziah terletak di Pekan Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan