TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 4 Julai 2011

Takziah Nabi Khidir A.S.

Assalamu'alaikum,



Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun". (Al-Kahfi 18:60).

Ayat 60 ini merupakan ayat pertama yang menjelaskan tentang peristiwa Nabi Musa A.S. dengan Nabi Khidir A.S dalam surah Al-Kahfi.  Antara yang boleh dipelajari atau difikirkan atau dikaji  dari ayat ini adalah:-

1)Mengapa tempat tujunya (Nabi Musa A.S.) adalah 'di tempat pertemuan dua laut itu'....Apakah maksud dua laut itu, apakah maksud pertemuan dua laut itu. Dua laut 'mungkin' mengkiaskan tentang dua jenis ilmu, satu yg dimiliki oleh Nabi Musa A.S. dan satu lagi dimiliki oleh Nabi Khidir A.S. Apakah ilmunya? Kalau anda membaca huraian bab ini dalam kitab-kitab, ada yang mensyarahkan sebagai ilmu syariat yang dimiliki oleh Nabi Musa A.S. dan Ilmu hakikat yang dimiliki oleh Nabi Khidir A.S, hakikatnya kedua-dua ilmu dimiliki oleh Allah Taala jua.

2)Pertemuan dua laut 'mungkin' bermaksud bagaimana menyatukan kedua-dua aliran ilmu ini walaupun Al-Quran juga menjelaskan bahawa air dari dua lautan yang bertemu itu tidak bercampur dan bukti saintifik juga menunjukkan begitu. Umumnya, kita nampak air laut ini 'bersatu', hakikatnya 'tidak bersatu', maksudnya ada pecahan yang jelas antara ilmu syariat dan ilmu hakikat. Walaupun ada perbezaan, untuk hidup dalam alam dunia ini, kita seharusnya menyatukan kedua-dua lautan ini, kedua-dua ilmu ini kerana zahirnya ia tidak berpecah cuma terpisah.

3)Apa pula yang dimaksudkan dengan istilah aku berjalan terus bertahun-tahun? Baca kitab tafsir ada maksudnya.  Cuma bagi faham hamba yang masih mentah dalam ilmu hakikat ini, ia juga bermaksud seorang salik jangan berhenti dalam berjalan dalam mendalami ilmu hakikat walaupun lama masanya. Apatah lagi dalam ayat Al-Quran di atas, kisah sebelumnya yang diriwayatkan menunjukkan Nabi Musa A.S. ingin mencari seorang yang lebih berilmu daripada baginda sebagaimana 'diberitahu Allah Taala kepada baginda' .  Apatah lagi kalau dibawa pada diri, jika mendapat petunjuk dan hidayah Allah untuk mencari guru mursyid yang murabbi, yang ditunjuki Allah kepada kita (atau tidak ditunjuki sekalipun), maka jangan jemu, jangan malas, jangan layu, jangan putus ada untuk 'berjalan', berusaha, moga-moga niat dan hajat kita yang baik itu dimakbulkan Allah walaupun bertahun-tahun lamanya.  Dan yang penting juga adalah fokus/matlamat semasa berjalan, di mana Nabi Musa A.S. tidak akan berhenti selagi belum bertemu dengan apa yang dicarinya itu. Maknanya, tetapkan matlamat, kesampingkan tujuan lain, dan jangan berhenti mencari ilmu yang benar, ilmu yang diredhai Allah walaupun bertahun-tahun lamanya.

4)Mengapa berteman? Pada hamba yang jahil ini, kalau kita baca kisah2 sufi, kita tidak tahu kita terlepas suatu musibah atau bahaya atau malapetaka itu (seperti kisah 3 org dalam gua atau dua orang terdampar di suatu pulau) atas rahmat kepada siapa, kepada kitakah? atau kepada kawan kitakah? Dan kita tidak tahu limpahan rahmat Ilahi kepada kita itu berasbab pada kita, kawan kita atau orang lain. Jadi dalam mencari jalan dan menuntut ilmu hakikat, maka tidak rugi berkawan, ajak kawan turut serta. Moga2 ada rahmat dalam berkawan ini. Kalau tak ada kawan, ajaklah sang isteri sebagai kawan, kan lebih molek tu..:-)... Zahirnya juga dengan berkawan, apa-apa yang kita lupa, kawan tolong ingatkan, kita kurang faham, kawan tolong jelaskan dan fahamkan...camtulah...Apatah lagi kalau ajak isteri sama dalam berjalan menuju Allah, tak perlu nak kita cerita balik, ulas balik, sama-sama belajar, sama-sama memahami, sama-sama merasa, sama-sama berkongsi...:-)

Takat tulah dahulu....tak rugi baca artikel di bawah dalam mendepani mereka-mereka yang .....


sumber : http://bahrusshofa.blogspot.com/search/label/Khidhir


Kisah takziah yang disampaikan oleh Nabi Khidhir AS kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat Junjungan Nabi SAW, bukanlah satu cerita rekaan semata-mata. Kisah tersebut mempunyai sumber asalnya daripada khazanah ilmu Islam, walaupun kesahihannya dipertikaikan. Imam al-Baihaqi rahimahUllah menyebutkan 2 hadits mursal yang membawa kisah takziah tersebut, dan beliau menyatakan:- "Kedua-dua sanad ini walaupun dho`if tetapi saling kuat menguatkan satu sama lain dan menjadi bukti bahawa kisah tersebut mempunyai asal (sumber) daripada hadits Ja'far". Perkataan Imam al-Baihaqi ini ese petik dari notakaki Syaikhul Azhar al-Imam ad-Duktur asy-Syaikh Abdul Halim Mahmud rahimahUllah pada tahqiq beliau bagi kitab "Lathaaiful Minan" halaman 97. Tuan-tuan juga bolehlah rujuk pada karya Imam al-Baihaqi yang masyhur "ad-Dalaailun Nubuwwah", nescaya akan berjumpa dengan riwayat kisah tersebut. Oleh itu, janganlah dihairankan sangat atau terus dikarutkan akan kisah takziah tersebut. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya, tetapi apa yang kita tidak tahu tidak semestinya salah atau karut. Ilmu itu amat luas dan tiadalah ilmu itu terbatas kepada 4 orang sahaja, iaitu Imam Ahmad, Ibnu Taimiyyah, Bin Wahab dan Ibnul Qayyim pegangan segelintir puak. Jangan miskinkan umat ini daripada ilmu dan ulama.

Kita lihat kisah takziah tersebut yang dikisahkan oleh seorang ulama besar yang antara gurunya ialah Imam Ibnu Daqiqil 'Eid rahimahUllah. Beliau yang kumaksudkan adalah asy-Syaikh al-Imam al-`Allaamah al-Muhaqqiq al-Mutqin al-Hafiz al-Faqih al-Adib an-Nahwi Fathuddin Abul Fathi Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ya'muri ar-Rab`i al-Andalusi al-Mishri rahimahUllah. Beliau masyhur dengan gelaran Ibnu Sayyidin Naas, nisbah kepada datuknya yang ke-12 iaitu Imam Sayyidin Naas bin Abul Walid. Beliau ini dilahirkan pada bulan Dzul Qa`idah tahun 671H di Kaherah, Mesir dan dibesarkan dalam keluarga ulama. Ayahanda beliau adalah salah seorang ulama besar ketika itu. Selain belajar daripada ayahandanya, pada usia 4 tahun lagi, beliau dibawa ayahanda menghadiri pengajian-pengajian ilmu dan majlis-majlis dzikir. Sikap mencintai ilmu ini yang disemai sedari kecil menyebabkan beliau amat bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan walaupun hadir sendirian walaupun usianya masih kecil. Keghairahannya menuntut ilmu menyebabkan beliau sanggup berpergian ke berbagai tempat demi mencari ilmu sehingga jumlah guru-gurunya hampir 1,000 orang ... Allahu ... Allah. Ibnu Sayyidin Naas menguasai berbagai disiplin ilmu pengetahuan seperti fiqh, hadits, sejarah dan bahasa.

Selain meninggalkan anak-anak murid yang ramai, Imam Ibnu Sayyidin Naas, turut meninggalkan berbagai karya, antaranya:-
  1. `Uyuun al-Atsar fi funuun al-maghaazi wasy-syamaail was-siyar;
  2. Nurul 'Uyuun fi Talkhish Siratil Amiinil Ma`muun SAW;
  3. Tahshilul Ishaabah fi Tafdhiil ash-Shahaabah;
  4. Busyral Labiib bi dzikril Habiib;
  5. Minahul Midah
  6. al-Maqaamaatul 'Aliyyah fil Karaamaatil Jaliyyah;
  7. an-Nafhusy Syadzi fi Syarhi Jaami`it Tirmidzi.
Imam al-Hafiz Ibnu Sayyidin Naas rahimahUllah kembali ke rahmatUllah pada pagi Sabtu 11 Sya'baan 734H. Telah melayati jenazah beliau oleh ramai manusia dan beliau dikebumikan di al-Qurafah di sebelah al-Hafiz Ibnu Abi Jamrah rahimahUllah. Moga Allah merahmati beliau, guru-guru beliau serta sekalian ulama dan sekalian umat Junjungan Nabi SAW.... al-Fatihah.

Maka kemudian daripada itu, tercatatlah dalam karya ulama ini yang berjodol "Nurul 'Uyuun fi Talkhish Siratil Amiinil Ma`muun SAW" halaman 133 sebagai berikut:-


.... Kemudian para sahabat mendengar satu suara dari arah pintu rumah Junjungan SAW berkata: "Jangan kamu mandikan dia, sesungguhnya dia suci dan disucikan. Kemudian mendengar pula mereka satu suara lain yang menyatakan: "Kamu mandikanlah baginda, sesungguhnya suara tadi adalah Iblis dan aku adalah al-Khidhir," dan dia memberikan ucapan takziah kepada mereka dengan katanya:- "Sesungguhnya pada Allahlah ketenangan atas setiap musibah (yakni carilah ketenangan/kesabaran tatkala menghadapi musibah dengan kembali kepada Allah), penggantian segala apa yang punah, pemerolehan segala apa yang luput, maka berpeganglah kamu dengan Allah dan hendaklah kamu berharap kepadaNya. Sesungguhnya yang mendapat musibah yang sebenar adalah orang yang ditegah daripada memperolehi pahala (yakni dia tidak mendapat pahala daripada musibahnya kerana dia tidak sabar atau redha tatkala mendapat musibah).
Allahu Allah, moga Allah jadikan kita insan bertaqwa yang sabar dan redha atas segala ujian, dugaan dan musibah. Moga dakwaan kita sebagai hamba Allah itu benar, bukan hamba yang berlagak tuan yang bebas merdeka mendurhakai tuannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan