TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 28 Julai 2011

Allah Wujud Tiada Bertempat

sumber : http://al-amindaud.blogspot.com/2010/06/allah-tiada-bertempat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+al-amindaud+%28Mohd+Al-Amin+Daud+Al-Azhari%29

Allah Wujud Tiada Bertempat..


Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung mensyarahkan ayat;
وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف:84

Maksudnya : Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi.

Tuhan di sini merujuk kepada Allah kerana ayat ini menggunakan ismul mausul ( الذي ). Isim mausul di dalam kaedah bahasa arab menunjukkan kepada ma'rifah iaitu Allah.


Beliau menyatakan di dalam tafsirannya tidak ada bagi Allah tempat kerana tempat itu ciptaannya. Tidak ada bagiNya tempat dan masa kerana keduanya makhluk (ciptaan Allah). Sila rujuk video di atas.


TAMBAHAN PENULIS.
Jika dikatakan Allah di langit maka bertentangan dengan ayat ini kerana Allah menyatakan di langit dan di bumi. Apakah Allah ada dua? Maka pandangan yang mendakwa Allah di langit atau di bumi atau di 'arasy semua terbatal. Oleh sebab itu ulama' ahlussunah mengkategorikan ayat sebegini sebagai ayat mutasyabihah. Kerana hakikatnya tiada bagi Allah tempat.
Allah tidak berhajat kepada makhluk tetapi makhluklah yang berhajat kepada Allah SWT. Inilah yang terkandung di dalam kalimah syahadah
لا اله إلا الله sepertimana yang dijelaskan oleh Imam as-Sanusi iaitu Abu Abdillah Muhammad Bin Yusuf as-Sanusi al-Hasani Rahimahullah (895H) pengarang kepada kitab akidah yang masyhur iaitu ummul barahin yang menjelaskan prinsip akidah ahlussunnah wal jamaah yang dinisbahkan kepada al-'Asyaairah wal Maturidiyyah. Kata beliau;
ويجمعُ معاني هذه العقائد كلها قول لا إله إلا الله محمد رسول الله إذ معنى الألوهية استغناء الاله عن كل ما سواه وافتقارُ كل ما عداه إليه
Maksudnya : Dikumpulkan makna akidah-akidah ini semuanya pada perkataan La ilaha illallah Muhammadurrasulullah kerana makna uluhiyyah ialah terkaya (tiada berhajat) Tuhan kepada yang lain daripadaNya dan berhajat segala sesuatu selainNya (Allah) kepadaNya.
Dijelaskan di dalam kitab al-'Aqaaid ad-Duriyyah syarah kepada matan as-Sanusiyyah oleh al-Ustaz al-Kamil as-Syeikh Muhammad al-Hashimi (salah seorang ulama' al-azhar as-Syarif) (m/s 22 dan 23) pada mensyarahkan makna sifat qiamuhu binafsih (tidak berhajat kepada yang lain) : dalil yang menetapkan qiamuhu Ta'ala binafsih dengan maksud tiada berhajat kepada tempat dan pencipta. Jika Allah berhajat kepada tempat (zat) maka jadilah Allah itu sifat kerana tidak berhajat kepada tempat itu kecuali sifat.
Pada hakikatnya prinsip akidah ahlussunnah sangat jelas iaitu Allah tidak bertempat. Kemudian datang syubuhah (keraguan) daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membawa masuk fahaman mujassimah dan musyabbihah yang telah ditolak oleh ulama' ahlussunnah suatu ketika dulu.
Benarlah kat guru kami Dr. Abdul Manam Hafizohullah (pensyarah UNISZA dan khalifah thariqah al-qaadiriah wal naqsyabandiyyah wakil negeri Terengganu) bahawa jika kita ingin mencari jemaah muktazilah atau jabariyyah atau qadariyyah atau musyabbihah pada zaman ini mungkin sudah tidak ada tetapi jangan kita ingat akidah mereka tidak menyelinap masuk ke dalam akidah mereka yang mengaku ahlussunnah.
Begitulah yang kita lihat pada hari ini. Mereka yang mendabik dada sebagai ahlussunnah dan salaf telah terpengaruh dengan fahaman mujassimah dan musyabbihah. Mereka ini pada suatu masa dahulu golongan yang sangat membenci Abu Hassan al-'Asyaari kerana beliau (Imam al-'Asyaari) merupakan wira ahulussunnah yang menentang akidah yang sesat lagi menyesatkan kaum mujassimah atau musyabbihah.
Maka dengan kebenciaan itu, golongan mujassimah merubah kitab dan menfitnah Imam Abu Hassan al-'Asyaari Rahimahullahu Ta'aala yang telah diijmak (disepakati) oleh sekalian ulama' Islam zaman berzaman adalah tokoh yang menyusun prinsip akidah ahlussunnah wal jamaah sepertimana yang tersebut di dalam al-mabaadi' al-'Asyarah (prinsip yang 10) ilmu usluddin.
Ayuh kita lihat apa kata Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani Rahimahullah dalam menjelaskan prinsip akidah ahlussunnah wal jama'ah.
وقال الحافظ ابن حجر العسقلاني في شرحه على صحيح البخاري(3): "أهل السنة فسروا التوحيد بنفي التشبيه والتعطيل "اهـ
Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaani di dalam syarah al-Bukhari : Ahlu sunnah mereka itu berjalan di atas tauhid dengan menafikan tasybih (ada keserupaan Allah dgn makhluk iaitu akidah wahabi/mujassimah/musyabbihah) dan ta'thil (menafikan sifat bagi Allah iaitu akidah muktazilah).
Akhir-akhir ini ramai yang memfitnah Imamuna as-Syafie Radhiallahu Ta'ala 'Anhu kononnya berakidah Allah bertempat seperti mereka. Di sini saya nuqilkan kalam beliau yang disalin oleh saya sendiri daripada kitab yang asal. Bukan copy paste sepertimana yang dilakukan oleh golongan wahabi. Sebab itu kita melihat hujjah mereka di mana-mana sama sahaja berbeza dengan ahlussunnah di mana hujjah yang digunakan pelbagai dan kepelbagaian itu menunjukkan keluasan ilmu ulama'-ulama' kita.
Berkata al-Imam Syafie Rahimahullah di dalam kitab al-kaukabul azhar syarah al-fqhul akbar m/s 79 cetakan al-maktabah at-tijariyyah mustofa ahmad al-baz makkatul mukarramah. Kata beliau di bawah tajuk as-syarhu qaul Allah Ta'ala ar-Rahman 'ala al-'arsy istawa.
Ketahuilah ! Semoga Allah memberi hidayah kepada kamu sesungguhnya Allah 'Azza wajalla tidak harus atasnya kaifiyyah,kammiyah dan ainiyyah..dan dalil atas yg demikian itu sesungguhnya bagi yang tidak ada seumpama baginya tidak mumkin dikatakan padanya kaifa huwa (bagaimana dia) dan bagi yang tidak ada bilangan baginya dikatakan baginya kam huwa (berapa dia) dan bg yg tiada tempat dikatakan baginya aina kaana (di mana dia). dan di dlm kitab Allah yg mulia apa yg menunjukkan di atas tauhid dan menafikan at-tasybih (perumpamaan dengan makhluk) firman Allah Ta'ala : laisa kamislihi syaiun wahuwa as-samiul basir -as-Syura 11 iaitu menafikan tempat dan jihat (arah) dan nafi permulaan. Tamat kalam al-Imam as-Syafie Rahimahullah.
Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal di atas pendustaan mereka terhadap al-Imam as-Syafie Rahimahullah.
Sahabat-sahabatku!
Akidah bukanlah suatu yang boleh dibuat main-main dan dipandang remeh kerana ia menentukan sah atau tidak amalan kita sepertimana firman Allah SWT ;
ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين
Maksudnya : Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai agama maka tidak sesekali akan diterima daripadanya dan dia di akhirat tergolong daripada kalangan orang yang rugi. (ali-'Imran 85).
al-Imam Maalik Rahimahullah pernah menyatakan ;
لا تصح العبادة إلا بمعرفة المعبود
Tidak sah ibadah kecuali dengan mengenali siapa yang disembah.
Akidah merupakan penentu kepada amalan kita diterima oleh Allah SWT. Jika rosak akidah maka rosaklah amalan kita seumpama sebatang pokok yang mati akarnya nescaya akan matilah batang dan cabang-cabangnya.
Semoga Allah memelihara kita daripada akidah yang faasidah (rosak) dan tetap di atas akidah ahlussunah wal jamaah yang telah diitlaqkan (dinisbahkan) kepada al-'Asyaairah wal maaturidiyyah sepertimana perkataan al-Imam az-Zabidi ;
إذا أطلق اهل السنة فالمراد بهم اﻷشاعرة والماتردية
Apabila disebut ahlussunnah maka murad (maksud) dengan mereka (ahulusunnah) ialah al-'Asyaairah dan al-Maaturidiyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan