TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 20 Julai 2011

Makam Sheikh Ibrahim r.a. di Pulau Besar

Assalamu'alaikum,

Tulisan ini merupakan sambungan daripada tulisan pertama dan tulisan kedua dalam ziarah hamba ke Pulau Besar pada 9-10 Julai 2011. Makam Sheikh Ibrahim r.a. merupakan Makam ke-25 hamba ziarah dalam siri ziarah ke makam-makam terpilih.  Masih 9 Julai 2011, cuma hari Islamnya dah bertukar ke 8 Syaaban 1432, selepas solat Isyak dan makan malam, hamba ziarah makam beliau yang ditempatkan dalam kawasan pemakaman yang sama dengan Sultan Ariffin Sheikh Ismail dan gurunya Sheikh Yusuf as-Siddiq.

Selepas Solat Isyak, ada makan percuma di kawasan surau. Ada hamba Allah yang membawa berpuluh2 kotak nasi bungkus dan diletakkan untuk dimakan di kawasan surau (bukan kawasan solat). Alhamdulillah, tak perlu ke gerai makan untuk menjamu selera. Nasi berlaukkan ayam dengan nasinya memang banyak, puas juga hamba nak habiskan. Kalau tak habis membazir, 'membazir itu saudara syaitan'. Hamba gagahkan jua untuk dihabiskan. Teringat hadis Nabi SAW yang menyuruh kita mengutip sisa makanan yang terjatuh di luar pinggan (ambil balik dan makan), mana tahu kalau keberkatan makanan itu ada pada makanan yang terjatuh itu. Begitu halus, seni dan indah ajaran Islam dalam mendidik umatnya dalam makan-minum. Tiada pembaziran, keseimbangan udara, makanan dan air di dalam perut, tertib dalam menyuap, doa sebelum, semasa dan selepas makan dan pelbagai lagi. Itulah kesempurnaan Islam yang dizahirkan oleh Rasulullah SAW.

Selepas urusan di Makam Sheikh Ibrahim r.a., hamba kembali ke surau untuk tidur di kawasan kaki limanya. Dalam surau memang boleh tidur kecuali beberapa saf hadapan yang dikosongkan untuk pengunjung beribadat. Cuma ada 'majlis ilmu' oleh satu kumpulan India Muslim yang baru sampai tidak memungkinkan hamba melabuhkan tirai di dalam surau. Badan memang agak letih kerana berjalan ke Gua Yunus dan kurang rehat dari semalam (Jumaat-8 Julai 2011).  Insya-Allah artikel seterusnya berkaitan Makam Syarifah Rodziah.


sumber : http://abgbest.blogspot.com/2009/11/rahsia-di-sebalik-pulau-besar-melaka.html
MAKAM SAIYID IBRAHIM (R.A)
Nama sebenar ialah Saiyid Ibrahim Ibn Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Merupakan abang kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Isteri beliau bernama Siti Sarah, puteri kepada Syeikh Yusuf As-Sidiq.  Saiyid Ibrahim (r.a) sangat cintakan Islam serta menghabiskan seluruh hayatnya bagi mengembangkan ajaran Islam di seluruh Kepulauan Melayu bersama abangnya.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Besar,_Melaka
Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 43 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan saudaranya Sheikh Ibrahim Abdul Qadir.

sumber : http://abgbest.blogspot.com/2009/11/rahsia-di-sebalik-pulau-besar-melaka.html
Di pulau ini juga bersemadi beberapa Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah Makam As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, Makam Syeikh Yusuf As-Sidiq, Makam Saiyid Ibrahim r.a, Makam Siti Sarah (juga dikenali sebagai Makam Syarifah Rodziah) serta Makam Tujuh Beradik. Terdapat juga beberapa makam yang lain antaranya Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan Makam Nisan Satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan