TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Hadis Nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis Nabi. Papar semua catatan

Ahad, 28 Mei 2017

HADIS MUSALSAL BIL MAHABBAH


*ُبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.*

❤ Allahu Akbar ❤

"Al-Habib Umar Bin Hafizh mengijazahkan kepada para hadirin sebuah hadis yang dinamakan HADIS MUSALSAL BIL MAHABBAH dengan sanad yang bersambung kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang diriwayatkan daripada Sayyidina Mu'adz Bin Jabal رضي الله عنه yang bermaksud:

"Wahai Mu'adz! Sesungguhnya aku mencintaimu. Janganlah engkau tinggalkan untuk membaca selepas setiap kali selesai solat (akan wirid ini) (dengan sebutan yang menggabungkan antara 2 riwayat):

اللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Wahai Tuhanku, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadat kepadaMu dengan baik.

Ada riwayat menyebut اللّٰهُمَّ أَعِنِّي dan ada juga riwayat menyebut رَبِّ أَعِنِّي

Kalian boleh gabungkan :

اللَّهُمَّ رَبِّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

ALLAHUMMA RABBI A'INNI 'ALA DZIKRIKA, WA SYUKRIKA WA HUSNI 'IBADATIK

(Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadahku kepadaMu)"

- ( Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafizahullah )

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
#iloverasulullah

❤ ۞  اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
    وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

Selasa, 22 April 2014

SEDIKIT MENGENAI TELAGA BARAHUT

Assalamu'alaikum. Dalam Tasawuf, tidak timbul isu Telaga Barahut...Kisah yang diceritakan itu juga tidak mustahil, malah ada banyak kisah lagi tentang telaga ini. Ramai ahli mukasyafah yang ada pengalaman tentang Telaga Barahut ini, tetapi mereka diam sahaja. Orang tidak mengaji tasawuf dan pakai logik akal, kekadang rugi tidak nampak keluasan ilmu Allah dan kebesaran sifat-NYA. 

PENJELASAN RINGKAS ISU KISAH TELAGA BARAHUT.
*sebutan yang tepat adalah Barahut, bukan Barhut.

A) HADIS, ATHAR DAN PANDANGAN ULAMA' BERHUBUNG TELAGA BARAHUT1. HADIS• Daripada Ibn Abbas R.Anhuma Rasulullah SAW bersabda:خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السَّقَمِ، وَاللَّهِ مَا عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءٌ شَرٌّ مِنْ مَاءِ بِئْرٍ بِوَادِي بَرْهُوتَ، كَرِجْلِ الْـجَرَادِ مِنَ الْـهَوَامِّ، يُصْبِحُ يَتَدَفَّقُ وَيُمْسِي لَا بِلَالَ بِهَا Maksudnya: “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam, padanya makanan daripada segala makanan, dan penawar bagi segala penyakit, dan seburuk-buruk air di muka bumi air di lembah Barahut berhampiran qubah Hadramaut seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang basahan.” [1]
• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasululalh SAW pernah bersabda:إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، حَضَرَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، جُعِلَتْ فِي حَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ، فَيُنْطَلَقُ بِهَا إِلَى بَابِ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَطْيَبَ مِنْ هَذِهِ، فَيُقَالَ: دَعُوهُ يَسْتَرِيحُ، فَإِنَّهُ كَانَ فِي غُمٍّ، فَيُسْأَلُ: مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَتْ فُلَانَةُ؟ وَأَمَّا الْكَافِرُ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، وَذَهَبَ بِهَا إِلَى بَابِ الْأَرْضِ، يَقُولُ خَزَنَةُ الْأَرْضِ، مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَنْتُنَ مِنْ هَذِهِ، فَتَبْلُغُ بِهَا إِلَى الْأَرْضِ السُّفْلَى Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman apabila datang waktu kematian nescaya datang Malaikat rahmat. Apabila diambil nyawanya, maka dijadikan pada sutera putih yang di bawa dengannya ke pintu langit dan mereka berkata: Kami tidak dapati bau yang lebih harum daripada ini. Maka dikatakan: tinggalkanlahnya untuk dia beristirehat, maka sesungguhnya dia berada dalam keadaan dukacita. Lantas ditanya apa yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulanah? Adapun orang kafir apabila diambil nyawanya dan dibawa dengannya ke pintu bumi, lalu berkata penjaga bumi: “Kami tidak dapati bau yang lebih busuk daripada ini, sehingga sampai kepada perut bumi yang terkebawah.” [2]
• Rasulullah SAW bersabda: أَنَّ فِيهَا أَرْوَاحَ الْكفَّار وَالْمـُنَافِقِينَ وَهِي بِئْرٌ عَادِيِةٌ قَدِيْمَةٌ عَمِيْقَةٌ فِي فَلَاةٍ وَوَادٍ مُظْلِمٍMaksudnya: “Sesungguhnya pada telaga Barahut terdapat roh-roh orang kafir dan Munafiq, ia merupakan telaga yang berbahaya, dalam, lama pada tempat yang jauh dan wadi (lembah) yang gelap.” [3]
2. ATHAR• Saidina Ali RA berkata:اَبْغَضُ الْبِقَاع إِلَى الله تَعَالَى وَادي بَرَهُوْتَ بِحَضْرَ مَوْتَ فِيهِ بِئْر مَاؤُهُ أَسْوَدُ مُنْتِنٌ تَأْوِى إِلَيْهِ أَرْوَاحُ الْكفَّارِMaksudnya: “Tempat yang paling dibenci Allah ialah wadi (lembah) Barahut di Hadramaut. Padanya telaga air hitam busuk dan menjadi himpunan perut orang kafir.”
• Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Najad daripada Ali Bin Abi Talib RA, katanya: خَيْرُ وَادِي النَّاسِ وَادَي مَكَّةَ، وَشَرُّ وَادِي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَافِ، وَادٍ بِحَضْرَمَوْت يُقَالُ لَهُ: بَرَهُوْت فِيهِ أَرْوَاحُ الكُفَّارِMaksudnya: “Sebaik-baik lembah kepada manusia ialah lembah Mekah, dan seburuk-buruk lembah manusia ialah lembah Ahqaf, iaitu lembah di Hadramaut, dikatakan dengan nama Barahut di mana terdapat padanya ruh-ruh orang kafir.” [4]
• Riwayat Ali bin Abi Thalib berkata:خَيْرُ وَادِيَيْنِ فِي النَّاسِ وَادِي مَكة وَوَادِي اِرَم بِأِرْضِ الِهنْدِ، وَشَرُّ وَادِيَيْن ِفي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَاف وَوَادِ بِحَضْرَمَوْت يُدْعَى بَرَهُوْت يُلْقَى فِيْهِ أَرْوَاحُ الْكُفَّارِMaksudnya: “Sebaik-baik dua wadi bagi manusia ialah, wadi Mekah dan Iram di bumi India. Seburuk-buruk dua wadi bagi manusia ialah wadi Ahqaf dan wadi Hadramaut yang dikenali sebagai Barahut, dicampak baginya roh orang kafir.” [5]
• Berkata Qatadah: Seorang lelaki menceritakan kepadaku, daripada Sa’id Ibn Musayyib daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, katanya:أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ تُجْمَعُ بِالْجـَابِيَتَيْنِ وَأَرْوَاحُ الْكُفَّارِ تُجْمَعُ بِبَرَهُوْتِ: سَبْخَةِ بِحَضْرَ مَوْتMaksudnya: “Arwah-arwah orang Mu’min akan dikumpulkan di al-Jabiyataini dan arwah-arwah orang kafir akan dihimpunkan di telaga Barahut (satu kawasan berhampiran di Hadramaut).” [6]
• Berkata Abu Hatim RA: Khabar ini diriwayatkan oleh Mu’az bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Qasamah bin Zuhair daripada Abi Hurairah secara marfu’اَلْـجَابِيَتَانِ بِالْيَمَنِ وَبَرَهُوْتُ مِنْ نَاحِيَةِ الْيَمَنِMaksudnya: “Al-Jabiyatan di Yaman dan Barahut daripada pihak Yaman.” [7]
• Daripada Sa’id Bin Musayyib, katanya: أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِأَرْضِ الجَابِيَةِ، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارُ بِسَبْخَةِ حَضْرَمَوْتMaksudnya: “Arwah-arwah orang mukmin di tanah al-Jabiah dan arwah-arwah orang kuffar di sabkhah di Hadramaut.” [8]
3. PANDANGAN ULAMA'Ramai ulama mengemukakan pandangan dan kisah berkenaan telaga Barahut, antaranya:
• Al-Asmu’ie berkata riwayat seorang lelaki Hadrami menyebut: أنا نجد من ناحية برهوت رائحة منتنة فظيعة جدا فيأتينا الخبر أن عظيما من عظماء الكفار ماتMaksudnya: “Sesungguhnya kami dapati di satu sudut telaga Barahut bau yang sangat busuk. Kemudian datang khabar kepada kami bahawa seorang pembesar kafir mati di situ. Dan kami dapatinya bau tersebut memang dari situ.” [9]
• Al-Zamakhsyari berkata: “Barahut ialah telaga di Yaman, dikatakan bahawa padanya ditempatkan ruh-ruh orang kafir, dan dinamakan negeri yang terletaknya telaga itu ialah Yaman.”
• Dihikayatkan seorang lelaki tidur berhampiran wadi Barahut dan berkata:كُنْتُ أَسْمَعُ طُوْلَ اللَيْلِ يَا دَوْمَة. يَا دَوْمَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِبَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ فَقَالَ: إِنَّ المَلَكَ المُوَكِّلَ بِأَرْوَاحِ الكُفَّارِ إِسْمُهُ دَوْمَهMaksudnya: “Aku mendengar sepanjang malam sebutan “Ya Daumah”. Lalu aku bertanya kepada ahli ilmu. Dia menjawab: “Sesungguhnya Malaikat yang diwakilkan untuk roh-roh orang-orang kafir namanya Daumah.”Cerita yang hampir sama diriwayatkan oleh Abban bin Taghlib. [10]
• Imam Syafie telah menyebut dalam mazhabnya: إنَّ المَاءَ المَكْرُوْهَ ثَمَانِيَةُ أَنْوَاعِ: اَلـْمُشَمَّسُ، وَشَدِيْدُ الحَرَارَةِ، وَشَدِيْدُ الْبُرُوْدَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ ثَمُوْدَ إِلَّا بِئْرُ النَاقَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ قَوْمِ لُوْط، وَمَاءُ بِئْرِ بَرَهُوْت، وَمَاءُ أَرْضِ بَابِل، وَمَاءُ بِئْرِ ذَرْوَانMaksudnya: “Sesungguhnya air yang makruh digunakan ada 8 jenis, antaranya: Air Musyammas, air yang sangat panas, air yang sangat sejuk, air dari perkampungan Thamud kecuali telaga Naqah, air perkampungan kaum Lut, air telaga Barahut, air bumi Babil dan air telaga Zarwan.”
• Sufian berkata: “kami telah bertanya penduduk Hadramaut, lantas mereka menjawab: “Tidak ada seorang yang mampu untuk tidur di kawasan tersebut pada waktu malam.” [11]
• Al-A’masy pernah berkata: “Adalah Mujahid tidak akan mendengar perkara yang pelik kecuali beliau pergi ke situ dan melihatnya sendiri. Beliau pernah pergi ke telaga Barahut di Hadramaut dan pergi ke Babil…… " [12]
• Abu Muhammad Abdullah bin Muslim al-Dainuri yang masyhur dengan gelaran Ibn Qutaibah berkata: “Semua ruh ahli neraka ditelaga di kawasan Hadramaut dikenali sebagai Barahut.” [13]
• Ibn Uyainah berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku seorang lelaki berada pada waktu petang berhampiran telaga Barahut, katanya: “Seolah-olah padanya terdapat suara-suara yang bertelingkah dan aku tanya penduduk Hadramaut tentang itu, mereka menjawab: “Tidak mampu seseorang berada di situ pada waktu petang. [14]
• Dalam Kitab al-Mustathraf fi Kulli Fanni al-Mustazraf oleh Syihabuddin Muhammad Bin Ahmad al-Absyihi hlm, 420, seperti berikut: “Telaga Barahut terletak di Hadramaut dimana Nabi SAW bersabda: “Ia adalah himpunan roh orang kafir.” [15]
TARJIHSelepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.
**********************************************
B) KISAH TELAGA BARAHUT
Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.
Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.
Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.
Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?
Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.
Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.
Untuk membenarkan cerita ini, disebutkan di dalam sebuah hadis. Nabi SAW bersabda:لاَ يَدْخُلُ الْـجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍMaksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” [16]
SUMBER KISAH INI,
Saya akan menyebut isu ini secara point untuk memudahkan kefahaman.
1. Kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi dan memuatkannya dalam buku Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman), kitab himpunan hadis jilid pertama yang saya susun.
2. Saya begitu yakin kepada al-Imam al-Zahabi yang banyak mengkaryakan sirah Rasulullah dan sejarah Islam melalui beberapa bukunya seperti Tarikh al-Islami dan juga Siyar ‘a’lam al-Nubala’. Saya telah menyebut biografi Syeikhul Muhaddithin Imam al-Zahabi secara ringkas di dalam buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' untuk sama-sama difahami oleh pembaca yang mana beliau merupakan Tuan Guru dan ulama yang amat terkenal dalam bidang hadis, sejarah, dan lain-lain berdasarkan pujian tokoh-tokoh ulama silam, seperti Ibn Kathir dan lain-lain.
3. Kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati serorang lelaki di kalangan yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahuo di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Dimanakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Dibawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Georafiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.
4. Ulama Islam bermazhab Syafie yang terkenal Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair.
ULASAN SAYA (Dr.Zulkifli Al-Bakri)
Mungkin ada sebahagian asatizah yang menggunakan hujah berdasar kepada pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, antara lain berpendapat: "Dimulakan kisah ini dengan kenyatan pengarang (Imam al-Zahabi) dengan perkataan Hukiya (حكي) yang memberi maksud dihikayatkan. Di dalam bahasa istilah ulama Sighah Mabni lil Majhul merupakan Sighah Tamrid (sakit dan dhaif) yakni tidak kuat dan dia termasuk daripada riwayat yang batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat) kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera."
• Saya secara peribadi boleh menerima kisah yang dinukilkan oleh Imam al-Zahabi kerana ia bukanlah hadis tetapi penceritaan yang diterima daripada yang terdahulu.
• Disebut dengan perkataan hukiya (حكي) yang memberi maksud 'dihikayatkan' menunjukkan betapa Imam al-Zahabi begitu mencermati dalam menyampaikan maklumat supaya statusnya bukanlah menjadi hujah qat’i tetapi lebih kepada mau’izah (peringatan) semata-mata. Justeru, tidak ada masalah untuk mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya sebagai dalil.
• Cukuplah dengan penukilan daripada ramai ulama, seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan pujian para ulama terhadap kitab al-Kabair, membuatkan kita thiqah dengan Imam al-Zahabi.
PENUTUP
Saya tidaklah mahu polemik ini lebih kepada perselisihan pendapat dan mengikut emosi tanpa bertunjangkan ilmu dan juga kefahaman yang sebenar. Justeru kami menerbitkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' sebagai mengulas secara langsung apa yang dikatakan oleh al-Fadhil Ustaz Don berdasarkan hujahan dan rujukan kitab.
Buku ini bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi hanyalah ingin memberi penjelasan dan pencerahan dengan lebih terperinci. Penulis berterima kasih kepada Sahib al-Fadhilah Ustaz Don yang juga telah berkerjasama dalam memberi penjelasan berkaitan isu ini mengikut cara dan kefahaman masing-masing.
Bagi mendapat penjelasan lanjut, boleh mendapatkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' terbitan Pustaka Cahaya Kasturidi Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 pada 24 April - 4 Mei ini. Boleh bertemu saya dan sahabat2 PCK di booth G05-G06. Wallahua'lam.
NOTA KAKI
[1] Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir (11167) dan al-Ausat (3912, 8219), dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtar (2/114/67). Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid (3/289): “Rijalnya thiqah”. Dan dihasankan oleh al-Albani dalam Sahihnya (1056) dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1161) dan Sahih al-Jami’ (3322). Dan berkata Ibn Hajar. Rawi-rawinya adalah perawi yang thiqah dan pada sebahagian mereka dipertikaikan, akan tetapi dikuatkan dengan mutaba’at (sokongan dan dokongan daripada riwayat yang lain)
[2] Riwayat al-Nasaie (11924), Ibn Hibban dalam sahihnya (3294) dan al-Albani dalam Ta’liq al-Targhib menyatakan sahih dan Syeikh Syu’aib al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih mengikut syarat Syaikhan (Bukhari Muslim).
[3] Hadis ini disebut oleh al-Qazwaini dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi
[4] Disebut oleh al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (232) dan diriwayatkan daripada Ali RA semisal dengannya dengan lafaz yang banyak, dan diriwayatkan oleh Abd Razzaq dalam al-Musannif (9118), al-Azraqi dalam Akhbar Mekah (40/2), Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (1/468) dan selainnya. Dan lihat dalam Ahwal al-Kubur oleh Ibn Rajab hlm (118) daripada banyak riwayat. Dan dikeluarkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya (2/344-345) daripada jalur Ibn Abi Dunya secara mauquf kepada Sa’id Bin Musayyib.
[5] Lihat Tafsir al-Qurtubi hlm 190
[6] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur
[7] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur
[8] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur
[9] Lihat Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadis 1/357, dan dinukilkan juga oleh Yakut al-Hamawi dalam Mu’jam al-Buldan 2/321. Lihat juga dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi hlm (64)
[10] Lihat Ibn Qayyim dalam al-Ruh hlm 277. Ibn Rajab dalam al-Ahwal hlm 118, al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur 236-237 dan al-Qazwaini dalam Aja’ib al-Buldan daripadanya dinukilkan oleh al-‘Aidrusi sebagaimana disebut dalam al-Nur al-Safir hlm 64.
[11] Ini dikeluarkan oleh Ibn Mandah sebagaimana dihikayatkan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh hlm 277dan al-Suyuti hlm 237.
[12] lihat al-Zahabi dalam al-Siyar 20/456.
[13] Lihat kitab Ta’bir al-Ru’ya oleh Ibn Qutaibah.
[14] Lihat Gharib al-Hadis 1/357.
[15] Hadis ini hampir sama diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan sanad yang hasan.
[16] Riwayat Muslim (2556) dan Abu Daud (45)

Selasa, 18 Februari 2014

Sebahagian hadits-hadits sahih imam Bukhari dan Muslim yang didhaifkan Albani




Tulisan Ustazah Shofiyyah An-Nuuriyyah :

Berikut ini sebagian hadits-hadits sahih imam Bukhari dan Muslim yang didhaifkan Albani :

Hadits pertama :

قال الله تعالى : ثلاثة أنا خصمهم يوم القيامة : رجل أعطى بي ثم غدر ، ورجل باع حرا فأكل ثمنه ، ورجل استأجر أجيرا فاستوفى منه ولم يعطه أجره

"Albani berkata: "Hadis ini dhaif" (Dhaif al-Jami' ash-Shaghir No 4054). Hadis ini Diriwayatkan oleh al-Bukhari No 2114"

Hadits kedua :

لا تذبحوا إلا بقرة مسنة ، إلا أن تتعسر عليكم فتذبحوا جذعة من الضأن

"Albani berkata: "Hadis ini dhaif" (Dhaif al-Jami' ash-Shaghir No 6222). Hadis ini Diriwayatkan oleh Muslim No 1963"

Hadits kedtiga :

إن من شر الناس عند الله منزلة يوم القيامة الرجل يفضي إلى امرأته ، وتفضي إليه ثم ينشر سرها

"Albani berkata: "Hadis ini dhaif" (Dhaif al-Jami' ash-Shaghir No 2005). Hadis ini Diriwayatkan oleh Muslim No 1437"

Hadits keempat :

إذا قام أحدكم من الليل فليفتتح صلاته بركعتين خفيفتين

"Albani berkata: "Hadis ini dhaif" (Dhaif al-Jami' ash-Shaghir No 719). Hadis ini Diriwayatkan oleh Muslim No 769"

Hadits kelima :

أنتم الغر المحجلون يوم القيامة ، من إسباغ الوضوء ، فمن استطاع منكم فليطل غرته وتحجيله

"Albani berkata: "Hadis ini dhaif" (Dhaif al-Jami' ash-Shaghir No 1425). Hadis ini Diriwayatkan oleh Muslim No 246"

Hadits keenam :

إن من أعظم الامانة عند الله يوم القيامة الرجل يفضي إلى امرأته

"Albani berkata: "Hadis ini dhaif" (Dhaif al-Jami' ash-Shaghir No 1986). Hadis ini Diriwayatkan oleh Muslim No 1437"

Hadits ketujuh :

من قرأ العشر الاواخر من سورة الكهف عصم من فتنة الدجال

"Albani berkata: "Hadis ini dhaif" (Dhaif al-Jami' ash-Shaghir No 1986). Hadis ini Diriwayatkan oleh Muslim No 1437"

Hadits kedelapan :

كان له صلى الله عليه وسلم فرس يقال له اللحيف

"Albani berkata: "Hadis ini dhaif" (Dhaif al-Jami' ash-Shaghir No 4489). Hadis ini Diriwayatkan oleh al-Bukhari No 2855"

Dan masih banyak lagi hadits-hadits sahih imam Bukhari dan Muslim yang didhaifkan Albani. Silakan kaum wahabi, pencerahannya...

* * * * * *

Mohon jauhi fahaman wahhabi-syiah-hizbut tahrir-liberal-sekular ya.

Mohon ziarahi :

http://www.aswj-rg.com/

http://jomfaham.blogspot.com/

Khamis, 1 Ogos 2013

Hadis Melihat Allah (Sahih Muslim)


sumber : Tuan Abal Muaz Zulkarnnain


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, apakah kami dapat melihat Tuhan kami pada hari kiamat? Rasulullah saw. bersabda: Apakah kalian terhalang melihat bulan di malam purnama? Para sahabat menjawab: Tidak, wahai Rasulullah. Rasulullah saw. bersabda: Apakah kalian terhalang melihat matahari yang tidak tertutup awan? Mereka menjawab: Tidak, wahai Rasulullah. Rasulullah saw. bersabda: Seperti itulah kalian akan melihat Allah. Barang siapa yang menyembah sesuatu, maka ia mengikuti sembahannya itu. Orang yang menyembah matahari mengikuti matahari, orang yang menyembah bulan mengikuti bulan, orang yang menyembah berhala mengikuti berhala.

Tinggallah umat ini, termasuk di antaranya yang munafik. Kemudian Allah datang kepada mereka dalam bentuk selain bentuk-Nya yang mereka kenal, seraya berfirman: Akulah Tuhan kalian. Mereka (umat ini) berkata: Kami berlindung kepada Allah darimu. Ini adalah tempat kami, sampai Tuhan kami datang kepada kami. Apabila Tuhan datang, kami tentu mengenal-Nya. Lalu Allah Taala datang kepada mereka dalam bentuk-Nya yang telah mereka kenal. Allah berfirman: Akulah Tuhan kalian. Mereka pun berkata: Engkau Tuhan kami. Mereka mengikuti-Nya.

Dan Allah membentangkan jembatan di atas neraka Jahanam. Aku (Rasulullah saw.) dan umatkulah yang pertama kali melintas. Pada saat itu, yang berbicara hanyalah para rasul. Doa para rasul saat itu adalah: Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah. Di dalam neraka Jahanam terdapat besi berkait seperti duri Sakdan (nama tumbuhan yang berduri besar di setiap sisinya). Pernahkah kalian melihat Sakdan? Para sahabat menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Rasulullah saw. melanjutkan: Besi berkait itu seperti duri Sakdan, tetapi hanya Allah yang tahu seberapa besarnya. Besi berkait itu merenggut manusia dengan amal-amal mereka. Di antara mereka ada orang yang beriman, maka tetaplah amalnya. Dan di antara mereka ada yang dapat melintas, hingga selamat. Setelah Allah selesai memberikan keputusan untuk para hamba dan dengan rahmat-Nya Dia ingin mengeluarkan orang-orang di antara ahli neraka yang Dia kehendaki, maka Dia memerintah para malaikat untuk mengeluarkan orang-orang yang tidak pernah menyekutukan Allah. Itulah orang-orang yang dikehendaki Allah untuk mendapatkan rahmat-Nya, yang mengucap: "Laa ilaaha illallah". Para malaikat mengenali mereka di neraka dengan adanya bekas sujud.

Api neraka memakan tubuh anak keturunan Adam, kecuali bekas sujud. Allah melarang neraka memakan bekas sujud. Mereka dikeluarkan dari neraka, dalam keadaan hangus. Lalu mereka disiram dengan air kehidupan, sehingga mereka menjadi tumbuh seperti biji-bijian tumbuh dalam kandungan banjir (lumpur). Kemudian selesailah Allah Taala memberi keputusan di antara para hamba. Tinggal seorang lelaki yang menghadapkan wajahnya ke neraka. Dia adalah ahli surga yang terakhir masuk. Dia berkata: Ya Tuhanku, palingkanlah wajahku dari neraka, anginnya benar-benar menamparku dan nyala apinya membakarku. Dia terus memohon apa yang dibolehkan kepada Allah. Kemudian Allah Taala berfirman: Mungkin, jika Aku mengabulkan permintaanmu, engkau akan meminta yang lain. Orang itu menjawab: Aku tidak akan minta yang lain kepada-Mu. Maka ia pun berjanji kepada Allah. Lalu Allah memalingkan wajahnya dari neraka. Ketika ia telah menghadap dan melihat surga, ia pun diam tertegun, kemudian berkata: Ya Tuhanku, majukanlah aku ke pintu surga. Allah berkata: Bukankah engkau telah berjanji untuk tidak meminta kepada-Ku selain apa yang sudah Kuberikan, celaka engkau, hai anak-cucu Adam, ternyata engkau tidak menepati janji. Orang itu berkata: Ya Tuhanku! Dia memohon terus kepada Allah, hingga Allah berfirman kepadanya: Mungkin jika Aku memberimu apa yang engkau pinta, engkau akan meminta yang lain lagi. Orang itu berkata: Tidak, demi Keagungan-Mu. Dan ia berjanji lagi kepada Tuhannya. Lalu Allah mendekatkannya ke pintu surga. Setelah ia berdiri di ambang pintu surga, ternyata pintu surga terbuka lebar baginya, sehingga ia dapat melihat dengan jelas keindahan dan kesenangan yang ada di dalamnya. Dia pun diam tertegun. Kemudian berkata: Ya Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam surga. Allah Taala berfirman kepadanya: Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta selain apa yang telah Aku berikan? Celaka engkau, hai anak cucu Adam,betapa engkau tidak dapat menepati janji! Orang itu berkata: Ya Tuhanku, aku tidak ingin menjadi makhluk-Mu yang paling malang. Dia terus memohon kepada Allah, sehingga membuat Allah Taala tertawa (rida). Ketika Allah Taala tertawa Dia berfirman: Masuklah engkau ke surga. Setelah orang itu masuk surga, Allah berfirman kepadanya: Inginkanlah sesuatu! Orang itu meminta kepada Tuhannya, sampai Allah mengingatkannya tentang ini dan itu. Ketika telah habis keinginan-keinginannya, Allah Taala berfirman: Itu semua untukmu, begitu pula yang semisalnya (Sahih Muslim 267)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwa kaum muslimin pada masa Rasulullah saw. bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kami dapat melihat Tuhan kami di hari kiamat? Rasulullah saw. bersabda: Ya! Kemudian beliau melanjutkan: Apakah kalian terhalang melihat matahari di siang hari yang cerah, yang tidak ada awan sedikit pun? Apakah kalian terhalang melihat bulan pada malam purnama yang cerah tanpa awan sedikit pun? Kaum muslimin menjawab: Tidak, wahai Rasulullah. Rasulullah saw. bersabda: Kalian tidak akan terhalang melihat Allah Taala pada hari kiamat, sebagaimana kalian tidak terhalang melihat salah satu dari matahari dan bulan.

Ketika hari kiamat terjadi, ada penyeru yang mengumumkan: Setiap umat hendaklah mengikuti apa yang dahulu disembah. Maka tidak tersisa orang-orang yang dahulu menyembah selain Allah yakni berhala, kecuali mereka berjatuhan ke dalam neraka. Hingga yang tinggal hanya orang-orang yang menyembah Allah ada yang baik dan ada yang jahat serta sisa-sisa Ahli Kitab, maka dipanggillah orang-orang Yahudi. Mereka ditanya: Apa yang dahulu kalian sembah? Mereka menjawab: Kami menyembah Uzair anak Allah. Dikatakan: Kalian salah! Allah tidak menjadikan seorang pun sebagai sahabat atau anak. Lalu apa yang kalian inginkan? Mereka menjawab: Kami haus, ya Tuhan kami berilah kami minum. Lalu ditunjukkan pada mereka: Kenapa kalian tidak datang ke sana? Mereka digiring ke neraka, seolah-olah neraka itu fatamorgana yang saling menghancurkan. Mereka pun berjatuhan ke dalam neraka.

Kemudian orang-orang Kristen dipanggil. Mereka ditanya: Apa yang dahulu kalian sembah? Mereka menjawab: Kami menyembah Isa Almasih anak Allah. Dikatakan kepada mereka: Kalian salah! Allah tidak menjadikan seorang pun sebagai sahabat atau anak. Apa yang kalian inginkan? Mereka menjawab: Kami haus ya Tuhan, berilah kami minum. Lalu ditunjukkan pada mereka: Kenapa kalian tidak datang ke sana? Mereka digiring ke neraka Jahanam, seolah-olah neraka itu fatamorgana yang saling menghancurkan. Mereka pun berguguran ke dalam neraka.

Ketika yang tinggal hanya orang-orang yang dahulu menyembah Allah Taala (yang baik dan yang jahat), maka Allah datang kepada mereka dalam bentuk yang lebih rendah daripada bentuk yang mereka ketahui. Dia berfirman: Apa yang kalian tunggu? Setiap umat mengikuti apa yang dahulu disembah. Mereka mengucapkan: Ya Tuhan kami, di dunia kami memisahkan diri dari orang-orang yang sebenarnya sangat kami butuhkan (untuk membantu kehidupan di dunia) dan kami tidak mau berkawan dengan mereka (karena menyimpang dari jalan yang digariskan oleh agama). Allah berfirman: Akulah Tuhan kalian! Mereka mengucap: Kami mohon perlindungan kepada Allah darimu. Kami tidak akan menyekutukan Allah dengan apapun (ini diucapkan dua atau tiga kali), sampai sebagian mereka hampir-hampir berubah (berbalik dari kebenaran, karena cobaan berat yang berlaku saat itu). Allah berfirman: Apakah antara kalian dan Dia ada tanda-tanda, sehingga dengan demikian kalian dapat mengenal-Nya? Mereka menjawab: Ya, ada. Lalu disingkapkanlah keadaan yang mengerikan itu. Setiap orang yang hendak bersujud kepada Allah dengan keinginan sendiri, pasti mendapat izin Allah. Sedangkan orang yang akan bersujud karena takut atau pamer, tentu Allah menjadikan punggungnya menyatu (sehingga tidak dapat sujud). Setiap kali hendak sujud, ia terjungkal pada tengkuknya. Kemudian mereka mengangkat kepala mereka, sementara itu Allah telah berganti rupa dalam bentuk yang mereka lihat pertama kali. Allah berfirman: Akulah Tuhan kalian. Mereka menyahut: Engkau Tuhan kami. Kemudian suatu jembatan dibentangkan di atas neraka Jahanam dan syafaat diperbolehkan. Mereka berkata: Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah. Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, apakah jembatan itu? Rasulullah saw. bersabda: Tempat berpijak yang licin (menggelincirkan). Padanya terdapat besi berkait dan besi berduri. Di Najed ada tumbuhan berduri yang disebut Sakdan. Seperti itulah besi-besi berkaitnya. Orang-orang mukmin melewati jembatan tersebut ada yang secepat kejapan mata, ada yang seperti kilat, seperti angin, seperti burung, seperti kuda atau unta yang kencang larinya.

Mereka terbagi menjadi tiga kelompok, golongan selamat sama sekali, golongan yang terkoyak-koyak tapi dapat bebas dan golongan yang terjerumus ke dalam neraka Jahanam. Pada saat orang-orang mukmin telah terbebas dari neraka, maka demi Zat yang menguasai diriku, tidak ada orang yang sangat menaruh perhatian dalam meraih kebenaran, melebihi orang-orang mukmin yang mencari kebenaran kepada Allah demi kepentingan saudara-saudara mereka yang masih berada di neraka. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, mereka dahulu berpuasa bersama kami, salat dan beribadah haji. Lalu difirmankan kepada mereka: Keluarkanlah orang-orang yang kalian kenal. Maka wajah mereka diharamkan atas neraka. Mereka mengeluarkan banyak orang dari neraka. Ada yang sudah terbakar hingga separuh betisnya dan ada yang sudah sampai ke lututnya.

Orang-orang mukmin itu berkata: Ya Tuhan kami, di dalam neraka tidak ada lagi seorang pun yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan. Allah berfirman: Kembalilah (lihatlah kembali)! Barang siapa yang kalian temukan di hatinya ada kebaikan meski hanya seberat dinar. Keluarkanlah. Kemudian mereka dapat mengeluarkan banyak orang. Lalu mereka berkata:

Ya Tuhan kami! Kami tidak tahu apakah di neraka masih ada orang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan. Allah berfirman: Kembalilah (lihatlah kembali)! Barang siapa yang kalian temukan di hatinya ada kebaikan maski hanya seberat setengah dinar, keluarkanlah. Mereka dapat mengeluarkan lagi banyak orang.
Setelah itu mereka berkata: Ya Tuhan kami! Kami tidak tahu, apakah di sana masih ada seseorang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan. Allah berfirman: Kembalilah (lihatlah kembali)! Barang siapa yang kalian temukan di dalam hatinya terdapat kebaikan meski hanya seberat atom, keluarkanlah. Lagi-lagi mereka dapat mengeluarkan banyak orang.

Kemudian mereka berkata: Ya Tuhan kami. Kami tidak tahu apakah di sana masih ada pemilik kebaikan. Abu Said Al-Khudri berkata: Jika kalian tidak mempercayaiku mengenai hadis ini, maka bacalah firman Allah:  Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar atom. Dan jika ada kebaikan sebesar atom, niscaya Allah akan melipat-gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.  Allah Taala berfirman: Para malaikat telah memohon syafaat, para nabi telah memohon syafaat dan orang-orang mukmin juga telah memohon syafaat. Yang tinggal hanyalah Zat yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang. Lalu Allah mengambil dari neraka dan mengeluarkan dari sana sekelompok orang yang sama sekali tidak pernah beramal baik. (Saat itu) mereka telah menjadi arang hitam. Mereka dilempar ke sebuah sungai dekat mulut surga, yang disebut Sungai Kehidupan. Kemudian mereka keluar seperti tumbuhan kecil keluar dari lumpur banjir. Bukankah kalian sering melihat tumbuhan kecil di sela-sela batu atau pohon, di mana bagian yang terkena sinar matahari akan berwarna sedikit kuning dan hijau, sedangkan yang berada di keteduhan menjadi putih? Para sahabat menyela: Seolah-olah baginda dahulu pernah menggembala di dusun.

Rasulullah saw. meneruskan: Lalu mereka keluar bagaikan mutiara. Di leher mereka ada kalung, sehingga para ahli surga dapat mengenali mereka. Mereka adalah orang-orang yang dibebaskan Allah, yang dimasukkan oleh Allah ke dalam surga, tanpa amal yang mereka kerjakan dan tanpa kebaikan yang mereka lakukan. Kemudian Allah berfirman: Masuklah kalian ke dalam surga. Apapun yang kalian lihat, itu adalah untuk kalian. Mereka berkata: Ya Tuhan kami, Engkau telah memberi kami pemberian yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun di antara orang-orang di seluruh alam. Allah berfirman: Di sisiku ada pemberian untuk kalian yang lebih baik daripada pemberian ini. Mereka berkata: Ya Tuhan kami, apa lagi yang lebih baik daripada pemberian ini? Allah berfirman: Rida-Ku, sehingga Aku tidak akan murka kepada kalian sesudah itu, selamanya (Muslim 269)

Rabu, 26 Jun 2013

7 Jenis Pahala Yang Berterusan Walaupun Sudah Meninggal Dunia

sumber : http://www.myheppi.com/article/10/7-jenis-pahala-yang-berterusan-walaupun-sudah-meninggal-dunia


7 Jenis Pahala Yang Berterusan Walaupun Sudah Meninggal Dunia


7 JENIS PAHALA YANG AKAN BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA.

Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara:

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya

Rabu, 8 Ogos 2012

Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal...

Assalamu'laikum


Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim).


Ini antara hadis Nabi SAW yang menusuk ke dalam kalbu hamba, menggoncang minda hamba, menyebabkan hamba berfikir dengan begitu serius kehidupan hamba satu persatu...Tepat sekali hadis Nabi SAW ini. Benar sekali kata-kata junjungan SAW. Banyak juga kehidupan hamba dan keluarga yang mengikut kehidupan Yahudi dan Nasrani.  Sama ada kita sedar atau tidak sedar, Yahudi dan Nasrani setelah kalah perang Salib telah mengubah strategi dan taktik peperangan mereka dengan orang Islam.  Mereka mengkaji Al-Quran ayat demi ayat, perintah demi perintah, larangan demi larangan dan akhirnya melancarkan strategi dan taktik mereka untuk menjauhkan umat Islam dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Kalau nak cerita memang banyak. Insya-Allah, hamba akan tulis tajuk ini dalam bentuk siri tulisan.  Lihat sahajalah pakaian rasmi ke pejabat. Kita kena pakai kemeja berlengan panjang, berseluar panjang, kalau majlis rasmi, urusan rasmi kena pakai tali leher, dah la cuaca kita panas, kita kena pakai blazer lagi.  Berseluar panjang memang tak ada masalah kerana ia menutup aurat. Tetapi bagaimana dengan bertali leher, berblazer.  Ini warisan British ke atas kita dan kita masih mengikutinya. Sudah 57 tahun kita merdeka, kita masih mengikut amalan mereka ini. Kalau anda pernah tinggal di negara Eropah contohnya, yang mengalami 4 musim cuaca, adalah biasa kena pakai blazer, kena pakai tali leher sebab musim sejuk, musim bunga dan musim luruh bukannya panas dan sememangnya sejuk bagi kita orang beriklim Khatulistiwa. Jadi berpakaian sebegitu adalah 'biasa' dan sesuai dengan budaya dan cuaca mereka di negara 4 musim.  Musim panas di negara 4 musim pun tak sepanas di Malaysia, macam dalam penghawa dingin di pejabat, kecuali cuaca berubah/ekstrim. Agak mendukacitakan kerana kita sama ada di pihak kerajaan, di sektor swasta, ulamak dan para ustaz, apatah lagi orang awam masih mengikuti pakaian warisan British ini.  Kita dapat lihat di televisyen, kalau tidak berkot, tidak bertali leher, dianggap tidak ikut standard. Alhamdulillah, akhir-akhir ini situasi sudah banyak berubah. Berbaju Melayu, berjubah, 'berbaju tempatan' sudah kurang menjadi halangan untuk muncul dalam beberapa acara di TV. Hebatnya warisan British ini sampai Pengawas Sekolah pun 'kena bertali leher' yang sebenarnya mengagungkan warisan British, tidak sesuai langsung dengan cuaca/iklim Malaysia (kasihan budak-budak sekolah-termasuk hamba dulu2), sehinggakan banyak organisasi kerajaan dan swasta pun ada tali leher rasmi!


Hamba lihat ada beberapa perubahan di sektor kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Zaman PakLah, baju batik dijadikan pakaian rasmi ke pejabat pada hari Khamis, ini suatu perubahan yang baik, lari daripada warisan British ini. Berbaju batik juga melambangkan jatidiri kita, mengukuhkan semangat kenegaraan, sesuai dengan cuaca Malaysia, selain membantu meningkatkan industri batik tempatan.  Kalau di UKM, kedapatan staf yang memakai pakaian kebangsaan iaitu baju Melayu bersamping setiap hari Jumaat. Hamba kira ini juga baik kerana sesuai dengan cuaca, berbangga atas adat resam dan tradisi bangsa yang tidak bercanggah dengan agama.  Dalam tahun-tahun kebelakangan ini juga, kepopularan 'baju korporat' dalam kalangan sektor awam dan swasta.  Walaupun baju korporat ini baju kemeja, hamba kira ia baik kerana berlengan pendek, tidak perlu bertali leher dan berblazer/ber'kot'. Baju korporat ini lebih sesuai dengan cuaca Malaysia. Semakin banyak agensi kerajaan, badan berkanun yang menggunakan baju korporat ini selain di sektor swasta.  

Negara memerlukan perubahan yang bermula dari peringkat atas. Pemimpin negara harus berani berubah dan menunjukkan contohnya. Hamba bukanlah nak suruh buang blazer, tali leher ke dalam tong sampah. Kalau ke majlis rasmi di negara-negara Barat dan sebahagian besar negara di dunia, memang 'kita perlu pakai blazer dan bertali leher' untuk sesuaikan diri dengan keadaan. Cumanya, kalau tidak menjadi syarat majlis, mengapa kita tidak mahu memakai pakaian kebangsaan kita. Kedapatan pemimpin beberapa negara Afrika dan kurang maju yang mengenakan pakaian kebangsaan mereka di dalam majlis-majlis antarabangsa. Mengapa kita tidak?  Begitu juga dengan majlis rasmi dalam negara. Masih kedapatan majlis rasmi negara yang mengkehendaki kita hadir dengan berblazer. Mengapa kita tidak tukarkan pakaian rasmi majlis ialah pakaian kebangsaan dan berbaju batik. Indonesia contohnya, pemimpin dan rakyatnya begitu bangga mengenakan baju batik keluaran tempatan dalam pelbagai majlis rasmi, kita masih nak berblazer. 

Kaum-kaum bukan Melayu sebenarnya tidak harus bimbang dan takut dengan pakaian kebangsaan (baju Melayu bersamping dan bersongkok) ataupun baju batik. Ia sekadar identiti sebuah negara, bukan 'suruh masuk Melayu pun'. Songkok pun bukan pakaian orang Melayu pun pada asalnya, tetapi orang Melayu boleh menerima songkok ini sebagai sebagai sebahagian dari budaya mereka dan songkok yang digandingkan dengan Baju Melayu bersamping akan menyerlahkan identiti dan citra seseorang individu. Songkok juga sesuai dengan cuaca panas di Malaysia.  Lihatlah betapa segaknya pakaian istiadat anggota tentera ketika bersongkok dengan pedang di pinggang.



Sementelah kita berblazer dan bertali leher, maka kita mengikut Barat dengan berfesyen mengikut mereka. Di Barat, mereka 'terpaksa berfesyen' kerana iklim 4 musim. Pakaian musim sejuk tidak boleh dipakai musim bunga kerana terlalu tebal dan panas, pakaian musim bunga kurang sesuai dipakai ketika musim panas kerana suhu dah naik, pakaian musim panas kurang sesuai untuk musim luruh kerana suhu dah sejuk balik dan pakaian musim luruh tidak dapat menahan diri daripada kesejukan di musim sejuk. Dari kitaran musim itu mereka terpaksa berfesyen sebelum akhirnya usahawan-usahawan dan peniaga mereka bentuk pelbagai bentuk fesyen untuk menarik perhatian masyarakat. Maka kita yang tiada 4 musim pun ikut mereka. Dari baju yang kurang mahal, nak pakai yang lebih 'branded', seluar nak berjenama, kasut  pun nak berjenama, tali pinggang nak berjenama, tali leher pun nak berjenama... Hamba bukanlah suruh pakai seluar tanpa tali pinggang, tapi perlukah kita tali pinggang yang mahal? Perlukah kita kasut yang mahal-mahal? Semuanya kita ikut Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit sepertimana Hadis Nabi SAW di atas. Kesan peliknya adalah kita terpaksa membuat sistem penghawa dingin dengan  menurunkan suhu penghawa dingin kerana pakaian kita tidak sesuai dengan cuaca kita...maka bangunan kerajaan, sektor swasta, kompleks membeli-belah pun 'ikut sama' untuk bagi kita yang dah salah berpakaian ini rasa selesa di pejabat!!! Sepatutnya kita berpakaian dengan pakaian yang sesuai dengan cuaca kita, dan bangunan kita direkabentuk agar sesuai dengan cuaca Malaysia!!!

Hamba pun banyak blazer dan tali leher. Taklah nak buang semuanya, pakai bila perlu. Tak ada yang 'branded' pun. Cuma kalau pemimpin kita, pemimpin sektor swasta kita semakin sedar perkara ini maka kesan akhirnya adalah ia semakin baik untuk kita dan negara kita.  Kita menginsafi hadis Nabi SAW ini dan sama-sama kita berfikir dan berubah atas kuasa dan tanggungjawab setakat mana yang kita ada.  Setidak-tidaknya kalau sebahagian besar sektor kerajaan dan swasta  tidak berblazer dan bertali leher, maka suhu penghawa dingin boleh dinaikkan lagi, dan ini akan menjimatkan elektrik, mengurangkan pencemaran alam sekitar, mengurangkan aliran wang ke luar negara, dan penjimatan ini boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti pembangunan lain yang lebih bermanfaat untuk negara.

Setakat ini sahajalah huraian hamba berkaitan Hadis Nabi SAW ini iaitu berkaitan pakaian. Insya-Allah, moga-moga diberikan kelapangan masa, kecerdasan minda untuk siri-siri seterusnya. Wassalam.

Sabtu, 21 Julai 2012

Perbincangan Tentang Hadith Dhoief Bab 3 (Akhir)


sumber : http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/perbincangan-tentang-hadith-dhoief-bab.html


Perbincangan Tentang Hadith Dhoief Bab 3 (Akhir)

Ulama Sufi dan Hadith Dhoief

Mudah-mudahan para saudara kita di kalangan penulis dan pembimbing selepas ini
mengambil sikap warak (berhati-hati) daripada menghamburkan pandangan secara pukul
rata sehingga sampai menganggap palsu terhadap hadith-hadith dhoief. Seolah-olahnya
hadith dhoief itu tidak boleh diambil manfaat, tidak perlu dihormati dan tidak boleh dinukilkan
dan tidak boleh langsung berjinak-jinak dengan lafaz dan pengertiannya.

Kemungkaran yang paling teruk ialah apabila kemelut yang dihadapi oleh saudara-saudara
kita ini tidak berkurangan sampaikan mereka sanggup mempertikaikan orang-orang Sufi hanya
kerana berpegang kepada hadith dhoief, walaupun dalam hal-hal yang disepakati oleh para ulama
hadith timur dan barat bahawa hadith dhoief sunat diamalkan. Di kalangan ulama-ulama sufi
tidak kurang ramainya mereka yang terdiri dari kalangan ulama besar dalam bidang hadith.

Ibn Abdul Barr berkata :
Hadith-hadith yang berkaitan dengan fadhilat-fadhilat, maka kami tidak perlukan
orang yang layak untuk dijadikan hujjah.


Ibn Mahdi menyebutkan dalam kitab al Madkhal :

Apabila kami meriwayatkan daripada Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam tentang halal
haram dan hukum-hakam, maka kami akan memperketatkan sanad-sanadnya
dan kami akan membuat kritikan (pemeriksaan) terhadap rijalnya (nama-nama perawi
yang terdapat dalam sanad). Tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal yang berkaitan
fadhilat, ganjaran pahala dan seksa, maka kami mempermudahkan sanad-sanadnya
dan kami ebrtolak ansur dengan rijalnya.


Imam al Ramli menyebutkan :

Hadith-hadith yang terlalu dhoief (iaitu hadith yang dinamakan al wahiah) apabila
sebahagiannya bergabung dengan sebahagian yang lain, maka ia boleh dijadikan
hujjah dalam bab ini (iaitu bab fadhilat, perkara yang menambat hati, nasihat,
ketatasusilaan, sejarah dan seumpamanya).
Berdasarkan inilah maka al Mundziri dan para pentahqiq yang lain mengumpulkan hadith-hadith
terbabit dalam kitab al Targhib wa al Tarhib (menggemar dan membimbangkan).

Pendekatan yang diambil oleh golongan terdahulu yang membuat pengkhususan
dalam bidang hadith ini samalah dengan pendekatan yang diambil oleh sesetengah
fuqaha' dan ulama tasawuuf. Dan dengan pendekatan inilah kami berpegang. Dalam matan
hadith dhoeif kita banyak menemui hukum-hakam, ilmu pengetahuan, perkara yang menambat
hati, dan adab yang kesemuanya ada kaitan dengan wahyu kenabian. Ilmu pengetehuan itu
adalah barang orang Mukmin yang hilang.

Inilah pendekatan yang diambil oleh ulama terdahulu seperti at Thauri, Ibn Uyainah,
Ibn Hanbal, Ibn al Mubarak, Ibn Mahdi, Ibn Mu'in dan al Nawawi. Ibn 'Adiy meletakkan satu
bab berkaitan hal ini (penerimaan hadith dhoief) dalam kitabnya yang berjudul al Kamil. Begitu
juga yang dilakukan oleh al Khatib dalam kitab al Kifayah.

Pada masa kini kita dapat melihat (amat mendukacitakan) ada golongan yang menolak
hadith-hadith al Bukhari kerana tidak sejajar dengan kefahaman yang dipeganginya,
dan tidak bersesuaian dengan kecenderungan atas nama menolong sunnah.

Malah ada orang yang menulis buku berkaitan hal ini sedangkan dia bukan orang yang
berkelayakan. Ada puluhan musuh-musuh Islam yang membantunya untuk mencetak
buku berkenaan dan mengagihkan secara percuma di merata-rata tempat walau pun menelan
kos yang besar yang didorong oleh kepentingan mendapatkan keuntungan material dan niat
yang buruk.

Kalau tidak dengan rahmat ALlah, dan langkah-langkah yang diambil oleh Majalah Muslim
(iaitu majalah yang diasaskan oleh penulis) dan sesetengah ulama hadith (untuk
menangkis usaha tersebut), nescaya akan menyebabkan timbul keraguan terhadap semua
hadith yang diriwayatkan oleh al Bukhari, apatah lagi riwayat oleh imam-imam hadith yang lain.

Tentunya (jika tidak ada usaha yang diambil oleh sesetengah ulama dalam menangkis
golongan terbabit) maka sunnah Nabi yang telah sabit secara ilmiyah terdedah kepada fitnah
(semoga ALlah melindunginya) yang ditimbulkan oleh golongan yang mendakwa sebagai
penegak sunnah, kononnya mereka yang lebih mengetahui daripada orang lain tentang
ilmu sunnah.

Al Nasa'ie telah mengeluarkan nama-nama perawi yang ditidak diketepikan begitu sahaja, iaitu
nama perawi yang sesuatu hadith itu hanya bersumberkan daripadanya, asalkan jangan dia
dikenal pasti sebagai seorang pembohong.

Apa yang berlaku kepada kami (iaitu hadith-hadith yang diamalkan oleh kami) yang diriwayatkan
oleh tokoh-tokoh besar sufi tidak terdapat di dalam sanadnya perawi yang pembohong.
Cukuplah ini sebagai dalil keharusan beramal dengan hadith yang dhoief pada tempatnya.
Dan inilah pendirian yang diambil oleh ulama-ulama tasawwuf.

Kami memohon keampunan kepada ALlah dan bertaubat kepadaNya. Dialah jua yang
memberikan taufiq dan tempat untuk meminta pertolongan.

Sumber : As Shiekh al Hafiz Abu al Fadl AbduLlah al Siddiq al Ghumari,
Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, Cetakan 2007,
Middle East Global (M) Sdn. Bhd, Selangor.

Perbincangan Tentang Hadith Dhoief - Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim Bab 2


sumber : http://jomfaham.blogspot.com/2009/05/perbincangan-tentang-hadith-dhoief-al_23.html


Perbincangan Tentang Hadith Dhoief - Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim Bab 2

Penerangan lebih jelas

Abu al Sheikh Ibn Hibban dalam kitabnya al-Nawaib meriwayatkan secara marfu' hadith 
Jabir yang menyebutkan :

" Barangsiapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada ALlah yang memuatkan sesuatu
fadilat, lalu dia beramal dengan keimanan terhadapnya serta mengharapkan ganjaran
pahala-Nya, maka ALlah memberikan kepadanya yang demikian itu,
sekalipun sebenarnya bukan begitu".


Hadith ini merupakan punca asas yang besar dalam membincangkan hukum-hukum
berkaitan hadith dho'ief.

Para ulama menukilkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal bahawa dalam soal hukum hakam,
beliau berpegang dengan hadith yang dhoief (jika ditampung kedhoiefan tersebut dengan
kemasyhuran hadith terbabit). Beliau juga mengutamakan hadith dhoief terhadap pandangan.

Begitu juga para ulama Hanafi mendahulukan hadith dhoief terhadap pandangan akal,
sebagaimana yang dinukilkan oleh al Zakarsyi, Ibn Hazm dan selainnya.

Mazhab Abu Daud samalah seperti mazhab Hanafi dan Hanbali, yang mana mereka
mengutamakan hadith dhoif berbanding penggunaan akal, jika tidak ada sumber lain
yang boleh dijadikan dalil dalam sesuatu bab yang dibincangkan.

Tidak ada yang menyanggahi ijma' bahawa hadith dhoief boleh diamalkan
(dalam keadaan tertentu) melainkan Ibn al 'Arabi seperti yang dinukilkan oleh Ibn al Solah.
 Percanggahan oleh Ibn al 'Arabi ini mempunyai beberapa alasan yang telah dijawab
oleh para ulama, atau penolakannya terhadap hadith dhoief itu hanya terbatas kepada
alasan-alasan yang diberikannya sahaja.

Oleh itu, sebenarnya tidak ada percanggahan antara beliau dengan ijma' ulama dalam
hal keharusan beramal dengan hadith dhoief jika kena pada tempatnya.

Di sana terdapat satu lagi bahagian hadith yang dinamakan hadith mudho'af, iaitu
hadith yang mana senarai perawi dalam isnadnya dianggap dhoief (lemah) oleh satu
kumpulan ulama sementara sekumpulan yang lain pula mengatakan mereka adalah
perawi yang thiqah (dipercayai).

Kedudukan hadith yang sebegini berada di tengah-tengah antara hadith sahih dan
dhoief. Dengan kata lain martabatnya kurang daripada hadith sahih tetapi melebihi taraf
hadith dhoief. Ia adalah saudara kepada hadith hassan ataupun dari jenis yang lebih
tinggi daripada hadith hassan. Oleh kerana itu, para ulama mengharuskan hadith sebegini
dimasukkan dalam kitab-kitab sahih.

Namun hadith-hadith ini dimasukkan dalam kitab-kitab sahih hanya berperanan sebagai
sokongan dan memperkuatkan dalil, atau hanya sekadar disebutkan sanadnya sahaja
(inilah yang biasanya berlaku).

Al Bukhari telah mengeluarkan secara bersendirian (tanpa Muslim) sebanyak lebih
empat ratus lapan puluh nama perawi yang lapan puluh orang daripadanya disebutkan
oleh ahli hadith sebagai bertaraf lemah periwayatannya.

Dalam rangkaian sanad Muslim pula ada enam ratus dua puluh orang perawi, yang
mana seratus enam puluh orang daripada mereka dikatakan bertaraf lemah.
Namun mereka ini (yang dikatakan lemah periwayatannya) diperakukan sebagai perawi
yang thiqah (dipercayai) oleh ramai ahli hadith yang lain.

Ibn al Solah menyebutkan :
Semua perawi yang disebutkan dalam sanad al Bukhari dan Muslim diputuskan
sebagai sahih kecuali beberapa nama yang dipertikaikan oleh sesetengah
al Naqd (pengkritik sanad) bukan kesemuanya.


Penulis mengatakan :
Beberapa nama yang dipertikaikan oleh sesetengah pengkritik sanad inilah yang
termasuk dalam bahagian hadith mudho'af, yang mana ia harus dimasukkan ke
dalam kitab-kitab hadith yang sahih.


Seterusnya menentukan sesuatu hadith sama ada bertaraf sahih atau hasan atau dhoief
adalah berdasarkan pengamatan zahir terhadap nama-nama yang terdapat dalam sanad.
Sesuatu hadith dikategorikan sebagai sahih, hasan dan dhoief bukan berdasarkan
hakikatnya, kerana hakikatnya yang sebenar hanya ALlah jua yang mengetahuinya.

Oleh kerana itulah para ulama hadith menyebutkan :

Mungkin ada di antara hadith yang sahih pada hakikatnya adalah dhoief, dan
berapa banyak hadith yang dhoief pada hakikatnya ia adalah sahih.
Yang menjadi kewajipan kita ialah membuat pemeriksaan dan berijtihad.


Mereka mengatakan lagi :

Ini kerana ada kemungkinan perawi yang adil melakukan kesilapan atau terlupa
sebagaimana hal tersebut harus berlaku kepada orang lain. Oleh itu, keyakinan
terhadap mutu hadith di sini hanya dalam bentuk iktibar (iaitu berdasarkan pengamatan yang zahir).

Apabila seorang perawi yang bersifat adil meriwayatkan hadith yang diambilnya
daripada perawi yang tarafnya dhoief, maka ini bererti dia menganggap perawi itu
bertaraf adil, menurut pendapat ulama usul.


Pengarang kitab al-Minhal menyebutkan :
Secara qiyasnya ini bererti perawi yang bertaraf adil itu menganggap hadith tersebut
sebagai sahih.

Perbincangan Tentang Hadith Dhoief - Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim Bab 1


sumber : http://jomfaham.blogspot.com/2009/05/perbincangan-tentang-hadith-dhoief-al.html


Perbincangan Tentang Hadith Dhoief - Al Sheikh Muhammad 

Zaki Ibrahim Bab 1

Pendahuluan 

Antara perkara bid'ah yang agak buruk yang sering terhambur melalui kata-kata mereka
yang terlalu ghairah mendakwa sebagai pejuang sunnah, tauhid dan tajdid ialah keterlaluan
dalam mempertikaikan hadith dhoief sehingga menimbulkan tanggapan bahawa hadith
dhoief adalah hadith batil dan dusta. Mereka menganggap hadith dhoief sebagai perkara
yang keji dan fasik.

Disiplin ilmu sebenarnya bukan begitu. Ini kerana hadith dhoief ada ruang dan peranannya
yang diterima dari sudut syarak. Meletakkan hadith dhoief bagaikan seperti hadith
maudhu' (palsu) termasuk dalam ertikata kezaliman terhadap ilmu dan agama. Ini
kerana hadith dhoief ialah hadith yang tidak memenuhi dengan lengkap syarat-syarat
hadith sahih. Dengan kata lain, ada kesahihan dalam hadith tersebut akan tetapi
ia tidak sempurna. Oleh kerana itulah para ulama memasukkannya dalam
senarai hadith yang maqbul (diterima), bukannya hadith yang ditolak
dalam segenap segi. Lantaran itu sesetengah ulama menggalakkan beramal dengan
hadith dhoief pada tempatnya.

Saya tahu kenyataan ini tidak disenangi oleh sesetengah orang. Namun mencari
redha ALlah lebih berkewajipan walaupun tidak disenangi oleh orang ramai.

Kitab-kitab yang memuatkan hadith sahih amat banyak. Hadith-hadith sahih
bukanlah semata-mata hadith yang dikumpulan oleh Imam al Bukhari atau
Imam Muslim sahaja.

Saya tidak menemui adanya nas dalam agama ALlah atau pun isyarat menunjukkan
pembatasan hadith sahih terhadap kedua-dua kitab ini sahaja. Membataskan penerimaan
hadith setakat kedua-dua kitab ini sahaja merupakan satu bentuk kefanatikan dan
keraguan terhadap ilmu tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan.

Dalam kitab Huda al Abrar 'Ala Tal'ati al Anwar dan kitab Idha'ah al Halik yang ditulis
oleh Imam Ibn al Hajj al 'Alawi, kitab al Jami' oleh Safiyuddin al Hindi dan kitab
al Minhal al Latif serta kitab-kitab lainnya ada menyebutkan: Kitab-kitab 
yang mana kesemua hadith yang termuat di dalamnya dinisbahkan sebagai 
hadith sahih menurut kesepakatan jumhur ahli hadith ialah :

1. Sahih Al Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Al Muwatta' oleh Imam Malik
4. Al Muntaqa oleh Ibn al Jarun
5. Sahih Ibn Khuzaimah
6. Sahih Ibn 'Awwanah
7. Sahih Ibn al Sakan
8. Sahih Ibn Hibban
9. Al Mustadrak al Hakim (setelah dibuat pengesahan melalui hafalan semula
oleh al Dzahabi dan al Iraqi). Sebahagian mereka turut memasukkan Musnad Ahmad.
10. Kitab al Mustakhrajat yang sedia dimaklumi di kalangan ulama.

Kesemua kitab ini yang sedia dimaklumi di kalangan ulama hanya memuatkan
hadith yang sahih. Selain daripada kitab-kitab ini, terdapat hadith yang sahih, hasan dan dhoief.

Menurut kaedah (ahli hadith) dalam menisbahkan sesuatu hadith kepada perawinya tidak
boleh didahulukan nama lain selain al Bukhari (jika hadith terbabit ada diriwayatkan oleh
al Bukhari). Jika hadith tersebut ada dimuatkan dalam al Bukhari dan Muslim, mereka
turut menyebutkan nama Muslim disebabkan ketelitiannya dalam menyaring lafaz yang
benar-benar diucapkan oleh Nabi.

Oleh itu, pandangan yang memestikan berpegang dengan hadith yang terdapat dalam
sahih Bukhari dan Muslim semata-mata dengan anggapan hanya kedua-dua kitab ini sahaja
yang memuatkan hadith yang sahih, bukannya pandangan yang bersandarkan ilmu atau agama.

Pembahagian Hadith

Ahli hadith bersepakat bahawa ada tiga pembahagian hadith yang paling penting iaitu:

1. Hadith Sahih : Berada pada kedudukan teratas.
2. Hadith Hasan : Berada di kedudukan pertengahan.
3. Hadith Dhoief : Berada pada kedudukan paling bawah kerana ia tidak mencukupi
syarat-syarat hadith hasan.

Adapun hadith maudhu' (palsu) maka ia terkeluar daripada skop yang kita bincangkan,
 kerena ia adalah suatu kekejian. Ia tidak boleh diterima dengan kesepakatan semua ulama.

Hadith Dhoief Terbahagi Kepada Dua :

Pertama

Kedhoiefan boleh ditampung (diperkuatkan) apabila terdapat hadith dhoief yang sama
tetapi melalui jalan-jalan periwayatan yang lain. Syaratnya perawi yang dhoief itu
lemah dari sudut daya hafalannya, atau kedhoiefan disebabkan periwayatan secara
mursal (iaitu tidak disebutkan nama sahabat Nabi dalam rangkaian sanad).

Dalam hal ini, apabila terdapat hadith yang sama kandungannya melalui jalan-jalan
periwayatan yang lain, maka hadith tersebut naik martabatnya kepada hadith hasan
lighairih (iaitu bertaraf hasan disebabkan adanya riwayat yang lain). Oleh itu, ia termasuk
dalam senarai hadith maqbul (diterima) dan boleh dibuat hujah sehinggakan dalam
soal hukum-hakam.

Kedua

Kedhoiefannya tidak boleh ditampung, walaupun terdapat banyak jalan periwayatannya.
Ia dinamakan sebagai al-wahi (sangat lemah). Hal ini berlaku sekiranya perawi itu
ternyata seorang yang fasik atau dituduh berbohong.

Para ulama mengatakan :

Hadith yang seperti ini, jika diperkukuhkan dengan bukti-bukti dan riwayat-riwayat yang
lain, maka tarafnya naik melebihi daripada taraf hadith munkar atau hadith yang tidak ada
asalnya. Pada ketika itu ia tidak boleh diamalkan dalam hal-hal aqidah dan hukum-hakam.
Sesetengah ulama mengatakan ia juga tidak boleh dijadikan rujukan untuk penafsiran al Quran.

Dengan itu, menerima pakai hadith dhoief dalam segala jenis amalan yang berbentuk
menggemar dan menakutkan, dalam soal adab, sejarah, ketatasusilaan, kisah tauladan 
dan seumpamanya adalah dibolehkan. 

Perkara ini telah disepakati (ijma') oleh para ulama seperti yang dinukilkan oleh
Imam al Nawawi, Ibn Abdul Barr dan selain mereka. Malah Imam An Nawawi menukilkan
pandangan ulama bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan beramal dengan hadith dhoief.
(Perkara yang sunat termasuk dalam himpunan Usuluddin dan hukum hakam syarak).

Kami mengatakan :

Penerimaan hadith dhoief dalam perkara-perkara terbabit bersyaratkan jangan terlalu
kuat kedhoiefannya. Ia hendaklah dijadikan sebagai asas yang termasuk dalam kaedah
syarak yang menyeluruh, dan jangan pula hadith tersebut bercanggah dengan hadith
yang sahih. Ini merupakan pandangan Ibn Hajar, al Sakhawi dan selainnya.

Hadis Dhaif dan Pokok Perbincangannya

sumber : http://khairuummah77.wordpress.com/2009/09/29/206/



MUQADDIMAH
Pokok perbincangan kami di dalam risalah ini ialah tentang hadith dhaif kerana sejak kebelakangan ini ada pihak yang sering mempertikaikan hadith dhaif sehingga mereka menganggap bahawa beramal dengan hadith dhaif adalah perkara mungkar dan ia adalah hadith yang dusta. Hadith dhaif ini hanya tidak memenuhi syarat-syarat hadith sahih dan hasan. Pengertian ini tidak membawa maksud bahawa tidak boleh beramal dengan hadith dhaif.

DEFINISI HADITH DHAIF:

            Hadith dhaif ialah hadith yang tidak mencukupi syarat untuk diterima. (منحة المغيث) Al-Hafiz Ibnu Solah telah mentakrifkan hadith dhaif dengan katanya bahawa: “setiap hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih dan tidak juga mencukupi syarat-syarat hadith hasan, maka itulah hadith dhaif”. (139(تدريب الراوي :ص 

Hadith yang makbul (yang diterima) ialah hadith yang mencukupi enam syarat iaitu:
1)      Sanad yang bersambung
2)      Para perawinya bersifat adil (mempunyai ketaqwaan dan menjauhkan diri daripada kefasikan)
3)      Para perawinya dhabit (pengingat melalui catatan dan hafazan)
4)      Tiada syaz (seorang perawi yang tidak menyalahi dengan perawi-perawi yang lebih dipercayai daripadanya)
5)      Tiada illah (tiada didapati kecacatan pada matan dan sanad hadith)
6)      Ada sanad yang menyokong atau menguatkan ketika diperlukan. (14: (مصطلح الحديث

PEMBAHAGIAN HADITH DHAIF
            Hadith dhaif secara umum terbahagi kepada tiga iaitu:

1)      Hadith yang mana kedhaifannya boleh ditampung dengan muafakat para ulama’ kerana dikuatkan oleh kemasyhurannya yang datang daripada riwayat yang lain ataupun ianya disokong oleh sokongan yang diterima, lebih-lebih lagi apabila perawinya adalah seorang yang lemah hafazan atau kedhaifannya disebabkan ianya diriwayatkan secara mursal (gugur sahabat nabi di dalam sanad), ataupun tidak diketahui keadilan perawinya, maka hadith ini tarafnya naik ke peringkat hadith hasan li gharih (hadith menjadi kuat disebabkan ada sokongan). Maka jadilah ia hadith yang diterima pakai untuk dibuat sebagai hujah sehingga di dalam hukum hakam. Hadith ini juga dinamakan hadith mudho’af.

2)      Hadith yang mana kedhaifannya tidak boleh ditampung walaupun jalan-jalan periwayatannya banyak. Ia dinamakan hadith WAAHI (bersangatan dhaif). Ini disebabkan perawinya seorang fasik atau dituduh sebagai pembohong.

3)      Hadith waahi tersebut yang mempunyai sokongan daripada riwayat-riwayat yang lain, maka tarafnya naik kepada peringkat yang lebih tinggi melebihi martabat hadith munkar (hadith yang bersangatan lemah dan hadith yang tiada asal). Pada ketika ini diharuskan beramal dengannya di dalam soal-soal fadhilah (kelebihan) amalan-amalan, tetapi tidak boleh diamalkan di dalam soal aqidah dan hukum hakam. Sesetengah ulama’ menyatakan juga bahawa tidak boleh dijadikan rujukan untuk penafsiran Al-Quran.
(11-10: (وظيفة الحديث الضعيف

HUKUM BERAMAL DAN BERHUJAH DENGAN HADITH DHAIF
            Para ulama’ telah berselisih pada keharusan beramal dengan hadith dhaif kepada tiga pendapat:

Pendapat pertama
            Tidak boleh beramal dengannya semata-mata samada pada hukum-hakam atau fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu. Ini adalah pendapat Ibnu Arabi Al-Maliki. Sesetengah karangan memasukkan Imam Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Taimiyah di dalam golongan pertama ini. Demikian itu adalah kesilapan besar yang akan kami nyatakan sebab-sebabnya dalam tajuk ulasan pendapat yang pertama.

Pendapat kedua
            Boleh beramal dalam semua keadaan apabila tidak didapati hadith yang lain pada sesuatu bab melainkan hanya hadis dhaif. Ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Daud.

Pendapat ketiga
            Boleh beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pendapat jumhur ulama’. Di antaranya Amirul Mukminin Fil Hadith Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Imam Nawawi, Imam Al-Suyuti, Al-Hafiz Al-Iraqi, Al-Khatib Al-Baghdadi dan lain-lain. Pendapat ini adalah yang muktamad di sisi Imam Muhaddithin kerana ianya disokong oleh Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi pernah menyatakan dalam kitab beliau ‘Qawaid Al-Tahdis’ m/s 113: “”هذا هو المعتمد عند الأئمة Ertinya: “Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi imam-imam hadith”. (255-257: (الحديث الضعيف أسبابه وأحكامه

            Adapun syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Al-Sakhawi dalam kitabnya, Al-Qaul Al-Badi’: “Aku telah mendengar daripada guru kami Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani r.h.m memberitahu berulang kali bahawa syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif itu ada tiga:
1)      Bahawa kedhaifan hadith itu tidak bersangatan. Hadith yang bersangatan dhaif ialah perawinya pendusta atau yang dituduh dengan dusta. Syarat ini disepakati oleh ulama.
2)      Bahawa sesuatu hadith dhaif itu termasuk di dalam asal (Quran, Hadith, Ijma’ dan Qias) yang umum.
3)      Bahawa tidak mengiktikadkan datang daripada nabi s.a.w ketika beramal dengannya supaya tidak disandarkan kepada baginda s.a.w dengan apa yang tidak dikatakan”.

ULASAN PENDAPAT YANG PERTAMA
1)      Timbul kemusykilan memasukkan Imam Bukhari dalam golongan pertama kerana telah diketahui bahawa Imam Bukhari telah memuatkan hadith-hadith dhaif di dalam kitabnya Al-Adabul Mufrad. Oleh kerana itu, bagaimana boleh diterima dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Imam Bukhari tidak membenarkan beramal dengan hadith dhaif. (35:  (وظيفة الحديث الضعيف.

2)      Begitu juga Imam Bukhari memasukkan hadith-hadith dhaif dalam kitab sahihnya sebagai penerangan bagi sesuatu tajuk ataupun sebagai hadith “Mutaba’ah” (hadith yang dijadikan sokongan bagi hadith-hadith sahih).

3)      Tersebut dalam mukqaddimah kitab Sahih Muslim, Imam Muslim ada menyatakan bahawa hadith dhaif tidak boleh beramal pada fadhail amal, menggemarkan dan menakutkan sesuatu perkara adalah hanya sebagai syarat untuk memuatkan hadith-hadith sahih di dalam kitab sahihnya. Oleh itu, memasukkan beliau di dalam golongan pertama ini adalah suatu kesilapan besar.

4)      Imam Muslim ada memuatkan hadith-hadith yang diriwayat oleh Ibnu Ishaq yang dituduh dengan dhaif oleh sesetengah muhaddithin. Riwayat Ibnu Ishaq tersebut dimuatkan oleh Imam Muslim dalam sahih beliau sebagai hadith ‘Mutaba’ah’ (hadith yang menyokong hadith-hadith sahih yang diutarakan). Ini menunjukkan bahawa beliau beramal dengan riwayat-riwayat dhaif dalam fadhail, menggemar dan menakuti sesuatu perkara itu. Lagi pula, untuk beramal dengan hadith-hadith Ibnu Ishaq ini, sesetengah para muhaddithin meletakkan beberapa syarat, itupun tidak dapat dipenuhi oleh mereka, sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Zahid Kaustari dalam ‘Maqalatnya’ pada kisah Khalid bin Walid r.d.h.

5)      Ibnu Taimiyah ada memasukkan hadith dhaif di dalam kitabnya الكلم الطيب untuk menggemarkan beramal walaupun beliau menolak pendapat yang mengatakan boleh beramal dengan hadith dhaif. (30: (وظيفة الحديث الضعيف. Begitu juga dengan Ibnu Jauzi ada memasukkan hadith dhaif di dalam kitabnya تلبيس الإبليس. (73 ص: درس الترمذي)

6)      Setengah ulama’ menerangkan maksud sebenar perkataan Ibnu Arabi yang mengatakan tidak boleh beramal dengan hadith dhaif ialah hadith yang bersangatan dhaif bukan semata-mata dhaif kerana beliau ada memasukkan hadith dhaif di dalam kitabnya syarah Tirmizi  عارضة الأحوذي(وظيفة الحديث الضعيف: 15)

ULASAN PENDAPAT YANG KEDUA
1)      Perkataan Imam Ahmad Bin Hambal: “Hadith dhaif lebih disukai di sisiku daripada pendapat Mujtahid” telah ditafsirkan oleh Ibnu Taimiyah dengan katanya: “Sesungguhnya perkataan kami bahawa hadith dhaif itu lebih baik daripada pendapat imam mujtahid bukan bermaksud dhaif yang matruk (perawinya dituduh berbohong) tetapi maksudnya dhaif hasan”. (مجموع الفتاوى: الجزء الأول: ص 251)

Maksud sebenar perkataan Ibnu Taimiyyah yang menafsirkan perkataan Imam Ahmad Bin Hambal itu, difahami dengan meneliti perkataan Ibnu Qaiyim yang merupakan murid kepada Ibnu Taimiyyah di mana beliau menyebut bukanlah maksud hadith dhaif di sisi Imam Ahmad itu hadith yang batil, hadith munkar dan hadith yang terdapat perawi yang ditohmah sebagai pendusta sehingga tidak harus berpegang dan beramal dengannya bahkan hadith dhaif tersebut di sisi Imam Ahmad adalah saudara bagi sahih dan satu bahagian daripada hadith hasan (اعلام الموقعين: الجزء الأول: ص 31)

Keterangan Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyim terhadap perkataan Imam Ahmad itu adalah mengenai hadith dhaif yang di gunakan di dalam hukum-hukum feqah di sisinya adalah hadith-hadith dhaif yang mana diterima pakai oleh imam-imam mujtahid yang lain bukan ia menggunakan hadith dhaif yang tidak diakui dan ditolak, seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Qaiyim di dalam kitabnya اعلام الموقعين .

ULASAN PENDAPAT YANG KETIGA
1)      Para ulama’ dari kalangan muhaddithin dan fuqaha’ dan selain mereka itu berkata: “Harus dan sunat beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan pada menggemarkan dan menakuti terhadap sesuatu selama hadith itu bukan mauduk”. Adapun hukum-hukum seperti halal-haram, jual-beli, nikah, talak dan lain-lain lagi tidak boleh beramal dengannya melainkan dengan hadith sahih dan hadith hasan kecuali melakukan ihtiyat (berhati-hati) pada perkara tersebut. Apabila hadith dhaif mengenai makruh setengah jualan atau pernikahan maka disunatkan menjauhinya tetapi ia bukan wajib (الأذكار: ص 24،25) (Maksudnya disunatkan beramalkan dengan hadith dhaif iaitu beramal dengan cara meninggalkan atau menjauhi larangan yang difahami daripada hadith dhaif itu) Syeikh Ibnu Hibban di dalam kitabnya (النوائب) meriwayatkan secara marfuk daripada Jabir:
“من بلغه  عن الله عز وجل شيء فيه فضيلة فأخذ به إيمانا به ورجاء لثوابه أعطاه الله ذلك وإن لم يكن كذلك”
Ertinya: “Barangsiapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadhilat lalu ia beramal dengan keimanan serta mengharapkan pahalanya maka Allah memberikan kepadanya yang demikian itu sekalipun sebenarnya bukan begitu”.

2)      Dengan itu penerimaan hadith daif yang diperkuatkan dengan sokongan dan riwayat yang lain di dalam perkara menggemarkan, menakutkan, peradaban, sejarah, kisah tauladan dan seumpamanya adalah diperbolehkan. Kerana inilah, Imam Al-Munziri mengumpulkan hadith-hadith tersebut dalam kitabnya (الترغيب والترهيب) Perkara ini adalah ijmak para ulama’ seperti yang di nukilakan Imam Nawawi,Imam Ramli dan lainnya.Bahkan Imam Nawawi menukilkan daripada ulama’ bahawa beramal dengan hadith tersebut adalah disunatkan. (وظيفة الحديث الضعيف: ص 21،22)

3)      Segelintir masyarakat mempertikaikan orang-orang sufi kerana beramal dengan hadith dhaif, walaupun disepakati oleh para ulama’ hadith bahawa hadith dhaif sunat diamalkan. Di kalangan ulama’ sufi pula tidak kurang ramainya yang terdiri daripada ulama’ besar dalam bidang hadith. Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh besar sufi seperti Imam Ghazali tidak terdapat di dalam sanadnya perawi yang pendusta. Inilah pendirian yang diambil oleh ulama’ tasawuf. (وظيفة الحديث الضعيف: ص 19)

Peringatan:

1)      Atas pendapat ketiga inilah, periwayatan Ibnu Ishak terutama di dalam sirah dan maghazi (sejarah kebangkitan awal Islam, pemerintahan dan peperangan) diterima pakai oleh ulama’ hadith, sekalipun beliau seorang perawi yang dhaif. Ini kerana sepertimana yang telah maklum bahawa periwayatan seseorang yang dhaif itu diterima pada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan aqidah dan hukum-hukum. Atas alasan   inilah, Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya manjadikan riwayat Ibnu Ishak sebagai Istisyhad (penyokong kepada hadith bab) (dan memasukkan juga di dalam terjemah bab (tajuk). Imam Muslim didalam kitab sahihnya meletakkan riwayat Ibnu Ishak sebagai mutaba’ah (penguat kepada hadith bab), di mana Imam Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah pula mengeluarkan hadith daripada Ibnu Ishak di dalam sunan-sunan mereka.

Sungguhpun begitu, sekiranya terdapat periwayatan beliau (Ibnu Ishak) menyalahi dengan apa yang diriwayatkan oleh imam yang muktabar, maka periwayatan imam itulah yang mesti diutamakan. Ini bukanlah bererti Ibnu Ishak berdusta dan sengaja mereka-rekakan cerita seperti yang disangkakan oleh mereka yang tidak memahami ilmu hadith, tetapi beliau hanyalah seorang perawi yang mengambil riwayat-riwayatnya daripada orang lain. Malangnya sesetengah pihak berani menghukum bahawa tidak harus sama sekali meriwayatkan daripada Ibnu Ishak, sekalipun berkenaan dengan sirah dan maghazi dengan alasan bahawa beliau pendusta lagi bermazhab syiah. Sekiranya benar apa yang dikatakan itu, nescaya Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah pun turut dikira sebagai pendusta. Ini kerana meriwayatkan daripada seseorang yang diyakini sebagai pendusta bererti menyebarkan perkara dusta dan mengiakannya.

Lebih malang lagi sehingga ada yang meletakkan kedudukan sirah Ibnu Ishak dan sirah Ibnu Hisyam supaya di masukkan ke dalam tong sampah. Ini tidak lain melainkan disebabkan tunpulnya kefahaman tentang ilmu hadith atau menganggap diri mereka lebih berkaliber daripada imam-imam yang muktabar dalam bidang hadith.

2)      Abul Fadl Abdullah bin Al-Saddiq Al-Ghumari menyebut perkataan para ulama’ feqah bahawa hadith dhaif tidak boleh diamalkan di dalam hukum-hakam bukanlah bersifat umum seperti yang difahami kebanyakan orang. Ini kerana apabila anda meneliti pada hadith-hadith yang dipakai oleh imam-imam Mujtahidin secara permuafakatan atau perseorangan anda akan mendapati hadith-hadith dhaif di dalam hukum-hakam jumlahnya mencapai separuh atau lebih. Bahkan anda akan dapati di dalamnya hadith munkar, hadith yang gugur perawinya dan hadith yang hampir kepada taraf hadith maudhu’ (yang direka-reka).

HUKUM MERIWAYATKAN HADITH DHAIF
1)      Ulama’ mengharuskan mempermudah-mudahkan pada sanad hadith dhaif, meriwayatkannya dan beramal dengannya tanpa menyatakan kedhaifannya. Oleh kerana itu hadith dhaif boleh diterima pakai di dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemarkan, menakutkan, peradaban, kisah tauladan bukan di dalam perkara aqidah seperti sifat Allah dan hukum seperti halal haram. (تقريب النووي: ص 108)

2)      Ibnu Abdul Barri ada menyatakan hadith yang berkaitan dengan fadhilat maka kami tidak perlukan orang (perawi) yang layak untuk dijadikan hujah. (tidak semestinya perawi itu thiqah).

3)      Ibnu Mahdi menyebutkan dalam kitabnya Al-Madkhal: “Apabila kami meriwayatkan daripada nabi s.a.w tentang halal haram dan hukum- hakam maka kami  mengetatkan sanad-sanadnya dan kami akan membuat kritikan (pemeriksaan) terhadap rijal (nama perawi yang terdapat dalam sanad). Tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal yang berkaitan dengan ganjaran pahala dan seksa maka kami mempermudahkan sanad-sanadnya dan kami bertolak ansur”.

CARA MERIWAYATKAN HADITH DHAIF
Walaupun jumhur mengharuskan meriwayatkan hadith dhaif, namun perlu di ingatkan  mereka menyatakan bahawa tidak harus menggunakan perkataan yang menunjukkan kepastian (sighah jazam) seperti “sabda Rasullalah s.aw”  ketika meriwayatkan hadith dhaif ini kerana untuk mengelakkan daripada menisbahkan kepada Rasulullah s.a.w apa yang tidak disabdakannya bahkan hendaklah digunakan kalimah yang menunjukkan ketidakpastian (tamridh), seperti “diriwayatkan atau dikatakan bahawa nabi s.a.w pernah bersabda” dan seumpamanya. (تقريب النووي: ص 22)

HADITH MURSAL
Hadith Mursal ialah hadith yang didapati gugur seorang perawi (sahabat) pada sanadnya yakni hadith yang disandarkan kepada nabi s.a.w oleh tabi’in yang tidak mendengar sendiri daripada nabi s.a.w, mungkin ia meriwayatkan hadith dari sahabat nabi atau ia meriwayat daripada orang lain. Hadith mursal ini tergolong daripada hadith-hadis dhaif kerana tiada padanya sanad yang bersambung. (مصطلح الحديث: ص 22)

PENERIMAAN HADITH MURSAL DISISI PARA ULAMA MUJTAHIDIN
Pendapat yang dipilih bahawa hadith Mursal sahabat (seseorang sahabat menggugurkan sahabat yang lain dalam periwayatan hadith) adalah diterima secara ijmak. Adapun hadith Mursal kurun kedua (tabi’in) dan kurun ketiga(tabi’-tabi’in)  ianya diterima dan boleh berhujah pada hukum-hakam di sisi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hambal mengikut riwayat yang masyhur daripada kedua-duanya (Imam Malik dan Imam Ahmad). Mursal kurun kedua yang diriwayatkan oleh Said bin Al-Musayyab, Sya’bi dan Hasan Al-Basri adalah diterima sama sekali (tiada perselisihan pendapat). Adapun di sisi Imam Syafie hadith Mursal diterima apabila terdapat lima perkara:

1)      Terdapat riwayat lain yang bersambung sanadnya.
2)      Terdapat juga hadith mursal yang lain dengan perawi-perawi yang tersendiri.
3)      Terdapat perkataan sahabat yang menyokong.
4)      Disokong oleh kebanyakan ulama.
5)      Diketahui bahawa ianya diriwayatkan secara mursal daripada perawi yang adil.
(منحة المغيث: ص 47)

Contoh hadith mursal yang diterima oleh Imam Syafie:

حدثنا قتيبة أخبرنا عبد الله بن زيد بن أسلم عن أبيه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من نام عن وتره فليصل إذا أصبح
Ertinya: “sesiapa yang tertidur serta tertinggal daripada melakukan solat witir maka hendaklah ia sembahyang (qadha) apabila berpagi-pagi ia (selepas sembahyang subuh).

Keterangan: Imam Syafie berdalil dengan hadith ini walaupun ia adalah hadith mursal yang mana dikuatkan oleh hadith yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al Khudri. Hadith Abu Sa’id tersebut adalah hadith yang bersambung sanadnya dan dinyatakan oleh Imam Abu Daud sebagai sahih iaitu:

حدثنا محمود بن غيلان أخبرنا وكيع أخبرنا عبد الرحمن بن زيد بن أسلم عن أبيه عن عطاء بن يسار عن أبي سعيد الخدري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من نام عن الوتر أو نسيه فليصل إذا ذكر وإذا استيقظ
Ertinya: “sesiapa tertidur daripada mengerjakan witir atau ia terlupa maka hendaklah sembahyang tatkala ia ingat dan tersedar”. ((تحفة الآحوذي شرح سنن الترمذي: ج 2: ص 569   

KAEDAH MENGHUKUM SAHIH DAN DHAIF PADA SESEBUAH HADITH
1)      Menghukum sahih dan dhaif sesebuah hadith merupakan satu bidang ilmu yang khusus di mana ulama’ usul hadith dan juga ulama Jarhu dan Ta’dil (ulama’ pengkaji sanad atau pakar pengesah hadith) telah pun menyusun ilmu tersebut semenjak beberapa kurun yang lalu. Di sini tidak mungkin kami menyatakan keseluruhan bidang ilmu itu secara terperinci. Tetapi, kami ingin menyentuh beberapa perkara yang kurang diberi perhatian oleh segelintir masyarakat.

2)      Ramai yang beranggapan bahawa hadith sahih hanya dikumpulkan di dalam Kitab Sahih Bukhari dan Muslim sahaja tidak di dalam kitab-kitab hadith yang lain. Ini kaedah yang salah yang digunakan oleh kebanyakan orang. Kesahihan sesebuah hadith boleh ditentukan melalui kajian terhadap sanad-sanadnya. Imam Bukhari berkata: “bahawa daku tidak dapat mengumpulkan semua hadith-hadith sahih di dalam kitabku dan aku terpaksa meninggalkan beberapa banyak hadith-hadith sahih supaya dapat dielakkan daripada menjadi panjang”. Pengakuan ini menunjukkan bahawa masih ada lagi hadith-hadith yang sahih yang tidak termuat di dalam Sahih Bukhari dan berkemungkinan besar terdapat hadith-hadith yang tinggi sanadnya daripada sanad hadith Sahih Bukhari.

Syeikh Abdul Rashid Nukmani menaqalkan di dalam kitabnya “ما تمس إليه الحاجة”, bahawa sanad bagi sesetengah riwayat yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah terlebih tinggi daripada sanad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari sepertimana yang disepakati oleh ulama’ hadith. Oleh kerana itu, Sahih Bukhari diberi gelaran أصح الكتب بعد كتاب الله adalah dengan mengambil kira dengan keseluruhan hadith bukan setiap hadith.
Imam Muslim berkata: “ليس كل صحيح وضعته هنا، إنما وضعته هنا ما اجتمعوا عليه”. Ertinya: “bukanlah aku dapat meletakkan semua hadith sahih di sini (dalam kitab Sahih Muslim), hanya aku memuatkan hadith-hadith sahih yang disepakati tentang kesahihannya”.

3)      Menghukum sahih dan dhaif sesebuah hadith adalah satu kajian yang halus memerlukan pengetahuan yang luas dan mendalam. Hanya mereka yang mencapai darjat ijtihad dalam bidang ini sahaja layak mengkaji dan menentukan kesahihan atau kedhaifan sesebuah hadith. Menentukan sesuatu hadith samada taraf sahih atau hasan atau dhaif berdasarkan pengamatan zahir terhadap nama-nama yang terdapat dalam sanad bukan berdasarkan hakikatnya kerana yang sebenar hanya Allah s.w.t.yang mengetahui. Oleh kerana itu ulama hadis menyatakan bahawa mungkin ada di antara hadith sahih pada hakikatnya ianya adalah hadith dhaif dan beberapa banyak hadith dhaif  berkemungkinan besar pada hakikatnya ianya adalah sahih. Oleh itu keyakinan terhadap mutu hadith berdasarkan ijtihad (pengamatan yang zahir) (أوجز المسالك: ج 1: ص 228)

4)      Periwayatan hadith diambil kira berdasarkan kepada kejujuran (thiqah) dan amanah perawi bukan berdasarkan kepada mazhabnya seperti Syiah, Rafidah, Murjeah, Muktazilah dan lain-lain. Berapa ramai di kalangan perawi-perawi yang bermazhab Syiah, Khawarij dan lain di mana Imam Bukhari dan Muslim berbangga menyebutkan nama-nama mereka dalam sanad mereka berdua dan meriwayatkan hadith daripada mereka di dalam kitab sahih keduanya (ميزان الجرح والتعديل: ص 34: محمد جمال الدين القاسمي )

5)      Kebanyakan perawi yang kepercayaaan atau dipercayainya (thiqah) meriwayatkan daripada perawi-perawi yang dhaif seperti Sufyan Al-Thauri dan Syu’bah dan selain mereka. Syu’bah berkata sekiranya aku tidak meriwayatkan hadith kepada kamu melainkan hanya daripada orang-orang yang kepercayaan (thiqah) neccaya aku tidak akan meriwayatkan kepada kamu melainkan daripada beberapa orang sahaja. Yahya Bin Al-Qattan berkata; “Sekiranya aku tidak meriwayatkan hadith melainkan hanya daripada beberapa orang yang aku redha (setuju) nescaya aku tidak boleh meriwayatkan hadith melainkan hanya daripada lima orang sahaja atau seumpamanya” (شرح علل الترميذي: 29  ) Menurut ulama usul hadith apabila seorang perawi yang bersifat adil meriwayat hadith yang diambil daripada perawi yang bertaraf dhaif maka ini bererti dia menganggap perawi itu bertaraf adil.
(وظيفة الحديث الضعيف: 18)

6)      Terkadang wujud perselisihan ulama terhadap sesebuah hadis atau seseorang perawi tentang sahih dan dhaif atau thiqah dan tidak thiqah. Persoalannya pendapat yang manakah yang perlu ditarjih(diutamakan), maka dengan itu Syeikh Abdul Haiyi Lakhnawi ada mengemukakan tiga pendapat di dalam kitabnya الأجوبة الفاضلة untuk menghuraikan perkara tersebut :-
  1. Apabila didapati seseorang yang memudahkan pentashihan hadith sementara yang lain pula amat berhati-hati, maka pendapat yang mempunyai sikap berhati-hati akan ditarjihkan. Contohnya Hakim mentashihkan suatu hadith dan Hafiz Zahabi pula mentad’ifkan hadith itu. Maka pendapat Imam Zahabi akan diutamakan kerana Imam Hakim digelar sebagai (متساهل في الحديث) yang mempermudah-mudahkan pada kajian hadith. Begitu juga Ibnu Hibban memberi pengakuan thiqah terhadap seorang perawi sementara ada tokoh lain yang lebih berwibawa pula menganggap tidak thiqah, maka pendapat Ibnu Hibban ditolak kerana beliau memasukkan perawi yang majhul kedalam senarai thiqahnya.
  2. Salah seorang diantara dua orang muhaddith mempunyai sikap terlalu ketat dalam kajian hadith (تشدد) sementara seorang lagi mempunyai sikap sederhana (معتدل). Maka pendapat yang sederhana itu akan ditarjihkan seperti Ibnu Jauzi adalah mutasyaddid sementara Ibnu Hajar dan Zahabi kedua-duanya mu’tadil maka Imam Ibnu Hajar dan Imam Zahabi diutamakan.  
Ibnu Hajar berkata bahawa mengikut peredaran masa ada empat generasi (طبقات) di kalangan Imam-Imam Pengkritik atau Pengesah Sanad (أئمة الجرح والتعديل). Al-Hafiz Ibnu Hajar mengemukakan siapa Mutasyaddid (bersikap terlampau ketat) dan siapa pula Mu’tadil (bersikap sederhana) pada tabaqat (generasi) itu.                                                                                            
i. Tabaqat pertama Syukbah dan Sufyan Al-Thauri. Syu’bah adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyaddud.                                                                                                                       
ii.Tabaqat kedua Yahya Bin Said Al-Qattan dan Abdurrahman Bin Mahdi. Maka Yahya adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyaddud.                                                                
iii.Tabaqat ketiga Yahya Bin Ma’in dan Ali Bin Al- Madini. Maka Yahya Bin Ma’in adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyaddud.
iv.Tabaqat yang keempat Ibnu Abi Hatim dan Imam Bukhari. Ibnu Abi Hatim adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyaddud.
Oleh demikian itu apabila didapati perselisihan di antara mereka maka hendaklah mengambil qaul yang sederhana atau pertengahan (متوسط) dan meninggalkan qaul yang tasyaddud. Syeik Abdul Haiyi Lakhnawi berkata kemudian daripada tabaqat yang empat ialah Ibnu Jauzi, Hafiz Saghani dan Ibnu Taimiyah dianggap mutasyaddid dan Hafiz Ibnu Hajar, Hafiz Zahabi, Hafiz Iraqi dan Hafiz Zaila’i dianggap mutawassit atau mu’tadil dan pendapat mereka ini akan diutamakan.      
  1. Meneliti dalil-dalil bagi dua pihak dan mengutamakan qaul yang mempunyai dalil yang kuat sedangkan kebolehan meneliti tidak ada pada setiap orang.
7)       Hadith-hadith yang ditashihkan oleh ulama’ hadith dan feqah yang muktabar lagi yang terdahulu itu tidak akan jadi dhaif  kerana mencelahi perawi daif  kemudian daripada mereka itu. Maka pentashihan hadith yang dibuat oleh fuqahak (Imam-Imam Mujtahid) lebih tinggi kedudukannya daripada pentashihannya yang dibuat oleh ulama’ hadith. Contohnya tersebut di dalam Sunan Tirmizi yang berbunyi:
حدثنا يحي بن موسى أخبرنا أبو معاوية أخبرنا خالد بن إياس عن صالح مولى التوأمة عن أبي هريرة قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم ينهض في الصلاة على صدور قدميه.
            Ertinya: “Adalah Nabi s.a.w bangun berdiri (qiyam) di dalam sembahyang diatas kedua   hujung jejari kakinya”. Hadith ini dhaif di sisi Imam Tirmizi kerana terdapat Khalid bin Iyaas yang mana beliau adalah perawi yang dhaif. Akan tetapi hadis ini dianggap sahih di sisi Imam Abu Hanifah kerana tidak didapati Khalid bin Iyaas tersebut di dalam sanadnya.
8)      Hadith dhaif tidak semestinya ditolak bulat-bulat kerana ianya boleh mencapai darjat hasan dan menjadi makbul sekiranya jalan periwayatannya berbilang-bilang sepertimana Mulla Ali Al-Qari berkata: “وتعدد الطرق يبلغ الحديث الضعيف إلى حد الحسن” bermaksud: “hadith boleh mencapai darjat hasan (hasan li ghairihi) dengan banyak jalan periwayatan”. Demikian juga tersebut di dalam شرح النخبة m/s 24, ((والضعيف أن تعددت طرقه أو تأيد بما يرجح قبوله فهو الحسن لغيره )) ertinya: “sekiranya hadith dhaif berbilang-bilang periwayatan atau dikuatkan dengan hadith yang terlebih kuat penerimaannya maka ia menjadi hasan li ghairihi”.
9)      حديث ضعيف مؤيد بالتعامل iaitu hadith dhaif  yang disokong oleh amalan sahabat dan tabi’in. Apabila amalan mereka itu bertepatan dengan hadith dhaif maka dengan sendiri hadith dhaif itu menjadi hadith yang layak diamalkan dan dibuat hujah. Sebagai contoh:
(هو الطهور ماؤه والحل ميتته، القاتل لا يرث، لا وصية لوارث)
Ertinya: “Ianya (air laut) adalah suci airnya dan halal bangkainya. Pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuhnya. Tidak boleh berwasiat untuk orang yang menerima harta pusaka”, Hadith-Hadith ini diakui dhaif oleh kebanyakan muhaddithin walaupun begitu ianya boleh diterima untuk dijadikan dalil (قابل للإستدلال) kerana didapati ramai sahabat dan tabein beramal dengan hadith itu.
Telah berkata Ibnu Abdul Barri di dalam kitabnya الاستذكار ketika menghikayatkan daripada Imam Tirmizi bahawa Imam Bukhari telah menghukum sahih Hadith Al-bahr (هو الطهور ماؤه والحل ميتته) sedangkan ahli hadith tidak mentashih sanad seperti ini tetapi hadith itu adalah sahih disisiku kerana ulama’ telah menerimanya dengan secara qabul (penerimaan berterusan). Sesetengah ulama’ menghukumkan kesahihan mengenai sesebuah hadith apabila ada penerimaan yang berterusan daripada orang ramai sekalipun sanadnya tidak sahih. Berkata Al-Ustaz Al-Isfirayini: “Dikenali kesahihan hadith apabila masyhur di sisi ulama’ hadith tanpa sebarang penafian daripada mereka itu”. Hadith yang diterima oleh ulama’ secara berterusan maka hadith itu termasuk di dalam hadith makbul sekalipun tidak memenuhi syarat sahih kerana ummah tidak berhimpun dalam perkara kesesatan. (وظيفة الحديث الضعيف: إمام محمد زكي إبراهيم: ص 27-28)
KESIMPULAN
  1. Menerima pakai hadith dhaif dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemarkan dan menakutkan, soal adab, kisah tauladan, nasihat-nasihat dan seumpamanya adalah dibolehkan. Perkara ini disepakati oleh ulama’ Muhaddithin.
  2. Imam Nawawi menukilkan pandangan ulama’ bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan beramal dengan hadith dhaif.
  3. Penerimaan hadith dhaif dalam perkara-perkara terbabit adalah disyaratkan jangan terlampau kuat kedhaifannya dan jangan pula hadith tersebut bercanggah dengan hadith yang sahih.
  4. Perlu mematuhi kaedah di sisi ulama’ hadith yang berlandaskan pentashihan dan pendhaifan hadith.
  5. Jangan mengambil sikap terlalu mudah menolak hadith dhaif sedangkan ulama’-ulama’ yang mu’tabar sudahpun mengambil pendirian dan sikap yang sederhana mengenai menerima dan beramal dengan hadith dhaif.
Mudah-mudahan Allah s.w.t memberi taufiq kepada kita agar dapat mengikuti jalan yang benar lagi lurus dan menjauhi kita daripada menuruti jalan yang sesat lagi menyesatkan.
Sekian, wassalam..