TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Mutasyabihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mutasyabihat. Papar semua catatan

Ahad, 28 Mei 2017

ULAMA SEPAKAT PENTAKWILAN PADA SESETENGAH TEMPAT

ULAMA SEPAKAT PENTAKWILAN PADA SESETENGAH TEMPAT
.
Kepada  kelompok Wahabi Salafi yang membid'ah golongan Asya'irah dan Maturidiah masuk neraka sesiapa yang berpegang pada aliran TAKWIL.
.
Ulama SEPAKAT bahawa maksud sesetengah ayat Al -Quran dan hadith-hadith Nabi Muhamnad s.a.w. mesti di fahami melalui PENTAKWILAN. Sama ada secara NAQLI ataupun AQLI.
.
Contohnya, ulama MENTAKWIL lupa dengan maksud meninggalkan dan membiarkan. Ini seperti dengan keterangan Allah s.w.t. dalam
.
surah At-Taubah, ayat 67:
".....Mereka sudah melupakan Allah dan Allah juga melupakan mereka...
.
Antara contoh lain ayat yang diwajibkan TAKWIL adalah,
.
surah Maryam, ayat 64
".... Dan tiadalah Tuhanmu itu lupa.
.
Kata-kata Allah s.w.t. yang menyebut kata-kata Nabi Musa a.s  dalam,
.
surah Taha, ayat 52:
.....Tuhanku tidak pernah keliru dan Dia juga tidak pernah lupa.
.
Ini kerana, LUPA adalah sifat KEKURANGAN. Kita wajib MENYUCIKAN Allah s.w.t. daripada sifat KEKURANGAN. Allah s.w.t bersifat dengan seluruh KESEMPURNAAN. Maha suci daripada segala sifat KEKURANGAN. Apabila Allah menyifatkan diri-Nya dengan sifat lupa, kita MESTI mentakwilkan sifat itu dengan perkara sampingan yang ada bersama sifat itu, iaitu meninggalkan dan membiarkan.
.
Contohnya dalam;
surah Al-Hadid ayat 4:
.
".....Dia tetap bersama-sama kamu dimana saja kamu berada......
.
Ayat itu DITAKWILKAN dengan maksud Allah s.w.t. BERSAMA kamu dengan ilmu dan penguasaan-Nya. Golongan aliran ithbat seperti Ibnu Taimiyah dan pengikut juga mengatakan perkara yang sama.
.
Mereka mengatakan, TAKWIL ini kerana Allah s.w.t. bersemayam di atas Arasy. Bagaimana Allah s.w.t. berada bersama mereka secara zat-Nya?
.
Hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang direkodkan oleh Imam Muslim juga termasuk dalam perkara ini. Rasulullah s.a.w. mengatakan Allah s.w.t berkata kepada sebahagian daripada hamba-Nya pada hari kiamat. Allah s.w.t. mengatakan, "Hamba-Ku, Aku sakit tetapi kamu tidak merawat-Ku. Maka dikatakan, "Bagaimana aku merawat-Mu, sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"
.
Allah s.w.t. menjawab, "Terdapat hamba-Ku yang sakit, tetapi kamu tidak merawatnya. Jikalau kamu merawatnya, pasti kamu mendapati Aku di sisinya. Aku meminta makan daripada kamu, tetapi kamu tidak memberikan makanan." Dalam laporan lain, "Aku lapar, tetapi kamu tidak memberikan makanan." Maka katakan, "Bagaimana aku memberi makan kepada-Mu, sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?" Allah s.w.t menjawab, "Terdapat hamba-Ku yang meminta makanan daripada kamu, tetapi kamu tidak memberi dia makan. Jikalau kamu memberi orang itu makanan, pasti kamu mendapati Aku di sisinya.
(rujukan: Rekod Imam Muslim dalam Al-Bir wa As-Silah (2569) daripada Abu Hurairah)
.
Bezanya, TAKWILAN ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w Tidak masuk akal untuk kita mengatakan, Allah s.w.t. sakit dengan kesakitan YANG LAYAK  untuk zat Allah s.w.t.
Tidak seperti manusia berasa sakit.
.
Begitu juga tidak masuk akal untuk mengatakan, Allah s.w.t. lapar dengan kelaparan YANG LAYAK  untuk Allah s.w.t. Tidak seperti manusia berasa lapar.
.
Dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat tentang ayat-ayat sifat-sifat Allah dalam al Quran dan hadith mohon kita berlindung menjadi,
.
1_Golongan yang memahami ayat-ayat itu secara zahir. Mereka mengatakan Allah s.w.t mempunyai muka seperti makhluk. tangan, ataupun dua tangan seperti mereka. Mereka mengatakan Allah s.w.t. ketawa seperti mereka ketawa. Terdapat diantara mereka yang mengatakan Allah s.w.t. itu muda. Golongan itu dipanggil sebagai golongan MUJASSIMAH dan MUSYABBIHAH. Golongan ini TERKELUAR daripada agama Islam kerana pegangan aqidah mereka tidak betul.
.
2_Golongan yang MENAFIKAN secara KESELURUHAN makna lafaz pada ayat-ayat dan hadith-hadith sifat. Mereka MENAFIKAN  makna ayat itu disandarkan secara MUTLAK. Allah s.w.t. pada pandangan mereka tidak mendengar dan tidak melihat. Ini kerana, sifat itu memerlukan anggota dan Allah s.w.t. maha suci daripada mempunyai anggota . Mereka adalah golongan MUATTOLAH. Sebagian ahli sejarah menamakan mereka sebagai golongan JAHMIYAH. Golongan ini tidak menggunakan akal sehingga mampu mengeluarkan pandangan yang mengarut.
.
Jadikan Dua pandangan mengenai ayat-ayat sifat-sifat Allah dalam al Quran dan hadith  yang menjadi perhatian ulama.
 .
1_Para ulama SALAF mengatakan, kami beriman kepada ayat-ayat dan hadith-hadith sifat seperti mana ia datang. Tetapi, kami MENYERAHKAN MAKSUD ayat-ayat dan hadith-hadith itu KEPADA ALLAH S.W.T. Mereka menthabitkan perkataan tangan,mata, mata-mata, bersemayam, gelak, kagum, dan perkataan lain, tetapi tidak diketahui makna-maknanya. Maksud sebenar perkataan itu diserahkan kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t melarang hamba-Nya daripada memikirkan petkara itu. Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan, "Fikirkan tentang ciptaan Allah, jangan kamu memikirkan tentang zat Allah. Sesungguhnya perkara itu diluar kemampuan kamu". Para ulama SALAF juga meyakini, TIADA PERSAMAAN ANTARA ALLAH S.W.T. DAN MAKHLUK. Inilah aliran TAFWIDH.
.
2_Ulama KHALAF pula mengatakan, mereka yakin makna  ayat-ayat dan hadith-hadith itu BUKAN makna ZAHIR yang Allah s.w.t. kehendaki. Ayat-ayat itu dalam bentuk majaz. Tidak salah sekiranya mereka MENTAKWILKAN ayat-ayat dan hadith-hadith ini. Mereka mentakwilkan makna 'al-wajh' dengan makna zat Allah s.w.t., perkataan tangan dengan makna kuasa, dan begitu juga perkataan yang lain. Mereka mengelak daripada MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. Inilah aliran TAKWIL.
.
Wahabi Salafi jagoh MEMBID'AHKAN ulama SALAF yang memegang mazhab TAFWIDH.
.
Kita dapati, terdapat dalam kalangan ulama salaf yang menyerahkan ilmu tentang sifat-sifat itu kepada Allah s.w.t. Mereka tidak mendalami atau mentafsirkan sifat-sifat itu. Lebih tepat lagi, mereka hanya MENDIAMKAN DIRI dari MEMBINCANGKAN perkara itu. Ulama besar Hanbali, Syeikh Mar'ie banyak menukilkan hal ini dalam kitab Aqawil At-Thiqat.
.
Perkara hal ini perlu diperpanjangkan kerana aliran Wahabi Salafi MENOLAK KERAS pandangan ini. ALIRAN WAHABI SALAFI mengatakan, DIAM dan MENYERAHKAN maksud kepada Allah s.w.t. adalah BID'AH yang mungkar, walaupun banyak laporan yang thabit dan jelas seumpama matahari pada waktu dhuha. Lihat watak mereka favorite membid'ah bukan saja  mazhab Khalaf aliran takwil atas alasan mentakwil tetapi juga mazhab salaf aliran tafwidh pun di bid'ahnya atas alasan mendiamkan diri.
.
Sekian, moga ada sedikit manfa'atnya. Wassalam.

MAKNA ISTIWA

IMAM ABU HANIFAH BERKATA:

وَنُقِرّ بِأنّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى مِنْ غَيْرِ أنْ يَكُوْنَ لَهُ حَاجَةٌ إليْهِ وَاسْتِقْرَارٌ عَلَيْهِ، وَهُوَ حَافِظُ العَرْشِ وَغَيْرِ العَرْشِ مِنْ غَبْرِ احْتِيَاجٍ، فَلَوْ كَانَ مُحْتَاجًا لَمَا قَدَرَ عَلَى إيْجَادِ العَالَمِ وَتَدْبِيْرِهِ كَالْمَخْلُوقِيْنَ، وَلَوْ كَانَ مُحْتَاجًا إلَى الجُلُوْسِ وَالقَرَارِ فَقَبْلَ خَلْقِ العَرْشِ أيْنَ كَانَ الله، تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ عُلُوّا كَبِيْرًا.

“Kita menetapkan sifat Istiwa bagi Allah pada arsy, bukan dalam pengertian Dia memerlukan kepada arsy tersebut, juga bukan dalam pengertian bahwa Dia bertempat atau bersemayam di arsy. Allah yang memelihara arsy dan memelihara selain arsy, maka Dia tidak memerlukan kepada makhluk-makhluk-Nya tersebut. Kerana jika Allah memerlukan kapada makhluk-Nya maka berarti Dia tidak mampu untuk menciptakan alam ini dan mengaturnya. Dan jika Dia tidak mampu atau lemah maka bererti sama dengan makhluk-Nya sendiri. Dengan demikian jika Allah memerlukan untuk duduk atau bertempat di atas arsy, lalu sebelum menciptakan arsy dimanakah Ia? (Artinya, jika sebelum menciptakan arsy Dia tanpa tempat, dan setelah menciptakan arsy Dia berada di atasnya, berarti Dia berubah, sementara perubahan adalah tanda makhluk). Allah maha suci dari pada itu semua dengan kesucian yang agung” (Lihat al-Washiyyah dalam kumpulan risalah-risalah Imam Abu Hanifah tahqiq Muhammad Zahid al-Kautsari, h. 2. juga dikutip oleh Mullah Ali al-Qari dalam Syarh al-Fiqhul Akbar, h. 70)

MANHAJ ULAMA AL-AZHAR BERKENAAN NAS NAS AL-MUTASYABIHAAT

MANHAJ ULAMA AL-AZHAR BERKENAAN NAS NAS AL-MUTASYABIHAAT

Syaikh al-Azhar yang dulu, Salim al-Bisyri (w. 1335 H) berkata:

مذهب الفرقة الناجية وما عليه أجمع السنيون أن الله تعالى منزه عن مشابهة الحوادث مخالف لها في جميع سمات الحدوث، ومن ذلك تنزهه عن الجهة والمكان كما دلت على ذلك البراهين القطعية"ا.هـ

“Mazhab _al-Firqah al-Najiyah_ (golongan yang terselamat) dan apa yang disepakati oleh golongan Ahlus-Sunnah adalah meyakini bahawa Allah ta`ala maha suci daripada menyamai perkara-perkara yang baharu (makhluk), Allah ta`ala bersalahan dengan perkara-perkara baharu daripada semua sifat perkara yang baharu. Antara perkara tersebut juga adalah mensucikan Allah taala daripada arah, tempat sebagaimana perkara tersebut ditunjukkan oleh dalil-dalil qaț`i.” (Sila lihat kitab _Furqānul-Qur'ān Baina Sifāt al-Akwān_ karangan al-Syaikh al-Muhaddith Salamah al-Qaďo`i al-`Azami, hlm. 84, Dar Ihya' al-Turāth al-Arabi)

Kemudian katanya:

من اعتقد أن الله جسم أو أنه مماس للسطح الأعلى من العرش وبه قال الكرامية واليهود وهؤلاء لا نزاع في كفرهم

“Sesiapa yang meyakini bahawa Allah ta`ala itu jisim, atau Dia bersentuhan dengan bumbung bahagian atas Arasy dan pendapat itu disebut oleh golongan al-Karrāmiyyah (salah satu kelompok yang menjisimkan Allah ta`ala) dan golongan Yahudi. Mereka itu tiada lagi perselisihan mengenai kekufuran mereka”.

Al-Syaikh Mahmud bin Muhammad ibn Ahmad Khattob al-Subki al-Mişri (W 1352 H) berkata:

قد سألني بعض الراغبين في معرفة عقائد الدين ، والوقوف على مذهب السلف والخلف في المتشابه من الآيات والأحاديث بما نصه :
ما قول السادة العلماء حفظهم الله تعالى فيمن يعتقد أن الله عز وجل له جهة !! وأنه جالس على العرش في مكان مخصوص !! ويقول : ذلك هو عقيدة السلف !! ويحمل الناس على أن يعتقدوا هذا الاعتقاد ويقول لهم من لم يعتقد ذلك يكون كافرا !! مستدلا بقوله تعالى : ( الرحمن على العرش استوى ) وقوله عز وجل : ( ءأمنتم من في السماء ) أهذا الاعتقاد صحيح أم باطل ؟؟؟ وعلى كونه باطلا أيكفر ذلك القائل باعتقاده المذكور ويبطل كل عمله من صلاة وصيام وغير ذلك من الأعمال الدينية وتبين منه زوجه ؟؟؟ وإن مات على هذه الحال قبل أن يتوب لا يغسل ولا يصلى عليه ولا يدفن في مقابر المسلمين ؟؟؟ وهل مَنْ صَدّقَه في ذلك الاعتقاد يكون كافرا مثله ...؟؟
فأجبت بعون الله تعالى فقلت :
بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد لله الهادي إلى الصواب ، والصلاة والسلام على من أوتي الحكمة وفصل الخطاب ، وعلى آله وأصحابه الذين هداهم الله ورزقهم التوفيق والسداد ، أما بعد ،
فالحكم أن هذا الاعتقاد باطل ومعتقده كافر بإجماع من يعتد به من علماء المسلمين ، والدليل العقلي على ذلك : قدم الله تعالى ومخالفته للحوادث ، والنقلي قال تعالى : (ليس كمثله شىء وهو السميع البصير ) فكل من اعتقد أنه تعالى حل في مكان أو اتصل به أو بشيء من الحوادث كالعرش أوالكرسي أو السماء أو الأرض أو غير ذلك فهو كافر قطعا ، ويبطل جميع عمله من صلاة وصيام وحج وغير ذلك ، وتبين منه زوجه وعليه أن يتوب فورا ، وإذا مات على هذا الاعتقاد ـ والعياذ بالله تعالى ـ لا يغسل ولا يصلى عليه ولا يدفن في مقابر المسلمين ، ومثله في ذلك كله من صدقه في اعتقاده أعاذنا الله تعالى من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا ، وأما حمله الناس على أن يعتقدوا هذا الاعتقاد المكفر وقوله لهم من لم يعتقد ذلك يكون كافرا !! فهو كفر وبهتان عظيم

“Sebahagian yang berkeinginan mengetahui aqidah-aqidah dalam agama dan memahami aliran golongan Salaf dan Khalaf mengenai ayat-ayat dan hadith-hadith yang mutasyabihaat bertanyakan kepadaku: “Apakah pendapat para ulama _ĥafiżohumullah_ berhubung orang yang meyakini bagi Allah ta`ala arah, Dia duduk bersemayam di atas Arasy di tempat yang khusus lalu dia mengatakan bahawa “Itu adalah keyakinan golongan Salaf” dan mereka menyeru manusia agar meyakini keyakinan ini seterusnya mengatakan kepada mereka: “Sesiapa yang tidak menyakini dengan demikian itu maka dia adalah kafir berdasarkan firman Allah ta`ala “الرحمن على العرش استوى” dan firman Allah ta`ala : “ءأمنتم من في السماء”, soalannya adakah keyakinan ini betul atau bathil? Dan atas keadaannya itu bathil adakah kufur orang yang berkata sedemikian dengan keyakinannya tersebut dan terbatal segala amalannya seperti solat, puasa dan sebagainya daripada amalan-amalan agama serta isterinya jadi terfasakh?! Jika dia meninggal dalam keadaan ini sebelum bertaubat (mengucap dua kalimah syahadah) tidak dimandikan, disolatkan jenazah ke atasnya, tidak kebumikan di perkubuan Islam? Dan adakah orang yang mempercayainya dalam keyakinan seperti itu menjadi kafir sepertinya…?!

Lalu aku menjawabnya dengan izin daripada Allah ta`ala.

Aku berkata: “Dengan nama Allah taala yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi Allah ta`ala yang memberi petunjuk kepada kebenaran. Selawat dan salam ke atas orang yang diberikan hikmah dan kata pemutus. Dan ke atas keluarganya serta sahabatnya yang diberi peunjuk oleh Allah taala dan diberi Allah kepada mereka taufiq serta kebenaran. Ammā ba`d: Hukum keyakinan ini adalah batil dan orang yang meyakininya keluar daripada Islam dengan ijmak ulama yang termasuk daripada ulama umat Islam.

Dalil akal yang menunjukkan akan perkara tersebut adalah keazalian Allah ta`ala dan bersalahan Allah ta`ala daripada perkara-perkara yang baharu. Manakala dalil naqli adalah firman Allah taala “ليس كمثله شيء” mafhumnya : “Allah ta`ala tidak seperti apa juapun dalam semua sudut”. Sesiapa yang meyakini bahawa Allah ta`ala menyerap di dalam tempat atau bersentuhan dengan tempat atau bersentuhan dengan sesuatu dari perkara-perkara baharu seperti Arasy, Kursi, langit, bumi dan selain daripada perkara tersebut maka dia adalah kafir dengan _qaț`i_. Batal segala amalannya seperti solat, puasa, haji dan sebagainya, isterinya terfasakh, wajib dia bertaubat dengan segera yang mungkin. Jika dia meninggal atas keyakinan ini _wal-`iyadhu billah_ maka tidak dimandikan, tidak disolat jenazahkan ke atasnya dan tidak dikebumikan di kawasan perkuburan umat Islam. Sama seperti itu juga semuanya bagi orang yang mempercayainya dalam keyakinannya itu, semoga Allah ta`ala melindungi kita daripada keburukan diri kita dan keburukan amalan-amalan kita.

Adapun menyeru manusia kepada keyakinan kufur ini dan katanya kepada mereka: “Sesiapa yang tidak menyakini perkara tersebut maka jadi kafir”, maka orang tersebut kufur dan ia adalah suatu tohmahan yang amat buruk”. (Lihat kitab _Ithāful-Kā'ināt bi-Bayān Madhhabis-Salaf wal-Khalaf fil-Mutasyābihāt_, hlm. 2 - 4, cet. al-Istiqāmah)

Kemudian al-Syaikh Mahmud Muhammad Khațțob al-Subki berkata setelah menyebut fatwa ini:

هذا وقد عرضت هذه الإجابة على جمع من أفاضل علماء الأزهر فأقروها وكتبوا عليها أسماءهم وهم أصحاب الفضيلة :
الشيخ محمد النجدي شيخ السادة الشافعية ، والشيخ محمد سبيع الذهبي شيخ السادة الحنابلة ، والشيخ محمد العزبي رزق المدرس بالقسم العالي ، والشيخ عبد الحميد عمار المدرس بالقسم العالي ، والشيخ علي النحراوي المدرس بالقسم العالي ، والشيخ دسوقي عبدالله العربي من هيئة كبار العلماء ، والشيخ علي محفوظ المدرس بقسم التخصص بالأزهر ، والشيخ إبراهيم عيارة الدلجموني المدرس بقسم التخصص بالأزهر ، والشيخ محمد عليان من كبار علماء الأزهر ، والشيخ أحمد مكي المدرس بقسم التخصص بالأزهر ، والشيخ محمد حسين حمدان .. انتهت الفتوى .

“Fatwa ini telah aku bentangkan kepada semua ulama al-Azhar yang mulia lalu mereka memperakuinya. Mereka mencatat nama-nama mereka ke atasnya. Mereka adalah golongan yang mulia iaitu:
1. al-Syaikh Muhammad al-Najdi, Syaikh bagi golongan al-Syafi`iyyah,
2. al-Syaikh Muhammad Sabī` al-Dhahabi, syaikh ulama yang bermazhab Hanabi,
3. al-Syaikh Muhammad al-`Arabi Rizqi, tenaga pengajar di pengajian tinggi,
4. al-Syaikh `Abdul-Hamid `Ammār, tenaga pengajar di pengajian tinggi,
5. al-Syaikh `Ali al-Nahrawi, tenaga pengajar di pengajian tinggi,
6. al-Syaikh Dusuki Abdullah al-`Arabi dari Haiah Kibar al-Ulama (Persatuan Ulama Terkemuka),
7. al-Syaikh Mahfuz, guru di bahagian takhassus di al-Azhar,
8. al-Syaikh Ibrahim `Iyarah al-Daljamuni, guru di bahagian takhassus di al-Azhar,
9. al-Syaikh Muhammad `Ilyan antara ulama terkemuka al-Azhar,
10. al-Syaikh Ahmad Makki, guru di bahagian takhassus di al-Azhar.
11. dan al-Syaikh Muhammad Husain Ĥamdan”. Intaha (Lihat kitab _Ithāful-Kā'ināt bi-Bayān Madhhabis-Salaf wal-Khalaf fil-Mutasyābihāt_, hlm. 9)

Beliau berkata lagi:

فمن اعتقد أنه سبحانه وتعالى يشبه شيئا من الحوادث كالجلوس في مكانأو التحيز في جهة فهو ضال مضل كافر بالله عز وجل ، نسأله تعالى السلامة من سوء الاعتقاد

“Sesiapa yang meyakini bahawa Allah _subĥānahu wa ta`ālā menyerupai sesuatu daripada perkara-perkara baharu seperti duduk bersemayam di tempat, berpihak pada arah maka dia sesat dan menyesatkan lagi kafir dengan Allah _`azza wa jalla. Kita memohon daripada Allah taala keselamatan daripada keyakinan yang buruk”. (Lihat kitab _Ithāful-Kā'ināt bi-Bayān Madhhabis-Salaf wal-Khalaf fil-Mutasyābihāt_, hlm. 161)

Kata beliau lagi:

فقد علمت مما ذكره أؤلئك المحققون من الإدلة والبراهين النقلية والعقلية أن الله عز وجل لا جهة له ولا مكان ولا يمر عليه زمان ، إذ هو تعالى مخالف للحوادث. وردهم على أصحاب العقائد الزائغة المكفرة المعتقدة أن الله تعالى جسم جلس على العرش أو حل في السماء إلى غير ذلك من الكفر الصريح أجارنا الله تعالى من الضلال والإضلال وأهلهما. (فمن) اعتقد أنه سبحانه وتعالى يشبه شيئا من الحوادث كالجلوس في مكان أو التحيز في جهة (فهو) ضال مضل كافر بالله عز وجل. نسأل الله تعالى السلامة من سوء الاعتقاد والتوفيق للعقائد الحقة التي ترضيه عز وجل.

“Maka telah diketahui daripada apa yang disebutkan oleh imam-imam _muhaqqiqun_ daripada dalil-dalil serta bukti-bukti secara naqli dan aqli bahawa Allah _`azza wa jalla_ tiada bagi-Nya arah, tidak bagi-Nya tempat dan tidak berlalu ke atas-Nya masa kerana Dia ta`ala bersalahan dengan segala yang baharu (makhluk). Dan penolakkan mereka kepada golongan yang berkeyakinan sesat lagi kufur bahawa Allah taala itu jisim duduk bersemayam di atas Arasy atau menyerap di langit dan lain-lain keyakinan yang kufur sorih/ nyata. Kita memohon perlindungan dengan Allah daripada kesesatan dan penyesatan serta pengikut keduanya. Sesiapa yang meyakini bahawa Allah ta`ala sama dengan sesuatu daripada perkara-perkara yang baharu seperti duduk bersemayam di tempat, atau berpihak pada arah maka dia sesat dan menyesatkan lagi kafir dengan Allah ta`ala. Kita memohon daripada Allah taala keselamatan daripada keyakinan yang sesat dan taufiq untuk mendapatkan keyakinan-keyakinan yang benar lagi diredhai Tuhan kita”. (Lihat kitab _Ithāful-Kā'ināt bi-Bayān Madhhabis-Salaf wal-Khalaf fil-Mutasyābihāt_, hlm. 164)

Katanya lagi mengenai aqidah salaf dan khalaf:

اعتقادهم واحد وهو من الأيات والأحاديث المتشابهات مصروفة عن ظاهرها الموهم تشبيهه تعالى بشيء من صفات الحوادث وأنه سبحانه وتعالى مخالف للحوادث، فليس بجسم ولا جوهر ولا عرض ولا مستقر على عرش ولا في سماء ولا يمر عليه زمان وليس له جهة إلى غير ذلك من نعوت المخلوقين ، فمن اعتقد وصفه تعالى بشيء منها فهو كافر بإجماع السلف والخلف

“Keyakinan mereka satu iaitu ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihat hendaklah dipalingkan daripada makna zahirnya yang mencenderungkan  manusia kepada tasybih/ penyerupaan Allah dengan sesuatu daripada sifat-sifat perkara baharu padahal Allah ta`ala itu bersalahan bagi segala yang baharu. Dia bukan berjisim, bukan jauhar, bukan _`arad_, bukan menetap di atas Arasy, tidak berada di langit, dan tidak berlalu ke atas-Nya masa serta tiada bagi-Nya arah dan sebagainya daripada sifat-sifat makhluk-Nya. Sesiapa yang meyakini Allah taala bersifat dengan sesuatu daripadanya maka dia kafir dengan ijma^ salaf dan Khalaf”. (Lihat _al-Dīnul-Khāliș_ atau _Irsyadul-Khalq Ila Dīnil-Haqq_ karangan al-Syaikh Mahmud Muhammad Khattab al-Subki, jilid 1 halaman 28, Maktabah al-Mahmudiyyah as-Subkiyyah)

Semoga Allah ta`ala membuka mata kita jalan kebenaran dan menjauhi  perkara yang salah.

Disediakan oleh :
Kajian Ilmiah Ahli Sunnah (KIAS)

JAWAPAN UNTUK MEREKA YANG MENOLAK TAKWIL YANG MENJADI AMALAN SALAF

Saya membaca respon alFadhil Us Mohd Hanif berkaitan isu akidah yg dibangkitkan Us Mashadi Masyuti. Isu ni isu besar bila kait isu akidah. Apatah lagi berpegang pada riwayat wahiyah pada persoalan akidah. Isu ni isu berat. Sesiapa yg nak baca, kena sabar baca sampai habis. Lihat di bawah. Walau dulunya dia Ustaz yg kita hormati, bila tergelincir, wajib dijawab.

Penyelidik  Ahlussunnah Research Group (ARG) juga bagus menjawab dakwaan dapatan kekeliruan Mashadi Masyuti, antaranya di https://www.facebook.com/ARG.johor/posts/1287992787898295

اللهم أرنا الحق حقا وارقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahu al-musta'an.

--—---—-----------------------------------

JAWAPAN UNTUK MEREKA YANG MENOLAK TAKWIL YANG MENJADI AMALAN SALAF – OLEH US MOHD HANIF (LOBAI SAHAK) YANG MENGAJI KAMPUNG AJA.

Mereka berkata:

Abu Hanifah berkata: Allah mempunyai tangan …………… Kita tidak boleh mengatakan tangan Allah adalah kuasa-Nya atau nikmat-Nya kerana yang demikian itu bererti kita telah membatalkan sifat Allah …………

MASHADI dan Wahhabi tidak membenarkan mentakwil mana-mana sifat Allah sedangkan Saidina Ibn Abas sendiri mentakwilkan sifat Allah .

IBN ABBAS MEMBERIKAN TAKWILAN

 يوم يكشف عن ساق  ( Ayat 42 surah Al Qalam )
Ibn Abbas mentakwilkan الساق ( betis ) dengan perkataan الشدة ( terlalu takut ).

 والسماء بنينا ها بأيد وإنا لموسعون ( Surah Al Zaariat – ayat 47 )
Ibn Abbas mentakwilkan أيد ( tangan ) dalam ini dengan perkataan القوة ( kekuasaan )

Berkenaan takwilan Ibn Abbas di atas Wahabiah mempertikaikan perawi riwayat ini iaitu Muhammad Ibn Jahm Al Samiri dimana mereka mengatakan Ibn Jahm adalah seorang yang majhul .

Sebenarnya Muhammad Ibn Jahm merupakan seorang perawi yang boleh dipercayai lagi benar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Abdullah bin Imam Ahmad degan katanya “ Aku tidak mengetahui tentang dirinya melainkan kebaikan  ” Ibn Hajar Al `Asqalani berkata : Aku tidak dapati dia sebagai seorang yang jauh ( cacat )

TAKWILAN IMAM AHMAD

روى الحافظ البيهقي عن الحاكم عن أبي عمرو بن السمّاك عن حنبل أن أحمد ابن حنبل تأول قول الله تعالى : " وجاء ربك " انه : جاء ثوابه ثم قال البيهقي وهذا اسناد لا
غبار عليه .

Ertinya : Al Hafiz Al Baihaqi telah meriwayatkan daripada Hakim , daripada Abi `Amr bin Sammak daripada Hanbal bahawa Ahmad bin Hambal telah mentakwil firman Allah " وجاء ربك " ( telah datang Tuhan kamu ) dengan perkataan جاء ثوابه ( telah datang pahala ) kemudian Al Baihaqi berkata : “Tidak terdapat kesamaran pada sanad ini”

TAKWILAN Al ASY`ARI

وان الله تعالى استوى على العرش على الوجه الذي قاله وبالمعنى الذي اراده, استواءً منزها عن المماسّة والإستقرار والتمكن والحلول والإنتقال, لا يحمله العرش بل العرش وحملته محمولون بلطف قدرته ومقهورون فى قبضته وهو فوق العرش وفوق كل شيء إلى النجوم الثرى فوقية لا تزيد قربا إلى العرش والسماء بل هو رفيع الدرجات عن العرش كما أنه رفيع الدرجات عن الثرى وهو مع ذلك قريب من كل موجود وهو أقرب إلى العبد من حبل الوريد وهو على كل شيء شهيد

Ertinya : Bahawasanya Allah Ta`ala beristiwa` di atas `Arays sebagaimana  rupa bentuk yang telah ia katakan dan dengan makna yang Ia kehendaki, Istiwa yang bersih daripada perkara-perkara yang didapati dengan pancaindera, bersiih daripada tetap pada sesuatu tempat, berhenti dan perpindahan. Dia tidak ditanggung oleh `Arays bahkan `Arays itu sendiri ditanggung oleh Malaikat dengan kehalusan kudrat-Nya dan berada dalam genggamannya dan Dia di atas `Arays dan di atas setiap sesuatu hingga ke bintang surayya ketinggian yang tidak bertambah hampir kepada `Arays dan langit bahkan Ia lebih tinggi darajat daripada `Arays sebagaimana lebih tinggi daripada surayya, meskipun begitu Dia hampir dengan sesuatu yang maujud dan lebih hampir kepada hamba berbanding urat merih dan Dia melihat semua perkara.

Kebanyakan naskhah yang berada di pasaran kini telah dibuang kata-kata  Imam Al Asy`ari berkaitan takwilan beliau. Seterusnya mereka cuba memasyhurkan bahawa Imam Al Asy`ari menarik balik takwilannya pada akhir hayat beliau dan beliau telah mengamalkan tafwid. Sedangkan kitab risalah Al Saghr yang terdapat padanya takwilan Imam Al Asy`ari itu adalah merupakan antara kitab-kitab terakhir karangan beliau.

SANDARAN YANG  KABUR TERHADAP ABI HANIFAH

Mereka menaqalkan bahawa Imam Abu Hanifah berkata : " Iman tidak bertambah dan tidak berkurang ".

Perkara ini diragui kerana tidak terdapat riwayat yang sahih lagi terang. Dinyatakan satu riwayat dalam kitab Syarah Aqidah Al Tahawi dengan sanad Abi Muti`i Al Balkhi daripada Nabi Shallallahu alaihi wassalam :

حدثنا محمد الفضل وأبو القاسم السابارذ قالا حدثنا فارس بن مردويه قال حدثنا محمد الفضل بن العبد قال حثنا يحيى بن عيسى قال حدثنا أبو مطيع عن حماد بن سلمة عن أبى المهزّم عن أبي هريرة قال : جاء وفد ثقيف إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالوا  رسول الله الإيمان يزيد وينقص؟ فقال: لا  الإيمان مكمل فى القلب زيادته كفر ونقصانه شرك

Ertinya : Muhammad Al Fadhl menceritakan kepada kami ……………………… daripada Isa daripada Abu Muti`I ………………….  daripada Abi Hurairah dia berkata : Rombongan Thaqif telah mengadap Rasullullah maka mereka bertanya : Adakah iman bertambah dan berkurangan ?Rasul menjawab : Tidak , iman sempurna dalam hati , bertambahnya kufur dan berkurang nya syirik.

Kalaulah aqidah Imam Abu Hanifah sama seperti dakwaan Wahabiah tentulah Ulama`-ulama` besar dari kalangan mazhab Hanafi seperti Ibrahim bin Yusuf dan Ahmad bin Imran akan menyebut perkara yang sama iaitu Iman tidak bertambah dan berkurang.

Kalau kita mengkaji dengan teliti kita akan dapati mereka ini berkata iman akan bertambah dan berkurang walhal mereka berdua adalah di antara Hanafiah yang terulung  .

Dari sana jelas kepada kita bahawa perkataan tentang iman tidak bertambah atau berkurang adalah datangnya dari pendusta Al Balkhi kemudian terus di sandarkan kepada Imam Abi Hanifah .

Pada dasarnya tidak ada percanggahan antara imam-imam empat dalam masalah ini. Tetapi apabila timbul aqidah-aqidah sesat pada zaman Abi Hanifah seperti Muktazilah dan di zaman imam-imam lain seperti Murjiah maka masing-masing mempertahankan aqidah yang tepat menurut Al Quran dan Sunnah. Berpunca dari sanalah memperlihatkan sedikit perbezaan di antara mereka. Ini berdasarkan keadaan semasa kerana Salaf  terpaksa menolak aqidah Murjiah dan Imam Abu Hanifah terpaksa manolak aqidah Muktazilah dan Murjiah dimana mereka mengatakan iman itu hanya Tasdiq ,iman tidak akan rosak kerana melakukan maksiat .

Ini memberi gambaran bahawa kebaikan tidak ada nilai, tak  salah kalau tidak berbuat kebaikan bahkan dosa tidak akan memberi mudharat kepada iman. Dengan demikian golongan Murjiah akan meninggalkan kebaikan dan meringankan dosa.

Maka Salaf terpaksa menolak pendapat tersebut dengan berkata bahawa iman akan bertambah dan berkurang. Iman menpunyai kaitan utama dengan amalan  sehingga pertambahan amalan akan menyebabkan bertambahnya iman begitulah sebaliknya. Salaf membuat kenyataan ini supaya orang kebanyakan tidak memadang ringan terhadap urusan amalan seharian dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat.
Kemudian timbullah Abu Hanifah di zaman pemberontakan Khawarij dan fitnah Muktazilah . Mereka beri`itiqad bahawa orang yang melakukan dosa besar akan kekal dalam neraka.

Ini seolah-olah hanya amalan yang bersih daripada dosa besar sahaja yang dapat menyelamatkan seseorang dari neraka dan kekalnya iman. Maka untuk menolak pendapat tersebut Imam Abu Haniafah terpaksa berkata bahawa iman tidak bertambah kerana amalan baik dan tidak berkurangan kerana dosa. Keimanan diberi keutamaan walaupun amalan mempunyai kedudukan yang tinggi. Keimanan suatu yang ulung, bukan pengikut amalan bahkan kejayaan seseoang terletak diatasnya ( Iman ).Seseorang itu tidak beramal tetapi akhir kalamnya dengan kalimah tauhid maka ia akan masuk syurga. Tidak seperti sangkaan mereka bahawa meskipun beriman tetapi kerana  melakukan dosa ia akan kekal dalam neraka.

Pada masa itu jika Abu Hanifah terus dengan Ideologi salaf menentang murjiah pasti ia akan membantu metode pemikiran Muktazilah . Oleh itu Abu Hanifah terpaksa menukar tajuk utama salaf supaya mampu mempertahankan aqidah ahlus sunnah wal jamaah.

Dalam hal ini Al `Allamah Anuar Shah Kasymiri Hanafi menyebut dalam Faidhul Baari  :

إن الإمام الأعظم رحمه الله تعالى إنما نفى الزيادة والنقصان فى مرتبة محفوظة ولا ينفي مطلقا

Ertinya : Imam Abu Hanifah hanya menafikan bertambah atau berkurangnya  iman pada martabat yang tertinggi bukan menafikannya secara mutlak .

PEMBOHONGAN TERHADAP ABI HANIFAH

Mereka berkata:

Abu Hanifah berkata: Siapa yang berkata: Saya tidak tahu, adakah Allah itu di langit atau di bumi maka dia kafir……………………

Petikan asal ini ialah dari kitab al-`Uluw karangan al-Zahabi, ia  berbunyi :

قال الذهبي فى العلو : بلغنا عن أبي مطيع الحكم بن عبد الله البلخي صاحب الفقه الأكبر سألت أبا حنيفة عمن يقول : "لا أعرف ربي فى السماء او فى الأرض" فقال قد كفر لأن الله يقول الرحمن على العرش استوى لكن لا يدري العرش فى السماء او فى الأرض فقال إذا انكر أنه فى السماء فقد كفر. رواها صاحب الفاروق بإسناد عن أبي بكر نصير بن يحي عن الحكم.

Ertinya: Al Zahabi berkata dalam kitab al-`Uluw : telah sampai berita tentang Abi Muti`i Al Hikam bin Abdullah  Al Balkhi pengarang kitab al-Fiqhul al-Akbar bahawa dia telah bertanya Abu Hanifah tentang mereka yang berkata: “ Saya tidak tahu samada tuhan berada di langit atau di bumi” maka berkata Abu Hanifah dia telah kafir kerana Allah telah berkata الرحمن على العرش استوى  tapi dia pula tidak tahu Arasy itu di di langit atau di bumi dan dia telah berkata : apabila ia mengingkari bahawasanya Allah berada di langit maka dia telah kafir…

JAWAPAN

Kata-kata ini adalah satu pembohongan dan rekaan terhadap Abu Hanifah kerana perawi yang bernama Abu Muti`i adalah seorang  yang suka memalsukan sesuatu.

Tersebut dalam Lisan al-Mizan bagi Al  Asqalani ,

Ahmad bin Hambal berkata : “ Tidak patut diriwayatkan sesuatu daripadanya “. Abu Daud berkata : Mereka telah meninggalkan hadithnya.

Ibn `Adi berkata :  Beliau jelas daif dalam kebanyakkan hadith-hadith yang diriwayatkan olehnya dan tidak ada yang menyokongnya.

Abu Hatim pula berkata :  “ Dia adalah seorang Murjiah dan pembohong ”.

Dan Ibn Hajar berkata : “ Sesungguhnya Al Zahabi telah memutuskan bahawa dia telah memalsukan hadith “

IMAM MALIK

KESALAHAN tentang terjemahan istiwa` dengan makna bersemayam

Mereka berkata:Daripada Ja`afar Bin Abdullah katanya : Kami pernah berdekatan dengan Imam Malik lalu seorang lelaki bertanya kepada beliau : Wahai Abu Abdillah ,Allah yang maha pengasih bersemayam di atas `Arays, bagaimana Dia bersemayam……………………

Dalam kenyataan Salafiah Wahabi di atas didapati terjemahan istiwa dengan makna bersemayam. Ini merupakan satu kesalahan besar dan dianggap tak betul, kerana :

1. Perkataan bersemayam di dalam bahasa melayu bermaksud duduk di atas singgah sana ( lihat kamus dewan , 1993 , m.s 1153 ). Sifat ini tidak harus dikaitkan dengan Zat Allah Taala kerana ia membawa kepada makna tashbih ( menyerupai ) tamthil ( perumpamaan ) dan tajsim  terhadap zat Allah S.W.T. .

2. Maka bersemayam juga menafikan  konsep tafwidh yang dilakukan oleh ulama' salaf iaitu menyerah makna yang layak dengan kebesarannya tanpa mentafsirkan maknanya. Tak ada gunanya mentafwidkan kaifiatnya setelah kita menetapkan perbuatan tersebut dengan makna duduk ( bersemayam ).
Makna bersemayam hanya menepati bagi makhluk dan tak sesuai bagi Allah Ta`ala kerana Allah Ta`ala telah menyatakan ia tidak menyerupai makhluk. (  ليس كمثله شيء   )  Ertinya : Dia tidak menyerupai sesuatu .
Maha suci Allah daripada menyerupai makhluk. Tidak ada yang menetapkan istiwa ini dengan makna bersemayam ( duduk ) melainkan dengan tiga kumpulan iaitu

1. Al-Mujassimah
2. Al-Musyabbihah
3. Al-Salafiah Wahabiyyah

Imam Nawawi mengatakan di dalam kitab Raudhatut talibin ( m.s. 64 jld 10 ) bermaksud : Di antara perkara yang boleh menjadikan manusia murtad daripada agama Islam dan menjadi kafir ialah apabila seseorang itu menetapkan bagi Allah bersambung ( menyentuh ) dan bercerai dengan sesuatu.
Jadi apakah golongan As-salaf yang menetapkan istiwa dengan makna duduk ( bersemayam ),  atau ia datang daripada As-Salafiah Wahabiah ?

TAUHID IMAM MALIK  MENOLAK AKIDAH TAJSIM DAN TASHBIH

Mereka berkata:Daripada Ja`afar Bin Abdullah katanya : Kami pernah berdekatan dengan Imam Malik lalu seorang lelaki bertanya kepada beliau : Wahai Abu Abdillah ,Allah yang maha pengasih bersemayam di atas `Arays, bagaimana Dia bersemayam? Imam Malik menjawab : Tentang bagaimana Dia bersemayam tidak boleh di `akali ( ghair ma’qul ) , dan bersemayam-Nya bukan suatu yang di jahili ( ghair majhul ) , beriman kepadanya ( bersemayam ) adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah ……………………

Terjemahan di atas yang menyatakan jawapan Imam Malik berkenaan bagaimana Allah ber istiwa` adalah tidak betul dan susunan ayat tidak seperti asal  . Sebenarnya ini terjemahan daripada riwayat Yahya Ibn Yahya yang berbunyi  :
" الاستواء غير مجهول والكيف غير معقول والإيمان واجب والسؤال عنه بدعة "

Maksudnya :   Istiwa’ itu maklum ( diketahui maknanya dari sudut bahasa sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran ) dan kaifiatnya ( cara ) tak dapat digambarkan dengan akal , berimannya adalah wajib , dan bertanya tentangnya adalah bid’ah.
Perkataan   والكيف غير معقول   itu sendiri menolak pendapat Salafiah Wahabiah berkenaan Allah bersemayam atas `Arasy , terjemahan bersemayam membawa ke arah tajsim dan tasybih. Maksud perkataan ( dan kaifiatnya tidak boleh digambarkan dengan akal ) itu menolak pendapat tajsim dan tashbih.

Salafiah Wahabiah sentiasa membentangkan riwayat Imam Malik yang menyatakan bahawa   الاستواء معلوم والكيف مجهول   ( istiwa’ itu diketahui manakala kaifiatnya itu tidak diketahui ) sebenarnya hadis ini bukanlah riwayat daripada Imam Malik. Sebenarnya ia sengaja dibuat-buat dan disandarkan kepada beliau. Kerana riwayat Yahya bin Yahya adalah berasal daripada Ummu Salamah. Imam Rabiah ( guru Imam Malik ) juga pernah menuturkan seperti riwayat ini. Manakala riwayat Baihaqi melalui sanad yang sahih iaitu  :
الرحمن على العرش استوى كما وصف به نفسه ولا يقال كيف ، وكيف عنه مرفوع

Maksudnya : “ Tuhan Al Rahman itu beristiwa di atas `Arays sebagaimana yang disifatkan oleh-Nya dan tidak boleh dikatakan bagaimana kerana bagaimana itu di angkat ( tiada )

”.Ibn Hajar menjelaskan bahawa pendirian mazhab Ahlu Sunnah tentang ayat ini adalah tanpa kaifiat. Lalu beliau menjelaskan lagi inilah cara yang telah difahami oleh Imam Al Shafie dan Imam Ahmad. Inilah juga pendapat yang dipegangi oleh para ulama` Malikiah termasuk Ibn `Arabi dan Al Qurtubi .

Riwayat Yahya dan Baihaqi menunjukkan hakifiat Istiwa  itu tiada manakala riwayat palsu itu pula menunjukkan kaifiat Istiwa itu ada .
Penyelesaiannya , kita menolak riwayat palsu itu kerana ia bertentangan dengan pendapat  Ummu Salamah dan Tuan Guru Imam Malik sendiri dan kita mengambil riwayat Yahya dan Baihaqi iaitu kaifiat  istiwa itu tak ada. Bila tak ada kaifiat istiwa dari mana pula datang makna bersemayam yang membawa ke arah makna tajsim dan takyif.

والله لا كيف له ومالك نفى هذا بقوله ولا يقال كيف وكيف عنه مرفوع

Ertnya : Allah tidak ada bagaimana bagi-Nya ,dan Imam Malik menafikan perkara ini dengan berkata : tidak dikatakan bagaimana, bagamana itu di angkat ( tiada )

IMAM AL SHAFIE

AL SHAFIE BUKAN MUJASSIMAH

Mereka berkata: Imam Abu Al Qayyim menyebut dalam kitab Ijtima` Al Juyuusy Al Islamiah bahawa Imam Al Shafie berkata : Mengikut sunnah yang aku berada atas jalannya dan begitu juga aku melihat sahabat-sahabatku daripada kalangan Al hadith yang aku mengambilnya daripada mereka ……………………… ialah : Ikrar bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah ……………… dan sesungguhnya Allah adalah di atas `Arays-Nya dilangit-Nya......

Dengan ungkapan tersebut Wahabiah cuba menyatakan bahawa Allah yang Maha Agong mempunyai tempat duduk, tubuh badan dan menyerupai makhluk. Sebenarnya  sandaran ini tidak benar kerana dalam riwayat ini terdapat dua orang perawi yang dusta iaitu Syeikh Al Islam Abu Hasan Al Hakkari dan Al Hafiz Abu Muhammad Al Maqdisis. Sanad-sanad mereka ini disandarkan kepada Abu Thaur, Abu Syua`ib dan seterusnya kepada Imam Al Shafie.

Imam Al Zahabi berkata bahawa Abu Hasan al Hakkari yang digelar Syeikh Islam ialah salah seorang daripada pembohong-pembohong dan pereka hadith.

Ibn Hajar berkata bahawa al Hakkari dikaitkan dengan mereka-reka hadith dan membuat sanad-sanad hadith.

Hafiz Ibn Hajar al Asqalani memberitahu bahawa sudah menjadi kebiasaan hadith Syeikh Al Islam Abu Al Hassan Al Hakkari gharib ( ganjil ) dan mungkar. Bahkan pada hadithnya terdapat unsur-unsur rekaan. Beliau adalah seoerang pendusta dan pereka hadith yang terkenal dan bermazhab Mujassimah . Dalam Lisan Al Mizan juzuk empat  disebutkan :

" متهم بوضع الحديث وتركيب الأسانيد كان يضع الحديث باصيهان "

Ertinya: Dia pernah ditohmah dengan  memalsukan hadith dan susunan sanad, dia juga pernah memalsukan hadith di Asbahan.

SALAH FAHAM TENTANG KATA-KATA  AL SHAFIE  BERKENAAN ILMU KALAM

Mereka Berkata: Dikeluarkan oleh Al Harawi daripada Al Rabi` Bin Sulaiman katanya : Aku mendengar Imam Shafie berkata : sekiranya seseorang meninggalkan wasiat kepada orang lain agar mengambil manfaat daripada kitab-kitab yang ditinggalkan ,lalu di antara kitab-kitab tersebut terdapat kitab tentang kalam, maka kitab kalam itu tidak termasuk di dalam wasiatnya kerana kalam bukanlah ilmu………………..

Imam Al Razi menyatakan ada dua sebab kenapa Imam Shafie mencela dan mengingkari ilmu kalam :

1. Ilmu kalam yang dicela oleh Al Shafie ialah ilmu kalam Ahli Bid`ah iaitu Muktazilah kerana  banyak bercampur dengan aqidah dan pendapat falasafah Yunan.
2. Muktazilah telah mempengaruhi Khalifah agar mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang menyalahi mereka ( Miktazilah )

Imam Al Razi menambah bahawa sesungguhnya fitnah besar telah berlaku pada zaman itu disebabkan manusia membincangkan tentang masalah al Quran , adakan ia makhluk atau tidak dan ahli bid`ah telah menggunakan kuasa sultan untuk memaksa ahli Al Haq supaya mengikut mereka. Apabila Imam Al Shafie mengetahui bahawa ilmu kalam pada zaman itu bukan bertujuan mencari kebenaran dan bukan kerana Allah sebaliknya kerana dunia dan kuasa maka beliau telah berpaling daripadanya ( ilmu kalam )
Imam Baihaqi berkata : Bagaimana imam Shafie boleh mencela kata-kata ahlu sunnah wal jamaah padahal beliau bercakap tentangnya, bermunazarah padanya dan menyingkap kepalsuan yang dilontarkan oleh ahli bid`ah.
Imam Baihaqi menambah : Sesetengah riwayat disebut secara mutlak dan setengahnya dikaitkan dengan celaan beliau terhadap ahli bid`ah

IMAM AHMAD BIN HAMBAL

BERBOHONG DALAM MENYANDARKAN KITAB KEPADA IMAM AHMAD

Mereka berkata:Imam Ahmad berkata  didalm kitabnya : Bantahan terhadap Jahmiyyah : Sesungguhnya Jahm bin Shafwanmendakwa kononnya sesiapa yang ………………………..  dia termasuk dalam Musyabbihah ( menyerupakan Allah dengan makhluk

Petikan teks tersebut adalah dari kitab Al Radd `ala al Jahmiyyah yang disandarkan kepada Imam Ahamd. Hujjah ini semata-mata untuk menegakkan aqidah yang batil yang menjadi pegangan mereka.
Mereka lupa bahawa kitab yang disandarkan kepada Imam Ahmad itu tidak benar sama sekali. Hal ini telah dinyatakan oleh Imam Al Zahabi dalm kitab Siar Aa`lam Al Nubala` ( 286/11 )  ketika menterjemahkan biodata Imam Ahmad. Beliau menyatakan bahawa kitab tersebut adalah sebuah kitb yang direka ke atas Abi Abdillah .

Perlu diketahui bahawa Kitab Al Radd `Ala Al Jahmiyyah itu bukanlah karangan daripada Imam Ahmad sebaliknya ia merupakan karangan pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada Musyabbihah  dan Mujassimah .

BERHUJJAH DENGAN SEORANG MUJASSIMAH

Imam Ahmad berkata  di dalam kitabnya : Bantahan terhadap Jahmiyyah

Mereka berkata:Pandangan ini telah dipilih oleh Sadik Hassan Khan , katanya:
Maka mazhab kami adalah sebagaimana mazhab Salaf iaitu Ithbat tanpa Tasybih, Tanzih tanpa Ta`thil. Inilah mazhab Imam-Imam utama Umat Islam seperti Malik, Shafie, Al Thauri, Ibnu Al Mubarak dan Imam Ahmad….. dan lain-lain lagi.

Sadik Hassan Khan al- Qanuji al-Bahubali pengarang kitab Qathfu al- Thamar `Ala `Aqaid Ahl al- Athar yang telah di petik oleh Dr. Abdullah Yasin adalah seorang Mujassimah yang sesat lagi menyesatkan.
Dalam kitab tersebut Sadik Hassan mengatakan Tuhan ada pinggang, maha tinggi Allah daripada semua itu. Al `Allamah Al Muhaqqiq Abdul Hai Al Kanwi Rahimahulllah seorang ulama` agong dan seorang muhaddith dari India telah mengarang dua kitab menolak dan menyangkal tulisan Sadik Hassan. Kedua-dua kitab tersebut ialah ابراز الغي من شفاء العي  dan تبصرة الناقد برد تذكرة الراشد.

Mereka berkata: Daripada Abdul Rahman bin Mahdy katanya : seorang lelaki bertanya kepada Imam Malik, lalu Imam Malik berkata : Barangkali engkau salah seorang sahabat daripada `Amr Bin `Ubaid mudah-mudahan Allah menurunkan laknat ke atas `Amr bin `Ubaid kerana dialah orang yang memulai bid`ah kalam ini, kalaulah kalam itu satu ilmu nescaya perkara ini menjadi percakapan di kalangan sahabat dan …………………..

JAWAPAN

Petikan tersebut adalah dari kitab ذم الكلام وأهله  . Pengarangnya adalah Al Syeikh Al Islam Al Harawi Al Ansari yang mengarang bab sifat dan bab menetapkan Istiwa Allah Ta`ala di atas Arays . Beliau adalah Mujassimah tulin dan amat ingkar terhadap Al Asy`ari . Beliau berpendapat tidak halal sembelihan Al Asy`ari .

Mereka berkata:Di antara I`tiqad yang dinisbahkan (dibangsakan) kepada Imam Shafie ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Talib Al `Asyaari, katanya: Imam Shafie pernah  ditanya tentang sifat Allah ……………….. ....Dan di antara perkhabaran itu ialah bahawa Allah mendengar dan Dia memiliki dua tangan kerana  Allah berfirman: ( Tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka ) dan Allah mempunyai tangan kanan ........................

JAWAPAN

Abu Talib Al `Asyaari perawi aqidah Al Shafie yang dinaqalkan adalah seorang Mujassimah dan pendusta yang masyhur daripada mazhab Al Hanabilah .

Al Zahabi dalam Al Mizan juzuk tiga berkata :
“ Mereka ( ahli hadith ) telah memasukkan keatasnya beberapa perkara maka diapun menceritakan perkara itu tanpa ragu, di antaranya ialah hadith maudhu`  berkenaan fadhilat malam Asyura` dan setengah daripadanya lagi adalah `aqidah bagi Imam Al Shafie .

Mereka berkata:Dieluarkan oleh Ibnu Baththah daripada Abdullah bin Ahmad, katanya: Aku mendengar Abu Abdillah ( Imam Ahmad ) berkata: Berpegang teguhlah dengan sunnah  …………

JAWAPAN

Ibn Baththah Al Akbari Al Hanbali 304-387 Hijriah adalah seorang Mujassimah Hanabilah yang pendusta dan melakukan hadith maudhu`  . Ibn Hajar dalam Al Lisan juzuk empat berkata :

" وقفت لأبن بطة على أمر استعظمته واقشعر جلدي منه أنه وضاع وأنه كان يحك أسماء الأئمة من كتب الحديث فى الأسانيد ويضع اسمه مكان الحك "

Ertinya: Saya dapati satu perkara yang dianggap besar ada pada Ibn Baththah dan berkerut kulit saya disebabkan perkara itu, iaitu dia adalah seorang pemalsu hadith dan dia pernah membuang nama beberapa imam dari kitab hadith dalam sanad–sanad dan meletakkan namanya  di situ .

 Al Kahatib Al Baghdadi dalam tarikh Baghdad meriwayat satu hadith palsu kemudian berkata: Hadith ini palsu disebabkan sanad yang mempunyai nama Ibn Baththah. Ibn Baththah ini adalah pengarang kitab Al- Ibanah sebanyak tiga jilid yang di dalamnya menyebut tentang Tuhan berada di atas `Arays secara nyata dalam bab khas : bab beriman bahawa Allah berada di atas `Arays jelas daripada makhluknya dan ilmunya meliputi sekelian makhluknya . Kaum muslimin daripada sahabat dan tabi`in telah sepakat bahawa Allah berada di `Arays atas langit jelas daripada makhluknya .

KESIMPULAN

Wahabiah akan melakukan apa saja tanpa menghiraukan pahala dan dosa demi menegakkan aqidah yang bathil walaupun mereka terpaksa menjatuhkan maruah Imam-imam yang penuh bertaqwa lagi mulia.Mereka berhujjah seolah-olah aqidah Imam empat sama dengan mereka. Mereka membuat tuduhan yang begitu banyak terhadap Imam Abi Hanifah dengan tujuan menyamakan aqidah Abu Hanifah sama dengan aqidah mereka. Kalau boleh mereka ingin membuat kenyataan bahawa kalau Imam Abu Hanifah masih hidup beliau akan mengikut Muhammad Abd Wahab.
Mereka memang berani membuat tohmahan terhadap golongan yang tak sependapat dengan mereka dan tohmahan itu lebih ditujukan kepada golongan Hanafiah. Bagi menyokong pendapat mereka , mereka telah mendatangkan sanad-sanad yang dusta terhadap Imam Abu Hanifah.
Inilah rupa sebenar Wahabi. Mereka tidak nampak kesalahan aqidah mereka sebaliknya hanya mampu melihat kesalahan orang lain ……

RUJUKAN

  . Fathul Bari – 13/428 , Al Hafiz Ibn Jarir Al Tabari dalam tafsirnya –29 / 38
 . Tafsir Ibn Jarir Al Tabari –7 / 28
  . Tarikh Bagjdad - 2 / 161
  . Lisan Al Mizan - 5 / 125
  . Al Bidayah Wa Al Nihayah – 10 / 327
  . Al Ibanah – m.s 21 , Risalah Ahl Al Saghr – m.s 73 ( Antara karangan Al Asy`ari yang terakir )
  . دفعع شبهة التشبيه و تحقيق حسن السقاف . 19
  . Faidhul Baari `Ala Sahih Al Bukhari . 60
  . Faidhul Bari `la Sahih Al Bukhar. 1 / 65-66
  . Faidhul Baarii .Juzuk 1, m.s 60
  . Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jama`ah. 29 - 30
  . Mizan Al I`itidal. 3/112
  . Daf`u Al Shubhah. m.s 72
  . Lisan Al Mizan. 4 / 195
  . Manaqib Shafie bagi Imam Baihaqi. Juzuk 1 m.s 454, Manaqib Imam Fakhrurrazi
  . Manaqib Shafie bagi Imam Baihaqi. Juzuk 1 m.s 454
  . Daf`u Shubhah Al Tasybih Biakaf Al Tanzih. 74

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH NAK PERGI BELAJAR
AKIDAH WAHABI DAH BANYAK MENJALAR
KEPADA TOK 'ALIM, ORANG AWAM JUGA PELAJAR.

LOBAI SAHAK.
JAM 3:30 PAGI.