TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Tasawuf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tasawuf. Papar semua catatan

Selasa, 12 Jun 2018

KULIAH KITAB AL-'ILM DARI IHYA' 'ULUM AL-DIN KARYA IMAM AL-GHAZALI - CASIS UTM KL


KULIAH KITAB AL-'ILM DARI IHYA' 'ULUM AL-DIN KARYA IMAM AL-GHAZALI - CASIS UTM KL

Siri 15 (28/5/17): Enam lagi syarat dan kriteria penglibatan dalam debat yang benar (Bab 4)

Dalam siri yang lalu telah dibentang 2 syarat dan kriteria penglibatan dalam debat yang benar iaitu: 1) mengutama tuntutan Fardu Ain sebelum terlibat dalam debat Fardu Kifayah, dan 2) mengutamakan penglibatan dalam usaha dan tuntutan Fardu Kifayah yang lebih Utama berbanding yang kurang utama. Berikut adalah 6 lagi syarat dan kriteria berkenaan:

3) Syarat ketiga: Hendaklah orang yang ingin melibatkan diri dalam debat itu terdiri dari kalangan mereka yang Mujtahid (mujtahidan bi dhatihi)

Seseorang yang disifatkan sebagai Mujtahid di sini merujuk kepada mereka yang mampu berijtihad tanpa terikat dengan mana-mana mazhab. Dia mampu menilai hujah dan pandangan pelbagai mazhab lalu mentarjih atau menetapkan hukum berdasarkan apa yang kuat di sisinya, walaupun terpaksa menyalahi pandangan mazhabnya sendiri. Ini menurut Imam al-Ghazali adalah apa yang dilakukan oleh para Sabahat r.a. dan para imam-imam Mujtahidin. Ini bermakna, kualiti yang dituntut sebelum seseorang itu boleh mengganggap dirinya mujtahid adalah kualiti para Sahabat dan imam mujtahidin r.a.

Walau bagaimanapun, dalam konteks di mana seseorang itu tidak layak untuk berijtihad—situasi yang imam al-Ghazali sifatkan sebagai suatu ‘keadaan umum pada setiap zaman’ (hukm jami‘ ahl al-‘asr)—maka mereka dinasihati agar mengemukakan fatwa berdasarkan mazhabnya dan sekiranya dia dapati bahawa pandangan mazhabnya itu lemah sekalipun dia tidak patut menolak dan meninggalkannya kerana, menurut al-Ghazali, apa guna beliau berdebat dalam isu-isu fatwa sebegini kerana dia bukan seorang yang layak berijtihad yang mampu mengeluarkan fatwa sendiri. Ini di samping hakikat bahawa pandangan mazhabnya adalah pandangan yang lebih dikuasai dan diketahui (ma‘lum) di sisinya. Sekiranya terdapat kemusykilan yang dia tidak tahu, maka hendaklah dia menyebut: “Mungkin ada jawapannya bagi persoalan ini di sisi para imam kami, akan tetapi saya tidak berkelayakan untuk berijtihad secara sendirian ke atas usul syara‘ (yakni sumber-sumber asas syarak)”. Mereka juga dinasihati agar menjauhi membincangkan isu-isu khilafiyyah, iaitu isu-isu yang mempunyai pelbagai pendapat yang tidak disepakati.

Syarat ketiga amat penting dihayati oleh mereka yang gemar berdebat dalam pelbagai fatwa keagamaan. Kualiti diri sebagai seorang Mujtahid perlu difahami dan dihayati dengan baik dan penuh insaf agar seseorang itu tidak terperasan bahawa dia sudah mencapai tahap mujtahid mutlak yang boleh menolak sebarang pandangan atau mazhab yang tidak selaras dengan pandangan dia. Dia juga perlu beriltizam dan berfatwa berdasarkan mazhabnya secara jelas dan jangan mendakwa telah mencapai kedudukan Salaf al-Salih r.a. dalam berijtihad dan menjadikan dakwaan ini sebagai alasan untuk menolak pandangan mazhab-mazhab yang muktabar. 

4) Syarat keempat: Tidak berdebat dalam isu-isu yang tidak realistik, isu-isu yang diandaikan dan dikemukakan sebagai suatu masalah. Perbahasan hanya perlu dilakukan ke atas isu-isu yang memang berlaku atau besar kemungkinan akan berlaku dalam masyarakat.

Syarat ini menekankan tentang keutamaan isu yang ingin diketengah dan diperdebatkan. Tidak semua isu layak dibahaskan oleh semua orang khususnya di khalayak ramai. Ini untuk mengelakkan pelbagai fitnah yang tidak mampu menyelesaikan masalah ummah sebaliknya mengelirukan lagi. Imam al-Ghazali menyatakan kebanyakkan ahli-ahli debat lebih suka memperkatakan isu-isu yang disifatkannya sebagai isu ‘gempar dan popular’ (al-tabuliyyat – yang merujuk kepada gendang yang dipalu, iaitu isu-isu yang lebih menarik perhatian ramai, popular dan menonjol), namun tidak ramai secara serius dan ikhlas memperkatakan isu-isu dasar yang penting yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah pokok dalam masyarakat.

Ini boleh difahami kerana mengenalpasti isu-isu besar dan mendasar itu bukan mudah, apatah lagi untuk menyelesaikannya. Tambahan pula isu-isu sebegini tidak popular dan tidak akan menonjolkan mereka yang terlibat. Ini dari satu aspek jelas menunjukkan bahawa para pendebat itu sebenarnya tidak serius dalam menyelesaikan masalah, sebaliknya mereka lebih cenderung untuk mencari kemasyhuran dan mengejar populariti. Ini menurut al-Ghazali adalah suatu yang pelik kerana ia menyalahi matlamat sebenar sesuatu isu itu dibahas dan diperdebatkan. Jika debat itu adalah untuk mencari dan menegakkan kebenaran—sebagaimana yang didakwa—maka sepatutnya isu-isu yang serius dan utama inilah yang patut diketengah dan dibahaskan. Oleh itu, syarat ini penting untuk dijadikan asas menilai apakah sesuatu debat itu benar-benar penting dan perlu, dan apakah seseorang pendebat tu benar-benar ikhlas, serius dan berwibawa dalam menangani isu dasar dalam masyarakat.    

5) Syarat kelima: Hendaklah debat dilakukan secara tertutup 

Selaras dengan sifat debat yang benar dan ikhlas, iaitu untuk mencari kebenaran, dan tidak mengejar nama dan kemayhuran serta demi mengelakkan fitnah, maka disyaratkan agak debat dilakukan secara tertutup (khalwah) jauh dari khalayak termasuk dari kalangan pembesar dan pemerintah. Hikmah berbahas dalam suasana tertutup ini jelas kerana menurut imam al-Ghazali, ia akan menjadikan seseorang itu fokus, minda dan pemikirannya lebih tenang serta lebih membantu untuk mencapai kebenaran. Sebaliknya, suasana yang terbuka pula akan mendorong kepada sifat riak, ingin menang dan dilihat benar dalam berhujah. Imam al-Ghazali menempelak kaki-kaki debat yang suka berdebat di khalayak ramai ini sebagai tidak ikhlas dalam penglibatan mereka. Yang peliknya, menurut pemerhatian al-Ghazali, golongan sebegini kadang-kadang pernah bersua dengan rakan debatnya secara bersemuka tapi tidak pula berlaku perbincangan di antara mereka secara serius, akan tetapi apabila berada dalam khalayak majlis debat, masing-masing lantang menonjolkan hujah dan menzahirkan kehebatan masing-masing. Semua ini menampakkan bahawa mereka sebenarnya bukan sangat ingin mencari kebenaran dan mencapai persefahaman, akan tetapi lebih bersifat mencari peluang untuk menonjol dan menang dalam debat.

6) Syarat keenam: Hendaklah orang yang berdebat itu, dalam usahanya menuntut kebenaran, bersikap seumpama orang yang sesat jalan yang sedang mencari jalan pulang.

Dalam syarat ini Imam al-Ghazali memberikan suatu perumpamaan yang jelas bagi menggambarkan sikap sebenar yang perlu dimiliki oleh seseorang yang terlibat dalam perdebatan. Mereka ini seumpama orang yang sesat jalan dan tidak mengetahui hala tuju yang sebenar ke destinasinya. Dalam hal sebegini, apa yang penting baginya adalah mencari jalan pulang. Apabila dia berjumpa dengan seseorang yang menunjuknya jalan pulang, dia akan berterimakasih dan bergembira. Dalam konteks ini, jika diandaikan bahawa seseorang yang sesat itu berbincang (atau berdebat) dengan seseorang yang mampu menunjukkannya jalan pulang (atau kebenaran), maka dia sama sekali tidak akan memusuhi temannya itu. Sebaliknya dia akan menyanjungi rakan debatnya itu dan menghargainya.

Demikianlah sikap para Sahabat r.a. apabila ditunjukkan kebenaran. Mereka tidak mengira apakah status orang yang menegur dan menyatakan kebenaran tersebut. Sayyidina Umar r.a. pernah ditegur oleh seorang perempuan ketika dia sedang berkhutbah, lalu beliau mengakui kebenaran tersebut dengan berkata: “Benarlah perempuan [itu] dan silaplah lelaki [ini]”. Begitu juga dengan Sayyidina Ali k.w. mengakui kesilapannya apabila ditegur dengan katanya: “Saudara benar dan saya silap”. 

Sikap mengiktiraf teguran orang lain ini penting kerana ia memberikan gambaran betapa teguran dan orang yang menegur itu dihargai kerana, menurut imam al-Ghazali, sesetengah orang kini tidak merasakan perlu mengungkapkan perakuan dan pengiktirafan lisan terhadap kebenaran teguran dan orang yang menegur tersebut kerana mereka mendakwa bahawa kebenaran itu adalah suatu yang maklum dan tidak perlu diperakui secara khusus. Perhatian al-Ghazali ini penting kerana sikap sesetengah orang yang tidak sudi memperakui kebenaran orang lain dan mengakui kesilapan diri sendiri ini boleh menjadikannya lebih angkuh walaupun dia silap. Ini jelas apabila al-Ghazali mengakhiri kupasan syarat keenam ini dengan memberikan gambaran bagaimana sikap mereka yang berdebat kini yang malu merah mukanya apabila ditegur dengan kebenaran, sebaliknya ada yang tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka silap bahkan berusaha mencari hujah untuk menjawab dan mencela lawan debatnya. Lebih parah lagi, mereka ini tidak segan silu mendakwa bahawa mereka sebenarnya mengikut cara para Sahabat dan Salaf al-Salih r.a. dalam perdebatan mereka.  

7) Syarat ketujuh: Jangan menghalang seseorang itu menilai dan berpindah dari satu hujah ke hujah yang lain, dan dari suatu bentuk penjelasan ke bentuk penjelasan yang lain

Syarat ini merujuk kepada senario di mana sesetengah pendebat itu suka berdalih dan memberi pelbagai alasan untuk mengelak dari dilihat sebagai jahil dan kalah dalam perdebatan. Jika seseorang itu benar-benar mencari kebenaran dalam debat, maka dia hendaklah bersedia untuk membentang dan menelusuri segala hujah dan fakta yang berkaitan untuk mereka akhirnya sama-sama mencapai kebenaran dan mengiktiraf kebenaran tersebut. Dengan sikap sebegini, barulah setiap sesi debat itu akan membawa kepada suatu kesimpulan dan persetujuan di antara kedua pihak yang berdebat, dan yang lebih penting adalah kedua pihak mencapai dan menemui kebenaran dalam isu yang diperdebatkan, yang mana hasilnya adalah kedua-dua pihak akan akur dengan kebenaran yang sama-sama ditemui itu.

 Ini hanya akan berlaku jika kedua-dua pihak tidak berdalih dan beralasan dalam mengemukakan hujah. Al-Ghazali memberikan senario di mana, dalam kebanyakan majlis debat, apabila seseorang itu tidak berpuashati dengan penjelasan yang dikemukakan, dia cuba membangkang misalnya dengan berkata: “Apakah dalil kamu bahawa hukum ini asalnya adalah berdasarkan asas (‘illah) tersebut?” Lalu teman debatnya menjawab: “Ini adalah apa yang jelas pada fahaman saya, jika sekiranya anda mempunyai hujah yang lain yang lebih jelas, maka kemukakanlah agar saya dapat menilainya”. Di sini akan terserlah sikap sebenar orang yang berdalil dan beralasan apabila dia menjawab: “Sebenarnya ada asas lain selain daripada apa yang kamu nyatakan itu dan saya mengetahuinya, namun saya tidak akan nyatakan di sini sebab ianya tidak perlu saya nyatakan”. Dan apabila dia dipohon agar menyatakan apakah hujah-hujah lain itu, dia terus beralasan bahawa dia tidak perlu menyatakannya. Akhirnya sesi debat sebegini akan berterusan dalam keadaan tidak menyelesaikan persoalan yang diperdebatkan.
 
Dalam ulasannya, imam al-Ghazali menegaskan bahawa mereka yang berdalih dan beralasan sebegini dikira sebagai menipu terhadap syarak. Ini kerana, jika dia sememangnya tidak mengetahui hujah dan dalil yang lain, tapi mendakwa mengetahuinya, maka dia adalah penipu. Jika sebaliknya, dia benar-benar tahu, namun tidak ingin berkongsi pengetahuannya, maka dia adalah fasiq kerana menyembunyikan hujah dan dalil, sedangkan temannya ikhlas ingin mengetahui dan menilai hujah tersebut agar dapat dicapai suatu kefahaman yang benar. Tambahan lagi, dari segi syarak, kita wajib menyampaikan kebenaran dan tidak boleh menyembunyikannya. Sikap berdalih sebegini adalah menyalahi syarak dan ia hanya dilakukan oleh mereka yang tidak ikhlas dalam debat; mereka yang berdebat demi ‘menang’, bukan demi mencari kebenaran. Budaya sebegini sama sekali tidak berlaku di zaman awal Islam kerana mereka sentiasa berkongsi hujah dan dalil, dan akan sama-sama menilai dan menyemaknya demi mencapai suatu kefahaman yang benar. 

8) Syarat kelapan: Hanya berbahas dengan para ilmuwan yang boleh dimanfaatkan ilmunya

Syarat ini juga penting kerana jika misi debat itu adalah demi mencapai kebenaran, maka debat tidak layak dilakukan dengan sebarangan orang, tetapi hanya sesuai dilakukan di kalangan para ilmuwan, bahkan dengan orang yang lebih alim. Dalam konteks ini, ia bukan berdebat demi untuk menang tapi lebih bersifat berbincang demi menimba ilmu dan kefahaman dari orang yang lebih mengetahui dari kita. Malangnya menurut al-Ghazali, kaki-kaki debat umumnya mencari orang yang lebih rendah tahap ilmunya berbanding mereka agar dapat dipastikan mereka menang dalam debat. Mereka akan mengelak dari berdebat dengan para ilmuwan yang sebenar kerana apa yang mereka kejar bukanlah kebenaran tapi kemenangan dan populariti dalam berdebat.

Demikian lapan syarat debat kesemuanya yang diperkatakan oleh Imam al-Ghazali. Ia boleh dijadikan sebagai asas penilaian untuk membezakan di antara orang yang berdebat demi Allah SWT, demi kebenaran dan ikhlas, dengan orang yang berdebat demi mengalah dan menjatuhkan maruah orang lain, demi kemasyhuran dan pujian umum.

Imam al-Ghazali mengakhiri perbahasan ini dengan mengingatkan kita tentang cabaran yang lebih utama iaitu cabaran menghadapi syaitan dalam diri. Beliau ingatkan bahawa barangsiapa yang mengabaikan tanggungjawab memerangi syaitan dalam diri yang sentiasa berusaha menyesat dan menghancurkan manusia, tapi dalam masa yang sama sibuk berdebat dengan orang lain dalam hal-hal khilafiyyah secara yang tidak ikhlas, maka orang seperti ini akan menjadi bahan ketawa bagi syaitan dan contoh pengajaran (‘ibrah) bagi orang yang benar-benar ikhlas (al-mukhlisin). Semoga Allah SWT jauhi kita semua dari tergolongan dalam golongan ini.    

WalLahu a'lam

Ahad, 28 Mei 2017

Habib Umar di Malaysia lagi.


Habib Umar di Malaysia lagi.

💩 = salah sangka
♥ = penjelasan

💩Entah berapa byk sumber kewangan, masa dan tenaga dihabiskan utk menyambut kedatangan insan ini. Susuk tubuh yg mempunyai banyak pengikut-pengikut taasub dari kalangan mereka yg mempercayai dia merupakan wali Allah berketurunan Nabi saw.

♥Insyaallah wang, masa dan tenaga yang dihabiskan untuk mengadakan majlis ilmu dan meraikan kedatangan ulama diberkati dan dterima oleh Allah sebagai amal saleh. Mempercayai seseorang tokoh sebagai wali dengan sebab dan alasan yang dibenarkan syarak, dibenarkan. Adapaun nasab keturunan Habib Umar yang berasal dari Fatimah binti Nabi Muhammad dan Ali bin Abi Talib, adalah sahih dan asli.

💩Anehnya, dia dikenali sebagai golongan kuburiyun di Yaman. Golongan yang memohon pertolongan dengan bertawasul kepada org yg telah mati dikuburan, mempercayai adanya kelebihan berdoa di kubur-kubur insan soleh, melakukan acara tawaf di kubur yg di dakwa kubur Nabi Hud A.S , mendakwa dapat melihat Nabi SAW secara sedar yang sering datang ke majlis-majlis beliau dan banyak membawa kisah-kisah palsu tentang Nabi SAW, sahabat r.anhum dan para wali.

♥Gelaran kuburiyun amat digemari oleh golongan Wahabi, kerana ia berbunyi seram dan menakutkan. Habib Umar dituduh penyembah kubur hanya kerana menziarahi kubur orang-orang salih dan berdoa kepada Allah di sisi kubur-kubur tersebut, dengan mengharapkan berkat ahli-ahli kubur tersebut. Wahabi tidak pandai membezakan antara berdoa kepada penghuni kubur dan berdoa kepada Allah di kubur.

♥Berkenaan ‘tawaf keliling kubur’ dan dakwaan melihat Nabi secara sedar, sila datangkan bukti yang jelas. Kalaupun jahil dan dengki, janganlah sampai memfitnah saudara seagama.

💩Tidakkah kita meneliti bagaimana bermulanya syirik di atas muka bumi? Syirik bermula apabila manusia mula berlebih-lebihan dalam mengagungkan insan soleh sehingga diberikan sifat-sifat ketuhanan kepadanya. Dan apa yg dilakukan dan diseru oleh Habib Umar ini tiada bezanya apabila ajarannya hanya terjurus kepada pemujaan insan-insan yang didakwa sebagaig wali dan ini membuka pintu-pintu kesyirikan yang jelas!

♥Oleh yang demikian, sila nyatakan berapa ramai orang Islam yang murtad atau musyrik hasil dakwah Habib Umar? Berapa ramai yang menyembah kubur dan kubur apa yang mereka sembah di Malaysia?

💩Lebih menghairankan, Habib Umar ini tidak dikenali dalam dunia akademik Islam. Tiada hasil-hasil ilmiah yang boleh diiktiraf dan dimanfaatkan. Tazkirahnya lebih bersifat umum yg boleh sahaja dilakukan oleh manusia biasa walaupun mempunyai PhD palsu.

♥Dunia akademik sangat mengenali Habib Umar, beliau sering dijemput menyampaikan syarahan di muktamar-muktamar antarabangsa (terkini Muktamar Grozny di Chechen), universiti-universiti (termasuk Universiti al-Azhar) dan menulis sejumlah buku-buku ilmiah seperti Qabasat an-Nur al-Mubin, al-Wasatiyah fil Islam, Silsilah Ma’alim ad-Du’at dan banyak lagi.

♥Mengenai kebiadapan sesetengah makhluk yang  tergamak menulis “Tazkirahnya lebih bersifat umum yang boleh sahaja dilakukan oleh manusia biasa walaupun mempunyai PhD palsu.” Begitulah sifat tazkirah pendakwah apabila berhadapan masyarakat awam, kerana pendakwah yang ikhlas tidak berfikir untuk menonjolkan bahawa dirinya ada PhD atau mufti, sebaliknya mereka ingin membuka ruang seluas-luasnya untuk segenap lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hingga orang tua untuk memahami dan menghayati agama. Yang penting, mesej dakwah sampai biarpun dalam ucapan yang ringkas dan nampak ‘biasa-biasa’.

 💩Bahkan, kata-katanya sering dicemari dakwaan2 yg tersasar berkenaan Islam dan syariatnya. Dan yang lebih menarik, ketika Yaman diserang oleh puak Syiah, Hadramawt yang menjadi pusat ajaran sufi sesat ini tidak disentuh sama sekali oleh puak Syiah, dan golongan habib ini juga tidak mempertahankan Yaman bukan saja melalui jihad fizikal, tetapi juga jihad lisan.

♥Dakwaan “, ketika Yaman diserang oleh puak Syiah, Hadramawt yg menjadi pusat ajaran sufi sesat ini tidak disentuh sama sekali oleh puak Syiah”  tidak mempunyai sebarang bukti, melainkan sangkaan dari jauh dan telahan semberono. Hadramawt terletak jauh daripada pusat-pusat bandar dan pentadbiran Yaman, tidak mempunyai sebarang hasil galian berharga, atau ekonomi yang pesat, ia adalah daerah yang gersang dan jauh dari pembangunan, puak-puak Syiah Houthi menumpukan usaha menawan San’a dan bandar-bandar besar kerana di situlah kunci untuk menakluki Yaman.

♥Para habib sejak dulu hingga sekarang amat gigih membanteras penularan akidah Syiah baik di Yaman, Arab Saudi mahupun Malaysia dan Indonesia. Lihat saja pada nama mereka; Habib Umar, Habib Abu Bakar dan lain-lain, mustahil mereka menamakan anak mereka dengan Abu Bakar dan Umar yang menjadi kebencian puak Syiah.

💩Dan hari ini, ketika Yaman masih bergolak, Habib Umar yang kononnya wali Allah berada di Malaysia. Kalau dulu, majlis nyanyian besar-besarannya dikenali sebagai majlis selawat. Khabarnya sekarang, ia bertukar menjadi majlis Doa Untuk Malaysia. Mungkin Yaman tidak perlu didoakan. Mungkin kewaliannya membuatkan dia melihat Malaysia ini berada dalam peperangan sedangkan Yaman aman sejahtera!

♥Habib Umar bukannya melarikan diri dari Yaman. Sejak awal pergolakan hingga kini, beliau menetap di Tarim, Hadramawt. Beliau dijemput oleh para penganjur di Malaysia untuk program-program ilmiah, beliau tiba pada 26 Oktober dan MENYAMBUNG KEMBARA DAKWAH DI INDONESIA pada pukul 9 pagi 29 Oktober 2016 dan seterusnya ke Singapura. Bagaimana ada insan yang beragama Islam boleh menyamakan majlis selawat dengan konsert nyanyian? Seorang ulama Yaman dijemput untuk hadir ke majlis ilmu dan berdoa untuk keamanan Malaysia, adakah ia bertentangan dengan mana-mana ajaran Islam? Kita hairan bagaimana orang-orang ini berfikir:

Datang memenuhi undangan ke Malaysia = dianggap LARI dari Yaman
Berdoa untuk Malaysia = dianggap TIDAK MENDOAKAN Yaman

♥Habib Umar selaku anak jati Yaman, sentiasa mendoakan kesejahteraan kembali ke tanahairnya. Mungkin sebab beliau tidak meng’update’ doa beliau di Facebook, Twitter atau Instagram, maka ada orang ingat beliau tidak berdoa langsung. Kesian juga ya.

💩Sedarlah wahai masyarakat. Tinggalkan golongan pendusta agama ini. Jangan tertipu dengan dakwaan ulama keturunan Nabi saw. Sudah-sudahlah...

♥Sila baca dan nilai siapa sebenarnya yang berdusta. Habib Umar kekal sebagai Habib Umar, namun para pembenci tidak ke mana…

PENGENALAN TASAWUF


PENGENALAN TASAWUF

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal perkataan tasawwuf: Asal perkataan tasawwuf seolah-olah begitu hampir dengan kalimah sofa, yasfu, yang membawa maksud bersih. Perkataan ini dilihat hampir kerana jika dikaji daripada segi maksud dan istilah, tasawuf bertujuan untuk membersihkan batin. Justeru, makna perkataan ini bertepatan dengan kehidupan seorang ahli tasawuf atau ahli sufi yang sentiasa membersihkan diri daripada segala kekotoran batin dan membersihkan diri selain daripada Allah S.W.T.

Dalam penghuraian pengertian tasawuf, ulama sufi yang ulung di Nusantara, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani mengatakan bahawa ilmu yang memberi manfaat di negeri akhirat dan menyampaikan kepada pengetahuan hakikat terhadap kebesaran dan keagungan Allah dinamakan ilmu tasawuf. Syeikh al-Falimbani memanjangkan lagi huraiannya dengan kata beliau:

"Dan demikian ini segala kitab ilmu tasawuf semuanya itu iaitu ilmu yang memberi manfaat kerana kitab tasawuf ini telah tergantung di dalamnya ilmu usuluddin dan ilmu fiqh yang fardhu 'ain dan tiada dapat tiada daripada mengetahui akan dia oleh segala orang-orang yang suluk yakni orang yang menjalani jalan akhirat yang menyampaikan ke dalam syurga dan menyampaikan makrifat akan Allah dengan mengetahui sebenar-benarnya yang membawa takut akan Allah."

Maulana Abu Hasan Ali al-Hasani al-Nadwi menyatakan bahawa tasawuf ialah intipati dan saripati islam dan juga merupakan kesempurnaan iman. Sesungguhnya tidak mungkin seseorang itu menerima dan merasa keberkatan islam serta menikmati keasliannya di dunia dan di akhirat pada individu, masyarakat, umat dan negara tanpa menghayati bidang ilmu tasawuf untuk mengikhlaskan diri, mengubati diri, membersihkan jiwa dan menghiasi diri dengan sifat ihsan dan mahmudah.

Secara tegasnya dinyatakan bahawa tasawuf adalah merupakan satu disiplin ilmu yang sah dan berasal daripada sumber-sumber yang sahih iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Cara hidup para Sahabat Nabi Muhammad s.a.w, pengikut-pengikut Sahabat dan ulama-ulama yang muktabar juga menjadi sumber ambilan tasawuf selagi tidak terkeluar daripada batas-batas yang dibenarkan oleh islam.

Dalam menyatakan hubungan antara tasawuf dan syariat Syeikh Ahmad al-Dandarawi menegaskan, "Aku jaga akan dikau daripada berkata engkau bermula Tariqah Sufiyah tiada mendatang dengan dia oleh al-Quran dan al-Sunnah, maka bahawa yang demikian itu kufur kerana perjalanan sufiyah semuanya Akhlak Muhammadiyyah tenunan panjangnya dan lebarnya daripadanya." Ibn Khaldun juga telah menegaskan bahawa ilmu Tasawuf adalah sebahagian daripada ilmu syariat. Walaupun jika dilihat sekali imbas tasawuf merupakan satu disiplin ilmu yang baru namun, ilmu ini adalah berdasarkan dan berasaskan perjalanan hidup Sahabat-sahabat r.a., pengikut-pengikut Sahabat dan ahli-ahli salaf. Asasnya adalah penumpuan kepada ibadat menuju kepada Allah S.W.T serta menolak kebanggaan dan kemewahan hidup di dunia. Sikap ini adalah merupakan sikap umum para Sahabat dan ahli salaf. Sikap-Sikap para Sahabat yang menumpukan perhatian akhirat lebih daripada dunia serta mengamalkan kehidupan zuhud mendapat sanjungan daripada Nabi Muhammad s.a.w dan Sahabat-sahabat lain.

Perkataan Imam Malik bin Anas banyak dijadikan sandaran dalam hubungan ini. Menurut Imam Malik, sesiapa yang bersyariat tanpa bertasawuf adalah fasiq dan sesiapa yang bertasawuf tanpa syariat adalah zindiq, orang bersyariat dan bertasawuf adalah orang yang selamat dan sampai kepada matlamat dan tujuan yang sebenar. Selain pegangan akidah, ahli sufi dan tasawuf adalah berdasarkan iktikad Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Hal ini telah dijelaskan oleh Imam Sya’rani:

"Ketahuilah iktikad golongan sufiyah bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa, Ianya bukan dua, Maha Suci Allah dari beranak dan diperanakkan, tiada sesuatu yang menyerupaiNya dan tiada sekutu bagiNya. Ianya menjadikan setiap suatu dengan kehendakNya tanpa diarah dan dipandu oleh yang lain, kewujudanNya adalah dengan zatNya tiada berhajat kepada yang lain. Tiada permulaan bagiNya adalah mutlak. Berterusan dan kekal abadi. Ianya terdiri dengan sendirinya. Allah bukan jawhar, bukan arah dan bukan jisim. Maha Suci dari mengambil tempat dan ruang. Allah boleh ditanggapi melalui penglihatan mata hati... Kami naik saksi bahawa Allah adalah Yang Maha Esa, memiliki sifat-sifat ketinggian dan berhak dengan sifat-sifat kepujian, maka demikianlah dengan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. Kami naik saksi bahawa risalah dan perutusan Baginda s.a.w. adalah untuk seluruh umat manusia dengan membawa berita gembira, amaran keras dan juga menyeru mereka kepada Allah supaya beriman dan mentauhidkanNya. Sesungguhnya Baginda s.a.w. telah menyampaikan setiap sesuatu yang telah diturunkan kepadanya oleh Allah. Baginda s.a.w. telah menyempurnakan amanah yang telah diberikan kepadanya dan juga telah memberi tunjuk ajar, pimpinan dan nasihat kepada umatnya seperti yang telah dilakukan oleh Baginda s.a.w. semasa Khutbah Wida’... Golongan sufiyah percaya bahawa iman ahli neraka seperti Firaun dan lainnya tidak diterima dan tiada mendatangkan manfaat dan juga kumpulan orang-orang yang menerima tauhid tetapi melakukan dosa-dosa besar dimasukkan ke dalam neraka kemudian mereka akan dikeluarkan darinya. Syafa'at adalah hak dan setiap apa yang dibawa oleh kitab-kitab samawi dan Rasul-Rasul daripada Allah sama ada diketahui atau tidak adalah hak… Golongan sufiyah juga percaya bahawa orang mukmin menerima nikmat di dalam syurga berterusan dan berkekalan adalah hak dan demikian juga berkekalan orang-orang kafir, munafik dan musyrik di dalam neraka adalah hak dan inilah akidah golongan sufiyah seluruhnya."

Dengan ini adalah jelas bahawa asas tasawuf adalah syariat dan perjalanan tasawuf adalah bersumberkan syariat dan terikat dengannya, tiada tasawuf melainkan selari dengan syariat.

Rabu, 25 Januari 2017

Musuh-Musuh Tasawuf dan Tarikat


Musuh-Musuh Tasawuf dan Tarikat

_*SIRI PENGENALAN*_

🛡Bismillah - Pada pengamatan dan pemerhatian penulis, sejak kebelakangan ini, telah wujud segolongan puak di Malaysia yang begitu galak memperlekeh, mencaci dan menghina *Tawasuf* serta *Tarikat.*

🛡Pelbagai tohmahan demi tohmahan dilontarkan kepada tokoh-tokoh ulama sufi muktabar serta Wali-Wali Allah Taala.

🛡Golongan ini merasakan diri mereka begitu hebat berbanding para ulama yang telah disebutkan oleh *Rasulullah S.A.W* sebagai pewaris para nabi.

🛡Walaupun ilmu agama dan amalan yang dimiliki mereka tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan para ulama, namun mereka dengan megah mendabit dada untuk mengatakan mereka begitu arif serta faham semuanya mengenai Islam.

🛡Amat menyedihkan lagi, golongan ini terdiri daripada kalangan orang Islam sendiri yang mengaku memahami, mendalami dan memperjuangkan Islam, tetapihakikatnya merekalah perosak umat Islam.

🛡Mungkin mereka terlupa tentang firman Allah Taala di dalam sebuah hadis qudsi seperti berikut :

🛡Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh *al-Baghawi* : Daripada *Anas bin Malik R.A* , daripada *Rasulullah S.A.W* , daripada *Jibril A.S* , daripada *Allah Taala* berfirman ( _*Hadis Qudsi*_ ) bermaksud :

_*Barangsiapa yang menghina para kekasih-Ku maka sesungguhnya dia telah mengajakKu berperang, sesungguhnya Aku akan murka demi kekasih-kekasihKu seperti marahnya sesekor singa yang garang*_ (Riwayat Ibnu Abi ad-Dunya, Abu Nuaim).

_Hadis qudsi ini ada juga diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza dari riwayat ini oleh al-Bukhari, Ahmad, at-Tabrani, Abu Yala dan sebagainya lagi._

*SIAPAKAH MUSUH-MUSUH TASAWUF DAN TARIKAT?*

🛡Musuh-musuh tasawuf cuba sedaya upaya untuk menyerang dan menfitnah tasawuf Islam dengan pelbagai pendustaan dan rekaan cerita semata-mata.

🛡Mereka juga akan melontarkan berbagai-bagai tohmahan dan penyelewengan mungkin disebabkan oleh perasaan hasad dengki mereka ataupun mungkin juga disebabkan kejahilan diri mereka sendiri terhadap agama Islam.

🛡Lebih menyedihkan lagi ada di antara musuh-musuh tasawuf ini terdiri dari kalangan orang-orang Islam sendiri sedangkan mereka semua sudah sedia maklum mengenai hakikat kebenaran tasawuf ini sepertimana yang terkandung di dalam sebuah al-Hadis S.A.W. mengenai Ihsan.

🛡Sabda *Rasulullah S.A.W*  bermaksud :

_*"Bahawa kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu."*_ (Riwayat Muslim).

🛡Berkata *Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Siddiq al-Ghumari* :

_*"Sesungguhnya Ihsan sebagaimana dalam hadis tersebut adalah ibarat dari tiga rukun yang disebutkan. Barangsiapa tidak menyempurnakan rukun Ihsan yang mana ia merupakan tarikat (jalan) maka tanpa ragu-ragu lagi bahawa agamanya tidak sempurna kerana dia meninggalkan satu rukun dari rukun-rukunnya. Tujuan atau kemuncak matlamat yang diseru dan diisyaratkan oleh tarikat ialah maqam Ihsan setelah memperbetukan Islam dan Iman."*_ (Rujuk Kitab : Intishar Li Thariqi as-Sufiyyah).

🛡Berkata *Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansori* :

_*"Tasawuf ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya keadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir dan batin bertujuan untuk mencapai kebahagiaan yang abadi."*_ (Kitab: Ala Hamisy Risalah al-Qusyairi).

🛡Berkata *Imam Sufi Junaid Al-Baghdady* :

_*"Tasawuf ialah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkahlaku yang rendah lagi di keji."*_ (Kitab: Nusrah al-Nabawiyyah).

🛡Berkata *Syeikh Abdul Kadir Isa* di dalam kitabnya *Haqaiq An al-Tasawuf* mengenai _musuf-musuf Tasawuf_ seperti mana berikut (penulis hanya mengambil secara ringkas sahaja) :

🕸 _*"Di antara musuh-musuh tasawuf terdiri dari kalangan orentalis lagi zindiq serta para pengikutnya*  (para alim wahabi yang berjaya dipengaruhi pemikirannya melalui penulisan buku buku orentalis) *dan konco-konconya. Mereka telah disusun atur dan dilatih oleh golongan kafir yang jahat bagi mencela Islam."*_

🕸 _*"Mereka cuba memusnahkan pokok pangkal Islam dengan menimbulkan pelbagai keraguan serta menyebarkan fahaman-fahaman untuk memecahkan umat Islam. Mereka mempelajari Islam secara mendalam tetapi bertujuan untuk menyeleweng dan memusnahkan Islam. Mereka juga sentiasa memiliki sifat talam dua muka."*_

🕸 _*"Mereka juga mendakwa tasawuf diambil daripada Yahudi, Nasrani dan Buddha. Bermacam-macam tohmahan dilemparkan terhadap tokoh-tokoh ulama tasawuf."*_

🕸 _*"Apa yang lebih mendukacitakan, terdapat segelintir orang Islam menggunapakai pandangan dan pendapat dari musuh-musuh Islam ini (para alim salafi/wahabi) untuk mencela tasawuf secara total."*_

🕸 _*"Inikah yang dikatakan pejuang Islam yang sebenarnya? Kadang-kadang mereka ini berselindung di sebalik sebagai seorang pengkaji atau sarjana ilmuan Islam, akan tetapi merekalah di antara para perosak agama Islam dari dalam."*_

🕸 _*"Di antara musuh-musuh tasawuf juga ialah mereka yang jahil dengan hakikat tasawuf Islam itu sendiri. Mereka tidak mempelajari daripada tokoh-tokoh ulama sufi secara jujur dan amanah serta tidak juga mengambil manfaat daripada ulama-ulama tasawuf yang ikhlas menyampaikan ilmu pengetahuan."*_

🕸 _*"Mereka cuba mengkaji sendiri kitab-kitab tasawuf sedangkan mereka tidak mempunyai asas dan tidak memahami maksud sebenar serta mereka juga tidak mengetahui tentang penyelewengan terhadap kitab-kitab tersebut oleh musuh-musuh tasawuf Islam."*_

🛡Maka akan timbullah pandangan negatif dan berburuk sangka terhadap tasawuf ini. Kita boleh bahagikan mereka ini kepada beberapa golongan :

🕸 *Golongan Pertama* 🕸 :

🛡Fikrah tentang tasawuf yang ada pada mereka diambil melalui amalan suluk sesetengah golongan yang menyelinap masuk serta menyeleweng yang terdiri daripada musuh-musuh tasawuf.

🛡Mereka tidak membezakan di antara tasawuf yang hakiki lagi suci dengan sesetengah perkara jelek dan keji yang datang menyelinap yang tiada hubungkait dengan Islam.

🕸 *Golongan Kedua* 🕸 :

🛡Mereka merupakan golongan yang terpedaya dengan apa yang mereka dapati daripada kitab-kitab tokoh-tokoh sufi yang terdiri daripada pelbagai permasalahan yang diselinap masuk.

🛡Mereka mengambilnya sebagai suatu hakikat sabit tanpa sebarang kepastian terlebih dahulu. Mungkin juga mereka mengambil kata-kata sabit yang terdapat dalam kitab-kitab ahli sufi lalu memahaminya tanpa mengikut apa yang dikehendaki oleh kitab tersebut.

🛡Mereka mengikut fahaman cetek yang dimiliki, ilmu yang terhad serta keinginan yang tersendiri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ahli sufi yang jelas kefahamannya tentang syariat dan akidah.

🛡Mereka mentakwilkan kalam-kalam para ulama sufi mengikut hawa nafsu tanpa bertanya terlebih dahulu kepada ahlinya yang lebih memahami.

🛡Mereka ini seumpama mengambil ayat-ayat al-Quran al-Karim yang mempunyai kesamaran (mutasyabihat) lalu mentakwilkannya sesuka hati tanpa melihat kepada ayat-ayat yang jelas (muhkamat) dan tidak juga bertanya terlebih dahulu kepada para ulama yang lebih mengetahui (arifbillah) sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah Taala di dalam al-Quran al-Karim (Surah al-Imran: Ayat 7).

🛡Sedangkan ada sebilangan dari kalangan mereka yang begitu mengecam pentakwilan (bukan menurut hawa nafsu) oleh para ulama muktabar bukan?

🕸 *Golongan Ketiga* 🕸 :

🛡Mereka merupakan golongan yang tertipu. Mereka mencedok ilmu pengetahuan daripada orientalis. Mereka hanya menggunapakai pandangan dan sangkaan salah dari para orientalis semata-mata.

🛡Mereka tidak dapat membezakan di antara tasawuf Islam yang sebenarnya dengan tasawuf yang telah dicemari di sebabkan mereka tiada ilmu dan asas yang bertepatan.

🛡Inilah di antara musuh-musuh tasawuf serta tarikat yang bertindak menyerang tasawuf dari sebelah luar ataupun dari sebelah dalam Islam.

🛡Mereka bersungguh-sungguh menabur fitnah selagimana mereka di berikan nyawa yang sementara ini dari Allah Taala.

🛡Mungkin juga mereka lupa bahawa mereka akan diperhitungkan oleh Allah Taala di akhirat kelak. Bersedialah!

🕸 *TARIKAT TASAWUF SESAT?* 🕸

🛡Maksud tarikat secara umumnya ialah suatu jalan (tarikat) yang dilalui seseorangIslam itu untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Di sini kita tidak menafikan bahawa wujud segelintir tarikat yang sesat dan tidak mengikut syariat Islam yang sebenar.

🛡Namun untuk menghukum kesemua tarikat tasawuf adalah salah dan sesat secara pukul rata, dakwaan ini tidaklah boleh diterima akal sama sekali.

🛡Ulama-ulama muktabar Islam juga turut memperakui kebenaran tarikat tasawuf ini dan ada di antara mereka merupakan pengamal tarikat di antaranya Imam Hanafi (Sila rujuk kitab ad-Dur al-Mukhtar).

🛡Ini merupakan bukti yang kukuh lagi kuat untuk menyatakan bahawa tarikat adalah dibenarkan dan bertepatan dengan Islam.

🛡Mana mungkin para ulama muktabar yang begitu memahami dan mendalami Islam mengamalkan tarikat tasawuf jika ia sesuatu yang sesat dan bidaah bukan?

🛡Berkata *Imam Shafie* r.a :

_*"Disukai bagiku daripada duniamu tiga perkara iaitu : Meninggal perkara yang membebankan diri dan bergaul sesama makhluk dengan lemah lembut serta mengikut jalan ahli tasawuf."*_ (Rujuk Kitab : Kasfu al-Khafa Wa Mazilu al-Albas).

🛡Adapun ahli tasawuf yang sebenarnya tidaklah terlepas dari melakukan syariat Islam bahkan merekalah golongan yang perlu memperbanyakkan lagi amalan-amalan baik dengan berlipat-lipat kali ganda.

🛡Ini kerana tasawuf dan tarikat itu sendiri terikat dengan al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. sepertimana yang diterangkan oleh *Imam Sufi Junaid Al-Baghdady* :

_*"Mazhab kami terikat dengan usul al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W."*_ (Kitab: al-Tabaqat as-Sufiyyah).

🛡Bagi pengamal tarikat tasawuf Islam yang telah lama mahupun kepada yang baruberjinak-jinak dengan tarikat, mungkin kata-kata dari *Syeikh Abdul Qadir al-Jailani* ini boleh dijadikan pedoman serta panduan :

_*"Sesungguhnya meninggalkan ibadah fardhu adalah zindiq! Melakukan yang haram atau yang ditegah adalah maksiat! Perkara fardhu tidak akan gugur daripada seseorang individu walau dalam apa jua keadaan sekalipun."*_ (Rujuk Kitab: al-Fathu ar-Rabbani).

🛡Di sini penulis ingin katakan bahawa *tarikat Tasawuf* bukanlah suatu yang sesat dan bidaah di sisi Islam sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak, bahkan *Tasawuf* adalah sebahagian daripada Islam melalui pengiktirafannya mengenai Ihsan di dalam hadis Jibril A.S.

🛡Adapun adalah perosak tasawuf tarikatyang sesat itu sebenarnya bukanlah dinamakan tarikat tasawuf bahkan mereka ini. Mereka mendakwa sebagai pengamal tasawuf, akan tetapi mereka menyeleweng dari landasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

🛡Inilah di antara masalah-masalah yang terpaksa di hadapi oleh para pengamal tarikat tasawuf sehinggakan ia memberi peluang kepada musuh-musuh tasawuf untuk melancarkan serangan jahat terhadap Islam secara umumnya dan tasawuf secara khususnya.

🛡Namun ada sesetengah pengamal tarikat tasawuf yang terlalu taksub sehingga mengatakan semua pihak yang mendakwa diri sebagai tarikat adalah betul dan tidak salah sama sekali.

🛡Mereka ini terus menyalahkan dan memaki-hamun sesiapa sahaja ( _di manakah akhlak sebagai seorang pengamal tasawuf?_ ) yang mendakwa sesuatu tarikat itu tidak bertepatan dengan Islam walaupun orang yang berkata itu adalah para ulama sufi sendiri.

🛡Sedangkan kita semua juga mengetahui bahawa wujud segelintir tarikat yang menyalahi syariat Islam sepertimana yang telah saya jelaskan di atas.

🛡Sikap ketaasuban mereka yang terlalu melampau ini juga boleh membuka ruang bagi musuh-musuh tasawuf dan tarikat merendah-rendahkan Islam dan mengucar-kacir masyarat Islam itu sendiri.

*SUFI ATAU PENDAKWA SUFI?*

🛡Pada hari ini kelihatan tasawuf dikecam dan diburukkan dengan begitu hebat oleh segelintir golongan yang mempunyai niat busuk lagi keji. Ada di kalangan mereka bertopengkan tasawuf serta menisbahkan diri kepada tasawuf.

🛡Ada jugadi kalangan mereka yang menabur fitnah yang berterusan kepada pengamal tasawuf dengan tohmaham-tohmahan yang tidak bertepatan.

🛡Mereka memburuk-burukkan tasawuf dengan berbagai-bagai cara di antaranya melalui kata-kata atau ucapan-ucapan umum, perbuatan, perjalanan hidup, penulisan dansebagainya lagi sedangkan mereka ini tiada kaitan langsung dengan tasawuf.

🛡Ini menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap pengamal tasawuf di sebabkan fitnah yang disebarkan oleh mereka yang konon-kononnya memahami agama Islam. Adakah tindakan mereka itu melambangkan mereka benar-benar memahami Islam?

🛡Pertolongan Allah Taala sentiasa datang untuk membantu hamba-hambaNya yang benar. Allah Taala menzahirkan penyelewengan pendakwa kesufian yang menyeleweng ini untuk membezakan dengan ahli sufi yang sebenarnya.

🛡Di antaranya muncul para ulama muktabar terdiri daripada kalangan imam-imam yang diketahui keilmuan dan kealiman mereka itu dan mereka juga ialah tokoh-tokoh sufi yang begitu masyhur serta diperakui kehebatannya.

🛡Mereka memberi perakuan dan pengiktirafan terhadap tasawuf ini bahkan mereka juga di antara pengamal tasawuf yang diikuti oleh umat Islam.

🛡Mereka bangkit berdakwah dan menyampaikan kebenaran dan menagkis segala kebatilan yang datang dari musuh-musuh tasawuf.Berkata Syeikh Abdul Kadir Isa:Di sana terdapat perbezaan yang begitu ketara di antara tasawuf dan sufi.

🛡Golongan yang mendakwa tasawuf dengan segala penyelewengan dan percanggahan bukanlah merupakan gambaran kepada tasawuf.

🛡Ia sebagaimana seorang muslim dengan segala perbuatannya yang mungkar bukanlah merupakan gambaran kepada Islam dan agama anutannya. (Kitab : Haqaiq An al-Tasawuf).

🛡Golongan yang baik ataupun jahat sentiasa ada di dalam semua golongan sehingga hari kiamat. Bukan semua ahli sufi itu sama tarafnya. Ada di kalangan mereka yang soleh dan ada di kalangan mereka yang lebih soleh.

🛡Ada yang hebat dan ada yang lebih hebat. Begitu jugalah umat dari generasi salaf yang ada di antara mereka yang baik lagi soleh dan ada di antara mereka yang jahat dan tidaksoleh.

🛡Semua ini adalah ketentuan dari Allah Taala sebagai ujian dan dugaan kepada hambaNya yang beriman lagi bertakwa. *(Bersambung Bahagian II)*

*Note* : _Sebarkan buat sahabat sahabat Tasawuf & Tarekat di group-group lain - mudahan berkembanglah kembali *Sayap-Sayap Tasawuf & Sufi* di Tanah Jawi Nusantara ini seperti sahabat-sahabat Tasawuf kita di Indonesia telah telah jauh mendahului kita di hadapan dalam *Menuju-Nya* , tetapi masih belum terlewat selagi mana ada keazaman yang tinggi *kepada-Nya* - aamiin._ p.m.s⚡🛡⚡

Sabtu, 29 Oktober 2016

ILMU TASAWWUF - ILMU MENGETAHUI NYAWA AGAMA ISLAM DAN HIKMAH


ILMU TASAWWUF - ILMU MENGETAHUI NYAWA AGAMA ISLAM DAN HIKMAH

Oleh : Prof Dr Burhanuddin Al Hilmy

Bagi memudahkan mendekati ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya bagi mencari ilmu di zaman kebendaan dan ilmiah ini, eloklah lebih dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian pelajari ilmu metafizik atau mâ warâ’a al-tabâ‘ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan antara agama-agama.

Dalam hal ini rasanya eloklah saya ceritakan sedikit hal-hal saya dengan tasawwuf ini. Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara‘nya. Maka saya dari kecilnya dilatih secara wara‘nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjamaah, membaca Quran dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.

Bila saya lepas belajar ke luar, di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula ‘ulama’-‘ulama’ kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba‘ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab [Syeikh al-Islam] Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, al-Shaukani, [Syeikh] ‘Abdul Wahhab al-Wahhabi (yakni [Syeikh] Muhammad Abdul Wahhab), al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Rida dan akhirnya Tantawi. Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuhi jumud kolot. Pada saya, tasawwuf dan tariqatnya itu suatu ajaran mematikan semangat dan campur-aduk dengan bid‘ah.

Pada saya kitab tasawwuf seperti karangan Imam Ghazali (w.505H/1111M) itu saya pandang seperti madu bercampur racun, kerana saya pandang dari segi bahas fiqh, tafsir dan hadith tidak kuat menurut kaedah rawi dan sebagainya. Ini berlaku di antara 1927 hingga tahun 1940.

Pendeknya ilmu tasawwuf saya ketepikan. Nafsu saya tidak mahu langsung kepadanya, apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran rakyat, hinggalah sekarang ‘Malaya jadi Palestin kedua’ masih kedengaran diperkatakan orang.

Maka saya di India saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (Ph.D) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan.

Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah. Saya pelajari sufi dari bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa‘i, al-Rumi, al-Qushairi, Ibnu ‘Ata’illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula.

Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif (yang lurus-peny.) ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada ‘ulama’-‘ulama’ Syi‘i dan ‘ulama’-‘ulama’ tasawwuf, sama ada ‘ulama’-‘ulama’ itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui ‘ulama-‘ulama’ fiqh, Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha [se]bagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.

Hebatlah sungguh perlawanan di dalam diri saya sendiri pertentangan-pertentangan yang saya katakan dahulu itu tasawwuf kolot dan jumud dengan Islam progresif dan saintifik.

Bila kita halusi intisari alam metafizik dan pengertian alam mithal yang diterangkan ‘ulama’-‘ulama’ tasawwuf dipandang dari bahas ilmiah hari ini nampaklah kita di mana ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya.

Dipetik daripada buku Simposium Tasawwuf dan Tariqah oleh Prof. Dr Burhanuddin, hlm. 35-38.

DALIL SULUK DALAM TASAWUF


[DALIL SULUK DALAM TASHAWUF]

1. Dalam ilmu Tasawwuf ada istilah ‘al-Maqamat’ atau tahapan / tingkatan yang akan dilalui oleh seseorang untuk mencapai ‘makrifat’ atau mengenal Allah. Perjalanan panjang menuju tujuan tersebut disebut dengan ‘suluk’.

2. Maqamat tersebut menurut al-Ghazali adalah: Taubat → Sabar → Fakir → Zuhud → Tawakkal → Mahabbah (cinta) → Makrifat → Ridla.

3. Sedangkan menurut ath-Thusi adalah: Taubat → Wara’ (menjauhi syubhat dab haram) → Zuhud → Fakir → Sabar → Ridla → Tawakkal → Makrifat.

4. Menurut al-Kalabadzi adalah: Taubat → Zuhud → Sabar → Fakir → Tawadlu’ →Takwa → Tawakkal → Ridla → Mahabbah (cinta) → Makrifat.

5. Dan dalam metod Syaikh al-Qusyairi adalah: Taubat → Wara’ → Zuhud → Tawakkal → Ridla.

6. Suluk tersebut berdasarkan pada sabda Rasulullah Saw:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِى وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَىَّ عَبْدِى بِشَىْءٍ أَحَبَّ إِلَىَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبُ إِلَىَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطُشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا ، وَإِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيذَنَّهُ (البخارى 6502)

“Sesungguhnya Allah berfirman (Hadis Qudsi) : Barangsiapa yang memusuhi seorang wali maka Aku mengizinkan berperang. Tidak ada yang seorang hamba yang mendekatkan diri kepadaKu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaku tiada berhenti mendekatkan diri kepadaKu dengan ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Aku menjadi pendengarannya, penglihatannya, tangan yang dipukulnya, langkah kakinya. dan jika ia meminta maka sungguh Aku kabulkan, dan jika ia berlindung kepadaKu, nescaya Aku lindungi” (HR al-Bukhari)

7. al-Hafidz Ibnu Hajar berkata:

قَالَ الطُّوفِيُّ : هَذَا الْحَدِيثُ أَصْلٌ فِي السُّلُوكِ إِلَى اللَّه وَالْوُصُول إِلَى مَعْرِفَتِهِ وَمَحَبَّتِهِ وَطَرِيقِهِ ، إِذْ الْمُفْتَرَضَاتُ الْبَاطِنَةُ وَهِيَ الْإِيمَان وَالظَّاهِرَة وَهِيَ الْإِسْلَام وَالْمُرَكَّبُ مِنْهُمَا وَهُوَ الْإِحْسَانُ فِيهِمَا كَمَا تَضَمَّنَهُ حَدِيثُ جِبْرِيل ، وَالْإِحْسَان يَتَضَمَّنُ مَقَامَاتِ السَّالِكِينَ مِنْ الزُّهْد وَالْإِخْلَاص وَالْمُرَاقَبَة وَغَيْرهَا ، وَفِي الْحَدِيث أَيْضًا أَنَّ مَنْ أَتَى بِمَا وَجَبَ عَلَيْهِ وَتَقَرَّبَ بِالنَّوَافِلِ لَمْ يُرَدَّ دُعَاؤُهُ لِوُجُودِ هَذَا الْوَعْد الصَّادِق الْمُؤَكَّد بِالْقَسَمِ (فتح الباري لابن حجر - ج 18 / ص 342)

“ath-Thufi berkata: Hadis ini adalah dalil dasar dalam melakukan suluk (tahapan) menuju Allah dan sampai pada makrifat (mengenal) Allah dan mencintainya. Sebab kewajiban-kewajiban batin seperti iman, dan kewajiban-kewajiban fisik yaitu Islam, dan yang tersusun dari keduanya, yaitu Ihsan sebagaimana dalam hadis yang disampaikan dalam kisah Malaikat Jibril. Sementara Ihsan mengandungi tahapan-tahapan yang dilalui oleh pelaksana, seperti zuhud, ikhlas, diawasi oleh Allah dan lainnya. Dalam hadis ini juga dijelaskan bahawa orang yang melakukan ibadah wajib dan mendekatkan diri dengan ibadah sunah donya tidak akan ditolak, sebab telah ada janji yang dikuatkan dengan sumpah” (Fathul Bari 18/342)

Disediakan Oleh:

Ma'ruf Khozin
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Ahad, 16 Oktober 2016

MEMAHAMI IKATAN ANTARA ILMU TAUHID, ILMU FIQH DAN ILMU TASAWUF

MEMAHAMI IKATAN ANTARA ILMU TAUHID, ILMU FIQH DAN ILMU TASAWUF

من تفقه ولم يتصوف فقد تفسق،
ومن تصوف ولم يتفقه فقد تزندق،
“Barangsiapa mengamalkan tasawuf tanpa ilmu fiqh maka dia dikhuatiri jatuh zindik dan barangsiapa mendalami fiqh tanpa ilmu tasawuf maka dia dikhuatiri jatuh fasik"

Disambung lagi...
ومن جمع بينهما فقد تحقق
"Dan barangsiapa yang memadukan antara fiqh dan tasawuf benarlah dia dalam berislam”.

Pengertian:
☆ Fasik-Orang fasik adalah orang muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam)
☆ Zindiq-Orang yang menampakan keislaman dan menyembunyikan kekafirannya.

Imam Al Malibari dalam I’anatut Tholibin menegaskan bahawa:
"Hakikat (tasawuf) tanpa syari’at (fiqh) batal iaitu tidak di terima dan syari’at tanpa hakikat adalah sia-sia"

Contoh yang pertama (tasawuf tanpa fiqh, batal ):
☆ Apabila diseru kepadanya supaya solat, kemudian dia menjawab "jika Allah mentakdirkan aku selamat, maka aku akan dimasukkan ke dalam syurga walaupun aku tidak mengerjakan solat".
☆ Orang seperti ini hanya melihat urusan dari sudut pandang hakikat saja.
☆ Hal ini menyebabkan dia jatuh kufur tanpa disedari.

Contoh yang kedua (fiqh tanpa tasawuf adalah sia-sia):
♢ Apabila seseorang yang mahu bersetubuh dengan isteri pada waktu siang bulan Ramadhan, lalu dia berbuka puasa terlebih dahulu kemudian bersetubuh. Oleh itu, dia tidak kena hukum kafarah.
♢ Orang seperti ini disebabkan tersangat mahir ilmu fiqh sehingga mampu mencari celah-celah untuk mengelak dari hukum Allah.
♢ Namun, di sisi Allah dia seorang fasiq yang melanggar hukum Allah.

● Para Alim Ulama terdahulu tidak pernah mengasingkan ilmu tiga serangkai iaitu Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawuf kerana berpaksikan hadis Jibrail.

Nabi shalallahu alaihi wasallam bersabda:
فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ
"Sesungguhnya Malaikat Jibrail datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu." (HR Muslim no.8)

● Maka difahami bahawa pertanyaan Malaikat Jibrail dalam hadis tersebut merupakan asas keseluruhan agama Islam.

● Oleh yang demikian, para alim ulama khususnya pengajian pondok amat menerapkan kewajipan setiap muslim mempelajari tiga ilmu tersebut bagi memenuhi fardhu ain, berdasarkan hadis:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ
"Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim lelaki mahupun muslim perempuan"

☆ Keseluruhan ulama dunia bersepakat dengan kalam berikut:

من اكتفى بالكلام من العلم دون الزهد والفقه تزندق
"Barangsiapa yang merasa cukup dengan ilmu tauhid, tanpa zuhud (mendalami ilmu tasawuf) dan fiqh, maka dia dikhuatiri menjadi zindiq".

ومن اكتفى بالزهد دون الفقه والكلام ابتدع
"Barangsiapa yang merasa cukup dengan zuhud (ilmu tasawuf), tanpa mempelajari ilmu fiqh dan tauhid,maka dia itu ahli bid'ah".

ومن اكتفى بالفقه دون الزهد والورع تفسق
"Barangsiapa merasa cukup dgn ilmu fiqhnya, tanpa zuhud dan warak (mendalami tasawuf dan tauhid), maka dia  dikhuatiri menjadi fasiq".

ومن تفنن في الأمور كلها تخلص
"Barangsiapa mempelajari dan mendalami semua ilmu di atas, maka ia akan selamat".

CONTOH TERBAIK SEPANJANG ZAMAN
• Contoh ulama yang benar-benar tekun dan mendalami dalam ketiga-tiga ilmu ini ialah Hujjatul Islam Imam al-Ghazali.
* Kepakaran beliau dalam Ilmu Tauhid terserlah melalui kitabnya Arba’in Fi Usuluddin, Qawa’id al-’Aqa`id dan Al Iqtishad Fil I’tiqad.
* Dalam ilmu fiqh pula lahir kitab Al-Wasith, Al-Basith, Al-Wajiz dan Al-Khulashah.
* Dalam ilmu tasawuf lahir kitab Raudhah ath-Thalibin Wa Umdah al-Salikin, Ihya` Ulum al-din dan Minhaj al-’Abidin.
* Oleh itu tidak hairanlah ulama bersepakat menggelarkannya Mujaddid Kurun ke-5.

Kitab asas bagi memenuhi ilmu fardhu ain.
☆ Mukhtasar Syeikh Abdullah (kitab Arab meliputi tiga ilmu wajib)
☆ Majmu' Thalatha Rasail (kitab Jawi meliputi tiga ilmu wajib)
☆ Faridah Al-Faraid (kitab Aqidah)
☆ Kifayah Al-Awwam (kitab Tasawuf)
☆ Munyyatul Musolli (kitab Fiqh)

Disediakan oleh: Hafiz Al-Za'farani (HAZA)

SEJARAH PERJUANGAN AHLI SUFI YANG BERJIHAD MELAWAN TENTERA KAFIRUN

SEJARAH PERJUANGAN AHLI SUFI YANG BERJIHAD MELAWAN TENTERA KAFIRUN

Ada Di Antara Orang Yang Baru Berjinak-Jinak Dengan Perjuangan Islam Sering Melemparkan Tuduhan Bahawa Ahli Sufi Adalah Jumud, Tidak Memahami Jihad Dan Hanya Duduk Berzikir Dengan Tidak Berjuang. Mereka Ini Sebenarnya Melakukan Kesilapan Besar Dengan Membuat Tuduhan Tersebut. Sebagaimana Ahli-Ahli Sufi Merupakan Pendakwah Dan Mujahid Sebenar, Tidak Seperti Mereka Yang Hanya Pandai Bercakap Kosong Tanpa Amal.

Mereka Ini Perlu Mengimbau Kembali Perjuangan Ahli-Ahli Sufi Yang Hebat Dalam Melawan Golongan Kafir. Berikut Adalah Sebahagian Mereka Yang Patut Dijadikan Renungan Dan I'tibar Agar Kita Tidak Buat Sejarah Dan Buta Perjuangan.

(1) Abdullah Bin Al-Mubarak (181 H): Beliau Terlibat Dalam Peperangan Menentang Tentera Rom [Tarikh Baghdad Oleh Al-Khatib Al-Baghdadi 10/157]

(2) Ibrahim Bin Adham (162 H): Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Tentera Byzantine Malah Meninggal Dunia Ketika Menjaga Di Perbatasan Perang [Al-Bidayah Wa An-Nihayah 10/44]

(3) Hatim Al-Ashom: Beliau Seorang Tokoh Sufi Yang Terlibat Dalam Peperangan Dan Meninggal Dunia Di Tempat Perbatasan Perang Di Atas Bukit Sarwad. [Siyar A’laam An-Nubala’ 11/484]

(4) Abu Al-Qashim Al-Qahthi: Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Byzantine Bersama-Sama Dengan Sebahagian Ulama’ Sufi Yang Lain [Ghayyah Al-Tholab Fi Tarikh Halab 10/4591]

(5) Imam Raslan (Arsalan) Ad-Dimaysqi (M: 541 H): Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Syam Khususnya Dalam Melawan Tentera Salib. Antara Karya Beliau Adalah Risalah At-Tauhid.

(6) Imam Abu Al-Hasan As-Syazili (M: 656h): Beliau Serta Murid-Muridnya Terlibat Dalam Ma’rakah Al-Manshurah (Perang Di Manshurah) Pada Tahun 647 H Dalam Melawan Tentera Salib. [Abu Al-Hasan As-Syazili As-Shufi Al-Mujahid Al-‘Arif Billah Oleh Dr. Abdul Halim Mahmud: 60]

(7) Imam Abu Al-‘Abbas Al-Mursi (Salah Seorang Murid Abu Al-Hasan As-Syazili). Beliau Juga Turut Terlibat Dalam Peperangan Melawan Musuh Islam Sama Seperti Gurunya. Beliau Adalah Guru Kepada Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari [Wizarah As-Thaqofah Al-Mishriyyah 7/371]

(8) Sultan Muhammad Al-Fateh As-Sufi Al-Hanafi Al-Maturidi. Banyak Riwayat Yang Menceritakan Sudut Kesufian Beliau. Beliau Terlibat Dalam Membuka Kota Konstantinopel Daripada Jajahan Tentera Salib.

(9) Imam Al-Izz Bin Abdil Salam (660 H): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Mashyur Hidup Sezaman Dengan Imam Abu Al-Abbas Al-Mursi Dan Sebagainya. Beliau Terlibat Dalam Peperangan ‘Ain Jalut Pada Tahun 658 H. Sudut Kesufian Imam Izzuddin Jelas Kerana Beliau Mengambil Khirqah Sufi Daripada Imam Syihabuddin As-Sharwardi (632 H). [Husn Al-Muhadarah 1/315]

(10) Sultan Nuruddin Mahmud Zinki (569 H). Beliau Seorang Pemimpin Islam Yang Terlibat Dalam Melawan Tentera Salib Dalam Usaha Untuk Membebaskan Palestin Daripada Cengkaman Mereka. Beliau Sendiri Seorang Yang Sangat Rapat Dengan Golongan Sufi Dan Menghormati Golongan Sufi. [Al-Kawakib Ad-Durriyyah 1/38] Beliau Memuji Golongan Sufi Dengan Berkata: “Mereka (Golongan Sufi) Adalah Tentera Allah Dan Dengan Doa Merekalah Kita Berjaya Menewaskan Para Musuh” [Al-Bidayah Wa An-Nihayah 12/281]

(11) Sultan Solahuddin Al-Ayubi: Beliau Terkenal Sebagai Seorang Pahlawan Dan Pemimpin Islam Yang Membebaskan Al-Aqsa Daripada Cengkaman Tentera Salib. Adapun Dari Sudut Kesufian Beliau, Maka Memang Tidak Dapat Dinafikan. Malah Beliau Bermesyuarat Dengan Para Ulama’ Sufi Ketika Berperang Dengan Tentera-Tentera Salib.

(12) Imam Ali Bin Maimun (917 H): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Banyak Peperangan Melawan Musuh Islam [Syazrat Az-Zahab 8/81]

(13) Al-Amir Abdul Qadir Al-Jaza’iri As-Sufi: Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Algeria Dalam Melawan Penjajahan. Sudut Kesufian Beliau Sememangnya Tidak Dapat Dinafikan Bagi Mereka Yang Membaca Riwayat Hidupnya.

(14) Al-Mujahid Muhammad Ahmad Mahdi (M:1885 M): Beliau Mempelajari Ilmu Sufi Sejak Keci Lagi Lalu Menjadi Seorang Murobbi Sufi. Beliau Terlibat Dalam Melawan Tentera Inggeris Ketika Penjajahan Di Sudan. [Hilyah Al-Basyr 2/801]

(15) Al-Mujahid Umar Al-Mukhtar (M: 1931 M): Beliau Seorang Murobbi Sufi Bertariqat As-Sanusiyyyah. Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Tentera Penjajah Khususnya Di Libya Lalu Menemui Syahid.

(16) As-Sayyid Muhammad Abdullah Hassan (M: 1920 H): Beliau Seorang Murobbi Sufi Tarikat As-Salihiyyah As-Syaziliyyah. Beliau Terlibat Dalam Peperangan Menentang Penjajah Yang Cuba Menjajah Somalia. [Silsilah Alam Al-Ma’rifah Al-Kuwaitiyya 223 Oleh Dr. Abdullah Abdul Razak]

(17) Ahmad Arabi As-Sufi (1911m): Beliau Terlibat Dalam Kebangkitan Umat Islam Dalam Melawan Penjajah. [Kitab Al-Islam Wa Harakaat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah M/S 42 Oleh Dr. Syauqi Abu Khalil]

(18) Sheikh Farhan As-Sa’di : Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Palestin Menentang Penjajah Inggeris. Beliau Dari Keluarga As-Sa’diyyah Al-Jibawiyyah, Suatu Keluarga Sufi Di Palestin [Majalah Syu’un Falastin No 124 M/S 22]

(19) Sheikh Izzuddin Al-Qassam (M: 1935 M): Beliau Seorang Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Di Palestin. Beliau Seorang Sheikh Bagi Tarikat Syaziliyyah. Ayahnya Juga Seorang Sufi Yang Sangat Beriltizam Dengan Tarbiah Sufi. [Kitab Al-I’lam As-Syarqiyyah Oleh Zaki Muhammad Mujahid 2/139]

(20) Sheikh Muhammad Badruddin Al-Hasani: Beliau Berketurunan Imam Al-Jazuli. Beliau Merupakan Seorang Murobbi Sufi Tarikat Qadiriyyah. Beliau Terlibat Dengan Kebangkitan Umat Islam Melawan Musuh-Musuh Islam Khususnya Di Syria. [Tarikh Ulama’ Dimasyq 1/472]

(21) Sheikh Muhammad Sa’id Al-Burhani (M: 1967 M): Beliau Merupakan Seorang Murobbi Tarikat Syaziliyyah Di Damsyiq. Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Musuh-Musuh Islam Dan Penjajah Di Syria [Al-‘Alaam 6/145]

(22) Sheikh Abu Al-Yasar ‘Abidin An-Naqsyabandi: Beliau Terlibat Dalam Perperangan Melawan Musuh Islam Di Syria [Tarikh Ulama’ Dimasyq 2/969]

(23) Sheikh Sufi Ali Ad-Daqar (M: 1943 M): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Pegerakan Kebangkitan Masyarakat Arab [Al-Islam Wa Harakat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah M/S147]

(24) Sheikh Izzuddin Al-Jaza’iri (Cucu Sheikh Abdul Qadir Al-Jaza’iri): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Melawan Musuh Islam [Tarikh At-Thaurah As-Suriyyah M/S 619]

(25) Sheikh Muhammad Al-Hamid An-Naqsyabandi (M: 1969 M): Beliau Juga Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Melawan Penjajah Dan Musuh Islam [Silsilah A’laam Al-Muslimin Dimasyq M/S 37]

(26) Muhammad Abdul Karim Al-Khattobi: Beliau Juga Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Melawan Penjajah Perancis [Al-Maushu’ah Al-‘Askariyyah]

(27) Sheikh Manshur Asyramah An-Naqsyabandi: Seorang Tokoh Sufi Yang Terlibat Dalam Peperangan Di Chechenya Dengan Melawan Tentera Rusia Pada Tahun 1971 M.

(28) Sheikh Khos Muhammad Afendi An-Naqsyabandi: Beliau Juga Terlibat Dalam Peperangan Di Chechenya.

(29) Sheikh Fadhl Umar Mujaddidi An-Naqsyabandi: Beliau Terlibat Dalam Jihad Melawan British Pada Tahun 1921 M.

(30) Sheikh Arsyad Thawil Al-Bantani (M: 1935 M): Beliau Seorang Ulama’ Yang Terlibat Dalam Jihad Di Banten [Rujuk Tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]

(31) Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani: Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Turut Terlibat Dengan Jihad Melawan Musuh-Musuh Islam [Rujuk Tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]

(32) Sheikh Raja Haji: Beliau Antara Tokoh Sufi Di Tanah Melayu Yang Terlibat Melawan Penjajah Di Nusantara