TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 1 Mac 2011

Jangan Bimbang Dan Takut Bertemu Dengan Mereka Yang Kasyaf

Assalamu'alaikum,

Ramai juga orang yang ingin berjinak-jinak dengan ilmu tasawuf, ingin beramal dengan ilmu tasawuf, ingin berjumpa dengan guru mursyid, ingin berbaiah dengan guru mursyid, ziarah alim ulamak, ziarah para guru yang murabbi memiliki rasa takut untuk bertemu dengan orang-orang ini kerana 'orang ini kasyaf'....Itu lumrah...kita yang banyak dosa dan maksiat, banyak kejahatan masa lalu, banyak kenakalan masa muda, banyak terpesong waktu pencarian, memang diberikan sedikit rasa bimbang, gusar dan takut untuk bertemu orang-orang sebegini, yang selalu dikatakan 'mereka ini kasyaf'.



Hamba nak berkongsi pengalaman hamba mana yang boleh dikongsi...Waktu mula-mula berbaiah tariqat yang pertama, Tariqat Naqsyabandi Khalidi, dah ?? tahun, menghampiri 19-20 tahun agaknya, memanglah waktu itu diri kita ini penuh noda dan dosa....ada dosa besar yang masih 'diamalkan', banyak dosa kecil, solat pun kekadang miss, amalan hikmah bersepah, tapi dengan niat yang betul, 'ikut cakap guru', hati yang terbuka, maka digagahkan hamba berbaiah juga dengan guru hamba yang kedua, guru tariqat hamba yang pertama, Ustaz Ismail...Alhamdulillah, tak pula hamba 'dilondehkan macam2'...rahmat Allah dan berkatnya hamba berbaiah, walaupun tidak beramal sepenuhnya adalah dapat hamba meninggalkan satu kesalahan yang telah lama hamba berjuang untuk membuangnya...syukur ke hadrat Ilahi...Malah zikir khafi semakin 'melekat di hati'...

Kemudian berbaiah pula dengan Tariqat Naqsyabandi Ahmadi Mujadidi yang dibawa pulang dari Tanah Arab oleh Hj Wan Sulaiman, Syeikhul Islam Negeri Kedah abad ke-20 dan disebarkan di Kedah terutamanya, dengan guru mursyid hamba di Negeri Sembilan pada awal tahun 1996,....memang masih banyak dosa dan noda...Sebelum sampai guru hamba yang pertama dah pesan macam2, dah cerita macam2 tentang guru ini....Desakan hati yang kuat, keinginan yang membara, maka dalam kehendak DIA, hamba berbaiah pada malam 14 Syaaban, malam Jumaat yang indah....Alhamdulillah, dengan guru tariqat hamba yang kedua, guru hamba yang ketiga ini hamba beramal bersungguh-sungguh dan menjadilah beliau sebagai guru mursyid hamba, dunia dan akhirat. Biar banyak mana guru hamba belajar, beliaulah satu-satunya guru mursyid hamba...Bak kata pepatah, berguru biar beribu, mursyid biar satu...


Ketekunan belajar dan beramal, atas rahmat Allah yang maha luas, bersepah-sepah amalan hikmah hamba itu, guru mursyid hamba yang usahakan membuangnya. Terasa ringan betul badan dan diri ini apabila bangun di satu pagi di rumah guru mursyid, rupa-rupanya sudah diselesaikan dek guru. Sedangkan hamba masih syirik ketika mula berbaiah dengan guru mursyid kerana amalan dan dampingan hikmah-hikmah ini. Tetapi niat yang betul untuk mencari dan belajar dengan guru yang diredhai Allah disertai dengan usaha yang berterusan, atas rahmat dan berkat dari-Nya, hamba belajar dan beramal. Tidak pula guru membuka 'pekong di dada hamba', tidak pula guru 'membicarakan kisah-kisah lama hamba', tidak pula guru 'membuka aib hamba' di hadapan murid-murid lain. Malah akhlaknya begitu mulia, 'menegur' hamba secara kias dan dengan bahasa yang begitu halus, tidak mahu menyinggung anak muridnya yang akhirnya menjadi menantunya...:-(

Setelah pemergian guru mursyid mengadap Ilahi pada tahun 2002, dan hamba sekeluarga 'dilepaskan' daripada tanggungjawab sebagai ahli jemaah (mufaraqah), maka bermulalah kembara solo hamba di alam ini...berjalan seorang, isteri disamping, anak-anak menuruti...berpuluh guru dan alim ulamak (yang orang kata kasyaf-kasyaf) hamba/kami dah jumpa/ziarah. Bertemu Pak Kiyai di Masjid Agung Sang Ciptarasa, Masjid Cirebon, pada tahun 2003 dan 2006 memang betul dan tepat segala firasat beliau tentang hamba, isteri dan anak-anak...Benar kata Junjungan tercinta, RSAW, 'berhati-hati dengan firasat orang mukmin'. Tidak pula beliau membuka aib isteri pada hamba, tidak pula membuka aib hamba pada si isteri. Malah dibekalkan beberapa amal dan nasihat, menjadilah beliau salah seorang guru hamba dan guru kedua isteri hamba juga...

Dalam kembara yang sama, ziarah Wali Songo tahun 2003, kami sempat ziarah Abah Anom di Tasik Malaya. Alhamdulillah, kami berkesempatan bertemu dengannya bersama pemandu kami, dan tidaklah Abah Anom yang dihormati mengatakan tentang keaiban, keburukan, kelemahan kami, malah amat lemah-lembut tutur katanya, begitui indah senyumannya dan bersyukur hamba atas nasihat dan doanya. Walaupun hamba tidak berbaiah TQN dengan Abah Anom, beliau masih 'merupakan salah seorang guru hamba'...Selepas solat di Masjid dalam pesantren itu, seorang tua yang kasyaf menegur hamba dengan katanya 'Jalan ke depan ya Nak'...ahhh, begitu indah sekali hidup ini....


Dalam Kembara dan ziarah Wali Songo tahun 2006, kami sempat singgah dan ziarah rumah seorang Habib tua di pinggir Jakarta, sebuah perkampungan yang dibuka oleh keturunan Habib, termasuk masjid yang dibina oleh Habib dan keturunan mereka.  Habib 'Omar' ini, kalau tak silap namanya, baru pulang dari Yaman, sudah begitu tua. Dalam kunjungan hari pertama,  sudah begitu petang, dan beliau memang tidak menerima tetamu lagi, kami yang sampai ke rumahnya begitu lewat sudah dipesan pada khadamnya. 'Nanti ada orang yang datang, silakan mereka masuk dan beri mereka minum'...Alhamdulillah, kami sampai, tidak dihalau walau sudah begitu lewat, dijemput masuk dan diberinya minum walaupun tidak dapat berjumpa. Sungguh indah akhlak beliau dalam menerima kami yang jauh ini. Esok paginya hamba/keluarga kami datang lagi sekali dan beliau menerima hamba (beliau terima tetamu lelaki sahaja), bertanyakan dari mana, sempat hamba memeluk beliau dan mencium tangannya dan katanya pada hamba 'Insya-Allah akan dimakbulkan hajat itu' dalam pertemuan yang begitu singkat itu...

Setelah pemergian guru mursyid pada tahun 2002, hamba sempat menziarahi tiga orang guru tariqat untuk memohon nasihat. Berjumpa Khalifah Malik di sebuah rancangan Felda, bertemu Ustaz Ahmad Janggut di Selama, Perak dan Ustaz Zuki, wakil TQN di Kuala Nerang (dibawa oleh Tuan Mangkuk a.k.a. Tuan HF). Semua orang kasyaf-kasyaf belaka. Nasihat ketiga-tiganya sama, dari segi perkataan dan maknanya, namun tak boleh dibicara di sini. Tidak ada keaiban, keburukan, kelemahan hamba/keluarga yang dibuka, dibicara. Itulah akhlak guru tasawuf. Dengan Ustaz Ahmad Janggut (beliau guru tariqat Qadiriah), walaupun berjumpa kali pertama, beliau membuka mukasyafah gurunya untuk dikongsi dengan hamba. Ia berkaitan peristiwa akhir zaman, apa yang diceritakan oleh gurunya (diperlihatkan oleh Allah Taala kepada gurunya) tentang salah satu peristiwa akhir zaman di dalam Masjidil Haram. Hamba sempat bertanya tentang orang Afghanistan yang datang mencarinya dan beliau menceritakannya dengan jelas sekali.

Dengan Ustaz Zuki, hamba berterima kasih kepada Tuan Mangkuk yang sudi membawa kami dalam malam yang gelap dan pekat. Alhamdulillah, beliau mendoakan kami dan anak kami dengan penuh khusyuk. hatta malam sudah semakin jauh. Begitu indah tutur kata Ustaz Zuki, tidak diungkit salah dan silap kami, malah dipelawa hamba berbaiah TQN dengannya. Namun, hamba menolaknya dengan baik kerana tidak terpikul hamba ini banyak sangat tariqat untuk diamalkan nanti. 


Di Kuala Nerang, Kedah juga, hamba sempat bertemu dengan PakSu Hamid, kisahnya diceritakan oleh Tuan Mangkuk kepada hamba. Dengan petua Tuan Mangkuk, hamba/kami selamat sampai ke rumahnya dalam salah satu cuti Raya. Tuan Mangkuk ada menceritakan kisah beberapa orang pemuda yang bertemu PakSu Hamid dan dimarahi PakSu Hamid. Tidak ada keraguan atau kebimbangan dalam hati. Kalau kena marah dek PakSu Hamid, terima sajalah. Kita ini kan banyak dosa dan nodanya, banyak peristiwa hitamnya, banyak maksiat kepada-Nya, apa nak dibimbangkan. Adakah hidup ini nak dengar berita baik saja sedangkan baik-buruk hakikatnya dari Allah jua. Alhamdulillah, PakSu Hamid menerima hamba sekeluarga dengan baik, menasihati hamba untuk menjaga anak-anak dengan baik, memberikan segulung kertas untuk diamalkan. Kalam PakSu Hamid seperti Kalam Ibnu Arabi...banyak kata-kata dalam kitab Ibnu Arabi yang diulas dan dibahaskan oleh PakSu Hamid.

Dalam firasatnya, PakSu Hamid menyarankan hamba berjumpa dengan seorang di Pulau Pinang. Hamba dah lupa tentang orang ini dan apabila datang ziarah kali seterusnya, hamba bertanya tentang orang itu kepada PakSu Hamid. Namun jawapan PakSu Hamid kali ini berberza, tak perlu cari dan jumpa orang itu. Jadi, hamba patuh pada nasihatnya, nasihat seorang guru yang wajib dipatuhi. Sebenarnya kedatangan hamba kali pertama itu untuk berubat dengannya  selain perkara-perkara lainnya. Akhlak seorang guru itu tercerna pada wajah dan kelakuannya. Dinasihati hamba dengan baik,  tidak mahu beliau mengubat hamba, dibukakan ayat Al-Quran yang bermaksud 'Tipudaya syaitan itu lemah',  maka beliau berkata dengan jelas, 'Kita lemah depa kuat, Kita kuat, depa tu lemah'.   Alhamdulillah, tidak terguris sedikit pun rasa di hati, malah lega rasanya kerana kunci masalah sudah dibuka. Al-maklumlah setelah pemergian guru mursyid, amalan hamba pun 'lintang-pukang juga'. Atas nasihat PakSu Hamid itu, sudah jelas punca segalanya. Maka, barang siapa di Utara Kedah khususnya, berkunjunglah ke rumah PakSu Hamid, patah tumbuh, hilang susah nak cari ganti. Hamba sendiri, kalau balik Raya/cuti ke Utara, insya-Allah akan berkunjung ke rumah PakSu Hamid.  Sedikit syarahannya, nur wajahnya, rahmat dari mengunjunginya kekadang adalah cukup walaupun dalam 20 minit. Dan Alhamdulillah, bukaan PakSu Hamid bila hamba ziarah beliau adalah isi dan intipati kitab Ibnu Arabi...bahagian masing-masing...

Selain PakSu Hamid, guru hamba yang lain adalah PakLon. Ziarah beliau adalah 'satu perintah dari satu petunjuk-Nya'. Kisahnya ada hamba coretkan dalam http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/al-fatihah-untuk-guruku-pak-lon-bin.html.  Perbezaan utama PakLon dengan guru hamba yang lain adalah PakLon 'memakai pakaian Tok Bomoh'...Namun hamba tahu, PakLon dekat disisi-Nya. Seperti yang hamba coretkan dalam artikel tersebut, PakLon menasihati hamba dan isteri dengan begitu baik sekali. PakLon kata 'bukan dia yang kata', maka 'fahamlah hamba'...PakLon kata dengan baik sekali, 'Dah janji nak belikan basikal, jangan tangguh-tangguh'....Alhamdulillah, dengan nasihat PakLon itu, balik ke rumah kami di Selangor, terus kami belikan basikal untuk anak sulung kami itu...Hamba mengakui kesalahan dan kecuaian diri sendiri, kekadang kita lupa janji kita dengan anak-anak. Kekadang kita ambil ringan janji kita dengan anak-anak. Kekadang kita ambil mudah janji kita dengan anak-anak...Sesungguhnya maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa...


Hamba berhenti setakat ini dahulu, dah cerita kisah pertemuan dengan 10 orang guru a.k.a 'Mereka yang kasyaf'...ada sambungannya nanti dalam siri seterusnya, kesimpulan pun belum buat kan...nanti nak cerita sikit2 pasal kawan2 BSC yang kasyaf macam Atuk Lampir dan PakNgah a.k.a. Pak Tua dan cerita-cerita lain yang boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua...

Wassalam.

88 ulasan:

  1. Salaam

    ermm nama seorang guru tak pulak di sebut.

    apa-ape pun satu artikal yang berma'na

    BalasPadam
  2. dah disebut banyak tu...Ustaz Zuki, Ustaz Ahmad Janggut, Paksu Hamid, Abah Anom, Khalifah Malik, Ustaz Ismail...:-)

    BalasPadam
  3. Salam saudara QAH
    nak tanya ttg Ust Ahmad Janggut yg kt Selama, Perak.

    Adakah beliau ada kaitan dgn ABJAD MALAYSIA, rujuk http://abjadmalaysia.blogspot.com/

    Adakah beliau masih guru Tarikat Qadiriah?

    Saya dah lama bercita2 nk berguru dgn nya, dan dpt tahu ada wakilnya berhampiran rumah sy d ulu kelang.
    Cuma nk tanya tuan QAH,bolehkah wanita yg bersuami ambil baiah tarikat tanpa suami ikut sama berbaiah?

    KC

    BalasPadam
  4. Salam. Ya, Beliau guru tariqat Qadiriah dan guru utama ABJAD...tapi rasanya beliau dah kurang 'aktif' dlm ABJAD...

    Pada pandangan hamba, kalau kita berpandu dr hukum, isteri boleh berbaiah tanpa suami ikut sama berbaiah asalkan isteri mendapatkan keizinan si suami terlebih dahulu...wallahu'alam.

    BalasPadam
  5. SalaamullaaHu 'alaikum.

    AlhamdulillaaH. Benar boleh berbai'ah tanpa suami ikut sama. Namun 'adab'Nya yang lebih baik adalah bersama-sama dengan dan ditemani suami.

    WallaaHu a'lam.

    BalasPadam
  6. Ya Tuan Anon 1219pm...ibarat puasa sunat, isteri nak puasa, lebih baik suami turut serta...kalau suami takmau turut serta, izinkanlah si isteri...begitu juga dgn tariqat, tak semua tariqat masuk suluk dan bersesuian dgn kaum hawa/isteri kerana tak perlu masuk suluk..Begitu juga dgn majlis ilmu/amal, tak semua tariqat ada majlis ilmu/amal secara berjemaah dll...Rahmat Allah adalah luas, yg pentingnya dpt izin suami dan yg terpenting sebenarnya adalah dapat petunjuk Allah dulu...'lampu hijau' mesti dr DIA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alangkah baiknya kalau semua wanita sedar bahawa proses suluk mereka bermula sebaik sahaja mereka dinikahi, dan dgn kesedaran ini maka pasti pembimbingnya adalah Dia...

      Padam
  7. Salam..
    mintak tlg saudara QAH memberi alamat Paksu Hamid..
    Sya org Selama dan mengenali Ust Mad Janggut..
    mmg seorg yg hebat..

    BalasPadam
  8. Salam tuan
    boleh bagi pendapat tuan berkenaan blog longtambang @ the one, sebagai panduan bagi saya yg kurang ilmu ni.

    tq

    BalasPadam
  9. Salan Anon 325pm
    Hamba takdak alamat Paksu Hamid cuma tau jalan macam mana nak pergi ke rumah beliau. Katakan dari Alor Setar, anda perlu ambil lebuhraya PLUS, keluar simpang ke Wang Klian menuju Kuala Nerang (dekat Jitra/Bandar Darul Aman), maksudnya anda perlu ke sebelah kanan lebuhraya, teruskan menuju Kuala Nerang sehingga anda sampai satu simpang tiga, kirinya ke Kampong Paya, Mukim Padang Temak Kuala Nerang (Pondon Inabah Suryalaya dan jalan mati) sebelah kanan ada masjid, ambil simpang kanan, dlm 150m-250m menuju Kuala Nerang, dari simpang itu, ada rumahnya di sebelah kanan, berhampiran TNB punya sub-station tepi jalan...Ataupun kalau anda sampai di simpang tiga tersebut, tanya orang mana rumah Paksu Hamid, ramai org kenal. Beliau ada waktu khusus terima tetamu semasa kunjungan terakhir hamba iaitu 10pg-12 tgh, 2ptg-5 ptg (sebab dah kurang sihat). semoga berjaya!

    BalasPadam
  10. Salam Anon 1046pm,
    Tentang The One, hamba masih mengkaji sebab itulah hamba letakkan linknya di blog ini supaya hamba mengikuti perkembangannya...Belum masanya hamba mentahkiq...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan empunya blog..

      Kata orang tak kenal maka tak cinta.. Tidaklah pantas mentahqiq sebelum kenal pada empunya diri, sebelum bercakap-cakap dengan empunya diri, sebelum berjumpa dengan empunya diri... Semoga Allah memberikan petunjuk kepada saya dan tuan.

      Wassalam

      Padam
    2. Salam Anon 903pm...Adakah hamba mentahkiq beliau? Belum rasanya...cuma apabila ditanya, maka hamba perlu menjawab, memberi nasihat yg sesuai utk dibaca oleh org ramai...wassalam.

      Padam
    3. Bahkan tidak. Tinggal lagi, sebagai satu perkongsian bagi sesiapa yang mahu berhati-hati dalam menilai seseorang, khususnya saya sendiri. Jika dikatakan guru itu perlu ada yang zahir, maka sepatutnya juga untuk menilai seseorang, pada makam hamba yang hina ini, perlulah mengetahui susuk tubuh fizikal dan akhlaknya juga. Tidak cukup dengan hanya menilai dari blog tersebut sahaja.

      Sekiranya ada kekeliruan, bersangka baik itu baik. Tetapi yang lebih baik seeloknya ditanyakan terus kepada empunya diri dan minta penjelasan darinya. Maka dengan izin Allah, Allah akan mencukupkan kita.

      Padam
    4. Salam Anon 7.44pm. Apabila menulis dalam blog yg terbuka, bukan 'invited readers only', maka kandungannya perlu disesuaikan dgn org awam yg membacanya. Jika kandungannya 'kurang sesuai' utk bacaan org awam yg bukannya Qhawas al Qhawas, maka nasihat umumnya utk org awam adalah menjauhinya atau jangan mengamalkannya. Jadi, menyebarkan ilmu melalui blog utk bacaan org awam perlu ada hadnya agar mereka tidak terkeliru. RSAW sendiri yg memiliki sifat 'tabligh' yakni menyampaikan, 'tidak menyampaikan' semua ilmu kpd org ramai. 'Ada ilmu' yg RSAW pilih2 utk disampaikan atas sifat bijaksana baginda.

      Padam
  11. Salam ANon 1046pm,
    Buat masa sekarang, jangan amal apa-apa ilmu yg tuan hamba baca dari laman tersebut (The One). Begitu juga dengan pembaca lain. Beramal dengan ilmu wajib berguru, maksudnya berguru dengan guru yang zahir, maksudnya guru zahir itu kita kenal, boleh berjumpa, tahu namanya dll. Itu bagi peringkat org awamiah dan moga2 tuan hamba sekalian menerima nasihat tersebut. Bagi mereka yang terkhusus, hamba tak sesuai utk bicarakan di sini.

    BalasPadam
  12. Wslm tuan

    Terima kasih atas panduan dan peringatan berkaitan persoalan blog The One.
    Mmg hamba tidak mengamalkn apa2 dr blog tersebut. Hanya sebagai bacaan sahaja yg mana kadang2 terdapat persoalan yg sgt mengelirukn.

    tq.

    BalasPadam
  13. Salam Anon 937 am,
    Sebab itu hamba masih mengikuti blog itu, mmg ada beberapa 'isu yg mengelirukan', cuma hamba berlapang dada, berprasangka baik setakat ini. Insya-Allah, moga2 akan jelas apabila sampai masanya.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum tuan,

    Alhamdulillah. Suka saya pada bicara dalam sini. Mudah2an kehidupan tuan diberkahi.

    Wassalam.

    Ayob

    BalasPadam
  15. Salam Tuan QAH

    Ingin dapatkan penjelasan tuan berkenaan respond tuan bertarikh April 22, iaitu

    Rahmat Allah adalah luas, yg pentingnya dpt izin suami dan yg terpenting sebenarnya adalah dapat petunjuk Allah dulu...'lampu hijau' mesti dr DIA...

    Adakah lampu hijau itu seperti perasaan yg membara dan berdebar2 dan nk sgt2 berjumpa guru yg dimaksudkn. Saya berasa seperti demikian, tp masih juga wujud ragu2 kerana berasa kerdilnya saya yg masih berdosa ini...

    BalasPadam
  16. Salam Anon 1054pm,

    Lampu hijau ni banyak jenis. Petunjuk Allah itu maha luas bentuknya. Contoh yg tuan hamba berikan salah satu jenis/bentuk lampu hijau. Bertemulah, berjumpalah dengan guru yang dimaksudkan. Jangan ditunggu2 lagi. Perkara yg baik jangan ditangguhkan.

    Kita memang perlu sentiasa 'rasa berdosa' kerana itu mendekatkan kita dengan Allah AWJ, sentiasa memohon taubat kepada-NYA. Sedangkan RSAW itu yang tidak berdosa pun bertaubat sekurang2nya 70 kali sehari, apatah kita yg sememangnya banyak dosa perlu 'rasa tidak berdosa'? Biarkan rasa berdosa itu meliputi hati dan diri kerana bagi hamba itu baik untuk kita dlm berjalan menuju-NYA. Kita 'wajib' dalam sentiasa bertaubat sehingga akhir hayat kita. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  17. Salam saudara..

    Saya ada mendengar perihal Pak Su Hamid daripada rakan saya pagi tadi. Kata rakan saya maklumat paksu Hamid ada di dlm internet.Jadi saya membuat carian sehinggalah saya bertemu dgn blog ini. Saya ada mengenali seorg guru ilmu hakikat juga di kedah. Akhlaknya amat baik sekali dengan kehidupan beliau yg zuhud. Namanya Abd Razak@ Tok Wa Gunung Jerai. Mungkin saudara pernah dengar nama beliau.Sekiranya saudara ingin bertemu untuk berkenalan dan menziarahi beliau saya sedia menolong. Usianya lewat 70an.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam...tuan..cmna nk jumpa tok wa gunung jerai..boley bawa saya jumpa..no fon saya 0194573840

      Padam
    2. Salam,

      Baca dan faham.

      http://qulamirulhakim.blogspot.com/2013/12/ziarah-tokwa-gunung-jerai-abdul-razak.html

      Wassalam
      MQAH

      Padam
  18. Salam Anon 752pm...

    Insya-Allah hamba berminat...sila emel hamba qulamirulhakim@gmail.com utk berkongsi maklumat.

    Antara matlamat hamba adalah memperbanyakkan maklumat berkaitan guru tasawuf/hakikat di internet, yakni menerusi blog hamba. Ini memudahkan pencari2, mereka yg dahagakan ilmu ini mencari guru yg sesuai, yg benar disisi Allah.

    BalasPadam
  19. salam

    adakah paksu hamid masih hidup kerana teringin nak berjumpa dengannya..

    BalasPadam
  20. Salam Anon 0511pm...Setahu hamba beliau masih hidup...Ziarahlah selagi beliau masih hidup...Meninggal seorg arifbillah, tak tahu mana lagi nak dicari 'warisan ilmu khusus sepertinya'...

    BalasPadam
  21. Salamun 'alaykum bi-maa Sabartum...

    Apakata kita minta seorang Al-'Arif-bi-Allahi, Paksu Hamid TAHQIQKAN saya yang Asing lagi Sesat ini?

    Katakan padanya (Paksu Hamid) bahawa sesungguhnya MahaGuru saya ialah ALLAHU ALR-RAHMAANI ALR-RAHIIMI yang mengajar sebalik tabir dengan An-Nuuru Al-Haqqq dan guru-guru saya pula ialah Jibra'il yang mengajar Al-Qur'aan dan Al-Khaydhr yang mengajar Ilmu Ruh, Ilmu Zat dan Ilmu Gerak. Katakan juga bahawa saya telah kecewa dengan 72/73 golongan Islam yang merasakan mereka itu boleh jatuhkan hukum TAHQIQ MENTAHQIQ seperti lagaknya seorang An-Nabuwah atau Rasuliin sedangkan mereka itu hanyalah suatu jasad al-Insaan yang lemah yang didalam setiap qalbi ada Ruh Tuhan dalam Sulbi Adam bercampur aduk dengan Ruh Asy-Shayaatoni Alr-Rajiim yang menjadi Qarin di dalam qalbi dan mereka itu ada sifat-sifat Asy-Shayaaton yang diturunkan melalui Ibliisa yang tidak habis-habis mahu menjadi Imam yang cuba menyesatkan Ruh Tuhan samada dalam Tawhid (mengesakan Tuhan), dalam Aqidah (pegangan), dalam Haqiqat (kebenaran), dalam Ruh (ghaib), dalam Zat (unsur material) dan dalam Berhukum (Fiqh) yang amat dikhuatiri menyaingi Maha BerHukum ALLAH (syirik darjah ke-3) atau mendahului Maha Menghakimi ALLAH (syirik darjah ke-2) atau meng-atasi Maha Tinggi ALLAH (syirik darjah Pertama).

    Katakan juga pada Paksu Hamid bahawa Nabi ALLAH Muhammadun 'Abduhu wa Rasuli ALLAH telah berpesan kepada para 'alim ulamak sejak ribuan tahun dahulu turun temurun sehingga sekarang supaya elakkan berhukum mengenai perkara-perkara yang samar dan biarkan segala yang samar kepada segolongan hamba yang tidak ada kesamaran bagi mereka.

    Katakan juga pada Paksu Hamid bahawa segala ilmu ALLAH pada Nabi Muhammadun 'Abduhu wa Rasuli ALLAH bukanlah diturunkan melalui guru zahir dan bukan juga melalui pembacaan kitab karangan para imam dan katakan juga bahawa Imam yang Hanif yang Mursyid bukanlah pada akal persangkaan kita untuk mengatakannya tanpa petunjuk yang nyata berlandaskan Al-Furqaan Yang Membedakan antara Haq dan Bathilu.

    Katakan juga pada Paksu Hamid bahawa saya TAHQIQ-kan bahawa di Malaysia pada masa kini; seluruh 'ariffin, seluruh mufti, seluruh imam, seluruh 'alim 'ulamak dan para ustaz yang tidak bangun berjihad menentang Kerajaan Taghut pimpinan Politikus yang beracuankan demokrasi Alr-Rumm, berhakimkan Common Law, berhukum dengan Ahl-ul-Kitab, berpaksikan Polis Dunia dan berpayungkan Al-Masih-ud-Dajjal...maka tidaklah lengkap keimanan mereka dan mereka akan dikutuk oleh ALLAH dan oleh kesemua makhluk yang boleh mengutuk jika tidak menyampaikan sepenuhnya ilmu dan al-hikmah dari Al-Qur'aanu Al-Karim.

    Maka selepas dikatakan padanya (Paksu Hamid), suruhkanlah dia TAHQIQ-kan saya...Mahmmadun 'Abduhu aka The One.

    "SESUNGGUHNYA ALLAHU MENARIK BALIK ILMU DI AKHIR SETIAP ZAMAN DI MUKA BUMI DENGAN MENCABUT NYAWA-NYAWA AL-'ARIF-BI-ALLAHI SEHINGGALAH ORANG-ORANG AL-JAHILI-BI-ALLAHI MENJADI PENGUASA-PENGUASA DI MUKABUMI DAN KITA INI SEDANG BERADA DI PENGHUJUNG TAHUN AL-MASIH".

    Semoga dilindungi dan ditunjuki ALLAHU AL-WALIY UL-HUDA.

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. Salam The One,

    Ziarahlah sendiri beliau dan sampaikan apa kata2 tuan hamba, itu lebih afdal. Hamba pun tidak selalu jumpa beliau, bergantung kepada balik kampung dan kelapangan masa.

    BalasPadam
  24. Thank you dear, he already knew, someOne has told him before i asked you to tell him and may he rest in peace as Al-'Arif-bi-Allahi...and As-Salamu 'alaika (to you)...As-Salamu'alaikum (to all of you guys).

    BalasPadam
  25. Salamun 'alaikum...

    Tuan rumah, maaf, minta tumpang sampaikan pesanan..

    Tuan Mahmmadun 'Abd ALLAH, kami telah berjumpa paksu Hamid dan membacakan satu persatu komen yang tuan tulis pada April 24, 2012 4:59 AM didepan Paksu Hamid dan beliau dengar dan faham apa yang dibacakan.

    Paksu menyampaikan Salam ke atas tuan. Tetapi paksu enggan mengulas apa-apa dan Paksu juga tak membantah apa-apa. Cuma Paksu jemput tuan datang ke rumahnya pada bila-bila masa, mungkin untuk muzakarah(?) InsyaAllah.

    Semoga Allah mengampuni kami yang lambat menyampaikan pesanan ini... Salam ke atas Tuan Mahmmadun, salam ke atas Tuan Muhammad Qul Amirul Hakim dan salam ke atas semua.

    -Muhammadain-

    BalasPadam
  26. Salam Anon 959am a.k.a Muhammadain...Alhamdulillah tuan hamba tolong usahakan. Hamba pun balik Raya baru2 ini tak sempat langsung ke Kedah. Moga2 Tuan Mahmmadun 'Abd Allah mendengar dan datang sendiri berjumpa Paksu Hamid, itulah sebaik2nya dalam menegakkan kebenaran.

    BalasPadam
  27. Salamun 'alaikum...

    Terima kasih pada ALLAHu, terima kasih pada Muhammadain semua...dengan kehendak dan izin ALLAHu, saya Mahmmadun/Muhammadun 'Abd ALLAH telah ziarah 'Abd Al-Hamid di Bukit Tembaga dan beliau sihat sewaktu kunjungan saya. Al-Fatihah telah saya bacakan di hadapan 'Abd Al-Hamid, saya hadiahkan...untuk Ar-Ruh nya...aamiiiiiiin.

    BalasPadam
  28. Beberapa hari yg lalu, aku bermimpi armahum guruku, katanya padaku ..."Makrifatullah" .... Belum sempat aku bertanya sesuatu, beliau berjalan masuk ke dalam mussolla.... Apakah maksud beliau?

    BalasPadam
  29. Salam SMK Bongor... Yang pertamanya, Allah Taala lebih tahu. Yang keduanya jelas bagi hamba. Berjalan sampai Makrifatullah kerana makrifatullah itu banyak tingkatannya dan tiada perhentiannya kecuali mati. Yang ketiganya mencapai makrifatullah itu dengan bersolat, sebelum yang di dalam solat itu boleh 'dibawa ke luar solat'.

    BalasPadam
  30. ada tak guru musyrik di penang

    BalasPadam
  31. asalamualikum encik amirul ,saya nak tanya adakah encik amirul tau kat mana ada guru mursyid di pulau pinang .?

    BalasPadam
  32. hamba ada guru di Pulau Pinang tetapi guru dalam perubatan Melayu/tradisional, yg juga seorg ahli sufi. Nanti hamba tanya kawan2 lain dahulu. Mohon emel saudara utk hamba hubungi lanjut (emel hamba qulamirulhakim@blogspot.com)

    BalasPadam
  33. seronok membace artikel ini ..namun ta semua saya fahami ..bahkan saya baru sahaja berumur 17tahun .masih terlalu bnyak saya tidak ketahui tapi hati ingin mengetahui.. berminat sngat untuk pelajari ilmu seperti ini .mungkin tuan QAH boleh bagi nasihat kepada saya ..ape perlu buat n sarankan guru ..

    BalasPadam
  34. Salam Tanpa Nama 3.16ptg,

    Usia yg muda seperti saudaralah hendak mencari ilmu yg benar disisi Allah. Jangan jadi seperti hamba dll, jumpa macam2 ilmu, sesat ke sana sini sebelum bertemu jalan yang lurus. Carilah sahabat yg mencari jalan yg benar, jalan yg lurus, berpakatlah, istiqamah dalam berdoa dan solat hajat agar dapat berguru dengan guru yg diredhai Allah... Jangan lupa solat hajat khusus Malam Nuzul Quran kelak, mohon dipertemukan dan berguru dengan guru yg diredhai Allah. Wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkinkah tuan QAH boleh beritahu beberapa orang guru yang bolh saya rujuk di sekitar selangor,kajang,kuala lumpur ..hehe

      Padam
    2. ramai sekitar Kl dan Selangor ni...tuan hamba tinggal di mana? Hamba di BBBangi

      Padam
    3. hah molek la tuu ..saya dekat area bangi lama ..memang ta jauh la tempat kite ..kalau kelapangan mungkin kite boleh berjumpa ...

      Padam
  35. saya ade bace ,kebanyakan guru2 tasawwuf ni ,kebanyakan la yea..bukan semua
    .maaf la klu ade terkasar bahase ..kebanyakkan guru tasawuf ni orangnye pendiam ,kadang2 kat dunia ni hidupnya serba kekurangan ..terkadang tahap kesihatan fizikalnya kurang memuaskan ,juga kadang2 kesihatan akalnye nmpak mcam tidak sihat bagi pandangan manusia biasa la ..sebab guru tasawuf ni kan ilmunye tinggi ..jadi betul ke ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tanpa Nama 408 ptg. Kalau melihat keluasan rahmat Ilahi, harus seperti yg saudara baca. Kita jangan meletakkan guru tasawuf perlu berserban dan berjubah sahaja...Bab ni panjang nak hurai...

      Padam
  36. as salam ..tuan QAH,bagaimanakah caranya untuk kita tahu bahawa orang itu kasyaf ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tanpa Nama 1252 pg...he3, camna nak jawab ye... biasanya andaian umum adalah org2 tasawuf2, guru2 tariqat ni kasyaf... cuma mukasyafah ni banyak peringkatnya... kasyaf juga ada melalui jalan hak dan ada melalui jalan batil... biasanya org kasyaf tahu org lain yg kasyaf...

      Padam
  37. Salam Tuan QAH,
    Mudah-mudahan usaha tuan dalam menjejaki mursyid,arifbillah diberkati Allah swt...maaf saya ini masih baru dalam tasawuf/tarekat.
    Sekiranya kita pergi ziarah guru mursyid seperti Paksu Hamid,dan lain2 guru, apa yang dibualkan? meminta beliau berdoa untuk kesejahteraan ? meminta ilmu ? ijazah ? atau lain-lain.?

    BalasPadam
  38. Salam Tanpa Nama 502ptg...

    Tanyalah apa sahaja dalam usaha memperbaiki amalan2 wajib dan sunat serta memperbaiki akhlak diri, isteri dan anak2...:-)

    Boleh juga mohon doa mereka...
    Ilmu akan dapat dengan bertanya... Cuma arifbillah tahu ilmu yg sesuai mengikut tahap seseorg...Sbg contoh, PakSu Hamid dan Ustaz Ahmad Janggut bagi sekelompok ilmu utk diamalkan secara terus kpd hamba. Pak Lon pula suruh hamba betulkan bacaan Al-Ikhlas sebelum datang sekali lagi utk diberi baiah amalan al-Ikhlas...itulah kayanya Allah Taala kalau kita memahami.

    Cuma kalau dah pernah ziarah ramai guru, ringkasnya lain padang lain belalang....

    Cuma afdalnya jangan dibualkan hal politik dalam ziarah... itu sahaja

    Wassalam.
    MQAH

    BalasPadam
  39. Assalamuallaikum
    Saya ingin bertanya, jika saya bermimpi untuk berguru kpd seseorang, guru tersebut juga tau tentang mimpi saya, namun beliau tidak mau ditemui, namun beliau berpesan kalau belum waktunya kamu nanti akan tidak sanggup memikulnya.. bagaimana dan apa yang harus saya lakukan?
    Wasssalam.

    BalasPadam
  40. Wa'alaikummusalam Tanpa Nama,
    Tuan hamba kena banyakkan taubat/istighfar, sunat taubat, banyakkan amalan sunat dan solat sunat, banyakkan selawat... tamba amal-ibadat tuan hamba sehingga tuan hamba dapat petunjuk/gerak untuk bertemu guru itu kembali.

    BalasPadam
  41. Assalamuallaikum Wr. Wb.
    Mohon jika Tuan berkenan menjawab email saya. Terimakasih.
    Wassalamuallaikum Wr. Wb.

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum Tuan QAH
    Saya ingin tahu, di Pahang ada tak hamba ALLAH bertaraf AriffinBillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam, Wallahu'alam. Hamba pun tak tahu. Carilah. Ada beberapa guru musyid di Pahang.
      MQAH

      Padam
  43. assalamualaikum tuan QAH..saya berhajat sgt2...klu tuan QAH tau di mana ada guru musyid di pulau pinang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Hafiz, Ada Tariqat Naqsyabandi di Pondok Upeh Balik Pulau tetapi saya pun tidak tahu siapa pengamalnya dan gurunya, pernah dengar sebelum ini. Ada juga kegiatan tariqat di bahagian lain di belah Pulau tapi saya pun dah hilang siapa orangnya.

      Padam
    2. Salam..pergi ke satu kampung di daerah bayan lepas p.pinang dan cari guru hakikat dari keturunan Syed Sailuddin..insyaallah kamu akan ketemu rahsia kebenaran.

      Padam
    3. Assalamualaikum,boleh saya tahu nama kampung tersebut?

      Padam
  44. salam tuan qah saya ingin tahu guru mursyid area kl.dah lama saya berhajat nak jumpa.terima kasih

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum.... Saya amirul berminat untuk mendalami ilmu tarikat & berazam untuk memperbaiki diri. Harap izin allah memudahkan urusan saya. Amirul 0136012394. Area kuala lumpur

    BalasPadam
  46. salam.. macam mana adab untuk minta guru bai'ah / atau kita boleh suarakan hajat kita pada guru atau tunggu guru yang bagi hint atau offer untuk bai'ah dengan guru ? mohon pencerahan..makaseh..: )

    BalasPadam
  47. salam tuan,saya teringin nak jumpa tuan guru pak su hamid...tuan guru masih ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Din Baling,

      Sila baca http://qulamirulhakim.blogspot.com/2014/09/ziarah-tuan-guru-hj-abdul-hamid-bin.html

      Padam
  48. Salam..sesungguhnya seorg salik yg benar2 brniat serta maqsud nya hnya semata matamenuju ke Hadrat Allah swt,pasti akn lebih tunduk,bkn mendongak langit.

    BalasPadam
  49. Amalan tariqah yg suci lg murni ini akn rosak serta hilang kesucian nya apabila para penuntutnya tersasar niat,ingin mencari kehebatan bkn mncari keredha'an..

    BalasPadam
  50. Salam..bleh x tuan bgtau sy di daerah gambang pahang di mana terdapatnya guru mursyid..sy teringin skli utk berguru dgn guru mursyid..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Hati Manusia,
      Hamba tidak tahu pula. Tapi ada jemaah Naqsyabandi di Gong rasanya.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
  51. Assalamualaikum tuan qul amirul hakim...syukur alhamdulillah kerana telah di pertemukan dgn blog tuan...sy amat amat berharap jika tuan dpt kenalkan sy dgn mana 2 mursyid di sekitar lembah klang/ selangor ,utk berguru dan menimba ilmu...dan jika tak keberatan ,adakah tuan mengajar dimana mana tempatdi kws tuan...

    BalasPadam
  52. Assalamualaikum tuan qul amirul hakim...syukur alhamdulillah kerana telah di pertemukan dgn blog tuan...sy amat amat berharap jika tuan dpt kenalkan sy dgn mana 2 mursyid di sekitar lembah klang/ selangor ,utk berguru dan menimba ilmu...dan jika tak keberatan ,adakah tuan mengajar dimana mana tempatdi kws tuan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam,

      1)Kena google lagi, ramai guru di sekitar Lembah Klang. Hamba tak ngajor tasawuf kecuali kepada sesiapa atas petunjuk2 tertentu dr Allah.

      2)Banyakkan berdoa mohon Allah SWT pertemukan utk belajar dengan guru yang diredhai Allah.

      Wassalam.

      Padam
  53. Di bayan lepas ada tk guru yg mengajar ilmu hakikat??

    BalasPadam
  54. Salam, untuk yang mencari guru mursyid sekitar Lembah Kelang...pertama sekali, lakukanlah solat hajat & mohon Allah tunjukkan. Salah seorang guru yg bertaraf mursyid insyaAllah ialah Ustaz Shamsul Mohd Nor. Beliau sering mengajar di sekitar Lembah Kelang dan mengajar kitab thurath secara mingguan di Taman Sri Gombak, Jln 3/10 (di atas kafe mesra ria). Kelas diadakan setiap jumaat malam bermula selepas Isyak sehingga kira2 pkl 12mlm. Blh hubungi saya di Whatsapp 0192068369 untuk yg berminat mengikuti kelas. Wallahua'alam.

    BalasPadam
  55. Salam tuan QAH, saya berminat untuk
    berguru di area bangi bolehkah tuan tolong?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Di Bangi, berguru dengan Ustaz Haron Din lah.

      Hamba tak dapat bantu setakat ini kerana banyak urusan di luar negara. Hubungi hamba semula pada tahun 2018 ataupun cari dahulu dengan solat hajat.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
    2. Assalamualaikum tuan MQAH. Arwah ustaz harun dia merawat di darus syifa kan? setahu saya dia hanya guna rukyah syariyah tiada ajar tarikat atau ilmu2 lain. Maaf andai saya silap. Tapi saya di bangi kalau nak belajar di mana Tuan MQAH boleh cadangkan?

      Padam
  56. Salam Tuan QAH. Boleh bantu saya mencari guru mursyid di area Lembah Kelang? Terima kasih.

    BalasPadam
  57. Salam Tuan QAH. Boleh bantu saya mencari guru mursyid di area Lembah Kelang? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      Ada ramai guru sekitar Lembah Klang.

      Hamba tak dapat bantu setakat ini kerana banyak urusan di luar negara.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
  58. Salam saya tinggal d area serdang selangor. Boleh ke say tau jika ade sapa2 yg kenal atau d mna2 guru mursyid atau guru yg tau dlm ilmu ini. Sy ingin berjumpa dan memohon minta ajar nya. Trm kasih

    BalasPadam
  59. Salam tuan trm kasih ngn posting ni sgt2 bermanfaat. Sy stay area serdang ada kah guru atau wakil guru mursyid yg boleh sy temui d area KL/selangor utk sy belajar mengenai ilmu mengenal diri ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf mencelah tuan guru sy di taman selaseh gombak

      Padam
  60. Assalamualaikum tuan..bley tnya ada x guru2 mursyid yg tuan kenal blah kulim..teringin sgt nk berbaiah tp blum jumpa

    BalasPadam